1. Aku mula buat bisnes dulu masa form 1. Masa tu mak suruh jualkan piza yang dia buat sendiri kat sekolah. 1 piza RM5 sahaja.
2. Masa form 4, ayah dah mula ajak berniaga di jalanan. Yang aku ingat mula-mula dulu kami jual pokok epal bidara masa musim Merdeka di Kuantan.
3. Tahun yang sama, ayah ajak jual Ice blended di jalanan. Masa tu mak dilantik jadi stokis serbuk ice blended di pantai timur. Dulu banyak berniaga di program seperti Jom Heboh dan sebagainya. Tapi taklah terlalu aktif menjaja. Pernah sekali jual ice blended di sekolah pada hari keusahawanan di sekolah.
4. Masa habis sekolah, ayah mula pencen dari bidang Oil and Gas. Cari peluang berniaga lain untuk dapat fast cash. Cuba peluang bidang pertanian. Tanah 4 ekar tanam pokok naga. Lepas beberapa tahun, kerajaan negeri bagi tanah dalam 10 ekar tapi tak dan untuk diusahakan.
5. Pada masa sama, ayah ajak aku belajar teknologi buat baja guna EM. Ayah buat production sendiri untuk buat baja di Segamat, tanah yang sama kami tanam buah naga.
6. Tahun tersebut kami mula jual benih pokok naga, buah naga dan baja. Buah naga jual pada distributor terus. Baja kami jual sendiri di pasar tani. Masa tu aku belajar di Kolej Shahputra ambil diploma. Aku dah ada lesen kenderaan. Kadang-kadang ayah suruh aku sendiri je jual kat pasar tani, so aku ajak kawan-kawan berniaga. Yang selalu ikut Razlan Ramli dan Mohamad Syahridhwan Mohamed.
7. Aku diperkenalkan oleh kawan aku untuk buat bisnes Perfume Ori dari Dubai. Macam-macam brand besar ada termasuk Hugo, Ralph Lauren, Tommy dan sebagainya. Kawan cakap ori, beli kat dia RM40 jer sebotol katanya. Aku jual. Lama-lama aku rasa tak best, rasa macam perfume tu tak ori. Aku stop jual. Ada sebahagian kawan aku yang aku call minta maaf.
8. Masa abang Hakeem Abdul kerja di Pasir Gudang, kami kerap juga pergi ke JB. Satu masa tu ayah, mak dan aku singgah Batu Pahat. Masa tu ada Mini MAHA di sana. Aku rasa tertarik sangat tengok ada usahawan Melayu jual pokok orkid. Cantik dan style. Masa tu aku propose ayah untuk jual orkid di Kuantan sebab tak ada orang buat niche tu lagi.
9. Kami ambil supply dari usahawan di Batu Pahat tersebut, jual orkid di Kuantan. Makin lama makin pandai pasal orkid. Baru tahu ada orang memang hobinya tanam orkid, especially Phallaenopsis (butterfly). Dapat supply daripada banyak tempat merata pada harga lebih murah.
10. Sebelum buat bisnes ni pun, bisnes tanaman tak berapa menjadi. Sebab banjir, pekerja lari songlap barang, dan mungkin faktor usia ayah nak ulang alik Kuantan – Segamat dan buat kerja kebun tu meletihkan, kami stop dulu. Fokus tanaman lain jangka panjang.
11. Buat bisnes Orkid awalnya masyuk sebab takde player lain dalam market. Bila mula ada pesaing, maka kena fikir cara supaya jadi lebih kreatif untuk dapatkan pelanggan suka beli dengan kita.
12. Bisnes Orkid dah sampai masa nak kena tukar sebab aku nampak banyak flaw juga. Antaranya bila pokok dah habis bunga, kau dah mula susah nak jual pokok tu. Maka akan ada banyak ‘stok’ yang tak dapat nak dijual. Situ kita dah rugi wang dan ruang.
13. Aku masuk UIA. Ayah teruskan bisnes di Kuantan. Di UIA, bro Syarief cadangkan aku buat bisnes jual majalah Al-Ustaz dan Solusi. Mudah caranya. Hanya minta supplier hantar ke hostel stok baru. Aku letak kat kedai-kedai runcit dalam kampus dan hostel. Kena deal dengan kedai dulu sebelum letak stok di kedai.
14. Nak kahwin. Aku tak tahu apa kerja nak buat lagi. Jual buku agama bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris bawah nama Al-Kahfi Online Bookstore. Mula-mula tu jual dalam kampus je. Malu gila sebab takut kawan-kawan nampak aku menjaja. Lol. Aku rasa macam tak cool je. Perasaan aku je masa tu.
15. 2013 dalam tahun ke 2 atau 3 di UIA, aku fikir punya fikir. Dapat idea jual air mineral botol di Mahallah (hostel) di UIA. Sebab tengok orang biasa letak kotak mineral water je di tangga, pelajar beli sebotol-sebotol. Masa tu aku fikir, kalau orang curi air atau duit buat naya je. Aku decide untuk buat kelainan. Jual air mineral sekotak-sekotak pada pelajar. Modal RM9, jual RM16 sekotak air mineral. Sehari boleh untung dalam RM50.
16. Lepas kahwin, dan masih belajar. Masih jual buku di seminar. Air mineral jual sekali sekala. Dan pernah juga jual telekung Muslimah Cotton di pasar malam dan pasar tani. Sekali dua je lah.
Semua bisnes yang aku buat face to face ni jangan cakap la bukan main malu perasaannya. Tapi nak buat camne, jual je lah. Buat muka tembok. Hoho.
Inilah pengalaman berniaga zaman belajar yang aku ingat.
Fadhil,
Suka bercerita
—
Bisnes apa anda buat masa belajar? Jom share di ruang komen