CUCKOO POWER UP CAMP 2019 – Sharing Dari NCM Fadzli Rosli

Kalau ada sharing dari anak muda ini, pasti aku akan tulis.

Sebab beliau memang lain dari yang lain. Pada usia muda, beliau dah merasa kejayaan luar biasa walaupun tiada pengalaman dalam alam pekerjaan.

Kini pada usia 26 tahun, beliau sudah merasa income tertinggi RM71 ribu dalam 1 bulan.

Untuk anak muda berusia 26 tahun, memang WOW! MasyaAllah

Pada usia ini, beliau memimpin ramai Natural Manager lain yang lebih berusia dari beliau. Dan bersama beliau, beliau dah lantik beberapa orang Natural Chief Manager sepertinya.

Dulu masa mula buat bisnes Cuckoo ni, tak silap saya income beliau tak sampai RM1000.

Walhal beliau bermula sebagai graduan universiti seperti orang lain pada usia 22 tahun. Dengan 0 network, 0 skill.

NCM Fadzli Rosli (Lee) sebut sebelum beliau join Cuckoo, beliau belum ada lagi akaun FB.

Hanya selepas 2 hari join Cuckoo baru beliau paksa diri untuk buat akaun FB.

Lee kata, zaman sekarang sebagai ejen jualan kita kena betul-betul leverage menggunakan media sosial.

Kena pastikan profile kita nampak sangat presentable. (jangan nampak selekeh, hilang ‘trust’)

Zaman jadi ejen, beliau aktifkan diri untuk post di FB sekurang-kurangnya 5x sehari pasal Cuckoo.

Kenapa perlu guna media sosial?

  1. Ia adalah 100% FREE!
  2. Semua orang pakai media sosial
  3. Boleh reach out kepada seramai mungkin manusia

Namun di FB ni janganlah digunakan semata-mata untuk iklan sahaja. FB ini juga boleh dijadikan channel untuk berkongsi mengenai kehidupan dan juga untuk share info kepada ejen-ejen yang ada bersama kita.

Tips lain dari NCM Lee, bagi ejen-ejen Cuckoo yang ada pasang Cuckoo di rumah. Tanya Natural Doctress yang datang servis penapis air di rumah kita. Berapa rumah mereka servis di area rumah kita?

Kalau apartment tempat kita tinggal ada 200 rumah, dan dia hanya servis 10 rumah. Ini bermakna kita ada 190 prospek untuk kita approach!

Dan semuanya ada di sekitar rumah kita sahaja.

Bagi anak muda, jangan terlalu cepat tengok success orang lain dan rasa nak capai result secepat mungkin.

“Rome was not built in 1 day!”

Kejayaan yang kita tengok orang lain capai itu sebenarnya memakan masa. Bukan buat sebulan dua terus dapat income 5 angka.

Kebanyakan anak muda tidak sabar, dan mereka tak nampak berapa lama masa diambil oleh orang lain yang berjaya untuk berjaya dalam dunia sales.

Lee kata, jarak kejayaan kita dengan kejayaan adalah berapa lama tempoh untuk kita bertindak?

Bila dapat ilmu baru, action plan baru maka bila kita nak bertindak?

Secepat 1 saat? 1 minit? 1 jam?

Atau esok baru bermula? Minggu depan baru bermula?

Jika kita tangguhkan tindakan, sebenarnya kita telah tangguhkan kejayaan kita.

Nak cepat berjaya, cepat bertindak. Go out and just do it! 💪

Wan Ahmad Fadhil,
Natural Manager
Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.

__

Power Up Camp, Grand Lexis PD
23 Julai 2019

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: