Review: Pengalaman Guna Penapis Air Luar Rumah Cuckoo Prime X1. Bagus Ke?

Bulan April 2019 yang lepas, Cuckoo baru perkenalkan produk baru penapis air luar rumah / outdoor water filter model Prime X1.

Haa, ikutkan inilah penapis air luar rumah model pertama yang dikeluarkan oleh Cuckoo Malaysia.

Lepas Cuckoo buat presentation mengenai produk baru ni, aku decide untuk pasang juga penapis air ni sebuah kat rumah mak ayah aku di Kuantan.

Kenapa?

Ada beberapa sebab yang aku nak kongsikan dengan anda semua.

 

AIR KOTOR DI KUANTAN

Di Kuantan ni ada masalah air, yang ada masanya tersangatlah kotor.

Ini bukan gambar Google tau! Ini masa tengah catuan air, air yang masuk dalam rumah jadi kotor sangat. Maaf gambar tak jelas sangat sebab crop dari video.

So bila kotor tu, memang air kuning habis tau. Baju pun berpotensi jadi warna kuning. Kalau tengok pun memang geli nak minum. Kalau masak pun memang tak lalu nak minum.

Ada masa dulu air tengah bermasalah kat Kuantan, air keruh sangat. Korang boleh tengok gambar bawah ni:

Rumah ayah memang ada pakai penapis air luar rumah / outdoor water filter.

Cuma sebab dia gunakan model lama yang gunakan teknologi lama.

Mungkin sebab tu aku rasa bila air tengah masalah teruk, penapis air lama tu tak dapat nak uruskan air kotor yang masuk ke dalam rumah.

 

SUMBER AIR KITA BERSIH…?

Pernah satu masa ada ahli politik kata air yang dikeluarkan oleh syarikat bekalan air atau jabatan bekalan air di negara kita adalah cukup bersih. Boleh minum tapi perlu ditapis atau dimasak.

Ini kerana air yang dirawat oleh loji air tersebut telah dirawat dengan cukup baik untuk mengelakkan penyakit, kotoran, bau dan sebagainya.

Namun, mungkin itu dari peringkat loji tapisan air.

Walaupun ia telah dibersihkan dengan klorin dan sebagainya, namun air yang masuk ke rumah kita belum tentu bersih sama seperti di loji tapisan air.

Link asal: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/air-paip-perlu-dimasak-sebelum-diminum-dr-lee-188839

Belum cerita lagi masa air tu keluar dari loji, masuk dalam saluran perpaipan yang berpuluh-puluh kilometer itu.

Kemungkinan ada masalah kebocoran paip disana-sini pula.

Boleh jadi sistem perpaipan di kawasan perumahan kita telah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Yang mana ia mungkin mengandungi lumpur, lumut, pasir, lendir, karat dan sebagainya.

Maka itu sebabnya air yang sampai ke rumah kita ada potensi untuk jadi lebih kotor dan kurang sihat untuk terus diminum.

Sekarang ni pula dengan pelbagai masalah air yang berlaku, termasuklah sebahagian penyakit boleh berjangkit hanya melalui air. Maka perkara ini jadi semakin merisaukan.

Bukan sekadar itu, air kotor ni bukan sekadar dalam sistem perpaipan.

Malah dalam tangki air rumah kita, tangki air rumah flat, atau apa-apa jenis rumah sekalipun kebiasaaannya dalamnya kotor dan berkeladak yang biasanya bertahun-tahun tidak dicuci.

Buka sahaja tangki air rumah kita, pasti kita akan dapati dinding tangki air tersebut dan lantainya kekuningan.

Ada rumah pula pada tangki airnya ada lumut yang tumbuh tertimbul di permukaan air.

Ada juga yang sudah bertahun-tahun tidak mencuci tangki air atau mungkin ada masalah tersumbat, air di dalam tangki berlumut teruk.

Yang lucunya sebahagian tangki air ada yang tertinggal seluar dalam di dalamnya.

Masalah di atas ini cukup membuktikan bahawa air yang masuk ke rumah kita belum tentu cukup bersih dan selamat untuk digunakan dan diminum terus.

Bayangkanlah air kotor inilah yang kita gunakan untuk mandi, untuk minum, untuk memasak, untuk basuh baju dan sebagainya.

 

MASALAH PENAPIS AIR SEDIA ADA…

Kiri penapis air lama, kanan penapis air baru

Sebenarnya, penapis air sedia ada tu okay je dan tak ada masalah kritikal pun.

Cuma mungkin ada masanya bila masalah air tu teruk sangat, penapis air ni tak dapat nak handle kotoran tu.

So air yang akan masuk ke rumah akan jadi lebih kotor walaupun penapis air sudah dipasang.

Selain itu, penapis air yang dah dipasang kat rumah tu pun tak ada sebarang servis pun.

Sebagai pembeli penapis air lama itu, apa yang kita kena buat adalah kena ‘backwash’ setiap beberapa minggu untuk bersihkan filter di dalamnya.

Bila tak buat backwash, kotoran akan kekal berada di dalam penapis air. Selain itu, air di rumah juga akan jadi perlahan.

Namun jika dilakukan backwash pula, kotoran di dalam penapis air itu akan berpusing di dalam tabung air itu pula dalam proses untuk mengeluarkan kotoran tersebut.

 

APA KELEBIHAN PENAPIS AIR LUAR RUMAH CUCKOO PRIME X1 NI…?

Ini video pengenalan penapis air luar rumah / outdoor water filter Cuckoo Prime X1 ni di sini

Cuma kat sini, aku nak share serba ringkas tapi padat beberapa kelebihan yang ada pada produk ni yang aku sempat cari:

1. FILTER ULTRA FILTRATION BERKUALITI TINGGI – Cuckoo gunakan sistem tapisan Ultra Filtration yang dapat tapis pada kadar yang sangat halus.

2. TEKNOLOGI FILTER PVDF TERBARU – Filter yang digunakan adalah lebih kuat menyerap air, lebih elastik dan sangat tahan lama. Filter ditukar setiap 3 tahun.

3. MENAPIS 99.99% KOTORAN, VIRUS & BAKTERIA – Dah tak perlu nak risau dengan kualiti air di rumah. Air pun dah tak kuning dan berbau lagi lepas guna Cuckoo Prime X1 ni.

4. ALIRAN AIR YANG LAJU – Dikatakan dalam 1 jam boleh tapis hingga 2000L air! Ini kerana Cuckoo gunakan teknologi PVDF membuatkannya lebih cepat menyerap air dengan berkesan.

5. TANPA ‘BACKWASH’ – Sistem terbaru Cuckoo ni gunakan teknologi Royal Flushing. Setiap beberapa hari, Cuckoo Prime X1 ini akan keluarkan air secara automatik menggunakan auto water-timer bagi mengeluarkan kotoran dalam tangki air.

Ini juga bermakna filter kita akan terus dicuci secara automatik semasa flushing ini berlaku. Asalnya Cuckoo set setiap 3 hari akan flush sekali. Tapi kat rumah mak ayah aku, dia set untuk flush setiap hari.

Boleh jer kalau nak set secara manual.

6. BERKUASA WALAUPUN SAIZ KOMPAK – Berbanding dengan penapis air luar rumah lain yang ada dalam pasaran, penapis air Cuckoo Prime X1 ini mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding pesaingnya.

Namun menghasilkan tapisan yang lebih berkualiti.

Saiz kompak ini memudahkan kita untuk pasang di mana-mana rumah walaupun jika anda tinggal di rumah banglo, teres, kondominium atau flat.

7. SERVIS BERKALA & JAMINAN PERCUMA HINGGA 7 TAHUN – Ini antara yang tidak akan didapati di mana-mana penapis air luar rumah yang lain. Untuk pembelian secara tunai, kitaa akan dapat percuma servis dan waranti 1 tahun.

Namun untuk rental, boleh dapat percuma servis, tukar filter dan waranti hingga 7 tahun bergantung kepada kontrak yang kita pilih.

Untuk servis berkala, anda boleh tengok gambar di bawah. Pemasangan dan servis akan dilakukan hanya oleh Natural Doctor dan Doctress Cuckoo yang terlatih.

8. PELAN BAYARAN YANG MENARIK! – Sekarang Cuckoo baru perkenalkan skim rental yang mana pelanggan boleh dapatkan penapis air ini dengan bayaran bulanan serendah RM75 sebulan. Servis, pertukaran filter dan waranti adalah percuma sepanjang tempoh kontrak.

 

MACAM MANA PROSES PEMASANGAN PENAPIS AIR NI…?

Proses nak pasang penapis air ni pun tak susah. Yang penting, kena order lah dulu.

  1. TEMPAH ONLINE – Kalau nak order boleh jer terus tempah kat seller. Nak pasang ni takde pun extra charges. Takde sebarang yuran-yuran tambahan.Kalau nak ambil pakej rental RM75 sebulan tu, bayar RM75 je lepas tu dah boleh pasang terus. Senang kan?Boleh beli terus kat link ini https://store.cuckoo.com.my/estore/fksalesempire/ atau terus whatsapp ke 0139916967 atau klik www.wasap.my/60139916967
  2. PASANG – Semasa hari pemasangan, Cuckoo akan cek beberapa perkara.Antaranya adalah sumber air, tahap kekuatan tekanan air di rumah dan tempat pemasangan.Pada mulanya, pihak Natural Doctor Cuckoo akan cek tahap tekanan air di rumah dulu.Kalau terlalu rendah bawah 20 psi memang tak dapat nak pasang. Biasanya kena pasang water pump dulu baru boleh pasang. Tapi kita sebagai pelanggan tak perlu nak beli apa-apa alat untuk cek, nanti masa hari pemasangan Cuckoo akan tolong cek untuk kita secara percuma.Seterusnya, Natural Doctor Cuckoo itu akan sahkan dengan anda lokasi yang ingin dipasang. Cuckoo akan uruskan perpaipan penapis air ini dan pasang penapis air tersebut di lokasi yang kita setujui.Setelah pasang, Cuckoo akan test penapis air di rumah anda untuk pastikan segalanya berjalan lancar.Kemudian akan set timer pada penapis air di rumah anda untuk tujuan auto-flushing.Bila dah habis pasang semua, kita hanya perlu tandatangan pada Installation Note yang diberikan.

 

Kalau tengok kotak pun kitaa dapat agak. Saiznya memang kompak. Tapi cukup berkuasa tau!

 

Design kotak dia macam ni.

 

Bila kotak dah dibuka, begini isinya.

 

Water timer yang disediakan

 

Tengah setup pemasangan penapis air Cuckoo Prime X1 sebelum pasang di dinding rumah.

 

Cuckoo Natural Doctor tengah nak pasang penapis air Cuckoo Prime X1 di rumah ayah saya

 

Perpaipan yang akan dipasang adalah lebih kurang macam ni. Semua ni Cuckoo tolong pasangkan nanti.

 

Pemasangan
Servis

 

OKAY KE GUNA PRIME X1 NI…?

Pasang kat rumah ayah

Okay sekarang dah masuk 6 bulan Cuckoo Prime X1 dipasang di rumah mak ayah.

Sekarang dah masuk fasa servis pertama.

Sebelum ni filter air kat rumah mak ayah aku lebih besar, bila guna Prime X1 ni memang nampak lebih kecil.

Pada aku, aku puas hati sebab air yang ditapis memang ternyata lebih bersih.

Dah tak perlu risau air berpenyakit, air kotor, air kuning, air berbau, air berkeladak dan sebagainya.

Kalau nak guna untuk mandi, nak masak air, memasak, basuh baju dan sebagainya pun dah tak risau bila dah guna Cuckoo Prime X1 ni.

Lepas tu memang lagi mudah la sebab dah tak perlu nak buat backwash lepas ni.

Senang jer sebab dah ada Royal Flushing kat penapis air rumah ni. Air kotor akan dikeluarkan setiap beberapa hari, ikut masa berapa lama yang kita sendiri set.

Satu lagi, kalau penapis air luar rumah ni rosak pun dah tak perlu risau lagi. Sebab bila ada apa-apa jer masalah, Cuckoo yang akan tolong pastikan penapis air berfungsi dengan baik.

Servis pun akan diberikan setiap 6 bulan so tak perlu risau dah. Tinggal pakai jer kat rumah.

Ye lah, benda ni berdasarkan pengalaman orang lain juga ada yang guna penapis air Cuckoo. Bila ada masalah penapis air, ada masanya Cuckoo tukar penapis air baru terus. Huhu. Memang terbaik lah.

Bila kita gunakan servis Cuckoo untuk pemasangan penapis air di rumah, satu perkara yang kita perlu tahu adalah segala urusan pemasangan, waranti, after sales service dan sebagainya akan diuruskaan terus oleh syarikat Cuckoo.

Dan macam yang aku sebut kat atas sebelum ni, pemasangan, servis, baikpulih segalanya diuruskan oleh insan-insan yang terlatih. Bukan calang-calang orang pasang tau!

Nak pasang penapis air ni, servis adalah perkara no 1 kita perlu ambil tahu. Kalau servis bagus, pakai jer. InsyaAllah tak menyesal.

 

PERLU KE PASANG KAT RUMAH?

Jawapan aku: Bergantung pada kualiti air yang masuk ke rumah. Kalau kita yakin air di rumah kita memang sangat bersih, sangat jernih, tiada kotoran kalau tak guna pun okay jer.

Tapi zaman sekarang ni, kat mana-mana pun biasanya akan ada masalah air macam yang aku sebut kat atas.

Masalah air kuning, keruh, kotor, berkuman dan bakteria, berbau, kuat klorin dan sebagainya tu memang dah biasa.

Tanya diri kita, kalau rumah kita ada masalah air seperti di atas, memang aku recommend pakai penapis air Cuckoo Prime X1 ni. Serius! Sebab memang berkesan lah.

 

APA PROMOSI TERKINI CUCKOO?

Sekarang Cuckoo tengah lancarkan 2 promosi baru untuk produk Cuckoo Prime X1 ni.

Sebelum ni harga penapis air ni kalau diambil secara tunai adalah RM2400.

Sekarang Cuckoo tengah buat promosi Cuckoo Goood Trade-In yang mana kita akan dapat diskaun RM800 untuk pemasangan penapis air luar rumah ini.

Promosi untuk pembelian tunai ni akan tamat pada 31 Disember 2019.

 

Untuk pemasangan secara Rental pula, dulu harga tetap RM100 sebulan x 3 tahun. Juga ada yuran pemasangan sebanyak RM250.

Sekarang Cuckoo dah MANSUHKAN yuran pemasangan RM250 dan dah tak perlu bayar lagi yuran tersebut! Dulu masa aku pasang memang bayar la RM250 ni.

Dan bayaran bulanan sekarang adalah fleksibel boleh bayar serendah RM75 sahaja sebulan, dan dapat FREE servis, pertukaran filter dan waranti hingga 7 tahun tu!

 

 

 

OKAY… MACAM MANA NAK TEMPAH?

Okay macam yang aku share atas tadi, kalau nak tempah boleh follow je di bawah:

  1. Tempah Terus Melalui Cuckoo EBRANDSTORE – klik sini https://store.cuckoo.com.my/estore/fksalesempire/
  2. WhatsApp Ejen – Hubungi 0132775539 atau klik sini – www.wasap.my/60139916967
  3. Websitewww.cuckoonano.com/prime-x1-outdoor-water-purifier

Pasang tau, rugi tak pasang sebab tengah promo kaw ni.

InsyaAllah tak menyesal pakai sebab air kat rumah lepas ni lagi bersih!

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: