Pada bulan April 2023 ni, kami baru beli iron seterika baru Philips (Amway) PerfectCare Steam Generator PSG6064 ni.
Kenapa beli iron ni?
Ceritanya, iron lama kami tu dah rosak disebabkan renjatan elektrik. Sebelum ni pun pernah terjatuh sekali. Lepas terjatuh tu, iron tu kerap terkeluar air sendiri menyebabkan pakaian lembab sikit masa iron. Nak guna pun dah tak sebaik dulu.
Iron lama kami pun jenis yang guna jenis steam tersebut juga brand Philips. Beli dulu pun tak murah, rasanya dalam RM400 juga iron tu. Tapi nak buat macam mana sebab iron tu dah rosak, kena lah ganti yang baru.
Sebelum tu lagi saya guna iron kering biasa tu sahaja. Alhamdulillah. Masih elok lagi.
Saya dah cakap siap-siap kat wife, kali ini kita jangan beli balik jenis yang sama. Dah lama juga saya rasa nak gunakan jenis Philips Steam Generator ni.
Pengalaman guna kat rumah parents saya, rumah mertua dan rumah kakak saya alhamdulillah saya memang puas hati seterika guna iron Philips Amway ni. Tapi yang mereka gunakan adalah model sebelum PSG6064 ni iaitu Philips PerfectCare Performer Steam Generator Iron GC8755.
PROSES PEMBELIAN
Nak beli iron Philips Amway PSG6064 ni tak susah, mudah sahaja. Contact sahaja ejen Amway untuk pembelian, semua ejen akan urus.
Hanya berikan nama, nombor telefon dan alamat penghantaran kepada ejen. Kemudian boleh buat pembayaran. Selepas pembayaran, Amway akan poskan iron ini kepada pelanggan.
Nak beli iron ni harganya RM1889 seunit. Tak perlu bayar kos penghantaran. Semua dah termasuk.
Kalau nak bayar secara ansuran pun boleh kalau anda ada kad kredit. Sebab boleh buat monthly payment secara EPP 5 bulan dengan kadar 0% profit rate. So tak rugilah kalau guna EPP pun.
Dalam kes saya, isteri saya sendiri adalah wakil jualan bagi Amway. So semua urus sendiri sahaja.
Set Iron Philips Amway saya sampai dalam tempoh 2 hari sahaja.
FREE GIFT – 1x Philips Ironing Board (Size XXL)
Untuk pembelian set Iron Philips Amway PSG6064 ni, pelanggan akan dapat sekali Philips Ironing Board secara percuma.
Bagi saya, bagus sangat sebab dapat sekali ironing board ni sekali.
1st sebab ia adalah jenama Philips. Maka rekabentuknya sesuai untuk kegunaan iron PSG6064 ni.
Ke-2 sebab permukaan ironing board ni luas saiz XXL. Bagi saya memang best kalau permukaan luas sebab nak iron pakaian jadi sangat mudah, cepat dan jimat masa. Kalau permukaan sempit, proses nak iron pun jadi lama sebab nak kena alihkan pakaian secara kerap.
Ke-3 sebab ironing board ni mahal. Kalau beli kat online pun harga RM189/set. Belum campur postage lagi.
Ke-4 sebab ironing board ni juga agak kukuh, rasa solid, besar dan stabil walaupun tak begitu berat. Kalau letak iron ni pun dia tak goyang. Kena take note ya iron ni kalau dah letak air dalam bekasnya, ia akan jadi berat.
Sarung / cover ironing board ni pun changeable. Anytime rasa nak tukar nanti atau bila dah nipis nanti boleh je beli kat MrDIY ker, Shopee ker.
UNBOXING
So bila unboxing apa jer yang ada?
- Set Iron Philips Amway PSG6064
- Ironing Tray/Container – ini digunakan untuk proses pembersihan iron
- Manual book
- Philips Ironing Board size XXL
Basically, pelanggan akan dapat 4 barang di atas ini sahaja. Kalau beli kat Amway ni pelanggan akan dapat jenis plug 3 pin yang biasa sesuai digunakan kat Malaysia.
PENGALAMAN GUNA IRON PHILIPS AMWAY PSG6064
Iron bukanlah benda yang baru sangat. Jenis wap macam ni pun dah bertahun saya gunakan.
Ini review saya lepas dah 1 minggu gunakannya.
Pertama sekali, cara penggunaannya adalah sedikit berbeza dengan jenis lama yang saya gunakan. Yang dulu air perlu isi dekat iron tu terus. Untuk model ni, ada tangki air yang berasingan. So kena isi air kat tangki tu dulu.
Kedua, lepas dah isi air dan dah tekan suis on di plug kena tekan button on pula pada iron ni. So ini bagi aku eloklah sebab ada safety feature. Kalau dah tekan on kat plug pun ia tak terus panas melaikan lepas tekan button on kat iron tu.
Ketiga, kena tunggu 2 minit sebelum iron tu ready untuk beroperasi. 2 minit tu adalah untuk pemanasan iron. So bila kita iron nanti, memang flawless jer.
Ke-4, iron ni tak banyak button function pelik-pelik. Ia ada 2 function asas sahaja iaitu mod booster dan mod calc (untuk pembersihan). Tak pening nak pakai.
Ke-5, masuk proses iron baju pulak. Nak seterika pakaian guna iron ni senang sangat dan flawless. Letak jer pakaian atas ironing board, lepas tu iron macam biasa. Sesekali tekan button wap tu. Memang pakaian yang berkedut tu cepat jer licin. Serius.
Ada beberapa sebab senang nak iron guna iron Philips Amway PSG6064 ni antaranya:
- Iron ni cukup panas, tapi tak sampai buat pakaian terbakar. Ni memang gerenti pakaian takan terbakar ya.
- Pengeluaran wap on demand, tekan kat penekan tu jer wap akan keluar dan distributed dengan baik sekali. Tak sama dengan jenis biasa-biasa yang mana wap tu sentiasa keluar.
- Pressure wap hingga 8 bar lebih kuat berbanding model lama yang hanya 6.5 bar. Memang kadang-kadang rasa terangkat jugak iron tu kalau tekan button wap tu. Huhu.
- Ironing board dia besar dan stabil. So memang senang nak iron pakaian bila permukaan dia besar (seperti yang saya kongsikan di atas sebelum ni)
Ke-6, proses nak iron baju adalah lebih singkat berbanding iron-iron yang pernah saya gunakan sebelum ni. Mana taknya sebab nak iron pun senang dan cepat. Memang tak perlu banyak masa nak setelkan pakaian yang berkedut tu.
Ke-7, iron depan belakang pun licin jugak. Tak perlu nak iron dua-dua side sebab belah belakang pun akan licin sekali. Ini memang best sebab ia memudahkan sangat nak iron pakaian tu. Cuma jujurnya kalau nak lagi kemas, iron jer dua-dua side.
Ke-8, nak seterika baju memang rasa licin ‘silky smooth’ jer. Sorong jer kat pakaian senang jer nak seterika. Iron mahal memang rasa berbeza dan kenalah rasa berbeza dari yang lain.
Ke-9, guna iron ni terasa lebih ringan. Ini saya banding dengan iron saya sebelum ini begitu juga model lama GC8755. Iron lama saya tangki melekat sekali dengan iron. So iron tu memang terasa lebih berat. Begitu juga model lama GC8755 juga berat sikit berbanding yang baru ni.
APA CIRI & KELEBIHAN IRON PHILIPS AMWAY PSG6064?
Okay kat bawah ni saya share sikit apa ciri-ciri dan kelebihan iron Philips Amway terbaru ni:
Pelarasan Suhu Yang Bijak (OptimalTEMP Technology)
- Dengan teknologi ini, dah tak perlu lagi nak adjust suhu iron. Memang tiada setting suhu pun pada iron ni. Tahap pemanasan tu akan ikut pakaian yang ingin kita iron.
- Dijamin TIDAK AKAN TERBAKAR (No Burn Guaranteed). Disebabkan iron ini ‘bijak’ dalam pengawalan suhu dan menentukan pakaian yang ingin digosok, maka ia juga akan bertindak sensitif dalam pengawalan suhu hingga tidak menyebabkan pakaian anda rosak, hangit dan terbakar
Kuasa Pelepasan Wap (PreVelocity Technology)
- Wap akan dilepaskan daripada iron ini secara berterusan dan bertenaga bagi menghilangkan kedutan. Tetapi ia tidak sama dengan iron yang biasa kerana pelepasan wap iron ini sangat optimal. Maka anda tak perlu selalu top-up air ke dalam tangki air iron ini.
- Wap/stim dilepaskan secara beterusan 130g/minit dan steam boost sehingga 600g/minit
- Tekanan yang dapat dihasilkan daripada iron ini adalah sehingga 8 bar. Cukup kuat untuk menghilangkan kedutan pada pakaian dengan cepat. Pengalaman saya sendiri pakai iron ni sampai iron tu sedikit terangkat masa tengah iron. Huhu.
Pembersihan Mudah Untuk Mengekalkan Prestasi (Smart Calc-Clean)
- Bila melibatkan air, biasanya alatan begini akan ada potensi untuk tersumbat
- Fungsi Smart Calc-Clean ini dapat menyingkirkan kerak yang terhasil pada laluan paip iron ini, begitu juga fungsi pembersihannya dapat melindungi iron tersebut sekaligus mengekalkan prestasinya
- Ia bagi memastikan kualiti stim yang lebih baik dan iron anda dapat bertahan lebih lama
- Terdapat indikasi berlampu dan bunyi ‘beep’ memberi amaran kepada anda sekiranya pembersihan Smart Calc-Clean perlu dilakukan.
Seterika Dengan Mudah, Licin dan Sempurna (SteamGlide Advanced Soleplate)
- Sebuah iron yang bagus dapat memudahkan dan mempercepatkan proses seterika pakaian.
- Iron ini dibentuk dengan coating 6 lapisan (patented) dengan lapisan titanium yang advanced untuk pengalaman seterika yang licin dan mudah.
- Lapisan iron tersebut juga tahan calar kerana bahan buatannya seperti poin no-2
- Tapak yang digunakan adalah jenis stainless steel bagi memastikan iron ini lebih kukuh dan tahan lasak
Rekabentuk Yang Lebih Kompak & Ringan (Compact & Lightweight Design)
- Design iron ini adalah lebih kompak, ringan dan minimalis berbanding model sebelumnya.
- Ia lebih mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana
- Mempunyai tangki 1.8 liter yang boleh ditanggalkan dan dipasang semula. Lebih mudah untuk isian semula air dan menyemak baki air dalam tangki.
- Kapasiti 1.8 liter tersebut boleh bertahan sehingga 1.5 jam jika digunakan secara berterusan.
- Nota tambahan: Untuk tangki iron ini adalah jauh lebih efektif berbanding iron yang mempunyai tangki built-in. Lebih menjimatkan air dan jimatkan masa. Iron jenis ini jauh lebih mudah digunakan berbanding yang menggunakan tangki built-in pada iron.
Jimat Elektrik & Penggunaan Lebih Selamat (Auto-Off Function)
- Wattage maksima bagi iron ini adalah 2400W sahaja dan tidak akan lebih daripada kadar tersebut
- Iron ini juga mempunyai fungsi auto-off untuk tujuan keselematan.
- Fungsi auto-off ini sangat praktikal dan selamat kerana jika anda TERLUPA untuk matikan iron anda, ia tetap akan dimatikan secara automatik.
- Ia dapat menyelamatkan rumah anda daripada risiko kebakaran, kecederaan pada anak-anak (begitu juga dewasa) dan penggunaan tenaga elektrik berlebihan akibat tercuai.
TIPS GUNA IRON PHILIPS AMWAY AGAR TAHAN LEBIH LAMA
Saya ada survey dalam internet berkenaan iron ini, ada juga yang berkongsikan beberapa tips agar iron ini tahan lebih lama. Saya kongsikan beberapa poin di bawah:
- Letakkan air (sebaiknya yang bertapis dengan air Cuckoo/Coway/JikSoo dsb) sahaja ke dalam tangki air iron Amway ini
- Sebolehnya elakkan air paip digunakan pada tangki air. Sebab air paip ada risiko kotor, kuning dan berkeladak
- Elakkan meletakkan bahan lain dalam tangki air seperti pewangi (perfume), pelembut, starch, sabun dan sebagainya bagi mengelakkan tangki air berlumut dan tersumbat
- Cuci tangki air setiap 2 minggu (fungsi CALC)
- Elak meletakkan iron di tepi tingkap yang terkena cahaya matahari direct agar tangki tidak berwap dan berlumut
- Jangan tunggu tangki air kosong untuk diisi semula untuk elak risiko pam rosak
- Setelah selesai menggunakan iron, buang air di dalam tangki (tips daripada Philips). Ini bagi mengelakkan kerak dihasilkan begitu juga keladak.
- Letak iron di tempat yang selamat, jauh dari kanak-kanak dan risiko terjatuh dan rosak akibat terjatuh.
- Tak perlu letak air dalam tangki hingga terlalu penuh
CARA BERSIHKAN IRON PHILIPS AMWAY (CALC CLEAN)
Untuk melakukan proses pembersihan dengan iron Phiips Amway ni mudah sahaja, hanya dengan menggunakan fungsi CALC-Clean.
Sekiranya amaran ‘beep’ untuk pembersihan telah dibunyikan, ia adalah petanda bahawa iron anda perlu dibersihkan dengan fungsi CALC Clean
Langkahnya adalah seperti berikut:
- Ambil bekas putih (ia tersedia dalam kotak iron anda)
- Letak iron di atas bekas putih tersebut
- Tekan butang CALC Clean
- Biarkan selama 2 minit sehingga proses pembersihan selesai dilakukan
- Apabila pembersihan selesai, ‘beep’ akan dibunyikan
Pastikan anak-anak anda tidak ada berdekatan dengan iron tersebut kerana semasa proses CALC Clean, wap akan dikeluarkan daripada iron tersebut dengan kencang.
Setelah selesai proses CALC Clean, air yang ada di dalam bekas putih tersebut boleh dibuang.
BERBALOI TAK BELI IRON PHILIPS AMWAY PSG6064? SIAPA PATUT PAKAI?
Jika anda tanya kepada saya sama ada pelaburan ini adalah berbaloi atau tidak, jawapan peribadi saya: Sudah pasti ia berbaloi JIKA anda
- Perlu seterika pakaian dengan kerap untuk tujuan kerja, pakaian sekolah anak, pergi masjid, pergi berjalan dan sebagainya
- Suka pakaian yang nampak cantik, segak dan licin
- Inginkan pengalaman seterika baju yang lebih mudah, cepat, licin dan menyeronokkan
- Yang sibuk dan ingin jimatkan masa seterika pakaian. Ini sangatlah benar. Masa 30-40 minit yang diperlukan untuk iron biasa, anda hanya perlu masa sekitar 10~15 minit sahaja dengan iron Philips Amway ini
- Ingin seterika yang mudah pakai dan tak banyak setting (turun naik suhu dsb)
- Yang tak berapa pandai iron pakaian, guna iron ni terus jadi ‘auto pandai’ sebab senang sangat nak guna. Memang pengalaman yang JAUH BERBEZA dengan iron biasa.
- Ada bajet mencukupi untuk membeli iron ini
Untuk saya sendiri sebagai seorang lelaki, guna iron berwap ni buat saya rasa lebih rajin iron baju sendiri. Sebab nak iron tu sangat cepat, jimat masa dan mudah. Huhu.
Nak pergi meeting, keluar berjalan, balik kampung, pergi masjid pun rasa lebih segak dan hensem sebab baju licin dah iron. Wife saya pun happy dapat guna iron ni atas sebab yang sama.
GAMBAR BERKAITAN
BAGAIMANA NAK BELI IRON PHILIPS AMWAY PSG6064 NI?
Untuk pembelian, boleh contact sahaja ejen Amway. Kalau anda baca tulisan saya ini, sudilah untuk tempah terus daripada isteri saya yang juga merupakan wakil jualan iron Philips Amway ini.
Harganya hanyalah RM1889.00 sahaja.
Boleh juga beli secara ansuran EPP (perlu ada kad kredit).
Jika anda berminat, boleh hubungi Puan ‘Izzah 0132775539 atau klik www.wasap.my/60132775539/AmwayFadhilk
Terima kasih kerana sudi membaca!