Review Buku Biografi Sheikh Abdullah Basmeih, Tokoh Tafsir Malaysia

Biografi Sheikh Abdullah Basmeih – Tokoh Tafsir Malaysia – Wan Ramizah Hasan [Tamat baca 14 Disember 2021]

Sheikh Abdullah Basmeih merupakan salah seorang tokoh Tafsir al-Quran terkemuka di Malaysia. Terjemahan al-Quran bahasa Melayu yang kita baca sekarang di al-Quran terjemahan mahupun mobile app di telefon bimbit kita adalah terjemahan al-Quran daripada beliau.

Sheikh merupakan anak jati Arab berketurunan Yaman yang membesar di Mekah ketika usianya kecil hingga umurnya mencecah 12 tahun. Namun ayahnya pula seorang pedagang yang berniaga hingga ke Melaka. Ketika usianya kecil, beliau dibesarkan oleh ibu saudaranya di Mekah dan di situlah beliau banyak menimba ilmu agama.

Beliau langsung tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sehinggalah beliau berpindah dari Mekah ke Melaka pada usia 12 tahun tinggal bersama ayahnya. Ketika bersekolah di Melaka juga, beliau perlu ambil masa beberapa ketika untuk ‘catch up’ persekolahan begitu juga belajar bahasa Melayu.

Beliau seorang yang kuat membaca. Fikirannya cerdas. Beliau berkerja dan juga berniaga ketika berhijrah ke Singapura. Membuka warung Rojak Baghdad bersama isterinya di Singapura.

Sheikh juga banyak menterjemahkan buku-buku dan artikel-artikel dari negara Arab ke bahasa Melayu dan ini menarik minat syarikat penerbitan untuk mengambilnya sebagai penterjemah. Selain itu, beliau juga banyak menghasilkan buku-buku hasil tulisannya sendiri.

Selain kebolehannya dalam menulis, kelunakan tulisan beliau dalam bahasa Melayu, dan kemahirannya dalam menterjemah, bahkan beliau juga berkebolehan dalam berdebat. Pernah pada tahun 60an beliau berdebat dengan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pertama di negara Singapura dan peristiwa ini menyebabkan beliau terpaksa berpindah daripada Singapura ke Melaka selepas Singapura berpecah daripada Malaysia. Begitu juga pernah beliau berdebat dengan Kassim Ahmad (anti-hadis).

Projek menterjemah dan mentafsirkan al-Quran, Tafsir Pimpinan al Rahman ini merupakan karya agung beliau yang mana ketika itu beliau ‘dipinjamkan’ ke Jabatan Perdana Menteri untuk projek tersebut. Sebelum ini, projek penterjemahan dan penafsiran al-Quran ini telah dipertanggungjawabkan kepada Ustaz Faisal bin Haji Othman. Beliau sempat mentafsirkan beberapa juzuk yang awal dan kemudian usaha ini disambung oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Projek bermula pada 1968 dan tamat pada tahun 1972. Selepas selesai penterjemahan, Sheikh akan pergi ke Kota Bharu, Kelantan untuk menyemak kembali terjemahan dan tafsiran al-Quran tersebut bersama Mufti Kelantan ketika itu iaitu Dato’ Haji Muhammad Nor.

Antara karya terkenal Sheikh Abdullah termasuklah:

  1. Tafsir Pimpinan ar Rahman
  2. Mastika Hadith
  3. Panduan Mengurus Jenazah
  4. Muqaddam al-Quran

Semoga Allah merahmati almarhum Sheikh Abdullah Basmeih atas usaha penterjemahan dan pentafsiran al-Quran begitu juga ilmu-ilmu yang lain.

Gambar Sheikh Abdullah Basmeih (Sebahagian)

Biografi Sheikh Abdullah Basmeih, Tokoh Tafsir Malaysia
Biografi Sheikh Abdullah Basmeih, Tokoh Tafsir Malaysia
Biografi Sheikh Abdullah Basmeih, Tokoh Tafsir Malaysia
Ayahanda kepada Sheikh Abdullah Basmeih
Biografi Sheikh Abdullah Basmeih, Tokoh Tafsir Malaysia
Surat menyurat
Biografi Sheikh Abdullah Basmeih, Tokoh Tafsir Malaysia
Isi kandungan buku

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: