Ustaz Hasrizal ada sebut semalam mengenai anak-anak kecil hingga remaja yang hidup dalam “Double Life”.
Double life ni cane? Yang saya ingat, ustaz maksudkan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai dua jenis kehidupan:
1. Depan mak ayah dia lain
2. Bila bersendirian, dengan kawan-kawan dia lain
Double life anak-anak ni berlaku apabila mak ayah mempunyai ‘expectation’ bahawa anak-anak mereka mesti jadi apa yang diorang nak.
Mak ayah tak boleh terima kalau anak yang mereka besarkan tak jadi ikut apa yang mereka nak, tak capai expectation mereka.
(hingga anak-anak tiada ruang untuk ‘jadi diri mereka’ depan mak ayah)
Depan mak ayah, anak itu mungkin seorang yang nampak beragama, Islamik, bertudung, jaga solat, jaga adab dan sebagainya.
Bila bersendirian, kat luar, semua itu dia tinggal. Dia buat semua di atas hanya sebab nak puaskan hati mak ayah dia. (dan mungkin mak ayah dia tak berleter panjang, marah, sedih, terasa hati dsb)
Pengalaman beliau sendiri yang pernah mengajar di sekolah Islam, berdepan dengan anak-anak yang mempunyai masalah begini.
Kadang kala kita dengar, anak-anak masuk sekolah agama, sekolah tahfiz tetapi merokok, couple, buli, gangsterisme, ketagihan pornografi dan sebagainya.
Dan lebih teruk lagi jika mereka berzina atau jadi homoseksual sejak usia remaja.
Itulah ‘dual life’ yang dihadapi anak-anak muda remaja zaman sekarang yang mana mak ayah langsung TAK TAHU sisi gelap kehidupan anak-anak mereka.
__
Kenapa semua ini berlaku?
Ustaz Hasrizal ada sebut dalam video FB live tu antaranya disebabkan oleh ketiadaan 2 perkara ini pada mak ayah dengan anak-anak:
1. TRANSPARENCY – Ketelusan. Anak-anak tak telus dengan mak ayahnya.
2. NEGOTIATION – Anak-anak tiada ruang dan peluang bernegosiasi, berbincang dengan mak ayah.
Apabila anak-anak tak dapat nak transparen/telus dan bernegosiasi dengan mak ayah, maka mereka berpotensi untuk cipta cara hidup mereka sendiri tanpa pengetahuan kita.
Ia bukanlah disebabkan hantar anak sekolah agama. Hantar anak sekolah agama tak salah pun.
Yang salahnya apabila parents mempunyai expectation yang terlalu tinggi terhadap anak-anak hingga mereka sesak, tak difahami, tak dapat jadi diri sendiri depan mak ayah mereka.
Pada masa sama, mereka tidak dapat nak jadi telus, transparent, dan tak dapat nak berbincang, negosiasi dengan mak ayah mereka.
Dan apabila dikatakan beri peluang anak-anak untuk jadi transparent depan mak ayah mereka, itu juga tidak bermaksud kita TAK BOLEH tegur mereka ketika mereka buat salah. Apa yang salah tetap perlu ditegur, dibetulkan.
Sekarang baru faham kenapa Ustaz Hasrizal pernah sebut dalam video sebelum ni. Ustaz tak kisah anak-anak nak jadi apa sekalipun, namun yang paling penting adalah dapat bentuk akhlak anak-anak.
Bila anak-anak ada akhlak yang baik, mereka akan buat keputusan yang baik dalam kehidupan. Mereka akan berhubung/berkomunikasi dengan cara baik dengan orang lain. Mereka akan cari pekerjaan yang baik. Mereka akan jadi orang baik.
__
So begitulah. Kebelakangan suka dengar sharing dari Ustaz Hasrizal dalam page My Learning Journey sebab banyak perkara yang Ustaz kongsikan dalam artikel, video dsb yang sangat relevan dengan kehidupan anak-anak zaman moden ni.
Kita tak boleh samakan cara kita membesar dengan cara mereka perlu dibesarkan. Begitu juga parents kita dulu pun tak boleh samakan cara mereka membesar dengan cara kita dibesarkan.
Hakikatnya, zaman berubah. Kita jangan syok sendiri sebab kita rasa kita dibesarkan dengan cara yang bagus, ia juga bagus untuk generasi selepas kita. Sedarlah ibu dan ayah, tak semestinya.
Ya Allah mudahkanlah urusan kami untuk membesarkan anak-anak kami di zaman penuh ujian ini. Ameen.