Bagaimana Cara Kami Pergi Umrah DIY? Murah Ke?

Bagaimana Cara Kami Pergi Umrah DIY? Murah Ke?

Assalamu’alaikum wbt. Dah lama saya tak buat perkongsian berkenaan rehlah Haramain, pergi ke Mekah untuk ibadah Umrah dan ke Madinah untuk ziarah Masjid Nabawi dan maqam Rasulullah s.a.w. 

Untuk posting ni, saya nak share berkenaan pengalaman saya dan isteri pergi ke Mekah dan Madinah untuk tujuan Umrah secara DIY selama 13 hari 12 malam. Ini adalah pengalaman ke-2 kami bersama-sama pergi ke Tanah Haram. Yang pertama adalah untuk mengerjakan Haji pada tahun 2017 / 1438H dan yang kedua adalah untuk ibadah umrah pada tahun 2022. 

Saya dah isteri dah lama nak pergi menunaikan Umrah sejak pertama kali kami pergi bersama pada 2017. Nak pergi tahun 2020 dan 2021, pada masa itu kita masih berada dalam pandemik. Untuk tahun 2022 asalnya tiada perancangan nak pergi pun.

Tetapi sebab dah lama berangan, rasa rindu dan teringin nak pergi lagi menunaikan ibadah Umrah maka kami decide untuk pergi ke Tanah Haram. Saya akan kongsikan di bawah apa proses yang telah kami lalui untuk pergi menunaikan Umrah secara DIY pada tahun lepas.

KENAPA UMRAH DIY?

Kami pada asalnya memang nak pergi melalui travel agency sebab bagi saya sendiri, pergi dengan travel agency lah yang paling mudah. Kalau ikut travel agency, kita dah

  • Tak perlu uruskan perhotelan
  • Tak perlu uruskan tiket flight
  • Tak perlu uruskan pengangkutan
  • Tak perlu nak uruskan visa
  • Tak perlu nak rancang perjalanan dengan teliti
  • Tak perlu berurusan dengan orang Arab di sana
  • Tak perlu nak pening cari hotel dan flight pada harga paling berpatutan

Banyak urusan yang susah, remeh dan memenatkan semuanya diuruskan oleh travel agency! Namun, saya perasan bermula tahun 2020 ke atas kos untuk pergi menunaikan ibadah Umrah telah meningkat dengan sangat signifikan. 

Saya pergi Umrah pada penghujung 2018 (Disember) hanyalah sekitar RM5500+ dekat RM6000. Tetapi untuk tahun 2019, kos umrah mencecah RM7500 hingga RM10,000 seorang. Kalau tempah bilik berdua suami isteri, kos pastilah lebih tinggi. 

Kemudian, banyak travel agency juga yang fully booked. Kami perlu pilih travel agency yang sediakan pakej umrah dengan kos yang sederhana. Begitu juga pada tarikh yang sesuai supaya si isteri tidak perlu menggunakan pil perancang haid. 

Maka atas sebab itu, saya dan isteri turut terfikir alternatif untuk pergi menunaikan umrah secara DIY kerana dengar ramai yang sebut bahawa umrah DIY ni lebih ‘murah’. Kami pun buat calculation, bagi saya sebenarnya ia boleh jadi lebih murah tetapi tidaklah terlalu murah berbanding mengikut travel agency. 

Kalau kita beli tiket flight, sewa bilik hotel yang ditempah melalui laman online harganya adalah harga pasaran. Travel agency pula berbeza, mereka dapat bilik hotel dan tiket penerbangan pada harga yang lebih murah kerana mereka adalah travel agency. Kelebihan pada TA mereka dapat cari hotel pada lokasi yang lebih strategik pada harga lebih rendah. 

Seperti saya nyatakan di atas beberapa kelebihan pergi ikut travel agency, maka masalah bila pergi Umrah DIY adalah kita PERLU buat semua perkara tersebut. 

Bagi sebahagian orang yang lebih adventurous, mereka lebih prefer DIY atas sebab tersebut juga sebab suka nak susun perjalanan sendiri dan tak suka nak ikut perancangan travel agency. Tidaklah salah dan pasti ada kelebihannya juga.

Lepas dah survey, dah cari tarikh, dah buat kira-kira maka kami decide untuk pergi umrah secara DIY. 

Actually saya pun agak takut juga nak pergi DIY ni sebab takut kena tipu dengan pihak perhotelan di sana. Sebab dengar cerita pada masa tu ramai yang hotel tiba-tiba kena cancel oleh pihak hotel secara tiba-tiba yang ikut travel agency. Dan takut juga semua hotel penuh. Harga tiket naik mendadak dan sebagainya. Perlu tawakkal kepada Allah. 

Proses nak buat costing, survey flight dan hotel dan sebagainya adalah SANGAT MEMENATKAN dan time consuming jika kita nak jimatkan kos. Walaupun ia nampak simple, tetapi ia tidaklah begitu mudah. Cabaran nak kombinasi dapatkan kos termurah untuk lokasi hotel yang strategik dan tarikh penerbangan yang sesuai. Melainkan jika kita ada bajet dan tak terlalu kisah dengan kos keseluruhan, maka nak uruskan umrah DIY ini adalah lebih mudah. 

PERANCANGAN UMRAH DIY

Untuk pergi umrah secara DIY, perancangan perlu dilakukan dengan rapi sebab kami bukan sekadar nak pergi ke Haramain, nak uruskan diri dan logistik di sana. Bahkan kami juga perlu meninggalkan kami anak-anak di Malaysia. 

Saya senaraikan apa checklist sebelum dan semasa pergi Umrah:

  1. Pembelian tiket flight
  2. Booking Hotel di Mekah dan Madinah
  3. Transportation: Keretapi laju (HHR Haramain Highspeed Rail) dari Jeddah -> Madinah -> Mekah -> Airport Jeddah
  4. Transportation: Stesen keretapi ke Hotel dan Hotel ke stesen keretapi
  5. Pembelian Visa untuk 2 orang
  6. Aktviti dan ziarah di Mekah dan Madinah
  7. Makan minum
  8. Kursus umrah/ulangkaji ilmu umrah
  9. Persediaan pakaian dan barang-barangan untuk ke Tanah Haram
  10. Persediaan untuk tinggalkan anak-anak di Malaysia
  11. Pengurusan kewangan semasa di Haramain
  12. Nak beli kurma, kat mana murah?
  13. Belanjawan Umrah DIY

Untuk pengetahuan semua, saya dan isteri pergi trip Umrah kali ini adalah selama 13 hari 12 malam. Masa lebih sikit berbanding tempoh biasa trip Umrah pakej travel agency iaitu 10 hari 9 malam. 

Saya akan terangkan satu persatu poin di atas ini. 

1. Pembelian Tiket Penerbangan / Flight Ticket

Untuk membeli tiket penerbangan, saya beli secara online sahaja melalui laman web Skyscanner http://skyscanner.com.my. Dan ikutkan boleh juga kalau nak beli tiket penerbangan secara langsung di laman web Malaysia Airlines, Saudia dan sebagainya tapi biasanya kos lebih mahal. 

Untuk pembelian tiket penerbangan di Skyscanner, kita Skyscanner dapat carikan penerbangan yang paling murah untuk kita tempah melalui mana-mana syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan dari Malaysia – Arab Saudi – Malaysia. 

Untuk pembelian tiket di Skyscanner, pastikan kita pilih vendor yang trusted, ada banyak review yang bagus. Beli secara online di Skyscanner adalah selamat dan anda tak perlu risau.

Cuma yang penting, kita perlu pastikan:

  • Tarikh penerbangan yang betul
  • Semak jika checked baggage dah termasuk ke belum. Kalau termasuk, semak berapa kilogram. Kalau boleh dapatkan 25kg ke atas. Saudia biasanya bagi hanya 23kg sahaja.
  • Semak syarat bagasi. Kalau tiket beli sendiri ni biasanya untuk 1 orang boleh bawa 1 beg sahaja. Ia berbeza kalau ikut Travel Agency, biasanya boleh bawa lebih. Semua TA uruskan. 
  • Kalau kita nak beli banyak barang untuk bawa balik Malaysia, pastikan add on baggage allowance siap-siap. Kalau add on selepas dah beli tiket flight, harganya melambung tinggi. Pengalaman saya cek hingga RM700+ untuk 1 beg 23kgÍ›
  • Semak jika boleh pilih tempat duduk atau tidak. Kalau tak boleh pilih, kita perlu tambah duit kalau nak beli tempat duduk. 
  • Semak polisi untuk cancellation atau kemungkinan flight delay
  • Cek terms and condition

Nota penting! Nak beli tiket flight, jangan sekadar tengok kos penerbangan murah sahaja. Pastikan kos penerbangan yang murah itu tally dengan kos hotel di Mekah dan Madinah.

ELAK beli tiket penerbangan ketika Saudi tengah musim cuti sekolah sebab kos hotel ketika itu berpotensi meningkat dan melambung tinggi walaupun kos penerbangan yang anda survey ketika itu adalah pada harga yang terendah. 

Perlu ingat bahawa kos penerbangan dan kos hotel memakan kos PALING TINGGI bagi perjalanan umrah. 

Maklumat tambahan. Pembelian tiket penerbangan di Skyscanner sememangnya lebih murah. Tetapi jika kita beli tiket secara langsung melalui laman web Malaysia Airlines, Saudia dan sebagainya pasti ada kelebihannya tersendiri. After sales service untuk pembelian direct adalah lebih terjaga. Kalau beli di Skyscanner, jika perlu buat perubahan tarikh dan sebagainya tak boleh direct dengan syarikat penerbangan. Kena hubungi vendor sahaja. 

Untuk penerbangan umrah yang lalu, saya telah menaiki pesawat Saudia. Bagi saya, pesawat Saudia hanyalah biasa-biasa sahaja. Seat penumpang tidaklah lebih luas berbanding syarikat lain bahkan standard sahaja. 

tiket penerbangan umrah DIY

Jika ada rezeki nak pergi lagi nanti, saya nak usahakan naik Malaysia Airlines pula. InsyaAllah. 

umrah diy airport naik saudia
Di airport KLIA tunggu waktu penerbangan.
umrah diy airport naik saudia
Dalam kapal terbang Saudia. Pilih seat kat sini dapat ruang kaki yang luas.
umrah DIY suasana kapal terbang pada waktu malam
Suasana di waktu malam dalam kapal terbang. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Arab Saudi.
umrah diy kapalterbang Saudia
Dalam kapal terbang Saudia
umrah DIY tempat ambil air zamzam
Tempat ambil air zamzam di airport Jeddah
umrah diy airport Jeddah
Timbang berat beg. Limit beg hanyalah 23 KG sahaja bila naik Saudia. Kalau 30 KG lagi best. Huhu.
umrah diy dalam kapalterbang saudia
Dalam kapalterbang Saudia
umrah diy dalam kapalterbang
Kasi can sikit 🤣
umrah diy airport jeddah
Airport Jeddah
umrah diy airport jeddah 2
Airport Jeddah
umrah diy fadhil saudia kapalterbang 1
Dalam kapal terbang melihat ke bawah
umrah diy fadhil di stesen keretapi 1
Di airport nak balik ke Malaysia
umrah diy fadhil makanan saudia 1
Makanan dalam kapal terbang Saudia

2. Booking Hotel di Mekah dan Madinah

Tempahan hotel di Mekah dan Madinah saya buat melalui laman web booking.com dan agoda.com sahaja. Kebanyakan laman web seperti booking.com, trivago, hotels.com dan sebagainya juga memberikan harga yang tidak jauh beza. Hotels.com kadang kala nampak harga lagi murah, tapi masa nak check out rupanya ia murah sebab kos cukai belum dimasukkan lagi. 

Nak tempah bilik hotel, saya dah survey dalam groups FB Umrah DIY. Ramai sarankan beli dari laman web booking.com berbanding yang lain sebab maklumat tempahan yang dilakukan melalui booking.com adalah lebih mudah diakses oleh pihak hotel berbanding laman web lain. 

Kita nak pergi umrah, kita tak nak banyak terlibat dalam pengurusan check-in dan sebagainya hingga melambatkan proses check-in. So kalau harganya lebih sikit pun saya kira ok sahaja jika proses tempahan dan check-in itu lebih mudah. 

Pastikan kita print out booking details sebelum berlepas ke Haramain bagi memudahkan urusan check-in hotel. 

Baik seterusnya, berkenaan dengan kos hotel dan jarak juga perlu kita semak dengan teliti. 

Nak booking hotel biasanya hujung tahun, bulan Ramadan dan musim cuti kosnya adalah lebih tinggi berbanding biasa. Maka kita perlu bijak memilih tarikh tempahan bilik hotel. Jangan terkejut jika kos hotel yang berhampiran masjidil Haram dan masjid Nabawi mencecah RM600 hingga lebih RM1000 untuk satu malam. 

Ya. 

Itu adalah kos satu malam jika anda tempah hotel yang berdekatan dengan masjidil Haram dan Nabawi. Ia tidak murah. Jika lokasi lebih jauh, kos akan semakin rendah tetapi bergantung juga dengan kualiti hotel tersebut.

Tetapi ada juga hotel yang jarak walking distance menawarkan harga sekitar RM300~RM500 untuk satu malam. Kena rajin survey setiap masa (ini kerja yang memenatkan). 

Hotel Di Madinah #1: Nusk al-Madinah

Hotel pertama yang kami tempah adalah Nusk al-Madinah. Kami bermalam di sini hanya 1 malam sahaja kerana rancang untuk cari hotel murah secara walk-in ketika berada di Madinah.

Namun secara peribadi, saya sarankan untuk tempah hotel siap-siap dari Malaysia dan tak perlu walk-in untuk pengalaman Umrah yang lebih selesa dan tidak memenatkan.

umrah diy hotel nusk al madinah
Hotel kami menginap pada hari pertama
umrah diy hotel nusk al madinah
Bilik dalam hotel Nusk al Madinah
umrah diy hotel nusk al madinah
Bilik air hotel
umrah diy lobi hotel nusk al madinah
Lobi hotel Nusk al Madinah
umrah diy hotel nusk al madinah 2
Lobi Hotel Nusk al-Madinah
umrah diy hotel nusk al madinah
Masuk bilik hotel
booking hotel nusk al madinah umrah diy

Hotel Di Madinah #2: Diyar al-Gharaa

Ini pula adalah hotel ke-2 yang kami menginap semasa berada di Madinah al-Munawwarah. Kami menginap di hotel ini selama 4 malam pada harga SR250/malam. Harga ikutkan agak mahal sebab tengah peak season. Waktu biasa tak silap bawah SR200 untuk 1 malam. Cuma hotel ni jauh sikit daripada masjid an-Nabawi walaupun ia masih lagi walking distance.

Jarak berjalan kaki sekitar 8-10 minit sahaja daripada hotel ke pintu masuk Masjid an-Nabawi. Perlu ikut terowong jalan kaki bawah tanah dan akan naik semula di sekitar hotel ODST, McD, Dunkin Donuts.

Hotel ini juga bukanlah hotel yang premium. Ia hanyalah hotel biasa namun bolehlah untuk kami menginap 4 malam pada bajet yang lebih rendah.

umrah diy hotel madinah diyar al gharaa
Hotel Diyar al Gharaa
umrah diy hotel madinah diyar al gharaa
Pemandangan dari hotel. Perlu jalan kaki masuk terowong bawah tanah untuk lintas jalan besar ini.
umrah diy hotel madinah diyar al gharaa
Pemandangan tepi hotel Diyar al-Gharaa
umrah diy hotel madinah diyar al gharaa
Ini adalah pemandangan bilik hotel Diyar al-Gharaa
umrah diy hotel madinah diyar al gharaa
Pemandangan belakang hotel dari tingkap bilik kami
umrah diy hotel madinah diyar al gharaa
Pemandangan belakang hotel dari tingkap bilik kami
umrah diy jalan dari hotel ke masjid nabawi
Jalan kaki dari hotel Diyar al-Ghaara ke masjid an-Nabawi
umrah diy fadhil hotel diyar al gharaa madinah 1
Luar hotel Diyar al-Gharaa sebelum pergi ke Mekah

Hotel Di Mekah: Elaf Bakkah

Ini adalah hotel yang kami menginap ketika berada di Mekah al-Mukarramah. Hotel ini lokasinya berhampiran dengan Masjidil Haram tetapi perlu naik shuttle bus untuk ke sana.

Bas yang perlu kita naiki adalah percuma. Hampir setiap hotel di sekitar Mahbas al-Jin ini ada bas sendiri yang membawa penumpang dari hotel pergi ke Masjidil Haram.

Kami pilih hotel ini atas saranan sahabat kami Anhar, atas pengalaman beliau juga pernah menginap di hotel ini sebelum ini. Harga untuk satu malam juga tidaklah mahal. Satu malam pada masa tu hanya sekitar RM150 sahaja.

Hotel ini masih lagi baru. Bilik hotel ini saya boleh katakan sangat selesa berbanding hotel-hotel lain yang saya pergi. Bersih. Dan room service hotel ini adalah bagus. Setiap hari ada pekerja datang untuk bersihkan bilik, tukar towel baru, buang sampah dsb.

Bagi saya, kalau kita nak pergi umrah dengan bajet yang rendah tapi selesa maka hotel ini adalah pilihan yang bagus.

Cuma ‘kelemahannya’ pula adalah ia bukan walking distance, dan kawasan mall yang agak jauh. Kalau dah pergi mall, kemudian nak pergi bus stop area Safa Marwa ni agak jauh. Mall ni bagi saya signifikan juga sebab itulah tempat kita beli makanan, pergi tandas yang bersih, beli barang keperluan dan shopping beli cenderahati.

umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
Hotel Elaf Bakkah, Mekah
umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
Lobi hotel Elaf Bakkah
umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
Lobi hotel Elaf Bakkah. Masa ni tengah nak check-in. Masih berihram lagi.
umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
Pemandangan bilik kami
umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
Pemandangan bilik
umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
Pemandangan bilik
umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
Bilik air hotel Elaf Bakkah
umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
umrah diy hotel elaf bakkah mahbas jin
Pemandangan dari tingkap bilik
umrah diy fadhil lobi hotel elaf bakkah mekah
Hotel Elaf Bakkah
umrah diy fadhil dari hotel ke safa marwa 1
Jalan kaki nak ke Masjidil Haram dari bus stop di kawasan Safa Marwa
umrah diy fadhil naik bas ke hotel 2 1
Bus stop untuk penghuni Mahbas Jin, Aziziyah dan sekitarnya
umrah diy fadhil naik bas ke hotel 1
Bus stop untuk penghuni Mahbas Jin, Aziziyah dan sekitarnya

booking hotel mekah elaf bakkah umrah diy

Hotel Murah Area Pakistan? 

Ya di Madinah ada tempat yang dipanggil kawasan Pakistan di utara Masjid Nabawi iaitu al-Masani dan selatan Masjid Nabawi iaitu masjid Bilal ibn Rabah. 

Saya ada buat survey dalam group-group umrah, kawasan ini kita boleh dapat hotel pada harga yang lebih murah berbanding di kawasan-kawasan terdekat sekitar Masjid Nabawi yang biasanya jauh lebih mahal dan selalu penuh (lagi-lagi 2022 ke atas, sangat ramai jemaah datang untuk tujuan umrah dan ziarah). 

umrah diy hotel murah kawasan pakistan al masani
Kawasan al-Masani. Masih walking distance nak ke masjid an-Nabawi

Di kawasan ‘Pakistan’ ni pun ada juga hotel-hotel lama yang kita boleh sewa dan menginap sepanjang tempoh berada di Madinah. Kosnya lebih murah sekitar SR100~250 untuk satu malam. Ada yang kata boleh walk-in sahaja kalau nak menginap di situ tanpa perlu booking siap-siap dari Malaysia. 

Pengalaman peribadi, betul memang boleh. Saya sendiri menginap di hotel Diyar al-Ghaara di kawasan al-Masani secara walk-in sahaja. Tak booking siap-siap dari Malaysia. Pada asalnya saya nak cari hotel yang betul-betul dekat dengan masjid Nabawi secara walk-in, tetapi hotel kesemuanya penuh. Pilihan seterusnya, saya perlu cari hotel yang lebih jauh. 

Kos saya menginap pada masa itu adalah sekitar SR 200 atau SR 250 untuk 1 malam. Tengah peak season, kos menginap di hotel juga meningkat tinggi. Saya ada dengar kos biasa di hotel tu tak sampai 200 riyal pun untuk 1 malam.

Tetapi kita sebagai orang yang bermusafir dan nak laksanakan ibadah umrah dan ziarah ni sebolehnya nak fokus lebih masa untuk ibadah; bukan habiskan masa mencari hotel murah. Sebaiknya booking sahaja hotel-hotel terdekat secara online selagi boleh. Walaupun lebih mahal, tetapi ketenangan hati dan fikiran lebih terjamin. Boleh fokus kat ibadah dan rehat.

Namun jika dah terpaksa, hotel tiba-tiba penuh dan sebagainya maka ini adalah sebuah pilihan yang ada iaitu pergi ke dua-dua kawasan ini untuk cari hotel murah dan boleh walk-in. 

3. Transportation: HHR Haramain Highspeed Railway

Keretapi, atau train dalam bahasa Inggeris atau qitar dalam bahasa Arab. Hehe. 

umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Pose di stesen keretapi

Untuk perjalanan Umrah ini saya dan isteri memilih untuk menaiki keretapi laju HHR. Keretapi ini sangat laju dan kelajuannya mencecah 300km/j. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah hanya mengambil masa kurang 2 jam walaupun jarak perjalanannya adalah agak jauh. 

Dari Madinah ke Mekah pula sekitar 2.5 jam. Sangat cepat berbanding menaiki bas yang memakan masa sekitar 6-8 jam. 

Tetapi, untuk yang menaiki tren untuk menunaikan Umrah dari Madinah ke Mekah perlu niat ihram di dalam keretapi. Kerana penumpang tidak akan berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqat di sana. Penumpang akan terus menaiki keretapi laju dari Madinah ke Mekah. 

Inilah kelebihan bagi yang menaiki bas sebab boleh berhenti di masjid Bir Ali dan bermiqat dari sana!

→ Pengalaman peribadi saya menaiki tren dari Madinah ke Mekah memuaskan dari sudut keselesaan dan tempoh masa perjalanan. Cuma kurang ‘feel’ umrah sebab tidak bermiqat di Bir Ali. Perasaannya lebih kurang macam bermiqat di dalam kapal terbang. 

Kos keretapi laju HHR yang saya bayar

  • Jeddah – Madinah: SAR138/orang
  • Madinah – Mekah: SAR179/orang
  • Mekah – Jeddah: SAR34.50/orang

Tapi take note ya, kos keretapi laju ini sentiasa berubah-ubah. Semakin dekat dengan tarikh perjalanan, kos akan semakin meningkat. 

Saya beli tiket keretapi ini seminggu sebelum perjalanan. Sebelumnya kos keretapi tersebut adalah lebih murah. Saya dah survey siap-siap tapi tak beli lagi. Pada masa itu, kos tiket dari Jeddah ke Madinah saya dapat sekitar bawah SAR120. Madinah ke Mekah juga sekitar SAR150. 

Jika beli pada hari ketibaan, harganya melambung tinggi. Jauh lebih tinggi dari harga beli awal. Bukan setakat mahal, tiket juga habis kalau nak beli on spot. 

Maka saya nasihatkan, jangan beli tiket ‘last minute’. Belilah tiket lebih awal agar perjalanan lancar dan dapat jimat kos perjalanan. 

Kos menaiki tren HHR boleh disemak di sini Fares – HHR Portal

Kalau nak dapat kos perjalanan yang lebih murah, boleh guna khidmat bas Saptco. Tiket boleh dibeli secara online di sini https://www.saptco.com.sa/ 

umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Dari tempat check in ke keretapi kena jalan sikit. Tak jauh, tapi tak dekat juga.
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Dalam perjalanan nak masuk keretapi HHR. Kalau nak guna troli, kena bayar sewa troli SR5.
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Tren bergerak selaju 299km/j dari airport Jeddah ke Madinah
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Stesen keretapi laju HHR di Madinah al-Munawwarah
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Stesen keretapi laju Madinah. Latarbelakang sebuah masjid yang terletak di sebelah stesen keretapi ini
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Tempat meletak barangan yang agak limited. Ramai juga orang bawa barang lebih muatan.
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Tempat letak barang penuh. Terpaksa letak beg di luar. Rupanya sebab ada jemaah dari coach lain letak beg di coach kita.
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Masa ni berihram dari di Madinah.
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Dari tempat check in ke keretapi kena jalan sikit. Tak jauh, tapi tak dekat juga.
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Peta yang ada di stesen keretapi HHR Madinah
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Bawa bekal makanan dari hotel. Nasi putih masih ada lagi boleh la buat alas perut makan dengan Tuna pedas
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Gambar yang dilukis oleh anak sulung kami, ‘Abdurrahman
umrah DIY tren HHR highspeed haramain railway
Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah
umrah diy fadhil masuk keretapi 1
umrah diy fadhil gambar di stesen tren HHR sebelum umrah 1
Nak masuk tren HHR

4. Transportation: Train Station – Hotel

umrah diy fadhil naik careem 3
Naik teksi Careem

Untuk pengangkutan dari stesen keretapi ke hotel, boleh sahaja menggunakan khidmat teksi atau Careem/Uber dsb. 

Bagi saya, jika gunakan aplikasi Careem/Uber kita dapat semak harga pada kadar yang standard berbanding teksi yang kadang kala memberi harga sesuka hati. 

Teksi ada kalanya memberi cas yang lebih tinggi. Tetapi ada kalanya jika berjumpa dengan pemandu yang jujur, kos pengangkutan adalah pada kadar yang lebih masuk akal dan tak jauh beza dengan Careem/Uber. 

Setakat pengalaman saya pergi pada bulan 11 dan 12, kos pengangkutan dari stesen keretapi ke hotel adalah pada harga sekitar 40 hingga 50 riyal. 

Pernah tanya pemandu teksi, ada yang cas hingga 100 riyal. Harga tersebut 2x ganda daripada kos menggunakan Careem. 

Tetapi semasa saya berada di Mekah, ada pemandu teksi yang memberikan cas pengangkutan pada harga 50 riyal sahaja dari hotel ke stesen keretapi. Maka pada masa itu, saya memilih teksi berbanding Careem. 

5. Pembelian Visa Pelancong Untuk 2 Orang E-Visa

Terdapat 2 pilihan untuk pembelian visa bagi tujuan umrah:

  1. Visa Umrah
  2. Visa Pelancong

Kami pilih untuk membeli visa pelancong kerana itu sahaja yang nampak lebih mudah, cepat dan praktikal. Senang kata, tak pandai nak beli visa Umrah sebab belum jumpa tutorial cara untuk beli visa umrah. 

Nak beli visa pelancong Arab Saudi adalah mudah. Tekan sahaja link ini: Saudi eVisa | The Official website for Tourist Visa to Saudi Arabia (visitsaudi.com)

Isi maklumat anda dan siap dalam masa beberapa minit sahaja. Tapi apa pun, sebelum beli visa pastikan passport telah dibuat dan tarikh luput passport lebih 6 bulan daripada tarikh berlepas. Jika kurang 6 bulan, perlu diperbaharui di imigresen. 

Kos bayaran visa pelancong adalah SR535 untuk seorang, bersamaan sekitar RM680. Jika 2 orang, maka kos visa adalah SR1070 atau sekitar RM1360. 

Kos visa SR535 tersebut sudah termasuk kos insurans.

Visa pelancong ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. 

Kelebihan Visa Pelancong Arab Saudi:

  1. Boleh digunakan untuk tujuan Umrah (untuk Haji tak boleh)
  2. Boleh digunakan untuk melancong ke Arab Saudi
  3. Tempoh visa adalah 1 tahun
  4. Boleh digunakan untuk multiple entry. Kalau pergi umrah setahun 10 kali pun boleh guna visa yang sama. Untuk sekali entry, tidak boleh melebihi 90 hari.
  5. Proses yang sangat cepat dan boleh dibuat secara online
  6. Visa Pelancong Arab Saudi (Tourist Visa) ini tidak dikeluarkan untuk semua negara di seluruh dunia. Hanya negara-negara terpilih sahaja yang dapat mendaftar. Malaysia adalah salah satu negara yang mendapat kelebihan untuk membeli visa pelancong ke Arab Saudi.


Kelemahan Visa Pelancong Arab Saudi: 

  1. Tak boleh bawa balik air zamzam ke Malaysia (tong 5 liter yang dijual di airport) jika pulang dari Jeddah. Jika pulang ke Malaysia dari Madinah, ada yang berjaya bawa balik air zamzam.
  2. Perlu biaya sendiri kos rawatan jika masuk hospital, dan perlu claim insurans. Tidak seperti visa Umrah yang boleh mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan.
  3. Peluang untuk masuk Raudah sekali sahaja berbanding 2 kali jika menggunakan visa Umrah (ini berdasarkan perkongsian di FB, perlu semakan semula)

Berdasarkan perkongsian beberapa jemaah Umrah di group Facebook, saya dapati bahawa menggunakan visa Umrah nampaknya lebih selamat/secured berbanding visa pelancong kerana ada jaminan untuk kos rawatan jika jatuh sakit di Tanah Haram, begitu juga mudah nak bawa balik air zamzam ke Malaysia. 

6. Aktiviti Ziarah (Luar) Mekah dan Madinah

Untuk aktiviti ziarah Mekah dan Madinah, kami tak pergi melainkan sekali sahaja semasa di Madinah bersama sahabat kami Ustaz Diey Hassan yang pada ketika itu juga sedang membawa jemaah Umrah. Kebetulan ketika kami tiba di Madinah, keesokan harinya beliau juga tiba di Madinah dan beliau mengajak kami untuk turut serta bersamanya untuk aktiviti ziarah di kota Madinah. 

Tempat yang kami ikut ziarah antaranya adalah ke Masjid Quba’, Bukit Uhud. Begitu juga kami pergi ziarah sekitar Masjid Nabawi dan bersama-sama dapat mengambil ibrah kisah-kisah Nabi dan para sahabat. 

Aktivit ziarah di Mekah dan Madinah boleh sahaja dibuat secara persendirian. Ada transporter di Mekah dan Madinah yang menawarkan servis tersebut. Berdasarkan perkongsian di group FB Umrah DIY, saya boleh simpulkan seperti berikut:

Ziarah Madinah

  • Ziarah sekitar kota Madinah boleh dibuat bersama transporter yang menyediakan servis tersebut
  • Boleh juga bertanya kepada mana-mana travel agency yang membenarkan kita menumpang aktiviti ziarah mereka jika ada kekosongan. Cuba quote harga juga. 
  • Ada juga khidmat bas Hop-On Hop-Off di Madinah yang akan tour sekitar kawasan-kawasan ziarah strategik yang biasanya dilalui oleh pihak travel agency

Ziarah Mekah

  • Ziarah luar kota Mekah juga boleh dibuat melalui transporter
  • Begitu juga boleh tumpang travel agency jika ada kekosongan dan sudi menumpangkan anda
  • Hop-On Hop-Off tiada di kota Mekah

Ziarah Taif 

  • Boleh dapatkan khidmat transporter untuk pergi ke Taif
  • Boleh juga naik bas melalui Saptco https://www.saptco.com.sa/ 
  • Kos 1 way menggunakan bas Saptco adalah SR 38 (harga mungkin akan berubah-ubah mengikut masa)

Anda juga boleh bertanya dalam group FB Umrah DIY atau group whatsapp jika ada yang nak pergi ziarah untuk ikut tumpang sekali. Boleh kongsi kos pengangkutan untuk tujuan ziarah luar.

Untuk ziarah Badar, Hudaibiyah, Madain Soleh di al-Ula dan sebagainya saya tak buat study lagi sebab tak ada sebarang rancangan ke tempat-tempat tersebut semasa pergi Umrah baru-baru ini. 

umrah diy ziarah luar
Bersama dengan sahabat kami Ustaz Diey Hassan. Tumpang jemaah beliau pergi ziarah.
umrah diy ziarah luar
Berada di Madinah al-Munawwarah, berlatar belakang kubah hijau
umrah diy ziarah luar
Di muzium Madinah
umrah diy ziarah luar
Di muzium Madinah
umrah diy ziarah luar
Bersama kawan baru kenal, Sani. Beliau pun dari Malaysia juga. Student di Malaysia.
umrah diy ziarah luar
Ziarah masjid Quba
umrah diy ziarah luar
Ziarah gunung Uhud
umrah diy ziarah luar
Bersama Ustaz Azzahari Murad dan Ustaz Diey Hassan di Madinah al-Munawwarah
umrah diy ziarah luar hop on hop off
Ziarah luar boleh juga ikut Hop On Hop Off ni. Bayaran dia boleh semak di Google.
umrah diy muzium madinah
Muzium Madinah
umrah diy masjid nabawi
Masjid an-Nabawi

7. Makan dan Minum

Bab makan minum ni subjektif. Sebab ada orang suka merasa banyak jenis makanan. Ada orang yang simple dan tidak terlalu cerewet mengenai pemilihan makanan. 

Saya sendiri berada di pertengahan. Hehe. Bagi saya untuk suami isteri, bajet harian sekitar RM100/hari.

Disebabkan kami pergi Umrah secara DIY, maka makan minum pun tiada pilihan ‘Full Board’ melainkan kita bayar lebih kat hotel untuk sediakan makan minum pagi ke malam. 

Makan minum di sana full meal (ada nasi, ayam dsb) agak costly juga, lagi-lagi disebabkan matawang kita yang lebih rendah. Maka kena pandai-pandai untuk makan minum secara berhemah dan mana boleh jimat kita jimatkan. 

Untuk kami yang tinggal di sana sekitar 13 hari, memang bawa siap-siap dari Malaysia makanan berikut:

  • Mi segera
  • Tuna dalam tin
  • Sambal kering
  • Beras
  • Makanan ringan: coklat, kekacang dsb
  • Serbuk kopi
  • Dan lain-lain

Ada mi segera, tuna dalam tin, sambal kering, beras dsb boleh menjimatkan banyak perbelanjaan di sana. Sebab kalau tiap masa makan di kedai, memang akan banyak belanja. 

Jika 1 meal suami isteri perlu belanja sekitar 30~50 riyal. Kalau dah bawa bekal sendiri maka banyak tu juga kita akan jimat. 

Begitu juga makanan ringan kami bawa dari Malaysia jer. Beli di kedai 99 Speedmart adalah jauh lebih menjimatkan berbanding beli di kedai-kedai di sana seperti Bin Dawood dsb.  

Boleh juga beli portable rice cooker dan portable water heater siap-siap dari Malaysia. Beli yang kecil sahaja. Kos tak tinggi pun sekitar RM40~RM50 sahaja untuk sebuah rice cooker portable yang dijual di Shopee.

Ubat-ubatan dan supplement juga sebaiknya dibawa ke sana, seperti: 

  • Ubat batuk
  • Paracetamol
  • Vitamin C
  • Lozenges
  • Minyak panas/minyak urut
  • Ubat selsema
  • Ubat sakit perut
  • Eno & Pil Chi Kit Teck Aun
  • Minyak angin
  • Dan lain-lain
umrah DIY makan di madinah
Makan di Madinah 1 meal kongsi 2 orang
umrah diy al baik
Ingat nak beli al-Baik. Tengok penuh macam ni, tak jadi lah. Huhu. Kat airport Jeddah pun dah makan hari sebelum tu. Alhamdulillah
umrah diy makan di mekah
Makan di Mekah. Share 2 orang. 1 meal dalam 20 ke 30 riyal
umrah diy masak mi segera di hotel
Masak mi segera di hotel kalau lapar atau nak save sikit
umrah diy masak mi segera
Masak mi segera guna periuk nasi mini sahaja. Beli di Shopee tak sampai RM50
umrah diy fadhil masak nasi di hotel 1
Masak nasi di hotel
umrah diy fadhil makan di al baik 1
Beli makanan di Al Baik. Biasa beli set chicken nugget ni
umrah diy fadhil makan di bilik hotel 1
Makan dalam bilik
umrah diy fadhil beli aiskrim di madinah 1
Beli aiskrim di Madinah
umrah diy fadhil barns coffee 1
Mengopi di Barns Coffee. Ada lah beberapa kali beli di sana. Selain tu di Starbucks.
umrah diy fadhil minum starbucks 2 1
Mengopi lagi di Starbucks
umrah diy fadhil beli makanan di kawasan pakistan 1
Beli broasted chicken. Biasa masa nasi dalam bilik. Makan broasted dengan nasi putih sahaja.

8. Kursus Umrah & Ulangkaji (Persediaan Ilmu)

Untuk first timer pergi umrah, saya sangat TIDAK GALAKKAN untuk pergi umrah secara DIY. Sebab umrah ini adalah sebuah ibadah yang mempunyai tatacara, ada hukum hakam tersendiri, ada pantang larangnya dan sifatnya agak sensitif tak boleh pergi secara main-main, cuba-cuba. Suasana di Masjidil Haram tidak sama seperti masjid-masjid yang lain. 

Jika pergi first time bersama keluarga atau kawan yang dah pergi, seeloknya pastikan ahli keluarga atau kawan tu ada ilmu yang mencukupi mengenai ibadah umrah sekurang-kurangnya dapat bimbing kita apa yang kita belum tahu atau mungkin terlepas pandang. 

Perlu selalu ingat tujuan kita pergi menunaikan ibadah Umrah adalah untuk beribadah kepada Allah dengan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Natijah yang kita inginkan adalah ibadah kita itu diterima oleh Allah. Maka nak taknak, ilmu mengenai Umrah adalah suatu kewajiban bagi yang akan berangkat pergi Umrah.

Kursus umrah (dan haji) adalah suatu keperluan untuk mereka yang ingin menunaikan ibadah Umrah. Saya cadangkan anda untuk

  • Hadir kursus umrah
  • Tonton dan dengar video berkaitan manasik Umrah di Youtube
  • Baca buku berkaitan manasik Umrah
  • Baca fatwa-fatwa mengenai Umrah
  • Baca buku Sirah Nabawiyah 
  • Baca dan dengar mengenai tazkiyatun nafs berkaitan umrah

Bagi saya, selain membaca buku berkaitan Umrah, membaca buku berkaitan sirah Nabawiyah juga adalah satu keutamaan. Agar apabila kita berada di sana, kita akan dapat overview mengenai perjalanan hidup Nabi kita yang mulia. Kita dapat jejak lokasi bersejarah yang berkat ini dengan penuh penghayatan. 

Dengan ada ilmu, dengar kuliah, baca buku dan artikel, bersahabat dengan orang-orang baik, melazimi solat 5 waktu di Masjid maka kita akan pergi dan pulang dengan kesan yang jauh berbeza dengan orang yang pergi tanpa ilmu dan kesedaran ketika menunaikan ibadah umrah.

Antara video yang saya cadangkan untuk tonton

9. Persediaan Barang-Barang & Pakaian Ke Tanah Haram

Untuk ke Tanah Haram, dah pasti ada banyak barang yang perlu dibawa. Tetapi pastikan tidak terlebih, tidak terkurang. Sebab beg yang kita bawa pun ada limitasi kilogram yang boleh dibawa. Begitu juga pakaian kelak akan dibasuh semasa berada di sana. Kalau bawa banyak pakaian tebal, baju susah nak kering pula. 

Saya kongsikan checklist barang yang boleh dibawa ke sana di bawah: 

  • Baju 3-4 helai
  • Seluar 3-4 helai
  • Pakaian dalam
  • Pakaian spare (untuk letak dalam hand luggage jika perlu ganti pakaian semasa dalam perjalanan)
  • Kain Ihram 1 set (kalau perjalanan ke Madinah dulu, boleh juga beli kain Ihram semasa di Madinah)
  • Kopiah
  • Sling bag
  • Penimbang berat (portable)
  • Shaver/pencukur
  • Ketip kuku
  • Gunting
  • Ubat-ubatan
  • Passport
  • Tiket penerbangan
  • Tiket bas atau keretapi HHR
  • Salinan visa pelancong
  • Tiket hotel
  • Portable water heater (boleh juga dibeli di sana)
  • Portable rice cooker
  • Toileteries
  • Mi segera
  • Makanan segera
  • Makanan ringan
  • Botol air 1 liter – untuk refill air zamzam di masjidil haram dan masjid nabawi
  • Spray air untuk wudhu
  • Sweater/Jaket (untuk musim sejuk) 
  • Wang tunai
  • Kad bank (pastikan aktifkan dahulu secara online untuk transaksi menggunakan debit di luar negara)
  • Tali nylon (boleh juga dibeli di kedai-kedai runcit di Mekah / Madinah) untuk jemur baju. 

Barang-barang untuk dibawa ke sana sebaiknya disediakan seminggu sebelum berlepas ke tanah haram. Pakaian pula pastikan tidak terlalu tebal hingga menyusahkan proses nak mengeringkan baju/seluar hingga terpaksa membeli pakaian baru pula semasa berada di sana. Melainkan kalau cuci pakaian di dobi, maka nak bawa yang tebal pun tiada masalah. 

Bayaran dobi di sana adalah sekitar 15~20 riyal untuk 1 kilogram pakaian. Ada juga sebahagian dobi yang meletakkan harga cucian pakain per unit pakaian. 

umrah diy fadhil barang-barangan 1
Banyak bawa jajan sebab kat sana nak beli coklat dsb mahal. Huhu.

10. Persediaan Tinggalkan Anak-Anak Di Malaysia

Ini bukan kali pertama kami tinggalkan anak-anak untuk tempoh yang panjang. Kali pertama kami meninggalkan anak sulung dan yang kedua semasa pergi Haji pada tahun 2017 selama 45 hari. Maka kali ini kali ke-2 kami tinggalkan anak-anak, insyaAllah tak susah sangat nak uruskan lebih-lebih lagi anak bongsu sahaja yang pada masa itu dah hampir berjaya nak wean off daripada menyusu. 

Masa pergi Haji pada tahun 2017, dua-dua anak masih kecil dan masih lagi menyusu.Usia mereka ketika itu 2 tahun dan yang kedua hampir berusia 1 tahun. Maka lagi banyak persediaan perlu dibuat untuk tinggalkan mereka. 

Untuk umrah DIY ni kami pergi hanya 15 hari sahaja. Sebelum beli tiket pun dah bincang siap-siap dengan ahli keluarga untuk pengurusan anak-anak semasa berada di Tanah Haram. Bila keluarga dah approve, barulah kami buat keputusan untuk beli tiket ke Arab Saudi. Anak-anak tinggal di rumah mertua kami. Alhamdulillah, di rumah mertua ada ramai ahli keluarga yang boleh tengok-tengokkan anak-anak kami. Rumah mertua pun tak jauh dari rumah kami. 

Ini antara senarai barang yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Antaranya:

  • Pakaian siang dalam 4-5 set
  • Pakaian malam 3-4 set
  • Pakaian dalam
  • Pampers
  • Pakaian sekolah
  • Susu (untuk anak yang masih menyusu)
  • Ubat-ubatan
  • Vitamin C
  • Toileteries (syampu, sabun, berus gigi, ubat gigi dsb)
  • Makanan ringan
  • Tilam dan bantal (jika perlu)
  • Wang tunai
  • Permaianan
  • Gadget (phone/tablet) dan pengecas 
  • Surat wasiat
umrah diy anak2
Anak-anak di Malaysia rumah orang tua kami
umrah diy fadhil call anak AR
Calling anak-anak yang ada kat Malaysia
umrah diy fadhil call anak muadz
Call Muadz
umrah diy fadhil lukisan hafsah 1
Lukisan Hafsah
umrah diy fadhil lukisan anak-anak 1
Lukisan AR

11. Pengurusan Duit Belanja Semasa Di Tanah Haram

Berapa banyak duit nak bawa, itu semua terserah masing-masing. Lagi banyak membeli, lagi banyak duit perlu dibawa. 

Paling signifikan duit akan dibelanjakan untuk makan minum, membeli pakaian, hadiah, teksi dan cenderahati. 

Cuma sekarang, alhamdulillah kad debit Malaysia pun boleh digunakan untuk bayaran pembelian barang-barang di Arab Saudi. Pastikan kad debit kita dah diaktifkan untuk transaksi debit secara antarabangsa sahaja. Buat online pun boleh. Saya sendiri dah buat untuk kad Maybank saya. Mudah je semasa ada di sana, boleh swipe kad bank untuk pembelian di kedai-kedai. 

Wang tunai juga perlu dibawa ke sana. Sangkaan saya, pembelian secara tunai adalah lebih menjimatkan berbanding menggunakan kad debit sebab kadar tukaran wang menggunakan kad debit mungkin lebih tinggi. Wang tunai pula kita dah tukar siap-siap ikut rate yang kita dah tukar semasa di Malaysia. 

Berapa banyak duit nak bawa? Bawalah kurang-kurang 1000 riyal seorang untuk berbelanja semasa berada di sana. Kalau tak cukup, boleh guna kad debit. Kalau ada baki, balik Malaysia boleh tukar balik ke dalam bentuk Ringgit Malaysia. 

Kalau anda jenis yang perlu makan nasi dan protein (ayam/daging/kambing/ikan) setiap hari, perlu sediakan sekitar 25~35 riyal untuk 1 hidangan makanan. Bolehlah kongsi 2 orang makan suami isteri. Jika anda jenis yang boleh makan simple, cukup sekadar roti mungkin lagi jimat. 

Untuk membeli cenderahati, pakaian dan sebagainya semasa berada di sana. Pastikan tidak beli terlebih barang-barangan sebab kalau terlebih KG, kena bayar tambahan kos yang lebih tinggi. Penting untuk sediakan penimbang digital mudah alih semasa berada di sana supaya kita boleh timbang berapa KG barang yang nak dibawa pulang semasa masih berada di hotel. Kalau hotel ada penimbang, boleh juga khidmat hotel untuk menimbang beg. 

Bila pergi DIY ni tak sama macam pergi dengan pakej travel agency. Kalau dah terlebih KG, tak boleh nak kongsi dengan sesama jemaah Umrah sebab kita pergi sendiri-sendiri. Travel agency pula boleh kongsi dan puratakan timbangan beg untuk dibawa pulang. 

12. Nak Beli Kurma Kat Mana Murah? Pasar Kurma? Tak semestinya! 

umrah DIY pasar kurma
Pasar Kurma

Biasanya jemaah Umrah akan beli kurma bila buat ziarah luar. Ada tempat yang dipanggil pasar kurma di Madinah, tempat yang biasanya orang akan shopping kurma. 

Cuma bagi saya, nak beli kurma di sana adalah agak mahal sebenarnya. 1 KG kurma ajwa pun harganya biasa sekitar SR40 ~ SR60. 

umrah diy ziarah pasar kurma
Ziarah pasar kurma
umrah diy makan bakso
Makan bakso SR20 semangkuk di Pasar Kurma

Masa pergi umrah secara DIY tahun lalu, kami menginap di hotel kedua di kawasan al-Masani. Kawasan ini terletak di kawasan belakang dari Masjid Nabawi. Dekat area hotel ODST, Mc Donalds dan Dunkin Donuts tu ada satu terowong bawah tanah yang akan bawa kita seberang jalan untuk pergi ke kawasan al-Masani. 

Bila dah turun dari terowong tersebut dan naik semula escalator di seberang, kita akan jumpa dengan beberapa kedai kurma sejurus sahaja kita naik dari escalator tersebut. 

Harga kurma di kawasan ini adalah lebih murah. Sekitar 30 Riyal sahaja untuk 1 KG dan kurma Ajwa yang dijual juga gred yang bagus. Bukan kurma lama, kurma kering yang nak rosak. Kualiti setanding macam yang dijual di pasar kurma yang biasa dibawa oleh mutawif

umrah DIY pasar kurma
Beli kurma di al-Masani lebih murah berbanding di pasar kurma

Kawasan ini juga biasa orang panggil kawasan orang Pakistan yang terletak di utara Masjid an-Nabawi (berlawanan dengan kiblat). Mungkin sebab ramai orang Pakistan menginap di sana. Dan di sana juga ada banyak kedai-kedai orang India dan Pakistan. Barang-barang yang dijual di sana juga lebih murah berbanding kawasan tumpuan lain. 

Pasar karat juga terletak di kawasan al-Masani ini tempat orang ramai boleh membeli barang-barang pada harga yang lebih rendah. Mungkin sebab market di kawasan ini untuk mereka yang datang dari negara-negara berpendapatan lebih rendah. Tambahan pula pasar karat, mereka tak bayar sewa kedai. Maka mungkin itu antara sebab mereka boleh jual murah. 

Ada satu lagi kawasan nak beli kurma murah iaitu di kawasan Masjid Bilal ibn Rabah. Ini pula lokasinya terletak di Selatan Masjid Nabawi (ikut arah kiblat). Masa pergi umrah tahun 2018, saya dan orang tua saya sempat pergi membeli kurma di kawasan ini. Cuma berapa kos kurma sekilo di sana, saya tak sempat nak rekod pula. Tapi seingat saya, ia adalah lebih murah berbanding di Pasar Kurma. Kualiti juga lebih baik. Kedai kurma pun ada banyak di kawasan ini. 

Kawasan Masjid Bilal ni juga dikenali sebagai kawasan Pakistan sama seperti kawasan di al-Masani tadi. 

13. Belanjawan Umrah DIY

Untuk pergi Umrah secara DIY, kita perlu kira kos-kos yang terlibat untuk berada di sana. Saya hanya senaraikan kos-kos utama sahaja:

  1. Passport
  2. Visa (tourist atau visa umrah)
  3. Tiket penerbangan pergi dan pulang
  4. Tiket bas atau tren HHR untuk ke Mekah, Madinah
  5. Hotel Mekah
  6. Hotel Madinah
  7. Simkad dan data
  8. Air zamzam
  9. Teksi
  10. Makan dan minum
  11. Skuter untuk tawaf/sa’ie (jika perlu)
  12. Shopping
  13. Takaful
  14. Ziarah luar 
  15. Ziarah Taif, Badar dsb

Selain daripada kos di atas ini, mungkin ada lagi kos-kos kecil lain yang perlu dibayar namun mungkin kurang relevan untuk dikongsikan. 

belanjawan umrah diy untuk 2 orang 13 hari 12 malam
Belanjawan umrah diy untuk 2 orang 13 hari 12 malam

Gambar-Gambar Di Mekah & Madinah

umrah diy fadhil abu muhammad jual al quran
Bersama Abu Muhammad, saudagar buku dan al-Quran untuk tujuan wakaf di Madinah
umrah diy fadhil beli gift sejadah
Hadiah yang biasa dibeli di Haramain, sejadah yang ada tulis nama khat
umrah diy fadhil dalam masjid nabawi
umrah diy fadhil dobi cuci baju
Cuci baju dobi sini sekitar SR15/kg. Sesekali boleh lah basuh di dobi.
umrah diy fadhil gambar di masjid nabawi
Masjid an-Nabawi
umrah diy fadhil hajarul aswad dari jauh
Hajarul Aswad
umrah diy fadhil halaqah al quran kanak kanak
Halaqah Tahfiz al-Quran untuk kanak-kanak di Madinah
umrah diy fadhil halaqah tahfiz al quran kanak kanak 1
Halaqah Tahfiz al-Quran untuk kanak-kanak di Madinah
umrah diy fadhil halaqah tahfiz al quran online
Halaqah Tahfiz al-Quran online di Madinah
umrah diy fadhil iftar masjid nabawi 1
Iftar di masjid an-Nabawi. Masa ni saya tak puasa tapi memang disediakan je
umrah diy fadhil iftar masjid nabawi 2
Iftar di masjid an-Nabawi. Masa ni saya tak puasa tapi memang disediakan je
umrah diy fadhil jumpa kawan dr muaz
Berjumpa sahabat saya Dr Muaz di airport Jeddah. Berkawan dah lebih 10 tahun. Sebelum berlepas pulang ke Arab Saudi, beliau hadir dahulu ke majlis walimah perkahwinan saya dan isteri.
umrah diy fadhil kaabah
Ka’bah
umrah diy fadhil kelas hafazan al quran
Si ayah sedang tasmi’ bacaan al-Quran anaknya
umrah diy fadhil majlis ilmu 1
Majlis ilmu
umrah diy fadhil masjid nabawi kawasan depan
Dalam masjid an-Nabawi
umrah diy fadhil maqam rasulullah
Pemandangan di masjid Nabawi. Kubah hijau. Maqam Rasulullah s.a.w.
umrah diy fadhil masjid nabawi womens area
Dalam masjid an-Nabawi di kawasan wanita
umrah diy fadhil nak masuk raudah 1
Dalam perjalanan nak masuk ke Raudah. Sekarang cara masuk Raudah dah tak macam dulu. Kena guna aplikasi Nusuk.
umrah diy fadhil nak masuk raudah 2
Dulu nak masuk Raudah kena berhimpit-himpit. Sekarang tak lagi.
umrah diy fadhil selesai tahallul
Dah selesai tahallul
umrah diy fadhil solat jumaat di masjidil haram
Solat Jumaat di depan Ka’bah
umrah diy fadhil solat jumaat di sini sahaja ada kosong sebab masuk lambat
Solat Jumaat di Masjid an-Nabawi. Masuk lambat sikit, ini je tempat yang ada untuk duduk.
umrah diy fadhil tawaf umrah
Selesai Tawaf
umrah diy fadhil tempat yang dikatakan kelahiran nabi
Tempat ni dikatakan tempat Nabi kita lahir. Tetapi ada teks di belakang tu tulis, tiada sebarang bukti bahawa Nabi dilahirkan di sana.

__

Baik alhamdulillah, sekadar ini sahaja perkongsian saya berkenaan perjalanan Umrah DIY saya pada penghujung 2022.

Terima kasih sudi membaca. 

11 Tip Cara Saya Kumpul Duit Pergi Haji Di Usia Muda

11 Tip Cara Saya Kumpul Duit Pergi Haji Di Usia Muda

Alhamdulillah atas nikmat Allah telah menjemput aku dan isteri untuk menunaikan haji pada usia yang muda sebelum 30 tahun.

Siapa yang tak nak dijemput untuk menjadi ‘Tetamu Allah’.. atau Dhuyufurrahman?

Lebih-lebih lagi pada usia yang muda. SubhanAllah. Sudah tentu ia menjadi cita-cita setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Baitullah.

Dari Ibnu ‘Umar, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

الْغَازِى فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ وَفْدُ اللَّهِ دَعَاهُمْ فَأَجَابُوهُ وَسَأَلُوهُ فَأَعْطَاهُمْ

“Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang berhaji serta berumrah adalah tetamu Allah. Allah memanggil mereka, mereka pun memenuhi panggilan. Oleh kerana itu, jika mereka meminta kepada Allah pasti akan Allah beri” (HR. Ibnu Majah no 2893. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Pergi Haji pada usia sebelum 30 tahun memang merupakan impian aku dan isteri sejak awal berkahwin lagi. Aku pergi ketika itu pada usia 27 tahun dan isteri pada usia 26 tahun. Pergi laki bini tau.

Gambar semasa kami ada di Mina untuk hari Tasyrik

Kerana aku sendiri belum pernah pergi lagi ke Tanah Haram sebelum ini. Maka bagi aku, alang-alang mengumpul duit tu baik kumpul terus untuk pergi Haji.

Okay. Mungkin yang sedang membaca blog aku bagi topik ini ini adalah golongan yang berusia muda 20an hingga 30an.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya macam mana nak kumpul duit sedangkan gaji mungkin sedang-sedang sahaja. Bahkan masa tu aku masih lagi fresh graduate beberapa tahun selepas habis Ijazah Sarjana Muda di UIA.

Aku hanya akan kongsikan tips yang paling praktikal sahaja cara untuk anda semua boleh kumpul duit pergi Haji berdasarkan pengalaman sendiri.

Dan aku juga akan tambah beberapa tips yang aku tak buat, tapi aku dapati ramai orang lain buat dan dapat membantu untuk cukupkan duit pergi Haji.

(Tips aku share ni tanpa menafikan, boleh jadi Allah kurniakan ‘keajaiban’ buat hamba-hambaNya untuk pergi Haji walaupun tanpa menabung. Tapi untuk lebih realistik, bukan semua orang ada peluang begitu. Lagipun pergi Haji ni tanggungjawab kita sebagai umat Islam)

 

1. NIAT DAN KEAZAMAN YANG MAKSIMA

Apa yang aku maksudkan di sini.

Kalau kita serius nak pergi Haji pada usia muda ini maka kita perlu ada niat daripada sekarang.

Niat bukan sekadar niat.

Niat mestilah juga datang dengan keazaman yang tinggi.

Sebab kita semua perlu ingat semula bahawa pergi Haji ini adalah Fardhu ‘Ain.

Wajib bagi setiap Muslim yang berkemampuan untuk pergi menunaikan ibadah Haji.

Bila kita sedar yang Islam menyatakan ibadah Haji ini adalah kewajiban setiap Muslim, maka niat kita pergi mestilah kerana Allah.

Bukan semata-mata nak orang panggil kita dengan gelaran Haji. (Kalau orang dah panggil, takpe lah)

“Tapi gaji aku tak besar Dil…”

Aku faham, mungkin sebahagian kita tak mempunyai gaji yang besar. Aku sendiri pun sama, bukan kerja syarikat gergasi pun sebelum ni. Kerja biasa jer.

Cuma bagi aku, kita kena ada plan. Kena cari cara untuk cari duit lebih walaupun duit gaji kita mungkin cukup-cukup makan je.

Ini poin yang aku akan kongsi lepas ni.

Cara untuk kita buktikan keazaman kita untuk pergi Haji di usia muda ini adalah dengan —> DAFTAR PERGI HAJI DENGAN LEMBAGA TABUNG HAJI.

pengalaman naik haji muda

Ya, selagi kita tak daftar untuk pergi Haji melalui Lembaga Tabung Haji, selagi itu kita tak akan dapat giliran pergi Haji.

Kalau ada duit lebihan sekarang ni, pergi ke pejabat Tabung Haji untuk daftar pergi Haji.

RM1300 sahaja yang diperlukan untuk daftar pergi Haji.

Buktikan kita komited nak pergi Haji bermula dengan mendaftar pergi Haji.

Pada aku lah, kalau korang memang dah tekad nak pergi juga dalam setahun dua lagi maka tahun ni pergilah ke kursus Haji.

Kursus Haji ni ada berbelas siri. Pergi semuanya so masa tu kita akan dapat feel nak pergi Haji. Sekaligus memotivasikan diri kita untuk kumpul duit pergi Haji nanti.

Dan sedarlah bahawa duit yang kita simpan, kumpul dan belanjakan untuk pergi Haji itu Allah akan ganti semula. Yakinlah.

Dari Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِى الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Ikutkanlah umrah kepada haji, kerana keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa-dosa sebagaimana pembakaran menghilangkan karat pada besi, emas, dan perak. Sementara tidak ada pahala bagi haji yang mabrur kecuali syurga.” (HR. An Nasai no. 2631, Tirmidzi no. 810, Ahmad 1/387. Kata Syaikh Al-Albani hadits ini hasan shahih)

 

2. KENALPASTI KOS UNTUK PERGI HAJI

Ziarah Maqam Rasulullah s.a.w.

Selepas niat, kita perlu tahu sebenarnya berapa kos perbelanjaan untuk pergi Haji ni.

Nak pergi Haji di Malaysia ni, biasanya ada 2 cara sahaja

a. Muassasah Tabung Haji – Pergi dengan Tabung Haji
b. Pakej Haji Furada – Pergi Haji ikut pakej Haji swasta

Untuk pergi Haji melalui Tabung Haji, perbelanjaan untuk Haji sahaja adalah sekitar RM9980 untuk seorang. Kos ini meliputi hampir semua perbelanjaan pergi Haji termasuklah tiket penerbangan, tempat tinggal, makan tengah hari dan malam dan lain-lain.

Masa aku pergi Haji ikut pakej Tabung Haji dulu, kami dibekalkan dengan makanan tengah hari dan malam sahaja secara percuma. Sarapan kena beli sendiri.

Tapi ikutkan okay dah tu. Sebab RM9980 kita belanjakan tu dah termasuk subsidi kerajaan tau. Sepatutnya kos dia lebih RM20,000 untuk seorang jemaah.

Duit lebih yang kita nak bawa ke sana aku share dalam blog post aku yang ini http://www.fadhilk.com/pengalaman-haji-muda-part-1/

Okay, mungkin anda juga sekarang ni plan nak pergi Haji ikut pakej Haji swasta.

Biasanya orang daftar ikut pakej Haji swasta ni ada beberapa sebab sahaja.

Antaranya nak dapatkan perjalanan yaang lebih selesa, lebih dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, atau mungkin sebab nak dapatkan kuota Haji dengan lebih cepat.

Nak pergi Haji ikut pakej Haji Furada / swasta ni kosnya kebiasaannya bermula pada harga sekitar RM35,000 seorang. Dan harga tengah-tengah adalah sekitar RM40,000 hingga RM60,000. Siapa yang berkemampuan maka boleh lah pergi ikut pakej swasta.

Bagi yang kurang berkemampuan, maka pilihlah untuk ikut pakej Tabung Haji.

Melontar jamrah

 

3. SET TARGET TAHUN BILA NAK PERGI HAJI

Baik, sekarang kita dah tahu berapa belanja nak pergi Haji.

So kita dah boleh anggarkan bila kita kita nak pergi Haji.

Ya mungkin banyak perkara nak kena ambil kira seperti kewangan, urusan anak, cuti kerja dan sebagainya.

Tapi kita perlu tahu apa yang perlu kita persiapkan sekiranya kita dipanggil.

Ya mungkin sahaja tawaran kita pergi Haji adalah pada tahun 2098 nanti. Tapi boleh jer buat rayuan pergi Haji awal kan.

Contoh surat rayuan Haji ada di sini: http://www.fadhilk.com/contoh-surat-rayuan-haji-download-sini/

 

4. PERUNTUKKAN BERAPA DUIT PERLU DIKUMPUL UNTUK CAPAI TARGET DI ATAS

Baik, sekiranya kita rancang untuk pergi Haji lagi 5 tahun (60 bulan) ikut pakej Tabung Haji.

Maka wang yang perlu kita simpan adalah seperti berikut:

RM9980 / 60 bulan = RM167/bulan

Wah! RM167 sahaja sebulan?

InsyaAllah semua boleh kumpul RM167 sebulan!

Ya mungkin satu hari nanti kos pergi Haji akan meningkat. Mungkin juga kita perlu tambah sekitar RM200 sebulan simpanan pergi Haji.

Namun bila kita dah ada plan macam ni, kita tahu berapa kita nak simpan tiap bulan.

Kalau satu hari nanti kosnya meningkat pun, sekurang-kurangnya dalam akaun Tabung Haji kita meningkat setiaap bulan.

Kalau kita nak pergi pakej swasta pula perbelanjaannya mungkin dalam RM35,000 seorang.

Maka jika nak pergi 5 tahun dari sekarang, wang kita perlu peruntukkan adalah sekitar:

RM35,000 / 60 bulan = RM585/bulan

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, bolehlah kumpul duit begini setiap bulan KALAU memang rancang nak pergi Haji ikut pakej swasta.

Tepuk dada, cek poket sendiri.

Kalau nak pergi lebih cepat, bermakna lagi banyak nak kena simpan. Begitu sahaja logiknya.

 

 

5. SAVING, SAVING, SAVING!!!

Wajibkan diri kita untuk menyimpan duit dalam akaun Tabung Haji setiap bulan.

Kita dah ada target kan berapa nak simpan tiap bulan.

So pastikan duit simpanan untuk Haji ini tidak boleh disentuh walau apa sebab sekalipun.

Duit Haji hanyalah untuk pergi Haji bukan untuk perbelanjaan lain seperti beli rumah, handphone, laptop, iPad, bercuti, renovate rumah, deposit beli kereta, dan sebagainya.

Kalau ada nak guna untuk keperluan di atas, simpan kat tempat lain.

Jangan ganggu duit tabung Haji.

Aku sendiri pernah la juga ‘ter’ganggu duit tabung Haji masa zaman belajar dulu atas sebab darurat yang teramat. Masa tu kan takde income.

Tapi disebabkan itu juga bila aku dah kerja dan dah berazam nak pergi Haji, masa tu duit Tabung Haji aku kumpul tiap bulan dan aku tak ganggu untuk beli benda-benda remeh.

Jangan pandang rendah pada saving ni.

Walaupun kita simpan sikit-sikit tiap bulan pun, percayalah lepas 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun kita akan nampak jumlahnya semakin besar.

Makin lama kita makin konfiden yang jarak kita dengan Haji dah semakin hampir, insyaAllah.

Sama hotel dengan mak uteh, pak uteh di Rehab al-Janadriyah

 

6. DUIT GAJI TAK CUKUP? CARI PENDAPATAN ALTERNATIF

Bukan semua orang direzekikan dengan gaji lebih RM5000 setiap bulan.

Rata-rata orang muda hanya bergaji sekitar RM1800 hingga RM4500 sebulan.

Dan tak ramai yang ada gaji melebihi jumlah tersebut walaupun ada.

Cuma kita sebagai anak muda perlu merancang dengan bijak dan berstrategi.

Ya mungkin sahaja duit gaji bulanan kita untuk belanja bulanan pun tak cukup.

Maka jadikanlah peluang ini untuk anda berusaha lebih, tanpa banyak beralasan.

Walaupun anda sedang berkerja, carilah bisnes-bisnes yang anda boleh buat secara sambilan.

Zaman teknologi dan IT ini, banyak sangat peluang bisnes yang kita boleh buat dengan modal yang kecil atau tanpa sebarang modal.

Kini kita boleh menjual apa-apa sahaja di hujung jari.

Paling mudah, boleh buat bisnes secara dropship.

Sekarang ada banyak sangat bisnes, supplier yang sedang mencari ejen-ejen dropship untuk jual produk mereka.

Boleh baca di sini aku kongsikan idea bisnes menguntungkan tanpa modal atau modal kecil http://www.fadhilk.com/125-idea-bisnes-kecil-menguntungkan-tanpa-modal-atau-modal-kecil/

Seperti aku sendiri, aku pernah jual buku, supplement dan lain-lain lagi secara dropship sahaja.

Namun sekarang, aku dah berkecimpung dalam bisnes menjual penapis air Cuckoo sebagai ejen jualan. Kerja pun macam dropship hanya perlu cari pelanggan sahaja. Peluang pendapatan secara part-time adalah sekitar RM75 hingga RM4000 sebulan. Aku sendiri boleh guide kalau nak buat bisnes ini. Baca pengalaman aku jadi ejen Cuckoo di sini http://www.fadhilk.com/ejen-cuckoo/

Selain itu, boleh juga cari bisnes lain seperti jadi pemandu Grab, buat kelas home tusyen, ajar mengaji dan sebagainya. Dari situ sahaja pun dah boleh hasilkan lebihan RM500~RM1000 setiap bulan.

Selain itu, jika ada duit bonus gaji yang anda dapat tiap tahun tu boleh lah disimpan untuk pergi Haji juga.

Ada yang dapat bonus 1 bulan gaji, 3 bulan gaji, 6 bulan gaji. Duit tu jangan guna untuk beli benda-benda mewah atau benda yang tak perlu.

Masuk terus ke akaun tabung Haji.

 

7. ISTERI PUN NAK IKUT SUAMI GI HAJI..?

Ya boleh sahaja kalau nak ikut suami kalau suami dapat tawaran pergi Haji.

Begitu juga bagi suami, jika isteri dapat tawaran pergi Haji maka boleh sahaja ikut isteri untuk pergi Haji bila dah diseru.

Yang penting, perlu ada persediaan kewangan, ilmu dan niat yang ikhlas.

Sebab tu ada baiknya jika nak berkahwin, pastikan calon suami/isteri dah ada kuota Haji. Hoho. Tapi kalau takde pun takpe, boleh buat cara lain.

Bagi golongan isteri yang masih ada duit hantaran masa kahwin dulu, simpan duit tu dalam akaun Tabung Haji.

Itu yang isteri aku buat untuk pergi Haji.

Alhamdulillah duit hantaran kahwin ketika itu dia masih ada lagi. Duit tu boleh digunakan untuk tambah modal pergi Haji.

Okay, mungkin juga ada antara kita yang dah gunakan wang hantaran kahwin tu untuk tujuan kenduri, atau apa-apa tujuan sekalipun.

Maka sekiranya anda berkerja, duit kerja tersebut simpanlah juga sebahagian untuk Haji.

Sekiranya anda surirumah, dan nak kumpul duit sendiri pergi Haji tanpa bergantung pada duit suami. Mungkin anda boleh consider juga buat bisnes part-time dari rumah.

Sama macam poin sebelum ni. Banyak jer peluang bisnes part-time, dropship dsb yang ada sekarang ni.

Yang penting cari peluang bisnes yang sesuai dengan diri kita dan boleh mendatangkan hasil dan bantu untuk capai target simpanan yang kita kehendaki. Tak perlu ikut orang lain pun.

Aku teringat dulu nenek saudara aku jual Aiskrim Malaysia jer untuk simpan duit pergi Haji tau! Masa kecil dulu dia jual satu bungkus 10 sen. Tapi dengan duit jualan itu juga dia menabung pergi Haji.

 

8. JUAL BARANG-BARANG TERPAKAI DI RUMAH

Sejujurnya, aku tak buat benda ni untuk menabung.

Tapi aku perasan kat dalam rumah aku ada banyak barang-barang lama yang terpakai dan boleh dijual.

Antaranya pakaian, pakaian baby, barang elektronik, buku, laptop lama, handphone lama, periuk, pinggan mangkuk (mungkin hadiah kahwin) dan sebagainya.

Semua ni kalau tak digunakan, boleh jer nak jual.

Hasil jualan disimpan dalam akaun Tabung Haji.

Kalau dah jual tu hati pun lagi puas. Rumah makin lapang. Duit pun makin bertambah dalam akaun.

Berada di Mina, dalam perjalanan pulang ke Mekah

 

9. KURANGKAN PERBELANJAAN YANG KURANG PENTING

Ya antara sebab poket kita makin tipis antaranya adalah pengurusan kewangan yang tak bagus.

Ini tak dapat nak dinafikan lagi.

Pasti ada masanya kita berbelanja perkara ‘kehendak’ lebih banyak dari ‘keperluan’.

Berada di Arafah untuk Hari Arafah

Bagi aku, tidak salah sekiranya nak berbelanja perkara-perkara kehendak.

Namun bila kita tahu pengurusaan kewangan kita tidak begitu baik, maka ini masanya untuk kita perbaiki semula cara kita berbelanja.

Antara yang kita boleh kurangkan mungkin termasuk:

a. Kurangkan makan di luar
b. Perbelanjaan Astro
c. Downgrade bil telefon (sekiranya bayar lebih dari keperluan)
d. Kurangkan bercuti. Atau pilih lokasi bajet.
e. Kurangkan lepak di restoran dengan kawan-kawan
f. Berhenti merokok
g. Kurangkan minum di Starbucks dan seangkatannya
h. Kurangkan shopping
i. Pilih tempat belibelah barangan keperluan di supermarket yang jimat
j. Tak perlu upgrade handphone atau gadget baru tiap tahun
k. Kurangkan penggunaan elektrik di rumah
l. Dan sebagainya

Dengan mengurangkan perbelanjaan pada perkara yang kurang penting juga dapat bantu sedikit sebanyak untuk meningkatkan simpanan dalam akaun Tabung Haji kita, insyaAllah.

Cuma untuk perbelanjaan anak-anak untuk tujuan education dsb, nafkah isteri, mak ayah jangan pula kita kurangkan.

 

10. GUNA WANG SIMPANAN KWSP

Aku tak pernah guna wang KWSP untuk pergi Haji. Tapi ini antara cara yang boleh kita buat untuk tambah duit untuk pergi Haji.

Lebih-lebih lagi apabila pada tahun tersebut kita telah dijemput untuk pergi Haji.

Bagi yang ingin menunaikan Haji, maka anda boleh keluarkan sebahagian simpanan daripada akaun 2 KWSP anda.

Syaratnya:

  1. Berumur kurang 55 tahun
  2. Telah dipanggil untuk pergi Haji
  3. Belum pernah keluarkan duit KWSP untuk tujuan Haji
  4. Simpanan Tabung Haji tidak mencukupi

Rujuk sini untuk dapatkan info lebih lanjut: https://www.kwsp.gov.my/member/withdrawals/partial/hajj

 

11. SEDEKAH & DOA ITU KEAJAIBAN

Masa ini kami berada di Mina untuk tunaikan Haji

Tahukah kita, dengan bersedekah itu rezeki kita juga akan semakin lancar.

Allah akan permudahkan banyak urusan kita dalam hidup.

Maka banyakkan bersedekah.

Zakat dibayar setiap bulan.

Tiap kali pergi ke masjid, jangan ‘kedekut’ untuk masukkan duit dalam tabung masjid.

Rajin-rajin bagi duit kepada mak ayah kita. Walaupun sedikit tapi percayalah mereka pasti akan hargai pemberian kita itu.

Selain itu, usahakan dan utamakan untuk bayar hutang-hutang kita sedia ada.

Jangan lupa, dan jangan buat-buat lupa hutang yang kita ada itu.

Walaupun kita lupa, atau buat-buat lupa. Orang yang pinjamkan kita duit itu sentiasa ingat.

Walaupun pergi Haji itu wajib hukumnya bagi yang berkemampuan.

Namun bayar hutang juga adalah wajib.

Selain itu, percayah doa itu adalah senjata bagi seorang mukmin.

Banyakkanlah berdoa setiap masa, lebih-lebih lagi pada waktu mustajab seperti:

a. Qiyamullail
b. Berpuasa
c. Berbuka puasa
d. Hari Jumaat
e. Antara azan dan iqamat
f. 10 malam terakhir Ramadhan
g. Lailatul Qadr
h. Hari Arafah
i. Ketika dalam sujud

Dan lain-lain lagi.

Aku sangat yakin bahawa dengan doa, Allah pasti akan mudahkan segala urusan kita.

Maka berdoalah kepada Allah dengan yakin dan penuh harapan agar diberi peluang untuk pergi Haji pada usia muda ini.

Dengan berdoa kita akan nampak banyak keajaiban yang akan berlaku di depan mata kita.

Seperkara lagi. Satu nasihat yang pernah aku baca di Facebook sebelum ini lebih kurang begini:

“Kalau nak Allah jemput kita sebagai Dhuyufurrahman di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi untuk Haji dan Umrah, maka penuhi dahulu jemputan-Nya pada waktu solat 5 waktu di masjid-masjid dan surau-surau ketika azan berkumandang”

Bagi wanita pula, solatlah 5 waktu di awal waktu walaupun solat di rumah. Jangan pula kita solat 5 waktu di penghujung waktu solat.

Nasihat yang sangat ‘deep’ namun perlulah kita ambil kira sekiranya kita benar-benar ingin pergi menunaikan ibadah Haji di usia muda ini.

Dan ingatlah, pergi menunaikan ibadah Haji ini merupakan antara jalan untuk kita ‘membeli tiket’ ke Syurga.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

“Dan haji mabrur tidak ada balasan yang selayaknya baginya melainkan syurga.” (HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349).

Maka marilah ‘beli’ tiket untuk ke Syurga ini dengan bersungguh-sungguh usaha untuk pergi menunaikan ibadah Fardhu Haji ini pada usia kita yang masih muda bertenaga ini.

Semoga Allah mudahkan urusan anda untuk pergi menunaikan ibadah Haji dan kurniakan keikhlasan niat di dalam hati kita semua. Ameen.

Rehlah Haji – Hari Tarwiah Bersama Dr Abdul Basit – 1438H/2017

Rehlah Haji – Hari Tarwiah Bersama Dr Abdul Basit – 1438H/2017

Rehlah Haji pada hari tarwiyah di bumi Mina bersama Dr Abdul Basit antara kenangan yang tak boleh dilupakan.

Hanya tadabbur 2 ayat daripada al-Quran sahaja membuatkan hati rasa insaf.

Dr. Abdul Basit sebut berkenaan pentingnya kita mohon keampunan Allah especially pada hari Arafah kerana hari Arafah adalah hari yang paling banyak hamba-hamba Allah dibebaskan daripada api neraka.

Banyakkan berdoa mohon Allah ampun dosa kita, tutup aib kita dan jangan kita dihinakan pada hari akhirat kelak.

Kerana hari akhirat kelak segala rahsia kita akan dibongkarkan. Segala perkara yang kita buat terang-terangan dan sembunyi akan dipaparkan kepada kita seluruh manusia termasuk keluarga dan sahabat kita.

Sepertimana yang Allah Ta’ala berfirman dalam surah at-Thaariq

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ
“Pada hari ditampakkan segala rahsia”

Bayangkan semua rahsia kita yang orang tahu dan tak tahu, dosa kita buat terang-terang dan seoranh diri, segala perkara bodoh yang kita pernah buat yang mana kalau orang lain tahu kita akan rasa sangat malu.

Semua itu Allah tunjuk pada suami/isteri kita, anak-anak kita, mak ayah kita, adik beradik kita, sahabat kita dan seluruh umat manusia melainkan yang Allah ampunkan dan yang Allah rahsiakan dengan izin-Nya.

Sangat menginsafkan, lebih-lebih lagi bila guru kita yang kita muliakan menitiskan air matanya dalam ceramah tersebut.

Terfikir, orang yang alim dan soleh macam ni pun begitu insaf, ini pulak aku yang banyak berdosa ni masih lagi banyak fikir dunia berbanding akhirat. Allah…

Kemudian disambung pula kepada pentingnya hati yang khusyuk dalam beribadah kepada Allah.

Kerana antara sebab beratnya timbangan amal kita adalah dengan khusyuknya hati kita, juga berdasarkan firman Allah dalam surah al-‘Aadiyat

وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ
“dan apa yang tersimpan di dalam dada dizahirkan”

Sentap. Bila muhasabah balik betapa banyak solat yang kita buat, namun kita lalai dari mengingati Allah walaupun dalam solat.

Bila solat, fikir kerja.

Bila solat, ingat ada benda tak siap lagi.

Bila solat, teringat barang yang hilang.

Ibadah bukan sekadar pada kuantiti, namun yang lebih penting pada kualiti.

Betapa khusyuknya dan fokus-nya kita dalam solat ingat Allah, itu yang paling mahal. Itulah tahap beratnya timbangan amal kita pada hari akhirat nanti.

Things to ponder.

Betapa banyak dosa kita yang lalu Allah tutup, tapi kalau Allah bongkarkan balik apa kita akan rasa?

Betapa banyak solat, bacaan al Quran, zikir kita yang kita tak hadirkan hati kita, tak khusyuk dalam melaksanakannya?

Selalu mohon pada Allah supaya dosa kita diampunkan dan supaya kita tidak berada dalam keadaan hina pada hari akhirat kelak seperti doa Nabi Ibrahim dalam surah asy-Syu’araa’

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ
“…dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan”

Dan sama-sama kita azam mulai sekarang, kita akan letakkan hati kita sepenuhnya dalam segala ibadah yang kita buat hanya kerana Allah, ikhlas dan berharap kepadaNya. Sebab itu perkara paling penting dalam ibadah, bukan sekadar buat sahaja.

Lelaki Misteri Dari Mesir

Lelaki Misteri Dari Mesir

LELAKI MISTERI DARI MESIR (Yang sedang berjalan menuju masjid, kopiah putih)
 
Kali pertama aku jejakkan kaki ke Masjidil Haram adalah pada bulan Ogos 2017 untuk tunaikan ibadah Haji.
 
Sebelum-sebelum tu memang tak pernah jejak kaki ke sana, paling kuat pun tengok video kat YouTube jer.
 
Dulu-dulu memang niat kuat nak pergi, tapi tak ada duit.
 
Pada hari kedua tiba di sana (seingat aku), masa tu aku baru je lepas buat Tawaf sunat dan berehat sebentar di ground level masjid tersebut – sama level Ka’bah.
 
Awal-awal bulan 8 tu, karpet masjid masih penuh lagi di sekitar masjid. (Dah masuk musim Haji, karpet dah tak ada lagi.)
 
Sambil-sambil duduk atas karpet hijau yang empuk tu untuk rehat, aku bawa sekali kurma dan air zam-zam.
 
Perasaan pada masa tu, fuh masyAllah. Pengalaman awal yang cukup manis.
 
Kemudian seorang Arab datang pada aku tegur aku, dia bagi salam.
 
Dia tanya aku dari mana. Aku cakap aku dari Malaysia.
 
Aku tanya balik dia dari mana?
 
Katanya dia dari Mesir.
 
Nasib la masa kat UIA dulu 2 sem kena belajar Bahasa Arab asas – memang asas sangat.
 
Masa tu aku try cari keyword apa dia sebut jer.
 
Sambil berborak, aku ambil air zamzam yang diletakkan atas lantai dan minum.
 
Dia tegur aku, mafhumnya: “Saudaraku, kau tak puasa hari ini?”
 
Aku jawab, “La…”
 
Katanya lagi (mafhum): “Saudara, sekarang kau datang jauh-jauh dari Malaysia. Kau datang ke sini dengan untuk tunaikan Haji beribadah kerana Allah, untuk meraih sebanyak mungkin pahala. Hari ini pula hari Isnin, hari yang disunnahkan untuk berpuasa. Kenapa kau tak berpuasa?”
 
Aku masa tu memang dah rasa tersentap. Sungguh.
 
Ye lah kan, aku rasa aku datang ke Mekah ni dalam keadaan musafir.
 
Takkan nak puasa. Penat kot.
 
Tapi betul katanya, aku datang jauh-jauh dari Malaysia. Patut ibadah lah sungguh-sungguh.
 
Masa tu aku memang tak terjawab, sebab tak pandai nak jawab. Bahasa Arab kot.
 
Tak lama lepas tu, dia pergi dalam senyuman.
 
Aku masih ingat wajahnya dan namanya, Mahmud.
 
Beberapa hari seterusnya aku pergi ke Masjidil Haram lagi aku masih terserempak dengannya beberapa kali di ruang yang sama.
 
Bila terserempak memang nampak beliau tersenyum sahaja.
 
.
 
Disember 2018, aku pergi lagi ke sana untuk tunaikan ibadah Umrah.
 
Demi Allah, sesiapa yang pernah ke sana pasti sentiasa merindui Tanah Haram, Mekah dan Madinah.
 
Maka tahun lepas aku decide untuk pergi Umrah.
 
Beberapa hari pertama di Madinah, aku banyak lepak di area Masjid sahaja.
 
Dulu masa aku pergi Haji, banyak masa aku pergi ke perkuburan Baqi’ selepas waktu solat, sebab akan ada pengebumian jenazah setiap kali lepas solat.
 
Peluang besar di sana sebab Nabi sebut siapa yang solat jenazah akan dapat pahala sebesar 1 Qirat, dan siapa yang mengiringi jenazah akan dapat pahala sebesar 1 Qirat. (1 Qirat sebesar gunung Uhud)
 
Antara sebabnya adalah hotel aku tak jauh dari Baqi’.
 
Tapi kali ni, hotel aku terletak di belakang Masjid Nabawi ke arah kanan sikit.
 
Kiranya memang jauh lah kalau nak pergi ke perkuburan Baqi’ daripada hotel aku.
 
Aku rasa sebab aku sendiri yang malas, so jarang la pergi ke perkuburan Baqi’ lepas solat.
 
Sebab lain juga adalah sebab ada mak dan ayah aku sekali ikut pergi umrah, so banyak masa bersama dengan mereka.
 
Aku teringat hari-hari terakhir sebelum aku berangkat ke Mekah.
 
Masa tu aku dah insaf (hoho) sebab dah nak pergi Mekah, so aku gunakan sedikit masa untuk ziarah juga perkuburan Baqi’ lepas waktu solat.
 
.
 
Ditaqdirkan ada satu malam selepas solat Maghrib aku singgah ke perkuburan Baqi’ untuk ikut jenazah.
 
Lepas pengebumian aku kembali semula ke masjid.
 
Aku pergi ke tempat Wudhu untuk berwudhu dan cuci sikit tangan dan kaki sebab berdebu – tanah perkuburan di sana berbeza dari Malaysia.
 
Sambil selesaikan semua tu, aku tengok kanan.
 
Nampak seorang lelaki ni.
 
Macam kenal.
 
Aku bagi salam, tanya dia.
 
“Nama kau Mahmud kan? Dari Mesir?”
 
Jawabnya, “Ya aku Mahmud dari Mesir”
 
Aku tanya dia, kau ingat tak aku?
 
Tahun 2017 lalu kau pernah tegur aku kat Masjidil Haram?
 
“Oh ya ya, aku ingat”
 
Masa tu aku rasa gembira sungguh.
 
Aku tanya, “Kau buat apa kat sini?”
 
Jawabnya, “Aku menetap di Madinah, kerja di sini”
 
Oooh, begitu rupanya.
 
Lepas perjumpaan sekejap tu, kami berpisah.
 
Dia doakan agar aku dapat ziarah untuk Umrah/Haji berkali-kali lagi selepas ini.
 
Aku aminkan sahaja.
 
.
 
Ya pada aku, ia merupakan perjumpaan yang sungguh misteri.
 
Dalam jutaan umat manusia yang ada di sana, Allah taqdirkan aku berjumpa dengan beliau lagi.
 
Ya. Jumpa beliau lagi.
 
Teringat tegurannya, baru aku sedar bahawa ‘standard’ ibadah kita dengan orang-orang soleh ini sangat jauh sekali.
 
Rasa tenang sungguh jumpa orang sebegini.
 
.
 
Aku teringat balik, rasa beruntung sangat sebab aku diberi peluang untuk sambung Degree di UIA pada tahun 2010 yang lalu.
 
Di sini aku direzekikan jumpa dengan sahabat-sahabat yang jauh lebih baik dari aku dari sudut hati dan amalan.
 
Bilamana kita berjumpa dengan orang soleh, berkawanlah dengan mereka, berdampinglah dengan mereka.
 
Sungguh jika kita ada sahabat-sahabat yang ikhlas dan dekat dengan Allah, hidup kita pasti akan lebih bahagia, hati kita pasti akan terasa lebih tenang.
 
Mereka akan tetap bersama dengan kita dalam susah mahupun senang.
 
Cukuplah aku berdamping dengan mereka agar sentiasa berada dalam ‘circle’ yang baik, supaya teruk-teruk aku pun tapi janganlah lagha sangat. Huhu.
 
.
 
Kawan-kawan.
 
Manusia yang berkawan dengan kita semata-mata kerana dunia, mereka pasti akan pergi tinggalkan kita apabila kita tiada semua itu.
 
Manusia yang bersahabat dengan kita kerana Allah, mereka pasti akan bersama kita walaupun kita dalam senang mahupun susah.
 
Begitulah.
 
.
 
Wan Ahmad Fadhil,
Nak Jadi Baik. Sentiasa Rindukan Haramain.
Pergi Haji Usia Muda. Bolehkah? Mulakan Simpan Duit Untuk Pergi Haji

Pergi Haji Usia Muda. Bolehkah? Mulakan Simpan Duit Untuk Pergi Haji

Masa tu simpanan saya ada sekitar RM15,000.
 
Tahun 2017.
 
Duit yang saya simpan hasil kerja dan bisnes part-time yang saya buat.
 
Dengan simpanan itu, masa tu saya terfikir 1 je.
 
Iaitu impian saya untuk pergi Haji sebelum 30 tahun.
 
Ya Tuan-Tuan.
 
Pergi Haji sebelum 30 tahun. Pergi Haji pada usia muda bukanlah sesuatu untuk dibanggakan.
 
Namun perlu selalu diingat bahawa Haji adalah sebahagian dari rukun Islam (bagi yang mampu).
 
Sebenarnya saya dah lama rasa rindu nak ke Tanah Haram walaupun belum pernah ke sana.
 
Tahun itu, saya terfikir nak gunakan duit itu untuk 3 benda. Sama ada:
 
1. Pergi Umrah – kawan-kawan saya ada buat servis umrah. At least, lepas rasa rindu ke sana
2. Beli rumah – kumpul duit sikit lagi dah boleh bayar deposit beli rumah murah
3. Pergi Haji – walaupun ini belum confirm lagi. Awal tahun 2017 tu saya try hantar surat rayuan Haji.
Pilihan 1 dan pilihan 2 saya tak pilih.
 
Nak beli rumah, rasa macam berat sikit masa tu.
 
Walaupun rasa hampir-hampir dah nak gi Umrah.
 
Tapi fikir balik.
 
Daripada spend RM6000 gi umrah, baik kumpul sikit lagi cukup RM10,000 dah boleh gi Haji.
 
Itu lojik saya la. Tak setuju tak apa.
 
So duit tu memang saya tak buat apa-apa.
 
Hari raya 2017 saya beraya di Brunei. (kampung mak kat sana)
 
Balik dari Brunei, mak cakap
 
“Ada surat tawaran Haji ni Dil. Kena confirmkan dalam masa 2 hari lagi”
 
Masa ni sangat banyak drama berlaku. Sebab terpaksa tinggalkan anak kecil 2 orang di Malaysia.
 
Seorang 9 bulan. Seorang lagi baru 2 tahun.
 
Sebab saya nak bawa isteri saya Nurul ‘Izzah Zaidi gi Haji sekali.
 
Cerita Haji saya boleh baca sini ➡️ http://www.fadhilk.com/pengalaman-haji-muda-part-1/
 
Nak dijadikan cerita, alhamdulillah dengan izin Allah saya gi Haji tahun tersebut.
 
Cuma nak share di sini.
 
Nak pergi Haji ni bukanlah untuk orang kaya. Bukan juga untuk orang tua.
 
Pergi Haji juga bukan untuk orang baik, soleh dan alim.
 
Pergi Haji ni untuk orang Islam.
 
Ya. Sebab ia termasuk rukun Islam yang ke 5 kita.
 
Saya seru sahabat-sahabat yang membaca status ini.
 
Mulakanlah menabung untuk pergi Haji dari sekarang, pasang niat sungguh-sungguh untuk pergi Haji selagi masih bernyawa.
 
Simpanlah RM50 sebulan, RM100 sebulan atau lebih lagi. Ikut kemampuan.
 
Nenek saudara saya yang sudah cukup tua, simpan duit Haji bertahun-tahun hanya dengan jual aiskrim Malaysia harga RM0.10 sebatang.
 
Kita yang masih muda pasti boleh lebih lagi.
 
Bagi kita yang dah ada duit, simpanan dalam akaun yang cukup.
 
Especially yang terlibat dalam sales (jual penapis air, insurans dsb) yang ada kebebasan masa.
 
Pergilah.
 
Tinggalkan sebentar dunia bisnes sebab anda pun ada income secara pasif masuk setiap bulan.
 
Plan untuk pergi Haji dalam masa terdekat. Tahun ini, tahun depan atau seterusnya.
 
Plan agar masa pergi itu kita dalam keadaan cukup bersedia untuk tinggalkan keluarga.
 
Percayalah, Allah akan ganti semula perbelanjaan kita.
 
Allah akan jaga keluarga kita di Malaysia.
 
Allah akan jaga perniagaan yang kita tinggalkan.
 
Pergilah agar kita tidak dipersoalkan oleh Allah akan harta kita yang kita kumpul, tapi tak digunakan untuk tunaikan kewajiban Haji kita.
 
Mari sama-sama kita mulakan menyimpan duit. Buat bisnes atau kerja part-time untuk kumpul duit kalau nak pergi lebih segera.
 
Banyakkan berdoa. Especially pada masa mustajab.
 
Semoga Allah mudahkan urusan kita semua untuk jadi seorang Muslim yang taat kepada perintahNya.
 
Wan Ahmad Fadhil,
Rindu Haramain.
 
___
 
Siapa add saya jadi friend, boleh add saya Wan Ahmad Fadhil atau follow FB saya. Terima kasih!
Al-Quran Madinah Original / Asli Percuma? Di Mana?

Al-Quran Madinah Original / Asli Percuma? Di Mana?

Mushaf al-Qur’an Madinah cetakan Kompleks Raja Fahd (semakan nama diperlukan):
Inilah mushaf berkulit hijau gelap yg digunakan secara meluas dan menjadi pilihan kebanyakkan jemaah di Masjidilharam dan Masjid Nabawi, disamping mushaf berkulit biru gelap (khat arab yg tebal, setahu hamba yg daif ni dipanggil Qur’an Majid, mohon perbetulkan sekiranya salah) yg dilihat menjadi pilihan bagi jemaah-jemaah dari benua India, Pakistan, Bangladesh dan yg sewaktu dengannya. Mushaf yg ada pada hamba ini bukan yg dapat secara percuma, bahkan dibeli di Abraj al-Bayt (Kompleks Beli Belah Menara Jam Mekah).

Cuma ingin dikongsikan, mushaf ini boleh diperolehi secara percuma di lokasi-lokasi khas sekitar dua masjid ini. Bukan senaskah, bahkan boleh dapat sehingga 20 naskah (banyak tu), DENGAN SYARAT: untuk diwakafkan di masjid di tanahair masing-masing, bukan untuk kegunaan peribadi.

Jika di Masjidilharam, agihan dibuat setiap hari (waktunya lupa jam berapa, yg pastinya sebelah pagi sekitar jam 8 pagi) di bilik sebelah luar bangunan berhampiran Bukit Marwah (berdekatan bilik cas skuter tawaf). Mungkin ada lagi lokasi-lokasi lain, itu di luar pemerhatian & pengetahuan hamba. Perlu beratur, boleh jadi barisan panjang atau pendek, ikut rezeki masing-masing.

Al-Quran Madinah (Original)

Jika di Masjid Nabawi, agihan juga dibuat setiap hari seawal jam 8 pagi (meskipun di skrin LCD masjid nyatakan jam 10 pagi) di pintu nombor 18 bilik kecil sebelah dalam masjid. Jemaah yg beratur akan diminta oleh pegawai masjid utk menunjukkan tag haji masing-masing dan bersedia utk ditebuk dengan penebuk lubang sebagai bukti pernah mengambil sumbangan mushaf wakaf. Jemaah nusantara akan ditanya soalan ‘masjid/rumah?’ sebagai ingatan kesemua mushaf yg diterima bukan utk kegunaan peribadi. Jika tersilap jawab ‘rumah’, maka bersedialah utk diberi syarahan oleh pegawai tersebut 🙂 ..Jika dapat giliran awal, jemaah akan memikul keluar sebiji kotak berwarna putih yg terdapat di dalamnya 20 mushaf al-Qur’an Madinah. Jika giliran belakang, jemaah hanya akan mendapat seikat al-Qur’an yg bercampur sama ada mushaf Madinah hijau gelap atau biru gelap atau mushaf yg tak diketahui edisi mana. Jadi terimalah seadanya atau serahkan pada jemaah negara lain yg benar2 memerlukan mushaf tersebut utk dimanfaatkan, khususnya mushaf biru gelap yg mungkin kurang digunakan misalnya di Malaysia.

Al-Quran Madinah (Original)

NOTA:
Bagi wakaf mushaf al-Qur’an Madinah di Masjidilharam, hamba kurang pasti mana satukah kaedah yg paling berkesan. Ada yg mengingatkan supaya tidak beli sendiri dan letak sendiri di rak2 al-Qur’an dalam Masjidilharam kerana dikhuatiri silap naskah dan bakal dikeluarkan oleh petugas2 masjid. Ada yg wakilkan kepada pegawai TH, ada yang wakilkan pada ustaz-ustaz mutawif tempatan yg berkhidmat dengan TH. Semuanya dengan harapan supaya mushaf tersebut kekal berada dalam rak-rak dalam masjid dan dimanfaatkan oleh jemaah yg hadir agar menjadi amal jariah yg berkekalan, ditambah pula pahala 100,000 kali ganda yg dijanjikan. Moga2 Allah menerima niat ikhlas setiap jemaah yg mengeluarkan belanja utk wakaf al-Qur’an, sama ada utk diri sendiri ataupun kiriman sahabat handai di tanahair.

Al-Quran Madinah (Original)

Bagi wakaf mushaf al-Qur’an Madinah di Masjid Nabawi, hamba kira perkongsian Tn Hj Mohd Khairul Muhamed (jazahullah khairan) ini sudah amat memadai:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156134495297585&id=591812584

Kredit 1 (Penulis): https://www.facebook.com/ridzuan.zukifly

Kredit 2 (Gambar): https://www.facebook.com/khairul.mohd.33/posts/10156134495297585/