Bagaimana Kami Solat Dalam Kapal Terbang?

Dalam perjalanan pulang dari Dubai ke Malaysia, kami akan melalui waktu Zohor hingga Isya’ di dalam pesawat.

Ini bermakna kami tidak dapat solat di atas daratan kerana perjalanan memakan masa panjang.

Maka antara isu yang akan berlaku adalah: solat.

Bagaimana nak solat dalam kapal terbang sebab kita masih belum mendarat? 

Adakah saya ada pilihan untuk tinggalkan solat Zuhur dan Asar, kemudian qadha’ solat di Malaysia? (sudah pasti tidak)

Apa yang menarik mengenai pesawat Emirates Airbus A380 yang kami naik ini adalah ia mempunyai ruangan yang besar dan membolehkan kami untuk solat di dalamnya dengan sempurna.

Ya. Kami tidak perlu solat di atas kerusi, kami hanya perlu tanya kepada pramugari sekiranya ada ruang untuk menunaikan solat.

Setelah ditanya, pramugari tersebut terus bantu kami dan tunjukkan kepada kami ruang-ruang yang memungkinkan kami untuk solat.

Ruangan yang ditujukan kepada kami adalah di belakang sekali. (seperti dalam gambar di bawah)

Begitu juga kiblat. Pesawat ini mempunyai kompas DAN arah kiblat memudahkan penumpang untuk mengetahui ruang yang sesuai untuk menunaikan solat.

Sekiranya tiada kompas kiblat, maka usahakan untuk halakan diri kita ke arah Mekah. Kita boleh rujuk kompas yang ada di dalam pesawat.

Selain itu, para penumpang juga boleh berwudhu di dalam pesawat, namun pastikan penggunaan air yang minimal kerana air di pesawat adalah terhad.

Tidak dinafikan sebahagian pesawat mempunyai ruangan yang sangat terhad yang tidak memungkinkan penumpang untuk solat dalam bentuk sempurna (berdiri & hadap kiblat). Namun usahakan solat semampu mungkin. 

Rujuk kepada ustaz anda dan tanya bagaimana cara untuk solat di pesawat sekiranya tiada ruang untuk solat dengan sempurna. 

Jujur saya katakan, nak solat di pesawat dalam keadaan sekeliling kita ada ramai Non-Muslim mungkin akan terdetik rasa segan nak solat. 

Tapi perasaan tersebut mestilah dilawan. 

Kerana tiada apa dalam hidup kita yang lebih penting berbanding ketaatan kepada perintah Allah, dan perlu ingat pengakhiran hidup kita adalah bertemu dengan Allah. 

Letakkan dalam hati, bagaimana jika ajal kita adalah di dalam pesawat ini. Adakah kita akan ‘bahagia’ bertemu Allah dalam keadaan meninggalkan solat?

Begitulah kemudahan yang boleh digunakan walaupun dalam keadaan yang serba sempit, namun ibadah kita kepada Allah mestilah diutamakan.

__

Tumpang gambar bos saya solat di pesawat ðŸ˜‰

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: