by Fadhil | Dec 20, 2020 | Emas
Tempohari saya berkongsi dengan sahabat-sahabat Cuckoo di Kuantan.
Soalan saya, “Setiap bulan berapa peratus korang peruntukkan untuk simpanan?”
Ramai yang menjawab sekitar 10~20% dari duit komisyen.
Sekiranya komisyen bulanan RM 4000, bermakna minima simpanan adalah RM 400.
Kemudian saya tanya lagi, “Daripada simpanan RM 400 tu sejak Januari hingga Disember 2020, berapa banyak dah simpanan kita? Dah cukup RM 4800?”
Jawab salah seorang sahabat kami, “Baki ada RM 400 jer boh. Huhu. Tak sampai pun RM 4800”
Kenapa?
Sebab bila simpan duit tunai di akaun bank, duit tunai kita akan cepat habis. Akan selalu bocor.
Bila ada promosi sahaja di Shopee, Lazada atau di mana-mana sahaja pasti kita akan gatal tangan nak berbelanja.

Kemudian saya kongsikan lagi, “Bayangkan kalau dari awal tahun haritu kita beli sekurang-kurangnya 2g emas sebulan tanpa gagal, hari ini pasti ada 24g emas atau lebih lagi”
Sambung saya, “Bayangkan kalau Januari lepas harga 1g emas sekitar RM 220 kita beli. Harga naik mahupun turun pun kita terus beli konsisten.
Kalau harini harganya RM266/g. Nilai simpanan kita semua hari ini untuk 24g adalah sekitar RM6384!”
Duit kita kerap habis sebab ‘terbelanja’ membeli sesuatu mengikut keinginan dan nafsu kita.
Duit sangat mudah nak dibelanjakan. Tapi kalau duit tu dah diubah kepada bentuk emas, maka kita akan kurang berbelanja dan lebih banyak menyimpan.
Duit yang ditukar kepada emas juga akan bagi kepuasan hati kepada diri si pembeli.
Dia puas sebab dapat gunakan nafsu membeli. Dia puas sebab simpanannya semakin meningkat bulan demi bulan. Dia puas sebab nilai emas PASTI akan meningkat saban tahun, insyaAllah.ย
Gitulah.
Yang penting adalah tabiat berbelanja kita, itulah yang seharusnya dikawal dengan cara yang betul.
Simpan Emas 5 Tahun, 10 Tahun, 20 Tahun?

Emas PAMP dibeli pada tahun 2010 semasa harganya tinggi RM170/g. Hari ini harga 1g adalah sekitar RM270/g. Walaupun dibeli pada harga tinggi pada 10 tahun lepas, masih lagi untung sehingga hari ini. Keuntungan sekitar RM1000!
Bayangkan sahaja kalau anda membeli emas sejak 10 atau 20 tahun yang lalu daripada wang gaji yang anda terima. Jika 1 bulan hanya simpan serendah 1g sahaja.
Untuk contoh sekarang, kita ambil kira harga emas 1g RM270.
Kiraan simpanan adalah lebih kurang begini:
- 5 tahun = 60 bulan = 60g = RM270 x 60 = RM16,200
- 10 tahun = 120 bulan = 120g = RM32,400
- 20 tahun = 240 bulan = 240g = RM68,400
Jika kita menyimpan sekitar 3g sebulan sejak 10 tahun lalu, maka simpanan kita adalah sekitar 360g x RM270 = RM97,200!
Bahkan 10 tahun lalu harga emas hanyalah sekitar RM120/g sahaja. Simpanan anda dalam bentuk Ringgit Malaysia adalah jauh lebih kecil sejak 10 tahun lalu. Namun untung kenaikan nilai emas yang anda terima adalah besar. RM yang kecil, namun nilai simpanan terus meningkat saban tahun.
Beli Emas Di Public Gold

Kebiasaannya ingin membeli emas, anda โterpaksaโ membeli emas dengan gram yang besar kerana emas-emas yang dijual di kedai-kedai kebiasaannya bersaiz lebih besar.
Namun sekiranya ingin membeli emas serendah 1g setiap bulan, pilihlah untuk membeli emas dari Public Gold kerana Public Gold mempunyai program GAP iaitu Gold Accumulation Program.
Gold Accumulation Program (GAP) ini membolehkan anda membeli emas dengan simpanan serendah RM100 sahaja sekali beli. Atau boleh juga membeli sekecil 0.5 atau 1g setiap kali beli.
Dengan GAP, anda boleh menyimpan emas yang anda beli tersebut terus ke dalam akaun emas fizikal Public Gold. Dan anda boleh sahaja membawa keluar emas tersebut apabila anda ingin menyimpan sendiri emas itu kelak.
_
Minat nak menyimpan emas di Public Gold & dapat bimbingan percuma dari Fadhil? Whatsapp Fadhil okay ๐๐
๐ฐ wa.me/60139916967ย
Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.ย
#KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL #PatuhSyariah #AmanieAdvisors #1Bulan1Gram #1Bulan1Dinar #NotaEmasFK #NotaKewanganFK #GAP
by Fadhil | Dec 20, 2020 | Emas
๐ ๐ฎ๐ฐ๐ฎ๐บ ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐๐ป๐๐๐ป๐ด ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฒ๐บ๐ฎ๐? ๐ค
Saya sendiri pernah tertanya-tanya apa untungnya emas ni. Macam mana nak take profit?
Sebab kalau nak melabur pastilah sebab kita nak untung kan. Siapa nak rugi.
Baik.
Emas, tidak sama seperti pelaburan saham, unit trust dan sebagainya kerana beli emas anda tak dapat keuntungan melalui dividen dan sebagainya. Namun untungnya emas adalah pada turun naik harga emas itu sendiri.
Untuk buat keuntungan dengan emas, saya kongsikan 4 cara di bawah:
1๏ธโฃ Beli & Simpan Jangka Panjang
Emas jika disimpan untuk jangka pendek pasti akan lalui fasa turun naik harga emas. Ada masa untung. Ada masa nampak macam rugi.
Namun untuk tempoh panjang, 5-10 tahun harganya pasti meningkat! Lihat sahaja harga emas 10 tahun lepas banding dengan hari ini, perbezaannya lebih RM100/g dah harganya akan terus meningkat.

Emas PAMP dibeli pada tahun 2010 semasa harganya tinggi RM170/g. Hari ini harga 1g adalah sekitar RM270/g. Walaupun dibeli pada harga tinggi pada 10 tahun lepas, masih lagi untung sehingga hari ini. Keuntungan sekitar RM1000!
Maka kalau nak mula melabur emas dengan teknik simpanan, pastikan ada mindset untuk simpan jangka panjang untuk menikmati keuntungan bila harga naik.
Untuk teknik beli dan simpan, anda perlu membeli secara konsisten tidak kira semasa turun ataupun naik. Yang penting jumlah gram emas anda bertambah hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun.
Nak kira keuntungan, kita boleh kira secara ‘dollar cost averaging.
Contohnya:
Beli 10g pada bulan Januari – RM200/g = RM2000
Beli 10g pada bulan Febuari – RM220/g = RM2200
Beli 10g pada bulan Mac – RM210/g = RM2100
Kiraannya adalah seperti berikut: RM2000 + RM2200 + RM2100 = RM6300 / 30g = RM210/g
Bermakna purata harga emas anda beli adalah pada harga RM210/g
Jika kini (Disember 2020) harga emas adalah sekitar RM270/g. Untung anda dah buat adalah RM270 – RM210 = RM60/g. Bermakna anda dah buat untung sekitar RM60 x 30g = RM1800! Bagaimana pula kalau anda beli lebih dari itu?
Jadikan emas simpanan untuk dilupakan, simpanan untuk masa depan.

Perbezaan Harga Emas Jangka Panjang
2๏ธโฃ Beli Harga Rendah, Jual Harga Tinggi
Beli emas ketika harganya tengah jatuh menjunam, dan jual semula ketika harganya tengah meningkat tinggi.
Seperti yang kita tahu, harga emas adalah sangat ‘volatile’ untuk jangka pendek. Harganya boleh turun naik dengan sangat cepat.
Sehinggakan harga emas boleh turun sekitar RM10~RM20 dengan cepat. Begitu juga ia boleh naik semula dengan cepat.
Teknik ini boleh dibuat untuk short term. Anda perlu ada sedikit analisa teknikal untuk buat teknik ini.
3๏ธโฃ Jadi Dealer Emas
Di samping menyimpan emas, anda juga boleh jadi dealer emas untuk buat keuntungan dengan emas. Walaupun % komisyennya tidak besar, namun emas merupakan simpanan yang ‘evergreen’ dan akan dibeli sampai bila-bila.
Di Public Gold, anda berpeluang menjadi dealer emas. Komisyennya adalah seperti berikut:
- Normal Dealer – 1%
- Priority Dealer – 1.5%
- Master Dealer – 2%
Untuk menjadi Normal Dealer atau Priority Dealer, ada modal yang perlu dikeluarkan. Wang yang anda belanjakan tersebutย tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membeli emas.
Bermakna anda ada 2 keuntungan di situ:
- Untung sebab beli emas
- Untung sebab jadi dealer emas
Apabila anda dah jadi dealer emas, anda boleh rekrut atau ajak orang ramai untuk membeli emas di Public Gold. Sekiranya orang tersebut beli sebanyak RM100, untung anda dapat adalah RM1 hingga RM2.
Kalau sebulan orang melabur emas hingga RM100,000 maka untung anda adalah RM1000 hingga RM2000.
Kalau sebulan orang melabur emas hingga RM1,000,000 maka untung anda adalah sekitar RM10,000 hingga RM20,000!

Selain itu, anda juga boleh pilih untuk jadi ejen emas bagi kedai-kedai emas yang menyediakan platform tersebut.
4๏ธโฃ Beli Gold Bar Limited Edition
Syarikat Public Gold mengeluarkan siri-siri ‘limited’ untuk design-design tertentu seperti di bawah.

Goldbar begini kebiasaannya dikeluarkan pada jumlah yang sangat terhad sekitar 10,000 unit sahaja. Sekiranya habis maka design tersebut sudah tidak lagi dijual di pasaran.
Apa yang dapat membuatkan si pembeli untung kerana sifatnya yang terhad, maka harganya juga akan meningkat tinggi dan nilainya akan kekal.
Jika anda ingin membeli emas jenis limited edition begini, pastikan anda sudah kaji terlebih dahulu berkenaan design tersebut.
Kalau yakin nilainya boleh terus meningkat maka beli sahaja. Jika design tersebut anda yakin kurang permintaannya, jangan beli.
Lihat trend di media sosial. Kalau ramai yang ‘bercakap’ mengenai design tersebut kebiasaannya itu menunjukkan design tersebut ada potensi untuk kekal mahal.
PERHATIAN! Harga goldbar limited edition begini boleh jadi lebih TINGGI sekiranya ia mempunyai nombor siri yang unik dan cantik. Kalau anda boleh dapatkan design yang rare + nombor siri yang unik maka lebih menguntungkan.


Design begini juga mempunyai demand yang tinggi. Kerana ia sangat terhad, harganya kekal tinggi. Kalau dijual pasti akan ada yang ingin membeli.



Nak buat cara yang mana? Tepuk dada tanya hati ๐ Pilihlah yang paling sesuai dengan anda
_
Minat nak menyimpan emas di Public Gold & dapat bimbingan percuma dari Fadhil? Whatsapp Fadhil okay ๐๐
๐ฐ wa.me/60139916967
Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.
#KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL #PatuhSyariah #AmanieAdvisors #1Bulan1Gram #1Bulan1Dinar #NotaEmasFK #NotaKewanganFK #GAP
*Kredit gambar Mohd Arizan
by Fadhil | Nov 26, 2020 | Travel
Hari Khamis beberapa minggu lepas, pada 3 September 2020 rakyat KL dan Selangor dikejutkan tiba-tiba ada catuan air.ย
Bekalalan air tiba-tiba putus disebabkan berlaku pencemaran air sungai Selangor yang menyebabkan bekalan terpaksa diputuskan hampir keseluruhan KL & Selangor.
Petang tu aku tengah ada Cuckoo NM Workshop di Cheras, wife aku mesej kata air habis. Masa tu aku ingat masalah ni berlaku mungkin sekejap sahaja.ย

Bila sampai rumah petang tu memang bekalan air langsung tiada kat rumah.
Stres.
Bukan apa, sebab yang paling penting pada masa tu kita perlukan air untuk ke bilik air.ย
Malam tu aku dah terfikir 3 opsyen:
- Stay kat rumah, mungkin tengah malam air akan ada balik
- Pergi rumah mertua. Tapi rumah mertua pun takde air.
- Tidur di hotel
So pada malam tu, aku dah decide untuk tidur kat hotel jer memandangkan perut aku pun tak berapa sedap masa tu.ย
Takdelah banyak mana hotel aku survey masa tu.ย
Aku dah shortlist pun Tamu Hotel & Suites ni walaupun ada hotel-hotel lain juga yang macam menarik.ย
Tapi aku decide untuk pilih Tamu Hotel atas beberapa sebab:
- Dekat dengan rumah
- View dia cantik
- Hotel yang cantik, ada kelas gittew
- Harga agak okay
- Masih ada air, aku dah call hotel sebelum ke sana
- Hotel ini hotel milik orang Islam
Dalam masa sekitar 20 minit aku dan wife dok siapkan barang, anak-anak dan kemas rumah sikit-sikit kami terus gerak ke Tamu Hotel.ย
Macam aku sebut tadi, hotel ni tak jauh hanya sekitar 20 minit jer dah sampai.
ย
TIBA DI HOTEL

Kami tiba di hotel sekitar 9.30pm. Macam aku sebut tadi, benda ni memang dah plan.
Aku dah call hotel siap-siap sebelum datang sebab nak pastikan ada kekosongan. Kali ni aku tak order pakai Agoda bagai sebab malas dan dah lambat.ย
Kat lobi jumpa dengan receptionist, katanya 1 malam hanyalah RM250 sahaja.ย
Receptionist tanya, โEncik nak bilik yang ada katil single 2 buah atau sebuah katil Queen?โ
Jawab aku, โSaya nak yang katil Queen. TQโ
Lepas tu dapat la kad akses untuk masuk bilik dan dia bagi sekali kupon makan sarapan.ย
Aku suka tengok lobi dia. Memang nampak lah macam hotel yang mahal dan berkualiti. Takde lah sampai tahap 5 ke 6 bintang. Tapi memang cantik dan bersih jer.


Gambar ni Hafsah pakai jubah, tudung dan spek hitam. Geram pulak melihatnya. Hihi.

Ini pulak dia duduk sebelah ibu dia. Nak sama macam ibu la tu.

Aku dan anak-anakku.ย

BILIK
Aku dapat bilik bernombor 2410. Aku tak pilih dan aku tak request apa-apa yang special pun pasal bilik ni.ย
Tapi. Tadaa! Alhamdulillah, dia bagi bilik yang nampak view KLCC. Cantik sangat view dia, ya Allah!
KL Tower pun nampak gak tapi jauh sikit ke kanan.ย

Kat bawah ni aku share gambar walkway sebelum masuk ke hotel.

Orait, bila dah masuk bilik, beginilah rupa nya.ย
Ada katil Queen sebijik.ย
Design dan hiasan bilik ni bagi aku, boleh lah nak banding dengan harganya.ย
Nampak macam dah renovate dan nampak ke arah moden minimalis jugak.

Kat tepi ni ada meja. Boleh la untuk buat kerja atas meja ni sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur.

Siap dapat TV besar lagi dalam bilik ni. Tapi masa ni tak layan sangat TV. Bukak kejap jer.ย
Bagi aku bilik dia ni memang not bad, besar jugak dan selesa.ย

BILIK AIR / BATHROOM

Okay ini part yang best gak mengenai hotel ni. Aku suka dia design bilik air besar macam ni.ย
Nampak spacious gitu dan selesa. Takdelah macam sebahagian hotel yang kita bayar mahal-mahal, tapi bilik air dia sempit susah nak bergerak.
Bilik air ni disediakan tempat shower sahaja dan tiada bath tub.ย
Benda-benda lain seperti hair dryer, shampoo, sabun dsb macam biasa lah memang disediakan.
Air shower dia pun laju jer pressure dia so memang okay sangat la.ย
VIEW DARI BILIK

Alhamdulillah, aku syukur sangat sebab diorang bagi bilik yang view dia cantik macam ni.ย
Bukan takat waktu malam nampak cantik, waktu pagi pun kita boleh tengok sunrise daripada bilik ni.
Ni view pada waktu malam. Boleh tengok kat luar, dengan lampu-lampu bangunan, KLCC dan sebagainya yang menyinari kota metropolitan ini.
Aku, wife dan anak-anak dok terpegun tengok view dari sini.ย
Anak-anak pun sebelum tidur berdiri kat tepi nak tengok view kat luar. Tapi kena hati-hati lah. Cuak jugak dok tepi tu sebab tingkap cermin je kan.
Lepas solat subuh tu boleh lah duduk termenung kat tingkap tu sambil zikir, baca al-Quran dan tengok pemandangan matahari terbit di tengah bandar Kuala Lumpur.ย


Waktu pagi-pagi, apa lagi memang dok ambil gambar jer sambil menikmati pemandangan. MasyaAllah.ย
Ni pulak baby Muadz. Dialah budak yang paling awal bangun tidur. Haha. Masa tu yang lain-lain masih tidur lagi.ย

BREAKFAST

Makan sarapan / breakfast di Tamu Hotel ini adalah di tingkat ke-27 (SUASANA).ย
Ruang breakfast di hotel kebiasaannya adalah di tingkat paling bawah.ย
Yang menariknya di sini adalah tempat makan adalah di tingkat atas sekali, tingkat 27!
Apa yang menarik?ย
Bila berada di tingkat 27, bermakna kita berada di tempat tinggi dan pemandangan yang kita nampak dari tingkat ini lebih cantik, lebih jauh dan lebih menarik.ย
Cuma masa sampai di sana, aku tak tau yang ada tempat makan yang nampak view cantik. Tempat aku makan nampak gini jer hah.ย

Tapi realiti kalau jalan tepi sikit memang ada ruang makan view lagi cantik. Menyesal sebab tak pusing dulu. Huhu. Kalau tak makan sambil tengok menara KL dan KLCC dah.

Makanan di ruang makan utama diceduk oleh pekerja. So korang kalau nak ambil makanan lebih-lebih, kena lah request ya.ย
Bagi aku makanan kat sini pun ok jugak lah, not bad.ย
Macam yang aku selalu cerita, aku memang suka makan kat hotel. Cuma nak kata makanan hotel paling sedap tu memang tak semestinya lah. Hoho. Tapi inilah momen yang dinanti-nantikan!


Sambil makan tu, sudah pasti kena mengopi sekali. Itu memang tak boleh tinggal. Sambil pekena roti bakar.

Tempat aku duduk ni boleh nampak Masjid Kampong Bharu jugak daripada atas.
Kat sini memang banyak jenis makanan disediakan. So aku share jer gambar-gambar dining area kat bawah ni ya. Santai!





SWIMMING POOL
Kolam renang terletak di tingkat 7 hotel ini. Kolam renang kat sini pun special, dia buat style Infinity Pool.ย
Tempat mandi lelaki pun diasingkan dengan perempuan. Ada garisan dan entrance yang berbeza di situ.
Yes, ia bersambung antara lelaki dan perempuan. Namun masih ada privacy sebab dia dah asingkan siap-siap.ย
So untuk golongan wanita nak swim kat sana pun tak perlu risau sangat.ย




Pool dia bagi aku memang nampak unik dan cantik lah.ย
Air dia jernih jer dan nampak bersih di sekitar pool ni.

Daripada atas ni pun boleh nampak Masjid Kampong Bharu ni jugak.ย
Kalau azan, confirm dengar clear punya dari kolam renang ni.ย

LOKASI
Hotel ni terletak betul-betul di Kampong Bharu, KL iaitu tengah-tengah bandar KL. So antara lokasi terdekat termasuklah:

- Masjid Kampong Bharu
- Hospital Kuala Lumpur (HKL)
- Quill City Mall
- Restoran-restoran dan warung-warung femes di Kampung Baru
e. KLCC
- KL Tower
- Dan pelbagai lokasi menarik lagi
KESIMPULAN
Bagi aku, hotel ni adalah hotel yang bagus untuk kita menginap, bercuti bawak keluarga. Untuk orang KL/Selangor pun bagi aku okay jer nak lepak satu ke dua malam di hotel ni sebab facility dia okay. Boleh lagi bagi chance kat anak-anak bermandi-manda swimming di hotel ni.ย
View dari hotel ni pun nampak cantik. Untuk orang luar yang ke sini, bukan sekadar boleh tengok view yang cantik bahkan nak pergi jalan ke mana-mana pun senang sebab semua tempat, kemudahan pun dekat.
Masjid ada kat bawah hotel ni memudahkan kita untuk pergi solat berjemaah 5 waktu, dan kalau kita ada urusan perlu stay di hotel ni pada hari Jumaat, turun bawah jer dah sampai Masjid Kampung Baru.ย
Untuk anda yang mungkin ada urusan di Hospital KL, hotel ni sangat hampir dengan HKL hanya sekitar 1km sahaja.ย
Bagi saya, hotel ni hotel milik orang Islam yang setaraf dengan kebanyakan hotel-hotel besar yang ada di luar sana. Memang berbaloi nak stay di sini.ย
Tamu Hotel & Suites
120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: +603 2603 1999
Email: info@tamuhotel.com
Website: www.tamuhotel.com
by Fadhil | Nov 13, 2020 | Emas
Tengok gambar dekat bawah ni. Inilah beza harga 1 dinar dulu dan sekarang secara anggaran.
Nilai emas akan terus meningkat namun nilai matawang kertas dan syiling akan terus mengikuti arus inflasi.

Beza 10 tahun lepas dengan sekarang.
10 tahun lepas, wang syiling 5 sen kini nilainya kekal 5 sen.
10 tahun lepas, 1 dinar (4.25g emas) yang nilainya sekitar RM500~RM600 kini nilainya mencecah RM1200 sekeping.
Pilih untuk menyimpan dengan bijak.
Bermula segera, bertindak sekarang, jangan tunggu nanti.
_

Minat nak menyimpan emas di Public Gold? Whatsapp Fadhil okay ๐๐
๐ฐ wa.me/60139916967
Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.
#KAB #KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL #PatuhSyariah #AmanieAdvisors #NotaEmasFK #NotaKewanganFK
by Fadhil | Nov 13, 2020 | Emas
Antara punca rakyat Malaysia diisytihar muflis termasuklah disebabkan hutang:
1. Kenderaan
2. Rumah
3. Pinjaman peribadi
4. Pinjaman perniagaan
Bak kata Robert Kiyosaki: โ๐๐ฉ’๐จ ๐ฃ๐ค๐ฉ ๐ฃ๐ค๐ฌ ๐ข๐ช๐๐ ๐ข๐ค๐ฃ๐๐ฎ ๐ฎ๐ค๐ช ๐ข๐๐ ๐, ๐๐ช๐ฉ ๐๐ค๐ฌ ๐ข๐ช๐๐ ๐ข๐ค๐ฃ๐๐ฎ ๐ฎ๐ค๐ช ๐ ๐๐๐ฅ, ๐๐ค๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฉ ๐ฌ๐ค๐ง๐ ๐จ ๐๐ค๐ง ๐ฎ๐ค๐ช, ๐๐ฃ๐ ๐๐ค๐ฌ ๐ข๐๐ฃ๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐ง๐๐ฉ๐๐ค๐ฃ๐จ ๐ฎ๐ค๐ช ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐ฉ ๐๐ค๐ง.โ
Bila dapat buat pendapatan walaupun sedikit, alhamdulillah. Pastikan ada sedikit untuk dibuat simpanan.
Bila dapat buat pendapatan lebih banyak, alhamdulillah. Pastikan simpanan kita buat lebih banyak.
Elak tambah hutang baru jika tidak perlu.
Kerana kita tak tahu bila kita akan diuji dengan masalah kewangan, masalah pekerjaan, masalah bisnes dan sebagainya.
Dengan adanya simpanan yang mencukupi, sekurang-kurangnya kita dapat gunakannya untuk hadapi waktu-waktu sukar.
_
Jom mula menyimpan emas dari sekarang! Bagaimana EMAS boleh bantu selesaikan masalah kewangan kita?
- Merawat kebocoran wang – Beli emas, simpan emas. Simpanan kita akan selamat. Ada duit lebih, belanja juga lebih!
- Memenuhi nafsu berbelanja – Bila ada duit, hati akan rasa bernafsu nak membeli sesuatu. Simpan emas, nafsu membeli anda juga dapat dipenuhi!
- Harga naik untuk jangka panjang – Ini terbukti kerana sejak 20 tahun yang lalu, harga emas naik dengan begitu rancak! 1998 harga emas hanyalah RM35/gram. Tahun 2020 harga emas meningkat sehingga RM304/gram!
- Emas boleh dipajak – Apabila perlu, anda boleh pajak emas anda untuk dapatkan duit. Apabila ekonomi anda kembali pulih, anda boleh tebus semula emas anda
- Emas modal pusingan perniagaan – Dengan duit untung bisnes, simpan sebahagian untuk beli emas (aset keras). Emas mudah dicairkan apabila anda menjualnya atau pajak untuk dapatkan duit segera

_
Minat nak menyimpan emas di Public Gold? Whatsapp Fadhil okay ๐๐
๐ฐ wa.me/60139916967
Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.
#KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL #PatuhSyariah #AmanieAdvisors #NotaEmasFK #NotaKewanganFK
by Fadhil | Nov 13, 2020 | Emas
Teringat 2 tahun lepas kami dapat 1 dinar pertama daripada leader kami di CUCKOO (2018)
Masa tu saya pun tak kenal sangat dengan ‘game’ emas ni. Tak terfikir langsung nak simpan emas sebab rasa macam tak untung jer nak beli emas…

Tapi lepas 2 tahun cek balik harga emas 1 dinar ni dah naik sampai RM1164/dinar (harga terkini). Dan pernah naik hingga RM1200++/dinar!
2 tahun lepas harganya hanya sekitar RM700 sahaja sekeping. Nilainya dah naik dalam RM400 lebih untuk tempoh 2 tahun ni (tak nafikan harga emas pernah stagnant, pernah naik dan turun).
Sekarang alhamdulillah saya sendiri pun dah mula menabung sebahagian simpanan dalam bentuk emas, bukan semua.
Simpan dalam bentuk emas ni bagusnya kita akan kurang ‘nafsu’ nak banyak berbelanja beli benda lain. Bahkan nafsu untuk membeli tu pun dapat dilepaskan dengan membeli ‘logam berharga’ ni.
Saya buat sharing ni kalau orang daftar pun bukan banyak sangat komisyen saya dapat. Tapi saya seronok bila kawan-kawan dan family yang daftar dapat mula menyimpan.
Gitulah. Kalau berminat nak tau pasal emas, cara menyimpan emas boleh lah PM saya okay!ย wa.me/60139916967
__
PS: Saya dealer di Public Gold. Kalau kita taknak pegang emas banyak-banyak, boleh jer simpan emas yang kita nak beli dengan Public Gold tu kat sana. Nanti kita akan ada akaun emas yang mana akan ditulis jumlah emas fizikal yang kita ada. Selagi tak bawak keluar, selagi tu emas tu selamat kat sana. Anytime nak bawak keluar, set appointment jer dengan Public Gold. Urusan jualbeli emas di Public Gold ni ada pengesahan patuh syariah dari Amanie Advisors.
Harga sekarang tengah drop RM274/g. Masih lagi rendah berbanding sebelum ni sekitar RM280/g
_
by Fadhil | Nov 13, 2020 | Emas
Learn From The Masterย
Pagi ni sempat sarapan bersama Ustaz Khairul Anuar Basri
ย #KABย di Warung Kak La. Biasa keluarga belah wife panggil Abe Yo.
Di Public Gold, Ustaz KAB merangkap upline saya selaku Master Dealer. Beliau juga merupakan guru ilmu bisnes dan pelaburan emas.
So harini tujuan berjumpa adalah untuk belajar macam mana nak bagi kesedaran kepada seramai mungkin orang untuk ‘selamatkan’ duit gaji mereka dalam bentuk emas.
Selain itu, ustaz pun share beberapa tips penting untuk saya mula berkongsi di FB, tips supaya tak mudah goyah bila berkongsi.
Sebab kat FB ni, bukan semua orang akan setuju dengan kaedah pelaburan beli emas ini. Ramai yang mungkin akan kata itu dan ini.
Tapi selagi mana kita banyak fikir kata orang, selagi tu kita takkan ke mana-mana.
_
Saya pun terfikir.
Pendaftar Public Gold ni tak sampai sejuta orang lagi tau. Padahal rakyat Malaysia dah mencecah sekitar 33 juta orang.
Rupanya kat luar sana sangat ramai lagi yang tak tahu bahawa emas ini boleh menjadi aset simpanan yang sangat kuat dan berharga.
Bahkan ramai tak tahu, rupanya nak beli emas Gold Bar di Public Gold ni terlalu mudah.
Ramai juga yang ragu, beli emas banyak-banyak nanti nak simpan kat mana? Sebenarnya Public Gold itu sendiri adalah solusi untuk masalah tersebut.
_
Syok bila dapat belajar dengan mereka yang dah pakar dan berpengalaman dalam bisnes ni.
Sebab kita akan nampak dari paradigma yang sangat berbeza daripada apa yang kita tahu.
Menyebabkan kita boleh grow lebih cepat dan lebih jauh.
Rugilah kalau kita berada di tempat sama dan tak pilih untuk berubah, tak pilih untuk belajar dan terus belajar.
Apa-apa pun, kalau berminat nak mula berkenalan dengan pelaburan emas boleh PM Fadhil okayย
ย Insya-Allah saya sedia nak bantu
Wan Ahmad Fadhilย #SimpanEmasย #PublicGoldย #PatuhSyariahย
by Fadhil | Nov 13, 2020 | Emas
Asyik fikir, “Takut beli emas harini, esok harga turun”
Ada orang yang sentiasa fikir panjang nak beli emas.
Kalau dari bulan 1 dulu berfikir, sampai harini tak beli-beli lagi. Duit simpanan yang dia ada mungkin dah ‘hangus’ shopping sana sini. Tapi tak menyimpan.
Kalau dari bulan 1 dia konsisten simpan 1g emas sebulan, sekarang dia dah ada 11g emas.
Ikut nilai hari ini, nilainya mencecah RM3000! (November 2020) Walaupun pada asalnya dia membeli pada harga yang lebih rendah, dan ada kalanya tinggi sikit.
Asyik fikir-fikir tak selesaikan masalah, tak menambah simpanan.
Asyik fikir-fikir kita akan belanja duit lebih beli benda lain. Tengok2 duit dah habis.
Jangan banyak fikir. Mula je sekarang, okay!
Jangan jadi macam saya. 4 tahun lepas dah kenal pasal emas, saya tak simpan. Masa tu harga baru RM170 sebulan. Sekarang harga dah naik lebih RM100 lagi, saya baru bermula.
Tapi apa-apa pun, alhamdulillah saya yakin akan datang dalam tempoh 10 tahun lagi nilainya pasti akan terus meningkat. Jangan takutย 
_
Minat nak menyimpan di Public Gold? Whatsapp Fadhil okayย 

ย wa.me/60139916967
Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.
#KempenHajiUsiaMudaย #PublicGoldย #PublicGoldDealerย #PublicGoldSelagorย #PublicGoldKLย
by Fadhil | Nov 13, 2020 | Emas
Asalnya saya daftar jadi dealer di Public Gold untuk menyimpan jer.Tetapi makin lama nampak simpanan emas ni sangat berpotensi untuk pergi lebih jauh.
Saya yakin ramai lagi tak nampak kelebihan simpan emas.
So, kewujudan saya di sini untuk berkongsi dengan kawan-kawan yang nak cari tempat menyimpan wang yang sangat best, iaitu simpanan emas.
_
Sekarang saya nak fokus kepada satu kempen. Iaitu kempen untuk bantu anak muda menyimpan duit pergi Haji.
Kempen tu saya letak hashtagย #KempenHajiUsiaMudaย sebab saya sendiri dah pergi Haji 3 tahun lepas semasa usia 27 tahun.
Dan saya yakin, kawan-kawan tak perlu tunggu usia lanjut baru nak pergi.
Pergi di usia lebih muda insyaAllah pasti banyak kebaikannya.
Kerana kita tak tahu, bila masa nyawa kita diangkat. Kita tak tahu, mungkin satu hari nanti tiba-tiba kita terdesak perlu duit. Simpanan Haji terus hangus.
Kurang-kurang, dengan menyimpan dalam bentuk emas, insyaAllah kita dapat menyimpan dengan lebih konsisten dan kalis boros berbelanja.
Sekiranya kos Haji sekarang adalah RM9980, kita hanya perlukan sekitar 9-10 dinar emas sahaja untuk pergi Haji. Atau simpanan sekitar 36g emas (ikut harga hari ini) pun sudah mencukupi.
Semoga Allah permudahkan urusan saya untuk bantu lebih ramai sahabat-sahabat untuk mula menyimpan dalam bentuk emas.
Tolong doakan saya yaย 
_
Apa-apa pun, saya adalah ejen CUCKOO secara full time. Memang saya buat bisnes CUCKOO untuk saya bina pendapatan aktif dan pasif saya.
_
Minat nak menyimpan emas di Public Gold? Berminat nak jadi dealer? Whatsapp Fadhil okayย 

ย wa.me/60139916967
Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.
#KempenHajiUsiaMudaย #PublicGoldย #PublicGoldDealerย #PublicGoldSelagorย #PublicGoldKLย #TeamKAB
by Fadhil | Nov 13, 2020 | Emas
PELBAGAI FUNGSI EMAS KEPADA MANUSIA.
Emas mempunyai banyak fungsi.
Fungsi-fungsi ini bergantung kepada apa niat kita membeli emas dan apa matlamat akhir yang ingin kita capai.
Jika kita melihat emas daripada fungsi yang pelbagai ini, maka kita akan menjadi pembeli emas yang tenang. Kita tahu apa yang kita perlu lakukan apabila harga naik, stabil atau turun.
1. EMAS SEBAGAI SIMPANAN.
Emas adalah simpanan dan tabungan yang baik dari sudut ketahanannya.
Jika menyimpan dalam bentuk wang, kemungkinan besar untuk simpanan itu bocor adalah sangat tinggi. Antara cara ia bocor adalah melalui nilainya yang semakin merudum, naluri kita untuk berbelanja dan kemungkinan besar dipinjam saudara dan kenalan.
Jadi, menyimpan dalam bentuk emas boleh mengelakkan simpanan kita dari bocor.
2. EMAS SEBAGAI ASET.
Emas adalah aset yang paling mudah dibeli, dijaga dan dicairkan. Ia boleh dibeli sedikit demi sedikit, boleh dijual mahupun digadai.
Ke mana saja kita pergi, hatta ke seluruh dunia sekalipun, ia boleh dibawa bersama kita dengan senang sekali.
3. EMAS SEBAGAI HARTA.
Emas memang sebahagian daripada harta yang boleh meningkat nilainya walaupun dengan gram yang sama.
Bila harga emas meningkat, nilai kekayaan kita akan meningkat. Bila harga emas turun, kita boleh menambah harta kita dengan harga yang lebih murah.
Teknik pemurataan kos juga boleh diaplikasikan dan hasilnya, kita dapat menurunkan kos pembelian yang lebih tinggi sebelum itu.
4. EMAS SEBAGAI INSURAN
Emas adalah senjata di kala kesusahan. Sebab itu ia boleh menjadi apa saja bentuk insuran di waktu kecemasan yang tidak diduga.
Sebagai contoh ia boleh menjadi biaya pendidikan anak-anak, alat untuk membina rumah secara tunai dan sebagainya.
Dalam waktu negara ditimpa bencana alam, duit sudah tidak bernilai, terutamanya apabila kita terpaksa membeli sesuatu dari negara jiran.
Maka, emaslah yang boleh menjadi duit dan mengganti fungsi duit kerana ia adalah wang sebenar seluruh dunia.
5. EMAS SEBAGAI PELABURAN
Emas boleh jadi alat pelaburan yang sangat-sangat-sangat baik.
Sejarah membuktikan dari tahun 2000 sehingga ke tahun 2020, harga emas mengalami kenaikan lebih 400% dan ia adalah kenaikan yang berulang-ulang. Para pelabur sukakan situasi begini.
Harga segram emas pada tahun 2000 adalah sekitar RM40 saja. Tapi harga pada hari ini ialah RM272 segram.
Manakala harga paling tinggi pernah dicatat pada tahun ini ialah RM304 segram.
6. EMAS SEBAGAI PENGIKAT NILAI
Di waktu kejatuhan nilai RM berbanding USD, emas boleh dijadikan mekanisma pengikat nilai (hedging mechanism).
Sebelum nilai turun dengan lebih teruk, ikat nilai itu dalam bentuk berat dengan menukar wang menjadi emas. Jadi gram emas kita akan kekal.
7. EMAS SEBAGAI RESERVE PERBENDAHARAAN NEGARA
Cuba tengok majoriti bank pusat seluruh dunia, mereka menyimpan emas sebagai reserve.
Semakin banyak nilai emas yang mereka simpan, semakin selamat dan stabil ekonomi negara tersebut.
Ini kerana, duit kertas boleh dicetak. Tetapi emas tetap duit sebenar.
Bila berlaku krisis ekonomi, emas tersebut akan dicairkan untuk menyelamatkan negara tersebut.
8. EMAS SEBAGAI PENGEKAL KUASA BELI
Kuasa beli emas sangat besar.
Wang yang sama tidak mampu membeli barang yang sama pada waktu yang berlainan. Tetapi gram emas yang sama, boleh membeli barang yang sama, bahkan lebih lagi pada waktu yang berlainan.
Tak percaya? Cuba buat kira-kira sedikit dengan menggunakan apa saja barang atau makanan. Nanti anda akan tahu kebenarannya.
Saya selalu bagi contoh sebuah Myvi pada tahun 2004 dengan tahun 2020. Nanti saya cerita lebih lanjut.
9. EMAS UNTUK KAHWIN PERCUMA
Siapa yang ada anak perempuan atau wanita-wanita yang ingin kahwin percuma, manfaatkan simpanan emas minimum 50 gram.
InsyaAllah anda boleh kahwin percuma.
Ahaaa.. yang ni saya akan ceritakan dalam posting berasingan.
10. EMAS SEBAGAI PENGUBAH TABIAT BURUK
Ramai orang gagal dan sentiasa tidak mampu untuk mengasingkan sebahagian duit pendapatan sebagai simpanan. Mesti tidak cukup.
Apa kata ubah tabiat menyimpan itu kepada membeli emas, walaupun hanya dengan #1gram1bulan.
Ramai orang tanpa sedar, mula mengumpul sedikit demi sedikit. Lalu tabiat menyimpan mula menggantikan tabiat boros.
11. EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN
Bagi peniaga, emas boleh dipajak untuk mendapat modal untuk aktiviti perniagaan.
Dengan tunai yang dipinjam bercagarkan emas dan upah simpan yang rendah, ia masih boleh menjana pendapatan dan keuntungan perniagaan yang besar.
Dengan syarat, wang untung diguna terlebih dahulu untuk menebus gadaian. Untung bersih pula sebahagiannya ditukar menjadi emas.
Hasilnya, emas sedia ada tidak hilang, emas baru bertambah dan duit juga sentiasa ada untuk kelangsungan perniagaan.
12. EMAS SEBAGAI ALAT PERNIAGAAN
Siapa yang ada menyimpan emas, boleh juga berniaga emas. Tidak kiralah emas kita itu sedikit atau banyak bilangannya.
Ini boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan jika diberi fokus dan perhatian.
13. EMAS SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Orang yang mengumpul dan menyimpan diam emas lebih 85 gram dalam masa setahun, diwajibkan membayar zakat emas sebanyak 2.5%.
Hebat bukan? Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat kata Al-Quran, Surah Al-Mukminun. Keberkatan hidup dan harta akan melimpah ruah, asbab zakat.
14. EMAS SUMBER PELBAGAI KEBAIKAN.
Bila emas bertambah, harta akan bertambah. Maka lebih banyak pintu kebaikan boleh diterokai.
Selain zakat, sedekah juga boleh dilipatkaligandakan. Pelbagai jariah juga boleh diterokai dengan lebih aktif.
Bagus tak?
Memang bagus. Jadi mulalah menyimpan emas sekarang!
#KAB