Tadi aku pergi kenduri kahwin di Kijal.
Apa yang aku suka di Kijal adalah lemangnya yang lejen, sedap, super gebu dan lemak.
Di tempat kita, biasanya lemang hanya dijual pada musim perayaan sahaja dan biasanya mahal yakmat.
Mana-mana tempat lain yang aku makan biasanya mesti ada sesuatu yang ‘kurang’ pada lemangnya. Mungkin sebab terlebih bakar, kurang rasa lemak, keras, kurang masak dsb.
Di Kijal, lemang dibakar setiap hari tanpa mengikut musim seperti di tempat lain.
Mungkin itu yang membuatkan lemang di Kijal lemang yang paling sedap pernah aku rasa seumur hidup.
Sebab lemang dibakar setiap hari di Kijal, maka pembuat lemang di sini pun dah expert dalam bidang pembakaran lemang. Dan pasti ia disebabkan resepi turun temurun juga.

Cara pembakaran lemang di sini pun berbeza daripada tempat lain. Nampak tak lemang tu didirikan atas batu bata. Di tengah-tengah tempat bakar tu ada ruang (lubang) yang di dalamnya ada kayu yang dijadikan bahan bakar.
Kalau anda nak gi ke Kuala Terengganu dari KL, cuba ikut jalan Kijal melalui Kemaman supaya dapat merasa lemang Kijal ni.
Berapa harga lemang di Kijal ni?
Rata-rata harganya sekitar RM10 dapat 2 batang yang sederhana. RM10 dapat 4 batang lemang yang slim molek.
Murah tu, dah lah sedap.
Jangan risau, di sana juga ada dijual rendang. RM5 je satu bekas. Sedap juga.

Bagaimana Nak Pergi Ke Sana?
Jika anda datang dari KL, anda perlu lalu dari Kemaman. Dari kemaman, anda pergi ke Jalan Chukai – Kerteh.
Kalau nak senang, pakai Waze atau Google Maps je. Cari di Waze: Gerai Lemang Kijal.
Gerai Yang Mana Paling Sedap?
Buat masa ni, saya rasa semua pun lebih kurang sama sedapnya. Kualiti lemang di sini jika anda beli di mana-mana gerai pun tiada masalah.
Mungkin anda boleh kongsikan pendapat anda di bawah jika dah mencuba? Sila komen ya!