Kerjaya Terakhirku. Pentingnya Pengalaman Berkerja Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

Antara nikmat besar dalam kehidupanku adalah dapat berkerja selama 2 tahun lebih dalam dua buat syarikat kecil sederhana dalam industri event management, yang mana dalam tempoh tersebut terlalu banyak perkara yang saya belajar, bahkan skil, ilmu, cara kerja di tempat kerja tersebut saya masih gunakan hingga ke hari ini.

Sebelum berkecimpung dalam pekerjaan tersebut, sepanjang 4 tahun belajar di UIA pun dah terlibat membantu sebagai volunteer. Pengalaman menjadi volunteer bagi saya membantu saya dalam menjalani kehidupan saya sebagai seorang pekerja. Kerana ada skil dan cara yang telah saya perolehi sejak zaman volunteer dibawa ke alam pekerjaan.

Sepanjang saya berkerja di kedua-dua syarikat event tersebut juga, sambil berkerja saya juga ambil kesempatan menghadiri kelas-kelas dan seminar-seminar yang kami anjurkan. Termasuklah belajar leadership, ilmu saham, database (sales) management, website, graphic design dan banyak lagi. Saya sempat mengikuti kursus Web Dev bersama MaGIC di Cyberjaya semasa masih berkerja. Begitu juga ilmu-ilmu keagamaan juga banyak dipelajari di sana kerana fokus seminar dan kelas yang dianjurkan adalah berkaitan agama.

Sepanjang berkerja juga, saya agak rajin pergi ke kursus-kursus berkaitan bisnes dan skil seperti kelas FB ads, Marketing Mastery, copywriting, web development dan lain-lain untuk improve skil saya dalam bidang jualan (dan pernah terjebak juga dalam kelas Datuk Wira Azizan Osman) . Begitu juga ada hadir kelas saham untuk nak belajar kaedah pelaburan dan trading saham, namun sampai hari ini masih tak dapat jadi investor dan trader saham seperti kawan-kawan saya yang lain. Pada mulanya rasa agak stres dan kecewa jugak, tapi lama kelamaan saya redha sebab yakin mungkin rezeki saya kat tempat lain. Tujuan masuk kelas-kelas ini tak lain tak bukan untuk improve skil supaya dapat tambah pendapatan bulanan.

Hadir Seminar Millionaire Marketing Mastery bersama Datuk Azizan Osman pada 2017

Salah seorang sekerja saya di pejabat dahulu, juga banyak berkongsi ilmu dan pengalamannya dalam bidang grafik design, branding, networking, sales dan saham sangat membuka mata saya terhadap peluang-peluang yang boleh diceburi pada masa akan datang.

Begitu juga senior saya di pejabat juga telah banyak turunkan pengalaman dan ‘blueprint’ beliau terhadap cara untuk mengurus seminar dan kelas. Maka, saya hanya perlu follow sahaja blueprint yang telah diberikan. Mudah kerja.

Majikan-majikan saya dahulu kedua-duanya adalah majikan yang sangat saya hormati. Mereka tegas, berdisiplin dan kritikal dalam pengurusan masa. Saya dapati bagi mereka, tiada compromise dalam pengurusan masa. Masa mereka adalah emas. Masa saya masa tu mungkin hanyalah perak atau gangsa sahaja. Maka kalau saya tak siapkan kerja on time, cuai terhadap tugas sudah pasti akan dipertanggungjawabkan.

Saya belajar dengan majikan-majikan saya bagaimana cara mereka delegasi tugas kepada staf dan bagaimana cara untuk saya terima dan execute tugasan yang diberikan. Saya juga aplikasikan bagaimana caranya untuk saya merekrut, menguruskan volunteer yang akan membantu kami semasa seminar, bagaimana cara menghargai para volunteer dan bagaimana memberi tugasan kepada mereka.

Di sini juga, saya sempat berurusan dengan ramai asatizah dan tokoh-tokoh besar negara termasuklah asatizah MURSHID, Mufti Pulau Pinang SS Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Selangor SS Dato’ Dr Haji Anhar bin Haji Opir, Ketua Hakim Syarie YAA Prof Adjung Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan lain-lain lagi. Pengalaman ini takkan saya lupakan, termasuklah pernah ditegur (rasa macam kena marah 😅) kerana ke-tidak-profesionalan saya ketika itu, tersilap menulis ejaan nama seorang tokoh besar negara oleh tokoh tersebut.

Oleh itu sehingga ke hari ini, sudah 4 tahun lebih saya tinggalkan dunia pekerjaan dan tak sempat nak masuk dunia korporat seperti yang diimpikan. Bahkan saya ceburi bidang yang paling saya TAK NAK masuk sejak saya belajar di peringkat Diploma dulu iaitu saya tak nak masuk bidang sales. Namun, semua ini perancangan dari Allah, Dia-lah yang membuka pintu hati saya untuk terlibat dalam karir ini.

Apa yang saya pelajari, apa sahaja pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan kita adalah pengalaman yang unik dan perlu dihargai. Kerana orang lain tak mungkin mempunyai pengalaman yang sama seperti kita. Ambil dan syukuri segala kebaikan yang ada. Ambil pengajaran daripada pengalaman yang kurang baik agar tidak diulangi lagi kelak.

Walaupun kini berkerjaya dalam bidang jualan langsung, segala skil dan pengalaman yang saya belajar daripada majikan-majikan, senior-senior, asatizah, cikgu-cikgu bisnes sepanjang tempoh 2 tahun lebih itulah yang saya praktikkan sehingga ke hari ini. Kebaikan para majikan saya, kesabaran mereka dan sifat pemaaf mereka dalam menguruskan saya sebagai seorang staf (yang kurang matang) sangatlah saya hargai. Semoga para majikan saya dahulu dimudahkan urusan dan diberkati kehidupan mereka. JazaahumAllahu khairal Jazaa’.

__

Meja kerjaku di ofis dulu
Meja kerja dulu
Gambarku semasa meeting, bersama Dr Zaharuddin Ab Rahman
Gambarku bersama Dr. Zaharuddin Ab Rahman, sedang meeting bersama pihak Mercy Mission
Dr. Zaharuddin Ab Rahman sedang menyampaikan ilmu di seminar
Keadaan di dewan seminar
Keadaan di dewan seminar
Gambarku bersama Prof Madya Dr. Basri Ibrahim
Kursus di pejabat K Fiqh. Pembentangan dibuat oleh Dr. Zaharuddin Ab Rahman merangkap ex boss saya dahulu
Gambarku bersama Aiman Azlan semasa di seminar terakhir bersama K Fiqh, Seminar Fiqh Wanita 2017

Gambar tahun 2017 bersama Aiman Azlan, pengalaman uruskan seminar terakhir sebelum resign.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: