Bagaimana Dubai Jadi Tumpuan Pelancong Seluruh Dunia?

Bagaimana Dubai Jadi Tumpuan Pelancong Seluruh Dunia?

Bagaimana Dubai yang pernah menjadi hanya padang pasir gersang di persisir laut kini menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia?

Sesiapa yang singgah ke Dubai pasti akan nampak bangsa dari seluruh dunia melancong ke sana.

Tidak kira bangsa Amerika, Eropah, Afrika, Arab, Asia, teemasuklah Malaysia semuanya datang ke sini untuk melancong.

Namun apakah strategi dan tarikan yang dilakukan untuk tarik orang ramai ke negara ini?

PALING BESAR, PALING PANJANG, PALING TINGGI – Antara tarikan yang dibuat oleh mereka termasuklah dengan membina bangunan yang terbesar dan tertinggi dunia.

Lihat sahaja Burj Khalifa yang menjadi bangunan tertinggi dunia dengan ketinggian 848 meter (hampir 1km) dan 163 tingkat. Ia menjadi lokasi tumpuan ke-6 dunia pada tahun 2018.

Burj Khalifa menerima anggaran 5000 pelawat sehari dan tiket paling murah adalah pada harga 149 AED (sekitar RM171.15) seorang untuk naik ke tingkat 124 dan 125. Untuk naik ke tingkat paling tinggi iaitu tingkat 152, 153 dan 154 bayarannya adalah sebanyak 608 AED (sekitar RM700). Filem Amerika berjudul Mission Impossible juga pernah dilakonkan di Burj Khalifa.

Selain menjadi tumpuan pelancong, Burj Khalifa menempatkan pejabat korporat, hotel mewah, sekolah golongan elit dan rumah mewah.

Begitu juga pusat beli belah yang ada berhampirannya iaitu Dubai Mall, yang menjadi pusat beli belah ke-2 paling besar di dunia.

Dengan wujudnya pusat beli belah ke-2 terbesar di dunia ini, ia telah menarik ratusan atau ribuan jenama-jenama terkenal untuk letakkan kedai-kedai mereka di sana sekaligus menarik minat warga dunia untuk ke sana membeli belah.

Di tepi Burj Khalifa adalah The Dubai Fountain. Ia merupakan tasik buatan manusia yang mempunyai sistem air pancut koreografi (air pancut musikal & menari) yang terbesar di dunia dengan keluasan 12 hektar (30 ekar) keseluruhannya. Ia menjadi tumpuan utama pelancong pada waktu malam kerana setiap malam bermula 6.30 petang hingga 11.00 malam, pertunjukan air pancut akan diadakan di sana.

Selain pertunjukan, pelancong juga boleh menaiki bot yang disediakan di The Dubai Fountain untuk melihat keindahan tasik dan bangunan di sekelilingnya.

Dubai juga mempunyai hotel tertinggi di dunia iaitu Gevora Hotel dengan ketinggian 356.3 meter dan 75 tingkat yang siap pada tahun 2017. Sebelumnya pula JW Marriott Marquis Dubai pernah menjadi hotel tertinggi di dunia dan kedua-duanya adalah di Dubai.

Taman tema dalam bangunan (indoor theme park) terbesar dunia juga terletak di Dubai, iaitu IMG Worlds of Adventure dengan keluasan 1.5 juta kaki persegi dan mampu menerima pelawat hingga 20,000 pada satu masa. (harga tiket seorang adalah 299 AED – sekitar RM350)

Dubai juga mempunyai pulau buatan manusia yang cukup besar, dan antara yang terbesar di dunia iaitu Palm Jumeirah. Namun akan ada beberapa buah pulau buatan manusia yang lebih besar yang akan siap dibina di Dubai antaranya Palm Jebel Ali dan The World Islands. Yas Island yang terletak di Abu Dhabi pula merupakan pulau buatan manusia ke-2 terbesar di dunia, juga terletak di UAE.

Lapangan terbang terbesar dunia pula akan terletak di Abu Dhabi, iaitu sebuah pusat bandar di UAE yang paling terkenal selepas Dubai. Kapasiti lapangan terbang tersebut dapat menampung sehingga 30 juta orang setahun.

UAE (United Arab Emirates) merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber asli, iaitu minyak dan gas asli. Sekitar 85% daripada kekayaan negara tersebut adalah hasil dari eksport minyak (2009).

Namun industri pelancongan pula menjadi industri kedua terbesar di Dubai. Di timur tengah, Dubai merupakan lokasi pelancongan nombor 1. Manakala di seluruh dunia, Dubai menjadi negara ke-5 paling popular bagi sektor pelancongan (menurut MasterCard Global Destination Cities Index).

66% sumber ekonomi UAE bagi sektor pelancongan hanya terletak di Dubai.

Negara UAE sangat berkerja keras untuk memastikan negara tersebut dapat menjadi tumpuan warga dunia supaya ia kekal terus relevan di mata dunia, sekaligus menjadikannya sebuah negara yang dapat ‘survive’ dengan bisnes dalam sektor pelancongan selepas sektor minyak dan gas asli.

Syeikh Muhammad bin Rasyid al-Maktoum, iaitu perdana menteri UAE dan pemerintah Dubai merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan mempunyai impian besar untuk menjadikan Dubai nombor 1 di mata dunia.

Sejak dahulu beliau berimpian untuk membina bangunan pencakar langit di Dubai, yang mana sekitar 50 tahun lalu Dubai hanyalah padang pasir di persisir lautan.

Kuncinya: Jadi berbeza dengan yang lain (Differentiate)

Bangunan besar dan bangunan pencakar langit ada di hampir setiap bandar besar di seluruh dunia. Namun bandar mana sahaja yang mempunyai bangunan PALING besar dan PALING tinggi?

Dengan impian yang besar, strategi yang betul dan gerak kerja yang luarbiasa, kini Dubai merupakan antara bandar yang sangat kaya, mempunyai bangunan tertinggi dunia dan antara bandar paling moden yang menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia.

Kenapa Ejen Penapis Air Selalu Pergi Bercuti Luar Negara?

Kenapa Ejen Penapis Air Selalu Pergi Bercuti Luar Negara?

Kenapa ejen-ejen penapis air pergi bercuti luar negara (dan suka tunjuk gambar bercuti)?

1. Setiap syarikat yang menawarkan sistem ejen pasti mempunyai tawaran komisyen dan insentif.

2. Komisyen adalah dalam bentuk wang ringgit. Orang yang jadi ejen dan menjual, sudah pasti hasil yang diinginkan adalah wang ringgit.

3. Insentif pula boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Ada bentuk wang, ada yang dapat hadiah, ada yang dapat percutian, ada yang dapat kenderaan dan sebagainya.

4. Apa yang membezakan setiap syarikat dengan syarikat yang lain adalah berapa komisyen yang akan diterima dan apakah insentif yang ditawarkan oleh syarikat?

5. Syarikat yang menawarkan insentif, pasti mempunyai kriteria dan syarat yang perlu dicapai oleh setiap ejen, manager, stokis dsb. Sebagai contoh: Perlu jual 60 unit penapis air dalam 6 bulan dapat pakej bercuti ke negara X secara percuma. Tawaran hanya untuk 30 ejen sahaja.

Perbelanjaan untuk pergi bercuti sudah pasti tinggi kerana ia melibatkan banyak kos yang besar termasuklah penerbangan, pengangkutan, penginapan, makanan dsb namun semuanya ditanggung oleh syarikat.

6. Tawaran ini akan memotivasikan ejen-ejen untuk berkerja lebih keras supaya dapat insentif percutian tersebut.

7. Apabila ejen-ejen berkerja keras untuk capai insentif peecutian, secara automatik jualan syarikat akan naik mendadak.

8. Apabila jualan syarikat meningkat, keuntungan yang diterima juga meningkat. Maka syarikat mampu untuk berkembang pesar dan memberi lebih banyak komisyen dan boleh ‘belanja’ ejen pergi bercuti

9. Boleh dikatakan, dalam 1000 ejen yang buat jualan mungkin sekitar 5 hingga 10 orang sahaja yang layak terima insentif tersebut. Bergantung kepada kriteria syarikat.

10. Ejen yang berjaya menerima insentif tersebut adalah antara ejen yang bagus di mata syarikat (dan capai kriteria yang diletakkan oleh mereka)

11. Ini juga bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa syarikat yang menawarkan bisnes ejen tersebut adalah syarikat yang stabil, bagus, menguntungkan serta seronok untuk berkerja.

12. Bagi pihak ejen pula, terima tawaran bercuti ini adalah satu bentuk reward yang ditunggu-tunggu. Ini dapat memotivasikan ejen-ejen lain untuk berkerja keras untuk capai insentif yang sama seperti ejen tersebut. (bukan senang-senang nak capai insentif)

13. Selain itu, ejen-ejen yang berjaya capai insentif tersebut dapat jadikan gambar dan video bercuti mereka sebagai modal untuk merekrut sahabat handai untuk bersama dalam bisnes itu.

14. Sekaligus apabila lebih ramai yang ikut bisnes tersebut, ejen tersebut berpotensi untuk dapat keuntungan yang lebih besar sekiranya ejen-ejen dibawahnya turut membuat jualan.

15. Kadang kala ini menjadi satu bentuk salah faham kerana sebahagian menganggap tujuan berkongsi kejayaan tersebut adalah semata-mata untuk menunjuk kesenangan. Persepsi ini perlu dibetulkan dan dilihat dari sudut positif.

__

Saya terima insentif percutian ke Dubai pada 29 Ogos hingga 2 September 2019 kerana capai target yang diletakkan oleh syarikat, alhamdulillah.

Syarikat letakkan target “capai dan pergi” bagi tempoh 2 bulan sahaja, siapa yang capai target tersebut paling cepat akan terima tawaran insentif tersebut.

Ada kalanya kita perlu usaha untuk lompat lebih tinggi untuk capai sesuatu yang pada awalnya kita rasa ‘mustahil’.

Review Grand Lexis Port Dickson – Kolam Renang Peribadi. Berbaloi Kah?

Review Grand Lexis Port Dickson – Kolam Renang Peribadi. Berbaloi Kah?

REVIEW HOTEL – GRAND LEXIS PD 2020

Masa pergi Umrah bulan Disember lepas, isteri saya request untuk pergi berbulan madu. Ye lah kan, sebab tahun 2019 ni dah masuk tahun ke-5 perkahwinan kami. Tapi dah berapa lama kami tak pergi dating berdua.

So, masa kat Mekah lagi saya dah dok survey kat mana nak stay untuk honeymoon. So, antara tempat yang tak terlalu jauh, selesa dan mudah untuk pergi adalah Port Dickson.

Ada banyak hotel yang saya survey pada masa tu, tapi yang menarik minat saya hanya 2 hotel iaitu Grand Lexis Port Dickson dan Avani Sepang.

Balik je dari Umrah, lepas beberapa hari lepas tu saya booking hotel di Grand Lexis, Port Dickson dan saya rasa itulah antara hotel yang okay untuk kami singgah.

Itu pun sebab sebelum ni saya pernah pergi Lexis Hotel (berbeza dengan Grand Lexis) dan saya tengok banyak review pasal Grand Lexis ni.

Yang menariknya adalah sebab ada indoor pool dalam hotel ni. Setiap bilik ada private pool tersendiri. Memang lain daripada yang lain. Inilah hotel yang pertama kali saya dengar ada private pool di setiap hotel.

Anak-anak tinggalkan kat rumah mertua, nasib juga adik-adik ipar yang baik hati sudi untuk jadi babysitter untuk jaga mereka. Hoho.

grand lexis garden pool villa

 

VIDEO REVIEW (4 minit)

 

HOTEL

Hotel Grand Lexis ni terletak di Port Dickson. Masa saya pergi dari Sungai Buloh pun rasanya sekitar 1 jam 20 minit je. Tak jauh pun.

Hotel ni memang biasa orang yang datang pasti ada 3 sebab utama je.

  1. Honeymoon
  2. Bawa keluarga bercuti / family day
  3. Event company

Dan hotel ni juga ada ramai pelawat dari seluruh dunia yang hadir untuk tujuan sama.

 

PAKEJ BILIK

Kita disediakan dengan beberapa pilihan bilik di hotel Grand Lexis PD. Harga saya letakkan di bawah berserta breakfast, berdasarkan yang diletakkan dalam laman web hotel ini grandlexispd.com/en/

Bilik pun ada pelbagai jenis, dan boleh dibahagikan kepada 3 jenis

Sky Living (Sama Bangunan Hotel)

Sky Pool Villa – RM782.40/malam

Sky Grand Pool Villa – RM1126.40/malam

Garden Living (Darat, Konsep Taman)

Garden Pool Villa – RM654.40/malam

Deluxe Suite – RM726.40/malam

Grand Garden Pool Villa – RM782.40/malam

Premier Suite – RM950.40/malam

Water Villa (Atas Laut)

Deluxe Pool Villa – RM614.40/malam

Executive Pool Villa – RM742.40/malam

Premium Pool Villa – RM830.40/malam

Grand Pool Villa – RM910.41/malam

Fuh, banyak kan? Yang kami pilih adalah Garden Pool Villa, tepi laut tapi bukan atas laut.

 

TARIKAN UTAMA

grand lexis garden pool villa

Jeng jeng! Tarikan utama hotel ini semestinya adalah kolam renang di dalam bilik. Dan bilik yang bersaiz sangat luas. Senang kata, kalau kita datang ke hotel ini bukanlah tujuan utamanya untuk kita pergi meronda luar hotel (kecuali untuk makan). Mostly yang datang sini adalah untuk stay di hotel ini hingga balik.

Dari satu sudut, memang sangat bagus bila ada private pool dalam bilik hotel yang kita tinggal. Atas dasar isu aurat dan bentuk tubuh lebih mudah kelihatan bila berenang di kolam renang awam walaupun dah tutup dengan pakaian berlapis-lapis.

Maka Grand Lexis ni menawarkan bilik yang lebih ‘Islamik’. Hoho. Mudahlah kalau nak bawa isteri dan anak-anak tanpa perlu risau mengenai isu aurat untuk anak dan isteri.

Kolam renang ni saiznya agak sederhana, boleh nak berenang dan memang sesuai untuk sebuah bilik hotel begini. Kedalamannya sekitar 4 kaki. Untuk bawa anak-anak kecil anda perlu lebih berhati-hati dan perlu ada pantauan sebab kedalamannya 4 kaki. Kalau anak-anak dah besar mungkin tak risau sangat.

grand lexis garden pool villa

Bolehlah bawa baju dan seluar renang, goggle, pelampung untuk anak dan lain-lain.

Tempat shower pun disediakan di hujung kolam renang untuk anda mandi sebelum dan selepas berenang.

Ada satu tingkap (pintu kecil) yang menghubungkan hujung kolam renang dan tandas.

 

KOLAM TERTUTUP ATAU TERBUKA?

grand lexis garden pool villa

Berdasarkan pengalaman saya tinggal di bilik Garden Pool Villa yang berada atas kawasan darat. Ini kerana Garden Pool Villa ada 2 tingkat. Upper level (tingkat atas) dan lower level (tingkat bawah)

Jika anda inginkan lebih privacy, anda boleh request daripada hotel untuk sediakan anda bilik yang ada kolam renang tertutup.

Boleh dikatakan, semua bilik yang ada di tingkat atas ada kolam renang yang terbuka. Bilik di tingkat bawah ada kolam renang tertutup semua dinding dan ada bumbung.

Bilik tingkat atas semestinya ada view yang lebih menarik, namun kolam renangnya juga kurang privacy.

Bilik tingkat bawah pula walaupun kolam renang ada privacy, namun tiada pemandangan luar yang menarik.

Pilihan di tangan anda.

Kalau ada bajet lebih, pilih je Water Villa (bilik di atas laut). Kolam renang confirm semuanya tertutup, tapi ada tingkap kecil panjang ke bawah. Kalau nak privacy taknak bagi orang yang lalu di sisi hotel nampak bilik anda, boleh letak towel di tingkap untuk cover cermin kecil tersebut.

 

GAMBAR BILIK

grand lexis garden pool villa

Gambar dari luar bilik

grand lexis garden pool villa

Wide View

grand lexis garden pool villa

Teh dan Kopi

grand lexis garden pool villa

Ruang Bilik Air

grand lexis garden pool villa

Ruang Pantry – ada microwave

grand lexis garden pool villa

Perhatian – Kolam Renang

grand lexis garden pool villa

View dari luar hotel – Wide view

grand lexis garden pool villa

Grand Lexis

grand lexis garden pool villa

Kawasan Kolam Renang – Kanak-kanak

grand lexis garden pool villa

Kolam Renang Hotel

grand lexis garden pool villa

Katil

grand lexis garden pool villa

Katil saiz King

grand lexis garden pool villa

Laluan ke bilik air. Sebelah kiri adalah kolam renang.

grand lexis garden pool villa

Katil King Size 2 Unit

grand lexis garden pool villa

Pemandangan dari dalam bilik

grand lexis garden pool villa

Toilet

grand lexis garden pool villa

Sudut berbeza

grand lexis garden pool villa

View dari luar

grand lexis garden pool villa

View dari bilik ke pantry

grand lexis garden pool villa

Shower Room

grand lexis garden pool villa

View luar bilik

grand lexis garden pool villa

View luar bilik. 2 tingkat, atas lain bawah lain

grand lexis garden pool villa

View dari dalam bilik

Berjalan di hotel di waktu malam

Pak Ustat. Hoho!

View di waktu malam

WAKTU CHECK IN – CHECK OUT

Waktu Check in bagi hotel ini adalah pada jam 3.00pm.

So kalau nak datang sini, boleh lah bergerak awal sikit. Nak gerak pagi dari KL pun tak apa. Tapi yang penting kita dah plan mana je lokasi kita nak singgah. Kalau tak plan, memang kita pun akan terkapai-kapai nak cari tempat berjalan, tempat makan dan sebagainya.

Kami sendiri singgah ke Mitsui Outlet di Sepang dalam perjalanan nak ke Grand Lexis PD ni. Sampai Grand Lexis PD pada jam 4.00pm (lebih kurang).

Waktu Check-Out pula adalah pada jam 11.00am berdasarkan laman web. Tapi waktu paling lambat nak keluar dari bilik hotel adalah pada jam 12.00pm.

 

BREAKFAST

Roselle Coffee House

Breakfast di Grand Lexis PD ni pada saya agak nice juga. Tak jauh beza dengan hotel-hotel yang lain.

Di sini, seperti biasa disediakan pelbagai sajian untuk breakfast. Dan waktu terakhir untuk breakfast adalah pada jam 10.30 pagi. Kalau nak breakfast tu, datang awal sikit.

Makanan yang disediakan antaranya, western food seperti bacon, omelette, hash brown, red beans dsb. Ada juga kawasan yang disediakan pelbagai jenis roti, buah-buahan, roti canai, nasi lemak, makanan oriental lain. Juga di sana juga disediakan pelbagai jus, kopi dan teh.

grand lexis review

Kopi!

grand lexis garden pool villa

Round 1 – Fight!

grand lexis garden pool villa

Ruang makan

grand lexis garden pool villa

Roselle Coffee House

 

 

MAKANAN DI PD

Port Dickson ni bukanlah satu kawasan pelancongan yang terkenal dengan makanan sedap. Sebab memang orang datang ke sini semata-mata untuk bercuti, bukan untuk cari makan. Hoho.

Makanan di PD ni memang agak susah nak cari yang sedap, melainkan kalau ada review daripada orang lain.

Bawah ni saya share beberapa senarai kedai makan yang dicadangkan oleh blog www.caridestinasi.com, ada 21 kedai manak yang dicadangkan.

  1. Kafe Kampung Kaw Port Dickson
  2. Mient’s Burger
  3. MHR Burger’s Port Dickson
  4. PD Famous Cendol Coconut Shake Power
  5. Double Que Thai Cuisine Port Dickson
  6. Restoren Aden (Makanan Arab)
  7. Asam Pedas Kasih Ibu
  8. Restoran Mimi Seafood Village Kampung Kemang
  9. Restoran Deen Berjaya / Kari Kepala Ikan Deen
  10. Warung Salai Port Dickson
  11. Warung Hassan Murtabak
  12. Ayam Bakar Station Port Dickson
  13. Warung Mah Mah Nasi Ayam 1
  14. King’s Char Kuey Teow
  15. Cowboy Place Nasi Kukus Ayam
  16. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar
  17. Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup
  18. Cendol Bakar Caw Teluk Kemang
  19. Restoran Kulit Kayu Manis
  20. D’Terapung
  21. Embok Village Steamboat & Seafood
  22. Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang

So, ini antara senarai kedai makan yang dicadangkan dalam blog ini. Detailnya anda boleh dapatkan di sini https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-port-dickson/

Di sana, sempat makan nasi Arab untuk dinner di Restoran Aden. Tak jauh dari hotel, sekitar 10 minit sahaja perjalanan.

grand lexis garden pool villa

 

BEZA LEXIS PD DAN GRAND LEXIS PD

Disember 2016, saya pernah pergi ke hotel Lexis PD dengan keluarga. Pada masa tu memang ikutkan nak pergi ke Grand Lexis, tapi sebab kekangan bajet memang tak jadi nak pergi.

Terpaksa turunkan sikit bajet dan pilih untuk pergi ke Lexis PD.

Lexis ni sebuah hotel yang tak jauh beza dengan Grand Lexis. Bezanya adalah Grand Lexis ada private pool, ada kolam renang dalam setiap bilik. Lexis pula hanya ada bath tub. Itu sahaja

Tapi bilik bagi kedua-dua hotel ni memang sangat besar dan luas. Namun bilik di Grand Lexis ternyata lebih luas sebab ada kolam renang.

 

BOOKING DI MANA MURAH?

Kalau nak book hotel ni, normally memang saya tak akan book melalui hotel itu directly sebab biasanya lebih mahal.

Kalau nak lebih murah, boleh booking terus melalui laman web booking hotel seperti:

  • Booking
  • Agoda
  • Trivago
  • Hotels.com
  • Traveloka
  • dan sebagainya

Lepas survey, saya pilih untuk booking dari laman web www.booking.com sebab ia tawarkan pilihan bilik yang termurah dalam internet.

grand lexis garden pool villa

Harga yang ditawarkan dalam sistem adalah RM439 sahaja, tapi bila dah masuk Tax dan Service Charge maka harganya akan jadi sekitar RM510. Tapi, masih lebih berbaloi berbanding beli direct daripada hotel sebab harganya berkemungkinan akan mencecah RM700 bagi satu malam bagi bilik yang paling basic sekalipun.

Tempah dengan harga tu pun kami masih lagi disediakan dengan makanan breakfast, bukan hotel sahaja tanpa breakfast.

 

PENDAPAT SAYA?

grand lexis review

Pengalaman daripada booking hingga balikke rumah agak baik. Sebelum booking pun memang dah survey pasal hotel Grand Lexis ni. Tempat paling nikmat untuk nak booking hotel semestinya www.tripadvisor.com sebab hampir semua hotel yang listed dalam sistem hotel booking, pasti akan ada review.

Bila dah ada knowledge mengenai hotel, maka sebelum booking saya dah call hotel awal-awal untuk tanya cara untuk dapatkan bilik Lower Level.

Katanya kalau nak bilik Lower Level, letak je dalam remarks masa tempah bilik untuk dapatkan bilik lower level. Dan normally, hotel pasti akan reply request kita. Walaupun pada masa tu saya tempah gunakan laman web www.booking.com

Masa nak check-in pun mudah. Mereka hanya minta IC dan deposit RM100 yang akan dipulangkan semula masa check-out nanti.

Dalam bilik pun disediakan kipas dan aircon. Kalau anda jenis orang yang tak gemar pakai aircon, maka anda ada pilihan untuk pakai kipas sahaja.

Kalau anda jenis perlukan suhu bilik yang sejuk, boleh guna aircon dan kipas. Huhu. Semua ikut citarasa masing-masing.

Cuma, kalau boleh masa masuk bilik tu bolehlah riki-riki sikit bantal, towel dsb pastikan semua bersih dan tak berbau busuk. Pengalaman kami, ada satu bantal yang ada bau air liur basi. Yuck! So tolong cek dulu, kalau ada yang tak kena boleh call je reception untuk minta mereka tukar bantal, towel dsb.

Haa, satu lagi. Kalau nampak orang tawarkan bilik di Lexis, Grand Lexis, Grand Lexis Hibiscus dsb yang dijual pada harga murr murr (murah murah), maka berhati-hati. Bukan semua bilik di sini adalah milik syarikat Lexis dan diselenggara oleh syarikat Lexis.

Ada sebahagian kecil bilik di sini telah dibeli oleh private owner. Maka pengurusan bilik adalah berbeza. Maka layanan yang bakal anda terima juga berbeza. Perasaannya sama macam anda tinggal di Homestay je. Hoho. Sebab saya pernah ada pengalaman tinggal di Lexis PD 2 malam.

1 malam saya tinggal di bilik Lexis. 1 malam lagi saya tinggal di bilik private owner. Memang boleh jimat dalam RM100, tapi masih lagi mahal. Dan anda tak rasa macam tinggal di hotel pun. Segala kemudahan hotel tak boleh nak dimanfaatkan sepenuhnya.

Mungkin pengalaman begini berbeza ikut individu, tapi bilik private owner memang tak rasa eksklusif untuk saya. Huhu.

Berapa bintang saya bagi untuk hotel ini? Sejujurnya, 7.8/10. Haha.

grand lexis review

 

KESIMPULAN

Bagi saya, kalau anda nak datang ke hotel ni untuk percutian memang sangat okay kalau kena dengan bajet. Tapi pasal bajet, semua tu kita boleh rancang.

Jika anda tinggal di area KL pun, nak pergi ke hotel ni tak lah jauh sangat. Tapi memang tak banyak bangunan-bangunan pencakar langit kelihatan di sini walaupun dekat je nak ke PD dari KL. Tenang sikit jiwa dan fikiran.

Hotel ni memang jadi tarikan yang sangat kuat bagi rakyat Malaysia, bukan sekadar tu malah pelancong luar negara pun ramai yang singgah ke hotel ni. Dahsyat sungguh.

Bila tengok kat komen-komen di blog lain, di FB dan sebagainya memang hotel ini akan jadi wish list bagi golongan isteri untuk ber-honeymoon di sini.

Tak membazir ke pergi hotel mahal-mahal ni? Pada saya, bergantung. Jika anda dah kerja penat siang malam, dan ada sedia bajet tahunan untuk bercuti maka apa salahnya pergi untuk tenangkan fikiran, untuk relax dan spend time bersama keluarga. Kan?

InsyaAllah pasti boleh, doalah minta kepada Allah untuk kita direzekikan untuk bercuti di sini dan moga Allah mudahkan urusan anda semua.

Kalau ada sedia bajet, cuba lah datang ke sini. InsyaAllah ia satu pengalaman yang sangat berbaloi!

 

GRAND LEXIS, PORT DICKSON

Website: http://www.grandlexispd.com/
Facebook: https://www.facebook.com/grandlexispd
Toll Free: 1 800 88 0017
Tel: (6) (06) 653 2000
Fax: (6) (06) 651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

21 Tips Persiapan Umrah | Persediaan Mental & Spiritual Sebelum Umrah

21 Tips Persiapan Umrah | Persediaan Mental & Spiritual Sebelum Umrah

21 Persiapan Dan Persediaan Awal Mental Dan Spiritual Sebelum Pergi Menunaikan Ibadah Umrah Ke Tanah Suci.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Banyak yang perlu disedia dan dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah Umrah. Persiapan awal mental dan rohani terutamanya mesti dititikberatkan supaya pemergian ke tanah suci benar-benar dapat menyucikan jiwa dan menguatkan akidah.

Dalam usaha meraih Umrah Mabrur, maka para bakal umrah diharapkan dapat melakukan kematangan sikap, ikhlas, sabar, saling membantu dan amalan beragama. Hendaklah difahami betul-betul segala perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan ibadah umrah mahupun persiapan rohani dan jasmani (spiritual dan fizikal).

 

Persiapan Awal Mental Dan Spiritual

Membersihkan dan mensucikan diri secara rohani atau spiritual boleh dilakukan dengan cara seperti bertaubat dan memohon ampun kepada Allah سبحانه وتعال, memperbaiki kekhusyukan solat, mengeluarkan zakat dan mohon kemaafan orang lain. Iaitu memperbaiki hubungan dengan Allah سبحانه وتعال dan antara sesama manusia sebagaimana huraian ringkas di bawah ini:

 

1. Syahadah

Perbetulkan iktikad dalam memaknakan syahadah. Biar setiap urat dan saraf kita benar-benar merasai getarannya apabila melafazkan kalimah ‘lailahaillallah muhammadur rasulullah’ kerana Syahadah itu janji hati kepada Allah سبحانه وتعال.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu dan berjuang di jalan Allah dengan harta dan dirinya, merekalah orang-orang yang benar.”(Surah Al-Hujuraat: Ayat 15)

 

2. Ikhlas Niat

Dalam menunaikan tuntutan Allah سبحانه وتعال untuk mengerjakan Umrah yang ke atas diri seseorang muslim, perlulah dibersihkan hati dari segala cacat cela dengan berniat ikhlas kerana Allah سبحانه وتعال. Jadi niat ini semestinya diselidiki selalu dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.

Niat sebenarnya pergi menunaikan ibadah Umrah hanya melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعال dan mengharapkan keredhaanNya semata-mata. Dengan itu haruslah ditanamkan semangat dengan perasaaan tulus dan ikhlas serta belajar bebaskan diri dari segala tekanan duniawi yang akan memberatkan fikiran sepanjang pelaksanaan Umrah.

Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda,“Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)

 

3. Tingkatkan Amalan

Jika sebelum ini amat jarang atau belum pernah melakukan amalan-amalan seperti berzikir, membaca Al-Quran, qiamullai, bertafakkur, bersedekah (wang, harta, tenaga, lisan) dan sebagainya. Maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak. Jika ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka akan menjadi suatu bebanan dan keterpaksaan yang akhirnya memaksa diri melakukannya juga.

Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila balik ke tanah air, sukar untuk diteruskan. Maka tiadalah penambahbaikan yang berlaku. Oleh yang demikian latihlah diri sebelum berangkat ke tanah suci kerana latihan ini memerlukan kecekalan dan masa yang panjang.

 

4. Muhasabah Diri

Dekatkan diri kita kepada Allah سبحانه وتعال seperti perbanyakkan istighfar dan sentiasa melakukan Qiamullai seperti melakukan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Tahajud, Taubat dan Hajatuntuk membantu kita bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى .

Mengetahui sikap negatif dan pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan berusaha membuang sifat-sifat yang buruk dan tercela.

 

5. Taubat Nasuha

Bertaubat atas kesemua dosa dan kelalaian kita terhadap suruhan Allah سبحانه وتعال serta meninggalkan segala yang makruh dan perbuatan-perbuatan mungkar. Bersihkan diri dari segala dosa dan perbuatan lampau yang telah banyak kita lakukan dengan melakukan Solat Taubat dan memohon keampunan kepada Allah سبحانه وتعالى.

Jika seseorang itu bertaubat daripada dosa kepada Allah سبحانه وتعال, maka hendaklah memenuhi syarat-syarat Taubat Nasuha :

Menyesal atas segala perbuatan dosa.Segera meninggalkan perbuatan dosa tersebut.Berazam tidak akan melakukan lagi dosa-dosa itu.Jika berdosa kepada sesama insan, maka hendaklah memohon maaf dari orang tersebut dan jika dia mengambil hak seseorang, maka hendaklah dia memulangkan hak mereka itu.

 

6. Perbaiki Kualiti Solat

Jika tahap solat kita masih sama seperti ketika belajar di sekolah dahulu, kita perlulah memperbaiki dan meningkatkan kualiti solat terutama mutu bacaan dan tajwid agar lebih khusyuk dan betul.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”

Memperbanyakkan solat sunat adalah antara langkah memperbaiki kualiti dan menambah kekhusyukan solat fardhu kita. Dalam solat juga terdapat zikir dan doa yang kita pohonkan, maka berdoalah dengan khusyuk dan yakin, bukan dengan sambil lewa.

 

7. Banyakkan Berpuasa

Puasa dapat menundukkan nafsu dan menjadi perisai nafsu manusia, maka perbaikilah kualiti puasa fardhu kita dan banyakkanlah berlatih dan melakukan puasa sunat. Sekiranya ada puasa yang belum diqadha atau dikeluarkan fidyahnya, tunaikanlah semampu mungkin. Begitu juga dengan puasa nazar yang belum ditunai, maka laksanakanlah secepat mungkin.

 

8. Belajar Bersabar

Sifat sabar amat diperlukan dalam melaksanakan ibadah umrah. Sikap ini bahkan mulai diuji sebaik seseorang memutuskan untuk berangkat ke tanah suci. Semua urusan memerlukan kesabaran, baik pemeriksaan kesihatan, pendaftaran, mengikuti kursus umrah dan sebagainya.

Di tanah suci sendiri, ketika berkumpulnya jutaan jemaah dengan pelbagai ragam, tabiat dan kebiasaan yang berbeza dan akan ada saja perilaku yang boleh menimbulkan kemarahan jemaah.  Bersabarlah demi ketaatan kita kepada Allah سبحانه وتعال.

 

9. Kawal Perasaan

Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau sahabat kita sendiri. Ada kalanya pertengkaran antara suami atau isteri dan sebagainya akan sering berlaku apabila tidak dikawal dengan rasa sabar dan syukur.

Adakalanya di tanah suci, hati kita terdetik berkenaan sesuatu, ia akan berlaku tanpa disedari, maka belajarlah sejak di tanah air lagi agar mengawal perasaan, sentiasa berfikiran positif dan bersifat husnuzzon.

Jauhilah sikap suka mengkritik segala perkara atau sering merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah سبحانه وتعال yang mahu melihat akan tahap amarah dan kesabaran kita.

 

10. Jihad Kasih Sayang

Bagi seorang wanita menunaikan ibadah umrah menuntut pengorbanan tinggi kerana fitrah mereka yang dianugerahi sifat pengasih dan sensitif dengan jarak perpisahan terutama terhadap anak dan keluarga. Pengorbanan besar terpaksa dilakukan demi mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعال.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Jihad orang tua, kanak-kanak, orang lemah dan orang perempuan ialah haji dan umrah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.).

Oleh itu, wanita Islam hendaklah berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji. Cita-cita untuk menunaikan ibadah umrah mestilah dekat di hati kita.

 

11. Tolong-Menolong

Kerap berlaku suatu keadaan kita diminta untuk memberikan pertolongan kepada orang lain yang memang perlu dibantu khususnya bagi mereka yang selalu uzur. Lakukan bantuan dengan segera. Jangan ragu-ragu kerana dengan pertolongan yang diberikan, maka nescaya Allah سبحانه وتعال akan membalasnya dengan membantu anda. Percayalah bahawa orang-orang yang banyak membantu orang lain dengan ikhlas, segala urusannya akan menjadi mudah dan lancar, dan ajaibnya dia akan terhindar dari pelbagai kesukaran. Yang penting niat menolong dengan ikhlas, tanpa menghﷺ bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.).

 

16. Keredhaan Ibu Bapa & Suami

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan ibu bapa dan suami, walaupun tidak sewajarnya ibu bapa atau suami melarang anak/isterinya daripada ibadat umrah yang sunat.

Rasulullah ﷺ bersabda: “Keredhaan Allah سبحانه وتعال terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah سبحانه وتعالterletak pada kemurkaan ibu bapa.”(Hadits Riwayat At-Tirmidzi r.a.).

 

17. Teman Perjalanan

Bagi kaum wanita pula ditambahkan syarat iaitu mestilah mendapat izin suami atau walinya dan mesti ditemani mahram. Harus mendapatkan mahram atau teman yang soleh yang dapat menasihati dan membantu kita ketika dalam kesusahan atau melakukan kesilapan.

Mencari teman dan rakan yang baik dalam perjalanan. Sebab kadang-kadang ada teman ketika di sini baik, tetapi di Makkah berbalah. Ada juga insiden suami isteri berbalah atau bermasam muka. Kadang-kadang perkara tersebut tidak masuk akal tetapi berlaku. Sebagai contoh, ada suami isteri yang bercerai selepas melakukan ibadah umrah.

 

18. Bersangka Baik Kepada Allah

Baik sangka, menurut Abu Muhammad al-Mahdawi, adalah membuang prasangka buruk (qath’ul wahm). Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata : Rasulullah ﷺ bersabda : “Allah سبحانه وتعال berfirman :“Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu.” (Hadis Riwayat Bukhari r.a.).

Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Rasulullah ﷺ berkata tiga hari sebelum wafatnya : “Jangan seorang di antara kamu mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah سبحانه وتعال. Jika kita bermohon kepada Allah سبحانه وتعال, maka hendaklah bersangka baik jika apa yang diharapkan tidak terlaksana. Mungkin Allah سبحانه وتعال mahu beri yang lebih baik lagi.

Firman Allah سبحانه وتعال :

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَ‌هُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ‌ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

 

19. Istiqamah

Perjalanan suci yang di redhai Allah tidak terlepas daripada berbagai cabaran yang hanya akan dapat di atasi oleh semangat yang tinggi, bersabar, tidak berputus asa dan beristiqamah.

Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.”(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Istiqamah sangat penting dalam semua hal. Rasulullah ﷺ menyuruh kita istiqamah dalam membuat kebaikan, juga dalam melihat kecacatan dan membaikinya. Beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara amar makruf nahi mungkar haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan niat itu hendaklah ikhlas kerana Allah سبحانه وتعال.

 

20. Bekalan Taqwa

Segala persediaan dari kelengkapan “material” seperti wang ringgit, tempat penginapan, makan-minum jika tidak disertai dengan bekalan taqwa, maka dibimbangi ibadah haji dan umrahnya itu akan hilang dari matlamat asalnya iaitu kerana Allah سبحانه وتعال.

Pastikan para jemaah membawa bersama-sama bekalan taqwa sebagaimana firman Allah سبحانه وتعال  :

وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ

“Dan hendaklah kamu membawa bekal secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa.” (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat -197)

Maksud beliau adalah, kekasih Allah سبحانه وتعال yang sebenar semakinberkurangan sementara mereka yang tidak ikhlas telah bertambah dengan ramainya. Beliau menyeru ke arah sederhana dan menjauhkan segala kemewahan dan keseronokan.

Setiap jemaah umrah hendaklah menunjukkan tanda keghairahan mencintai Allah سبحانه وتعال dan bukannya tanda cinta kepada kecantikan yang dihiaskan

 

21. Tawakal

Tawakal adalah penyandaran hati dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah سبحانه وتعال. Amat perlu ditanam dalam diri dengan sifat bertawakal sebelum berangkat ke tanah suci bagi menghadapi pelbagai kerisauan, kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan ibadah Umrah, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya dan mendatangkan manfaat kecuali Allah سبحانه وتعال semata.

Menurut pendapat Imam Ghazali r.a: “Tawakal membawa erti bahawa kita menyerahkan diri kepada Allah sewaktu menghadapai kesusahan atau ketika menghadapi waktu yang sukar dan genting dalam hidup ini. Pada ketika ini, hati perlu di teguhkan seteguh-teguhnya sehingga ia mencapai satu titik ketenangan dan ketenteraman di dalam jiwa.

 

Penutup

Tujuan sebenar kita menunaikan Umrah ialah untuk memperbaiki jiwa. Maka kita membuat persediaan awal yang mantap agar kita mendapat suatu kebaikan yang amat besar daripada ibadah Umrah tersebut.

Setiap hari, keadaan diri kita mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya. Hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya, iaitu pembaikan yang berterusan. Oleh itu jemaah perlu secara sedar untuk berniat melakukan persiapan rohani, mental dan spiritual kerana ianya akan membersihkan diri dari segala cacat dan cela.

Dengan demikian kita dapat berangkat dalam keadaan bersih dan suci. Terlepas dari segala beban duniawi yang akan membebankan fikiran sepanjang perjalanan menunaikan ibadah umrah.

Usahakan agar perjalanan rohani ini boleh berjalan dengan baik dan lancar serta berharap ibadah umrahnya mendapatkan redha Allah سبحانه وتعال.

والله أعلم بالصواب

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar).

 


C&P: Jazakumullahu khayran buat yang berkongsi tips ini. Kredit kepada penulis asal, namun belum dapat dikesan siapa penulis asalnya. Sekiranya ada, mohon tag beliau di ruangan komen untuk saya tulis nama beliau sebagai kredit bagi tulisan ini.

Bercuti Ke Perlis – Perkampungan Sunnah 2018

Bercuti Ke Perlis – Perkampungan Sunnah 2018

Pada bulan Febuari yang lepas, Mufti Negeri Perlis iaitu SS Prof Madya Dato’ Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali dengan DrMAZA telah mengumumkan mengenai program Perkampungan Sunnah 2018 yang akan diadakan di Masjid Alwi, Kangar Perlis pada tarikh 11 – 13 Mei 2018.

Program ini ikutkan dah lama kami sekeluarga nak pergi. Lepas kahwin, memang tak sempat nak pergi sampai sekarang. Banyak sebab, antaranya sebab kewangan dan waktu berkerja.

Tahun ni, bila wife dok ajak cakap “Jom pergi Perkampungan Sunnah tahun ni..”, saya pun buat keputusan yang tahun ni kami akan pergi ke Perkampungan Sunnah 2018.

 

ETS – KL SENTRAL ke ARAU

ETS

Bulan Mac 2018 kami pergi ke KL Sentral untuk beli tiket tren ETS ke Arau, Perlis. Sebelum ni memang dah terfikir-fikir antara nak drive kereta atau naik tren sahaja. Disebabkan mak dan ayah pun nak ikut, dan mereka kata nak cuba naik tren ETS, maka saya beli tiket ETS sahaja. Itu pun beli tiket ETS lepas dah survey homestay mana yang nak disewa bila ada di Perlis nanti.

Kos untuk naik tren dari KL Sentral ke Arau sekitar RM73/orang untuk dewasa, dan sekitar RM41 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Itu untuk pakej biasa, dan ada banyak stop.

Perjalanan balik saya pilih yang lebih premium sebab itu sahaja waktu paling sesuai untuk balik. Kos tiket balik pula RM98/orang. Namun tak banyak berhenti seperti masa pergi.

Tiket boleh juga dibeli secara online.

 

HOMESTAY DI ARAU

AIRBNB

Klik sini untuk dapat FREE kredit RM120

Homestay yang saya sewa pun dekat Arau juga, tak jauh dari lokasi program Perkampungan Sunnah yang saya nak pergi tu. Saya pilih perjalanan keretapi ETS dari KL Sentral ke Arau sebab Arau lebih dekat dengan Kangar berbanding Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand. Homestay saya cari melalui aplikasi AirBNB (https://abnb.me/e/LkqGpK2ZVM) sahaja, memang mudah dan murah berbanding dok di hotel. Sewa bilik pun tak sampai RM100 sehari, dapat duduk 1 rumah dengan segala kelengkapan. Nak cuci baju, jemur baju, peti ais, TV, air con semua ada.

Nak pergi ke Masjid Alwi pun tak jauh, sekitar 2KM sahaja. Kami naik Grab, kena bayar RM4 sahaja untuk satu perjalanan pergi, dan RM4 untuk perjalanan balik ke homestay.

Nak pergi Kuala Perlis pun tak mahal sangat, tak silap saya tak sampai pun RM20 untuk satu perjalanan naik Grab.

Untuk tempah Homestay guna AirBNB, klik sini https://abnb.me/e/LkqGpK2ZVM untuk dapat kredit sebanyak RM120 untuk penginapan pertama anda. Hanya untuk anda yang belum daftar AirBNB sahaja.

 

HARI TRAVEL

cuti perlis

Kami bergerak ke Perlis pada 10 Mei 2018, sehari selepas PRU ke 14. Memang agak meletihkan, sebab sehari sebelumnya baru sampai dari kampung di Kuantan. Esoknya nak travel lagi.

Tiket tren jam 9.45 pagi. Dan kami disuruh untuk berada di KL Sentral 30 minit sebelum berlepas.

Di KL Sentral pada masa ni memang tak sesak, lapang dan aman je. Mungkin sebab pertukaran kerajaan baru dan seluruh Malaysia cuti selama 2 hari iaitu hari Khamis dan Jumaat.

Apa yang best bila naik ETS ni pada saya

  1. Tak perlu nak drive kereta susah payah ke Perlis
  2. Tak perlu nak servis kereta
  3. Lebih selesa, tempat duduk luas
  4. Ada tandas dalam tren
  5. Ada kiosk dalam tren, boleh beli makanan dan minuman
  6. Perjalanan pantas. 5 jam lebih sahaja dah sampai.
  7. Perjalanan yang selamat

Cuma untuk golongan parents muda ni, cabarannya sebab kita bawa anak kecil. Bila anak kita sedang meragam, itu juga memerlukan tenaga nak mengawal ragam mereka.

Dan walaupun jimat dari sudut servis kereta, minyak, tol dan sebagainya. Kos pergi dan balik, kos Grab dan sebagainya juga sudah memakan kos lebih RM800 untuk 5 orang penumpang + 1 bayi.

Kelajuan maksimum tren ETS ini adalah sekitar 140KM/jam. Agak pantas juga, mungkin sebab tu perjalanan kami dari jam 9.45pm, dalam pukul 3.15pm dah sampai.

 

TIBA DI ARAU

cuti perlis

Tiba di stesen KTM Arau, kami pun pergi ke Homestay guna Grab. Kos naik Grab sekitar RM17/kereta untuk satu perjalanan.

Harga agak berpatutan, sebab nak ke homestay tu ambil masa sekitar 15-20 minit.

Dan di Perlis ni tak perlu risau, Grab memang banyak. Kita panggil, dalam 2-3 minit je dah sampai.

 

SAMPAI HOMESTAY KANGAR

cuti perlis

Homestay yang kami sewa ni rumah banglo setingkat. Bayar dalam RM90 je, dapat dok banglo. Fuh, memang puas hati alhamdulillah.

Segala kelengkapan pun ada. Pada saya, memang lagi best daripada duk kat hotel sebab kat hotel tak boleh nak basuh baju sendiri. Kat homestay ni boleh basuh baju dan keringkan baju. Tak perlu nak keluarkan kos lebih. Murah pun murah.

Bila dah sampai, kami letak barang. Rehat sekejap dalam sejam. Lepas tu keluar pergi ke Kuala Perlis pula untuk makan malam.

 

MAKAN SEAFOOD DI KUALA PERLIS

cuti perlis

Tempat ni memang tak dirancang. Masa dalam tren kami cek lokasi makan malam yang sesuai, dan mak ajak pergi ke Kuala Perlis untuk makan malam.

Kami pun ikutkan sahaja. Sebab banyak review tulis makan malam di Kuala Perlis antara yang best.

Dari Kangar ke Kuala Perlis pun tak jauh, sekitar 15-20 minit je naik Grab.

Di medan makanan Kuala Perlis ni pun ada pelbagai gerai makanan. Tinngal pilih je.

cuti perlis

 

Makanan laut yang disediakan di sana pun kebanyakannya segar-segar belaka. Bila tengok pun memang nampak berbeza dengan makanan laut di KL yang kebanyakannya sudah kecut dan tak segar.

Teringat seorang penjual ni kata “Ikan segar, sotong segar, udang segar! Masih baru lagi..”

Kedai makan yang kami singgah ni pun makanannya sedap-sedap belaka. Walaupun agak lambat sikit makanan sampai, tapi makanan yang disediakan memang lazat.

cuti perlis

Tomyamnya yang agak pekat, rasa cukup masam dan pedas ala Thai, sotong celup tepung yang rangup dan segar, ikan bakar dan pelbagai lagi. Puas! Alhamdulillah.

Kira kalau nak makan kat area ni memang saya rekemen lah.

cuti perlis

MAZA – Ingat DrMAZA je guna nama MAZA. Hihi


MASJID AL-HUSEIN

cuti perlis

Ini masjid yang biasa saya tengok orang bergambar di sana. Pemandangan memang cantik, berada di tepi laut.

Pemandangannya cukup cantik berlatarbelakangkan Pulau Langkawi yang ada di seberang.

Lokasinya pula terletak di sebelah tempat makan kami. Jalan kaki 5 minit sahaj dah sampai.

Masjidnya agak kecil, tapi kelihatan selesa untuk solat di sana. Rekabentuknya yang nampak agak klasik, dan udaranya di sana agak refreshing mungkin sebab dah waktu petang sekitar 6.30 petang. Dok di sana sekejap untuk bergambar sahaja, lepas tu balik ke homestay.

 

KERETA KUDA

cuti perlis

Sumber gambar: http://coretanchedai.blogspot.com/

Di sebelah medan makanan di Kuala Perlis ini juga ada kereta kuda yang menjadi tarikan pelancong ke Perlis.

Jika bawa anak kecil, bawa mereka naik kereta kuda ini boleh jadi satu bentuk hiburan bersama mereka.

 

MASJID ALWIcuti perlis

Keesokan harinya, kami pergi ke Masjid Alwi untuk program Perkampungan Sunnah hari pertama, iaitu 11 Mei 2018.

Masjid ini nampak sangat menarik. Mana taknya, ia dibina pada tahun 1932 dan merupakan sebuah masjid yang telah lama terbina di negeri Perlis ini sebelum kemerdekaan negara Malaysia.

Rekabentuknya menarik, berwarna putih. Kalau masuk dalam masjid boleh nampak bentuk masjidnya yang masih kelihatan lama namun sudah di baikpulih dan cat masih kemas.

Bentuknya melebar ke tepi. Ada air con dalamnya dan sejuk jangan cakap, memang sejuk dan selesa sahaja.

Sedikit sejarah mengenai Masjid Alwi saya kongsikan di bawah.

Masjid Alwi telah terbina dan dirasmikan pada 10 Febuari 1932. Ia dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Alwi ibn Syed Saffi, Raja negeri Perlis.

Baginda Syed Alwi telah ditabalkan menjadi Raja Perlis dan upacara pertabalan baginda telah dilaksanakan di hadapan Raja Chulalongkorn dengan penuh adat istiadat Kerajaan Siam.

Pada masa itu, kerajaan Malaysia belum ditubuhkan lagi sebab ia berlaku sekitar 50 tahun sebelum kemerdekaan negara kita.

Ketika zaman pemerintahan Raja Syed Alwi, Negeri Perlis menghadapi masalah kewangan yang kritikal. Baginda akhirnya terpaksa membuat pinjaman wang daripada pihak Kerajaan Siam.

Justeru itu, pada 4 Oktober 1905, Negeri Perlis di bawah pemerintahan Raja Syed Alwi telah menandatangani satu perjanjian pinjaman wang dengan pihak kerajaan Siam berjumlah dua ratus tiga puluh ribu ringgit.

Atas syarat-syarat yang telah ditetapkan, pihak Negeri Perlis terpaksa menerima perkhidmatan seorang Pegawai Penasihat Siam untuk membantu dalam urusan pentadbiran kewangan negeri.

Secara tidak langsung, keadaan ini membantu ke arah menjayakan aspirasi Siam untuk mengawal dan menyekat kebebasan tertentu di Negeri Perlis.

Maklumat lanjut boleh baca di sini: https://perlisroyalty.perlis.gov.my/index.php/ms/sejarah/syed-alwi

 

PERKAMPUNGAN SUNNAH SIRI 5 2018

cuti perlis

Inilah sebab utama kami hadir ke negeri Perlis pada tahun ini, sebab nak hadir program Perkampungan Sunnah.

Ini adalah program yang setiap tahun diadakan sejak beberapa tahun yang lalu. Dimaklumkan bahawa program Perkampungan Sunnah tahun 2018 ini adalah yang ke-5 pernah diadakan di Perlis.

Tema tahun ini adalah Penyucian Jiwa Menurut al-Quran dan as-Sunnah.

Sebelum ini, saya pernah juga hadir program seperti ini dikendalikan oleh Institut al-Qayyim (IQ) di Pulau Pinang. Saya kira program Perkampungan Sunnah ini menggantikan program yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya selepas SS Mufti Perlis dilantik semula menjadi Mufti.

cuti perlis

Program Perkampungan Sunnah ini diadakan selama 3 hari penuh.

Daripada pagi selepas subuh hingga lepas Isyak, ada sahaja majlis ilmu yang diadakan secara berjadual.

Makan dan minum juga disediakan. Namun boleh juga membeli di tapak jualan berdekatan jika makan sudah habis atau tidak mahu beratur panjang.

cuti perlis

Makan dan minum juga disediakan. Cuma perlu beratur sikit.

Di sana ada juga yang menjual buku-buku agama, menjual pakaian, pakej umrah, penapis air dan sebagainya.

Kuliah diadakan di dalam masjid, namun di luar masjid turut diletakkan TV dan skrin besar bagi yang mahu mendengar dari luar masjid.

Hanya sesi forum pada waktu malam sahaja yang diadakan di luar masjid.

cuti perlis

Sesi Malam di Perkampungan Sunnah di luar masjid Alwi

Beberapa hari kami berkampung di sana, alhamdulillah selesa dan sesi-sesi padat dengan ilmu.

Ramai yang datang dari seluruh negara termasuk ada juga yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Penceramah yang dijemput juga kebanyakannya yang dikenali ramai, seperti DrMAZA (Tuan rumah), Dr. Rozaimi, Dr. Ismail Lutfi, PU Hafiz, Ustaz Abdullah Bukhari, Syeikh Hussein Yee, Dr. Kamilin Jamilin, Prof Madya Dr Basri Ibrahim, Dr. Fathul Bari, Ustaz Zahiruddin Zabidi, Ustaz Ahmad Hasyimi, Ustaz Sofwan Badrie, Dr. Johari Mat, Dr. Azrul Azlan dan ramai lagi.

cuti perlis

cuti perlis

Ruang luar masjid untuk wanita

cuti perlis

Bersama Dr. Irwan dan sahabatnya

 

PADANG BESAR

cuti perlis

Sumber gambar: http://www.citiestips.com/

 

Saya tak pergi ke sana. Namun dengar orang kata ini adalah antara lokasi attraction bagi yang melancong ke Perlis. Lokasinya terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand. Seberang sana di Thailand, antara daerah terdekat adalah Dannok.

Di Padang Besar inilah antara tempat untuk orang pergi membeli belah. Jualan yang ada di sana yang femes termasuklah pakaian dan makanan.

Mungkin ada lagi yang selain itu, saya pun tak tahu sebab belum berjalan ke sana.

Stesen keretapi Padang Besar menghubungkan antara Malaysia dan Thailand. Jika nak ke Thailand, boleh berhenti di stesen keretapi Padang Besar untuk pergi ke seberang. Ini parents saya bagitahu sebab mereka pergi berjalan ke HatYai.

 

LANGKAWI

cuti perlis

Sumber gambar: https://www.wanista.com/

Mungkin masih ramai yang tak tahu yang sebenarnya kita boleh pergi ke Pulau Langkawi daripada Kuala Perlis naik feri je.

Kos naik feri dari Kuala Perlis ke Kuah, Langkawi untuk seorang dewasa hanyalah RM18/orang. Manakala untuk kanak-kanak hanya RM13/orang. Boleh rujuk di sini untuk dapatkan harga http://www.langkawiferryline.com/

Lokasi jeti feri ini terletak di sebelah Masjid al-Hussein di Kuala Perlis.

cuti perlis

Sumber gambar: http://www.tv14.my/

Kami tak pergi ke Langkawi untuk trip ini.

 

PASAR PAGI NAT POKOK GETAH

cuti perlis

Sumber gambar: http://tatie39.rssing.com/

Tempat ni saya tak pergi, tapi parents saya yang pergi. Sebab masa ni kami anak beranak pergi ke Perkampungan Sunnah.

Di bawah ni saya share apa sahaja yang ada di Nat Pokok Getah ni berdasarkan apa yang parents saya bagitahu dan apa yang saya dah survey kat blog-blog lain.

 

MAKAN TENGAH HARI DI ANJUNG KELI

cuti perlis

Bagi pengunjung yang pergi ke negeri Perlis, pada saya memang wajib pergi ke Anjung Keli ni untuk makan tengah hari. Ini antara tempat the best untuk makan.

Lauknya sangat banyak, restorannya luas, parking pun senang, hidangannya enak belaka, sambal pun sedap. Fuh! Memang puas hati. Alhamdulillah.

Bukan setakat sedap, selesa pulak tu.

cuti perlis

Kami Google je tempat ni dan tengok rating makan di Anjung Keli ni boleh tahan juga.

Kami pergi ke Anjung Keli ni 1 hari sebelum berlepas pulang ke KL Sentral.

Makan pun taklah mahal sangat, harganya agak sederhana.

Nak pergi stesen KTM di Arau pun tak jauh sangat, sekitar 15 minit sahaja. Dan pakai Grab, kami bayar RM13 sahaja.

 

MASJID NEGERI PERLIS & MASJID LAMA ARAU

cuti perlis

Sumber gambar: artmelayu.blogspot.my

Masjid ini adalah destinasi terakhir yang kami pergi sebelum pulang ke KL. Sebabnya masjid ni terletak bersebelahan dengan stesen KTM Arau.

Di hadapan masjid ini adalah Istana Perlis dan satu tanah perkuburan (saya rasa makam diraja negeri Perlis). Dan masjid lama Arau juga terletak di sana.

Masjid Negeri Perlis dan Masjid Lama Arau bukanlah masjid yang sama walaupun kedudukannya berdekatan.

Masjid lama Arau

Sumber: http://www.orangperlis.com/

Masjid Lama Arau ini adalah antara masjid lama yang wujud ni negeri Perlis, dan telah melalui beberapa fasa penambahbaikan sejak ia terbina pada tahun 1870an.

Berikut saya kongsikan sejarah Masjid Lama Arau atau dikenali sebagai Masjid Negeri Perlis sekarang.

Masjid Lama Arau didirikan semasa pemerintahan Raja Syed Ahmad Jamalullail sekitar tahun 1873 hingga 1897M. Tukang-tukang Arab dan Melayu merupakan antara tukang kayu yang diberi tanggungjawab untuk membina Masjid Lama ini. Bahagian tengah masjid diperbuat daripada batu manakala di bahagian lain kebanyakkannya diperbuat daripada kayu.

Bahan binaan Masjid Lama terdiri daripada batu-bata, kayu, tanah liat, telur ayam, telur itik dan berbagai jenis manisan. Proses membina masjid ini mengambil masa yang agak lama. Oleh kerana pada masa tersebut simen belum ada di pasaran maka ia telah digantikan dengan pasir yang dicampur dengan kapur serta batu dan kemudiannya dibancuh dengan manisan lebah, manisan tebu, manisan nipah, telur ayam dan telur itik. Telur ayam dan itik hanya akan diambil telur yang berwarna putih sahaja kerana putih telur dan manisan akan bertindak sebagai simen untuk meneguhkan pegangan antara batu-bata dan juga tanah liat.

Keluasan masjid pada ketika itu berukuran 60 kaki x 60 kaki persegi iaitu berbentuk empat segi tepat. Kecubung masjid tersebut adalah jenis kecubung besar yang berdinding kaca berwarna hijau. Manakala pada bahagian atapnya pula diperbuat daripada zink tebal yang mempunyai bucu empat segi sementara tiangnya diperbuat daripada batu-bata dan tanah liat yang diadun dengan putih telur ayam dan telur itik. Pintu dan alang pula diperbuat daripada kayu yang teguh sementara lantai masjid yang pada awalnya berasal daripada tanah liat namun kemudiannya telah disimen oleh generasi baru.

Semasa pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail , ruang beranda telah diperbesarkan di sekeliling masjid. Beberapa tahun kemudiannya pula dibuat lagi tambahan bangunan di sebelah kanan dan kiri masjid yang kelihatannya seperti bersayap bagi menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah.

Pada waktu malam akan dipasang lampu minyak tanah untuk menerangi masjid terutamanya pada bulan puasa dan ketika diadakan sebarang sambutan dan kenduri. Tikar mengkuang, tikar menerung atau tikar rumput dijadikan hamparan di dalam masjid. Air untuk mengambil wuduk akan diangkut oleh anak jemaah secara bergilir-gilir seminggu sekali dari sungai yang berhampiran iaitu Sungai Arau dan kemudian akan dituang ke dalam kolah air yang terletak bersebelahan masjid. Kerja-kerja membersih di dalam dan luar masjid pula diusahakan secara bergotong-royong oleh anak-anak jemaah masjid.

Semasa pemerintahan Raja Syed Putra Jamalullail, Masjid Lama Arau telah mengalami pelbagai perubahan. Atap masjid, lampu, tikar dan segala kelengkapan masjid telah ditukar dengan yang baru. Walau bagaimana pun, pada tahun 1973 Masjid Negeri telah dibina di tapak masjid yang ada sekarang menggantikan Masjid Lama Arau. Justeru itu, mulai tahun tersebut fungsi Masjid Lama Arau telah berpindah ke Masjid Negeri baru tersebut.

 

KESIMPULAN

Perjalanan kami ke Perlis ini merupakan antara trip yang menyeronokkan. Walaupun agak penat sebab kena banyak bertukar-tukar transport, tapi pengalaman yang kami dapat saya kira berbaloi.

Negeri Perlis ni adalah negeri yang aman sejahtera pada saya. Kehidupan orang sini pun nampak rileks je. Jalan pun tak ada jam. Mall pun takde. Paling grand pun adalah pasaraya Giant yang ada di Perlis ni.

Perkampungan Sunnah merupakan program tahunan yang diadakan di negeri Perlis. Kalau nak gi Perlis, pada saya masa program Perkampungan Sunnah ni waktu terbaik nak ke sana. Pergi sehari dua awal supaya kita boleh pergi jalan-jalan dulu. Huhu. Rancang sebelum jalan.

 

 

12 Perkara Unik Bila First Time Masuk Masjidil Haram

12 Perkara Unik Bila First Time Masuk Masjidil Haram

12 Perkara Unik Bila First Time Masuk Masjidil Haram

Antara perkara unik untuk aku bila first time masuk masjidil haram dulu buat aku teringat-ingat sampai sekarang. Catatan peribadi.

1. Suhu di luar panas, tapi pijak lantai tidak beratap di masjid tak terasa panas

2. Setiap entrance masjid ada polis. Ada masa dekat waktu solat, tak dibenarkan masuk masjid kalau tengah ramai orang.

3. Pekerja masjid tak sapu lantai. Mereka bersihkan lantai cara berbeza. Campak air dettol atas lantai, pastu dia tolak air guna wiper lantai. Bila pekerja nak baling air dettol tu dia bagi warning dulu. Kalau tak endah, dia campak je walaupun ada orang.

4. Semua orang luar dipanggil Hajj. “Yallah ya Hajj!” (mungkin sebab kami pergi waktu haji)

5. Orang minta bagi laluan, mereka akan jerit “Toriq! Toriq!” atau “Ruh! Ruh!”

6. Bila terlalu ramai orang, kadang-kadang terpaksa lalu depan orang solat. Walhal ada larangan Nabi, jangan lalu depan orang solat.

7. Air zam-zam boleh minum tanpa had. Yang dalam tong tu nampak macam lebih asli. Walaupun kadang aku rasa yang dalam tong atau kat vending machine tu benda sama je.

8. Dalam masjidil haram tak ada bilik air. Nak buang air, kena keluar masjid. Dulu ingatkan ada bilik air, sebab masjidnya terlalu besar. Nak keluar ke tandas kena jalan sikit. Tandas ada di bawah tanah, ratusan bilik air. Air paip agak panas sikit.

9. Tiada tabung masjid dalam masjid. Nak sedekah? Boleh sedekah pada pekerja-pekerja masjid.

10. Masyarakat multikultural. Tak semua orang bertoleransi. Yang baik itu baik. Yang kasar itu kita kena bersabar. Ada masa kita akan nampak sebahagian manusia buat benda yang agak pelik di mata kita.

11. Sebahagian bangsa akan buat aktiviti dalam kumpulan. Kita akan nampak mereka bertawaf dan saie macam tentera. Berbaris tanpa berpisah. Biasanya bangsa Turki, India, Pakistan, Indonesia dll.

12. Ada masanya akan ada orang akan sedekah bagi kurma dan biskut kering secara percuma. Kau tengah lapar, dapat pula biskut dan kurma. Lega sikit. Boleh sambung iktikaf.

Teringat kat Mekah. Mungkin ini tandanya kena gi Umrah. Huhu. Doakan saya dan keluarga pergi lagi tahun ini 😁

error: Content is protected !!