Cara Buat Bisnes Online Dropship Tanpa Modal Untung Besar

Cara Buat Bisnes Online Dropship Tanpa Modal Untung Besar

Tips Mudah Cara Buat Bisnes Online Dropship Tanpa Modal Untung Besar

Dalam tempoh 10 tahun ini, perkataan bisnes online dan ‘dropship’ ini sering menjadi perbualan rakyat Malaysia.

Namun kini, ia sudah menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia yang ingin membina pendapatan sampingan atau sepenuh masa dari rumah. Ini juga bagi menampung kos perbelanjaan kita yang semakin meningkat hari demi hari.

Namun pada masa sama, masih ramai lagi yang belum tahu apa itu model perniagaan bisnes dropship.

Jika anda sedang membaca post ini, saya rasa anda pasti masih samar, belum tahu tapi berminat untuk memulakan perniagaan online secara dropship.

 

APA ITU BISNES ONLINE DROPSHIP?

Kerap kali kita mendengar orang bercakap mengenai dropship. Apa itu dropship? Secara mudahnya, perniagaan dropship ini boleh difahami dengan jual produk orang lain secara online.

Ya. Kita menjual produk orang lain secara online sahaja. Kita daftar sebagai ejen dropship. Iklankan produk tersebut. Apabila ada sales, minta syarikat pembekal dropship untuk pos barang kepada pelanggan.

Kita tak perlu pun simpan sebarang stok produk di rumah sebab stok barang disimpan oleh pembekal dropship.

 

BAGAIMANA KAEDAH BISNES ONLINE DROPSHIP?

Kaedah perlaksanaan bisnes dropship ini mudah sahaja. Seperti yang dah ditulis di atas, kita hanya perlu jual produk orang lain. Secara asasnya, kaedah bisnes dropship adalah seperti berikut

  1. Daftar sebagai ejen dropship daripada pembekal
  2. Buat promosi secara online (FB, Instagram, Whatsapp, Blog, Telegram dsb)
  3. Pelanggan mula membeli
  4. Pelanggan membayar tempahan
  5. Ejen dropship bayar pada pembekal pada harga ejen
  6. Pembekal pos produk kepada pelanggan

Senang kan?

dropship

Sumber gambar www.azhan.co

BISNES ONLINE DROPSHIP INI SESUAI UNTUK SIAPA?

Siapa je sesuai buat bisnes dropship ni? Dropship ni sangat sesuai untuk anda yang sedang cari pendapatan sampingan, anda yang cadang nak kerja full time dari rumah sahaja, anda yang nak kebebasan kewangan dan masa dalam hidup, anda yang fokus nak membesarkan anak sendiri di rumah sambil boleh buat duit dan ramai lagi.

Antaranya:

  1. Pekerja
  2. Peniaga
  3. Suri rumah
  4. Pelajar
  5. Belum berkerja
  6. Mencari peluang perniagaan baru
  7. Mencari pengalaman baru
  8. Pesara
  9. Ustaz
  10. Imam
  11. Bilal
  12. Dan sebagainya

KELEBIHAN JADI EJEN BISNES ONLINE DROPSHIP

dropship

Apa yang best bila jadi ejen dropship ni?

Antaranya adalah:

1. Tak perlu simpan stok produk

Ramai yang baru nak mulakan perniagaan terperangkap dengan ‘stok produk’ yang terpaksa disimpan di bawah katil. Nak mulakan bisnes, tapi masih tak pandai lagi. Termakan cakap orang lain, kalau nak buat bisnes kena beli stok barang dengan pembekal dengan harga murah. Kemudian baru jual.

Ya betul, memang peratusan diskaun jika dibeli awal adalah lebih tinggi.Tapi, ini sangat merugikan especially jika anda tiada pengalaman dan ilmu dalam perniagaan.

Berapa ramai orang yang mulakan bisnes dan berhenti separuh jalan. Stok barang dah beli, tapi tersimpan sahaja dalam bilik dan bawah katil.

Last sekali, kita sendiri yang kena ‘habiskan’ produk yang dibeli sebab tak terjual.Maka, peluang bisnes dropship ni sangat wajar untuk diceburi kerana anda langsung tak perlu nak simpan stok untuk mula berniaga.

Anda jualkan dulu produk yang ada pada pembekal, biar mereka yang uruskan stok produk dan penghantaran. Anda hanya perlu buat sales sahaja.
dropship
Tiada Modal / Modal Kecil

Nak mulakan bisnes dropship ni tak perlukan modal yang besar pun. Kebanyakan program dropship minta yuran yang kecil. Paling mahal pun mungkin sekitar RM200 sahaja untuk daftar sebagai ejen, kemudian anda boleh jual produk mereka dengan peratusan % keuntungan yang berbaloi.Ada juga pembekal dropship yang boleh berdaftar secara percuma.

Anda langsung tak perlu nak bayar sebarang kos untuk nak menjual produk mereka. Seperti Cuckoo, daftar sebagai ejen adalah 100% percuma. Latihan juga diberikan secara percuma. Tinggal daftar dan jual sahaja.Mudah kan?

dropship

Boleh Buat Bisnes Dari Rumah – Wow! Ini antara impian ramai surirumah tangga. Juga impian sebahagian kita yang dah penat berkerja di pejabat, dah penat mengharungi perjalanan jam ke pejabat, dah penat sebab terpaksa berkerja juga pada hujung minggu.

Ini antara alasan yang sangat munasabah untuk anda consider mulakan perniagaan dropship.Sebab ramai sahaja zaman sekarang ini yang dah berkerja dari rumah.

Hanya promote produk orang lain sahaja di FB, Insta, Blog, Twitter dan sebagainya.Bisnes dropship jika kena dengan caranya, boleh dapat berlipat kali ganda daripada gaji di pejabat jika kena dengan caranya.Pengalaman seorang ejen dropship yang berkerja di syarikat kecil dengan gaji sebanyak RM2500.

Apabila buat bisnes dropship, untuk mencecah lebih RM5000 dalam satu bulan. Lalu selepas beberapa bulan terus diambil keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan perniagaan dropship dengan lebih serius.

Bebas Masa – Bisnes dropship sambil berkerja ni boleh dibuat selepas waktu berkerja, pada waktu cuti, waktu rehat dan sebagainya.

Ini bagi membina asas dan tapak permulaan untuk berniaga secara dropship dengan lebih serius lagi.Namun jika kita ambil keputusan untuk kerjaya full time sebagai ejen dropship ini akan buat anda bebas dari sudut masa kerana anda sudah tidak terikat lagi dengan waktu berkerja.

Anda boleh berkerja bila-bila anda nak.Anda boleh buat kerja dalam kereta, bila balik kampung, di shopping mall, di kedai kopi, di tepi pantai, di rumah mertua dan sebagainya.Namun antara cabarannya, anda perlu jadi lebih produktif kerana tanpa disiplin berkerja yang betul, ia dapat memberi kesan kepada prestasi jualan kita.

dropship

Peluang Yang Banyak – Nak mula berniaga secara dropship ini jauh lebih mudah daripada mencari pekerjaan.

Sebab setiap masa ramai pembekal yang mencari-cari ejen dropship untuk berkerjasama bersama mereka untuk sama-sama bina kewangan dan menghabiskan stok produk yang sedia ada.Buka saja di Google, bila kita search peluang dropship banyak yang diiklankan di Google. Kita tinggal daftar dan jual sahaja.

 

SENANG KE NAK BUAT BISNES ONLINE DROPSHIP NI?

dropship

Nak mulakan bisnes dropship ni tersangatlah mudah.

Ini kerana peluang untuk nak mulakan bisnes dropship sangat banyak di luar sana.

Bukan sekadar itu, jika anda dapat pilih produk yang senang dijual, niche yang betul dan sasaran pasaran yang betul, maka perjalanan anda sebagai ejen dropship insyaAllah akan jadi lancar.

Produk yang mudah dijual kebiasaannya ramai yang memerlukannya atau menginginkannya.

Seperti produk penapis air Cuckoo, produk ini sangat mudah untuk dijual kerana masyarakat Malaysia zaman sekarang sangat memerlukan kepada bekalan air bersih dan sihat. Namun jika hari-hari perlu beli air mineral dan masak air, ia sangat memenatkan dan banyak menghabiskan masa dan tenaga.

Penduduk Malaysia sekarang berjumlah 30 juta orang penduduk. Peluang perniagaan Cuckoo tersangatlah besar untuk diceburi dan ramai yang dah buat income 4 hingga 5 angka dengan Cuckoo. Dan boleh dibuat daripada rumah sahaja dengan latihan online secara percuma.

Banyak lagi produk-produk lain yang boleh dijual seperti produk kecantikan, produk kesihatan, buku, dan sebagainya yang dapat memberikan pulangan yang sangat berbaloi.

dropship

 

MACAM MANA KIRA UNTUNG BISNES ONLINE DROPSHIP?

dropship

Untuk pengiraan untuk bisnes dropship, ia bergantung kepada jenis produk dan pakej yang ditawarkan.

Jika produk mudah seperti produk kesihatan, kecantikan, buku dan sebagainya maka pengiraan keuntungannya adalah straight forward.

Contohnya: Jika anda ingin menjual pencuci muka Mary Jay yang berharga RM100 di pasaran. Anda daftar sebagai ejen dan Mary Jay memberi anda komisen sebanyak 35% untuk setiap jualan. Maka, kiraannya adalah seperti berikut:

RM100 x 35% = RM35 adalah untung yang anda terima
RM100 – RM35 = RM65 adalah kos yang dibayar kepada Mary Jay

Mudah kan?

Namun, jika anda menjual produk seperti penapis air Cuckoo, pengiraannya sedikit berbeza kerana ada pelan khas yang telah disediakan untuk ejen.

Jika anda dapat customer yang pasang 1 unit penapis air secara rental, maka anda akan dapat untung 1 bulan. Jika dapat kumpul 5, 10, 20 dsb penapis air dalam 1 bulan, anda akan dapat insentif capai target.

Contohnya, dalam 1 bulan anda dapat 10 customer pasang penapis air di rumah mereka, anda akan dapat:

RM100 x 10 = RM1000 –> Komisen jualan
RM1000 RM3000 (Insentif dapat 10 pelanggan) = RM4000 Untung

Lebih kurang begitu cara pengiraannya.

Yang best mengenai jadi ejen Cuckoo ni adalah anda tak perlu pergi pasang penapis air pun. Nanti akan ada installer seluruh Malaysia yang akan tolong pasang. Anda hanya perlu ambil order sahaja.

 

“SAYA TAK PANDAI MENJUAL, MACAM MANA NI?”

dropship

Jangan risau, nak berniaga ni memang mulanya kita rasa susah. Rasa malu. Rasa takut. Sebab ini mungkin pertama kali kita mula nak berniaga.

Kebiasannya bila kita baru mula nak berniaga, kita akan ada rasa:

  1. Takut kena keluar modal
  2. Takut rugi
  3. Takut kena tipu
  4. Takut nak bercakap dengan customer
  5. Takut kena marah dengan customer
  6. Takut tak balik modal
  7. Takut tak dapat puaskan hati customer
  8. Takut customer lari
  9. Dan pelbagai lagi

Semua ini normal.

Kita sahaja yang perlu berani untuk berhadapan dengan segala kemungkinan ini.

Kuncinya adalah: ILMU & AMAL

Ya ilmu dan amal.

Tanpa ilmu, kita akan sentiasa dalam keadaan takut. Tanpa ilmu, kita tidak terarah. Tanpa ilmu, kita berisiko untuk rugi.

Begitu juga amal. Ilmu tanpa amal tidak akan bawa kita ke mana-mana. Ramai ejen-ejen yang sudah mempelajari ilmu di sana sini. Belajar ilmu bisnes di blog, YouTube, seminar, ebook, video dan sebagainya. Tapi tak beramal dengan ilmu yang dah dipelajari.

Kesannya tetap sama: kita tak dapat hasil yang diingini.

Untuk menghadapi perasaan takut tak pandai berniaga, ubatnya adalah ilmu dan berani mencuba.

Paksa diri untuk cuba sesuatu yang belum pernah diceburi sebelum ini.

Paksa diri untuk maju ke hadapan.

Kerana hasilnya adalah untuk kita juga kelak. Ingat matlamat utama kita nak berdropship adalah untuk keluar daripada kesusahan yang kita sedang lalui sekarang.

Nak lebih bebas masa dan kewangan.

Semua ini akan membantu kita sedikit sebanyak untuk lawan rasa takut tak pandai berniaga tersebut.

Di Cuckoo, anda berpeluang untuk mendapat latihan sepanjang hayat secara percuma. Segala latihan akan diberikan kepada ejen dengan percuma tanpa sebarang bayaran.

Latihan diadakan secara online atau di pusat latihan. Segalanya adalah mudah dan anda pasti boleh buat.

dropship

 

BAGAIMANA CARA CARI PEMBEKAL DROPSHIP?

dropship

Seperti yang pernah ditulis di atas, cara nak cari pembekal dropship tersangatlah mudah. Di Google sahaja ramai yang tawarkan bisnes dropship. Belum masuk lagi di FB, Instagram, Blog dan sebagainya. Peluang dropship tersangatlah banyak.

Namun anda perlu cari produk yang mudah dijual dan beretika untuk permulaan ini. Kadang kala, produk yang kurang persaingannya, kurang juga permintaannya.

Itu antara sebabnya kami sangat menggalakkan anda untuk mulakan dengan produk yang mudah nak dijual supaya pengalaman ini dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk berniaga dropship dengan lebih mahir kelak.

Antaranya yang anda boleh cuba adalah:

  1. JUAL PENAPIS AIR DAN PENAPIS UDARA JENAMA CUCKOO – Untung dapat 10 pelanggan pasang Cuckoo boleh mencecah RM4000. Klik sini atau whatsapp terus ke 0139916967 untuk pertanyaan
  2. JUAL BUKU – Untung hingga 50% menjual buku bersama Book Cafe Online
  3. JUAL MINYAK WANGI
  4. JUAL PRODUK KECANTIKAN
  5. JUAL PRODUK KESIHATAN
  6. JUAL PRODUK KANAK-KANAK
  7. JUAL PRODUK KERETA
  8. JUAL BARANG RUMAH
  9. JUAL PAKAIAN
  10. JUAL PERABOT
  11. Dan pelbagai lagi

Apa yang anda perlu buat hanyalah Google dan cari. Atau jika ada sesuatu dalam fikiran, boleh cuba search dulu di Google. Dapatkan berapa harga yang ejen akan terima. Kenalpasti berapa keuntungan yang anda bakal dapat. Kenalpasti sama ada produk mudah dijual atau tidak. Kenalpasti adakah produk tersebut dapat selesaikan masalah pelanggan yang anda dah target.

Pastikan anda buat research dulu sebelum menjual supaya anda tak letih nak tukar-tukar produk baru untuk dijual kalau produk yang sedang dijual kurang permintaan.

 

KESIMPULAN

Demikian adalah perkongsian dari kami berkenaan dengan perniagaan dropship. Bisnes dropship adalah bisnes yang sangat wajar untuk diceburi pada zaman sekarang. Ini kerana kos perbelanjaan yang meningkat hari demi hari, maka bisnes dropshop merupakan peluang yang sangat baik untuk anda mulakan sekarang.

Jangan biarkan rasa takut menghantui diri anda daripada memulakan langkah pertama untuk menjual. Jadikan diri anda, ibu bapa, isteri, anak-anak dan sebagainya sebagai penyebab dan pembakar semangat anda untuk jadikan kehidupan dan kewangan lebih baik lagi.

cara buat bisnes online

Gaji Saya Bersama Cuckoo

Nak jadi ejen Cuckoo?

Nak jadi ejen Cuckoo?

Mulakan dengan menjual produk yang mudah untuk dijual. Seperti produk Cuckoo, ia merupakan produk yang mudah untuk dijual kerana ada permintaan. Anda boleh klik link di bawah untuk faham mengenai bisnes Cuckoo.

  1. Rahsia Bisnes Cuckoo
  2. 5 Fakta Bagaimana Bisnes Cuckoo Dapat Ubah Hidup Anda
  3. 5 Kelebihan Buat Bisnes Penapis Air Cuckoo

 

Minat nak jadi ejen Cuckoo? KLIK SINI! Atau WhatsApp je 0139916967 atau klik Cuckoo untuk terus WhatsApp.

dropship

Review Buku: Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin

Review Buku: Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin

Rahsia Bapa Viral Kebangsaan Oleh Khairul Hakimin
Saya suka baca buku bisnes.
 
Setiap kali ke kedai buku je, mesti saya pergi ke ruangan bisnes.
 
Tak percaya, tanya isteri saya. Dia pun dah naik menyampah. Kahkahkah.
 
2 minggu lepas, saya pergi ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam lepas selesai pergi kelas saham.
 
Masa tengah meneroka lautan buku di sana, saya terserempak dengan buku ni.
 
Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin Muhammad.
 
Sebenarnya, dah lama saya perasan pasal buku ni.
rahsia bapa viral kebangsan
 
Tapi entah mengapa, masa tu pula terdetik nak beli.
 
Oh ya, masa tu ada promosi beli 3 buku RM50.
 
Terus saya beli buku ni di booth Thukul Cetak.
 
Buku ni antara buku yang sangat baik untuk memperbaiki penulisan kita di media sosial.
 
Banyak tips yang dikongsikan tersangatlah simple, tapi praktikal.
 
Baca sehari pun boleh habis.
 
Sebab ada dalam 100 muka surat sahaja.
 
Kalau saya jumpa Khairul Hakimin, saya nak cakap dekat dia
 
“Tuan, you make my day.
 
Terima kasih atas segala perkongsian tips dalam buku Tuan.
 
Buku Tuan memang best gila untuk saya.”
 
Sekian ulasan saya pasal buku ni.
 
Nak lebih-lebih, baca sendiri. Haha.
 
 
Fadhil,
Suka Beli Buku
15 Tip & Pengalaman Pergi Haji Muda | Muassasah Tabung Haji

15 Tip & Pengalaman Pergi Haji Muda | Muassasah Tabung Haji

15 Tip & Pengalaman Pergi Haji Lebih Awal | Muassasah Tabung Haji

Assalamu’alaikum wbt, saya Fadhil. Saya berumur 28 tahun, berasal dari Gombak, sudah berkahwin dan sekarang berkerja sebagai konsultan jualan penapis air Cuckoo.

Dalam post kali ni saya nak share mengenai pengalaman saya menunaikan ibadah haji pada tahun 2017 yang lepas.

Pada masa itu, umur saya baru 27 tahun. Dan saya pergi haji bersama isteri tercinta yang pada masa itu umurnya baru 26 tahun.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kerana kami dapat menunaikan ibadah haji pada usia yang muda.

Menunaikan haji pada usia sebelum 30 tahun merupakan impian saya dan life goal saya sejak bertahun-tahun yang lepas.

Saya pergi bersama Tabung Haji, bukan ikut pakej swasta.

Sebab sebelum ni saya langsung tak pernah jejakkan kaki ke tanah Arab walaupun sekali.

Umrah pun tak pernah pergi.

Memang dalam hati ada niat nak tunaikan ibadah umrah, dah tercari-cari pakej murah sekitar RM5000.

Tapi hati tetap rasa berat nak pergi sebab bila difikirkan, kumpul separuh lagi dah boleh pergi haji dah.

Ada kawan yang berkerja sebagai ejen Umrah pun dah quote kepada saya harga untuk pergi Umrah, tapi saya terpaksa tolak juga pada masa itu.

So dalam post ni, saya just nak share apa yang saya dan keluarga dah buat menyebabkan saya dapat pergi haji sebelum 30 tahun.

UPDATE! Saya dijemput oleh TV Alhijrah pada 6 Ogos 2018 bagi slot Rezeki Haji Muda. Video di bawah

UPDATE! Saya juga dijemput oleh TV1, slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 15 Julai 2019 bagi slot Pengalaman Menunaikan Haji Di Usia Muda. Video di bawah

1. Daftar Haji

Pada tahun 2003, mak dan ayah saya pergi daftar untuk diri mereka dan untuk saya pergi haji.

Pada masa tu, kesedaran mengenai daftar haji ni masih belum famous.

Belum ramai lagi yang ada kesedaran mengenai haji ni.

Sebab tu kalau dulu-dulu, orang daftar haji dalam masa beberapa tahun je dah dijemput sebagai tetamu Allah.

Tapi masa tu saya masih muda sangat lagi, umur belasan tahun ketika parents pergi haji.

Tahun 2005, parents pergi haji dulu walaupun perancangan asalnya nak bawa saya sekali ikut pergi haji.

Namu atas kekangan bajet, saya tinggal di Malaysia dan parents pergi Haji ikut pakej Rayhar.

Tips: Pastikan anda telah daftar dengan Tabung Haji untuk pergi Haji. Buka akaun simpanan Tabung Haji bukan bermaksud kita dah daftar Haji. Pendaftaran pergi Haji TIDAK berlaku secara automatik.

Ada 2 langkah penting di sini:

a. Buka akaun simpanan di Tabung Haji

b. Cukupkan RM1350 dalam akaun, kemudian terus DAFTAR untuk pergi Haji.

2. Terpaksa Tolak Tawaran Haji

Seingat saya, pada tahun 2012 saya sebenarnya dah dijemput pergi Haji sebab dapat surat pada masa tu.

Mak ayah cakap sebenarnya beberapa tahun sebelum 2012 pun Tabung Haji dah hantar surat jemputan pergi haji.

Tapi terpaksa ditolak juga sebab masa tu saya masih sekolah. Tapi pada masa tu duit dalam akaun dah cukup

Tahun 2012 pun saya terpaksa tolak sebab masa tu tengah sambung belajar di UIA Gombak.

Bukanlah sekadar tolak tawaran tersebut sebab saya tengah sambung belajar. Boleh je pun nak pergi. Tapi duit yang tak ada.

Sebab sejak belajar di Kolej Shahputra untuk program Diploma, dan kemudian sambung Ijazah Sarjana Muda di UIA, duit simpanan dalam Tabung Haji banyak dikeluarkan.

Dikeluarkan untuk bayar yuran belajar, beli laptop, perbelanjaan harian dan sebagainya. Masa tu memang poket tengah kering sangat. Duit pun cukup-cukup je. Saya tak ambil PTPTN untuk sambung belajar.

Duit daripada dekat RM10 ribu, tinggal RM1350 sahaja sebab banyak dah dibelanjakan.

3. 2017 – Sudah Bersedia Pergi Haji

pengalaman naik haji muda

Pada bulan Januari 2017, ketika itu saya masih lagi berkerja di sebuah syarikat pengurusan acara.

Saya tulis sepucuk surat rayuan peruntukan semula untuk pergi Haji.

Kenapa ‘Peruntukan Semula?’

Sebab saya dah pernah dijemput untuk pergi Haji pada tahun 2012 yang lepas.

Tapi kuota pada tahun tersebut saya terpaksa lepaskan atas sebab yang telah dinyatakan sebelum ini.

Sejak tahun 2016 lagi saya dah mula menyimpan semula duit untuk pergi Haji.

Masa tu alhamdulillah, bisnes part-time yang saya buat makin menjadi.

Duit untuk pergi Haji sempat dikumpul sebanyak RM10,000 lebih.

Setiap kali dapat untung lebih je, simpan terus dalam Tabung Haji dan tidak diusik.

Tips: Simpan duit pergi Haji cepat-cepat. Jangan bertangguh dan jangan boros.

Duit untuk pergi Haji dikumpul penuh dalam akaun Tabung Haji pada awal tahun 2017.

Pada tahun-tahun sebelumnya ada juga tulis emel Peruntukan Semula untuk pergi Haji, tapi diletakkan tarikh untuk tahun seterusnya.

Tabung Haji reply pada emel tersebut dengan menyatakan bahawa rayuan hanyalah dibenarkan untuk tahun semasa, bukan tahun akan datang.

Tips: Buat surat rayuan pergi Haji hanya pada tahun yang kita nak pergi Haji

4. Hantar Surat Rayuan Haji

pengalaman naik haji muda

Surat rayuan peruntukan semula pergi Haji telah saya hantar pada bulan Januari 2018.

Saya hanya hantar melalui emel sahaja. Tak hantar surat fizikal pun.

Tapi kalau nak buat cara lebih bersungguh, cuba buat semua cara:

a. Emel

b. Hantar surat kepada pejabat Tabung Haji

c. Pergi HQ Tabung Haji untuk hantar surat rayuan

d. Hantar faks

e. Follow up dengan kerap dengan pihak Tabung Haji, tanya status rayuan

Surat rayuan Tabung Haji itu saya emel ke emel berikut: th-info@lth.gov.my

Surat fizikal pula boleh dihantar ke alamat berikut:

Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat tersebut adalah seperti berikut:

Daripada:

Wan Ahmad Fadhil bin XXXXX XXXXX,
+6 013 991 6967,
(Alamat Rumah).

Kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Tuan/Puan, 19.01.2017

PER: RAYUAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI BAGI PENDAFTAR YANG PERNAH

DIPANGGIL HAJI

Saya merupakan pendaftar haji yang berdaftar pada tarikh 10 Ogos 2003 dan telah dipanggil untuk menunaikan ibadah haji oleh pihak Tabung Haji pada tahun 2012 (1433 Hijrah).

Namun pada tahun tersebut, saya tidak dapat memenuhi panggilan haji pada tarikh tersebut kerana saya masih lagi menyambung pengajian saya pada tahun ke-2 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..

Semasa menerima surat panggilan haji pada tahun tersebut, saya tidak membalas surat tersebut semula kepada pihak Tabung Haji menyatakan tangguhan untuk melaksanakan ibadah haji.

Oleh itu, selaku seorang pendaftar haji saya ingin membuat rayuan untuk peruntukan semula tarikh untuk menunaikan ibadah haji. Tarikh yang dicadangkan adalah pada tarikh berikut:

Tahun 1438 Hijrah/2017 Masihi

Dilampirkan butir peribadi saya seperti berikut:

Nama penuh: WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXXX
No kad pengenalan: XXXXXXXXXX
No akaun TH: XXXXXXXXX
No daftar: XXXXXXXXXX
Tarikh diperuntukkan: 1433 Hijrah/2012 Masihi
No telefon: +6 013 xxxxxxxx

Timbang rasa pihak Tuan/Puan sangat dihargai. Saya akhiri dengan ucapan jazakumullahu khairan jazaa’.

Yang benar,

………………………….

WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXX

Surat ini anda boleh download di sini.

Contoh Surat Rayuan Pergi Haji

5. Dapat Tawaran Haji 2 Minggu Sebelum Berlepas

pengalaman naik haji muda

Sebenarnya masa hantar surat rayuan pergi Haji tu, saya langsung tak expect yang saya akan diterima pergi Haji.

Saja hantar sebab nak cuba nasib, mana tahu tahun 2017 boleh pergi Haji.

Walaupun masa discuss dengan isteri, saya dah plan elok-elok yang saya nak pergi Haji pada tahun 2018.

Sebab pada tahun 2016 anak kedua saya baru sahaja lahir.

Rasa macam tak sesuai nak pergi Haji tahun 2017.

Tapi entah mengapa, jiwa ni memberontak rasa nak sangat pergi ke Masjidil Haram sebab dah lama memendam rasa untuk berada di hadapan Ka’bah.

Sebab tu surat rayuan peruntukan Haji tu saya hantar juga pada Januari 2017.

Beberapa bulan kemudian pada bulan Syawal, masa tu saya dan keluarga berada di Brunei untuk ziarah keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kembali sahaja dari Brunei, pada 16 Julai 2017 mak saya call maklumkan yang saya dah diterima untuk pergi Haji pada tahun 2017.

Perasaan saya pada waktu tu tak tahu nak cakap macam mana.

Mak dan ayah pun call terburu-buru masa tu sebab katanya kalau saya tak reply surat tu selewatnya 18 Julai 2017, tawaran tersebut dibatalkan.

Rupanya surat tu boleh jadi dah lama sampai sebab pada minggu sebelumnya, saya dan keluarga berada di Brunei.

Masa tu saya ada masa 2 hari sahaja untuk buat keputusan.

Masa tu rasa susah sangat nak buat keputusan. Rasa berat sangat hati nak tinggalkan anak-anak yang masih lagi kecil ini di Malaysia.

Anak pertama berusia 2 tahun setengah, dan anak kedua belum sampai 1 tahun lagi.

Isteri pun rasa keberatan.

Masa tu tanya keluarga, tanya juga kawan-kawan rapat, tanya juga pada ustaz untuk minta pendapat.

Tempoh tersangatlah pendek.

Ada yang kata, “Tak apa tangguhkan je dulu. Pergi tahun depan masa anak dah besar sikit”

Ada juga yang kata, “Pergi je Fadhil. Ni rezeki kau. Allah yang jemput kau untuk pergi Haji. Dah berapa kali kau tolak untuk pergi Haji.”

Sahabat saya Ustaz Masri pula kata, “Kalau saya di pihak Fadhil, saya pergi je. Macam ni lah pengorbanan Nabi Ibrahim ketika meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Isma’il di Mekah tanpa meninggalkan apa-apa”

Masa dengar Ustaz Masri kata begitu, jiwa saya rasa makin kuat pulak nak pergi Haji pada tahun 2017 yang lepas.

6. Istikharah: Terima Tawaran Pergi Haji

pengalaman naik haji muda

Masa ni berjumpa dengan Ustaz Abdullah Bukhari. Beliau hadiahkan saya karyanya Ceritera Haji Wartawan al-Quran. Saya sempat habiskan bacaan sebelum berangkat. Pada saya, buku ini anda ‘wajib’ ada dan baca!

Selesai berbincang dengan keluarga, rancang pengurusan anak yang akan di Malaysia dan sebagainya, lalu saya buat keputusan untuk pergi juga.

Lalu kami beristikharah, mohon kepada Allah agar pilihan yang kami ambil ini adalah yang terbaik.

Maka pada hari Selasa berikut, saya pergi ke pejabat HQ Tabung Haji di Jalan Tun Razak untuk mengesahkan penerimaan tawaran untuk pergi Haji.

Di pejabat HQ Tabung Haji, saya perlu pergi ke tingkat 30 dan ground floor untuk mengesahkan pendaftaran tersebut.

Dokumen yang perlu dibawa akan dikongsikan dalam poin yang seterusnya.

*Surat Tawaran Haji saya tak dapat nak bawa sebab surat tu ada di rumah parents. Memang tak sempat nak hantar dah dari kampung ke KL sebab waktu sangat singkat. Tapi boleh minta di pejabat Tabung Haji untuk tolong print kan satu set.

Selesai urusan di tingkat 30 dan di tingkat Ground Floor, Tabung Haji menyerahkan kepada kami beberapa dokumen seperti surat pengesahan penerimaan tawaran, buku putih Tabung Haji, surat untuk urusan medical check up dan lain-lain lagi.

Disebabkan tarikh nak pergi Haji tu tinggal 2 minggu sahaja, beratur di pejabat Tabung Haji tu agak mengambil masa panjang.

Pergi keluar ke pejabat Tabung Haji awal pagi, dekat pukul 4 petang baru balik rumah.

Letih jugak. Fuhh.

7. Rayuan Untuk Pasangan – Isteri

pengalaman naik haji muda

Semasa saya hantar surat terima tawaran Haji, pada masa sama saya dah siap-siap bawa surat rayuan untuk bawa pasangan ikut sekali pergi Haji.

Perkara ni saya dah study sebelum ni.

Memang banyak dah research kat Google.

Ada pelbagai blog yang share mengenai rayuan untuk bawa isteri atau keluarga terdekat untuk turut ikut sama pergi Haji pada tahun yang sama.

Saya beriya-riya nak bawa isteri ikut sebab dalam otak dah terfikir.

“Kalau bukan sekarang bawa isteri aku, bila lagi? Bila lagi dia akan ada mahram untuk turut serta pergi Haji?”

Itu yang buat saya rasa penting sangat untuk kami pergi bersama.

Tidak dinafikan, emosi pada masa itu sangat berat.

Ikutkan, isteri saya memang dalam dilema sebab anak kami yang ke-2 masih kecil lagi.

Saya akan cerita dalam poin yang seterusnya nanti.

8. Dokumen Yang Perlu Disediakan

Antara dokumen yang saya bawa pada termasuklah:

  1. Buku Tabung Haji
  2. IC
  3. Surat rayuan untuk bawa mahram (untuk apply untuk) – 2 salinan
  4. Sijil Nikah (untuk apply untuk pasangan) – 2 salinan

Surat rayuan bawa mahram dan sijil nikah hanya perlu dibawa jika anda ingin bawa pasangan anda turut sama pergi menunaikan ibadah Haji.

Sijil nikah (dan surat rayuan) tersebut perlu ada cop tandatangan daripada Jabatan Agama Islam.

Saya sarankan, sebelum anda serahkan dokumen kepada Tabung Haji. Dapatkan dahulu cop pengesahan dan tandatangan daripada pegawai agama yang bertauliah supaya anda tak perlu buat kerja banyak kali seperti saya.

Cop dan tandatangan tersebut adalah cop dan tandatangan pengesahan Mahram.

8. Medical Check Up & Injection

pengalaman naik haji muda

Haa, antara fasa penting sebelum pergi Haji adalah wajib untuk kita buat medical check up di hospital atau klinik.

Untuk medical check up dan injection ni, ikutkan ada 2 pilihan.

Sama ada korang nak pergi yang kerajaan atau swasta.

Paling mudah sekali, pergi ke ke klinik atau hospital swasta.

Habis cerita.

Sebab tak perlu nak tunggu berhari-hari untuk dapatkan check up.

Cuma kosnya pun boleh tahan. Paling murah sekitar RM200 seorang.

Untuk warga emas pula, biasanya mereka akan ambil pakej injection yang lebih mahal sebab nak vaksin lebih.

Tapi kalau nak save bajet, pergi je ke klinik kerajaan.

Call je klinik kesihatan, poliklinik atau hospital terdekat. Tanya, pusat kesihatan mana yang boleh buat check up untuk pergi haji dan injection.

Klinik atau hospital kerajaan ni free je kalau kita nak dapatkan medical check up dan injection Haji.

Kalau 2 orang, dah jimat RM400 kat situ.

Dalam kes saya, saya pergi ke Pusrawi dan bayar sekitar RM200.

Isteri pula pergi ke klinik kerajaan. Dapat rawatan percuma.

9. Persediaan Ilmu – Kursus Ringkas

pengalaman pergi haji muda

Ini adalah bahagian yang paling penting. Sebelum pergi Haji, korang wajib belajar asas Feqah Haji tau.

Sebab, diterima atau tidak Haji kita ni adalah berdasarkan ilmu.

Kalau rukun Haji tak tahu, wajib Haji pun tak tahu, bahkan kita buat pula perkara yang menyalahi rukun Haji maka Haji kita tidak diterima.

So, kalau boleh pergi lah ke kursus Haji yang disediakan oleh Tabung Haji.

Tiap-tiap tahun ada sahaja kursus Haji di seluruh Malaysia.

Tapi, kes kami pula agak berbeza.

Sebab kami dapat panggilan Haji 2 minggu sebelum berlepas.

Memang tak pernah pergi kursus Haji pun sepanjang hidup.

Umrah pun tak pernah pergi, inikan pula Haji.

So, pada masa tu saya cari ustaz yang boleh bimbing untuk bagi kursus ekspress Haji.

Ayah dan mak mertua pun tersangatlah supportif.

Hari-hari mereka pula yang bersemangat nak ajar kami ilmu dan pengalaman mereka pergi Haji sebelum ni.

Kadang-kala terasa lucu juga, kami yang nak pergi Haji bahkan mereka pula yang bersemangat lebih.

Pastikan sebelum pergi Haji tu, dapatkan buku-buku rujukan Haji.

Kalau boleh, bawa satu bersama kita untuk dijadikan panduan semasa berada di Tanah Suci.

Bila ada keraguan ataupun terlupa, boleh rujuk terus buku atau jumpa terus ustaz pembimbing Haji di Maktab kita di Tanah Suci nanti.

pengalaman pergi haji muda

10. Persediaan Untuk Tinggalkan Anak

pengalaman pergi haji muda

Anak-anak kami yang perlu ditinggalkan ada 2 orang.

‘Abdurrahman yang berusia 2 tahun setengah dan Hafsah yang berusia 11 bulan.

Hafsah masih lagi breastfeeding.

Dan saya seorang yang berkerja dari rumah, isteri pun surirumah sepenuh masa.

Tak pernah kami tinggalkan anak-anak untuk tempoh yang lama.

Namun kali ini, terpaksa saya dan isteri tinggalkan mereka untuk tempoh 45 hari.

So, ini antara perkara yang perlu aku dan isteri sediakan sebelum berangkat pergi Haji

a. Cari Ibu Susuan

Ini antara part yang mencabar. Sebab anak kedua kami masih lagi menyusu badan.

Memang tak pernah sehari pun tak menyusu.

Untuk situasi kami, memang agak unik sikit. Sebab ada beberapa orang ibu susuan yang sudi membantu.

Dan pada masa sama, ada seorang ibu susuan yang sudi membekalkan susu simpanan stok beku.

Kami sendiri memang tak ada stok susu beku sebab isteri saya memang di rumah full time, memang tiada keperluan untuk menyimpan sebelum ini.

Ibu susuan ni kita boleh tanya pada keluarga terdekat atau rakan-rakan terdekat.

Kalau tak ada keluarga atau kawan yang sedia jadi ibu susuan atau bekalkan susu beku, boleh juga cari di Facebook Groups.

Pasti ada sahaja yang sudi memberikan lebih susu beku yang mereka ada.

Stok susu ini perlu diberikan kepada penjaga anak kita kelak supaya mereka dapat memberi mereka susu badan.

Kami pilih supaya anak kami tetap minum susu breast milk sahaja atas alasan tersendiri.

Jika anda ingin memberikan susu dalam tin dan sebagainya juga tiada masalah.

b. Cari Penjaga

Kedua-dua orang anak kami perlu dijaga di kampung.

Pada asalnya, cadangan kami adalah untuk mereka kedua-duanya dihantar ke rumah ibu bapa saya, atau ibu bapa mertua saya.

Ini adalah keputusan yang paling sukar dan paling ‘emosional’ kerana anak-anak masih lagi kecil.

Bagi mengurangkan beban kedua-dua belah pihak, kami buat keputusan untuk hantar ‘Abdurrahman ke rumah ibu bapa saya, dan Hafsah ke rumah ibu bapa mertua saya.

Berpisah dua negeri.

Anak pertama dijaga oleh ibu bapa saya.

Anak kedua pula dijaga oleh adik ipar saya yang sedang cuti semester di UIA pada ketika itu.

c. Sediakan Wang Secukupnya

Berapa wang yang secukupnya itu?

Tepuk dada tanya bajet.

Kalau nak pergi Haji tu, pastikan kita ada lebihan duit yang mesti ditinggalkan untuk anak-anak kita supaya kelak kita tidak menyusahkan orang yang menjaga mereka.

d. Sediakan Pakaian dan Pampers

Pampers dan pakaian perlu disediakan secukupnya.

Pampers sebolehnya sediakan sekitar 4 atau 5 pek untuk seorang.

e. Sediakan Dokumen Penting

Dokumen penting yang perlu disediakan adalah kad MyKid, pasport dan surat beranak.

Jika ada buku rawatan juga boleh diserahkan kepada penjaga.

f. Sediakan Makanan Dan Resipi Masakan

Makanan juga perlu disediakan untuk anak-anak.

Anda sendiri tahu apa yang mereka makan.

Seperti kami sendiri, kami sediakan makanan home made frozen dan juga beberapa perencah organik segera bagi memudahkan penjaga anak-anak kami berikan mereka makan.

g. Wasiat

Apa yang anda nak wasiatkan untuk anak-anak?

Apa yang anda harapkan?

Dan apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran anda yang anda rasa penting, maka tuliskan ia dan berikan kepada penjaga anak-anak kita.

h. Jangan Harap Kesempurnaan

Jangan sesekali kita harap kesempurnaan apabila anak kita dijaga oleh orang lain selain daripada kita.

Ini kerana cara pembawaan setiap orang adalah berbeza.

Kita sendiri akan merana bila kita terlalu mengharapkan kesempurnaan, terlalu mengharapkan segalanya berlaku ikut cara yang kita mahu.

i. Tawakkal

Setelah selesai kesemua di atas, maka bertawakkal lah kepada Allah.

Sesungguhnya Dia lah yang menguasai dan mengatur segala sesuatu.

Kerana hakikatnya yang menjaga anak kita bukanlah para penjaga tersebut, bahkan Allah-lah yang akan menjaga mereka.

Serahkan dan bulatkan tawakkal kita sepenuh hati kita dan serahkan segala urusan kita kepada Allah.

Nescaya jiwa kita akan sentiasa tenang semasa di Tanah Haram kelak.

Jangan risau, nanti masa di Mekah dan Madinah boleh je video call anak-anak.

11. Barang Yang Perlu Dibawa Ke Tanah Suci?

Kalau kita teliti dalam Google dan pelbagai blog, sangat banyak barang yang dicadangkan untuk dibawa ke Tanah Haram. Namun, saya sendiri ada cadangan tersendiri apa barang yang boleh dibawa untuk pergi Haji.

Antaranya:

Lelaki

  • Wang: SR1000 untuk Haji (Ikut kemampuan)
  • T-Shirt – 2 atau 3 helai
  • Baju dalam – 2 atau 3 helai
  • Kain Ihram – 1 set memadai
  • Towel Kecil – 2
  • Tower Besar – 1 (saya guna brand Decalthon, cepat kering)
  • Jubah – 1 (Di Mekah boleh beli lagi)
  • Seluar – 2
  • Seluar Dalam – 5 atau 6
  • Kain Pelikat – 2
  • Hangar – 3 hingga 5 batang
  • Sabun – 1
  • Berus & Ubat Gigi – 1 atau 2
  • Pencuci Muka & Toileteries – Secukupnya
  • Pisau Cukur – Beberapa batang
  • Extension Cable – 1
  • Universal Plug – 1
  • Charger Telefon – 1
  • Power Bank – 1
  • Selipar – 1
  • Beg Ikea – 1 (mudah nak angkat baju cucian)
  • Gunting Kecil – 1
  • Cable Tie – Sedikit
  • Uncang Kasut – 1
  • Mesin Rambut – 1 (kalau nak shave sendiri)
  • Stokin – 1
  • Yoga Mat – 1 (boleh beli di Decalthon yang ringan. Guna semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina)
  • Tali Pinggang Ihram – 1 (saya tak pakai)
  • Sleeping Bag – Selesa untuk tidur di hotel dan di Arafah, Muzdalifah & Mina)
  • Ubat-Ubatan
  • Minyak Angin Cap Kapak – 1
  • Minyak Urut – 1
  • Ketip Kuku – 1
  • Sejadah Kecil – 1
  • Pen Marker – 1
  • Botol Air – 1
  • Spray Wudhu – 1
  • Buku Nota & Pen – 1
  • Buku Doa – 1
  • Al-Quran – 1
  • Nescafe – 1 Paket (ikut keperluan)
  • Senarai Doa (Tulis sebelum berangkat ke Mekah)
  • Buku Panduan Haji – 1
  • Makanan Tambahan – Terserah ikut keperluan (Seperti Sambal kering, serunding, sos cili dan sebagainya)

*Saya bawa sambal kering untuk hilangkan muak makanan di sana.

Wanita

Hampir sama seperti di atas. Tambahan seperti berikut:

  • Telekung – 2 set
  • Tudung – 3 Pasang
  • Anak Tudung – 4 helai
  • Losyen dan Rawatan Kulit – Secukupnya
  • Baju Dalam Wanita – 6 helai
  • Jubah – 3 helai
  • Abaya – 3 helai
  • Kain Dalam – 4 helai
  • Stokin – 5 pasang
  • Lampin Wanita – Secukupnya
  • Sarung Tangan – 3 helai
    Kain Batik – 2 helai
  • Bag Pack – Saiz sederhana (Jangan bawa yang besar, tak boleh bawa masuk masjid)
  • Pam Susu – 1 (untuk ibu yang menyusukan anak)
  • Plastik Milk Storage – Secukupnya untuk 45 hari
  • Ice Pack – 1 atau 2 (untuk susu)

11a. Wang Untuk Dibawa Ke Mekah & Madinah

Untuk jemaah Muassasah Tabung Haji, anda tak perlu bawa terlalu banyak wang ke Mekah & Madinah. Sekitar SR1000 ke SR2000 mencukupi.

Namun, sebaiknya simpan duit anda dalam akaun Tabung Haji yang selebihnya jika perlu untuk dibelanjakan di Tanah Suci.

Ini kerana di Mekah dan Madinah, terdapat pusat-pusat Maktab yang mana kita boleh keluarkan duit kita dari akaun Tabung Haji di sana.

Buku Tabung Haji tak diperlukan untuk keluarkan duit. Hanya gunakan tag nama yang diberikan oleh pihak Tabung Haji sahaja untuk keluarkan wang di pusat Maktab Tabung Haji di sana. Mudah sahaja.

12. Dah Dapat Tarikh Penerbangan, Isteri Belum Dapat.

pengalaman haji muda

Selepas beberapa hari saya hantar surat pengesahan pergi Haji di Tabung Haji Jalan Tun Razak, saya telah menerima surat pengesahan tarikh penerbangan ke Mekah.

Pada kertas itu tertulis: XY18B

Yang mana tarikh penerbangan pergi adalah pada 2 Ogos 2017 ke Jeddah.

Tarikh penerbangan pulang pula adalah pada 15 September 2017 dari Madinah.

Ini bermakna, saya perlu berihram di dalam kapal terbang kerana saya masuk ke Mekah terlebih dahulu dan perlu ber-miqat di Qarn al-Manazil.

Saya akan berada di Tanah Haram selama 45 hari.

Satu nikmat tidak terhingga kerana dengan Tabung Haji, perbelanjaan sekitar RM10,000 yang dibayar kepada Tabung Haji boleh menampung hampir keseluruhan kos kita sepanjang berada di sana.

Selebihnya subsidi ditanggung oleh kerajaan.

Sepanjang tempoh nak menunggu tarikh penerbangan, saya kerap juga telefon pejabat Tabung Haji dan pergi ke Tabung Haji cawangan Batu Caves untuk tanya status terkini pendaftaran isteri saya.

Tempoh menunggu tidak terlalu lama. Juga dalam minggu yang sama isteri saya sudah menerima tawaran pergi Haji bersama mahram.

Alhamdulillah, kerana sepatutnya isteri saya berlepas lagi 90 tahun daripada sekarang.

Namun rezeki beliau boleh pergi bersama saya.

Untuk surat peruntukan pergi Haji mengiringi Mahram, anda boleh dapatkan format surat itu di sini:

Daripada:

Wan Ahmad Fadhil bin XXXXX XXXXXX,
+6 013 991 6967,
(Alamat).

Kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Tuan/Puan, 16.07.2017

PER: RAYUAN MENUNAIKAN IBADAH HAJI BAGI PENDAFTAR YANG PERNAH DIPANGGIL HAJI

Saya merupakan pendaftar haji yang berdaftar pada tarikh 10 Ogos 2003 dan telah dipanggil untuk menunaikan ibadah haji oleh pihak Tabung Haji pada tahun ini, 2017.  Saya telah menerima surat tawaran yang menyatakan saya terpilih untuk menunaikan ibadah haji bagi musim haji 1438H mengikut no rujukan JH***/***/1 JLD.12(**) pada surat tersebut.

Namun saya mempunyai isteri yang telah mendaftar haji dan mempunyai kewangan yang mencukupi, sihat tubuh badan dan bersedia untuk untuk turut serta bersama saya. Kami ingin mengambil kesempatan ini kerana saya merupakan mahram sah bagi beliau.

Oleh itu, selaku seorang pendaftar haji saya ingin membuat rayuan untuk peruntukan mempercepatkan tarikh untuk menunaikan ibadah haji bagi isteri saya bagi tahun ini.

Tahun 1438 Hijrah/2017 Masihi

Dilampirkan butir peribadi isteri saya seperti berikut:

Nama penuh: **** *****
No kad pengenalan: *******
No akaun TH: *******
No daftar: *******
Tarikh diperuntukkan: 1519H / 2096M

Timbang rasa pihak Tuan/Puan sangat dihargai. Saya akhiri dengan ucapan jazakumullahu khairanjazaa’.

Yang benar,

………………………….

WAN AHMAD FADHIL BIN XXXXXXXXX

Copy dan paste sahaja surat ini dan serahkan kepada pejabat Tabung Haji.

Hanya hantar surat ini jika anda sudah confirm dapat pergi Haji pada tahun ini.

13. Hari Perpisahan – Penerbangan Ke Mekah

pengalaman pergi haji muda

Hari perpisahan kami semua adalah pada 2 Ogos 2018.

Hari ini adalah hari yang sangat menghibakan dan membuatkan ramai ahli keluarga menangis.

Penerbangan kami dijadualkan pada waktu malam dan kami perlu berdaftar di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada pada jam 5.00 petang.

Ibu bapa saya telah rancang untuk kembali ke kampung halaman pada jam 12.00pm.

Segala barangan sudah disediakan.

Pakaian dan pampers anak-anak pun sudah siap.

Duit pun sudah diberikan kepada mereka.

Masuk jam 12.00pm, saya berikan kunci kereta saya kepada mereka untuk dibawa pulang ke kampung.

Anak kami yang ikut pulang ke Kuantan adalah ‘Abdurrahman, anak sulung yang baru berusia 2 tahun setengah.

Masa tu, saya ingat lagi. Dia masih lagi seolah-olah bayi yang baru nak besar.

‘Abdurrahman masa tu dah nak tidur.

Masa kereta ingin diundurkan, mata isteri dan mertua saya sudah kemerah-merahan menangis tidak tahan lagi emosi sebab ini kali pertama kami lepaskan anak kami bagi tempoh yang sangat panjang.

Bahkan, kedua-dua anak kami pula terpaksa dipisahkan.

Selepas solat Zuhur di masjid, saya pulang ke rumah dan sudah bersiap sedia untuk pergi ke Tabung Haji Kelana Jaya untuk daftar diri.

Setibanya kami di Kelana Jaya, suasana di sana tersangatlah ramai orang.

Sesak yang teramat sangat.

Semua orang nak hantar keluarga mereka pergi Haji.

Kelibat warga emas adalah yang paling ramai dalam keadaan sudah berihram dan bertelekung putih.

Saya pada masa tu masih lagi pakai T-Shirt dan seluar 3 suku. Huhu.

Kami tiba di pejabat Tabung Haji pada jam 3.30pm.

Pada masa tu, saya dan isteri nak daftar dah di kaunter pendaftaran tapi pegawai tidak izinkan daftar lagi sebab waktu pendaftaran kami yang telah dijadualkan adalah pada jam 5.00pm.

Oleh itu, tempoh 1 jam setengah itu kami habiskan untuk menunggu dan pada masa sama, keluarga terdekat juga datang untuk menziarahi kami.

Kami menunaikan solat Asar di surau Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Jangan risau, surau memang besar. Cuma tandas di sana sahaja yang agak limited.

Kalau boleh, selesaikan dahulu ‘hajat’ anda sebelum pergi ke sana sebab dikhuatiri tandas sangat ramai orang dan anda pun susah nak buang air di sana.

Ingat, antara ujian terawal anda untuk pergi Haji adalah semasa di Kompleks Tabung Haji tau.

Sebab dalam keadaan orang yang terlampau ramai, keadaan yang agak panas, anda akan mudah rasa stres dan rimas.

Itu baru di Kompleks Tabung Haji, belum lagi ke Masjidil Haram atau ke Arafah.

Proses yang perlu dilalui semasa di Kompleks Tabung Haji akan diceritakan pada poin yang seterusnya.

pengalaman pergi haji muda

Kami dipanggil masuk check in sekitar jam 6.30pm.

Masa tu pula, perasaan sedih datang sekali lagi kerana nak tinggalkan anak kedua kami yang masih kecil berusia hampir 11 bulan.

Masa kami nak pergi tu, suasana semakin hiba. Masa tu keluarga mertua dan adik beradik ipar yang ramai ada di sana.

Ramai antara mereka yang matanya sudah kemerah-merahan dan bergelinangan air mata. Mungkin sebab rasa sebak sangat.

Ayah mertua yang nampak gagah pun, first time saya tengok air mana menitis airmatanya.

Ibu-ibu mertua saya pula sudah teresak-esak (bukan saya ada 2 orang isteri tau, tapi isteri saya ada 2 ibu). Adik-adik ipar pun sama juga.

Semua melihat kepada Hafsah yang masih kecil itu.

Dia seolah-olah tak faham apa-apa, langsung tidak menangis. Bila saya dan isteri memeluknya pun, dia seolah-olah okay sahaja.

Mungkin itu antara ketenangan yang Allah turunkan kepada kami supaya tidak terlalu bersedih dan beremosi untuk tinggalkan anak-anak dan keluarga di Malaysia.

Alhamdulillah kedua-dua anak kami seolah-olah sudah bersedia untuk ditinggalkan di Malaysia.

Teringat pula kisah Nabi Ibrahim ketika baginda diwahyukan untuk meninggalkan anak dan isterinya di Mekah. Pada waktu itu, bandar Mekah pun belum wujud lagi. Sungguh tinggi tawakkal Nabi Ibrahim kepada Allah.

Saya harap agar anda semua kerap berdoa untuk diberikan kekuatan hati untuk tinggalkan keluarga di Malaysia.

Dan usahalah untuk baca dan tadabbur kisah Nabi Ibrahim dan sirah Rasulullah supaya kita dapat menghayati ibadah kita sepanjang kita berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

14. Kompleks Tabung Haji

pengalaman pergi haji muda

Jam 5.00pm di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, kami perlu pergi ke kaunter pendaftaran untuk daftar diri pergi Haji.

Masa ni memang ramai sangat orang. Hanya jemaah Haji sahaja yang boleh beratur. Selain daripada itu, semua orang lain tak boleh masuk walaupun untuk menemani jemaah Haji.

Sebelum masuk untuk daftar, pastikan semua dokumen kita sudah dibawa seperti pasport, buku perubatan dan lain-lain lagi.

Dan waktu pendaftaran wajib ikut waktu yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji.

Tak boleh lambat. Dan tak boleh awal sangat. Nanti pegawai tak bagi masuk.

Semasa daftar, jangan terkejut kalau staf Tabung Haji mula panggil anda ‘Haji’.

Rasa kekok pula, tiba-tiba orang panggil kita Haji. Haha.

Okay, lepas kita serahkan dokumen kita untuk diperiksa, segala dokumen kita akan diserahkan kembali kepada kita.

Selepas itu, staf Tabung Haji akan berikan kepada kita 2 buah beg, gelang tangan, name tag dan beberapa barangan untuk dibawa bersama ke Mekah nanti.

1 beg 5 Kg dan satu beg sandang.

Beg 5 Kg tersebut isinya kosong sahaja. Biasanya akan digunakan masa pergi ke Arafah nanti.

Tapi beg sandang tu pula ada banyak barang yang diberikan. Antaranya, ada kain kanvas multipurpose, spray antiseptic, topeng muka dan beberapa barang lain. Saya pun tak berapa ingat barang apa lagi yang diberikan.

Name tag dan gelang Haji tu wajib pakai terus. Jangan bertangguh.

Dan untuk jemaah Haji lelaki muda, jangan ego sangat nak tukar ihram dalam kapal terbang.

Pakai je terus kain Ihram satu set sebelum naik bas pergi KLIA.

Saya dulu pakai kain ihram bawah sahaja dan pakai T-Shirt sebelum masuk kapal terbang.

Ingatkan mudah kerja kita nanti, bahkan cara macam ni akan susahkan kita bila nak bertukar pakai kain Ihram semasa dalam kapal terbang.

Pakai je kain Ihram lengkap terus.

Nanti sebelum kita masuk check in dalam bangunan Tabung Haji, kita kena letak beg yang nak dimasukkan dalam kargo di yang telah disediakan. Manakala beg sandang kita boleh dibawa terus.

Air dan barang-barang tajam (seperti gunting dan pisau) tak boleh bawa dalam bag pack, sebab nanti air tu kena buang dan barang tajam kita pun kena rampas. Rugi sahaja kalau buang.

Sediakan spray wudhu, sejadah mini dan kompas kiblat (kalau ada jam kiblat lagi bagus) sebab kena expect nanti di tandas ada ramai sangat orang dan mungkin kita kena solat di tempat lain selain surau.

Okay, sambung cerita.

Lepas barang dah dihantar dan kita dah dipanggil masuk untuk check in, itulah masa untuk berlepas pergi.

Masa ni Tabung Haji pasang audio Talbiyah yang sangat sentimental dengan speaker besarnya.

“LabbaikAllahumma Labbaik, Labbaika Laa Syarikalaka Labbaikk. Innal Hamda Wa Ni’mata Laka Wal Mulk La Syarikalak”

Saya cuba nak tahan menangis pada waktu ni sebab dah mula terkenang dekat anak-anak.

Masa masuk je dalam bangunan Tabung Haji, jemaah Haji kena beratur untuk serahkan pasport kepada imigresen manakala bagasi pula perlu ditimbang.

pengalaman pergi haji muda

Dah malam, pukul 7 lebih pada waktu ni.

Tanya pada staf, boleh tak nak solat kejap. Staf Tabung Haji kata

“Tak boleh solat lagi kat sini. Nanti solat di KLIA sahaja jama’ Ta’khir”.

Kami pun akur sahaja.

Nasihat saya, jangan minum air kerap sangat, siap-siap pergi tandas untuk tunaikan hajat buang air besar/kecil, pakai ihram lengkap dan berwudhu sebelum naik bas pergi ke KLIA.

Sebab nanti bila dah sampai KLIA, semua orang berebut nak ke tandas dan nak berwudhu’.

Masa tu juga semua orang nak berkejar untuk solat. Nanti kita yang terlambat masuk kapal terbang.

Kesannya kalau lambat masuk kapal terbang nanti, kita tak boleh nak pilih tempat duduk di lokasi yang strategik.

Baik. Saringan kedua, bag pack kami di scan oleh pihak Kastam sebelum naik bas. Gunting saya dirampas. Sedih betul sebab gunting tu diperlukan nanti untuk bertahallul nanti.

pengalaman pergi haji muda

Bersama Abang Nabil

Kemudian barulah kami semua naik ke dalam bas.

Bas yang bawa kita tu nanti akan di-escort oleh motor-motor dan kereta-kereta polis sepanjang jalan tau.

Fuh, memang rasa macam VVIP. Langsung tak ada berhenti untuk tunggu traffic light dan sebagainya.

Kalau jalan tengah jam pun kita tersenyum sahaja sebab bas dibawa dengan lajunya.

Masa dalam bas tu, banyakkan berzikir kepada Allah.

Dalam kita menginsafi perpisahan kita dengan keluarga, syukuri nikmat yang kita sudah dipilih oleh Allah untuk pergi Haji.

Sebab, dalam dunia ni tak semua orang direzekikan untuk pergi Haji. Ada orang yang berduit atau tidak pun, kalau Allah tak izinkan dia tak akan dapat pergi.

Bila seseorang itu dapat panggilan Haji, maka yakinlah itu semua jemputan direct daripada Allah Ta’ala.

pengalaman pergi haji muda

Setibanya kami ke KLIA, kami semua tak masuk kapal terbang terus.

Maka inilah peluang terbaik untuk kami pergi solat dulu.

Masa ni, saya dan isteri tiada wudhu. Dan spray air pun tidak berisi sebab kena buang air sebelum naik bas.

Ramai betul orang serbu masuk ke dalam tandas.

Memang chance nak masuk tandas awal tu agak tipis.

Kami suami isteri antara yang lambat masuk kapal terbang, bagi peluang dekat warga emas dulu untuk ke tandas.

Masa ni, jemaah Haji perlu solat dalam KLIA di ruang menunggu atau kalau terlambat, kena solat dalam kapal terbang.

Saya ni tak berapa gemar nak solat dalam kapal terbang. Rela solat dulu sebelum masuk kapal terbang.

Kami solat di kawasan laluan orang, namun alhamdulillah ada bawa sejadah mini. Boleh solat terus walaupun tengah jalan.

Tapi yang menyedihkan sebab pada awalnya, saya tersilap kiblat. Huhu.

Lepas solat, kami terus masuk dalam kapal terbang.

Kapal terbang yang kami naiki bukanlah seperti yang dinaiki oleh ramai orang lain.

Standard kapal terbang yang biasa kita dengar jemaah Haji naiki adalah seperti Malaysia Airlines, Emirates dan sebagainya.

Kami naik kapal terbang biasa sahaja, tempat duduk pun standard macam Air Asia yang basic tu. Agak sempit dan sakit tengkuk sebab duduk dalam 8 ke 10 jam.

Tapi, tempat duduk adalah free seating. Boleh duduk mana-mana yang kosong.

Tips yang saya nak kongsikan bila tempat duduk free seating ni adalah pilih seat yang tak jauh dengan tandas (bukan terlalu dekat) dan jangan pilih seat bahagian tengah.

Jangan terkejut kalau sampai satu masa nanti, air dalam bilik air pun habis. Ini standard tau.

Kalau perlu solat fardhu dalam kapal terbang, solat sahaja.

Pastikan kita dah belajar cara nak solat dalam kapal terbang. Cari guru agama yang kita yakini ilmunya, tanya dan yakin sahaja dengan apa yang diajar olehnya.

Boleh juga rujuk di sini: https://www.youtube.com/watch?v=tvjYsfjl7Yc

Dan satu perkara lagi, anda wajib tahu di mana Miqat untuk jemaah Haji dari Malaysia yang terus ke Mekah. Apabila sampai di kawasan Miqat, dah tak boleh ada pakaian berjahit dan kopiah di tubuh badan anda (bagi lelaki). Dan kena niat paling lewat pun semasa kita berada di Miqat.

Miqat tu apa? Nanti boleh rujuk pada ustaz anda.

Pengalaman saya ketika tiba di Jeddah dan yang seterusnya akan dicoretkan dalam siri yang akan datang, insyaAllah.

pengalaman pergi haji muda

15. Duit Perbelanjaan Sebelum Pergi Haji?

Kos Haji keseluruhan ni anda perlu kira sebelum pergi Haji.

Kalau tambang Haji RM10,000, simpanan pun cukup-cukup RM10,000 maka hakikatnya anda masih belum mampu pergi Haji.

Sebab kos Haji bukan sekadar pada tambang sahaja. Bahkan ada kos-kos lain yang perlu anda tanggung.

Saya senaraikan beberapa kos supaya dapat bantu anda buat keputusan satu hari nanti.

a. Kos Haji – RM9980. Sepatutnya kos pergi Haji lebih RM20,000. Tapi sebab ada subsidi, kita hanya perlu bayar jumlah tersebut sahaja

b. Duit Belanja – Ikut kemampuan. Paling kurang, bawalah RM1000 untuk sarapan dan beli keperluan lain. Kalau ada lebih, tak salah bawa lebih. Boleh guna untuk makan, membeli barangan, bersedekah dan sebagainya.

Dan sebaiknya, bawa sedikit wang tunai yang telah ditukarkan ke Saudi Riyal. Selebihnya simpan sahaja dalam akaun Tabung Haji.

Sebab masa di Mekah dan Madinah nanti, boleh sahaja kita keluarkan duit kita di hotel Maktab. Akan ada tempat untuk mengeluarkan duit dan akan convert terus ke Saudi Riyal.

c. Duit Anak-Anak – Boleh sediakan untuk anak-anak ikut kemampuan kita. Duit tu nanti untuk dibelanjakan oleh penjaga untuk beli keperluan anak-anak juga nanti.

d. Upah Penjaga – Bila kita dah minta tolong orang jagakan anak kita, kita pun sebolehnya bersikap ihsan dengan para penjaga. Sediakan mereka sedikit duit upah supaya mereka pun rasa gembira.

e. Kos Barang Keperluan – Seperti yang telah ditulis di atas, beberapa ratus atau ribu ringgit perlu dibelanjakan untuk beri barang keperluan sebelum berangkat.

f. Kos-Kos Lain – Kos yang biasa kita belanjakan seperti sewa rumah, bayaran bulanan kereta, takaful, internet, bil telefon, bil air dan sebagainya. Sediakan duit lebih in advance supaya kos-kos ni dapat dibayar tanpa perlu bertangguh.

Ini antara perbelanjaan yang perlu disediakan.

Nak pergi Haji ni jangan takut sangat duit akan berkurangan. Allah akan ganti balik duit kita, yakinlah.

Biasa kalau nak pergi Haji ni, ada sahaja saudara mara dan kenalan kita yang akan hulur duit.

Terima sahaja, sebab memang duit sangat diperlukan semasa di Tanah Haram nanti.

Dan orang yang memberi kepada kita memang niatnya untuk dapat pahala berinfaq bagi anda yang nak pergi Haji.

TAMAT PART 1

Kenapa Kita Tak Berubah? 6 Langkah Untuk Konsisten Berubah!

Kenapa Kita Tak Berubah? 6 Langkah Untuk Konsisten Berubah!

Kebiasaannya sebelum masuk ke tahun yang baru, kita akan senaraikan apa azam kita menjelang tahun baru. Apa yang kita nak capai pada tahun akan datang. Apa impian kita nak untuk tahun tersebut.

Kita dah list down banyak impian kita, namun dalam tempoh 1 bulan sahaja kita sudah terlupa akan azam tahun baru tersebut. Kenapa setiap tahun jadi begitu?

Setiap tahun kita impikan dapat pekerjaan yang lebih baik, dapat pergi bercuti lebih kerap, dapat kuruskan badan dan sebagainya. Bulan pertama kita pulun habis-habisan. Tapi bila masuk bulan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya, kita semakin lupa azam tersebut dan dah berhenti berusaha untuk capai impian tersebut.

Bila tiba bulan Disember, kita teringat balik azam yang lama dan target untuk capai balik azam tersebut pada tahun seterusnya pula. Proses ini sentiasa berulang. Perasan tak?

Kenapa kita susah berubah? Boleh jadi kerana kita terlalu banyak berfikir. Sebab nak berubah bukanlah mudah. Kita perlu lalui kesusahan demi kesusahan untuk maintain perubahan yang kita nak.

Kalau kita nak kurus, kita kena pantang makan. Kita kena bersenam. Kena beli makanan sihat. Buat benda ni semua dalam tempoh 1-2 minggu mungkin senang. Tapi jika kita usaha untuk buat secara berterusan, kita akan rasa semakin berat. Rasa makin malas. Rasa makin susah nak konsisten. Lama-kelamaan kita berhenti. Kecundang separuh jalan.

Begitu juga dengan belajar. Kita mungkin ada impian nak mahir dalam satu bahasa asing. Contohnya nak mahir dalam bahasa Arab. Maka kita daftar ke kursus Bahasa Arab. Sepatutnya setiap minggu kita kena commit untuk datang ke kelas. Siapkan segala homework. Untuk bulan pertama, ia mudah sebab semuanya masih baru, masih simple. Bila dah masuk bulan ke-2, ke-3, semuanya jadi makin susah. Kita mula rasa nak give up. Kita tak siapkan homework yang ustaz berikan. Kita mula tak datang kelas pula.

Pattern dia sama, asalnya kita tahu apa impian kita. Bila kita cuba buat, lama-kelamaan kita mula rasa susah (pain)Susah nak konsisten sampai berjaya. Sebab kita semakin hari semakin susah dan kita terlalu fokus kepada proses, bukan pada impian dan matlamat asal kita nak capai tersebut. Proses seperti: malasnya nak pergi bersenam, susahnya nak kurangkan nasi, susahnya nak siapkan homework, susahnya nak kerja lebih masa, lecehnya nak kena spend masa dengan anak isteri.

Sekarang saya sedang baca sebuah buku yang bertajuk Awaken The Giant Within oleh Tony Robbins. Antara perkara best yang saya baca setakat ni adalah topik: How To Change Everything.

Dalam topik tersebut, Tony Robbins ada sebut mengenai formula Neuro Associative Conditioning (NAC). Formula NAC ini dicipta oleh beliau untuk bantu kita ‘berubah’. Bukan sekadar berubah, tapi berubah untuk tempoh masa yang panjang!

Bagaimana caranya?

Dalam formula NAC, ada 6 step utama untuk bantu kita berubah untuk tempoh yang panjang.

Kenapa kita susah berubah

 

1. DECIDE WHAT YOU REALLY WANT

Untuk berubah, perkara yang paling wajib kita perlu lakukan adalah tahu dan BUAT KEPUTUSAN apa yang kita nak capai. Sekadar tahu apa nak dicapai tidak mencukupi. Bila kita buat satu keputusan untuk capai, maka di sana akan wujud sebuah komitmen.

Senaraikan apa keputusan kita? Nak kurus? Nak berhenti merokok? Nak baca al-Quran 1 juzuk sehari? Apa sahaja. Senaraikan dan buat keputusan sekarang!

 

2. GET LEVERAGE! MAKE CHANGE A MUST

Seterusnya, dalam NAC anda perlu fokus kepada 2 perkara ini. Bila kita dah buat satu keputusan untuk berubah, kita kena tahu 2 perkara ini.

Pain & Pleasure.

Pain. Apa kesakitan/kesusahan yang kita akan hadapi bila kita tidak ambil keputusan sekarang?

Sebagai contoh. Bila kita buat keputusan untuk turunkan berat badan, kita kena tahu apa perkara paling menyakitkan bila kita TIDAK TURUNKAN BERAT BADAN HARI INI? Fikir. Apa kesannya? Apa kesan paling teruk boleh berlaku pada kita?

Boleh jadi kita akan rasa diri kita macam looser. Kita akan kena diabetis (kencing manis) dan darah tinggi. Kalau ada kencing manis, hidup seolah-olah semakin kurang bermakna sebab nikmat kesihatan dah hilang. Nak makan sedap pun tak boleh, berpantang sebab terpaksa. Kita tak yakin nak pergi berkerja, bersama pasangan dan sebagainya. Kita rasa semua orang akan mengata kita g*muk! Semua perkara ini sangat menyakitkan. Menyakitkan jiwa dan fizikal kita. Kita perlu sedar, semua ni akan betul-betul berlaku jika kita tak ambil keputusan untuk turunkan berat badan hari ini!

Pleasure. Apa kenikmatan yang kita akan terima kalau kita mula ambil keputusan hari ini? Apa kenikmatan maksima kalau kita buat sekarang?

Sebagai contoh. Kesan bila kita berhenti merokok hari ini adalah kita akan rasa lebih sihat. Isteri dan anak-anak akan lebih mencintai kita. Kesihatan kita akan jadi semakin baik, bahkan kita akan terhindar daripada sakit jantung, paru-paru dan sebagainya yang berpunca dari rokok. Kita akan jimat banyak duit. Duit beli rokok dan duit pergi hospital. Bukan sekadar itu, kita dah boleh mula bersenam dengan lebih yakin. Dan orang ramai akan lihat kita dari sudut yang sangat positif. Semua ini adalah kenikmatan yang akan kita terima bila kita mula berhenti merokok sekarang!

Keajaiban step 2 ini adalah, kita perlu sentiasa kaitkan (associate) pain & pleasure tersebut dengan apa yang kita cuba nak ubah. Bila kita fikir pasal rokok, kita kaitkan dengan sakit, kaitkan dengan anak isteri tak sayang, kaitkan dengan duit habis, kaitkan dengan hukum rokok. Dan pada masa sama, kita kaitkan juga dengan kesihatan yang kita akan dapat bila berhenti rokok, kasih sayang ahli keluarga, masyarakat akan terima kita dan sebagainya.

Sebab tu formula ni dinamakan Neuro Associative Conditioning. Kita kena selalu kaitkan pain & pleasure terhadap perubahan baru yang kita inginkan.

 

3. INTERRUPT THE LIMITING PATTERNS

Step 1 dan 2 pun dah cukup powerful bila kita apply. Pasti kita akan banyak berubah hanya dengan mengenalpasti step 1 dan 2 sahaja. Namun cabaran bila kita dah mula berubah adalah kita kadang-kala rasa nak kembali ke habit kita yang sebelum ni.

Bila kita mula kembali ke habit yang asal, kesannya adalah kita tak akan dapat capai keputusan yang kita dah buat sebelum ni. Kita tak akan capai berat ideal yang kita nak. Kita tak akan berhenti merokok. Kita tak akan hafal al-Quran. Kita tak akan mahir dalam bahasa baru. Kita tak akan berhenti marah anak-anak.

Bila kita ikut pattern yang sama seperti yang lepas, kita akan dapat result sama seperti yang lepas.

Maka, kita perlu ganggu pattern tersebut bila kita mula nak buat perangai lama kita. Kesannya adalah kita akan stop daripada buat perkara tersebut.

Setiap kali kita nak mula buat perangai lamakita atau rasa malas berubah, fikir. Apa kesannya kalau aku buat benda ni sekarang? Apa kesannya kalau aku tak berubah? Apa kesannya pada kesihatan aku nanti? Apa kesannya pada masa depan aku nanti? Adakah aku akan berubah kalau aku buat perkara ini?

Seorang sahabat saya, Tuan Afyan Mat Rawi ada tulis yang dia berazam untuk tak makan nasi sepanjang (penghujung) 2017. Beliau sebut di FB beliau:

“Saya berazam tak makan nasi putih sepanjang tahun ini. Siapa yg dpt tangkap gambar saya makan nasi putih, saya bagi RM100.”

Ini juga merupakan cara untuk interrupt the limiting patterns yang disebut dalam buku tersebut.

 

4. CREATE A NEW EMPOWERING ALTERNATIVE PATTERNS

Langkah ke-4 ini merupakan satu langkah kritikal bagi memastikan perubahan yang dirancang akan menjadi satu perubahan jangka panjang.

Mengapa?

Kerana ramai orang sudah buat ikut langkah 1-3. Berjaya bagi jangka pendek, namun gagal untuk jangka panjang.

Ini kerana ramai yang gagal untuk mencari alternatif kepada perubahan yang diingini untuk keluar dari kesakitan (pain) kepada mendapat (pleasure) adalah antara penyebab utama kita berubah hanya bagi tempoh masa yang pendek.

Sebagai contoh: Kita mengalami masalah kemurungan yang tinggi. Kita nak keluar daripada masalah kemurungan ini. Kita dah senaraikan apa pain dan pleasure jika kita ambil keputusan sekarang untuk berhenti dari kemurungan. Kita sudah cari cara untuk mengganggu pattern yang asal jika kita hampir kecundang. Namun, kita masih lagi perlu untuk cari alternatif kepada kemurungan supaya kita tidak murung lagi. Boleh jadi alternatifnya adalah dengan bersosial, berkawan dengan jiran, lazimi solat berjemaah di masjid, ikuti majlis ilmu dan sebagainya.

Kita perlu cari apa alternatif yang sesuai untuk digantikan dengan sikap dan tabiat negatif lama yang ingin diubah.

 

5. CONDITION THE NEW PATTERN UNTIL IT’S CONSISTENT

Apabila kita sudah menjumpai pattern baru yang sesuai dengan diri kita, maka kita perlu mula untuk sentiasa berlatih ikut pattern baru tersebut hingga konsisten. Teruskan selama 1 bulan, 2 bulan hingga kita benar-benar konsisten dan pattern baru tersebut menjadi sebahagian daripada hidup kita.

Inilah caranya untuk menjadikan perubahan yang diingini bersifat jangka masa panjang dan kekal konsisten.

Reinforce (kukuhkan) pattern baru tersebut dengan memberi ganjaran kepada diri sendiri atau orang yang kita ingin bantu untuk berubah.

Timing adalah sangat penting. Sejurus anak kita lakukan satu perkara yang bagus, terus berikan pujian. Berikan hadiah jika mereka lakukan sesuatu yang luarbiasa. Untuk diri sendiri, cari cara bagaimana kita ingin beri ganjaran untuk diri sendiri walaupun hanya dengan kejayaan yang kecil. Bila kita dah start sikit je pun, berikan ganjaran untuk diri sendiri. Ganjaran tak semestinya perlu sesuatu yang besar. Cakap pada diri sendiri, “MasyaAllah, bagus Ahmad kau dah berjaya exercise hari ini” pun sudah memadai.

Sebahagian kajian menunjukkan apabila kita usaha untuk reinforce perubahan baru, ia akan membuatkan kita lakukan sesuatu dengan lebih bersungguh dan perubahan tersebut boleh berlaku dalam jangka masa yang lebih panjang.

Sama seperti pekerja yang diberikan bonus gaji bila capai target, anak-anak diberikan hadiah bila capai keputusan exam yang bagus, dan lain-lain lagi. Perubahan juga dapat di-reinforce dengan insentif kewangan/hadiah seperti ini.

Reinforcement untuk bantu orang lain berubah dalam buku ini disebut ada 3 jenis (menurut kefahaman saya)

  1. Beri layanan yang baik
  2. Insentif kewangan
  3. Personal growth – Ini paling powerful kerana ia dapat bantu orang tersebut untuk jadi lebih baik dan bagus.

 

6. TEST IT

Yang terakhir adalah kita perlu uji pattern perubahan baru yang ingin kita bawa dalam diri kita.

Salah satu cara untuk kita uji pattern perubahan baru tersebut adalah dengan menggunakan teknik future pacingiaitu dengan membayangkan bagaimana keadaan diri kita setelah kita lalui semua proses 1 hingga 5 tersebut.

Tutup mata dan bayangkan bagaimana rasanya bila kita sudah capai berat badan yang ideal, bagaimana rasanya bila kita sudah mahir dalam bahasa Arab, bagaimana rasanya bila dah berhenti merokok, bagaimana rasanya bila kita sudah berjaya dalam perniagaan, bagaimana rasanya bila kita dapat konsisten solat di Masjid secara berjemaah.

Sekarang anda sudah berada di masa hadapan yang mana anda sudah miliki semua yang diimpikan.

Tanya diri sendiri, adakah perubahan baru tersebut masih lagi buat kita rasa kecewa atau buat kita rasa lebih seronok dan gembira?

Bagaimana perasaannya bila kita rasa nak kembali merokok, kemudian kita cari alternatif tabiat lama kuat merokok kepada pattern baru yang sudah kita tentukan. Boleh jadi gantikan rasa puas merokok dengan berlari, atau membaca buku atau buat aktiviti-aktiviti lain yang jauh lebih berfaedah dan bermanfaat untuk diri dan keluarga. Bagaimana rasanya?

 

Keenam-enam langkah ini dapat digunakan untuk membantu kita untuk berubah dalam pelbagai situasi berbeza. Boleh jadi masalah keluarga, masalah berat badan, masalah merokok, masalah bisnes, masalah tekanan jiwa, masalah sikap malas dan pelbagai lagi.

Dan jika kita merupakan seorang ketua (ketua keluarga, syarikat, tim bola sepak dan sebagainya), kita boleh juga gunakan teknik ini untuk bantu orang di bawah jagaan kita untuk berubah kepada perubahan yang lebih positif dengan lebih berkesan dan bagi tempoh masa yang lebih lama.

Kesan Minum Air Tak Bertapis Pada Kesihatan

Kesan Minum Air Tak Bertapis Pada Kesihatan

Bukan nak menakut-nakutkan orang. Tapi inilah hakikat apa yang ada pada air minuman kita.
 
Antara kandungan logam berat / heavy metal yang ada pada air termasuk:
 
  • Copper
  • Mercury
  • Lead
  • Arsenic
  • Cadmium
 
Antara kesan jangka panjang pada kesihatan jika minum air paip tanpa tapisan yang aku dah ‘Google’ antaranya:
 
– Risiko pada buah pinggang
– Masalah kulit
– Sakit sendi
– Efek pada sistem neurologi dan reproduktif
– Diarrhea / Cirit Birit
– Muntah-Muntah
 
Sebab tu penting minum air yang bertapis. Paling kurang, minumlah air yang ditapis guna penapis paling basic pun takpe. Yang penting filtered.
 
Tapi kalau nak guna produk seperti Cuckoo, Coway dan yang sewaktu dengannya pun tak ada masalah. Nak kena bayar bulan-bulan? Itu tak jadi masalah pun sebenarnya. Itu semua pilihan.
 
Sebab bak kata orang kampung saya, “You buy them not because they are cheap, you buy them because they are good and working”.
 
Benda ni kalau nak percaya atau tak, terserah. Saya share je apa yang saya jumpa di Google.
 
Ikhlas,
Wan Ahmad Fadhil
Konsultan Cuckoo
www.cuckoonano.com
 
[Strictly no copy and paste]
Cara Terkini Bagaimana Nak Cepatkan Proses Close Sale

Cara Terkini Bagaimana Nak Cepatkan Proses Close Sale

 

2 minggu lepas saya baru tonton webinar Funnel Y oleh Tuan al-Farabi Shariff di YouTube.

Dalam webinar Funnel Y ni, 1 perkara paling penting saya pelajari adalah bagaimana cara nak cepatkluar sanaan close sale kepada pelanggan.

Cepatkan Close Sale

1. Tuan al-Farabi Shariff ada sebut, zaman sekarang dah terlalu ramai orang gunakan sistem auto PM, guna skrip close sale dan yang sewaktu dengannya. Dan teknik ni bukan tak berkesan, tapi ramai pelanggan yang dah terbiasa dan makin bosan dengan teknik ni.

2. Bayangkan pelanggan dah bersedia nak beli produk daripada kita, tapi kita habiskan masa tanya nama, nak berkenalan dan sebagainya. Maka kita akan rosakkan mood pelanggan yang nak beli cepat.

3. Oleh itu, pentingnya kita tahu pelanggan kita sekarang ni ada pada level yang mana. Sama ada dia bersedia nak beli, nak tahu pasal produk dan lain-lain lagi.

4. Dalam webinar Funnel Y ni, Tuan al-Farabi Shariff ada sebut mengenai jenis-jenis orang atau psikologi warna manusia. Secara asasnya, manusia ni ada beberapa jenis pattern

a. Otak Hijau – Orang yang boleh buat keputusan pembelian dengan cepat walaupun dengan maklumat yang terhad. Senang nak jual pada orang macam ni.

b. Otak Biru – Orang otak biru ni mengutamakan hati dan emosi untuk buat sesuatu keputusan.

c. Otak Merah – Orang yang membuat keputusan hanya apabila mempunyai maklumat yang mecukupi, matlamat dan objectif yang jelas untuk membeli. Mereka perlukan banyak maklumat sebelum buat tindakan membeli.

5. Dah faham psikologi manusia? So macam mana kita nak kenal pasti orang yang PM kita ni ada pada level yang mana?

6. Ini kuncinya: Tanya pada pelanggan – “Tuan nak terus beli atau Tuan nak tanya dulu ya?”

7. So kat situ kita tahu, kalau pelanggan tu dah bersedia nak beli maka bagi je terus cara nak beli. Jangan buang masa bertanya soalan-soalan yang melambatkan proses pembelian.

8. Kalau pelanggan tu kata nak bertanya dulu, maka kita layan mereka dahulu. Berikan info yang secukupnya sehingga mereka buat bersedia buat keputusan untuk membeli.

Kesimpulan

Sangat penting untuk kita kenalpasti dan tahu level pelanggan kita sekarang supaya kita tak terlepas pelanggan yang dah bersedia untuk membeli.

Berikan apa yang mereka perlukan. Kalau mereka perlukan cara beli, reply cara beli. Kalau mereka perlukan info tambahan, maka berikan info tambahan dan cuba close sampai jadi.

Sekian,
Wan Ahmad Fadhil


 

Apa masalah yang anda hadapi bila buat close sale. Cuba share kat ruang komen 🙂

Artificial Scarcity vs Fake Scarcity

Artificial Scarcity vs Fake Scarcity

Artificial Scarcity vs Fake Scarcity

(Jualan berjuta, tapi tak patuh syarak 🙁 )

Biasanya yang digunakan adalah jualan dihadkan dari sudut jumlah (hanya 15 unit pada harga ini), atau masa (harga ini hanya sah sehingga 3 Julai sahaja).

Scarcity sebenarnya adalah sesuatu yang berlaku secara alami – natural. Kafilah dagang pada zaman dahulu, berdagang di Syam hanya untuk tempoh tertentu, dan bilangan barangan yang dibawa adalah terhad.

Siapa yang lambat, perlu menunggu musim dagang akan datang, kerana barangan telah habis, atau saudagar telah pulang ke Madinah.

Harumanis ada musimnya. Musang King juga ada musimnya.

Ini adalah untuk barang fizikal. Bagaimana pula dengan barangan digital yang tiada had untuk disalin, tidak seperti barangan fizikal?

Jawapannya, wujudkan artificial scarcity.

Hadkan jumlah jualan untuk harga tertentu, atau untuk masa tertentu.

Dan jangan tipu.

Jangan pula kita beritahu, jualan pada harga RM15 hanya terhad untuk 10 orang, tapi orang ke 376 pun rupanya boleh beli pada harga RM15.

Atau kata kalau daftar seminar sebelum hujung minggu ni, harga RM2997 dipotong jadi RM297, tengok-tengok daftar bulan depan pun boleh dapat harga RM297.

Kenalan saya yang buat jualan berjuta – yang saya katakan tidak patuh syariah itu – guna cara fake scarcity beginilah.

Web jualannya ada countdown timer, dan bila refresh, countdown timer mula semula.

Perlu diingat juga, bila kita membuat jualan, pihak pembeli juga ada hak sepenuhnya untuk meminta refund andaikata barang dan perkhidmatan yang dibeli tidak menepati apa yang kita terangkan.

Share andai faham.

#bisnespatuhsyariah

P/s: Tips untuk pembeli, andai tiada waranti, jangan beli. Takut terbeli gula-gula sahaja.


Sumber: Ashraf Latif

Sumber gambar: Sini

9 Idea Bisnes Menguntungkan Tanpa Modal

9 Idea Bisnes Menguntungkan Tanpa Modal

Saya nak kongsikan berdasarkan pengalaman dan nasihat daripada guru-guru perniagaan dan pemasaran saya, ini adalah antara bisnes yang anda boleh mulakan tanpa mengeluarkan sebarang modal.

Kalau perlu keluarkan modal sekalipun, jumlahnya adalah sangat minimum. Jujur saya katakan, ramai yang telah membuat puluhan, ratusan ribu malah jutaan ringgit tanpa sebarang modal atau modal permulaan yang kecil.

Sekiranya anda masih lagi berkerja makan gaji, masih belajar di universiti, belum dapat kerja atau surirumah, insyaAllah idea-idea yang dikongsikan di bawah anda boleh gunakan untuk mula bina sumber kewangan anda sebagai peniaga supaya anda dapat tingkatkan lagi taraf hidup, bantu diri dan keluarga anda daripada kesempitan kewangan dan hutang.

 

1. Dropship

Ini adalah perniagaan yang paling famous dan senang untuk mula. Kebanyakan peniaga suka sekiranya mereka ada dropshipper untuk perniagaan mereka supaya produk mereka terjual lebih laju di pasaran.

Ia merupakan satu sistem perniagaan yang sangat mudah untuk dimulakan dan komisyen yang diberikan oleh supplier juga lumayan, bermula daripada 5% hingga 50% atau mungkin lebih lagi.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah seperti berikut
a. Cari supplier bagi produk yang anda ingin jual
b. Daftar sebagai agen dropship
c. Dapatkan maklumat dan gambar produk
d. Iklankan produk secara online atau offline
e. Bila ada pembeli, anda boleh maklumkan pada supplier untuk poskan barang tersebut ke alamat pembeli

Antara cabaran perniagaan dropship ni adalah seperti berikut

a. Kena close sale, pujuk prospek untuk beli
b. Anda tak tahu jumlah stok ada pada pembekal. Ada masa anda mungkin dah promote habis-habisan, customer dah bayar tapi supplier pula tak cukup bekalan
c. Anda kena pastikan produk betul-betul sampai kepada pembeli
d. Kena ada customer service yang bagus kalau dah ramai pembeli. Sampai satu masa, anda kena ada staf sendiri sebab letih nak urus order seorang diri.
e. Sebahagian supplier bagi KPI jualan, kalau tak capai KPI anda tak boleh jadi dropshipper mereka. Ini akan push kita untuk kerja keras lagi untuk jual produk mereka.
f. Dan lain-lain lagi

Nak jadi dropshipper paling mudah, boleh register dengan JamuMall untuk produk jamu dan BookCafe untuk jual buku. Tapi untuk kedua-dua ni, ada sedikit modal permulaan. Banyak je lagi peniaga lain yang bagi kita jadi dropshipper tanpa modal.

 

2. Affiliate

Perniagaan affiliate juga merupakan perniagaan tanpa modal yang menguntungkan, tapi kurang famous.

Ramai yang pandang rendah terhadap perniagaan affiliate ni, tapi ramai yang tak tahu kalau kena dengan cara memang sangat menguntungkan perniagaan affiliate ni.

Ia hampir sama dengan dropship, anda hanya perlu jadi orang tengah. Tapi bezanya anda tak perlu close sale kepada pembeli. Produk yang biasa dijadikan sebagai produk perniagaan affiliate adalah eBook, video, tiket seminar, tempahan hotel dan software. Untuk produk fizikal yang biasa orang affiliate adalah seperti di Lazada, Amazon dan sebagainya.

Sistem affiliate ni biasanya ada laman web khas yang perlu pelanggan masuk untuk beli. Anda perlu daftar sebagai agen affiliate untuk dapatkan link affiliate anda sendiri. Bila prospek peli daripada link anda, anda akan dapat komisyen daripada jualan tersebut.

Proses perniagaan affiliate akan dikongsikan nanti.

 

3. Web design

Upah membina laman web biasanya boleh bermula daripada RM700 – RM1500 untuk pereka laman web junior. Dan kos upah itu boleh naik hingga puluhan atau ratusan ribu ringgit berdasarkan pengalaman dan ilmu anda.

Nak belajar buat website, anda tak perlu keluarkan duit untuk pergi kursus (tapi pergi kursus adalah terbaik sebab anda boleh berkomunikasi terus bersama jurulatih). Sangat mudah, anda hanya perlu cari kursus percuma di YouTube dan Google sahaja.

Sistem yang paling mudah untuk bina laman web adalah menggunakan sistem WordPress. Anda boleh buat website menggunakan WordPress tanpa tahu sebarang kod sekalipun. Tapi sebaiknya ada sedikit ilmu mengenai coding.

Nak belajar asas coding secara online boleh layari laman web www.codecademy.com kerana short course tersebut adalah pendek, sangat praktikal untuk diikuti dan senang nak faham.

Kos yang terlibat untuk pembinaan laman web adalah seperti berikut:

1. Hosting
2. Domain
3. Theme
4. Upah web designer (upah anda atau web designer luar)

Kalau malas nak belajar buat website, anda boleh jadi broker (orang tengah) untuk web designer lain. Cari pelanggan, dan mark-up kos yang perlu dibayar kepada web designer yang anda ingin upah.

 

4. Graphic designer

Sekiranya anda mempunyai bakat dalam graphic design, anda boleh mula iklankan servis graphic desing anda di Facebook, Mudah.my dan lain-lain.

Mulakan dengan membina portfolio peribadi anda. Sekiranya anda ada laman web sendiri untuk kumpul portfolio maka itu adalah yang terbaik.

Modal kecil perlu dikeluarkan, serendah sekitar RM35 sebulan untuk menggunakan perisian Adobe Photoshop CC original.

Upah graphic desinger junior bermula daripada RM30 – RM100 untuk 1 design.

Sekiranya anda nak belajar graphic design, boleh belajar di YouTube dan Google sahaja.

 

5. Printing

Anda boleh mulakan bisnes printing anda sendiri tanpa modal hanya dengan menjadi agen kepada kilang-kilang percetakan.

Antara cetakan yang anda boleh ceburi adalah seperti berikut:

  1. Kad bisnes
  2. Flyer
  3. Poster
  4. Banner
  5. Buku
  6. Doorgift
  7. Kad kawin
  8. Kotak
  9. Banting
  10. Baju korporat
  11. Baju untuk event
  12. Button badge
  13. Dan sebagainya

Banyak kilang yang boleh tawarkan kepada anda produk-produk percetakan di atas pada harga yang rendah dan anda boleh mark-up daripada kos yang diberikan tersebut. Biasa agen akan dapat harga yang special.

 

6. Broker

Broker ni macam agen, anda jadi orang tengah sahaja kepada servis.

Kalau anda pernah dengar mengenai TheLorry, mereka bermula hanya sebagai broker kepada servis penghantaran lori. Founder TheLorry, Tuan Nadhir sebut pada mulanya beliau iklankan servis sewa lori dan dapatkan pembekal servis sewa lori tersebut daripada mudah.my sahaja! Beliau tiada lori, tapi boleh buat servis sewa lori. Menarik kan?

Selain daripada tu, anda boleh juga jadi broker untuk servis-servis lain yang ada di pasaran seperti graphic design, web design, software dan sebagainya.

 

7. Tulis eBook

Writer’s hands typing on a laptop. Top view.

Sekiranya anda ada ilmu dan kepakaran yang anda nak kongsikan, maka eBook adalah antara platform terbaik yang boleh anda ceburi. Ia sangat mudah nak dimulakan dan anda hanya perlu ada laptop dan Microsoft Word sahaja untuk mula.

Contoh kalau anda ada idea bermanfaat dan berharga, atau teknik special dalam pemasaran, pendidikan, tanaman, bisnes dan apa-apa sahaja yang orang boleh terima manfaat daripadanya, maka semua itu boleh dijadikan eBook untuk dijual.

Perniagaan eBook ini bukan sahaja lumayan, malah anda dapat membantu ramai orang untuk meningkatkan ilmu dan taraf hidup mereka.

Nak buat eBook ni tak perlu panjang sangat pun. Cukup dengan 10-20 mukasurat pun dah boleh jual.

Ramai sifu yang sangat menggalakkan untuk buat bisnes-bisnes mudah seperti di atas sebab ia akan bantu kita untuk bina foundation dan skil bisnes kita terlebih dahulu. Bila dah ada modal hasil daripada bisnes tersebut, ilmu dan pengalaman jual produk orang nanti barulah sesuai plan untuk buat produk sendiri kalau nak.

 

8. Jadi Usahawan F2F dan Door to Door

usahawan jalanan

Jadi usahawan Face to Face (F2F) atau Door to Door adalah satu kerjaya yang dilihat sebagai kerjaya yang lekeh. Namun tahukah anda, ramai ‘Jutawan Senyap’ yang berjaya dilahirkan dari jalanan?

Ini juga antara pengalaman yang pernah saya ceburi pada tahun 2018 yang lalu. Saya belajar dengan Tuan Aaron Naeem skil dan teknik untuk menjual apa-apa kepada sesiapa di jalanan.

Tuan Aaron Naeem merupakan seorang usahawan, leader dan mentor yang terbukti konsisten, sentiasa bersemangat dan berkredibiliti. Beliau adalah hasil didikan usahawan jalanan antara yang terulung di Malaysia, iaitu Tuan Azri Walter, Tuan Ade Azhar dan Tuan Along (Hellas Shahrir) yang mana mereka semua ini telah berpengalaman membina pendapatan lumayan, bermula hanya di jalanan.

Di sini saya belajar cara untuk menjual dengan kaedah ‘5 Step’ untuk mengunci jualan, satu kaedah yang terbukti dapat digunakan untuk mengunci jualan dengan berkesan secara face to face. Ikuti pengalaman saya di sini http://www.fadhilk.com/pengalaman-ikut-usahawan-jalanan-belajar-5-step-face-to-face/

Anda ada pilihan sama ada untuk buat bisnes secara face to face sendiri tanpa ilmu dan tanpa bimbingan. Boleh berjaya, tapi mungkin ambil sedikit masa. Dan boleh jadi anda perlukan modal untuk mulakan bisnes ini.

Atau terus belajar secara percuma dengan Tuan Aaron Naeem, yang mana anda hanya akan belajar teori selama 1-2 hari, selebihnya anda akan pergi ke lapangan untuk menjual secara face to face kepada sesiapa sahaja. Tanpa sebarang modal.

Inilah Tuan Aaron Naeem, boleh follow beliau rapat-rapat di sini https://www.facebook.com/aaronaeemWKK

 

9. Jadi Ejen Penapis Air Cuckoo

jadi ejen cuckoo

Jadi ejen jual penapis air Cuckoo merupakan antara bisnes yang sangat menguntungkan tanpa memerlukan sebarang modal sekalipun. Penapis air dan udara jenama Cuckoo merupakan jenama yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jumlah jualan di seluruh Malaysia sejak ia diperkenalkan pada tahun 2014 hingga 2018 telah mencapai sekitar 550,000 dan ini bermakna produk ini mempunyai permintaan yang luar biasa.

Aktiviti yang anda perlu buat hanyalah promote produk Cuckoo. Jika ada yang berminat nak pasang, ambil maklumat pelanggan sahaja. Kemudian Cuckoo akan datang pasang di rumah pelanggan di mana-mana seluruh Malaysia. Anda tak perlu pergi pasang pun.

Proses tempahan Cuckoo 100% online. Anda hanya perlu dapatkan tempahan. Itu sahaja.

Cukup capai target tertentu, anda akan dapat income yang sangat lumayan. Dengan tempahan 10 unit sebulan sahaja anda boleh dapat sekitar RM4,000 tanpa modal.

Jual 5 dapat RM1200
Jual 10 dapat RM4000
Jual 20 dapat RM7000
Jual 30 dapat RM11,000

BONUS! Insentif Y.E.S. Januari – Mac 2019

Jual 5 dapat RM1200 + RM700 = RM1900
Jual 10 dapat RM4000 + RM1500 + RM5500
Jual 20 dapat RM7000 + RM3500 = RM10,500
Jual 30 dapat RM11,000 + RM3500 = RM14,500

Daftar ejen di sini –> www.wasap.my/60139916967/DaftarEjenTGC

Dan ramai yang dah dapat pendapatan hingga 5 angka dengan bisnes Cuckoo.

Pengalaman saya sendiri buat pelbagai jenis bisnes, di Cuckoo saya pernah capai pendapatan hingga 5 angka sepantas 8 bulan sahaja. Itu pun sekitar 4-5 bulan pertama struggle untuk belajar dan dapat income hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan.

Namun sebab dah ada pengalaman, kini saya berjaya latih ejen baru dan ada yang capai pendapatan sekitar RM4000 sepantas 1 atau 2 bulan sahaja.

Saya sendiri pun banyak fokus menjual penapis air Cuckoo dengan mudah dari rumah secara online sahaja.

 

Jadi ejen biasa pun boleh dapat pendapatan hingga RM10,000 dalam 1 bulan.

 

Yang menariknya, yang banyak join jadi ejen Cuckoo ini adalah surirumah dan orang yang berkerja, ustaz, doktor, profesional dan sebagainya.

Ya! Jika mereka yang ada komitmen tinggi pun boleh jana pendapatan, bagaimana pula jika kita pilih untuk lakukannya sepenuh masa.

Anda tidak perlu keluarkan sebarang wang untuk mulakan bisnes Cuckoo. Di sini saya kongsikan juga pengalaman saya jadi ejen Cuckoo.

Namun, sangat penting untuk anda pilih leader atau ketua yang dapat membimbing anda hingga berjaya.

Kerana banyak kes yang datang kepada saya, orang yang daftar jadi ejen Cuckoo tapi tiada sebarang guide atau panduan daripada manager dan leader mereka.

Apa yang best apabila anda pilih saya sebagai leader anda:

  1. Saya usaha untuk bantu ejen hingga berjaya capai target jualan
  2. Ayat iklan, copywriting dan gambar iklan telah disediakan
  3. Panduan mudah ejen bagi baru disediakan
  4. Saya akan adakan kelas untuk ejen secara percuma (area KL)
  5. Personal coaching secara percuma – KL
  6. Personal coaching secara percuma – luar KL (secara telefon/online)
  7. Support group yang sangat aktif, buat anda rasa terbakar untuk buat sales insyaAllah
  8. Dan pelbagai lagi

Alhamdulillah, kini saya berjaya melatih puluhan ejen Cuckoo di seluruh Malaysia secara online sahaja hingga mereka juga dapat membuat jualan Cuckoo dengan mudah hanya secara online sahaja.

Dan kini, saya telah pun menjadi Natural Manager di Cuckoo. Ini bermakna saya akan berikan tumpuan sepenuhnya kepada ejen-ejen Cuckoo untuk latih mereka hingga berjaya.

income cuckoo

Support Group WhatsApp yang sangat aktif

Rasa berminat tak nak join jadi ejen Cuckoo? Boleh WhatsApp saya terus di sini! 0139916967 atau daftar di sini.

Semoga perkongsian di atas ini membantu!

Marketing Adalah Proses Buat Orang Nampak

Marketing Adalah Proses Buat Orang Nampak

Saya baru lepas hadir ke sebuah seminar marketing yang bertajuk Millionaire Marketing Mastery yang dikendalikan oleh Richworks pada awal April yang lepas. Program ni sangat menarik, terlalu banyak idea dan strategi baru yang saya pelajari dalam seminar ni (sampai tak tahu nak buat yang mana satu). Dalam sharing kali ni, saya nak kongsikan satu ilmu yang simple tapi powerful saya perolehi daripada seminar tersebut.

Asas Marketing Adalah Buat Orang Nampak

Ini adalah kunci utama yang perlu difahami oleh setiap pendiri bisnes. Dalam era internet yang ada terlalu banyak persaingan  dan terlalu banyak iklan dalam media sosial sekarang, bagaimana caranya untuk kita nak bagi orang nampak kita?

Masa saya first time dengar benda ni, semua kekeliruan dan keserabutan saya pasal marketing jadi makin jelas. Terlalu banyak buku dan video yang kita tengok buat kita jadi makin pening, tapi bila kita faham asas ni semuanya jadi sangat clear. Simple sangat sebab marketing ni asas utamanya adalah buat orang nampak kita!

Ini antara persoalan yang kita perlu fikirkan:

  1. Adakah orang nampak kita (atau iklan kita)?
  2. Bagaimana kita nak bagi orang nampak kita (dalam pasaran yang tepu sekarang)?
  3. Bagaimana caranya kita nak grab attention orang untuk nampak kita?
  4. Bila semua orang buat cara atau strategi yang sama, apa pula yang kita kena buat supaya kita stand out from the crowd?

Maka sekarang kita kena fikir macam mana kita nak bagi orang nampak kita. Tapi bila orang dah nampak kita, orang lain akan ramai cuba ikut apa yang kita buat dan ini membuatkan kita dan iklan kita kembali tenggelam sebab semua orang buat benda yang sama.

So, sebab tu langkah ke-4 di atas tadi sangat penting untuk kita betul-betul fikirkan dan cari cara bagaimana nak kembali jadi relevan.

3 strategi marketing ini penting untuk kita buat untuk terus kekal relevan.

  1. Consistency – Bagaimana tahap consistency kita? Ramai orang boleh tiru teknik yang kita buat, tapi tak ramai yang konsisten. Maka kalau kita kekal konsisten, maka kita akan jadi lebih relevan berbanding pesaing kita.
  2. Frequency – Berapa kerap kita buat iklan kita appear depan mata orang?
  3. Speed – Berapa cepat kita masuk dalam kepala audiens kita. Langkah ni kita kena fikir cepat dan kita kena lebih advance daripada orang lain. Antara cara kita nak wujud dalam fikiran audiens kita adalah dengan memberi mereka guidance kepada mereka. Selalu bimbing audiens kita supaya mereka ingat kita. Di situ wujud timbal balas (reciprocity)  seperti yang selalu disebut oleh Robert Cialdini.

Marketing mentality yang kita perlu ada: “If people is doing better than us, we must do something much better than them

Cerita Nak Masuk IPT 2007

Cerita Nak Masuk IPT 2007

*Kredit gambar kepada www.lamankongsi.com
Citer pasal SPM ni memang sedih sikit. Dulu masa SPM, ambe dapat 1A jer iaitu subjek matematik. Yang lain memang semua ke laut. Fail ada dalam 1 atau 2 subjek.
 
Masa tu, memang rasa tak ada harapan nak sambung belajar IPTA. Tengok kawan-kawan, anak-anak kawan mok, sepupu-sepupu semua hebat-hebat belaka. Kita ni pula, memang daripada zaman sekolah pemalas. Main game je kerja.
 
Rasa macam bodoh gila. Apply UPU tu pun semata-mata nak cuba nasib je. Tahu ambe memang tak layak nak masuk IPTA pun.
 
Tapi zaman SPM tu memang dah giat guna internet. 10 tahun lepas, ambe mencari-cari juga peluang untuk buat bisnes sendiri. Kononnya nak import barang daripada China guna website macam AliBaba. Kita amek lah order beli barangan elektronik. Masa tu, PS3, iPhone dengan iPod yang ada screen tu baru keluar.
 
Teruja sangat bila harga yang ‘supplier’ bagi tu sangat murah. Ambe bank in RM5000 ke China, pinjam dengan orang tua. Bila tunggu lepas seminggu, takde feedback. Lepas 2 minggu, takde feedback. Lepas sebulan pun takde feedback. Ah sudah, aku sudah kena kencing!
 
Baru rasa nak berjaya lepas dapat result SPM yang hampeh. Kena kencing pulak lepas tu. Memang rasa macam looser habis. Takde harapan nak sambung belajar.
 
Mak ayah dah risau takut ambe dah taknak sambung belajar lagi. Lagi-lagi zaman sekarang ni, kerja bukan senang nak dapat lebih-lebih lagi kalau takde ‘education’.
 
Bila ambe dengar ada kawan nak sambung belajar kat Kolej Shahputra di Kuantan, mulalah harapan bersinar kembali. Walaupun masa tu dalam otak fikir, “Ah kolej je..”. Dan benda yang agak meyakinkan ambe untuk sambung ke Shahputra masa tu adalah sebab program Diploma in Business Management yang ambe ambil tu ada akreditasi daripada UPM.
 
Lepas 3 tahun, ambe tamatkan belajar di Kolej Shahputra dan bergraduasi di UPM Serdang. Bangga beb. Sebab masa tu rasa kita orang paling bodoh sekali, tapi dapat juga merasa graduasi di universiti tempatan. Huhu.
 
Sebenarnya, masa tahun 2 lagi kat Shahputra, ambe dah pasang niat. Niat nak berubah. Ambe kata pada diri sendiri, lepas ambe habis Shahputra ni ambe nak sambung belajar ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
 
Masa tu, bercerita juga kat mok ayoh kate nak masuk ke UIA lepas belajar. Semangat memang kuat masa tu. Asyik masuk website UIA jer sebab. Mok ayoh memang terharu, suka sangat la sebab kita masih nak sambung belajar. Lebih-lebih lagi di UIA, antara universiti berprestij di Malaysia.
 
Baru masuk sem ke-6, ambe dah minta lecturer untuk tolong buatkan surat sokongan daripada Shahputra untuk mohon masuk ke UIA.
 
Bila dah habis belajar, cuba apply lagi kat UPU untuk masuk ke UIA. Kali ni dah rasa makin yakin sebab ambe dah ada Diploma. Siap pergi ke UIA lagi, mok ayoh hantar dari Kuantan semata-mata nak submit dokumen hard copy pada bahagian admin UIA Gombak.
 
Result dia memang best. GAGAL LAGI. Cuba appeal, pergi direct ke UIA masa intake baru mula pun GAGAL juga. Dia kata, kena ikut sistem.
 
Masa tu memang sedih betul, sebab dah bertahun mimpi nak masuk UIA tapi tak dapat-dapat.
 
Doa, dan terus usaha. Ambe cuba lagi apply secara direct tanpa melalui UPU. Kali ni, minta lecturer kolej Shahputra, Puan Saripah buatkan lagi surat sokongan. Pada masa sama, cuba pakai cable lain. Minta tolong exco Pahang untuk buatkan satu surat sokongan khas untuk masuk UIA.
 
Ambe pergi ke UIA lepas tu untuk submit lagi dokumen secara direct. Masa tu, admin kata “Ada surat ni pun belum tentu awak dapat masuk dik”. Masa tu ambe rasa, “Takpe aku tawakkal je pada Allah”. Bismillah, submit surat tu.
 
Berbulan-bulan tunggu, dapat surat daripada UIA. UIA bagi surat tawaran untuk sambung pengajian di UIA. Menitis juga air mata masa tu, gembira beb. Huhu.
 
Bila dah graduasi di UIA, rasa nak merasa sambung ijazah sarjana di oversea pulok.
 
Ambe tahu, ramai kawan-kawan kat UIA yang ikutkan ‘senang’ nak dapat masuk UIA. Tapi kat luar sana, ada juga orang yang susah payah nak dapat masuk IPTA sebab bukan senang.
 
Mungkin awok atau anak-anak tuan/puan ada yang SPM agak kurang bagus tahun ni. Tapi jangan sesekali anggap diri awok macam sampah. Jangan sesekali anggap anak tuan/puan memang takde harapan. Sentiasa bagi harapan, jangan rendahkan emosi dia.
 
InsyaAllah harapan sentiasa ada bagi yang cuba untuk terus berusaha. Sebab gagal masa SPM ni bukan penentu awok akan gagal dalam hidup. Cuba dan terus cuba lagi. Tak semestinya kena ambil degree. Cari benda yang awok rasa awok boleh buat dengan terbaik dan terus menuntut ilmu dan tingkatkan skil.
 
Awok hanya akan gagal dalam hidup bila awok hilang harapan pada diri sendiri dan tujuan dalam hidup. Jangan lemah dan cepat sangat mengalah. Teruskan berlari!