Hak Jiran Tetangga (Yang Semakin Dilupakan) – Ustaz Shamsuri Ahmad

Nak masuk tahun 2022 sikit lagi. Harini terdetik nak dengar ceramah daripada Ustaz Shamsuri Hj Ahmad berkenaan jiran tetangga. Aku dari kecik dulu memang kerap dengar ceramah-ceramah Ustaz Shamsuri dalam kereta sebab ayah beli kaset-kaset Ustaz Shamsuri.

Dunia sekarang manusia makin hidup “nafsi nafsi” pentingkan diri sendiri. Bahkan jadi sesuatu yang normal di kawasan bandar especially, jiran-jiran saling TIDAK kenal mengenali.. Nama pun tak kenal, nombor telefon pun tak simpan, tidak bertegur sapa. Kadang kala setiap setahun dua jiran-jiran dah bertukar pun tidak perasan. Betapa hilangnya nilai kemasyarakatan dan nilai kejiranan dalam diri manusia zaman moden ini.

Rasulullah ﷺ pula berpesan untuk memuliakan jiran tetangga, penuhi hak mereka. Bahkan malaikat Jibril berkali-kali menasihati Rasulullah ﷺ untuk menjaga hubungan baik dengan jiran sehingga baginda ﷺ menyangka seolah-olah jiran juga layak mendapat harta warisan.

Dari Nabi ﷺ bersabda, “Jibril ‘alaihissalam tak henti-hentinya selalu berwasiat kepadaku untuk berbuat baik kepada tetangga, hingga saya menyangka bahwa seorang tetangga akan mendapatkan warisan (dari tetangganya).” – HR Ahmad

Seni berjiran kini sudah semakin hilang apabila manusia semakin sibuk hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak sendiri. Budaya senyum dan bertegur sapa sesama jiran tetangga semakin hilang. Budaya memberi makanan dan hadiah kepada jiran tetangga semakin hilang. Sensitiviti dan common sense juga semakin hilang. Kita hanya menuntut hak dan lupa memberi hak kepada jiran.

Jika kita mempunyai jiran-jiran yang baik, boleh bertegur sapa, saling beri memberi, saling memahami sensitiviti masing-masing, boleh saling berkerjasama dan bertolak ansur maka bersyukurlah kerana itulah sebahagian daripada kebahagiaan dalam hidup. Doalah agar dijauhkan daripada dapat jiran-jiran yang buruk akhlak dan tiada sensitiviti dalam diri mereka.

Antara adab-adab berjiran:

  • Memberi salam
  • Bertegur sapa, bertanya khabar
  • Nasihat-menasihati
  • Jaga dan fahami sensitiviti jiran
  • Jangan ambil/gunakan hak jiran tanpa izin
  • Tidak menyakiti jiran sama ada dalam perbuatan atau kata-kata
  • Menolong dan bersedekah jika mereka miskin
  • Menutup aibnya
  • Berkongsi (hadiah_ dengan jiran tetangga
  • Memberi makanan kepada jiran
  • Tidak membiarkan jiran dalam kelaparan
  • Ziarah (sebentar) ketika mereka sakit atau berlaku kematian
  • Bantu apabila diminta tolong
  • Tidak buat bising pada waktu malam
  • Tidak membuang sampah merata-rata hingga masuk ke rumah jiran
  • Jika ingin membuat sesuatu yang mungkin menyusahkan jiran, maklumkan terlebih dahulu

Bak kata Ustaz Shamsuri Ahmad (mafhumnya), kalau nak jiran buat elok dekat kita maka kita kena buat elok dekat jiran dulu. Kalau kita tak nak jiran buat tak elok dekat kita, jangan buat tak elok pada jiran kita.

Walaupun begitu, kita juga harus berhati-hati sekiranya ada jiran tetangga yang mungkin suka mengambil kesempatan ke atas orang lain, yang diketahui/pernah menipu dan lain-lain maka kita sebagai orang Islam tidak boleh biarkan diri kita terus diperbodohkan oleh mereka yang berakhlak demikian.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)

“Kalau dulu, nasihat-menasihati ini menjadi amalan dalam masyarakat dan orang suka dirinya dinasihati oleh orang lain. Tapi hari ini, takdak. Orang dah berubah. Kalau orang mari nasihat dia, dia rasa dia tu bodoh sangat sampai nak kena nasihat. Dia tak boleh terima dia manusia dia boleh buat silap dan apabila orang nasihat dia untuk perelokkan diri dia, dia patut terima kasih dekat orang. Dia tak rasa benda tu… (Begitulah) masyarakat hari ini…”

Ustaz Dato’ Hj. Shamsuri Hj. Ahmad

Sama-sama usahalah untuk jadi jiran yang terbaik buat jiran-jiran kita. Belajarlah untuk mempunyai sikap berlapang dada. Jika kita tak mampu memudahkan hidup mereka, jangan pula kita susahkan hidup mereka.

*Sebahagian penulisan ini adalah daripada ulasan video Ustaz Shamsuri dan sebahagiannya olahan saya sendiri.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: