Senarai Barang Bantuan Mangsa Banjir & Barang Cuci Rumah

Senarai Barang Bantuan Mangsa Banjir & Barang Cuci Rumah

Assalamu’alaikum wbt. Negara kita kini (sejak 19 Disember 2021) sedang dilanda musibah banjir besar yang menjejaskan banyak lokasi di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan lain-lain. Di bawah ini, saya kumpulkan senarai barang-barang yang diperlukan untuk membantu mangsa banjir.

15 Barang Yang Diperlukan Segera (Urgent)

  1. Makanan dan minuman (air mineral)
  2. Makanan segera – seperti biskut, roti, pisang dan sebagainya (sebaiknya yang tak perlu dimasak)
  3. Pampers bayi – newborn hingga warga emas
  4. Lampin Wanita – all type
  5. Pakaian dalam (seluar dalam lelaki, wanita, bra)
  6. Kebersihan diri – Sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi dsb
  7. Sabun cuci baju
  8. Toto (atau tikar)
  9. Selimut / blanket
  10. Ubat-ubatan asas – Panadol, ORS, minyak angin, minyak urut, ubat batuh dsb
  11. Kain pelikat / kain batik
  12. Towel
  13. Selipar
  14. Sejadah & telekung
  15. Alat pengecasan telefon bimbit (cable, power bank dsb)

Barang Yang Diperlukan Mangsa Banjir (Semua)

1. Selipar
2. Towel
3. Berus Gigi & Ubat Gigi / Tooth Paste
4. Selimut / Blanket
5. Bantal / Pillow
6. Kain Pelikat
7. Sejadah
8. Tudung & Telekung
9. Panadol
10. Seluar dalam (especially wanita. banyak)
11. Pampers – semua size
12. Lampin wanita / disposable panties
13. Air mineral
14. Wet tissue / Tisu basah
15. Tisu
16. Bra / Baju dalam wanita
17. Tikar
18. Kain batik
19. Sabun mandi
20. Sabun cuci baju
21. Penyapu
22. Berus
23. Lilin & mancis
24. T-Shirt
25. Shampoo
26. Power bank
27. Toto
28. Makanan – segera
29. Biskut
30. Roti
31. Ubat nyamuk
32. Extension cable
33. Water jet
34. Generator set
35. Minyak angin & minyak urut
36. Keropok (jajan)
37. Kopi, Teh & Milo
38. Torch light
39. Kurma
40. Ubat batuk & selesema
41. Air kotak
42. ORS (Oral Rehydrating Solution)
43. Baju dan seluar
44. Alat penyusuan
45. Susu bayi & susu formula
46. First aid
47. Bakul/Baldi
48. Mop
49. Pinggan/mangkuk/sudu pakai buang
50. Ampaian
51. Hanger
52. Pengetip kuku
53. Cotton bud
54. Dapur Gas
55. Kabel pengecas telefon / phone charger
56. Duit cash – untuk kelangsungan hidup mangsa

BARANG YANG DIPERLUKAN UNTUK SEARCH AND RESCUE (SAR) MANGSA BANJIR

Nota: Dinasihatkan untuk pergi misi SAR bersama team yang berpengalaman.

  1. Bot / sampan
  2. Kenderaan 4×4
  3. Lampu suluh LED (super bright)
  4. Jaket keselamatan
  5. Powerbank
  6. Walkie talkie
  7. Ubat-ubatan
  8. Air mineral
  9. Pembesar suara
  10. Drone
  11. Tali
  12. Generator
  13. Cutter (potong besi mangga dsb)
  14. Kasut boot

BARANG UNTUK KANAK-KANAK

Barang untuk hiburan kanak-kanak pasca banjir yang sebahagiannya mengalami trauma akibat banjir

  1. Buku mewarna
  2. Pensil warna
  3. Mainan

BARANG KEPERLUAN BANTU SELEPAS AIR SURUT – CUCI RUMAH

1. Water jet (Sebaiknya beli yang gunakan petrol kerana pasca banjir biasanya tiada air dan elektrik)
2. Troli / kereta sorong
3. Cangkul
4. Penyodok air
5. Generator set
6. Penyapu lidi
7. Penyapu bulu keras
8. Sabun cuci baju
9. Glove kain (angkat barang, guna penyapu dsb) & glove getah (cuci barang guna sabun)
10. Boot
11. Stool – memudahkan kerja nak mencuci (kalau duduk tanpa bangku, kebas kaki)
12. Getah paip / hos paip dan pengunci hos
13. Kasut boot (Penting! Supaya tidak pijak besi, kaca dan binatang berbisa)
14. Plastik sampah
15. Baldi
16. Face mask (Penting untuk elak penyakit, bau kurang menyenangkan)
17. Towel
18. Alatan solat – sejadah dsb
19. Air mineral (dan air wudhu’)
20. Pakaian ganti
21. Makanan segera (roti, coklat dsb untuk urusetia)

Sila hubungi Pusat Pemindahan Sementara juga untuk tahu status terkini keperluan mangsa banjir atau tanya team NGO yang lakukan misi-misi kemanusian membantu mangsa banjir.

Semoga Allah permudahkan urusan mangsa banjir begitu juga para sukarelawan dan dermawan yang sanggup berkorban harta, masa dan tenaga bagi membantu saudara-saudara kita yang kesusahan. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Aku Beli Adjustable Dumbbell 40KG Sepasang Ala-Ala Bowflex

Aku Beli Adjustable Dumbbell 40KG Sepasang Ala-Ala Bowflex

Nak fit balik punya pasal. Dalam banyak2 exercise, susah nak letgo main besi. Sebab dulu dah pernah workout dan menjadi dan nampak result. Huhu.

Dulu pernah beli beskal lipat, konon nak buat hobi baru. Tak jadi, jual jugak akhirnya sebab tak minat + malu nak pakai (last year trend foldable bike xcukup strong lagi). Ada satu beskal lipat tu aku beli RM1000, jual balik seken hand RM1600 sebab model tu market price dalam RM2K. Dalam 1 jam lebih jer iklan dah ada orang angkut. So anggap jer lah duit jual beskal tu, aku ganti beli dumbbell ni.

Besi2 yang beli dulu sejak zaman sekolah masa mak ayah pergi Haji lagi tu, aku dah jual kat sahabatku semua sekali. Total dekat 60kg gak rasanya termasuk 2 batang besi dumbbell dan 1 batang besi curl bar. Aku rasa memang murah betul dah jual masa tu xsampai RM200 dapat plates dekat 60kg, batang dumbbell 2pcs, curl bar 1 batang, bench sebuah. Masa tu jual sebab anak2 main besi kat rumah sebab besi2 tu jenis seketul seketul, terpisah-pisah. Bahaya budak buat main. Pastu bila besi terpisah-pisah, memang akan makan banyak space. Wife pulak tak suka tengok besi sepah2 ni. Hoho.

review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Dumbbell ni dulu satu set semua aku jual kata sahabat baikku. Set ni aku beli sikit-sikit sejak zaman sekolah hingga zaman belajar di Kolej Shahputra (sekarang namanya Kolej Universiti Widad) dapat duit MARA tiap bulan buat beli weights. Hoho. Banyak kenangan betul dengan weight plates aku ni.

Dulu jadi kekangan malas workout kat rumah sebab leceh nak tukar2 weights la. Nak kena cabut 4 batang nat dia tu, pastu pasang balik.

Jenis adjustable ni pulak kelebihannya, besi dia dok setempat tu jer. Besi memang tak bersepah la. Dulu.

Nak tukar berat pun senang jer. Letak jer dumbbell tu dekat tempat dia. Pulas2 jer dial dia tu untuk pilih berat, setel. Xyah nak cabut pasang weights baru.

Moga2 kali ni istiqamahlah. Huhu. Badan dah membelon kena lah mula bersenam balik. Aku masih tahu teknik yang betul untuk weight lifting, walaupun dah lupa sikit2. Tapi basic tu insyaAllah masih ada jer.

Angkut adjustable Dumbbell 40kg sepasang = total 80kg dan bench sekali. Total dalam RM1435. Beli kat seller Shopee jer.

  • Dumbbell seketul RM570
  • Bench RM295

Ini link Shopee dia: https://shopee.com.my/40KG-Adjustable-Dumbbell-(READY-STOCK)-i.238576420.8325347196?position=10

Ini link kedai Shopee dia: https://shopee.com.my/tmyfong

Self pickup kat Pandan Indah jer. Jimat RM100 lebih duit postage. Tapi habis jugak savingku. Hoho.

Actually harga pun okay jer la bagi aku sebab market price weight plates pun RM12.20/kg kat Fitness Concept, belum campur batang dumbbell dia lagi. Kalau 80kg, dah dekat RM1K gak belum campur batang dia.

Perlu Ke Beli Sampai 40KG?

Sebenarnya tak perlu pun sampai 40KG especially untuk beginner la yang baru nak belajar main besi. Sebab 40KG ni berat gila tau.

Kalau baru nak start main dumbbell, tak perlu pun beli sampai 40kg sebuah. Beli dalam 20 lebih kg pun dah cukup bagus dah.

Cuma dalam kes aku, aku dah pernah main besi sejak tahun 2008 lagi. Dan alhamdulillah dapatlah juga latihan daripada kawan-kawan yang memang dah terlatih dalam weight lifting sejak kolej lagi. Kawan-kawan di Kolej Shahputra dulu ramai jugak yang belajar dalam bidang Sains Sukan / Sports Sciences. So diorang lah yang banyak mengajar aku teknik-teknik yang betul, disamping aku banyak mengaji kat YouTube la dulu.

Antaranya adalah Hakim Ismail (FB https://www.facebook.com/hakimismaill) (IG https://www.instagram.com/hakimismaill/) dulu aku banyak belajar dari dia. Alhamdulillah.

Masa zaman gila-gila main weight lifting dulu, maksimum dah tu dalam 100 pounds dumbbell aku guna untuk DB Benchpress. Itulah yang buat aku jadikan benchmark dan buat keputusan untuk ambil 40KG terus alang-alang, sebab aku pernah angkat berat macam tu.

Dan 40KG ni pun aku rasa sesuai dah untuk buat DB deadlift, squats, lunges dsb kat rumah jer.

review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Besar gila saiz dumbbell ni. Tengok la gambar ni. Ini yang 40kg sebuah.
review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Ini gambar kotak dia. Dalam
Ini gambar dalam kotak. Dia siap letak polistrin lagi so kalau korang beli pakai postage pun tak perlu nak risau dumbbell korang rosak. Sebab packaging pun mantap gila
review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Letak dalam kereta pun makan ruang jugak
review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Latihan pertama guna adjustable dumbbell. Hoho

Video

Ini video cara nak ejas berat pada adjustable dumbbell ni

Apa pun, done kena marah dengan bini. Haha. Tapi aku berjaya yakinkan dia bahawa dumbbell ni tak bersepah macam yang dulu-dulu, insyaAllah.

Daftar Anak-Anak Ke Tadika 2021…

Daftar Anak-Anak Ke Tadika 2021…

Alhamdulillah done daftar persekolahan anak untuk 2021. Baru dapat tahu sekolah dah mula bukak sejak 4hb. Semoga semuanya berjalan lancar. Nak daftar tadika untuk 2 orang anak adalah satu perjuangan luarbiasa.

Besar kos nak kena keluarkan. Nak menangis jugak bayar tadi. Huhu. Sebab hujung tahun, awal tahun memang biasanya orang akan banyak berbelanja untuk pelbagai sebab. Semoga Allah balas dengan lebih baik.

Begitulah hakikatnya tugas kita sebagai ibubapa. Bukan takat cari duit untuk makan minum, bahkan yang penting adalah untuk ilmu, agama dan pembentukan sahsiah anak-anak.

Bila kita cari duit lebih, tak semestinya kita perlu ada mindset nak jadi materialistik.

Bila kita ada duit lebih, kita boleh PILIH sekolah yang lebih baik untuk anak-anak. Supaya mereka boleh berada dalam environment yang paling baik, paling selamat. Selebihnya kita berserah kepada Allah.

Alhamdulillah, sekarang ada banyak platform untuk memulakan perniagaan tanpa sebarang modal. Kita boleh buat pendapatan tambahan, tak kisah sama ada kecil atau besar.

Yang penting kita usaha untuk bantu diri dan keluarga kita. Siapa lagi yang nak tolong diri kita, anak-anak kita kalau bukan kita sendiri yang berusaha?

Berat hati nak sekolahkan anak-anak esok. Huu. Sebab sejak kecik memang dok rumah jer. Last year ada juga hantar mereka sekolah, tapi sebab PKP maka sekolah 3 bulan jer lepas tu berhenti.

Memang kita suka keberadaan anak-anak depan mata setiap masa, especially bagi kami yang memang dah WFH sejak hampir 4 tahun lalu.

Tapi pada masa sama kami kena terima hakikat bahawa kita TAK BOLEH nak gabungkan fokus kerja + fokus jaga anak depan mata. Ia kurang berkesan bagi kes saya dan wife yang memang kerja dari rumah. Bila fokus, pasti stres level meningkat. Dan bila tengah fokus dan anak tengah meragam, gaduh dsb, itulah kemuncak kesabaran yang perlu ditahan. Hahaha.

Untuk persekolahan 2021 ini. They need this. Dan kami juga sangat perlukan mereka untuk bersekolah.

Bila mereka sekolah, kami kena pulun buat kerja. Bila balik, itu masa kita dengan mereka.

Mereka makin membesar, perlukan masa untuk belajar. Perlukan masa untuk berkawan dan bersosial. Perlukan masa untuk belajar hidup lebih berdikari tanpa kita di sisi. Kita juga perlukan masa untuk untuk diri kita fokus buat kerja, berehat dan sebagainya.

Bak kata sahabat saya tadi, tutup mata bayar je. Semoga 2021 jadi tahun yang lebih baik, bahagia, ceria untuk kami dan anak-anak.

Kita sedar, ada je possibility sekolah tutup lagi. Tapi apa pun tawakkal pada Allah. Moga Dia bagi jalan keluar terbaik.

Doakan kami ❤️

Orang ‘Gay’ Di Tandas Masjid, Mengapa Ini Berlaku..?

Orang ‘Gay’ Di Tandas Masjid, Mengapa Ini Berlaku..?

…di tandas masjid itu, aku nampak kelibat mata yang sedang melihat pada pantulan air di atas lantai. Dalam otak aku dah terfikir.

ALLAH! GAY MELAYU!

Dia terus cuba melihat. Aku cuba ‘cover’ supaya tak dilihat. Makin didekatkan pandangannya.

Tiba-tiba kelihatan 2 jarinya bergerak, seolah-olah memanggil aku ke arahnya.

Kurang ajar. Memang aku nak belasah orang ni.

BAM!! BAM!! Pintu tandas itu aku ketuk sekuatnya.

Terus dia keluar dari tandas.

Dan aku pun keluar, pergi ke arahnya dan aku cengkam bajunya sekuat hati, tolak badannya ke arah kolah wudhu’ di masjid itu.

“Kau nak apa hah?!”

Masa tu aku dah rasa nak hayun tangan penumbuk aku ke mukanya.

Lelaki berusia sekitar 40an itu menggigil ketakutan.

Masa tu baru lepas azan solat Asar.

Orang ramai masjid itu terkejut melihat situasi itu.

“Bang, ni masjid bang! Jangan buat macam ni, jangan gaduh. Ni rumah Allah.. Kenapa ni bang?”, tegur seorang jemaah masjid tersebut.

Aku jawab, “Saya tengah dalam tandas, dia skodeng dari bawah. Apahal?”

Nampak muka ‘Gay Melayu’ itu, memang nampak macam tak normal.

Macam orang normal yang sakit otak.

“Bang, dia ni memang tak betul bang. Dia ni memang gila sikit..”, kata seorang jemaah masjid di sana.

Aku bagi warning pada Gay Melayu itu untuk jangan buat lagi.

Sebenarnya, takut juga. Sebab ini first time berlaku dalam hidup aku.

AKU TAK TAHU APA NAK BUAT.

Sebab aku bawa anak aku sekali ke Masjid tu.

Aku tak sanggup bagi anak aku nampak aku belasah orang.

_______

TAKUT!

Aku sebenarnya terfikir satu benda.

Situasi itu buat aku rasa takut.

Sebab kerosakan manusiawi semakin terhakis hari demi hari.

Semakin ramai ‘SEX OFFENDER’ termasuklah dari golongan mereka yang cenderung kepada seks songsang LGBT dan pedofilia yang semakin berani untuk bertindak mengikut hawa nafsu mereka.

Walaupun ia berlaku di Masjid atau tempat awam!

Aku semakin takut akan keselamatan keluarga dan anak-anak ahli jemaah Masjid yang kecil dan tak tahu apa-apa.

Begitu juga dengan Sex Offender yang boleh wujud dalam kalangan ahli keluarga anda. Dan ini sangat banyak berlaku!

BAGAIMANA?

Bagaimana jika golongan ini bertindak dan lakukan perkara tidak senonoh pada budak kecil yang tidak mampu nak buat apa-apa?

Bagaimana jika pada waktu solat, anak ahli jemaah dibawa ‘berdua-duaan’ di dalam bilik tandas bagi melempiaskan nafsu orang begini?

Ya.

Perkara ini pernah berlaku. Bila berborak dengan sahabat saya yang terlibat dalam organisasi di sebuah masjid.

Namun atas alasan “orang ini gila”, seolah-olah polis tidak dapat lakukan apa-apa tindakan kepada orang begini.

_______

KENAPA INI BERLAKU?

Tuan-Tuan.

Saya percaya ia bermula secara halus. Ia bermula dari rumah. Ia berlaku secara ‘rahsia’.

Zaman ini, pornografi sangat mudah diakses.

Tak perlu komputer dan laptop.

CUKUP telefon bimbit yang ada di tangan anda, pasangan dan anak-anak anda mempunyai segala akses kepada pornografi.

Berbanding 20 tahun lalu perkara ini sangat jarang didengari.

Ya kerana akses kepada kelucahan ini adalah sangat terhad 20 tahun yang lalu.

Kini di YouTube, apa sahaja video yang ingin dilihat semuanya akan ditayangkan.

Golongan ini mencari mangsa secara rahsia. Luar nampak normal, nampak baik. Dalaman rosak teruk.

Lihat sahaja kisah di atas. Aku yakin bukan semua orang berani nak ‘counter’ golongan begini.

Nafsu serakah yang tidak dapat dilepaskan kepada orang sebaya mereka, boleh jadi dilepaskan kepada anak-anak kecil bawah umur.

Perkara ini berlaku.

Namun kini kanak-kanak yang ditayangkan di television kini juga semakin ‘vokal’ untuk mempamerkan gaya hidup LGBT dalam kehidupan seharian.

Seks songsang kini seolah-olah menjadi satu bentuk normalisasi dalam dunia hari ini.

Apabila golongan ini diperangi, mereka pula yang seolah-olah menjadi ‘mangsa’. Sedar tak?

____

Renungan untuk kita semua.

Kita hidup di zaman yang sangat cepat berubah.

Kita perlu sentiasa sedar, usaha jaga diri kita dan keluarga kita.

Be prepared jika perkara begini berlaku, apa yang perlu anda lakukan?

Didik anak-anak kita berkenaan sentuhan yang betul dan sentuhan yang ‘sex offending’. Fahamkan mereka itu apa itu rogol. Ajar mereka apa yang perlu dibuat dalam kecemasan?

____

Demi Tuhan.

Kini kita impikan kehidupan kini yang lebih selamat.

Bersama-sama kita berkongsi peringatan kepada keluarga dan kawan-kawan kita supaya kita sentiasa bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Wan Ahmad Fadhil​,
Jurujual Jalanan.

___

Anda ada tips atau pengalaman yang boleh dikongsi? Komen ya

Cerita Nak Masuk IPT 2007

Cerita Nak Masuk IPT 2007

*Kredit gambar kepada www.lamankongsi.com
Citer pasal SPM ni memang sedih sikit. Dulu masa SPM, ambe dapat 1A jer iaitu subjek matematik. Yang lain memang semua ke laut. Fail ada dalam 1 atau 2 subjek.
 
Masa tu, memang rasa tak ada harapan nak sambung belajar IPTA. Tengok kawan-kawan, anak-anak kawan mok, sepupu-sepupu semua hebat-hebat belaka. Kita ni pula, memang daripada zaman sekolah pemalas. Main game je kerja.
 
Rasa macam bodoh gila. Apply UPU tu pun semata-mata nak cuba nasib je. Tahu ambe memang tak layak nak masuk IPTA pun.
 
Tapi zaman SPM tu memang dah giat guna internet. 10 tahun lepas, ambe mencari-cari juga peluang untuk buat bisnes sendiri. Kononnya nak import barang daripada China guna website macam AliBaba. Kita amek lah order beli barangan elektronik. Masa tu, PS3, iPhone dengan iPod yang ada screen tu baru keluar.
 
Teruja sangat bila harga yang ‘supplier’ bagi tu sangat murah. Ambe bank in RM5000 ke China, pinjam dengan orang tua. Bila tunggu lepas seminggu, takde feedback. Lepas 2 minggu, takde feedback. Lepas sebulan pun takde feedback. Ah sudah, aku sudah kena kencing!
 
Baru rasa nak berjaya lepas dapat result SPM yang hampeh. Kena kencing pulak lepas tu. Memang rasa macam looser habis. Takde harapan nak sambung belajar.
 
Mak ayah dah risau takut ambe dah taknak sambung belajar lagi. Lagi-lagi zaman sekarang ni, kerja bukan senang nak dapat lebih-lebih lagi kalau takde ‘education’.
 
Bila ambe dengar ada kawan nak sambung belajar kat Kolej Shahputra di Kuantan, mulalah harapan bersinar kembali. Walaupun masa tu dalam otak fikir, “Ah kolej je..”. Dan benda yang agak meyakinkan ambe untuk sambung ke Shahputra masa tu adalah sebab program Diploma in Business Management yang ambe ambil tu ada akreditasi daripada UPM.
 
Lepas 3 tahun, ambe tamatkan belajar di Kolej Shahputra dan bergraduasi di UPM Serdang. Bangga beb. Sebab masa tu rasa kita orang paling bodoh sekali, tapi dapat juga merasa graduasi di universiti tempatan. Huhu.
 
Sebenarnya, masa tahun 2 lagi kat Shahputra, ambe dah pasang niat. Niat nak berubah. Ambe kata pada diri sendiri, lepas ambe habis Shahputra ni ambe nak sambung belajar ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
 
Masa tu, bercerita juga kat mok ayoh kate nak masuk ke UIA lepas belajar. Semangat memang kuat masa tu. Asyik masuk website UIA jer sebab. Mok ayoh memang terharu, suka sangat la sebab kita masih nak sambung belajar. Lebih-lebih lagi di UIA, antara universiti berprestij di Malaysia.
 
Baru masuk sem ke-6, ambe dah minta lecturer untuk tolong buatkan surat sokongan daripada Shahputra untuk mohon masuk ke UIA.
 
Bila dah habis belajar, cuba apply lagi kat UPU untuk masuk ke UIA. Kali ni dah rasa makin yakin sebab ambe dah ada Diploma. Siap pergi ke UIA lagi, mok ayoh hantar dari Kuantan semata-mata nak submit dokumen hard copy pada bahagian admin UIA Gombak.
 
Result dia memang best. GAGAL LAGI. Cuba appeal, pergi direct ke UIA masa intake baru mula pun GAGAL juga. Dia kata, kena ikut sistem.
 
Masa tu memang sedih betul, sebab dah bertahun mimpi nak masuk UIA tapi tak dapat-dapat.
 
Doa, dan terus usaha. Ambe cuba lagi apply secara direct tanpa melalui UPU. Kali ni, minta lecturer kolej Shahputra, Puan Saripah buatkan lagi surat sokongan. Pada masa sama, cuba pakai cable lain. Minta tolong exco Pahang untuk buatkan satu surat sokongan khas untuk masuk UIA.
 
Ambe pergi ke UIA lepas tu untuk submit lagi dokumen secara direct. Masa tu, admin kata “Ada surat ni pun belum tentu awak dapat masuk dik”. Masa tu ambe rasa, “Takpe aku tawakkal je pada Allah”. Bismillah, submit surat tu.
 
Berbulan-bulan tunggu, dapat surat daripada UIA. UIA bagi surat tawaran untuk sambung pengajian di UIA. Menitis juga air mata masa tu, gembira beb. Huhu.
 
Bila dah graduasi di UIA, rasa nak merasa sambung ijazah sarjana di oversea pulok.
 
Ambe tahu, ramai kawan-kawan kat UIA yang ikutkan ‘senang’ nak dapat masuk UIA. Tapi kat luar sana, ada juga orang yang susah payah nak dapat masuk IPTA sebab bukan senang.
 
Mungkin awok atau anak-anak tuan/puan ada yang SPM agak kurang bagus tahun ni. Tapi jangan sesekali anggap diri awok macam sampah. Jangan sesekali anggap anak tuan/puan memang takde harapan. Sentiasa bagi harapan, jangan rendahkan emosi dia.
 
InsyaAllah harapan sentiasa ada bagi yang cuba untuk terus berusaha. Sebab gagal masa SPM ni bukan penentu awok akan gagal dalam hidup. Cuba dan terus cuba lagi. Tak semestinya kena ambil degree. Cari benda yang awok rasa awok boleh buat dengan terbaik dan terus menuntut ilmu dan tingkatkan skil.
 
Awok hanya akan gagal dalam hidup bila awok hilang harapan pada diri sendiri dan tujuan dalam hidup. Jangan lemah dan cepat sangat mengalah. Teruskan berlari!
error: Content is protected !!