Pelancaran Kerusi Urut Cuckoo Ogawa Bespoke (Massage Chair)

Pelancaran Kerusi Urut Cuckoo Ogawa Bespoke (Massage Chair)

2 hari yang lalu saya hadiri majlis pelancaran produk terbaru Cuckoo iaitu kerusi urut Bespoke.

Kerusi urut adalah produk yang dah lama dalam pasaran Cuckoo Korea tetapi Alhamdulillah sekarang di Malaysia pun dah dilancarkan massage chair Cuckoo pula.

Kerusi ini dilancarkan oleh duta Cuckoo Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada hari pelancaran tersebut, 16 Mei 2023.

kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair siti nurhaliza
Pelancaran Cuckoo x Ogawa Bespoke Massage Chair oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Penapis air Cuckoo King Top 2 juga dilancarkan pada hari yang sama dijual pada harga pelancaran RM82/bulan untuk tahun 1-3 kemudian RM72/bulan pada tahun ke-4 dan 5.

Kerusi Urut Cuckoo?

kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
Bergambar bersama Cuckoo Bespoke

Massage Chair Cuckoo Bespoke ini dihasilkan oleh syarikat yang tidak asing lagi, champion dalam penghasilan kerusi urut/massage chair iaitu: Ogawa

Ogawa sudah hampir 30 tahun berpengalaman dalam menghasilkan kerusi urut, bermula pada tahun 1996 sehingga ke hari ini dan kerusi urut Ogawa kini telah dipasarkan hingga 20 negara di seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat, China, Australia, Arab Saudi, Indonesia dan sebagainya.

Apabila anda tempah Cuckoo Bespoke ni, massage chair yang akan diterima adalah 100% keluaran OGAWA ya dan uniknya ia dibuat khas untuk Cuckoo sahaja.

Nak beli kerusi urut Ogawa secara cash kat kedai pun bukanlah murah. Boleh mencapai belasan hingga puluhan ribu.

Tapi Alhamdulillah, sekarang Cuckoo dah lancarkan Bespoke ni yang mampu milik bagi seluruh rakyat Malaysia 😍

Bulanan hanya serendah RM139 sahaja ya kawan-kawan.

Ia dah termasuk servis dan waranti hingga tamat kontrak.

kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
Harga Cuckoo Bespoke hanya RM139/bulan untuk 5 tahun. Murah!

Bermakna kalau dalam tempoh kontrak, ada berlaku sebarang kerosakan pun massage chair anda masih dilindungi waranti 😎

Mungkin ada juga massage chair yang dijual dalam pasaran pada harga yang murah, namun kualiti, teknologi, fungsi tereupatik, waranti belum tentu terjamin.

Apalah gunanya membeli kerusi urut yang murah namun rosak selepas 1-2 tahun tamat waranti, anda perlu keluar kos baiki sendiri? Beli kerusi urut Bespoke ni, waranti hingga 5 tahun!

Berbaloi ke beli kerusi urut Cuckoo Ogawa Bespoke ni? Kalau guna massage chair yang ada kat mall pun RM2 dapat guna 3-4 minit sahaja. Itu pun kebersihan TAK terjamin ya kawan-kawan.

Ini anda boleh guna sehari 30 minit tiap hari sambil layan Youtube ke, ceramah ke, tidur ke bayaran sama je RM139 juga sebulan.

Ciri-Ciri Menarik Bespoke

kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair

Apa ciri-ciri menarik yang ada pada Cuckoo Bespoke ni?

📍 6 Traditional Massage Techniques – Kneading, Tapping, Swedish, Shiatsu, Clapping, Rolling

📍 S + L Massage Track – Kerusi urut ini dapat ikut bentuk badan kita. Ia dapat urut bahagian tubuh badan kita yang biasanya lenguh dan penat seperti: tengkuk, belakang, tulang pinggul. Biasanya kerusi urut hanya ada salah satu fungsi sama ada S Massage Track atau L Massage Track. Bespoke menggabungkan kedua-duanya!

📍 Airbags – Mempunyai sehingga 30 buah airbag! Urutan badan dari bahu ke kaki menggunakan teknologi ‘Airbag Compression’ dan jumlahnya yang banyak sedaya upaya mengikuti urutan tangan manusia yang melegakan rasa lenguh pada tubuh badan

📍 Memory Function – untuk simpan tetapan yang anda gemari

📍 Thermotherapy – Kerusi ni dapat ubah suhu suam pada bahagian belakang (lower back, lumbar) anda supaya rasa selesa, legakan rasa lenguh, dan melancarkan peredaran darah

📍 Full Body Scan – Massage chair ini dapat analisa ketinggian, berat dan otot anda untuk berikan urutan yang lebih tepat dan sesuai untuk tubuh badan anda.

📍 Zero Wall – Jimat ruang! Letak dekat dinding pun tiada masalah. Jarak diperlukan hanya 6cm sahaja daripada dinding. Kerusi ini akan bergerak ke hadapan, bukan ke belakang.

📍 Zero Gravity – Kerusi urut ini dapat bergerak sehingga mencapai graviti 0 hingga anda baring. Kedudukan kaki sama paras dada. Ini supaya agar anda dapat berehat dan rasa urutan yang paling optimum. Tak perlu paksa badan kita ke belakang untuk dapat urutan lebih sedap.

📍 3D Sound System – Speaker di bahagian kepala memberikan pengalaman akustik untuk mendengar audio dari gajet anda yang selesa dan menenangkan

📍 Pertukaran sarung ‘leather’ pada tahun ke-3 – Sarung kulit biasanya akan terhakis dan menipis apabila telah digunakan secara aktif. Tahun ke-3, anda akan dapat pertukaran ‘leather’ yang baru.

📍 Servis setiap 6 bulan

📍 Waranti 5 tahun

Lepas ni boleh lah ayah-ayah, ibu-ibu legakan otot dengan massage chair Bespoke ni ☺️ Pasang 1 kat rumah sendiri, 1 lagi rumah parents 🌹

Wasap saya kalau minat ya www.wasap.my/60139916967/CuckooBespoke

Gambar-Gambar Pelancara Cuckoo Bespoke dan King Top 2

kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
Remote control kerusi urut Bespoke. Mudah nak digunakan
kerusi urut cuckoo ogawa bespoke massage chair
Cuckoo King Top 2 water purifier penapis air
Cuckoo King Top 2 water purifier penapis air
Cuckoo King Top 2 water purifier penapis air
Pengalaman Guna Iron Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064. OK Tak?

Pengalaman Guna Iron Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064. OK Tak?

Pada bulan April 2023 ni, kami baru beli iron seterika baru Philips (Amway) PerfectCare Steam Generator PSG6064 ni.

Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064

Kenapa beli iron ni?

Ceritanya, iron lama kami tu dah rosak disebabkan renjatan elektrik. Sebelum ni pun pernah terjatuh sekali. Lepas terjatuh tu, iron tu kerap terkeluar air sendiri menyebabkan pakaian lembab sikit masa iron. Nak guna pun dah tak sebaik dulu.

Iron lama kami pun jenis yang guna jenis steam tersebut juga brand Philips. Beli dulu pun tak murah, rasanya dalam RM400 juga iron tu. Tapi nak buat macam mana sebab iron tu dah rosak, kena lah ganti yang baru.

Sebelum tu lagi saya guna iron kering biasa tu sahaja. Alhamdulillah. Masih elok lagi.

Saya dah cakap siap-siap kat wife, kali ini kita jangan beli balik jenis yang sama. Dah lama juga saya rasa nak gunakan jenis Philips Steam Generator ni.

Pengalaman guna kat rumah parents saya, rumah mertua dan rumah kakak saya alhamdulillah saya memang puas hati seterika guna iron Philips Amway ni. Tapi yang mereka gunakan adalah model sebelum PSG6064 ni iaitu Philips PerfectCare Performer Steam Generator Iron GC8755.

PROSES PEMBELIAN

Nak beli iron Philips Amway PSG6064 ni tak susah, mudah sahaja. Contact sahaja ejen Amway untuk pembelian, semua ejen akan urus.

Hanya berikan nama, nombor telefon dan alamat penghantaran kepada ejen. Kemudian boleh buat pembayaran. Selepas pembayaran, Amway akan poskan iron ini kepada pelanggan.

Nak beli iron ni harganya RM1889 seunit. Tak perlu bayar kos penghantaran. Semua dah termasuk.

Kalau nak bayar secara ansuran pun boleh kalau anda ada kad kredit. Sebab boleh buat monthly payment secara EPP  5 bulan dengan kadar 0% profit rate. So tak rugilah kalau guna EPP pun.

Dalam kes saya, isteri saya sendiri adalah wakil jualan bagi Amway. So semua urus sendiri sahaja.

Set Iron Philips Amway saya sampai dalam tempoh 2 hari sahaja.

FREE GIFT – 1x Philips Ironing Board (Size XXL)

Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064

Untuk pembelian set Iron Philips Amway PSG6064 ni, pelanggan akan dapat sekali Philips Ironing Board secara percuma.

Bagi saya, bagus sangat sebab dapat sekali ironing board ni sekali.

1st sebab ia adalah jenama Philips. Maka rekabentuknya sesuai untuk kegunaan iron PSG6064 ni.

Ke-2 sebab permukaan ironing board ni luas saiz XXL. Bagi saya memang best kalau permukaan luas sebab nak iron pakaian jadi sangat mudah, cepat dan jimat masa. Kalau permukaan sempit, proses nak iron pun jadi lama sebab nak kena alihkan pakaian secara kerap.

Ke-3 sebab ironing board ni mahal. Kalau beli kat online pun harga RM189/set. Belum campur postage lagi.

Ke-4 sebab ironing board ni juga agak kukuh, rasa solid, besar dan stabil walaupun tak begitu berat. Kalau letak iron ni pun dia tak goyang. Kena take note ya iron ni kalau dah letak air dalam bekasnya, ia akan jadi berat.

Sarung / cover ironing board ni pun changeable. Anytime rasa nak tukar nanti atau bila dah nipis nanti boleh je beli kat MrDIY ker, Shopee ker.

Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064 iron board

UNBOXING

So bila unboxing apa jer yang ada?

Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
  1. Set Iron Philips Amway PSG6064
  2. Ironing Tray/Container – ini digunakan untuk proses pembersihan iron
  3. Manual book
  4. Philips Ironing Board size XXL

Basically, pelanggan akan dapat 4 barang di atas ini sahaja. Kalau beli kat Amway ni pelanggan akan dapat jenis plug 3 pin yang biasa sesuai digunakan kat Malaysia.

PENGALAMAN GUNA IRON PHILIPS AMWAY PSG6064

Iron bukanlah benda yang baru sangat. Jenis wap macam ni pun dah bertahun saya gunakan.

Ini review saya lepas dah 1 minggu gunakannya.

Pertama sekali, cara penggunaannya adalah sedikit berbeza dengan jenis lama yang saya gunakan. Yang dulu air perlu isi dekat iron tu terus. Untuk model ni, ada tangki air yang berasingan. So kena isi air kat tangki tu dulu.

Kedua, lepas dah isi air dan dah tekan suis on di plug kena tekan button on pula pada iron ni. So ini bagi aku eloklah sebab ada safety feature. Kalau dah tekan on kat plug pun ia tak terus panas melaikan lepas tekan button on kat iron tu.

Ketiga, kena tunggu 2 minit sebelum iron tu ready untuk beroperasi. 2 minit tu adalah untuk pemanasan iron. So bila kita iron nanti, memang flawless jer.

Ke-4, iron ni tak banyak button function pelik-pelik. Ia ada 2 function asas sahaja iaitu mod booster dan mod calc (untuk pembersihan). Tak pening nak pakai.

Ke-5, masuk proses iron baju pulak. Nak seterika pakaian guna iron ni senang sangat dan flawless. Letak jer pakaian atas ironing board, lepas tu iron macam biasa. Sesekali tekan button wap tu. Memang pakaian yang berkedut tu cepat jer licin. Serius.

Ada beberapa sebab senang nak iron guna iron Philips Amway PSG6064 ni antaranya:

  1. Iron ni cukup panas, tapi tak sampai buat pakaian terbakar. Ni memang gerenti pakaian takan terbakar ya.
  2. Pengeluaran wap on demand, tekan kat penekan tu jer wap akan keluar dan distributed dengan baik sekali. Tak sama dengan jenis biasa-biasa yang mana wap tu sentiasa keluar.
  3. Pressure wap hingga 8 bar lebih kuat berbanding model lama yang hanya 6.5 bar. Memang kadang-kadang rasa terangkat jugak iron tu kalau tekan button wap tu. Huhu.
  4. Ironing board dia besar dan stabil. So memang senang nak iron pakaian bila permukaan dia besar (seperti yang saya kongsikan di atas sebelum ni)
Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
Sebelum (berkedut)
Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
Selepas (hilang kedutan)

Ke-6, proses nak iron baju adalah lebih singkat berbanding iron-iron yang pernah saya gunakan sebelum ni. Mana taknya sebab nak iron pun senang dan cepat. Memang tak perlu banyak masa nak setelkan pakaian yang berkedut tu.

Ke-7, iron depan belakang pun licin jugak. Tak perlu nak iron dua-dua side sebab belah belakang pun akan licin sekali. Ini memang best sebab ia memudahkan sangat nak iron pakaian tu. Cuma jujurnya kalau nak lagi kemas, iron jer dua-dua side.

Ke-8, nak seterika baju memang rasa licin ‘silky smooth’ jer. Sorong jer kat pakaian senang jer nak seterika. Iron mahal memang rasa berbeza dan kenalah rasa berbeza dari yang lain.

Ke-9, guna iron ni terasa lebih ringan. Ini saya banding dengan iron saya sebelum ini begitu juga model lama GC8755. Iron lama saya tangki melekat sekali dengan iron. So iron tu memang terasa lebih berat. Begitu juga model lama GC8755 juga berat sikit berbanding yang baru ni.

APA CIRI & KELEBIHAN IRON PHILIPS AMWAY PSG6064?

Okay kat bawah ni saya share sikit apa ciri-ciri dan kelebihan iron Philips Amway terbaru ni:
Pelarasan Suhu Yang Bijak (OptimalTEMP Technology)

  1. Dengan teknologi ini, dah tak perlu lagi nak adjust suhu iron. Memang tiada setting suhu pun pada iron ni. Tahap pemanasan tu akan ikut pakaian yang ingin kita iron.
  2. Dijamin TIDAK AKAN TERBAKAR (No Burn Guaranteed). Disebabkan iron ini ‘bijak’ dalam pengawalan suhu dan menentukan pakaian yang ingin digosok, maka ia juga akan bertindak sensitif dalam pengawalan suhu hingga tidak menyebabkan pakaian anda rosak, hangit dan terbakar

Kuasa Pelepasan Wap (PreVelocity Technology)

  1. Wap akan dilepaskan daripada iron ini secara berterusan dan bertenaga bagi menghilangkan kedutan. Tetapi ia tidak sama dengan iron yang biasa kerana pelepasan wap iron ini sangat optimal. Maka anda tak perlu selalu top-up air ke dalam tangki air iron ini.
  2. Wap/stim dilepaskan secara beterusan 130g/minit dan steam boost sehingga 600g/minit
  3. Tekanan yang dapat dihasilkan daripada iron ini adalah sehingga 8 bar. Cukup kuat untuk menghilangkan kedutan pada pakaian dengan cepat. Pengalaman saya sendiri pakai iron ni sampai iron tu sedikit terangkat masa tengah iron. Huhu.

Pembersihan Mudah Untuk Mengekalkan Prestasi (Smart Calc-Clean)

  1. Bila melibatkan air, biasanya alatan begini akan ada potensi untuk tersumbat
  2. Fungsi Smart Calc-Clean ini dapat menyingkirkan kerak yang terhasil pada laluan paip iron ini, begitu juga fungsi pembersihannya dapat melindungi iron tersebut sekaligus mengekalkan prestasinya
  3. Ia bagi memastikan kualiti stim yang lebih baik dan iron anda dapat bertahan lebih lama
  4. Terdapat indikasi berlampu dan bunyi ‘beep’ memberi amaran kepada anda sekiranya pembersihan Smart Calc-Clean perlu dilakukan.

Seterika Dengan Mudah, Licin dan Sempurna (SteamGlide Advanced Soleplate)

Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
  1. Sebuah iron yang bagus dapat memudahkan dan mempercepatkan proses seterika pakaian.
  2. Iron ini dibentuk dengan coating 6 lapisan (patented) dengan lapisan titanium yang advanced untuk pengalaman seterika yang licin dan mudah.
  3. Lapisan iron tersebut juga tahan calar kerana bahan buatannya seperti poin no-2
  4. Tapak yang digunakan adalah jenis stainless steel bagi memastikan iron ini lebih kukuh dan tahan lasak

Rekabentuk Yang Lebih Kompak & Ringan (Compact & Lightweight Design)

  1. Design iron ini adalah lebih kompak, ringan dan minimalis berbanding model sebelumnya.
  2. Ia lebih mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana
  3. Mempunyai tangki 1.8 liter yang boleh ditanggalkan dan dipasang semula. Lebih mudah untuk isian semula air dan menyemak baki air dalam tangki.
  4. Kapasiti 1.8 liter tersebut boleh bertahan sehingga 1.5 jam jika digunakan secara berterusan.
  5. Nota tambahan: Untuk tangki iron ini adalah jauh lebih efektif berbanding iron yang mempunyai tangki built-in. Lebih menjimatkan air dan jimatkan masa. Iron jenis ini jauh lebih mudah digunakan berbanding yang menggunakan tangki built-in pada iron.

Jimat Elektrik & Penggunaan Lebih Selamat (Auto-Off Function)

  1. Wattage maksima bagi iron ini adalah 2400W sahaja dan tidak akan lebih daripada kadar tersebut
  2. Iron ini juga mempunyai fungsi auto-off untuk tujuan keselematan.
  3. Fungsi auto-off ini sangat praktikal dan selamat kerana jika anda TERLUPA untuk matikan iron anda, ia tetap akan dimatikan secara automatik.
  4. Ia dapat menyelamatkan rumah anda daripada risiko kebakaran, kecederaan pada anak-anak (begitu juga dewasa) dan penggunaan tenaga elektrik berlebihan akibat tercuai.

TIPS GUNA IRON PHILIPS AMWAY AGAR TAHAN LEBIH LAMA

Saya ada survey dalam internet berkenaan iron ini, ada juga yang berkongsikan beberapa tips agar iron ini tahan lebih lama. Saya kongsikan beberapa poin di bawah:

  1. Letakkan air (sebaiknya yang bertapis dengan air Cuckoo/Coway/JikSoo dsb) sahaja ke dalam tangki air iron Amway ini
  2. Sebolehnya elakkan air paip digunakan pada tangki air. Sebab air paip ada risiko kotor, kuning dan berkeladak
  3. Elakkan meletakkan bahan lain dalam tangki air seperti pewangi (perfume), pelembut, starch, sabun dan sebagainya bagi mengelakkan tangki air berlumut dan tersumbat
  4. Cuci tangki air setiap 2 minggu (fungsi CALC)
  5. Elak meletakkan iron di tepi tingkap yang terkena cahaya matahari direct agar tangki tidak berwap dan berlumut
  6. Jangan tunggu tangki air kosong untuk diisi semula untuk elak risiko pam rosak
  7. Setelah selesai menggunakan iron, buang air di dalam tangki (tips daripada Philips). Ini bagi mengelakkan kerak dihasilkan begitu juga keladak.
  8. Letak iron di tempat yang selamat, jauh dari kanak-kanak dan risiko terjatuh dan rosak akibat terjatuh.
  9. Tak perlu letak air dalam tangki hingga terlalu penuh

CARA BERSIHKAN IRON PHILIPS AMWAY (CALC CLEAN)

Untuk melakukan proses pembersihan dengan iron Phiips Amway ni mudah sahaja, hanya dengan menggunakan fungsi CALC-Clean.

Sekiranya amaran ‘beep’ untuk pembersihan telah dibunyikan, ia adalah petanda bahawa iron anda perlu dibersihkan dengan fungsi CALC Clean

Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Ambil bekas putih (ia tersedia dalam kotak iron anda)
  2. Letak iron di atas bekas putih tersebut
  3. Tekan butang CALC Clean
  4. Biarkan selama 2 minit sehingga proses pembersihan selesai dilakukan
  5. Apabila pembersihan selesai, ‘beep’ akan dibunyikan

Pastikan anak-anak anda tidak ada berdekatan dengan iron tersebut kerana semasa proses CALC Clean, wap akan dikeluarkan daripada iron tersebut dengan kencang.

Setelah selesai proses CALC Clean, air yang ada di dalam bekas putih tersebut boleh dibuang.

BERBALOI TAK BELI IRON PHILIPS AMWAY PSG6064? SIAPA PATUT PAKAI?

Jika anda tanya kepada saya sama ada pelaburan ini adalah berbaloi atau tidak, jawapan peribadi saya: Sudah pasti ia berbaloi JIKA anda

  1. Perlu seterika pakaian dengan kerap untuk tujuan kerja, pakaian sekolah anak, pergi masjid, pergi berjalan dan sebagainya
  2. Suka pakaian yang nampak cantik, segak dan licin
  3. Inginkan pengalaman seterika baju yang lebih mudah, cepat, licin dan menyeronokkan
  4. Yang sibuk dan ingin jimatkan masa seterika pakaian. Ini sangatlah benar. Masa 30-40 minit yang diperlukan untuk iron biasa, anda hanya perlu masa sekitar 10~15 minit sahaja dengan iron Philips Amway ini
  5. Ingin seterika yang mudah pakai dan tak banyak setting (turun naik suhu dsb)
  6. Yang tak berapa pandai iron pakaian, guna iron ni terus jadi ‘auto pandai’ sebab senang sangat nak guna. Memang pengalaman yang JAUH BERBEZA dengan iron biasa.
  7. Ada bajet mencukupi untuk membeli iron ini

Untuk saya sendiri sebagai seorang lelaki, guna iron berwap ni buat saya rasa lebih rajin iron baju sendiri. Sebab nak iron tu sangat cepat, jimat masa dan mudah. Huhu.

Nak pergi meeting, keluar berjalan, balik kampung, pergi masjid pun rasa lebih segak dan hensem sebab baju licin dah iron. Wife saya pun happy dapat guna iron ni atas sebab yang sama.

GAMBAR BERKAITAN

Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
Ini gambar masa set iron ni baru tiba di rumah
Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
Gambar kotak dari sudut yang berbeza
Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
Gambar buku manual iron Philips Amway
Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064 buku manual
Gambar buku manual iron Philips Amway
Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
Gambar kotak iron dari sudut tepi
Philips AMWAY PerfectCare Steam Generator PSG6064
Gambar iron Philips Amway

BAGAIMANA NAK BELI IRON PHILIPS AMWAY PSG6064 NI?

Untuk pembelian, boleh contact sahaja ejen Amway. Kalau anda baca tulisan saya ini, sudilah untuk tempah terus daripada isteri saya yang juga merupakan wakil jualan iron Philips Amway ini.

Harganya hanyalah RM1889.00 sahaja.
Boleh juga beli secara ansuran EPP (perlu ada kad kredit).

Jika anda berminat, boleh hubungi Puan ‘Izzah 0132775539 atau klik www.wasap.my/60132775539/AmwayFadhilk

Terima kasih kerana sudi membaca!

Saya Beli OXITECH Pulse Oximeter – Covid19…..

Saya Beli OXITECH Pulse Oximeter – Covid19…..

Assalamu’alaikum wbt semua. Rasa lama dah tak menulis kat blog saya ni. Harini saya nak share sikit pengalaman saya beli OXITECH Pulse Oximeter ni. Bawah saya intro sikit okay!

Kita dah lalui masa lebih dari tempoh 1 tahun bersama pandemic Covid19 sekarang. Manakala kes harian di negara kita sekarang dah mencecah melebihi 20,000 kes sehari. Semua ni buat kita risau. Lagi-lagi dengan varian-varian terbaru Covid19 termasuk varian Delta, Lambda dan sebagainya yang semakin mengganas.

So itulah sebabnya saya decide untuk beli Oximeter ni sebuah. Tapi kenapa? Kat bawah ni saya share sikit sumber dari KKM berkenaan gejala Covid19 dan kaitan Covid19 dengan beli oximeter.

Antara gejala atau tanda Covid19 menurut KKM / Ministry of Health Malaysia termasuklah

  • Demam berpanjangan
  • Kelesuan bertambah teruk
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit dada
  • Bibir atau jari kebiruan
  • Tak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut
  • Batuk, muntah atau cirit-birit yang semakin teruk serta kencing kurang

*Sekiranya anda mempunyai masalah di atas, segera hubungi 999

Menurut KKM juga, terdapat satu fenomena dalam kalangan pesakit Covid19 yang disebut dengan ‘Hyper Hypoxia’.

Happy hypoxia di kalangan pesakit COVID-19 bukan merupakan satu entiti penyakit. Ia adalah keadaan di mana pesakit COVID-19 dalam Kategori 4 (pesakit mengalami pneumonia/radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) tidak menyedari mereka mempunyai kadar oksigen yang rendah dalam badan.

Sumber: https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/happy-hypoxia-di-kalangan-pesakit-covid-19

Dikatakan dalam infografik yang disediakan oleh KKM bahawa biasanya orang yang mengalami oksigen rendah dalam badan akan mengalami simptom SUSAH BERNAFAS.

Tapi BERBEZA dengan pesakit Covid19 yang mengalaminya pada tahap 4 / stage 4 (tahap teruk) perlukan bantuan oksigen, namun mereka hanya mengalami rasa lesu TANPA RASA SUSAH BERNAFAS.

Kenapa Saya Cari Pulse Oximeter?

Sebab apa saya cari benda ni? Tujuannya tak lain tak bukan supaya dalam keadaan kecemasan, saya dapat semak tahap oksigen dalam badan saya, isteri dan anak-anak.

Dengan kadar Covid19 lebih 20,000 sehari, rakyat Malaysia secara umumnya semakin terdedah dengan Covid19. Namun semoga kita semua dijauhkan daripada menghidap Covid19 ini, amiin.

Pulse Oximeter ini apa benda?

Pulse Oximiter ini adalah satu alat untuk semak secara tepat kadar kepekatan oksigen dalam darah dan untuk cek kadar nadi denyutan jantung kita. Secara umumnya, informasi ini dapat membantu untuk kita semak kondisi diri kita semasa sedang bersenam, apa-apa sahaja aktiviti harian atau semasa dalam penerbangan.

Sekarang sebab ‘Happy Hypoxia’ ni pulak, kita kena lebih berhati-hati. Kena cek tahap oksigen dalam darah kita sebab termasuk gejalanya adalah hanya rasa lesu tapi tak rasa sesak nafas. Tengok infografik di bawah.

 

Cara Guna Pulse Oximeter – Dr Sakinah Sulong

Dr. Sakinah Sulong – Faktor Bacaan Tak Tepat & Tip Berkaitan Penggunaan Pulse Oximeter

  1. Saiz – model ini untuk adult. Untuk kanak-kanak kena guna saiz lain
  2. Jari mesti kering
  3. Aliran darah (normal) – Tahap hemoglobin rendah boleh bagi effect pada bacaan
  4. Bila ambil tekanan darah belah kiri, pastikan cek SpO2 di tangan kanan
  5. Pastikan pesakit / orang yang sedang ambil ujian SpO2 ini tidak bergerak. Banyak pergerakan akan ganggu bacaan
  6. Seelok-eloknya disukat (device ini diletakkan) pada paras dada
  7. Bacaan oksigen bawah 95%, sila dapatkan bantuan daripada doktor

 

Kenapa OXITECH Pulse Oximeter?

Jawapan senang saya terima daripada review-review orang di internet, satu jer. Sebab yang ni trusted dan lebih accurate. Huhu.

Ada sebahagian jenis yang murah-murah ada dijual di pasaran, walaupun harganya murah tapi dikatakan kiraannya tak accurate. Bahkan bila letak pensel pada Oximeter tu pun, Oximeter tu boleh detect ada denyutan nadi 😂

Itu sebabnya saya terpaksa berhati-hati untuk beli Oximeter ni dan saya tengok review dulu orang-orang yang dah beli. Benchmark yang biasa saya dapat adalah, beli yang harga sekitar RM100 dan ke atas.

Saya beli Oxitech Pulse Oximeter ni di Shopee jer pada harga RM110. Cuma dah habis stok lak harini. Korang try la klik lagi link ni kot-kot masih ada stok lagi –> https://shopee.com.my/Oxitech-Oximeter-Fingertip-Pulse-Oximeter-SPO2-monitor-MDA-Approved-1-Year-Warranty-Blood-Oxygen-Monitor-Oxymeter-i.243491182.8468585719

Oxitech Pulse Oximeter Features:

1) Can measure SpO2 and (Pulse Rate/Heart Rate) accurately
2) SpO2 and (Pulse Rate/Heart Rate) display, bar graph display
3) Battery voltage low indication
4) Shut off automatically when no signal

Kat bawah ni saya share la sikit gambar Oxitech Pulse Oximeter yang baru sampai ni ya. Hehe

Kena letak jari kat sini, bagi kena lampu infrared merah ni

Kiraan oksigen dalam yang nombor 98 tu atau disebut SpO2, BPM / PR tu pulak kiraan nadi kita. PI tu maksudnya Perfusion Index.

Dalam infografik kat atas ada sebut, SpO2 tu kena 95% dan ke atas. Kalau bawah 95% dah kena hati-hati. Apa-apa pun, rujuklah pada yang pakar.

Ni dalam kotak. Siap dapat bateri, manual dan tali gantung.

Saya dah try dekat pensel macam yang disebut oleh Netizen, memang tak jadi. Hehe. Buat kat jari jer menjadi. So alhamdulillah, so far rasa okay dengan pembelian ni.

InsyaAllah jumpa dalam next post guys!

Unboxing & Review – Deebot Ozmo Slim11 Robotic Vacum

Unboxing & Review – Deebot Ozmo Slim11 Robotic Vacum

Sapu! Sapu! Mop! Mop! (Khas untuk korang yang alergik habuk – Ini review semata-mata)

Umpama “bibik” yang ada 24 jam di rumah korang, tapi yang ini lebih kecil dan korang hanya perlu bayar sekali sahaja.

Seperti yang aku janjikan semalam. Harini aku share video unboxing DEEBOT OZMO SLIM11.

Aku share apa yang ada dalam kotak ni, dan bagaimana benda ni berfungsi?

Ini adalah Robotic Vacuum yang makin banyak digunakan oleh muda mudi zaman sekarang.

Benda ni seolah-olah satu robot yang akan merayap di atas lantai, karpet dan segala celah-celah yang ada dalam rumah korang untuk kutip habuk dan kotoran yang ada di atas lantai.

Selain itu, benda ni juga dapat tolong mop sekali lantai rumah korang.

Sooo…. Tak payahlah nak sapu dan mop lantai hari-hari. Haha. Licin berkilat jer lantai rumah korang nanti.

DAN! Tak perlu lagi korang tertonggek-tonggek nak sapu dan mop bawah katil, bawah sofa rumah korang. Letak jer Deebot ini dalam bilik dan tutup pintu. Biar dia selesaikan kerja korang.

Dan sebenarnya boleh tahan juga habuk yang boleh dikutip oleh Deebot Ozmi Slim 11 ni tau. Sebab habuk-habuk halus yang ada atas lantai semua dia sapu dan vacum. 

Kalau kita pasang mop, dia akan berfungsi juga bersihkan lantai guna mop yang disediakan dalam kotak ni. Memudahkan sangat.

Habuk yang dikutip dalam 2-3 hari sahaja. Banyak kan?

Pada aku, benda ni memang sangat memudahkan dan meringankan beban. Seronok jer kalau jalan pun tak ada rasa habuk-habuk melekat atas kaki walaupun tak sapu lantai. Serius lah.

Dan di samping itu, Deebot Ozmo Slim 11 ni juga disediakan dengan remote control jika anda nak kawal gunakan remote control yang disediakan.

Ia juga lengkap dengan aplikasi telefon bimbit (mobile app) Android yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store. 

Untuk golongan suami, ini hadiah yang bagus untuk korang beli untuk isteri-isteri korang tau. Kalau golongan isteri nak beli sendiri pun lagi bagus. Hihi.

Selamat menonton!

__

Tahniah isteriku Nurul ‘Izzah Zaidi sebab beli guna duit sendiri. Hihi :p

Klik sini untuk lihat produk ini di Lazada. 

Review Buku Crushing It Oleh Gary Vaynerchuck – 2018

Review Buku Crushing It Oleh Gary Vaynerchuck – 2018

REVIEW BUKU ‘CRUSHING IT’ OLEH GARY VAYNERCHUCK

 

Buku Crushing It ini ditulis oleh Gary Vaynerchuck yang merupakan seorang usahawan di Amerika Syarikat dan seorang personaliti internet yang sangat terkenal di media sosial.

Sebelum buku ini ditulis, Gary Vee pernah menulis buku dengan judul yang hampir sama iaitu ‘Crush It’ pada tahun 2009 dan buku itu telah berada di tangga pertama di Amazon sebagai buku yang mengajar pemasaran internet (Web Marketing).

Penulis buku ini telah menjadi inspirasi kepada ramai anak muda di seluruh dunia kerana banyak motivasi yang telah dikongsikan oleh Gary Vee dalam media sosial termasuk Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat, YouTube dan sebagainya, dan semuanya diberikan dengan sangat konsisten dan berkualiti membuatkan ramai orang yang suka mengikuti beliau di internet.

Buku yang berada di hadapan anda ini seolah-olah sambungan kepada buku pertama yang disebutkan tadi iaitu Crush It. Saya tak berani nak komen panjang part ni sebab saya belum baca buku Crush It tersebut, cuma tahu daripada review pembaca sahaja.

Buku ‘Crushing It’ ini secara umumnya adalah satu buku yang akan mengajar anda berkenaan pemasaran konten dan bagaimana kita boleh leveraj dan mengoptimumkan bisnes anda dengan kuasa branding yang sangat kukuh di dunia internet dan media sosial.

Kata penulis, ramai orang yang tidak mengoptimumkan seluruhnya segala media sosial yang ada dalam internet sehinggakan ada sebahagian platform yang ‘under valued’ oleh ramai orang dan usahawan , bahkan ia masih sempat dikuasai jika kita mulakan terlebih dahulu.

crushing it gary vaynerchuck

Cara biasa yang orang sekarang gunakan adalah fokus kepada satu atau dua sahaja media sosial di internet. Biasanya kalau dah guna FB, Instagram tak fokus. Kalau dah fokus di Instagram, FB tak fokus. Twitter dan YouTube tak sentuh langsung. Maka, sebenarnya banyak lagi sasaran yang masih belum kita sentuh.

Katanya lagi, setiap media sosial yang ada di dunia internet ini perlu diberikan perhatian kerana ia digunakan oleh golongan-golongan yang berbeza. Maka ini bermaksud kita perlu berinteraksi dengan setiap media sosial ini dengan kaedahnya sendiri. Jangan sekadar copy-paste sahaja semua apa konten yang kita tulis di semua media sosial. Ini salah. FB ada caranya. Instagram ada caranya. Twitter ada caranya. Youtube ada caranya. Podcast ada caranya. Blog ada caranya, dan pelbagai lagi.

Bahkan setiap media sosial seperti yang diterangkan di atas mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri, yang mana jika kita mengoptimumkan kesemuanya kita akan dapat menyempurnakan segala lopong-lopong kelemahan yang terdapat pada kelemahan media sosial tersebut.

crushing it gary vaynerchuck

MATLAMAT BUKU INI?

Apa matlamat kita kena buat semua ini?

Simpel.

Matlamatnya adalah supaya brand kita kukuh dan ‘kita’ sentiasa berada di mata audiens.

Ya.

24 jam sehari, setiap kali audiens bangun dari tidur, pergi kerja, balik kerja, duduk berehat dan sebagainya. Setiap media sosial yang mereka buka, pasti akan ada konten yang mereka boleh dapat manfaat yang berasal dari kita.

Buku ini juga agak ‘motivational’ pada saya, dan beliau sangat anti kepada sikap pemalas dan kuat bagi alasan.

Ingatkan sikap pemalas dan kuat bagi alasan ni hanya ada di Malaysia. Rupanya di negara dia pun sikap ni jadi masalah utama.

Ya lah. Ramai orang suka bagi alasan cakap “Susahlah”, “Penatlah”, “Bosanlah”, “Tak ada duit” dan pelbagainya padahal semua tu bukanlah alasan utama. Alasan utama hanyalah sebab kita yang malas, kita yang kuat bagi alasan, kita malas berfikir, kita malas cari alternatif, asyik nak bergantung pada orang lain sahaja.

Semua masalah dalaman kita sangat penting untuk kita selesaikan untuk berjaya dalam hidup. Mana ada orang yang berjaya tapi malas macam lembu. Haha. Melainkan kalau anak orang kaya, itu mungkin lah. Kita yang biasa-biasa ni janganlah berlagak macam anak orang kaya. Usaha lebih dan jangan beralasan untuk capai apa yang kita nak dalam hidup.

crushing it gary vaynerchuck

TAMBAH FOLLOWERS?

Antara benda best juga bila dah baca buku ni adalah kita akan faham kenapa ramai usahawan berebut nak tambah followers dalam media sosial dan usaha nak dapatkan perhatian influencer.

Tujuannya: FREE Marketing! Orang akan nampak bisnes kita. Lebih ramai orang nampak bisnes kita, lebih besar peluang untuk kita dapat lebih ramai pelanggan.

Ya, penulis buku ini sangat pro kepada pengiklanan percuma. Cara yang diajar dalam buku ini dapat bantu anda untuk bina brand anda sendiri dan kebanyakan cara yang diajar adalah percuma. Tak perlu nak keluar duit untuk ads bagai.

PS: Tapi kena faham lah, free marketing ni bukan senang-senang kita nak tambah followers. Konten yang kita kena bagi mestikah powerful dan konsisten, baru orang nak follow kita. Kalau konten pun macam sampah, tak bagi benefit siapa nak follow.

Penulis juga sering cakap pasal anak muda dengan media sosial. Ramai anak muda sekarang yang ‘melekat’ dengan media sosial. Tapi jangan sekadar itu sahaja. Cuba ‘monetize’ media sosial sebaik mungkin, jadikan minat anda terhadap media sosial itu sebagai punca pendapatan percuma!

crushing it gary vaynerchuck

CARA PENULISAN BUKU

Cara penulisan buku ni pada saya agak tersusun, rapi dan ada banyak case study.

Ia juga dibahagikan kepada beberapa segmen.

Bahagian awal buku ini kebanyakannya cerita pasal motivasi dan apa yang berkaitan dengannya.

Bahagian seterusnya pula fokus pada setiap media sosial, bagaimana cara nak optimumkan dan case study orang yang berjaya gunakan media sosial tersebut hingga berjaya.

Untuk setiap media sosial, beliau akan bahagikan lebih kurang seperti berikut:

  1. Basic Intro – Intro asas mengenai media sosial tersebut
  2. 101 – Asas cara guna media sosial tersebut
  3. 201 – Advanced cara guna media sosial tersebut
  4. Imagine This – Bagi kita faham implikasi terhadap satu-satu metod atau teknik yang diajar
  5. How I Crushing It – Case study ‘anak-anak murid’ Gary Vee, atau pembaca bukunya yang dah berjaya ikut teknik yang diajar dalam buku ini

 crushing it gary vaynerchuck

REKEMEN

Kalau anda tanya saya, adakah berbaloi melabur RM89.90 untuk beli buku ini.

Saya akan jawab ya, kalau anda nak bina brand anda di media sosial.

Buku ni penulisannya simple dan mudah faham. Sedikit-sebanyak buku ini akan memberikan anda input yang baik untuk mulakan.

Bahkan, buku ini baru je keluar tahun ni (2018). So saya rasa ramai lagi yang tak baca. Sementara ramai yang belum optimize ilmu yang ada dalam buku ni, apa kata kalau anda mulakan dahulu. Kan?

Saya beli buku ni pada harga RM89.90 beberapa minggu lepas. Saja beli sebab rasa gian nak beli buku tu datang. Haha. Kalau beli di laman web www.bookdepository.com/ anda boleh dapat pada harga RM73.06 sahaja. Jimat dekat RM20 dah kat situ. Harga termasuk pos ke Malaysia. Tapi ambil masa sikit nak sampai. Kalau boleh sabar, beli je di situ. Jimat sikit.

Sebelum ni saya baca buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin. Buku ini pula menyempurnakan apa yang saya dah baca sebelum ni.

Sekian dari saya.

Wan Ahmad Fadhil,
Pencinta Buku Bisnes.

 

Review Buku: Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin

Review Buku: Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin

Rahsia Bapa Viral Kebangsaan Oleh Khairul Hakimin
Saya suka baca buku bisnes.
 
Setiap kali ke kedai buku je, mesti saya pergi ke ruangan bisnes.
 
Tak percaya, tanya isteri saya. Dia pun dah naik menyampah. Kahkahkah.
 
2 minggu lepas, saya pergi ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam lepas selesai pergi kelas saham.
 
Masa tengah meneroka lautan buku di sana, saya terserempak dengan buku ni.
 
Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin Muhammad.
 
Sebenarnya, dah lama saya perasan pasal buku ni.
rahsia bapa viral kebangsan
 
Tapi entah mengapa, masa tu pula terdetik nak beli.
 
Oh ya, masa tu ada promosi beli 3 buku RM50.
 
Terus saya beli buku ni di booth Thukul Cetak.
 
Buku ni antara buku yang sangat baik untuk memperbaiki penulisan kita di media sosial.
 
Banyak tips yang dikongsikan tersangatlah simple, tapi praktikal.
 
Baca sehari pun boleh habis.
 
Sebab ada dalam 100 muka surat sahaja.
 
Kalau saya jumpa Khairul Hakimin, saya nak cakap dekat dia
 
“Tuan, you make my day.
 
Terima kasih atas segala perkongsian tips dalam buku Tuan.
 
Buku Tuan memang best gila untuk saya.”
 
Sekian ulasan saya pasal buku ni.
 
Nak lebih-lebih, baca sendiri. Haha.
 
 
Fadhil,
Suka Beli Buku