Review Hotel – Menginap Di Hotel Resort World Langkawi. Best Tak?

Pada bulan Mac lepas, aku decide nak bawak family pergi release tension terbang ke Langkawi. 

Alhamdulillah kami pergi betul-betul sebelum PKP. Kalau tak memang terseksa lah dah lama tak bercuti. Huhu. 

Masa tu pun tempah tiket 20 hari jer sebelum penerbangan. Betapa cepatnya buat keputusan terus pergi, dan alhamdulillah dapat pada harga yang agak okay sebab kami pergi weekdays. 

Sebelum aku tempah hotel ni, memang banyak betul hotel yang aku dah survey. Sebab last time pergi ke Langkawi adalah semasa honeymoon dalam 6 tahun lepas. 

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review 1-min

Masa tu pun tak banyak duit lagi, so pilih jer hotel mana-mana yang murah. Tapi murah-murah pun bukan cikai-cikai, masih lagi cantik. Hehe.

Kali ni dah ada bajet sikit dan keluarga pun dah bertambah, so aku pilih lah hotel yang lebih selesa dengan view yang lebih baik. 

Dalam trip kali ini, ada 2 hotel yang kitorang decide untuk menginap: 2 malam di Resort World Hotel, tak jauh dari pantai Cenang dan 1 malam di Adya Hotel pekan Kuah. 

Untuk posting kali ni aku akan share pengalaman aku ke Resort World Langawi okay!

__

Aku buat booking untuk ke Resort World guna website Agoda. Untuk 2 malam bayaran dia RM522. Kiranya 1 malam lebih kurang RM261. Untuk weekend pulak tak silap lebih RM300 untuk 1 malam. 

Pastikan resit tempahan tu simpan elok-elok supaya nanti nak ke hotel tu senang, tunjuk jer.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Masa ni baru sampai ke Resort World Langkawi sejurus selepas sampai dari airport dan singgah ke tepi pantai untuk minum petang.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Ini lobi dia. Sementara aku sedang nak register kat kaunter, family tunggu dulu kat lobi. Alhamdulillah ada stroller baru tu mudah la bawak baby Muadz ke mana-mana. Proses register pun kejap jer. Layanan receptionist pun mesra dan membantu.

Lepas kitorang daftar, pergi keluar dulu untuk ambil gambar. Hehe. Sebab apa yang best kat hotel ni adalah view dia. Memang nampak terus Pulau Dayang Bunting dari sini.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Kalau tengok kat gambar ni, view dia ada nampak banyak bot-bot kecil di sekeliling hotel ni. Bot-bot ni lah yang akan bawa penumpang untuk aktiviti island hopping.

Tapi seperti biasa, aku lebih prefer buat kat luar sebab sudah pasti harganya lebih murah.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Ini pula walkway untuk pergi ke bilik kami. Bahagian ni nampak cun sikit sebab ini adalah bahagian bilik yang dah renovated. Sudah pasti harga pun dia renovate sekali. Mahal sikit berbanding bilik biasa. Tapi takpe bagi aku, asalkan isteri dan anak-anak dapat keselesaan.

 

BILIK

Okay, gambar kat bawah ni adalah gambar bilik yang kami pilih. Masa ni aku pilih Premier yang ada garden view, tak pilih Sea View sebab nak berjimat sikit.

Sebab masa aku buat planning untuk trip ni, aku dah dapat bajet kebanyakan masa kami akan kami spend di luar bukan banyak lepak kat hotel.

So baik save sikit kat bilik dan spend kat tempat-tempat lain.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Ni katil kitorang. Dapat lah bilik 2 katil saiz Queen. Memang muat sangat lah nak bawak anak-anak 3 orang bersama.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Ni gambar dari dalam bilik ke arah pintu entrance dan bilik air. Bilik ni adalah bilik lama yang pihak hotel dah renovate. Memang boleh nampak jugak macam area pintu tu nampak macam pintu lama. Tapi overall mostly memang nampak cantik dan baru. So tak perlu risau.

Lantai dia pun aku suka berbanding gunakan karpet. Bila guna tile macam ni rasa bersih sikit. Bila guna karpet tu rasa agak geli sebab kita pun tau bukan senang nak cuci karpet, sental sampai bersih. Mana-mana hotel pun, paling kuat pun akan vakum jer karpet hotel.

Tapi bila guna tile macam ni aku memang suka lah sebab nak taknak, diorang mesti kena mop supaya lantai ni bersih. Anak-anak dan baby nak duk kat lantai, bermain pun okay lah sikit.

 

BILIK AIR / BATHROOM / TOILET

Bilik air pun bagi aku just nice dan dah renovated. Memang nampak moden dan minimalis jer. Tengok gambar-gambar bawah ni aku share.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Bawah ni adalah shower area. Aku bukak pintu sebab tu nampak luar. Bilik ni tak ada bath tub.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

 

VIEW

Ini view dari bilik. Nampak lah pokok-pokok kelapa luar bilik. Bilik ni memang tak menghadap laut macam aku bagitau tadi. Memang sengaja tak pilih sea view untuk trip ni. Dan dari bilik ni pun boleh nampak area parking jugak.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Suka tengok frame macam ni. Pagi-pagi atau petang-petang boleh bukak tingkap ni untuk dapatkan ketenangan dan udara segar.

Pagi-pagi lepas breakfast tu boleh buka tingkap ni dan tutup jer aircon.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Sambil lepak-lepak dalam bilik, anak-anak kita kasi diorang bermain. Masa ni Hafsah nak main lukis-lukis.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Ni jam yang aku bawak masa honeymoon dulu. Hehe. Cuma sebab strap dah hancur so kitorang tukar pakai strap jenis Nato gini. Kunci kereta sarung jer brand VW tu. Kitorang sewa kereta Proton Saga, RM60 sehari.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

 

KOLAM RENANG / SWIMMING POOL

Haa kat sini antara attraction dia termasuklah kolam renang ni. Suka tengok view dia nampak hotel tu. Tapi masa kitorang ke sana, memang tak nampak ramai orang pun mandi kat kolam renang ni. Ye lah kan, weekdays. Memang tak banyak family pun bercuti ke sini.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Aku masa ni memang tak berkesempatan nak berenang kat sini. Sempat lalu dan tengok jer. Sebab hari pertama kami sampai pun dah petang, kepenatan.

Har kedua pun balik dari Island Hopping dah rasa kepenatan. Memang tak larat nak berenang.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

So mungkin lain kali kalau ada rezeki ke hotel ni lagi, insyaAllah boleh la bawa anak-anak mandi-manda di sini pulak.

 

INFINITY POOL

Sebenarnya masa datang ke hotel ni, aku memang tak tahu langsung pasal Infinity Pool ni.

Masa nak balik baru aku perasan kewujudan kolam renang ni.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

So nak dijadikan cerita, masa nak balik baru aku tau kolam renang ni wujud! Haha. Menyesal pulak rasa.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

View dia memang cantik sangat lah. Cuma kalau nak mandi di area ni waktu petang, satu jer. Tempat ni boleh jadi satu spot untuk orang dok berbikini. Aku terus terang memang tak selesa nak berenang dalam keadaan macam tu.

 

BREAKFAST

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Actually dalam apa-apa trip ke mana-mana hotel, part paling aku suka adalah buffet breakfast lah. Hoho. Breakfast kat sana aku boleh bagi dalam 4 bintang la. Nak kata 5 star sangat pun tak jugak sebab aku rasa makanan hotel mana-mana pun lebih kurang jer.

TAPI ruang makan dia selesa macam dalam gambar ni. View dia pun best sangat sebab menghadap matahari terbit, view cantik. So nak apa lagi.

Masa ni memang ada makanan seperti cereal (Coco Crunch, Cornflakes, Honey Star dsb), roti bakar, Nasi Lemak & Rendang, Omellette, buah-buah, salad, sosej, roti canai, dosai, mee goreng dan sebagainya. Ada jugak coffee & tea. Macam biasa.

Tak banyak nak cakap pasal makanan. Tapi yang best maccam aku sebut tadi adalah makan sedap-sedap sambil enjoy pemandangan yang cantik dan udara yang selesa. Tak dapat la feeling gini kat KL. Hehe.

 

LUNCH DI BILIK…

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Hari ke-2 tu lepas balik dari islans hopping, memang tak larat betul nak pergi lunch kat luar.

So masa ni aku decide makan kat hotel jer.

Makanan pun okay lah, standard harga Nasi Goreng kat hotel dalam RM25 sepinggan tak silap aku.

Masa ni memang rasa okay jer sebab dah lapar sangat dan kepenatan.

 

LAIN-LAIN…

Ada tempat anak-anak boleh main sand castle kat sini. Itu pun aku baru tahu. Elok jer ada tempat main pasir untuk anak-anak.

Anak-anak aku ni dah lah hantu pasir. So kalau main benda ni memang diorang seronok sangat lah.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Ni ruang kitorang bergambar pulak sikit-sikit.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Anak-anak tengok fountain kat sini. Tepi tu ada spa. Aku tak masuk spa situ.

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

 

JALAN-JALAN LUAR HOTEL

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Island Hopping – Masa ni gi Island Hopping pada hari ke-2 berada di Langkawi. Masa honeymoon dulu tak pergi atas kekangan kewangan, nak berjimat masa tu.

Alhamdulillah rezeki kali ni boleh pergi bawa isteri dan anak-anak semua Island Hopping. Pasal Island Hopping nanti aku kena share dalam post yang lain.

Kos nak pergi Island Hopping ni tak mahal mana pun.

 

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Pantai Cenang – Pantai Cenang ni pun antara attraction besar di area sini. Rata-rata pelancong akan lepak di Pantai Cenang ni sebab kat sini ada banyak tempat nak berjalan, makan dan beli belah di pusat beli belah bebas cukai. Nak ke sini sekitar 5 minit sahaja naik kereta.

 

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Cable Car  – Aku bawa family aku naik cable car pada hari ke-3 berada di Langkawi. Daripada hotel ni, perjalanan adalah sekitar 20 minit sahaja naik kereta.

 

Bercuti Trip Ke Resort World Langkawi Review

Pekan Kuah – Pekan Kuah ni boleh dikira sebagai sebuah bandar di Pulau Langkawi. Jeti nak pergi ke Perlis berada di Pekan Kuah ni. Di sini lah jugak tempat boleh beli belah, nak beli coklat, cenderahati dan sebagainya. Apa aku perasan, bisnes-bisnes Muslim, sama ada kecil mahupun besar banyak ada di Pekan Kuah ni. Hotel pun banyak juga di kawasan ni. Nak ke Pekan Kuah ni ambil masa sekitar 25-30 minit daripada hotel kami. Kami bermalam 1 malam di Pekan Kuah pada hari ke-3 hingga ke-4.

 

PENDAPAT AKU…

 

So bagi aku, hotel ni agak bagus untuk bawak family bercuti. Especially untuk orang macam aku yang ada anak-anak kecik.

Senang sebab katil dia bagi pun saiz Queen 2 buah. So takde isu nak kena tidur atas lantai. Haha.

Breakfast dan makanan lunch pun not bad, cuma harga standard hotel. Tak boleh nak expect harga macam beli kedai mamak okay.

Selain daripada tu, bagi aku lokasi dia pun bagus sebab betul-betul tepi laut so kita tak perlu nak bersusah payah keluar nak cari tempat yang ada view bagus. Stay kat hotel pun dah cukup okay.

Anak-anak kecil pun korang boleh bawa main kat kolam renang atau main pasir kat kotak tu.

Lokasi hotel ni pun sangat memudahkan sebab nak ke Pantai Cenang pun dekat, nak pergi Island Hopping pun stesyen dia kat sebelah hotel ni jer.

Kalau korang mencari-cari hotel untuk bawa family, hotel ni memang okay bagi aku.

Apa-apa pun, kalau nak cari hotel boleh lah cari hotel melalui aplikasi seperti Agoda, Trivago dsb. Cari lah masa dan waktu yang sesuai untuk korang. Weekdays adalah terbaik sebab masa tu harga murah dan tak ramai orang.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda yang sedang survey hotel di Langkawi.

Selamat bercuti!

__

Resort World Langkawi
Tanjung Malai, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia
Reservation Enquiries : customercare@rwgenting.com
Whatsapp: Chat With Us On Whatsapp
Telephone: (604) 955 5111
Fax: (604) 955 5222

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: