5 Jenis Emas Untuk Simpanan & Pelaburan

5 Jenis Emas Untuk Simpanan & Pelaburan

5 Jenis Emas Untuk Simpanan & Pelaburan

Emas yang boleh dibeli untuk pelaburan ada pelbagai bentuk. Dan bagi setiap bentuk ini sudah pasti ada kelebihan yang tersendiri.

Emas untuk simpanan kebiasaannya adalah berketulenan 999 iaitu emas tulen. Emas 999 ini boleh difahami ketulenan emas tersebut adalah 99.9%, sangat tulen dan hanyalah semata-mata emas sahaja.

Jika anda sedang survey mengenai emas untuk tujuan simpanan dan pelaburan, di bawah ini saya kongsikan 5 jenis emas yang sesuai untuk anda mula membeli sekarang:

 

1️⃣ Goldbar LBMA

Emas LBMA (London Bullion Market Association) adalah emas yang mempunyai pengiktirafan standard dunia LBMA.

Kebiasannya emas LBMA disimpan dalam sampul berbentuk kad seperti kad kredit memudahkannya untuk disimpan. 

Kelebihan emas jenis LBMA adalah ia sangat mudah untuk disimpan. Sekiranya anda mempunyai ‘card holder’ anda boleh menyimpan emas LBMA anda dengan mudah dalam card holder sahaja. 

Dan disebabkan ia mempunyai pengiktirafan, maka ia sangat mudah dan laku untuk dijual di mana-mana sahaja di seluruh dunia

Emas jenis LBMA ada dalam pelbagai design dan berat. Bermula serendah 0.5g sehingga 50g sekeping.

Namun emas jenis LBMA ini adalah agak cerewet atas 2 sebab

  1. Ar-Rahnu – Sebahagian ar-Rahnu tidak menerima emas jenis LBMA. Dan sebahagiannya perlukan pemiliknya untuk koyakkan kad LBMA tersebut untuk menguji ketulenannya dan menimbang beratnya. 
  2. Sampul Koyak/Rosak? – Sekiranya sampul kad LBMA tersebut rosak, koyak atau emas dikeluarkan daripada kad tersebut maka nilai emas tersebut akan turun. Maka anda perlu berhati-hati menjaga emas jenis LBMA ini agar ia tidak rosak, patah atau terkoyak

Seperti yang telah saya kongsikan di atas, emas jenis LBMA ini sangat mudah untuk disimpan di dalam bekas seperti card holder maka untuk menjaganya adalah sangat mudah.

 

2️⃣ Goldbar Non-LBMA

Emas jenis Non-LBMA ini pula adalah emas jenis tidak bersampul, tidak diletakkan dalam sampul kad dsb.

Emas Non-LBMA ini boleh disentuh. Antara kelebihannya adalah ia memuaskan pemilik untuk sentuh emas tersebut. Emas apabila disentuh, dipegang, digosok mendatang perasaan yang memuaskan dan seolah-olah si pemegangnya dapat merasa ‘aura’ pegang emas. 

Disebabkan kepuasan itu, apabila disentuh dapat membuat si pemiliknya ingin membeli dan terus menambah emas untuk disimpan yang mana membuat orang tersebut terus menambah ‘kekayaannya’ dengan emas. 

Emas begini didatangkan dengan pelbagai bentuk. Di Public Gold, terdapat 2 jenis emas jenis Non-LBMA termasuklah Bungamas dan Tai Fook. 

Selain itu, emas jenis ini juga lebih mudah untuk dipajak di ar-Rahnu sekiranya anda perlukan wang segera. Ini kerana emas jenis Non-LBMA tiada bekas sampul plastik maka ia dapat terus disentuh dan dapat terus ditimbang beratnya apabila dipajak. 

 

3️⃣ Dinar Emas

Dinar emas merupakan matawang yang mempunyai nilai sentimental yang lebih Islamik kerana perkataan Dinar itu wujud dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Dinar emas adalah sama seperti emas yang lain. Yang membezakannya hanyalah bentuknya seperti syiling dan berat sekeping 4.25g.

Ketulenan dinar emas kebiasaannya adalah 916, namun di Public Gold ada keluarkan dinar emas berketulenan 999. 

Di Malaysia, ini antara bentuk emas yang laku keras dan ramai pembeli. 

Di Public Gold, terdapat kedua-dua jenis Dinar emas termasuklah LBMA dan Non-LBMA. 

Dinar emas (4.25g) sejak daripada zaman Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dapat digunakan untuk membeli 1 ekor kambing, dan sehingga kini 1 dinar emas masih lagi boleh digunakan untuk membeli 1 ekor kambing. Menarik kan?

 

4️⃣ Emas Barang Kemas / Emas Perhiasan

Secara asasnya, emas barang kemas / perhiasan dibeli untuk dipakai oleh penggunanya semata-mata untuk perhiasan. 

Namun kini, ramai juga yang membeli emas barang kemas / emas perhiasan untuk tujuan pelaburan.

Emas perhiasan juga ada kelebihan tersendiri termasuklah ia boleh dipakai oleh pemiliknya (wanita sahaja) atau ia juga boleh disimpan untuk jangka panjang. 

Emas perhiasan yang baru mempunyai kadar spread (susut nilai) yang agak tinggi sekitar 15-40%. 

Untuk pelaburan emas perhiasan, sebahagian pelabur emas membeli emas-emas scrap atau emas terpakai kerana emas tersebut dijual pada harga yang lebih murah dan tiada lagi susut nilai. 

Kebiasaannya emas perhiasan berketulenan 916 dan jarang sekali emas perhiasan berketulenan 999 kerana emas 999 sifatnya terlalu lembut untuk dijadikan perihiasan.

 

5️⃣ Simpanan Dalam Akaun Emas Fizikal

Yang terakhir adalah emas yang boleh dibeli dan disimpan dalam akaun emas fizikal.

Emas yang anda beli akan disimpan oleh syarikat penjual emas atau bank yang menjual emas tersebut.

Anda boleh beli dengan saiz sekecil 1g setiap kali beli atau lebih rendah lagi. Di Public Gold, anda boleh beli emas serendah RM100 dan dapat emas sekitar 0.38g (ikut harga Disember 2020)

Kelebihan beli dan simpan emas dalam akaun emas GAP Public Gold termasuklah anda boleh simpan emas-emas anda dalam akaun emas Public Gold secara percuma, tanpa perlu membayar sebarang kos simpanan.

Sekiranya anda sudah membeli emas dalam bentuk GAP, bila nak bawa keluar emas itu kelak anda boleh keluarkan dalam apa-apa bentuk yang anda inginkan sama ada LBMA, Non-LBMA mahupun dinar emas.

Pembelian emas di Public Gold secara GAP mempunyai sijil patuh syariah dari Amanie Advisors.

 

_

 

Minat nak menyimpan emas di Public Gold & dapat bimbingan percuma dari Fadhil? Whatsapp Fadhil okay 😉👇

💰 wa.me/60139916967 

Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer. 

#KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL #PatuhSyariah #AmanieAdvisors #1Bulan1Gram #1Bulan1Dinar #NotaEmasFK #NotaKewanganFK #GAP

Untungkah Simpan Duit Gaji Beli Emas?

Untungkah Simpan Duit Gaji Beli Emas?

Tempohari saya berkongsi dengan sahabat-sahabat Cuckoo di Kuantan.

Soalan saya, “Setiap bulan berapa peratus korang peruntukkan untuk simpanan?”

Ramai yang menjawab sekitar 10~20% dari duit komisyen.

Sekiranya komisyen bulanan RM 4000, bermakna minima simpanan adalah RM 400.

Kemudian saya tanya lagi, “Daripada simpanan RM 400 tu sejak Januari hingga Disember 2020, berapa banyak dah simpanan kita? Dah cukup RM 4800?”

Jawab salah seorang sahabat kami, “Baki ada RM 400 jer boh. Huhu. Tak sampai pun RM 4800”

Kenapa?

Sebab bila simpan duit tunai di akaun bank, duit tunai kita akan cepat habis. Akan selalu bocor.

Bila ada promosi sahaja di Shopee, Lazada atau di mana-mana sahaja pasti kita akan gatal tangan nak berbelanja.

Kemudian saya kongsikan lagi, “Bayangkan kalau dari awal tahun haritu kita beli sekurang-kurangnya 2g emas sebulan tanpa gagal, hari ini pasti ada 24g emas atau lebih lagi”

Sambung saya, “Bayangkan kalau Januari lepas harga 1g emas sekitar RM 220 kita beli. Harga naik mahupun turun pun kita terus beli konsisten.

Kalau harini harganya RM266/g. Nilai simpanan kita semua hari ini untuk 24g adalah sekitar RM6384!”

Duit kita kerap habis sebab ‘terbelanja’ membeli sesuatu mengikut keinginan dan nafsu kita.

Duit sangat mudah nak dibelanjakan. Tapi kalau duit tu dah diubah kepada bentuk emas, maka kita akan kurang berbelanja dan lebih banyak menyimpan.

Duit yang ditukar kepada emas juga akan bagi kepuasan hati kepada diri si pembeli.

Dia puas sebab dapat gunakan nafsu membeli. Dia puas sebab simpanannya semakin meningkat bulan demi bulan. Dia puas sebab nilai emas PASTI akan meningkat saban tahun, insyaAllah. 

Gitulah.

Yang penting adalah tabiat berbelanja kita, itulah yang seharusnya dikawal dengan cara yang betul.

 

Simpan Emas 5 Tahun, 10 Tahun, 20 Tahun?

Emas PAMP dibeli pada tahun 2010 semasa harganya tinggi RM170/g. Hari ini harga 1g adalah sekitar RM270/g. Walaupun dibeli pada harga tinggi pada 10 tahun lepas, masih lagi untung sehingga hari ini. Keuntungan sekitar RM1000!

Bayangkan sahaja kalau anda membeli emas sejak 10 atau 20 tahun yang lalu daripada wang gaji yang anda terima. Jika 1 bulan hanya simpan serendah 1g sahaja.

Untuk contoh sekarang, kita ambil kira harga emas 1g RM270.

Kiraan simpanan adalah lebih kurang begini:

  • 5 tahun = 60 bulan = 60g = RM270 x 60 = RM16,200
  • 10 tahun = 120 bulan = 120g = RM32,400
  • 20 tahun = 240 bulan = 240g = RM68,400

Jika kita menyimpan sekitar 3g sebulan sejak 10 tahun lalu, maka simpanan kita adalah sekitar 360g x RM270 = RM97,200!

Bahkan 10 tahun lalu harga emas hanyalah sekitar RM120/g sahaja. Simpanan anda dalam bentuk Ringgit Malaysia adalah jauh lebih kecil sejak 10 tahun lalu. Namun untung kenaikan nilai emas yang anda terima adalah besar. RM yang kecil, namun nilai simpanan terus meningkat saban tahun.

 

Beli Emas Di Public Gold

kenapa simpan emas

Kebiasaannya ingin membeli emas, anda ‘terpaksa’ membeli emas dengan gram yang besar kerana emas-emas yang dijual di kedai-kedai kebiasaannya bersaiz lebih besar.

Namun sekiranya ingin membeli emas serendah 1g setiap bulan, pilihlah untuk membeli emas dari Public Gold kerana Public Gold mempunyai program GAP iaitu Gold Accumulation Program.

Gold Accumulation Program (GAP) ini membolehkan anda membeli emas dengan simpanan serendah RM100 sahaja sekali beli. Atau boleh juga membeli sekecil 0.5 atau 1g setiap kali beli.

Dengan GAP, anda boleh menyimpan emas yang anda beli tersebut terus ke dalam akaun emas fizikal Public Gold. Dan anda boleh sahaja membawa keluar emas tersebut apabila anda ingin menyimpan sendiri emas itu kelak.

_

Minat nak menyimpan emas di Public Gold & dapat bimbingan percuma dari Fadhil? Whatsapp Fadhil okay 😉👇

💰 wa.me/60139916967 

Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer. 

#KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL #PatuhSyariah #AmanieAdvisors #1Bulan1Gram #1Bulan1Dinar #NotaEmasFK #NotaKewanganFK #GAP