Saya nak kongsikan berdasarkan pengalaman dan nasihat daripada guru-guru perniagaan dan pemasaran saya, ini adalah antara bisnes yang anda boleh mulakan tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Kalau perlu keluarkan modal sekalipun, jumlahnya adalah sangat minimum. Jujur saya katakan, ramai yang telah membuat puluhan, ratusan ribu malah jutaan ringgit tanpa sebarang modal atau modal permulaan yang kecil.
Sekiranya anda masih lagi berkerja makan gaji, masih belajar di universiti, belum dapat kerja atau surirumah, insyaAllah idea-idea yang dikongsikan di bawah anda boleh gunakan untuk mula bina sumber kewangan anda sebagai peniaga supaya anda dapat tingkatkan lagi taraf hidup, bantu diri dan keluarga anda daripada kesempitan kewangan dan hutang.
1. Dropship
Ini adalah perniagaan yang paling famous dan senang untuk mula. Kebanyakan peniaga suka sekiranya mereka ada dropshipper untuk perniagaan mereka supaya produk mereka terjual lebih laju di pasaran.
Ia merupakan satu sistem perniagaan yang sangat mudah untuk dimulakan dan komisyen yang diberikan oleh supplier juga lumayan, bermula daripada 5% hingga 50% atau mungkin lebih lagi.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah seperti berikut
a. Cari supplier bagi produk yang anda ingin jual
b. Daftar sebagai agen dropship
c. Dapatkan maklumat dan gambar produk
d. Iklankan produk secara online atau offline
e. Bila ada pembeli, anda boleh maklumkan pada supplier untuk poskan barang tersebut ke alamat pembeli
Antara cabaran perniagaan dropship ni adalah seperti berikut
a. Kena close sale, pujuk prospek untuk beli
b. Anda tak tahu jumlah stok ada pada pembekal. Ada masa anda mungkin dah promote habis-habisan, customer dah bayar tapi supplier pula tak cukup bekalan
c. Anda kena pastikan produk betul-betul sampai kepada pembeli
d. Kena ada customer service yang bagus kalau dah ramai pembeli. Sampai satu masa, anda kena ada staf sendiri sebab letih nak urus order seorang diri.
e. Sebahagian supplier bagi KPI jualan, kalau tak capai KPI anda tak boleh jadi dropshipper mereka. Ini akan push kita untuk kerja keras lagi untuk jual produk mereka.
f. Dan lain-lain lagi
Nak jadi dropshipper paling mudah, boleh register dengan JamuMall untuk produk jamu dan BookCafe untuk jual buku. Tapi untuk kedua-dua ni, ada sedikit modal permulaan. Banyak je lagi peniaga lain yang bagi kita jadi dropshipper tanpa modal.
2. Affiliate
Perniagaan affiliate juga merupakan perniagaan tanpa modal yang menguntungkan, tapi kurang famous.
Ramai yang pandang rendah terhadap perniagaan affiliate ni, tapi ramai yang tak tahu kalau kena dengan cara memang sangat menguntungkan perniagaan affiliate ni.
Ia hampir sama dengan dropship, anda hanya perlu jadi orang tengah. Tapi bezanya anda tak perlu close sale kepada pembeli. Produk yang biasa dijadikan sebagai produk perniagaan affiliate adalah eBook, video, tiket seminar, tempahan hotel dan software. Untuk produk fizikal yang biasa orang affiliate adalah seperti di Lazada, Amazon dan sebagainya.
Sistem affiliate ni biasanya ada laman web khas yang perlu pelanggan masuk untuk beli. Anda perlu daftar sebagai agen affiliate untuk dapatkan link affiliate anda sendiri. Bila prospek peli daripada link anda, anda akan dapat komisyen daripada jualan tersebut.
Proses perniagaan affiliate akan dikongsikan nanti.
3. Web design
Upah membina laman web biasanya boleh bermula daripada RM700 – RM1500 untuk pereka laman web junior. Dan kos upah itu boleh naik hingga puluhan atau ratusan ribu ringgit berdasarkan pengalaman dan ilmu anda.
Nak belajar buat website, anda tak perlu keluarkan duit untuk pergi kursus (tapi pergi kursus adalah terbaik sebab anda boleh berkomunikasi terus bersama jurulatih). Sangat mudah, anda hanya perlu cari kursus percuma di YouTube dan Google sahaja.
Sistem yang paling mudah untuk bina laman web adalah menggunakan sistem WordPress. Anda boleh buat website menggunakan WordPress tanpa tahu sebarang kod sekalipun. Tapi sebaiknya ada sedikit ilmu mengenai coding.
Nak belajar asas coding secara online boleh layari laman web www.codecademy.com kerana short course tersebut adalah pendek, sangat praktikal untuk diikuti dan senang nak faham.
Kos yang terlibat untuk pembinaan laman web adalah seperti berikut:
1. Hosting
2. Domain
3. Theme
4. Upah web designer (upah anda atau web designer luar)
Kalau malas nak belajar buat website, anda boleh jadi broker (orang tengah) untuk web designer lain. Cari pelanggan, dan mark-up kos yang perlu dibayar kepada web designer yang anda ingin upah.
4. Graphic designer
Sekiranya anda mempunyai bakat dalam graphic design, anda boleh mula iklankan servis graphic desing anda di Facebook, Mudah.my dan lain-lain.
Mulakan dengan membina portfolio peribadi anda. Sekiranya anda ada laman web sendiri untuk kumpul portfolio maka itu adalah yang terbaik.
Modal kecil perlu dikeluarkan, serendah sekitar RM35 sebulan untuk menggunakan perisian Adobe Photoshop CC original.
Upah graphic desinger junior bermula daripada RM30 – RM100 untuk 1 design.
Sekiranya anda nak belajar graphic design, boleh belajar di YouTube dan Google sahaja.
5. Printing
Anda boleh mulakan bisnes printing anda sendiri tanpa modal hanya dengan menjadi agen kepada kilang-kilang percetakan.
Antara cetakan yang anda boleh ceburi adalah seperti berikut:
- Kad bisnes
- Flyer
- Poster
- Banner
- Buku
- Doorgift
- Kad kawin
- Kotak
- Banting
- Baju korporat
- Baju untuk event
- Button badge
- Dan sebagainya
Banyak kilang yang boleh tawarkan kepada anda produk-produk percetakan di atas pada harga yang rendah dan anda boleh mark-up daripada kos yang diberikan tersebut. Biasa agen akan dapat harga yang special.
6. Broker
Broker ni macam agen, anda jadi orang tengah sahaja kepada servis.
Kalau anda pernah dengar mengenai TheLorry, mereka bermula hanya sebagai broker kepada servis penghantaran lori. Founder TheLorry, Tuan Nadhir sebut pada mulanya beliau iklankan servis sewa lori dan dapatkan pembekal servis sewa lori tersebut daripada mudah.my sahaja! Beliau tiada lori, tapi boleh buat servis sewa lori. Menarik kan?
Selain daripada tu, anda boleh juga jadi broker untuk servis-servis lain yang ada di pasaran seperti graphic design, web design, software dan sebagainya.
7. Tulis eBook

Sekiranya anda ada ilmu dan kepakaran yang anda nak kongsikan, maka eBook adalah antara platform terbaik yang boleh anda ceburi. Ia sangat mudah nak dimulakan dan anda hanya perlu ada laptop dan Microsoft Word sahaja untuk mula.
Contoh kalau anda ada idea bermanfaat dan berharga, atau teknik special dalam pemasaran, pendidikan, tanaman, bisnes dan apa-apa sahaja yang orang boleh terima manfaat daripadanya, maka semua itu boleh dijadikan eBook untuk dijual.
Perniagaan eBook ini bukan sahaja lumayan, malah anda dapat membantu ramai orang untuk meningkatkan ilmu dan taraf hidup mereka.
Nak buat eBook ni tak perlu panjang sangat pun. Cukup dengan 10-20 mukasurat pun dah boleh jual.
Ramai sifu yang sangat menggalakkan untuk buat bisnes-bisnes mudah seperti di atas sebab ia akan bantu kita untuk bina foundation dan skil bisnes kita terlebih dahulu. Bila dah ada modal hasil daripada bisnes tersebut, ilmu dan pengalaman jual produk orang nanti barulah sesuai plan untuk buat produk sendiri kalau nak.
8. Jadi Usahawan F2F dan Door to Door
Jadi usahawan Face to Face (F2F) atau Door to Door adalah satu kerjaya yang dilihat sebagai kerjaya yang lekeh. Namun tahukah anda, ramai ‘Jutawan Senyap’ yang berjaya dilahirkan dari jalanan?
Ini juga antara pengalaman yang pernah saya ceburi pada tahun 2018 yang lalu. Saya belajar dengan Tuan Aaron Naeem skil dan teknik untuk menjual apa-apa kepada sesiapa di jalanan.
Tuan Aaron Naeem merupakan seorang usahawan, leader dan mentor yang terbukti konsisten, sentiasa bersemangat dan berkredibiliti. Beliau adalah hasil didikan usahawan jalanan antara yang terulung di Malaysia, iaitu Tuan Azri Walter, Tuan Ade Azhar dan Tuan Along (Hellas Shahrir) yang mana mereka semua ini telah berpengalaman membina pendapatan lumayan, bermula hanya di jalanan.
Di sini saya belajar cara untuk menjual dengan kaedah ‘5 Step’ untuk mengunci jualan, satu kaedah yang terbukti dapat digunakan untuk mengunci jualan dengan berkesan secara face to face. Ikuti pengalaman saya di sini http://www.fadhilk.com/pengalaman-ikut-usahawan-jalanan-belajar-5-step-face-to-face/
Anda ada pilihan sama ada untuk buat bisnes secara face to face sendiri tanpa ilmu dan tanpa bimbingan. Boleh berjaya, tapi mungkin ambil sedikit masa. Dan boleh jadi anda perlukan modal untuk mulakan bisnes ini.
Atau terus belajar secara percuma dengan Tuan Aaron Naeem, yang mana anda hanya akan belajar teori selama 1-2 hari, selebihnya anda akan pergi ke lapangan untuk menjual secara face to face kepada sesiapa sahaja. Tanpa sebarang modal.
Inilah Tuan Aaron Naeem, boleh follow beliau rapat-rapat di sini https://www.facebook.com/aaronaeemWKK
9. Jadi Ejen Penapis Air Cuckoo
Jadi ejen jual penapis air Cuckoo merupakan antara bisnes yang sangat menguntungkan tanpa memerlukan sebarang modal sekalipun. Penapis air dan udara jenama Cuckoo merupakan jenama yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jumlah jualan di seluruh Malaysia sejak ia diperkenalkan pada tahun 2014 hingga 2018 telah mencapai sekitar 550,000 dan ini bermakna produk ini mempunyai permintaan yang luar biasa.
Aktiviti yang anda perlu buat hanyalah promote produk Cuckoo. Jika ada yang berminat nak pasang, ambil maklumat pelanggan sahaja. Kemudian Cuckoo akan datang pasang di rumah pelanggan di mana-mana seluruh Malaysia. Anda tak perlu pergi pasang pun.

Cukup capai target tertentu, anda akan dapat income yang sangat lumayan. Dengan tempahan 10 unit sebulan sahaja anda boleh dapat sekitar RM4,000 tanpa modal.
Jual 5 dapat RM1200
Jual 10 dapat RM4000
Jual 20 dapat RM7000
Jual 30 dapat RM11,000
BONUS! Insentif Y.E.S. Januari – Mac 2019
Jual 5 dapat RM1200 + RM700 = RM1900
Jual 10 dapat RM4000 + RM1500 + RM5500
Jual 20 dapat RM7000 + RM3500 = RM10,500
Jual 30 dapat RM11,000 + RM3500 = RM14,500
Daftar ejen di sini –> www.wasap.my/60139916967/DaftarEjenTGC
Dan ramai yang dah dapat pendapatan hingga 5 angka dengan bisnes Cuckoo.
Pengalaman saya sendiri buat pelbagai jenis bisnes, di Cuckoo saya pernah capai pendapatan hingga 5 angka sepantas 8 bulan sahaja. Itu pun sekitar 4-5 bulan pertama struggle untuk belajar dan dapat income hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan.
Namun sebab dah ada pengalaman, kini saya berjaya latih ejen baru dan ada yang capai pendapatan sekitar RM4000 sepantas 1 atau 2 bulan sahaja.
Saya sendiri pun banyak fokus menjual penapis air Cuckoo dengan mudah dari rumah secara online sahaja.

Yang menariknya, yang banyak join jadi ejen Cuckoo ini adalah surirumah dan orang yang berkerja, ustaz, doktor, profesional dan sebagainya.
Ya! Jika mereka yang ada komitmen tinggi pun boleh jana pendapatan, bagaimana pula jika kita pilih untuk lakukannya sepenuh masa.
Anda tidak perlu keluarkan sebarang wang untuk mulakan bisnes Cuckoo. Di sini saya kongsikan juga pengalaman saya jadi ejen Cuckoo.
Namun, sangat penting untuk anda pilih leader atau ketua yang dapat membimbing anda hingga berjaya.
Kerana banyak kes yang datang kepada saya, orang yang daftar jadi ejen Cuckoo tapi tiada sebarang guide atau panduan daripada manager dan leader mereka.
Apa yang best apabila anda pilih saya sebagai leader anda:
- Saya usaha untuk bantu ejen hingga berjaya capai target jualan
- Ayat iklan, copywriting dan gambar iklan telah disediakan
- Panduan mudah ejen bagi baru disediakan
- Saya akan adakan kelas untuk ejen secara percuma (area KL)
- Personal coaching secara percuma – KL
- Personal coaching secara percuma – luar KL (secara telefon/online)
- Support group yang sangat aktif, buat anda rasa terbakar untuk buat sales insyaAllah
- Dan pelbagai lagi
Alhamdulillah, kini saya berjaya melatih puluhan ejen Cuckoo di seluruh Malaysia secara online sahaja hingga mereka juga dapat membuat jualan Cuckoo dengan mudah hanya secara online sahaja.
Dan kini, saya telah pun menjadi Natural Manager di Cuckoo. Ini bermakna saya akan berikan tumpuan sepenuhnya kepada ejen-ejen Cuckoo untuk latih mereka hingga berjaya.

Rasa berminat tak nak join jadi ejen Cuckoo? Boleh WhatsApp saya terus di sini! 0139916967 atau daftar di sini.
Semoga perkongsian di atas ini membantu!