Saya mula ‘berkenalan’ dengan penapis air Cuckoo pada tahun 2017 yang lalu. Sebelum itu, saya tidak menggunakan penapis air di rumah melainkan penapis air biasa (brand Panasonic) yang berharga RM100 lebih. Itu pun penapis air terpakai yang diberi oleh ayah saya kepada saya.
Penapis itu berkhidmat untuk saya sekitar 1 tahun. Namun air yang ditapis tersebut biasanya saya masak dulu sebelum minum.
Kebanyakan penapis air dalam pasaran yang mempunyai 3 suhu ke atas biasanya berharga lebih RM100 sebulan.
Namun, bayaran bulanan melebihi RM100 adalah jauh di luar bajet bulanan saya kerana bagi saya, saya tak mampu nak bayar lebih RM100 untuk penapis air.
Alhamdulillah, isteri saya sangat memahami. Seingat saya, belum pernah beliau minta kepada saya untuk pasang penapis air yang perlu bayar rental bulanan kerana beliau tahu saya belum mampu. Sedangkan beliau perlu sebab ia akan memudahkan banyak urusan isteri saya bila dah ada penapis air nanti.
Namun satu hari, kawan kepada isteri saya telah memperkenalkan kepadanya promosi terkini sebuah penapis air dari Korea yang berjenama Cuckoo.
Yang mana ketika itu sedang promosi pada harga serendah RM60 sahaja sebulan untuk 7 tahun. Apabila ada promosi tersebut, barulah beliau cadangkan kepada saya untuk gunakan penapis air rental di rumah sebab sudah ada alternatif penapis air bawah RM100 sebulan.
Bahkan ia akan memudahkan sangat banyak urusan saya sebab saya tak perlu lagi nak pergi beli air mineral di kedai lepas ni. Dan saya tak perlu lagi nak jerang air setiap pagi dan setiap petang untuk buat air masak. Banyak jimat duit dan masa.
Apa yang buat saya rasa sangat tertarik adalah apabila saya diberitahu bahawa air Cuckoo yang dihasilkan adalah bermineral dan beralkali ringan.
Oleh kerana saya memang seorang penggemar air mineral sejati, pengguna air mineral maka ini adalah pilihan yang baik untuk saya sekeluarga.
Sejak dulu saya memang tak gemar air RO. Kalau pergi ke kedai runcit, pasaraya dan lain-lain saya pasti akan pilih air bermineral berbanding air RO. Sebabnya adalah: Air mineral lebih enak, sedap di tekak. Dan air mineral sudah pasti lebih berkhasiat.
Kalau kita cari di Google sekalipun, air mineral adalah lebih baik daripada air RO kerana mineral yang wujud pada air termasuklah kalsium, potassium, magnesium dan sodium yang sudah pasti memberi manfaat kepada tubuh badan kita.
Bilaa dapat tahu air yang dihasilkan oleh penapis air Cuckoo adalah bermineral & alkali ringan. Harga pula bawah RM100 sebulan maka saya langsung tidak teragak-agak untuk buat tempahan.
Apa yang lebih istimewa adalah pelanggan langsung tak perlu bayar sebarang kos tambahan kepada ejen atau syarikat Cuckoo. Bahkan memang tiada kos daftar, tiada kos proses dan tiada kos pemasangan.
Kerana di luar sana, kebanyakan pelan rental penapis air pelanggan perlu bayar sekitar RM250 untuk pendaftaran sebagai “Rental Processing Fee”.
Untuk pemasangan, saya hanya perlu bayar sebanyak 1 bulan bayaran sewa sahaja iaitu RM60, kemudian boleh terus pasang. Itu pun bayaran untuk bulan terakhir, bukan kos tambahan. Nanti dah masuk bulan terakhir saya dah tak perlu bayar apa-apa lagi sebab dah bayar upfront payment sebelum pemasangan tersebut.
Senang kata, bayar RM60 jer lepas tu terus boleh pasang di rumah.
Masa hari pemasangan, installer Cuckoo bagitahu kepada saya bahawa pelanggan tak boleh on button “COLD” lagi bagi tempoh 12 jam.
Sebabnya dalam mana-mana mesin penapis air sekalipun di dalamnya ada compressor yang ada di dalam penapis air tersebut. Dalam compressor tersebut ada minyak untuk pastikan proses penyejukan berfungsi.
Namun sebab penapis air tersebut dibawa ke sana ke sini, maka minyak tersebut akan banyak bergerak dan ia perlukan masa sekitar 12 jam untuk stabilkan minyak tersebut semula.
Itu sebabnya Cuckoo hanya galakkan untuk buka fungsi sejuk selepas 12 jam pemasangan bagi memastikan penapis air anda dapat berfungsi dengan optimum.
Pengamalaman pertama kali minum air Cuckoo King Top di rumah, dapat pula air sejuk saya mula rasa “Fuhh, leganya! Dapat stok air sejuk tanpa had selepas ni. Bila-bila masa sahaja boleh minum air sejuk. Tak perlu simpan peti lagi..”
Dan kalau nak minum air panas pun mudah, nak bancuh kopi tiap-tiap pagi jadi lebih senang dan cepat sebab isteri saya dah tak perlu nak jerang air lagi selepas ini.
Cuckoo bagi satu paip tambahan di sinki. Air adalah bersih dan boleh diminum. Juga boleh digunakan untuk basuh sayur, memasak dsb. Air boleh dikeluarkan tanpa had.
Pada asalnya, ayah saya yang pasang penapis air Cuckoo di rumahnya. Dia pasang Cuckoo model Fusion Top bayar secara cash/outright. Sekarang harganya RM3200 sahaja.
Saya jadi terjebak nak guna Cuckoo ni pun antaranya sebab kat rumah ayah baru pasang Cuckoo. Tengok ayah sebelum tu bukan main susah nak pergi ke pasaraya untuk beli air mineral. Seminggu, berkotak-kotak nak kena beli.
Tapi lepas guna Cuckoo, ayah dah tak perlu beli lagi air mineral kotak.
Saya sendiri pun sebelum guna Cuckoo memang biasa je beli air mineral kotak. Satu kotak sekitar RM12. Seminggu beli dalam 2 atau 3 kotak. Jika sebulan beli 10 kotak, bermakna saya berbelanja sekitar RM100 hingga RM120 sebulan untuk beli air mineral sahaja.
Tapi bila guna Cuckoo King Top, separuh perbelanjaan saya dah jimat! Bahkan lebih banyak jimat masa dan tenaga.
Cuckoo King Top ni mempunyai kapasiti tangki sebanyak 1 L air sejuk, 1 L air panas dan 0.3 L air suhu bilik. Biasa orang tanya, “Cukup ke kalau tangki besar tu jer?”
First time saya tengok kapasiti tu pun rasa macam tak confident. Rasa macam tak cukup.
Tapi bila fikir balik, kat rumah saya ada 4 orang je. Dan bukan 24 jam saya tekan air keluar dari mesin. Setiap kali nak minum baru tekan air keluar.
Pada saya jika penghuni sekitar 5 orang, King Top adalah pilihan yang cukup bagus.
Tanyalah kepada mana-mana pengguna Cuckoo King Top di luar sana yang ada penghuni sekitar 4-5 orang di rumah pasti mereka akan kata kapasiti tersebut mencukupi.
Kenapa?
Walaupun kapasiti Cuckoo King Top bersaiz sederhana, namun isian semula air ke dalam tangki adalah sangat laju.
Ini kerana Cuckoo menggunakan sistem tapisan Nano Positive Filtration System.
Sistem tapisan ini menghasilkan air yang bersih, 99.99% bebas kuman, bakteria dan kotoran namun pada masa sama ia menghasilkan air yang bermineral dan beralkali ringan yang sudah tentu sihat untuk tubuh badan manusia.
Di Cuckoo, TIADA sebarang pembuangan air. Ini menjadi antara perbezaan besar antara sistem tapisan mineral dan tapisan RO kerana sistem tapisan RO perlu pembuangan air.
Masa tu baru saya faham, kenapa penapis air yang gunakan sistem RO kebanyakannya mempunyai saiz tangki yang sangat besar. Ia bersaiz besar kerana untuk hasilkan 1 cawan air, ia memerlukan beberapa cawan air untuk dibuang. Kerana sistem RO adalah sedimikian.
Ia juga menjadi sebab kenapa penapis air sistem RO mempunyai proses yang sangat lambat untuk isian semula air dalam tangki. Bila isian semula air dalam tangki perlahan, maka proses penyejukan dan pemanasan air juga akan jadi perlahan. Ini berdasarkan pengalaman sendiri guna penapis air sistem RO semasa di pejabat dahulu.
Berbanding sistem tapisan Cuckoo. Walaupun saiz tangki 1L air sejuk, 1L air panas. Namun setiap kali air ditekan keluar dari mesin, air baru akan masuk terus.
Anda boleh cuba sendiri, air Cuckoo bahkan boleh ditekan terus air untuk keluar tanpa had!
Saya sendiri pernah cuba untuk isi botol bersaiz 2 liter menggunakan Cuckoo King Top dan hasilnya, air tersebut penuh dengan sekali isian!
Maka jika ditanya kepada saya, adakah saiz tangki Cuckoo menjadi masalah? Pada saya. Tidak sama sekali. Bahkan ia menjadi satu kelebihan kerana isian semula air, penyejukan air dan pemanasan air sangat cepat.
Pengalaman saya sendiri sebelum ini gunakan penapis air Cuckoo King Top di rumah keluarga yang ada penghuni
sekitar 10 orang sebelum ini yang gunakan King Top juga tiada masalah tak cukup air. Cuma bila ramai orang, sudah pasti mengambil sedikit masa untuk penyejukan dan pemanasan air.
Mengenai servis pula, saya difahamkan ketika itu Cuckoo akan datang untuk buat servis penapis air di rumah pelanggan setiap 4 bulan sekali. Dan setiap kali servis maka filter baru akan ditukar terus. Setahun sebanyak 6 batang filter baru akan ditukar.
Bagi saya, servis Cuckoo agak bagus dan memudahkan pelanggan sebab kita sebagai pelanggan langsung tak perlu hubungi Cuckoo untuk urusan servis.
Bahkan setiap 4 bulan sahaja Cuckoo akan telefon pelanggan untuk servis. Maka ia sangat memudahkan dan tak perlu nak ingat bila servis sebab Cuckoo yang akan ingatkan pelanggan.
Sepanjang 2 tahun saya gunakan produk penapis air Cuckoo (dan setahun guna penapis udara Cuckoo), belum pernah lagi terlepas servis. Setiap kali sampai waktu servis sahaja pasti mereka akan hubungi pelanggan.
Proses servis penapis air seingat saya ambil masa hanya sekitar 20 minit hingga 30 minit.
Apa yang dibuat masa servis termasuklah:
Cuckoo akan hubungi pelanggan guna telefon
Hari servis, Cuckoo akan sahkan semula jam berapa nak datang ke rumah
Technician servis Cuckoo (Natural Dorctress) akan datang berseragam lengkap Cuckoo
Natural Doctress akan cabut filter lama
Gunakan pensterilan stim (steam sterilization) untuk bersihkan tangki penapis air dan faucet
Pasang penapis baru
Servis tambahan (free) – Cuckoo akan bersihkan papan potong dan sinki anda
15 point check
Update servis di dalam rekod
Secara amnya, ini adalah perkara yang dilakukan oleh Natural Doctress Cuckoo semasa servis secara profesional setiap kali servis.
Kesimpulannya, jika anda sedang mencari penapis air untuk dipasang di rumah maka penapis air Cuckoo merupakan penapis air yang sangat sesuai untuk digunakan dengan kelebihan yang telah saya kongsikan di atas.
Pertamanya, saya sangat suka kerana komitmen bulanan Cuckoo adalah sangat rendah berbanding dengan apa yang ada di dalam pasaran dengan kualiti yang setanding dengannya.
Sudah tentu apabila lebih rendah komitmen, lebih banyak dapat jimat.
Kedua, saya okay dengan kapasiti tangki tersebut sebab penghuni rumah saya tak ramai. Bahkan pada saya jika penghuni sekitar 5-6 orang pun masih lagi memadai dengan Cuckoo King Top ini. Ia adalah sesuai untuk anda yang nak berjimat.
Ketiga, saya berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Cuckoo. Walapun dah 2 tahun guna Cuckoo pun saya masih puas dengan servis yang diberikan. Beberapa bulan lepas saya buat servis, semua filter ditukar baru.
Maka memang tak risau langsung mengenai tahap kebersihan air kerana pertukaran filter adalah kerap.
Keempat. Walaupun promosi RM60 penapis air Cuckoo King Top dah lama tamat, namun kini dengan bayaran sebanyak RM75 sebulan pun masih lagi antara yang terendah dalam pasaran yang mempunyai 3 tetapan suhu air (sejuk, panas dan suhu bilik) yang anda tak dapat di luar pada harga ini.
Bahkan anda akan dapat servis, pertukaran filter dan waranti sehingga 5 tahun secara percuma.
Kelima. Saya puas hati sebab tak perlu nak bayar sebarang kos tambahan seperti kos daftar, kos proses, kos pemasangan, kos servis, kos tukar filter dan sebagainya.
Semua itu adalah FREE OF CHARGE sepanjang tempoh anda bayar bulanan. Anda tak perlu pening-pening lagi nak fikir pasal servis atau kerosakan.
Keenam. Air yang dihasilkan adalah bermineral dan alkali ringan. Sudah tentu dengan kualiti air begini walaupun dah guna 2 tahun di rumah namun saya masih lagi berpuas hati dengan hasil tapisannya. Sebab air Cuckoo memang lebih enak dan berkhasiat.
Ketujuh. Lepas habis tempoh kontrak, bayaran untuk servis tahunan pun tak semahal jenama lain yang setanding. Seperti Cuckoo King Top, harganya hanyalah RM424 sahaja setahun. Bahkan jenama lain yang setanding kebanyakannya berharga lebih RM600 setahun. Banyak jimat bila guna Cuckoo ni.
Alhamdulillah, selepas gunakan penapis air Cuckoo saya telah pun mendaftar sebagai ejen Cuckoo. Jika anda berminat dengan info produk Cuckoo boleh terus hubungi saya untuk saya bantu.
Kalau ada sharing dari anak muda ini, pasti aku akan tulis.
Sebab beliau memang lain dari yang lain. Pada usia muda, beliau dah merasa kejayaan luar biasa walaupun tiada pengalaman dalam alam pekerjaan.
Kini pada usia 26 tahun, beliau sudah merasa income tertinggi RM71 ribu dalam 1 bulan.
Untuk anak muda berusia 26 tahun, memang WOW! MasyaAllah
Pada usia ini, beliau memimpin ramai Natural Manager lain yang lebih berusia dari beliau. Dan bersama beliau, beliau dah lantik beberapa orang Natural Chief Manager sepertinya.
Dulu masa mula buat bisnes Cuckoo ni, tak silap saya income beliau tak sampai RM1000.
Walhal beliau bermula sebagai graduan universiti seperti orang lain pada usia 22 tahun. Dengan 0 network, 0 skill.
NCM Fadzli Rosli (Lee) sebut sebelum beliau join Cuckoo, beliau belum ada lagi akaun FB.
Hanya selepas 2 hari join Cuckoo baru beliau paksa diri untuk buat akaun FB.
Lee kata, zaman sekarang sebagai ejen jualan kita kena betul-betul leverage menggunakan media sosial.
Kena pastikan profile kita nampak sangat presentable. (jangan nampak selekeh, hilang ‘trust’)
Zaman jadi ejen, beliau aktifkan diri untuk post di FB sekurang-kurangnya 5x sehari pasal Cuckoo.
Kenapa perlu guna media sosial?
Ia adalah 100% FREE!
Semua orang pakai media sosial
Boleh reach out kepada seramai mungkin manusia
Namun di FB ni janganlah digunakan semata-mata untuk iklan sahaja. FB ini juga boleh dijadikan channel untuk berkongsi mengenai kehidupan dan juga untuk share info kepada ejen-ejen yang ada bersama kita.
Tips lain dari NCM Lee, bagi ejen-ejen Cuckoo yang ada pasang Cuckoo di rumah. Tanya Natural Doctress yang datang servis penapis air di rumah kita. Berapa rumah mereka servis di area rumah kita?
Kalau apartment tempat kita tinggal ada 200 rumah, dan dia hanya servis 10 rumah. Ini bermakna kita ada 190 prospek untuk kita approach!
Dan semuanya ada di sekitar rumah kita sahaja.
Bagi anak muda, jangan terlalu cepat tengok success orang lain dan rasa nak capai result secepat mungkin.
“Rome was not built in 1 day!”
Kejayaan yang kita tengok orang lain capai itu sebenarnya memakan masa. Bukan buat sebulan dua terus dapat income 5 angka.
Kebanyakan anak muda tidak sabar, dan mereka tak nampak berapa lama masa diambil oleh orang lain yang berjaya untuk berjaya dalam dunia sales.
Lee kata, jarak kejayaan kita dengan kejayaan adalah berapa lama tempoh untuk kita bertindak?
Bila dapat ilmu baru, action plan baru maka bila kita nak bertindak?
Secepat 1 saat? 1 minit? 1 jam?
Atau esok baru bermula? Minggu depan baru bermula?
Jika kita tangguhkan tindakan, sebenarnya kita telah tangguhkan kejayaan kita.
Nak cepat berjaya, cepat bertindak. Go out and just do it! 💪
Wan Ahmad Fadhil,
Natural Manager
Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.
Pengalaman Beli Rumah Lelong Pertama. Bagaimana Cara Sebenar?
Rumah Pertama Beli Rumah Lelong. Biar Betul?
Bulan Febuari 2019 lepas, saya decide nak beli sebuah rumah lelong yang terletak di Shah Alam. Kiranya inilah rumah pertama yang saya beli sepanjang hidup saya.
Memang dah lama survey nak beli rumah, tapi banyak faktor perlu dititik beratkan sebelum kita nak beli rumah. Tak kisah sama ada nak beli rumah baru (under construction), rumah dah siap (sub-sale) atau rumah lelong.
Cuma bagi saya, faktor terbesar kita pilih untuk beli rumah lelong adalah disebabkan harganya yang jauh lebih murah berbanding pasaran.
Harga diskaun sekitar 20 hingga 30 peratus tu. Besar. Boleh save puluhan hingga ratusan ribu ringgit.
Tapi.
Kalau nak beli rumah lelong ni wajib ada ilmu dan belajar betul-betul mengenai selok belok beli rumah, baca pengalaman orang lain dan sebagainya supaya kita tak tertipu dan supaya kita tahu apa sahaja kos-kos yang perlu kita bayar untuk beli rumah yang kita nak beli.
Untuk post kali ini, saya nak kongsikan dengan anda pengalaman saya sendiri beli rumah lelong sebagai rumah pertama saya.
POIN PENTING ANDA PERLU TAHU SEBELUM BELI RUMAH LELONG:
A. DEPOSIT 10% – Nak beli rumah lelong ni perlu ada deposit 10% guna bank draft
B. TIADA MARK-UP LOAN – Kalau beli rumah lelong ni, jangan berharap boleh dapat mark-up loan macam beli rumah cara biasa
C. 90 DAYS / 120 DAYS RULE – Anda ada masa 90 atau 120 hari sahaja untuk selesaikan baki 90% bayaran. Jika tidak, deposit 10% anda terbakar dan tidak boleh refund
Tapi apa-apa pun, saya sarankan anda beli beberapa buah buku hartanah sebelum anda beli rumah atau jejakkan kaki dalam pelaburan hartanah.
INFO: KENAPA RUMAH KENA LELONG?
Di bawah ini saya kongsikan proses lengkap beli rumah lelong.
1. DAPATKAN INFO RUMAH LELONG
Mana nak cari info pasal rumah lelong ni? Ada banyak cara.
Antaranya boleh dapatkan info dari ejen-ejen hartanah, boleh cari di Google, boleh cari di surat khabar, boleh dapatkan info dari bank dan sebagainya.
Ejen-ejen hartanah lelong juga biasanya ada banyak info mengenai rumah-rumah lelong dan lokasi-lokasi strategik untuk beli rumah lelong.
Kelebihan bila beli dengan ejen hartanah adalah segala urusaan anda akan difasilitasi oleh ejen lelong tersebut.
Jika anda nak beli dari ejen, pastikan ejen yang anda berurusan tersebut mempunyai pengalaman, mempunyai mindset pelabur hartanah, bantu anda dalam proses jualbeli hingga habis dan dapat bantu anda untuk buat pilihan hartanah yang betul.
Sebolehnya dapatkan info ejen hartanah yang ada rekomendasi daripada pelanggan lain agar urusan anda lebih mudah dan hartanah anda akan diurus dengan baik A hingga Z tanpa sikap lepas tangan.
2. BANDINGKAN HARGA LELONG VS HARGA PASARAN
Sebelum anda pergi ke langkah seterusnya, pastikan anda bandingkan dahulu harga lelong tersebut dengan harga yang dijual terkini.
Cara paling mudah adalah bandingkan dengan Mudah.my dan laman web hartanah yang lain. Anda juga boleh tanya ejen-ejen hartanah berapa harga pasaran rumah tersebut.
Harga sekitar 15 hingga 20 peratus bawah harga pasaran adalah harga yang baik.
Di situ anda boleh kenalpasti berapa anggaran keuntungan yang bakal anda terima bila anda beli hartanah tersebut.
Dan anda juga boleh anggarkan berapa bayaran bulanan kepada bank bila dah tahu harga lelongan.
Anda juga perlu tahu bahawa ada kemungkinan anda akan beli pada harga yang lebih tinggi daripada harga lelongan tersebut jika ada pembeli lain yang nak beli rumah tersebut pada hari lelongan.
Jika anda seorang sahaja yang bid pada hari lelongan tersebut, anda akan beli pada harga lelongan (harga paling rendah).
*Masa saya beli rumah lelong pertama tersebut, tiada pembida lain yang membida rumah tersebut. Dapat pada harga paling rendah.
TIPS:
3. SURVEY RUMAH LELONG – SITE VISIT
Kalau dah berkenan dengan rumah yang ingin anda beli, pastikan anda buat site visit terlebih dahulu.
Tengok keadaan rumah tersebut.
Di situ anda boleh anggarkan berapa kos yang perlu dikeluarkan untuk baikpulih rumah tersebut (jika perlu).
Tak semua rumah lelong adalah rumah buruk, rumah lama. Banyak je rumah lelong yang masih lagi baru, dan ada sebahagiannya yang belum pernah disentuh oleh owner.
Selain itu, tengok juga jika rumah tersebut ada penghuni atau tidak. Jika ada penghuni, kenalpasti bahawa penghuni tersebut adalah penyewa atau pemilik rumah.
Anda boleh berbincang dengan penghuni, dan bagitahu penghuni yang anda akan beli rumah tersebut.
Ada sebahagian rumah anda tak dapat nak survey. Kebiasaannya adalah sebab rumah tersebut adalah rumah (atau kondominium) yang mempunyai sekuriti yang tinggi.
Pihak sekuriti tidak membenarkan sesiapa untuk pergi ke rumah tersebut walaupun untuk tujuan survey rumah lelong.
Selain itu, pastikan juga rumah lelong yang anda beli tersebut sesuai dengan matlamat pembelian hartanah anda.
Jika untuk dijadikan tempat tinggal, kenalpasti apa kriteria anda.
Jika untuk dijadikan pelaburan hartanah, kenalpasti BOOSTER hartanah yang dapat buat nilai rumah itu lebih berharga. (Contoh: Lokasi, kemudahan, keselamatan, kejiranan dsb)
ULAT LELONG? Ada sebahagian ejen yang akan menawarkan kepada pembeli untuk ‘bayar’ kepada pembida lain dan ejen-ejen lain yang ingin turut membeli rumah tersebut.
Tujuannya, bila ada pembida lain yang nak membida maka mereka akan batalkan niat untuk membida rumah tersebut sebab boleh dapat ‘bayaran’ jika tak jadi beli.
Cara untuk cek kelayakan pembiayaan adalah dengan memeriksa kadar DSR supaya anda tahu berapa kelayakan anda untuk beli rumah tersebut.
DSR adalah Debt Service Ratio yang adalah satu kadar yg menjadi penanda ukur kepada setiap bank untuk mengetahui kemampuan seseorang boleh membuat pinjaman berpandukan kepada gajinya. Setiap bank mempunyai peratusan kelulusan pinjaman yg berbeza, tetapi kebiasaannya adalah pada peratusan tidak melebihi 60%. (Sumber: iRealty)
Cara paling mudah nak cek DSR adalah dengan terus semak dengan pegawai bank.
Pergi sahaja ke bank-bank yang terdekat untuk semak kelayakan anda.
Selain itu, dapatkan juga maklumat CCRIS dari Bank Negara Malaysia untuk semak kredit anda (jika pernah dapatkan pembiayaan bank sebelum ini).
Nak dapatkan maklumat CCRIS, anda boleh pergi ke Bank Negara Malaysia atau dapatkan di AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) di tempat anda.
Anda juga perlu kenalpasti pekerjaan anda sekarang.
Kebiasaannya pekerja kerajaan atau swasta boleh dapat pembiayaan (financing) hingga 90% daripada harga rumah tersebut (bila dah berjaya membida).
Manakala bagi mereka yang kerja sendiri seperti ejen produk atau servis (yang dapat pendapatan dari komisyen), kebiasaanya boleh dapat sekitar 80% financing sahaja.
Untuk rumah lelong, TAK BOLEH buat mark-up loan dan yang sewaktu dengannya.
TIPS: APA ITU MARK-UP LOAN?
Ini bermakna anda wajib sediakan modal sekitar 10% (atau 20%) untuk deposit, dan sekitar 6~7% untuk bayar kos ejen, kos guaman, kos S&P (Sales & Purchase agreement), kos guaman bank, kos valuer hartanah, bayaran-bayaran tertunggak (sebahagian pelelong akan refund balik bayaran tertunggak ini) dan sebagainya.
5. BACA POS (PROCLAMATION OF SALE)
Dapatkan dokumen Proclamation of Sale daripada ejen lelong ataupun tempat lelongan. Baca info-info penting, syarat-syarat dalam dokumen tersebut.
Dalam POS tersebut juga ada tertulis nama pembeli yang lama.
Juga anda boleh tanya kepada mereka berapa lama tempoh untuk selesaikan bayaran penuh. Kebiasaannya sekitar 3 bulan dan 4 bulan.
Saya sendiri hanya diberi masa selama 3 bulan sahaja untuk selesaikan pembayaran penuh.
6. HARI BIDAAN / HARI LELONGAN
Sebelum hari lelongan, pergi ke bank dan sediakan sebuah Bank Draft 10% daripada harga bidaan.
Contoh: Harga lelong hartanah adalah RM100,000. Bawa bank draft sebanyak RM10,000
Dan pada hari lelongan tersebut, anda perlu pergi ke tempat lelongan (bukan rumah lelong yang anda nak beli).
Dan sebelum anda pilih untuk lelong rumah tersebut, anda sudah tahu berapa harga rumah maksimum anda sanggup beli pada harga lelongan tersebut.
Sekiranya harga buka adalah RM100,000. Harga pasaran adalah RM180,000. Maka anda sendiri perlu tentukan berapa harga maksimum anda ingin beli.
Kebiasaannya harga sekitar 20% hingga 30% daripada harga pasaran adalah harga yang baik.
Untuk lelong rumah tersebut, kebiasaannya akan ada beberapa individu (atau ejen) yang ingin turut membeli hartanah tersebut.
Kenaikan harga setiap kali adalah sebanyak RM1000. Individu terakhir yang bida pada harga tertinggi, maka dia akan beli rumah tersebut.
Ada kalanya, hanya seorang sahaja yang datang ke pusat lelongan tersebut. Maka dia dapat beli rumah tersebut pada harga bukaan tanpa sebarang kenaikan harga.
7. MENANG LELONG?
Jika anda menang pada hari lelongan, maka bank draft sebanyak 10% tersebut akan diambil oleh pusat lelongan dan bayaran tersebut akan diterima.
Sesiapa yang kalah, maka bank draft tersebut akan dipulangkan semula kepada pembida. Tiada sebarang kerugian.
Jika anda beli melalui ejen, maka anda perlu bayar bayaran ejen sebanyak 1% daripada harga hartanah tersebut.
Bila dah menang, maka anda perlu bawa POS (Proclamation of Sales) tersebut ke LHDN untuk matikan setem.
POS tersebut akan ditulis nama individu yang menang bidaan lelong tersebut.
8. URUSKAN PEMBIAYAAN RUMAH (BAKI 90%)
Ada 2 cara untuk bayar baki 90% rumah yang anda beli tersebut
Cara A: Bayar tunai – Jika anda ada duit tunai yang mencukupi dan jika anda memang berniat nak beli secara tunai
Cara B: Pembiayaan Bank – Dapatkan pembiayaan dari pihak bank untuk
(Saya akan gunakan terma Pembiayaan, bukan Pinjaman. Atau Financing, bukan Loan)
Dalam poin ini saya akan kongsikan lebih pada cara B, iaitu untuk dapatkan pembiayaan bank.
Satu perkara paling penting adalah: Pastikan anda gunakan pembiayaan Islamic, dan elak daripada pembiayaan konvensional.
Kerana pembiayaan Islamic sudah tentu halal dan pembiayaan konvensional mempunyai kadar faedah (riba’) yang tidak patuh syariah bagi orang beragama Islam.
Bagi anda yang gunakan khidmat ejen lelong, kebiasaannya ejen lelong ada senarai ‘banker’ yang akan bantu anda dapatkan pembiayaan bank.
Mereka akan minta beberapa dokumen-dokumen penting untuk anda serahkan kepada bank.
TIPS: Cara Terbaik Urus Dokumen Pembiayaan Rumah
DOWNLOAD: Checklist Dokumen Untuk Dihantar Ke Bank Untuk Pembiayaan Rumah (Lelong)
Dan banker tersebut akan serahkan dokumen anda kepada beberapa bank.
Anda hanya perlu tunggu hingga ada bank yang akan approve financing anda.
Jangan harapkan banker 100% untuk uruskan pembiayaan anda sebab belum tentu melalui banker anda akan confirm dapat pembiayaan tersebut.
Sebagai usaha tambahan, anda sendiri juga perlu berusaha untuk pergi ke sebanyak mungkin bank untuk dapatkan pembiayaan.
Bank yang paling mudah nak bagi anda pembiayaan adalah bank yang melelong rumah tersebut.
9. BERJAYA DAPAT PEMBIAYAAN BANK?
Bila dah berjaya dapat pembiayaan bank, kenalpasti berapa bank yang luluskan pembiayaan anda.
Dapatkan offer letter daripada pihak bank atau banker anda.
Offer letter ni adalah dokumen ‘hitam putih’ yang membuktikan yang anda berjaya dapat pembiayaan bank.
Bila dah dapat offer letter, compare terlebih dahulu dengan bank-bank lain yang anda terima.
Tengok apa offer yang ada pada bank lain.
Bandingkan profit rate antara bank A dan B dan dapatkan offer yang paling berbaloi untuk anda.
10. URUSAN GUAMAN – LAWYER
Untuk urusan lawyer, terdapat 2 jenis lawyer yang anda wajib berurusan.
A – SnP Lawyer atau Transfer Lawyer (Sales & Purchase)
Mereka akan uruskan urusan pertukaran nama dari owner lama kepada owner baru. Tapi ia tak semudah ‘tukar nama’, sebab ada banyak urusan dan proses lain yang perlu anda lalui bersama SnP Lawyer ini.
Mereka juga akan dapatkan untuk anda info segala bayaran tunggakan rumah lelong tersebut (jika ada).
Tak boleh ketinggalan salah satu pun, sebab kedua-duanya diperlukan dan saling berkaitan.
TIPS: Anda boleh lantik transfer lawyer dan bank lawyer dari firma guaman yang sama.
11. BAYAR KOS-KOS YANG DIPERLUKAN
Untuk beli rumah, anda bukan sahaja perlu bayar harga rumah semata-mata.
Bahkan sekitar 6 hingga 7% wang anda perlu keluarkan untuk urusan pertukaran nama, perbankan dan sebagainya.
Antara kos yang terbabit termasuklah:
a. YURAN LAWYER SnP
b. YURAN BANK LAWYER
c. VALUATION – dari pihak bank
d. BIL TUNGGAKAN – boleh dapatkan daripada Lawyer SnP bila anda berurusan dengan mereka.
e. TAKAFUL RUMAH
f. AGENT FEE – Rumah lelong sekitar 1% sahaja
g. STAMP DUTY – Sales & Purchase Agreement
h. STAMP DUTY – Financing Agreement
TIPS: Cara kiraan kos guaman boleh dapat di sini
Segala kos di atas adalah berbeza.
Untuk bayaran Stamp Duty bagi rumah pertama anda boleh dapatkan secara percuma. Tanya kepada peguam anda untuk info lanjut.
12. TUNGGU PEMBIAYAAN LULUS
Selepas selesai urusan dengan pihak bank dan peguam, tunggu sahaja untuk bank lepaskan bayaran baki 90% tersebut.
Dalam proses menunggu ini, anda sebagai pelanggan perlu sentiasa cakna.
Anda perlu sentiasa follow up dengan ejen anda, banker, lawyer bank dan lawyer SnP anda untuk ketahui status terkini.
Ini bagi memastikan segala pembiayaan dapat dilaksanakan sebelum tarikh tamat pembayaran rumah lelong anda.
13. URUSAN PEMBIAYAAN SELESAI
Bila bank telah luluskan pembiayaan dan sudah bayar baki 90% tersebut kepada syarikat lelong, maka anda akan terima surat pengesahan daripada pihak bank yang menyatakan pembiayaan anda telah diluluskan dan telah dibayar.
Dalam surat pengesahan tersebut juga akan ditulis jumlah pembayaran dan bayaran bulanan anda kepada pihak bank.
Rujuk dengan ejen anda apa tindakan lanjut sebelum anda boleh masuk ke rumah tersebut.
Sekiranya pembayaran penuh sudah dibuat, anda dah boleh masuk ke rumah tersebut. Dengan syarat, dokumen-dokumen penting telah disediakan sebelum anda masuk ke rumah tersebut.
14. SELESAIKAN PROSES TUKAR NAMA
Selepas selesai urusan pembayaran, anda perlu sentiasa follow-up dengan lawyer SnP anda untuk pastikan proses pertukaran nama tersebut selesai.
Apabila urusan tersebut selesai, maka anda 100% sah sebagai pemilik rumah tersebut.
Dan tahniah kerana anda telah berjaya membeli rumah lelong!
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, membeli rumah lelong adalah salah satu cara untuk melabur hartanah yang baik, dan ia juga boleh menjimatkan wang anda jika dibeli untuk tinggal di rumah tersebut.
Namun, tanpa ilmu yang betul maka anda mempunyai risiko untuk lebih banyak menanggung kerugian berbanding rasa keuntungan.
Belilah rumah lelong dengan ilmu dan penuh keyakinan.
Apa Pendapat Anda Mengenai Rumah Lelong? Sila Komen Di Bawah
APA YANG MEMBEZAKAN EJEN YANG ‘POWER’ DAN EJEN BIASA-BIASA?
Setelah bersama Cuckoo selama 2 tahun, saya nak share apa yang saya nampak depan mata saya. Apa yang membezakan ejen-ejen yang power dan cepat berjaya dan ejen Cuckoo yang biasa-biasa.
Kuncinya adalah: *ATTITUDE / SIKAP*
Ejen power mempunyai sikap luarbiasa. Ejen biasa-biasa mempunyai sikap biasa-biasa.
1. X FACTOR
Ejen Cuckoo yang power biasanya mempunyai X Factor tersendiri. Mereka ada *SEBAB BESAR* kenapa mereka pilih untuk berjaya dalam Cuckoo.
Faktor paling penting: Keluarga (bayar sewa rumah, hantar anak sekolah, makan minum keluarga, bagi duit kepada mak dan ayah dsb), nak bayar hutang dsb.
Selain itu, ada sebahagian ejen yang power juga sentiasa upgrade X Factor mereka. Bila keperluan utama tercapai, mereka ingin capai lebih banyak impian yang seterusnya. Antaranya nak beli rumah impian, kereta impian, hantar anak ke sekolah yang bagus, bagi duit banyak kepada mak ayah setiap bulan, pergi bercuti, umrah/haji dan sebagainya.
2. MASSIVE ACTION
Ejen yang power ni selalu perhati macam mana ejen berjaya buat kerja. Mereka dah ‘benchmark’ siapa ejen-ejen power yang mereka nak follow.
Mereka usaha buat LEBIH dari mereka.
Kalau ejen lain buat 3 kali, mereka buat 30 kali. Itu yang membezakan mereka dengan ejen-ejen biasa.
Mereka power sebab tindakan mereka yang luarbiasa.
Tanya diri kita, “Cukup ke tindakan yang aku buat?”. Belum cukup? Gandakan usaha!
Work hard, work smart!
3. MAXIMUM SPEED
Selain itu, ejen power juga sangat mementingkan SPEED.
Mereka akan pastikan gerak kerja mereka sangat pantas. Sikap bertangguh tiada dalam kamus hidup mereka.
Sebab itu mereka dapat buat jualan dengan cepat, close sale dengan cepat. Lihat sahaja betapa pantas mereka berkerja.
Speed ini boleh dilatih, bukanlah ia ‘natural ability’.
Ejen yang usaha buat kerja laju gila ni memang orang tak terkejar, sebab tu mereka dapat hasil yang power.
4. CONSISTENCY & PERSISTENCE
Ejen power konsisten dengan kerja mereka. Hari-hari mereka konsisten dengan usaha mereka.
Walaupun cabaran datang, walaupun ada masanya sales turun tapi mereka tetap bertahan dan berterusan dalam usaha.
Ejen biasa-biasa bila senang dapat sales, mereka usaha. Dapat result mereka bangga. Bila susah dapat sales mereka banyak beralasan dan kurang buat kerja.
Ejen-ejen yang power, masa senang dapat sales, mereka usaha. Masa susah dapat sales, mereka tetap usaha.
Mereka sentiasa fokus kepada X Factor mereka, itulah yang menyebabkan mereka tabah dan berterusan.
5. SELF-RELIANCE
Ini antara pembeza terbesar antara ejen power dan ejen biasa-biasa.
Ejen yang power sentiasa bergantung pada diri sendiri dan berdikari.
Mereka elak untuk berharap kepada orang lain, tak berharap kepada leader, kerajaan, ibubapa dsb semata-mata.
Mereka mungkin sesekali perlukan bantuan, perlukan sokongan, perlukan tunjuk ajar namun bila dah dapat mereka akan bertindak luarbiasa (Massive Action.
Mereka tidak sentiasa bergantung kepada orang lain untuk sentiasa ‘suap’ mereka.
Disebabkan X Factor mereka yang besar, mereka sentiasa usaha untuk diri sendiri.
Jika belum berjaya, mereka persoalkan diri sendiri. Apa lagi yang boleh diperbaiki?
6. OUT OF COMFORT ZONE
Zon selesa ada zon yang akan ‘membunuh’ anda secara senyap. Bila anda selesa dengan keadaan sekarang, ia akan buat anda rasa malas.
Ia tidak akan PUSH anda untuk pergi lebih jauh lagi. Kesannya, anda mungkin sesekali capai target yang diingini.
Tapi percayalah, sampai masa result anda akan merudum disebabkan anda rasa cukup ‘selesa’ dengan apa yang ada.
Sentiasa usaha untuk keluar dari zon selesa walaupun terasa susah dan tak selesa! Kerana itulah yang akan buat anda berkembang jauh lagi.
Jangan sesekali rasa “Aku dah cukup usaha” kalau result anda belum cukup bagus.
Ejen power tidak sentiasa beralasan. Buang semua alasan anda jauh-jauh dan usaha sampai berjaya.
Zon selesa => Zon malas => Zon tidak produktif => Result jatuh
7. SERVICE
Ejen power selalu usaha untuk berkhidmat kepada orang lain. Mereka akan berkhidmat untuk pelanggan, untuk ahli team dan untuk bisnes mereka.
Berkhidmat ini akan buat kita kerja LEBIH dari yang sepatutnya, namun hasilnya adalah untuk kita juga akhirnya.
Kerana bila kita buat lebih, skil dan kebolehan kita akan bertambah dan sedikit sebanyak akan bantu kita untuk pergi lebih jauh.
Banyak cara anda boleh berkhidmat kepada pelanggan. Antaranya sentiasa tanya khabar, tanya kalau ada masalah.
Begitu juga untuk Team anda, anda boleh sentiasa tanya kepada leader anda apa yang anda boleh bantu untuk bersama-sama maju bersama team anda.
KESIMPULAN
Di sini anda sendiri boleh lihat betapa berbezanya ciri-ciri ejen-ejen yang power dan ejen-ejen yang biasa-biasa.
Sikap / Attitude adalah nombor 1 bagi ejen-ejen yang power. Boleh jadi mereka sedar, boleh jadi mereka tidak sedar.
Tapi itulah pembeza yang buat ejen-ejen power semakin power!
Tak percaya? Cubalah! Anda akan nampak hasil anda PASTI akan berubah (insyaAllah)
Disediakan oleh,
Wan Ahmad Fadhil
Natural Manager,
Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd.
BAGAIMANA CUCKOO SERVIS PENAPIS AIR DI RUMAH ANDA?
Okay, harini saya nak share sikit berkenaan servis yang dibuat oleh pihak Cuckoo di rumah pelanggan.
Bagaimana ‘experience’ kita sebagai pelanggan Cuckoo untuk servis?
1. CUCKOO SET APPOINTMENT
Cuckoo akan call pelanggan setiap 4 bulan untuk set tarikh servis. Pelanggan tak perlu pun call Cuckoo untuk panggil datang servis
2. NATURAL DOCTRESS (NDS)
NDS akan hadir ke rumah pelanggan. NDS adalah seorang wanita (mudah jika isteri seorang ada di rumah), dan terlatih untuk buat servis. Setiap NDS yang datang serba lengkap berseragam Cuckoo dan membawa peralatan untuk servis.
3. TUKAR FILTER BARU
Cuckoo tak backwash atau cuci balik filter lama. Bahkan setiap 4 bulan Cuckoo akan tukar filter baru terus.
4. STEAM STERILIZATION
Cuckoo akan bersihkan tangki air, paip penapis air, faucet gunakan teknologi stim, dan keseluruhan penapis air juga akan dibersihkan. EXTRA: Cuckoo akan bersihkan papan potong dan sinki rumah anda secara percuma!
5. 15 POINT CHECK
Cuckoo juga akan cek bahagian-bahagian penting untuk pastikan penapis air beroperasi dengan sempurna
Segala proses ini hanya mengambil masa sekitar 20~30 minit sahaja.
Dan yang penting, pelanggan tak rasa susah untuk kejar ejen servis Cuckoo untuk datang rumah. Bahkan Cuckoo yang akan call pelanggan terlebih dahulu!
Sepanjang 2 tahun guna penapis air Cuckoo di rumah ni, semua ejen servis Cuckoo sangat profesional dan mesra pelanggan.
Ada yang RISAU kalau beli Cuckoo secara cash nanti Cuckoo dah tak servis elok-elok di rumah pelanggan.
DI Cuckoo, servis adalah no 1.
Pelanggan yang beli cash terus akan dapat hingga 3 tahun FREE servis untuk penapis air dan layanan yang diterima oleh pelanggan adalah SAMA seperti pelanggan yang beli secara rental.
Best ke best?
Pastilah best kan! Sekian sharing saya mengenai servis CUCKOO di rumah pelanggan.
Saya merupakan seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Juga merupakan pendidik kewangan dan emas, mewakili Public Gold. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.