Hari Khamis beberapa minggu lepas, pada 3 September 2020 rakyat KL dan Selangor dikejutkan tiba-tiba ada catuan air.
Bekalalan air tiba-tiba putus disebabkan berlaku pencemaran air sungai Selangor yang menyebabkan bekalan terpaksa diputuskan hampir keseluruhan KL & Selangor.
Petang tu aku tengah ada Cuckoo NM Workshop di Cheras, wife aku mesej kata air habis. Masa tu aku ingat masalah ni berlaku mungkin sekejap sahaja.
Bila sampai rumah petang tu memang bekalan air langsung tiada kat rumah.
Stres.
Bukan apa, sebab yang paling penting pada masa tu kita perlukan air untuk ke bilik air.
Malam tu aku dah terfikir 3 opsyen:
- Stay kat rumah, mungkin tengah malam air akan ada balik
- Pergi rumah mertua. Tapi rumah mertua pun takde air.
- Tidur di hotel
So pada malam tu, aku dah decide untuk tidur kat hotel jer memandangkan perut aku pun tak berapa sedap masa tu.
Takdelah banyak mana hotel aku survey masa tu.
Aku dah shortlist pun Tamu Hotel & Suites ni walaupun ada hotel-hotel lain juga yang macam menarik.
Tapi aku decide untuk pilih Tamu Hotel atas beberapa sebab:
- Dekat dengan rumah
- View dia cantik
- Hotel yang cantik, ada kelas gittew
- Harga agak okay
- Masih ada air, aku dah call hotel sebelum ke sana
- Hotel ini hotel milik orang Islam
Dalam masa sekitar 20 minit aku dan wife dok siapkan barang, anak-anak dan kemas rumah sikit-sikit kami terus gerak ke Tamu Hotel.
Macam aku sebut tadi, hotel ni tak jauh hanya sekitar 20 minit jer dah sampai.
TIBA DI HOTEL
Kami tiba di hotel sekitar 9.30pm. Macam aku sebut tadi, benda ni memang dah plan.
Aku dah call hotel siap-siap sebelum datang sebab nak pastikan ada kekosongan. Kali ni aku tak order pakai Agoda bagai sebab malas dan dah lambat.
Kat lobi jumpa dengan receptionist, katanya 1 malam hanyalah RM250 sahaja.
Receptionist tanya, “Encik nak bilik yang ada katil single 2 buah atau sebuah katil Queen?”
Jawab aku, “Saya nak yang katil Queen. TQ”
Lepas tu dapat la kad akses untuk masuk bilik dan dia bagi sekali kupon makan sarapan.
Aku suka tengok lobi dia. Memang nampak lah macam hotel yang mahal dan berkualiti. Takde lah sampai tahap 5 ke 6 bintang. Tapi memang cantik dan bersih jer.
Gambar ni Hafsah pakai jubah, tudung dan spek hitam. Geram pulak melihatnya. Hihi.
Ini pulak dia duduk sebelah ibu dia. Nak sama macam ibu la tu.
Aku dan anak-anakku.
BILIK
Aku dapat bilik bernombor 2410. Aku tak pilih dan aku tak request apa-apa yang special pun pasal bilik ni.
Tapi. Tadaa! Alhamdulillah, dia bagi bilik yang nampak view KLCC. Cantik sangat view dia, ya Allah!
KL Tower pun nampak gak tapi jauh sikit ke kanan.
Kat bawah ni aku share gambar walkway sebelum masuk ke hotel.
Orait, bila dah masuk bilik, beginilah rupa nya.
Ada katil Queen sebijik.
Design dan hiasan bilik ni bagi aku, boleh lah nak banding dengan harganya.
Nampak macam dah renovate dan nampak ke arah moden minimalis jugak.
Kat tepi ni ada meja. Boleh la untuk buat kerja atas meja ni sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur.
Siap dapat TV besar lagi dalam bilik ni. Tapi masa ni tak layan sangat TV. Bukak kejap jer.
Bagi aku bilik dia ni memang not bad, besar jugak dan selesa.
BILIK AIR / BATHROOM
Okay ini part yang best gak mengenai hotel ni. Aku suka dia design bilik air besar macam ni.
Nampak spacious gitu dan selesa. Takdelah macam sebahagian hotel yang kita bayar mahal-mahal, tapi bilik air dia sempit susah nak bergerak.
Bilik air ni disediakan tempat shower sahaja dan tiada bath tub.
Benda-benda lain seperti hair dryer, shampoo, sabun dsb macam biasa lah memang disediakan.
Air shower dia pun laju jer pressure dia so memang okay sangat la.
VIEW DARI BILIK
Alhamdulillah, aku syukur sangat sebab diorang bagi bilik yang view dia cantik macam ni.
Bukan takat waktu malam nampak cantik, waktu pagi pun kita boleh tengok sunrise daripada bilik ni.
Ni view pada waktu malam. Boleh tengok kat luar, dengan lampu-lampu bangunan, KLCC dan sebagainya yang menyinari kota metropolitan ini.
Aku, wife dan anak-anak dok terpegun tengok view dari sini.
Anak-anak pun sebelum tidur berdiri kat tepi nak tengok view kat luar. Tapi kena hati-hati lah. Cuak jugak dok tepi tu sebab tingkap cermin je kan.
Lepas solat subuh tu boleh lah duduk termenung kat tingkap tu sambil zikir, baca al-Quran dan tengok pemandangan matahari terbit di tengah bandar Kuala Lumpur.
Waktu pagi-pagi, apa lagi memang dok ambil gambar jer sambil menikmati pemandangan. MasyaAllah.
Ni pulak baby Muadz. Dialah budak yang paling awal bangun tidur. Haha. Masa tu yang lain-lain masih tidur lagi.
BREAKFAST
Makan sarapan / breakfast di Tamu Hotel ini adalah di tingkat ke-27 (SUASANA).
Ruang breakfast di hotel kebiasaannya adalah di tingkat paling bawah.
Yang menariknya di sini adalah tempat makan adalah di tingkat atas sekali, tingkat 27!
Apa yang menarik?
Bila berada di tingkat 27, bermakna kita berada di tempat tinggi dan pemandangan yang kita nampak dari tingkat ini lebih cantik, lebih jauh dan lebih menarik.
Cuma masa sampai di sana, aku tak tau yang ada tempat makan yang nampak view cantik. Tempat aku makan nampak gini jer hah.
Tapi realiti kalau jalan tepi sikit memang ada ruang makan view lagi cantik. Menyesal sebab tak pusing dulu. Huhu. Kalau tak makan sambil tengok menara KL dan KLCC dah.
Makanan di ruang makan utama diceduk oleh pekerja. So korang kalau nak ambil makanan lebih-lebih, kena lah request ya.
Bagi aku makanan kat sini pun ok jugak lah, not bad.
Macam yang aku selalu cerita, aku memang suka makan kat hotel. Cuma nak kata makanan hotel paling sedap tu memang tak semestinya lah. Hoho. Tapi inilah momen yang dinanti-nantikan!
Sambil makan tu, sudah pasti kena mengopi sekali. Itu memang tak boleh tinggal. Sambil pekena roti bakar.
Tempat aku duduk ni boleh nampak Masjid Kampong Bharu jugak daripada atas.
Kat sini memang banyak jenis makanan disediakan. So aku share jer gambar-gambar dining area kat bawah ni ya. Santai!
SWIMMING POOL
Kolam renang terletak di tingkat 7 hotel ini. Kolam renang kat sini pun special, dia buat style Infinity Pool.
Tempat mandi lelaki pun diasingkan dengan perempuan. Ada garisan dan entrance yang berbeza di situ.
Yes, ia bersambung antara lelaki dan perempuan. Namun masih ada privacy sebab dia dah asingkan siap-siap.
So untuk golongan wanita nak swim kat sana pun tak perlu risau sangat.
Pool dia bagi aku memang nampak unik dan cantik lah.
Air dia jernih jer dan nampak bersih di sekitar pool ni.
Daripada atas ni pun boleh nampak Masjid Kampong Bharu ni jugak.
Kalau azan, confirm dengar clear punya dari kolam renang ni.
LOKASI
Hotel ni terletak betul-betul di Kampong Bharu, KL iaitu tengah-tengah bandar KL. So antara lokasi terdekat termasuklah:
- Masjid Kampong Bharu
- Hospital Kuala Lumpur (HKL)
- Quill City Mall
- Restoran-restoran dan warung-warung femes di Kampung Baru
e. KLCC - KL Tower
- Dan pelbagai lokasi menarik lagi
KESIMPULAN
Bagi aku, hotel ni adalah hotel yang bagus untuk kita menginap, bercuti bawak keluarga. Untuk orang KL/Selangor pun bagi aku okay jer nak lepak satu ke dua malam di hotel ni sebab facility dia okay. Boleh lagi bagi chance kat anak-anak bermandi-manda swimming di hotel ni.
View dari hotel ni pun nampak cantik. Untuk orang luar yang ke sini, bukan sekadar boleh tengok view yang cantik bahkan nak pergi jalan ke mana-mana pun senang sebab semua tempat, kemudahan pun dekat.
Masjid ada kat bawah hotel ni memudahkan kita untuk pergi solat berjemaah 5 waktu, dan kalau kita ada urusan perlu stay di hotel ni pada hari Jumaat, turun bawah jer dah sampai Masjid Kampung Baru.
Untuk anda yang mungkin ada urusan di Hospital KL, hotel ni sangat hampir dengan HKL hanya sekitar 1km sahaja.
Bagi saya, hotel ni hotel milik orang Islam yang setaraf dengan kebanyakan hotel-hotel besar yang ada di luar sana. Memang berbaloi nak stay di sini.
Tamu Hotel & Suites
120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: +603 2603 1999
Email: info@tamuhotel.com
Website: www.tamuhotel.com