Jalan Ke Masjid Syeikh Zayed bin Sultan Hayyan al-Maktoum, Abu Dhabi

Inilah bentuk dalam masjid Syeikh Zayed bin Sultan Hayyan al-Maktoum di Abu Dhabi, UAE.

Ia merupakan masjid ke-3 terbesar di dunia sekaligus menjadikannya masjid terbesar di negara tersebut. 

Kawasan solat utama bahagian ini hanya dibuka untuk solat Jumaat sahaja, dan solat waktu lain maka ada ruang solat lain yang disediakan.

Masjid ini menjadi tumpuan utama pelancong di Abu Dhabi kerana rekabentuknya yang sangat indah dari luar ke dalam.

Dari luar sahaja, anda dapat lihat masjid ini yang bersaiz sangat besar dan serba putih kelihatan seperti dibina menggunakan batu marmar putih dan bahan binaannya terbuat dari bahan yang sangat berkualiti dan tahan untuk tempoh masa yang sangat panjang.

Syeikh Zayed bin Sultan Hayyan al-Maktoum di Abu Dhabi

Karpet dalam masjid ini merupakan karpet yang terbesar di dunia yang dibuat dari negara Iran dengan keluasan 5627 meter persegi dengan berat 35 tan keseluruhannya.

Lampu Chandelier di masjid ada 7 buah semuanya, dan lampu Chandelier yang terbesar di masjid ini adalah yang ke-3 terbesar di dunia, dan ke-2 terbesar yang wujud di dalam Masjid diimport dari Munich, Jerman dan terbuat menggunakan kristal Swarovski. 

Bagi solat raya, masjid ini dapat menghimpunkan lebih dari 40,000 jemaah umat Islam untuk menunaikan solat tersebut.

Semasa tiba sahaja ke masjid ini, kami tidak terus pergi masuk ke masjid. Bahkan sebelum itu kami perlu pergi daftar dahulu untuk melawat ke masjid ini. 

Ini adalah gambar sebelum masuk ke masjid. jika perasan di belakang saya terdapat berbelas atau puluhan bas. Bas kami parkir di sana.

Kami perlu turun ke bawah tanah, ada kawasan yang disediakan untuk pendaftaran. Daan sepanjang perjalanan, di bawah itu juga terdapat pelbagai kedai-kedai cenderamata, restoran dan sebagainya yang disediakan untuk para pelancong. 

Gambar di atas ini adalah semasa kami berada dalam proses untuk pendaftaran masuk ke masjid ini. Ia agak mengambil sedikit masa. Dan penziarah perlu berjalan kaki mengikuti terowong bawah tanah untuk ke masjid tersebut. 

Di masjid ini, pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar dengan gaya-gaya yang pelik, atau gaya romantis. Pelawat hanya dibenarkan mengambil gambar-gambar biasa sahaja.

Setibanya kami ke masjid ini, kami ambil berpeluang untuk bergambar sebanyak mungkin. Rekabentuk masjid ini tersangatlah indah, dengan binaan yang serba putih dan berlantaikan batu marmar menjadikannya tempat yang sangat cantik untuk bergambar. 

Ini adalah rekabentuk tiang-tiang yang terdapat pada masjid ini.

Bersama Mr. Hoe, CEO bagi Cuckoo International MAL Sdn. Bhd.

Ini pula adalah lokasi berwudhu di masjid ini. Saya dapatkan gambar ini dari https://www.pinterest.com/fietbeurskens/ kerana semasa berada di sana, telefon bimbit saya sangat panas dan tidak dapat digunakan untuk mengambil gambar. 

Tempat berwudhu di masjid ini antara tempat yang agak cantik dengan pelbagai rekabentuk yang terdapat di sekitarnya.

Sekiranya singgah ke masjid ini, ambil peluang untuk solat di kawasan yang disediakan untuk solat ini. Ini adalah ruang solat utama untuk solat 5 waktu. Kecuali seperti gambar di bawah ini, ia hanya dibuka untuk solat Jumaat sahaja.

Ini adalah ruang solat utama di masjid ini. Pelawat hanya dibenarkan untuk melihat dari pintu gerbang masjid ini sahaja.

Sempat bergambar di sudut-sudut menarik di masjid ini. 

masjid syeikh zayed bin sultan hayan mosque abu dhabi uae dubai

masjid syeikh zayed bin sultan hayan mosque abu dhabi uae dubai

Cantik kan masjid ini? MasyaAllah.

Namun bagi umat Islam yang hadir ke masjid, selain daripada bergambar maka utamakanlah untuk pergi dan tunaikan solat tahiyyatul masjid bagi memuliakan rumah Allah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: