REVIEW BUKU ‘CRUSHING IT’ OLEH GARY VAYNERCHUCK
Buku Crushing It ini ditulis oleh Gary Vaynerchuck yang merupakan seorang usahawan di Amerika Syarikat dan seorang personaliti internet yang sangat terkenal di media sosial.
Sebelum buku ini ditulis, Gary Vee pernah menulis buku dengan judul yang hampir sama iaitu ‘Crush It’ pada tahun 2009 dan buku itu telah berada di tangga pertama di Amazon sebagai buku yang mengajar pemasaran internet (Web Marketing).
Penulis buku ini telah menjadi inspirasi kepada ramai anak muda di seluruh dunia kerana banyak motivasi yang telah dikongsikan oleh Gary Vee dalam media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat, YouTube dan sebagainya, dan semuanya diberikan dengan sangat konsisten dan berkualiti membuatkan ramai orang yang suka mengikuti beliau di internet.
Buku yang berada di hadapan anda ini seolah-olah sambungan kepada buku pertama yang disebutkan tadi iaitu Crush It. Saya tak berani nak komen panjang part ni sebab saya belum baca buku Crush It tersebut, cuma tahu daripada review pembaca sahaja.
Buku ‘Crushing It’ ini secara umumnya adalah satu buku yang akan mengajar anda berkenaan pemasaran konten dan bagaimana kita boleh leveraj dan mengoptimumkan bisnes anda dengan kuasa branding yang sangat kukuh di dunia internet dan media sosial.
Kata penulis, ramai orang yang tidak mengoptimumkan seluruhnya segala media sosial yang ada dalam internet sehinggakan ada sebahagian platform yang ‘under valued’ oleh ramai orang dan usahawan , bahkan ia masih sempat dikuasai jika kita mulakan terlebih dahulu.
Cara biasa yang orang sekarang gunakan adalah fokus kepada satu atau dua sahaja media sosial di internet. Biasanya kalau dah guna FB, Instagram tak fokus. Kalau dah fokus di Instagram, FB tak fokus. Twitter dan YouTube tak sentuh langsung. Maka, sebenarnya banyak lagi sasaran yang masih belum kita sentuh.
Katanya lagi, setiap media sosial yang ada di dunia internet ini perlu diberikan perhatian kerana ia digunakan oleh golongan-golongan yang berbeza. Maka ini bermaksud kita perlu berinteraksi dengan setiap media sosial ini dengan kaedahnya sendiri. Jangan sekadar copy-paste sahaja semua apa konten yang kita tulis di semua media sosial. Ini salah. FB ada caranya. Instagram ada caranya. Twitter ada caranya. Youtube ada caranya. Podcast ada caranya. Blog ada caranya, dan pelbagai lagi.
Bahkan setiap media sosial seperti yang diterangkan di atas mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri, yang mana jika kita mengoptimumkan kesemuanya kita akan dapat menyempurnakan segala lopong-lopong kelemahan yang terdapat pada kelemahan media sosial tersebut.
MATLAMAT BUKU INI?
Apa matlamat kita kena buat semua ini?
Simpel.
Matlamatnya adalah supaya brand kita kukuh dan ‘kita’ sentiasa berada di mata audiens.
Ya.
24 jam sehari, setiap kali audiens bangun dari tidur, pergi kerja, balik kerja, duduk berehat dan sebagainya. Setiap media sosial yang mereka buka, pasti akan ada konten yang mereka boleh dapat manfaat yang berasal dari kita.
Buku ini juga agak ‘motivational’ pada saya, dan beliau sangat anti kepada sikap pemalas dan kuat bagi alasan.
Ingatkan sikap pemalas dan kuat bagi alasan ni hanya ada di Malaysia. Rupanya di negara dia pun sikap ni jadi masalah utama.
Ya lah. Ramai orang suka bagi alasan cakap “Susahlah”, “Penatlah”, “Bosanlah”, “Tak ada duit” dan pelbagainya padahal semua tu bukanlah alasan utama. Alasan utama hanyalah sebab kita yang malas, kita yang kuat bagi alasan, kita malas berfikir, kita malas cari alternatif, asyik nak bergantung pada orang lain sahaja.
Semua masalah dalaman kita sangat penting untuk kita selesaikan untuk berjaya dalam hidup. Mana ada orang yang berjaya tapi malas macam lembu. Haha. Melainkan kalau anak orang kaya, itu mungkin lah. Kita yang biasa-biasa ni janganlah berlagak macam anak orang kaya. Usaha lebih dan jangan beralasan untuk capai apa yang kita nak dalam hidup.
TAMBAH FOLLOWERS?
Antara benda best juga bila dah baca buku ni adalah kita akan faham kenapa ramai usahawan berebut nak tambah followers dalam media sosial dan usaha nak dapatkan perhatian influencer.
Tujuannya: FREE Marketing! Orang akan nampak bisnes kita. Lebih ramai orang nampak bisnes kita, lebih besar peluang untuk kita dapat lebih ramai pelanggan.
Ya, penulis buku ini sangat pro kepada pengiklanan percuma. Cara yang diajar dalam buku ini dapat bantu anda untuk bina brand anda sendiri dan kebanyakan cara yang diajar adalah percuma. Tak perlu nak keluar duit untuk ads bagai.
PS: Tapi kena faham lah, free marketing ni bukan senang-senang kita nak tambah followers. Konten yang kita kena bagi mestikah powerful dan konsisten, baru orang nak follow kita. Kalau konten pun macam sampah, tak bagi benefit siapa nak follow.
Penulis juga sering cakap pasal anak muda dengan media sosial. Ramai anak muda sekarang yang ‘melekat’ dengan media sosial. Tapi jangan sekadar itu sahaja. Cuba ‘monetize’ media sosial sebaik mungkin, jadikan minat anda terhadap media sosial itu sebagai punca pendapatan percuma!
CARA PENULISAN BUKU
Cara penulisan buku ni pada saya agak tersusun, rapi dan ada banyak case study.
Ia juga dibahagikan kepada beberapa segmen.
Bahagian awal buku ini kebanyakannya cerita pasal motivasi dan apa yang berkaitan dengannya.
Bahagian seterusnya pula fokus pada setiap media sosial, bagaimana cara nak optimumkan dan case study orang yang berjaya gunakan media sosial tersebut hingga berjaya.
Untuk setiap media sosial, beliau akan bahagikan lebih kurang seperti berikut:
- Basic Intro – Intro asas mengenai media sosial tersebut
- 101 – Asas cara guna media sosial tersebut
- 201 – Advanced cara guna media sosial tersebut
- Imagine This – Bagi kita faham implikasi terhadap satu-satu metod atau teknik yang diajar
- How I Crushing It – Case study ‘anak-anak murid’ Gary Vee, atau pembaca bukunya yang dah berjaya ikut teknik yang diajar dalam buku ini
REKEMEN
Kalau anda tanya saya, adakah berbaloi melabur RM89.90 untuk beli buku ini.
Saya akan jawab ya, kalau anda nak bina brand anda di media sosial.
Buku ni penulisannya simple dan mudah faham. Sedikit-sebanyak buku ini akan memberikan anda input yang baik untuk mulakan.
Bahkan, buku ini baru je keluar tahun ni (2018). So saya rasa ramai lagi yang tak baca. Sementara ramai yang belum optimize ilmu yang ada dalam buku ni, apa kata kalau anda mulakan dahulu. Kan?
Saya beli buku ni pada harga RM89.90 beberapa minggu lepas. Saja beli sebab rasa gian nak beli buku tu datang. Haha. Kalau beli di laman web www.bookdepository.com/ anda boleh dapat pada harga RM73.06 sahaja. Jimat dekat RM20 dah kat situ. Harga termasuk pos ke Malaysia. Tapi ambil masa sikit nak sampai. Kalau boleh sabar, beli je di situ. Jimat sikit.
Sebelum ni saya baca buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin. Buku ini pula menyempurnakan apa yang saya dah baca sebelum ni.
Sekian dari saya.
Wan Ahmad Fadhil,
Pencinta Buku Bisnes.