Sales Leader, Guru Bisnes, Pakar Motivasi Itu Bukan Ustaz!

Sales leader, guru bisnes, pakar motivasi itu bukan ustaz.

Nak belajar ilmu agama, nak belajar cara dekatkan diri kepada Allah, jangan sesekali ambil daripada guru-guru bisnes, leader bisnes, ahli law of attraction, feeling is prayer, pakar motivasi bagai.

Nak belajar ilmu agama, pergi ke majlis ilmu. Belajar dengan mereka yang ahli dalam ilmu agama. Belajar daripada mereka yang betul-betul memahami agama berlandaskan al-Quran, as-Sunnah dan kefahahaman para ulamak.

Kini terlalu banyak syubhat ‘ilmu agama’ yang diajar oleh guru bisnes, sales leader, pakar motivasi dsb yang mana mungkin ada beberapa perkara yang mereka kongsikan itu betul, namun kefahaman mereka belum tentu betul.

Betapa ramai antara mereka yang menafsirkan al-Quran, berkongsi hadis dengan kefahaman yang mengikut hawa nafsu mereka sendiri untuk justifikasi bahawa ajaran mereka adalah betul.

.

Beberapa tahun berada dalam circle bisnes, saya sering baca dan dengar sendiri teguran-teguran asatizah berkenaan kefahaman-kefahaman menyeleweng yang dibawa oleh ‘orang bisnes’ yang mana ia hakikatnya adalah sangat merbahaya.

Kot pusing mana sekalipun, kita akan nampak dalil ayat al-Quran, hadis dan hujah yang dikongsikan oleh ‘orang bisnes’ kebanyakannya hanya fokus kepada kepentingan duniawi semata-mata. Buatlah apa-apa amalan akhirat sekalipun, ‘result’ yang diharapkan hanyalah result kebendaan.

Sebab tu kita akan nampak, ‘berkat’ dan kasih sayang Allah bagi segelintir geng bisnes adalah apabila bila nampak result material. Bila dia buat ini, buat itu dan rezeki dia laju macam air mengalir, itu tanda Allah sayang. Bagaimana pula orang yang diuji dah buat macam-macam tapi tak dapat result, adakah itu tanda Allah benci dia?

Sebab tu juga tak terkejut, perkongsian yang paling laku di kalangan ahli bisnes adalah berkenaan tip-tip murah rezeki! Tak percaya, buatlah satu posting mengenai tip murah rezeki. InsyaAllah akan ada yang share.

.

Berbeza dengan ahli ilmu, fokus perkongsian mereka adalah untuk dapatkan hasil di akhirat kelak. Fokus perkongsian mereka adalah bagaimana nak dapatkan keredhaan Allah dalam kehidupan dunia dan akhirat. Fokus mereka adalah bagaimana nak masuk syurga, dan dijauhkan daripada api neraka di akhirat nanti.

Begitulah kalau kita lihat balik kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Memang ada sahabat yang kaya dan antara yang dapat jaminan syurga juga para sahabat yang kaya. Namun ramai juga antara mereka yang hidup mereka miskin, tak berharta, pakaian pun tak cukup kain, makan harian tak cukup. Tapi adakah itu tanda Allah tak sayang Nabi dan para sahabat sebab mereka miskin, ‘tak ada result (materialistik)’?

Itulah sebabnya, sangat penting untuk kita jika benar2 nak belajar agama untuk belajar dari ahli ilmu, belajar dari ustaz/ustazah yang mahir dalam ilmunya. Elaklah bergantung dengan ilmu agama daripada ahli bisnes, sales leader, pakar motivasi dsb. Pastikan ada due diligence, apa-apa yang kita dengar berkenaan ilmu agama, sifat Allah, rezeki dsb daripada mereka, always tanya ustaz sama ada betul atau tak kefahaman tersebut. Kalau salah, tinggalkan.

وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًۭا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۖ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (Surah al-Anbiyaa’ – 7)

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: