Kehidupan Bukan Sekadar Kerja dan Bisnes Sahaja…

Satu perkara yang perlu aku sebagai seorang berkerjaya dalam jualan ingatkan diri sendiri.

Kehidupan kita bukanlah berputar hanya sekitar bisnes, bisnes dan bisnes, duit, duit dan duit.

Hidup yang hanya berputar kepada bisnes dan duit adalah hakikatnya kehidupan yang kosong.

Selain bisnes, ada juga sisi kehidupan yang perlu ada dalam diri agar hati kita terus terisi dengan kebaikan dan kelembutan.

Pentingnya agar kita mencari keseimbangan dalam kehidupan.

Agar ia memenuhi segala keperluan selain makan minum dan kemewahan, seperti sisi menuntut ilmu, amalan agama, keluarga, kemanusiaan dan sebagainya.

Seperti sebuah hadith yang dinukilkan di FB saya semalam bahawa Nabi sebut,

عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ،
Hiduplah sesukamu, kerana sesungguhnya kamu akan mati.

Hakikatnya dalam kehidupan ini sedikit demi sedikit kita akan semakin hampir dengan kematian.

Pertemuan kita dengan Allah itu adalah haq, catitan malaikat terhadap amalan dan setiap inci gerak geri kita adalah haq, hisab Allah adalah haq.

Kerana itu sambungan hadith tersebut juga menyebut

وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ،
Dan buatlah apa sahaja yang kamu mahu, namun engkau akan diberi balasan kerananya.

Hidup kita tidak lain dan tidak bukan hanya akan dibalas mengikut amalan kita.

Pengakhiran hidup kita bahagia atau celaka di akhirat kelak bergantung pada hati DAN amalan kita.

Perlu kita ingat bahawa amalan, perbuatan kita adalah cerminan hati kita.

Hanya mengaku beriman tanpa beramal, tanpa menghiraukan betul dan salah, haram dan haram adalah pengakuan yang tiada nilainya.

Disebalik kehidupan dan kesenangan yang kita cari, ingatkan diri kita untuk usaha pastikan ia mencapai redha Allah kerana redha Allah adalah segalanya.

__

Gambar 2018 di Sabah

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: