Bagaimana Sikap Rakyat Malaysia Bila Nak Beli Barang Elektronik?

Bagaimana sikap rakyat Malaysia bila nak membeli barangan elektronik?

Apa yang mempengaruhi pembelian sesuatu barang? Data yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan statistik pengguna Google di Malaysia yang membeli barangan elektronik (berdasarkan pembelian terkini oleh pengguna Internet)

  • 25% berdasarkan pengalaman sebelum ni
  • 25% berdasarkan perbincangan dengan orang lain
  • 27% berdasarkan research
  • 19% berdasarkan pengiklanan
  • 4% lain-lain

–> Atas ini adalah data dari Google Consumer

25% berdasarkan pengalaman sebelum ni – bagi kes saya, ramai juga pelanggan saya adalah pengguna Coway sebelum ni yang dah habis kontrak. Ramai juga yang dah guna Cuckoo, puas hati lalu mereka nak pasang pula penapis air di rumah mak ayah. Atau pasang penapis udara di rumah. Maka saya nampak, hubungan baik dengan pelanggan sedia ada adalah sangat penting sebab kita nak 1 pelanggan membeli daripada kita berkali-kali.

25% berdasarkan perbincangan dengan orang lain – kerap juga bila kita nak membeli sesuatu barang disebabkan oleh review oleh orang lain. Sebab kawan kita share kat FB, kita membeli. Contohnya awal tahun ni, Tuan Afyan Mat Rawi ada share pasal dia beli mesin pengering (dryer) untuk keringkan baju dalam rumah. Maka post beliau mengenai dryer ni sangat ‘terkena’ dengan situasi semasa sebab bulan 1 masih lagi musim hujan. Bahkan bagi orang yang tinggal di KL, kalau nak keringkan baju kat luar memang agak mencabar atas faktor sibuk kerja, pencemaran udara dan sebagainya. Post Tuan Afyan lebih menjurus kepada nak bantu isteri supaya tak perlu susah payah nak jemur baju di luar rumah lagi. 7000 lebih shares dan saya yakin ramai yang membeli dryer lepas beliau share pasal dryer.

27% berdasarkan research – Sebelum nak beli sesuatu, ramai antara kita yang buat research dulu. Especially orang lelaki sebab mereka yang selalunya keluarkan duit untuk perbelanjaan rumah/keluarga. Banyak cara nak buat research. Antaranya research spesifikasi produk, harga, manfaat, berbaloi atau tak, adakah produk dapat selesaikan masalah kita, adakah kesan signifikan kalau tak guna produk dan sebagainya. Itu sebabnya wujud pelbagai jenis post berkenaan review produk supaya dapat membantu seseorang membuat keputusan pembelian.

19% berdasarkan pengiklanan – 19% beli disebabkan pengiklanan direct seperti yang biasa kita nampak di FB, termasuk juga paid advertising seperti FB Ads, Instagram Ads, Google Ads, Google Adsense, YouTube ads, paid review dan sebagainya.

Jika kita kaji semula data di atas, 77% daripada data di atas membuktikan orang beli bila wujudnya konten yang bagus yang dapat membantu mereka dan mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli.

Sebab itu jika kita ejen sesuatu produk. Selain kita copy-paste iklan, sangat penting bagi kita yang jadi ejen untuk banyakkan mengkaji mengenai market, kaji mengenai produk, kaji mengenai manfaat, kaji mengenai masalah dan akhirnya buat banyak sharing seolah-olah kita konsultan produk yang mana bila orang tengok page kita, orang rasa kita orang yang boleh bagi info kepada mereka berkenaan produk dan manfaatnya.

Pada masa sama boleh relate dengan kehidupan mereka. Saya percaya orang suka bercakap dengan orang yang pakar dalam industri. Bila kita nampak pakar, kita akan ‘stand-out from the crowd’. Kita akan jadi berbeza daripada orang lain.

Dan orang akan pilih membeli dengan kita 😁

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: