Apa Senarai Checklist Barang Yang Perlu Dibawa Untuk Haji & Umrah?
Kalau kita teliti dalam Google dan pelbagai blog, sangat banyak barang yang dicadangkan untuk dibawa ke Tanah Haram. Namun, saya sendiri ada cadangan tersendiri apa barang yang boleh dibawa untuk pergi Haji & Umrah.
Antaranya:
Lelaki
- T-Shirt – 3 atau 4 helai
- Baju dalam – 2 atau 3 helai
- Kain Ihram – 2 set (umrah 1 set)
- Towel Kecil – 2
- Kopiah
- Tower Besar – 1 (saya guna brand Decalthon, cepat kering)
- Jubah – 1 (Di Mekah dan Madinah boleh beli lagi)
- Seluar – 2
- Seluar Dalam – 5 atau 6
- Kain Pelikat – 2 atau 3 helai
- Hangar – 5 ke 10 batang (boleh juga beli di sana)
- Sabun mandi
- Berus & Ubat Gigi – 1 set (Haji 2 set)
- Pencuci Muka & Toileteries – Secukupnya
- Pisau Cukur – Beberapa batang
- Extension Cable – 1
- Universal Plug – 1
- Charger Telefon – 1
- Power Bank – 1
- Selipar – 1
- Beg Ikea – 1 (mudah nak angkat baju cucian)
- Gunting Kecil – 1
- Cable Tie – Sedikit
- Uncang Kasut – 1
- Mesin Rambut – 1 (kalau nak shave sendiri)
- Stokin – 1
- Yoga Mat – 1 (Tak wajib beli. Kami guna di Arafah, Muzdalifah dan Mina Boleh beli di Decalthon yang ringan. Guna semasa Haji untuk duduk lebih selesa)
- Tali Pinggang Ihram – 1 (saya tak pakai)
- Sleeping Bag – (Tak wajib beli. Selesa untuk tidur di hotel dan di Arafah, Muzdalifah & Mina)
- Ubat-Ubatan
- Minyak Angin Cap Kapak – 1
- Minyak Urut – 1
- Ketip Kuku – 1
- Sejadah Kecil – 1
- Pen Marker – 1
- Botol Air – 1
- Spray Wudhu – 1
- Buku Nota & Pen – 1
- Buku Doa – 1
- Al-Quran – 1
- Nescafe – 1 Pek (ikut keperluan)
- Senarai Doa (Tulis sebelum berangkat ke Mekah)
- Buku Panduan Haji – 1
- Makanan Tambahan – Terserah ikut keperluan (Seperti Sambal kering, serunding, sos cili dan sebagainya)
- Penimbang berat (portable)
- Wang tunai Saudi Riyal (SR)
- Kad bank (Malaysia) – Boleh withdraw duit dan bayar guna kad bank Malaysia
- Portable rice cooker (jika nak masak sendiri)
- Portable water heater (untuk buat air panas, kopi, mi segera dsb)
- Sweater/Jaket (untuk musim sejuk)
- Tiket penerbangan
- Tiket keretapi/bas (untuk yang pergi DIY)
- Salinan visa
- Salinan booking hotel (untuk yang pergi DIY)
- Passport
- Tali nylon – untuk jemur pakaian
- Simkad Umrah – Boleh beli di Malaysia, CELCOM ada buat simkad Umrah. Atau beli di Arab Saudi sahaja (Mobily, Zain dsb)
*Saya bawa sambal kering untuk hilangkan muak makanan di sana masa musim Haji.
Wanita
Hampir sama seperti di atas. Tambahan seperti berikut:
- Telekung – 2 set
- Tudung – 3 Pasang
- Anak Tudung – 4 helai
- Losyen dan Rawatan Kulit – Secukupnya
- Baju Dalam Wanita – 6 helai
- Jubah – 3 helai
- Abaya – 3 helai
- Kain Dalam – 4 helai
- Stokin – 5 pasang
- Lampin Wanita – Secukupnya
- Sarung Tangan – 3 helai
Kain Batik – 2 helai - Bag Pack – Saiz sederhana (Jangan bawa yang besar, tak boleh bawa masuk masjid)
- Pam Susu – 1 (untuk ibu yang menyusukan anak)
- Plastik Milk Storage – Secukupnya untuk, haji 45 hari atau umrah sekitar 10 hari (untuk ibu yang menyusukan anak)
- Ice Pack – 1 atau 2 (untuk ibu yang menyusukan anak)
Jumlah Wang Perlu Dibawa Ke Tanah Suci.
Umrah
Bawa wang ikut keperluan. Sekitar SR1000 juga memadai untuk makan dan membeli belah. Jika ada kemampuan untuk bawa lebih, digalakkan bawa lebih.
Haji
Untuk jemaah Haji Muassasah Tabung Haji, anda tak perlu bawa terlalu banyak wang ke Mekah & Madinah. Sekitar SR2000 hingga SR3000 mencukupi. Kalau boleh bawa lebih juga tiada masalah.
Namun, sebaiknya simpan duit anda dalam akaun Tabung Haji yang selebihnya jika perlu untuk dibelanjakan di Tanah Suci.
Ini kerana di Mekah dan Madinah, terdapat pusat-pusat Maktab yang mana kita boleh keluarkan duit kita dari akaun Tabung Haji di sana.
Buku Tabung Haji tak diperlukan untuk keluarkan duit. Hanya gunakan tag nama yang diberikan oleh pihak Tabung Haji sahaja untuk keluarkan wang di pusat Maktab Tabung Haji di sana. Mudah sahaja.
Download Checklist Barang Haji & Umrah Di Bawah (Updated!)
Assalamualaikum,
Saudara ada tulis keperluan untuk ibu yang menyusukan anak. adakah itu untuk ibu yang membawa bayi bersama ke tanah suci?
Wa’alaikumussalam wbt. Pam penyusuan anak tersebut bukanlah untuk ibu yang bawa anak ke sana. Bahkan untuk si ibu mengepam susu bagi mengurangkan bengkak susu. Ini adalah untuk ibu yang masih breastfeed anak dan ingin meninggalkan anak di Malaysia.
Bahkan ada sahabat saya Tuan Afyan Mat Rawi yang menyimpan susu yang dipam dalam peti sejuk dan dibawa balik ke Malaysia selepas tamat Haji.
Terima kasih perkongsiannya. Memang tengah duk baca pengalaman org yang dah pernah pegi haji ni
Alhaamdulillah, moga bermanfaat!
Assalam en..
Sy nk tanye yg utk ibu menyusu..susu yg lepas pam tu boleh simpan di mane ye
Wa’alaikumussalam wbt. Biasanya dalam hotel ada peti sejuk. Golongan ibu akan simpan dalam peti sejuk dulu.
Kemudian beli satu Ice Box untuk bawa balik ke Malaysia. Penuhkan dengan ais dan taburkan garam supaya tahan beku.
Assalamualaikum tuan. Plug di sana 2 point betul ke? Saya guna iphone. Adakah bawak charger iphone tyce C sudah memadai atau kena include universal charger jugak?
Wa’alaikumussalam wbt. Tak silap situ plug Type F atau Type A. Bawa universal plug supaya dapat guna charger Tuan di sana. Tak memadai bawa cable Type C sahaja. Bawa juga extension cable ke sana ya Tuan