Bagaimana NCM Rangga dan NCM Sheikh Cepat Berjaya Dalam Cuckoo?

Berjaya Dalam Cuckoo?

Sales beyond meeting cuckoo

Semalam saya hadir ke Sales Beyond Meeting bersama Cuckoo. Di sini, NCM Rangga dan NCM Sheikh berkongsi bagaimana rahsia mereka cepat berjaya dalam Cuckoo. Nak tak nak, recruitment is the main key! Sebab Cuckoo adalah People to People business. Jom baca di sini!

  1. Penting untuk mulakan proses prospecting sebelum merekrut ejen baru
  2. Sehari jumpa 3-5 orang – result mereka dalam 1 bulan boleh rekrut 100 orang
  3. NCM Rangga sejak awal masuk Cuckoo lagi dah buat slides untuk recruitment bila jumpa prospek jadi ejen. Ini kerana beliau dah pernah ada dalam industri yang sama sebelum ni, dan dah study mengenai sistem komisyen Cuckoo.
  4. Beberapa bulan pertama, mereka kerja restless untuk dapatkan lebih ramai ejen.
  5. Kena pandai berjimat – tak semestinya perlu belanja orang makan setiap kali jumpa orang. Minum teh tarik cukup kalau nak BOM. McD antara paling jimat, sebab kita sendiri-sendiri beli makanan.
  6. Bangun pagi awal. Jam 8am lagi sudah ada di ofis buat kerja. Disiplin
  7. Kalau di kedai mamak kul 9 atau 10 ada orang duduk minum, boleh approach terus untuk rekrut. Sebab biasa orang begini mempunyai fleksibiliti tinggi dan tidak terlalu terikat dengan waktu berkerja.
  8. Rahsia Cuckoo: GSI. Nak GSI tinggi perlu recruitment.
  9. NCM Sheikh ada 26 manager, 6000 ejen daftar. 8-10% ejen buat sales.
  10. Jangan judge orang nak atau tidak. Share sahaja pada semua orang kebaikan pasang Cuckoo atau kebaikan jadi ejen Cuckoo.
  11. Bercakap dengan sesiapa akan buat kita jadi lebih BERANI. Bercakap sahaja walaupun orang yang kita jumpa bukan prospek, tapi ia akan mengasah skil kita rekrut.
  12. Numbers never lie. Lebih ramai kita rekrut, lebih besar peluang kita dapat.
  13. Share peluang, pada masa sama penting TRAIN ejen supaya boleh bergerak
  14. Every week Sheikh buat BOM sebab ejen ramai. Nak ajar satu persatu mungkin lebih mencabar bila ejen dah ratusan orang.
  15. Fokus kepada leader (GSI leaders) untuk dilatih.
  16. Name listing – jangan pandang rendah list ni. Buat dan contact sahaja. Pasti akan dapat hasilnya.
  17. Pegang NE yang kita rekrut sampai jadi, jangan tinggalkan begitu sahaja.
  18. Wajib ada time frame untuk capai target kita
  19. Cepat-cepat duplicate orang jadi hebat macam kita. Namun, kita kena jadi hebat dahulu sebelum duplicate orang lain jadi hebat.
  20. Nak dapat income paling maximum dengan Cuckoo, kena jadi sekurang-kurangnya NM. Cepat-cepat kejar naik NM.
  21. Cari juga big why termasuk yang selain daripada duit. Duit akan datang.
  22. Buat sahaja kelas untuk bantu ejen. Awal-awal mungkin beberapa orang sahaja datang. Atau tiada orang datang. Tapi semua ni adalah proses sebelum kita berjaya
  23. Offline classes NCM Rangga buat 2-3 kali seminggu
  24. Kalau baru 2-3 bulan jadi ejen tak dapat sales, jangan give up. Itu normal dan sebahagian daripada proses nak belajar dan berjaya.
  25. Gunakan kekuatan NE dan NM lain yang ada expertise dalam satu-satu bidang yang kita tidak kuasai.
  26. Penting juga one to one jumpa closing ejen supaya ada personal touch, ejen akan lebih yakin nak daftar jadi ejen. Dan jangan buang masa. Contoh NCM Syeikh bagi masa 10 minit sahaja. Jika kita dapat pitch dalam 10 minit menunjukkan bahawa bisnes Cuckoo ni senang
  27. Boleh buat BOM guna WhatsApp je, improvised BOM yang jumpa fizikal
  28. NCM Rangga – Kalau duit jadi Big Why, duit akan habis. Rangga buat Cuckoo untuk belajar untuk Conquer diri sendiri. Duit akan datang kemudian
  29. Leaders bukan tugasnya nak bagi semua orang gembira. Kerja leader adalah untuk buat keputusan yang betul.
  30. Rasa down? Ya semua orang akan rasa down. Tapi masalah kita bila rasa down, kita layan perasaan kita. Jangan layan rasa down tu, teruskan kerja kita. Disiplin.
  31. Sebagai leader, bukan mudah nak pimpin semua orang.
  32. NCM Syeikh minta masa 6 bulan je pada wife dia supaya dia boleh fokus betul-betul dengan Cuckoo buat kerja siang malam. Bukan sampai bila-bila
  33. NCM Rangga kata dia perlukan mastermind alliance untuk cepat berjaya. Orang yang boleh bantu sama-sama fikir dan bagi idea
  34. Bantu fahamkan keluarga, kerja memang mencabar. Tapi semua untuk kembali diberikan untuk keluarga kelak.
  35. Bagaimana nak terus fokus dan kekalkan momentum? Momentum ini kita yang tentukan. Pastikan big why kita jelas, dream kita jelas supaya dapat teruskan momentum. Tanya diri kita, kenapa orang lain boleh capai kenapa bukan aku?
  36. Recruit, retain, retrain dan duplicate sebagai seorang NM.
  37. Tugas NE adalah sales dan rekrut

Disalin oleh: NM Fadhil

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: