Rutin & Aktiviti Harian Ejen Penapis Air

Assalamu’alaikum wbt. Sebagai seorang ejen penapis air Cuckoo lebih 6 tahun (2023) ini, saya ingin berkongsi apa aktiviti harian yang perlu dibuat oleh seorang ejen penapis air walaupun anda berniaga secara sepenuh masa atau separuh masa dalam perspektif seorang ejen. 

Tidak kisah sama ada anda seorang ejen penapis air Cuckoo, Coway, SK Magic dan sebagainya, sudah pasti ada aktiviti harian, mingguan dan bulanan yang perlu dibuat oleh setiap ejen penapis air. 

Perkara yang paling penting bagi setiap ejen adalah mendapatkan JUALAN. Tetapi, berbeza dengan jualan produk-produk lain seperti produk dropship dan sebagainya yang mungkin memerlukan komitmen yang berbeza berbanding ejen penapis air. 

Bagi seorang ejen, perkara yang paling didahagakan oleh seorang ejen sudah pastilah sesuatu yang disebut dengan: AKTIVITI

Maka dalam perkongsian ini, saya akan kongsikan beberapa tips rutin harian bagi membantu anda isi masa anda sebagai seorang ejen penapis air yang produktif. 

Untuk aktiviti harian, saya akan senaraikan juga aktiviti online dan offline. Zaman IT sekarang, ramai yang sudah mula membuat kerja secara online 100% sebagai ejen penapis air, ada juga yang masih mengamalkan secara metode offline. Begitu juga ada yang berniaga secara hybrid online dan offline. 

Aktiviti Harian 

Untuk aktiviti harian adalah seperti berikut

  • Aktiviti jualan online
    1. Post iklan di FB profile peribadi anda sekurang-kurangnya 4x sehari
    2. Post iklan di FB page anda 1x sehari 
    3. Post di sekurang-kurangnya 30 FB Groups sehari
    4. Post iklan di FB Marketplace 30 lokasi sehari 
    5. Penuhkan FB profile anda dengan 5000 friends
    6. Buat FB profile baru yang ke-2 dan penuhkan 5000 friends juga
    7. Buat FB atau Tiktok Live
    8. Buat email marketing kepada syarikat-syarikat
    9. Stories: FB, Whatsapp, IG
    10. Buat video Youtube dan Tiktok
    11. PM / mesej / call prospek untuk yang berminat untuk closing sales
    12. Direct approach: Whatsapp 20 orang sehari dari contact list anda. Mulakan dengan keluarga dan kawan-kawan
    13. Dapatkan database dari leader untuk approach upsell produk lain 
    14. Offer FREE GIFT kepada pelanggan
    15. Gunakan software seperti Waboost dan Fboom X untuk automasi iklan harian
  • Aktiviti Offline
    1. Duty: Jaga kiosk manager anda 
    2. Buka sales point – beli kit jualan dan berniaga di pasar malam, pasar tani, depan bank, pasar raya dan sebagainya
    3. Edar flyers: kawasan perumahan, lot-lot kedai, parking kereta
    4. Face to face selling (direct approach to strangers). Jumpa orang dan pitch jualan secara rambang. 
    5. Door to door selling: kawasan perumahan, kawasan pejabat 

Aktiviti Mingguan

Untuk setiap minggu, apa yang menjadi rutin bagi ejen penapis air antaranya adalah seperti berikut:

  1. Hadir weekly meeting anjuran HQ
  2. Meet up dengan leader secara offline atau online (Zoom, Google Meet) 
  3. Hadir kelas online untuk belajar ilmu baru
  4. Set target jualan mingguan
  5. Review semula target minggu lepas 
  6. Susun jadual aktiviti untuk seminggu
  7. Susun appointment dengan pelanggan dan prospek

Aktiviti Bulanan

Aktiviti bulanan pula adalah seperti berikut:

  1. Set target untuk bulan yang baru
  2. Review target dan result bulan semasa
  3. Meet up dengan leader. Penting bertemu leader untuk dapatkan update dan refresh energy. 
  4. Hadir seminar untuk tambah ilmu marketing, leadership dan sebagainya 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda bagi meningkatkan lagi dalam penjualan produk penapis air! 

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: