12 Perkara Unik Bila First Time Masuk Masjidil Haram
Antara perkara unik untuk aku bila first time masuk masjidil haram dulu buat aku teringat-ingat sampai sekarang. Catatan peribadi.
1. Suhu di luar panas, tapi pijak lantai tidak beratap di masjid tak terasa panas
2. Setiap entrance masjid ada polis. Ada masa dekat waktu solat, tak dibenarkan masuk masjid kalau tengah ramai orang.
3. Pekerja masjid tak sapu lantai. Mereka bersihkan lantai cara berbeza. Campak air dettol atas lantai, pastu dia tolak air guna wiper lantai. Bila pekerja nak baling air dettol tu dia bagi warning dulu. Kalau tak endah, dia campak je walaupun ada orang.
4. Semua orang luar dipanggil Hajj. “Yallah ya Hajj!” (mungkin sebab kami pergi waktu haji)
5. Orang minta bagi laluan, mereka akan jerit “Toriq! Toriq!” atau “Ruh! Ruh!”
6. Bila terlalu ramai orang, kadang-kadang terpaksa lalu depan orang solat. Walhal ada larangan Nabi, jangan lalu depan orang solat.
7. Air zam-zam boleh minum tanpa had. Yang dalam tong tu nampak macam lebih asli. Walaupun kadang aku rasa yang dalam tong atau kat vending machine tu benda sama je.
8. Dalam masjidil haram tak ada bilik air. Nak buang air, kena keluar masjid. Dulu ingatkan ada bilik air, sebab masjidnya terlalu besar. Nak keluar ke tandas kena jalan sikit. Tandas ada di bawah tanah, ratusan bilik air. Air paip agak panas sikit.
9. Tiada tabung masjid dalam masjid. Nak sedekah? Boleh sedekah pada pekerja-pekerja masjid.
10. Masyarakat multikultural. Tak semua orang bertoleransi. Yang baik itu baik. Yang kasar itu kita kena bersabar. Ada masa kita akan nampak sebahagian manusia buat benda yang agak pelik di mata kita.
11. Sebahagian bangsa akan buat aktiviti dalam kumpulan. Kita akan nampak mereka bertawaf dan saie macam tentera. Berbaris tanpa berpisah. Biasanya bangsa Turki, India, Pakistan, Indonesia dll.
12. Ada masanya akan ada orang akan sedekah bagi kurma dan biskut kering secara percuma. Kau tengah lapar, dapat pula biskut dan kurma. Lega sikit. Boleh sambung iktikaf.
Teringat kat Mekah. Mungkin ini tandanya kena gi Umrah. Huhu. Doakan saya dan keluarga pergi lagi tahun ini 😁