Dr. Ibrahim Nuhu pernah sebut teknik untuk menghafaz al-Quran, tak semestinya kena ‘faham’ baru boleh hafal. Bahkan okay sahaja untuk seseorang itu menghafal al-Quran tanpa faham.
Menghafal al-Quran adalah antara proses dan kaedah dalam menuntut ilmu. Ia bukanlah matlamat akhir, tetapi salah satu milestone dalam proses pembelajaran, bahkan menjadikan proses belajar tu lebih sempurna. Ia memudahkan kita untuk menuntut ilmu kepada tahap yang lebih tinggi lagi.
Proses faham al-Quran ni bukanlah sekadar duduk baca terjemahan, baca tafsir sikit, tadabbur sesama kawan-kawan dah boleh faham. Belum tentu. Kita baca tafsir pun belum tentu kita akan faham secara sempurna ayat yang kita baca.
Pemahaman terhadap teks al-Quran ni kita akan dapat ketika kita melalui proses-proses untuk menuntut ilmu seperti bacaan buku begitu juga menghadiri majlis-majlis ilmu. Nak faham al-Quran sudah pasti prosesnya adalah lifetime, bukan one-off sekali belajar terus faham.
Dan tak semestinya bila kita masuk kelas Tafsir sahaja baru kita akan ‘faham’ ayat al-Quran yang sedang kita baca. Bahkan bila kita masuk kelas sirah, fiqh, akidah, bahasa Arab dan sebagainya pun kita akan jumpa dengan ayat-ayat yang pernah dihafal sekaligus membantu untuk faham ayat-ayat tersebut.
Bagi orang dewasa dah umur 30an, 40an, nak taknak bila kita dalam proses untuk menghafal ayat-ayat suci al-Quran hampir pasti kita terpaksa buka juga terjemahan, tafsir dan sebagainya bagi mudahkan proses penghafalan. Tak sama macam anak-anak kecil dan remaja yang boleh hafal dengan mudah walaupun tanpa faham sama sekali ayat yang dibaca.
Saya tak berapa setuju bila kita terus pinpoint kat anak-anak kecil dan remaja yang menghafaz al-Quran ni, kita tanya dia “Kau faham ke apa kau baca? Kau faham ke apa kau hafal?” sebab dah tentulah dia tak faham keseluruhannya. Masalah juga bila kita terlalu memberi high expectation pada anak-anak tahfiz ni. (Kita sendiri yang tak hafal keseluruhan al-Quran pun belum tentu kita faham apa kita baca)
Anak-anak tahfiz ni sama je macam anak-anak orang lain, bezanya diorang dah hafal al-Quran dalam hati. (taknak sembang part ‘ingat’ nanti meleret pulak). Tilawah al-Quran ni tak sama dengan faham sebab masa tengah baca (tilawah) tu belum tentu kita faham pun, tapi tetap dikira sebagai ibadah.
Ustaz saya Dr. Yusuf pernah sebut, kita perlu ada bacaan untuk tilawah dan bacaan untuk tadabbur. Pada masa sama penting untuk kita menyokong usaha untuk membumikan tadabbur al-Quran (dengan kaedah yang sahih). Sebab tadabburlah fungsi utama al-Quran diwahyukan.
Assalamu’alaikum wbt. Sebagai seorang ejen penapis air Cuckoo lebih 6 tahun (2023) ini, saya ingin berkongsi apa aktiviti harian yang perlu dibuat oleh seorang ejen penapis air walaupun anda berniaga secara sepenuh masa atau separuh masa dalam perspektif seorang ejen.
Tidak kisah sama ada anda seorang ejen penapis air Cuckoo, Coway, SK Magic dan sebagainya, sudah pasti ada aktiviti harian, mingguan dan bulanan yang perlu dibuat oleh setiap ejen penapis air.
Perkara yang paling penting bagi setiap ejen adalah mendapatkan JUALAN. Tetapi, berbeza dengan jualan produk-produk lain seperti produk dropship dan sebagainya yang mungkin memerlukan komitmen yang berbeza berbanding ejen penapis air.
Bagi seorang ejen, perkara yang paling didahagakan oleh seorang ejen sudah pastilah sesuatu yang disebut dengan: AKTIVITI
Maka dalam perkongsian ini, saya akan kongsikan beberapa tips rutin harian bagi membantu anda isi masa anda sebagai seorang ejen penapis air yang produktif.
Untuk aktiviti harian, saya akan senaraikan juga aktiviti online dan offline. Zaman IT sekarang, ramai yang sudah mula membuat kerja secara online 100% sebagai ejen penapis air, ada juga yang masih mengamalkan secara metode offline. Begitu juga ada yang berniaga secara hybrid online dan offline.
Aktiviti Harian
Untuk aktiviti harian adalah seperti berikut
Aktiviti jualan online
Post iklan di FB profile peribadi anda sekurang-kurangnya 4x sehari
Post iklan di FB page anda 1x sehari
Post di sekurang-kurangnya 30 FB Groups sehari
Post iklan di FB Marketplace 30 lokasi sehari
Penuhkan FB profile anda dengan 5000 friends
Buat FB profile baru yang ke-2 dan penuhkan 5000 friends juga
Buat FB atau Tiktok Live
Buat email marketing kepada syarikat-syarikat
Stories: FB, Whatsapp, IG
Buat video Youtube dan Tiktok
PM / mesej / call prospek untuk yang berminat untuk closing sales
Direct approach: Whatsapp 20 orang sehari dari contact list anda. Mulakan dengan keluarga dan kawan-kawan
Dapatkan database dari leader untuk approach upsell produk lain
Offer FREE GIFT kepada pelanggan
Gunakan software seperti Waboost dan Fboom X untuk automasi iklan harian
Aktiviti Offline
Duty: Jaga kiosk manager anda
Buka sales point – beli kit jualan dan berniaga di pasar malam, pasar tani, depan bank, pasar raya dan sebagainya
Edar flyers: kawasan perumahan, lot-lot kedai, parking kereta
Face to face selling (direct approach to strangers). Jumpa orang dan pitch jualan secara rambang.
Door to door selling: kawasan perumahan, kawasan pejabat
Aktiviti Mingguan
Untuk setiap minggu, apa yang menjadi rutin bagi ejen penapis air antaranya adalah seperti berikut:
Hadir weekly meeting anjuran HQ
Meet up dengan leader secara offline atau online (Zoom, Google Meet)
Hadir kelas online untuk belajar ilmu baru
Set target jualan mingguan
Review semula target minggu lepas
Susun jadual aktiviti untuk seminggu
Susun appointment dengan pelanggan dan prospek
Aktiviti Bulanan
Aktiviti bulanan pula adalah seperti berikut:
Set target untuk bulan yang baru
Review target dan result bulan semasa
Meet up dengan leader. Penting bertemu leader untuk dapatkan update dan refresh energy.
Hadir seminar untuk tambah ilmu marketing, leadership dan sebagainya
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda bagi meningkatkan lagi dalam penjualan produk penapis air!
2 hari yang lalu saya hadiri majlis pelancaran produk terbaru Cuckoo iaitu kerusi urut Bespoke.
Kerusi urut adalah produk yang dah lama dalam pasaran Cuckoo Korea tetapi Alhamdulillah sekarang di Malaysia pun dah dilancarkan massage chair Cuckoo pula.
Kerusi ini dilancarkan oleh duta Cuckoo Malaysia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada hari pelancaran tersebut, 16 Mei 2023.
Pelancaran Cuckoo x Ogawa Bespoke Massage Chair oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Penapis air Cuckoo King Top 2 juga dilancarkan pada hari yang sama dijual pada harga pelancaran RM82/bulan untuk tahun 1-3 kemudian RM72/bulan pada tahun ke-4 dan 5.
Kerusi Urut Cuckoo?
Bergambar bersama Cuckoo Bespoke
Massage Chair Cuckoo Bespoke ini dihasilkan oleh syarikat yang tidak asing lagi, champion dalam penghasilan kerusi urut/massage chair iaitu: Ogawa
Ogawa sudah hampir 30 tahun berpengalaman dalam menghasilkan kerusi urut, bermula pada tahun 1996 sehingga ke hari ini dan kerusi urut Ogawa kini telah dipasarkan hingga 20 negara di seluruh dunia termasuklah Amerika Syarikat, China, Australia, Arab Saudi, Indonesia dan sebagainya.
Apabila anda tempah Cuckoo Bespoke ni, massage chair yang akan diterima adalah 100% keluaran OGAWA ya dan uniknya ia dibuat khas untuk Cuckoo sahaja.
Nak beli kerusi urut Ogawa secara cash kat kedai pun bukanlah murah. Boleh mencapai belasan hingga puluhan ribu.
Tapi Alhamdulillah, sekarang Cuckoo dah lancarkan Bespoke ni yang mampu milik bagi seluruh rakyat Malaysia 😍
Bulanan hanya serendah RM139 sahaja ya kawan-kawan.
Ia dah termasuk servis dan waranti hingga tamat kontrak.
Harga Cuckoo Bespoke hanya RM139/bulan untuk 5 tahun. Murah!
Bermakna kalau dalam tempoh kontrak, ada berlaku sebarang kerosakan pun massage chair anda masih dilindungi waranti 😎
Mungkin ada juga massage chair yang dijual dalam pasaran pada harga yang murah, namun kualiti, teknologi, fungsi tereupatik, waranti belum tentu terjamin.
Apalah gunanya membeli kerusi urut yang murah namun rosak selepas 1-2 tahun tamat waranti, anda perlu keluar kos baiki sendiri? Beli kerusi urut Bespoke ni, waranti hingga 5 tahun!
Berbaloi ke beli kerusi urut Cuckoo Ogawa Bespoke ni? Kalau guna massage chair yang ada kat mall pun RM2 dapat guna 3-4 minit sahaja. Itu pun kebersihan TAK terjamin ya kawan-kawan.
Ini anda boleh guna sehari 30 minit tiap hari sambil layan Youtube ke, ceramah ke, tidur ke bayaran sama je RM139 juga sebulan.
Ciri-Ciri Menarik Bespoke
Apa ciri-ciri menarik yang ada pada Cuckoo Bespoke ni?
📍 6 Traditional Massage Techniques – Kneading, Tapping, Swedish, Shiatsu, Clapping, Rolling
📍 S + L Massage Track – Kerusi urut ini dapat ikut bentuk badan kita. Ia dapat urut bahagian tubuh badan kita yang biasanya lenguh dan penat seperti: tengkuk, belakang, tulang pinggul. Biasanya kerusi urut hanya ada salah satu fungsi sama ada S Massage Track atau L Massage Track. Bespoke menggabungkan kedua-duanya!
📍 Airbags – Mempunyai sehingga 30 buah airbag! Urutan badan dari bahu ke kaki menggunakan teknologi ‘Airbag Compression’ dan jumlahnya yang banyak sedaya upaya mengikuti urutan tangan manusia yang melegakan rasa lenguh pada tubuh badan
📍 Memory Function – untuk simpan tetapan yang anda gemari
📍 Thermotherapy – Kerusi ni dapat ubah suhu suam pada bahagian belakang (lower back, lumbar) anda supaya rasa selesa, legakan rasa lenguh, dan melancarkan peredaran darah
📍 Full Body Scan – Massage chair ini dapat analisa ketinggian, berat dan otot anda untuk berikan urutan yang lebih tepat dan sesuai untuk tubuh badan anda.
📍 Zero Wall – Jimat ruang! Letak dekat dinding pun tiada masalah. Jarak diperlukan hanya 6cm sahaja daripada dinding. Kerusi ini akan bergerak ke hadapan, bukan ke belakang.
📍 Zero Gravity – Kerusi urut ini dapat bergerak sehingga mencapai graviti 0 hingga anda baring. Kedudukan kaki sama paras dada. Ini supaya agar anda dapat berehat dan rasa urutan yang paling optimum. Tak perlu paksa badan kita ke belakang untuk dapat urutan lebih sedap.
📍 3D Sound System – Speaker di bahagian kepala memberikan pengalaman akustik untuk mendengar audio dari gajet anda yang selesa dan menenangkan
📍 Pertukaran sarung ‘leather’ pada tahun ke-3 – Sarung kulit biasanya akan terhakis dan menipis apabila telah digunakan secara aktif. Tahun ke-3, anda akan dapat pertukaran ‘leather’ yang baru.
📍 Servis setiap 6 bulan
📍 Waranti 5 tahun
Lepas ni boleh lah ayah-ayah, ibu-ibu legakan otot dengan massage chair Bespoke ni ☺️ Pasang 1 kat rumah sendiri, 1 lagi rumah parents 🌹
Wasap saya kalau minat ya www.wasap.my/60139916967/CuckooBespoke
Gambar-Gambar Pelancara Cuckoo Bespoke dan King Top 2
Remote control kerusi urut Bespoke. Mudah nak digunakan
Assalamu’alaikum wbt. Dah lama saya tak buat perkongsian berkenaan rehlah Haramain, pergi ke Mekah untuk ibadah Umrah dan ke Madinah untuk ziarah Masjid Nabawi dan maqam Rasulullah s.a.w.
Untuk posting ni, saya nak share berkenaan pengalaman saya dan isteri pergi ke Mekah dan Madinah untuk tujuan Umrah secara DIY selama 13 hari 12 malam. Ini adalah pengalaman ke-2 kami bersama-sama pergi ke Tanah Haram. Yang pertama adalah untuk mengerjakan Haji pada tahun 2017 / 1438H dan yang kedua adalah untuk ibadah umrah pada tahun 2022.
Saya dah isteri dah lama nak pergi menunaikan Umrah sejak pertama kali kami pergi bersama pada 2017. Nak pergi tahun 2020 dan 2021, pada masa itu kita masih berada dalam pandemik. Untuk tahun 2022 asalnya tiada perancangan nak pergi pun.
Tetapi sebab dah lama berangan, rasa rindu dan teringin nak pergi lagi menunaikan ibadah Umrah maka kami decide untuk pergi ke Tanah Haram. Saya akan kongsikan di bawah apa proses yang telah kami lalui untuk pergi menunaikan Umrah secara DIY pada tahun lepas.
KENAPA UMRAH DIY?
Kami pada asalnya memang nak pergi melalui travel agency sebab bagi saya sendiri, pergi dengan travel agency lah yang paling mudah. Kalau ikut travel agency, kita dah
Tak perlu uruskan perhotelan
Tak perlu uruskan tiket flight
Tak perlu uruskan pengangkutan
Tak perlu nak uruskan visa
Tak perlu nak rancang perjalanan dengan teliti
Tak perlu berurusan dengan orang Arab di sana
Tak perlu nak pening cari hotel dan flight pada harga paling berpatutan
Banyak urusan yang susah, remeh dan memenatkan semuanya diuruskan oleh travel agency! Namun, saya perasan bermula tahun 2020 ke atas kos untuk pergi menunaikan ibadah Umrah telah meningkat dengan sangat signifikan.
Saya pergi Umrah pada penghujung 2018 (Disember) hanyalah sekitar RM5500+ dekat RM6000. Tetapi untuk tahun 2019, kos umrah mencecah RM7500 hingga RM10,000 seorang. Kalau tempah bilik berdua suami isteri, kos pastilah lebih tinggi.
Kemudian, banyak travel agency juga yang fully booked. Kami perlu pilih travel agency yang sediakan pakej umrah dengan kos yang sederhana. Begitu juga pada tarikh yang sesuai supaya si isteri tidak perlu menggunakan pil perancang haid.
Maka atas sebab itu, saya dan isteri turut terfikir alternatif untuk pergi menunaikan umrah secara DIY kerana dengar ramai yang sebut bahawa umrah DIY ni lebih ‘murah’. Kami pun buat calculation, bagi saya sebenarnya ia boleh jadi lebih murah tetapi tidaklah terlalu murah berbanding mengikut travel agency.
Kalau kita beli tiket flight, sewa bilik hotel yang ditempah melalui laman online harganya adalah harga pasaran. Travel agency pula berbeza, mereka dapat bilik hotel dan tiket penerbangan pada harga yang lebih murah kerana mereka adalah travel agency. Kelebihan pada TA mereka dapat cari hotel pada lokasi yang lebih strategik pada harga lebih rendah.
Seperti saya nyatakan di atas beberapa kelebihan pergi ikut travel agency, maka masalah bila pergi Umrah DIY adalah kita PERLU buat semua perkara tersebut.
Bagi sebahagian orang yang lebih adventurous, mereka lebih prefer DIY atas sebab tersebut juga sebab suka nak susun perjalanan sendiri dan tak suka nak ikut perancangan travel agency. Tidaklah salah dan pasti ada kelebihannya juga.
Lepas dah survey, dah cari tarikh, dah buat kira-kira maka kami decide untuk pergi umrah secara DIY.
Actually saya pun agak takut juga nak pergi DIY ni sebab takut kena tipu dengan pihak perhotelan di sana. Sebab dengar cerita pada masa tu ramai yang hotel tiba-tiba kena cancel oleh pihak hotel secara tiba-tiba yang ikut travel agency. Dan takut juga semua hotel penuh. Harga tiket naik mendadak dan sebagainya. Perlu tawakkal kepada Allah.
Proses nak buat costing, survey flight dan hotel dan sebagainya adalah SANGAT MEMENATKAN dan time consuming jika kita nak jimatkan kos. Walaupun ia nampak simple, tetapi ia tidaklah begitu mudah. Cabaran nak kombinasi dapatkan kos termurah untuk lokasi hotel yang strategik dan tarikh penerbangan yang sesuai. Melainkan jika kita ada bajet dan tak terlalu kisah dengan kos keseluruhan, maka nak uruskan umrah DIY ini adalah lebih mudah.
PERANCANGAN UMRAH DIY
Untuk pergi umrah secara DIY, perancangan perlu dilakukan dengan rapi sebab kami bukan sekadar nak pergi ke Haramain, nak uruskan diri dan logistik di sana. Bahkan kami juga perlu meninggalkan kami anak-anak di Malaysia.
Saya senaraikan apa checklist sebelum dan semasa pergi Umrah:
Pembelian tiket flight
Booking Hotel di Mekah dan Madinah
Transportation: Keretapi laju (HHR Haramain Highspeed Rail) dari Jeddah -> Madinah -> Mekah -> Airport Jeddah
Transportation: Stesen keretapi ke Hotel dan Hotel ke stesen keretapi
Pembelian Visa untuk 2 orang
Aktviti dan ziarah di Mekah dan Madinah
Makan minum
Kursus umrah/ulangkaji ilmu umrah
Persediaan pakaian dan barang-barangan untuk ke Tanah Haram
Persediaan untuk tinggalkan anak-anak di Malaysia
Pengurusan kewangan semasa di Haramain
Nak beli kurma, kat mana murah?
Belanjawan Umrah DIY
Untuk pengetahuan semua, saya dan isteri pergi trip Umrah kali ini adalah selama 13 hari 12 malam. Masa lebih sikit berbanding tempoh biasa trip Umrah pakej travel agency iaitu 10 hari 9 malam.
Saya akan terangkan satu persatu poin di atas ini.
1. Pembelian Tiket Penerbangan / Flight Ticket
Untuk membeli tiket penerbangan, saya beli secara online sahaja melalui laman web Skyscanner http://skyscanner.com.my. Dan ikutkan boleh juga kalau nak beli tiket penerbangan secara langsung di laman web Malaysia Airlines, Saudia dan sebagainya tapi biasanya kos lebih mahal.
Untuk pembelian tiket penerbangan di Skyscanner, kita Skyscanner dapat carikan penerbangan yang paling murah untuk kita tempah melalui mana-mana syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan dari Malaysia – Arab Saudi – Malaysia.
Untuk pembelian tiket di Skyscanner, pastikan kita pilih vendor yang trusted, ada banyak review yang bagus. Beli secara online di Skyscanner adalah selamat dan anda tak perlu risau.
Cuma yang penting, kita perlu pastikan:
Tarikh penerbangan yang betul
Semak jika checked baggage dah termasuk ke belum. Kalau termasuk, semak berapa kilogram. Kalau boleh dapatkan 25kg ke atas. Saudia biasanya bagi hanya 23kg sahaja.
Semak syarat bagasi. Kalau tiket beli sendiri ni biasanya untuk 1 orang boleh bawa 1 beg sahaja. Ia berbeza kalau ikut Travel Agency, biasanya boleh bawa lebih. Semua TA uruskan.
Kalau kita nak beli banyak barang untuk bawa balik Malaysia, pastikan add on baggage allowance siap-siap. Kalau add on selepas dah beli tiket flight, harganya melambung tinggi. Pengalaman saya cek hingga RM700+ untuk 1 beg 23kgÍ›
Semak jika boleh pilih tempat duduk atau tidak. Kalau tak boleh pilih, kita perlu tambah duit kalau nak beli tempat duduk.
Semak polisi untuk cancellation atau kemungkinan flight delay
Cek terms and condition
Nota penting! Nak beli tiket flight, jangan sekadar tengok kos penerbangan murah sahaja. Pastikan kos penerbangan yang murah itu tally dengan kos hotel di Mekah dan Madinah.
ELAK beli tiket penerbangan ketika Saudi tengah musim cuti sekolah sebab kos hotel ketika itu berpotensi meningkat dan melambung tinggi walaupun kos penerbangan yang anda survey ketika itu adalah pada harga yang terendah.
Perlu ingat bahawa kos penerbangan dan kos hotel memakan kos PALING TINGGI bagi perjalanan umrah.
Maklumat tambahan. Pembelian tiket penerbangan di Skyscanner sememangnya lebih murah. Tetapi jika kita beli tiket secara langsung melalui laman web Malaysia Airlines, Saudia dan sebagainya pasti ada kelebihannya tersendiri. After sales service untuk pembelian direct adalah lebih terjaga. Kalau beli di Skyscanner, jika perlu buat perubahan tarikh dan sebagainya tak boleh direct dengan syarikat penerbangan. Kena hubungi vendor sahaja.
Untuk penerbangan umrah yang lalu, saya telah menaiki pesawat Saudia. Bagi saya, pesawat Saudia hanyalah biasa-biasa sahaja. Seat penumpang tidaklah lebih luas berbanding syarikat lain bahkan standard sahaja.
Jika ada rezeki nak pergi lagi nanti, saya nak usahakan naik Malaysia Airlines pula. InsyaAllah.
Di airport KLIA tunggu waktu penerbangan.Dalam kapal terbang Saudia. Pilih seat kat sini dapat ruang kaki yang luas. Suasana di waktu malam dalam kapal terbang. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Arab Saudi. Dalam kapal terbang SaudiaTempat ambil air zamzam di airport JeddahTimbang berat beg. Limit beg hanyalah 23 KG sahaja bila naik Saudia. Kalau 30 KG lagi best. Huhu. Dalam kapalterbang SaudiaKasi can sikit 🤣Airport JeddahAirport JeddahDalam kapal terbang melihat ke bawahDi airport nak balik ke MalaysiaMakanan dalam kapal terbang Saudia
2. Booking Hotel di Mekah dan Madinah
Tempahan hotel di Mekah dan Madinah saya buat melalui laman web booking.com dan agoda.com sahaja. Kebanyakan laman web seperti booking.com, trivago, hotels.com dan sebagainya juga memberikan harga yang tidak jauh beza. Hotels.com kadang kala nampak harga lagi murah, tapi masa nak check out rupanya ia murah sebab kos cukai belum dimasukkan lagi.
Nak tempah bilik hotel, saya dah survey dalam groups FB Umrah DIY. Ramai sarankan beli dari laman web booking.com berbanding yang lain sebab maklumat tempahan yang dilakukan melalui booking.com adalah lebih mudah diakses oleh pihak hotel berbanding laman web lain.
Kita nak pergi umrah, kita tak nak banyak terlibat dalam pengurusan check-in dan sebagainya hingga melambatkan proses check-in. So kalau harganya lebih sikit pun saya kira ok sahaja jika proses tempahan dan check-in itu lebih mudah.
Pastikan kita print out booking details sebelum berlepas ke Haramain bagi memudahkan urusan check-in hotel.
Baik seterusnya, berkenaan dengan kos hotel dan jarak juga perlu kita semak dengan teliti.
Nak booking hotel biasanya hujung tahun, bulan Ramadan dan musim cuti kosnya adalah lebih tinggi berbanding biasa. Maka kita perlu bijak memilih tarikh tempahan bilik hotel. Jangan terkejut jika kos hotel yang berhampiran masjidil Haram dan masjid Nabawi mencecah RM600 hingga lebih RM1000 untuk satu malam.
Ya.
Itu adalah kos satu malam jika anda tempah hotel yang berdekatan dengan masjidil Haram dan Nabawi. Ia tidak murah. Jika lokasi lebih jauh, kos akan semakin rendah tetapi bergantung juga dengan kualiti hotel tersebut.
Tetapi ada juga hotel yang jarak walking distance menawarkan harga sekitar RM300~RM500 untuk satu malam. Kena rajin survey setiap masa (ini kerja yang memenatkan).
Hotel Di Madinah #1: Nusk al-Madinah
Hotel pertama yang kami tempah adalah Nusk al-Madinah. Kami bermalam di sini hanya 1 malam sahaja kerana rancang untuk cari hotel murah secara walk-in ketika berada di Madinah.
Namun secara peribadi, saya sarankan untuk tempah hotel siap-siap dari Malaysia dan tak perlu walk-in untuk pengalaman Umrah yang lebih selesa dan tidak memenatkan.
Hotel kami menginap pada hari pertamaBilik dalam hotel Nusk al MadinahBilik air hotelLobi hotel Nusk al MadinahLobi Hotel Nusk al-MadinahMasuk bilik hotel
Hotel Di Madinah #2: Diyar al-Gharaa
Ini pula adalah hotel ke-2 yang kami menginap semasa berada di Madinah al-Munawwarah. Kami menginap di hotel ini selama 4 malam pada harga SR250/malam. Harga ikutkan agak mahal sebab tengah peak season. Waktu biasa tak silap bawah SR200 untuk 1 malam. Cuma hotel ni jauh sikit daripada masjid an-Nabawi walaupun ia masih lagi walking distance.
Jarak berjalan kaki sekitar 8-10 minit sahaja daripada hotel ke pintu masuk Masjid an-Nabawi. Perlu ikut terowong jalan kaki bawah tanah dan akan naik semula di sekitar hotel ODST, McD, Dunkin Donuts.
Hotel ini juga bukanlah hotel yang premium. Ia hanyalah hotel biasa namun bolehlah untuk kami menginap 4 malam pada bajet yang lebih rendah.
Hotel Diyar al GharaaPemandangan dari hotel. Perlu jalan kaki masuk terowong bawah tanah untuk lintas jalan besar ini. Pemandangan tepi hotel Diyar al-GharaaIni adalah pemandangan bilik hotel Diyar al-GharaaPemandangan belakang hotel dari tingkap bilik kamiPemandangan belakang hotel dari tingkap bilik kamiJalan kaki dari hotel Diyar al-Ghaara ke masjid an-NabawiLuar hotel Diyar al-Gharaa sebelum pergi ke Mekah
Hotel Di Mekah: Elaf Bakkah
Ini adalah hotel yang kami menginap ketika berada di Mekah al-Mukarramah. Hotel ini lokasinya berhampiran dengan Masjidil Haram tetapi perlu naik shuttle bus untuk ke sana.
Bas yang perlu kita naiki adalah percuma. Hampir setiap hotel di sekitar Mahbas al-Jin ini ada bas sendiri yang membawa penumpang dari hotel pergi ke Masjidil Haram.
Kami pilih hotel ini atas saranan sahabat kami Anhar, atas pengalaman beliau juga pernah menginap di hotel ini sebelum ini. Harga untuk satu malam juga tidaklah mahal. Satu malam pada masa tu hanya sekitar RM150 sahaja.
Hotel ini masih lagi baru. Bilik hotel ini saya boleh katakan sangat selesa berbanding hotel-hotel lain yang saya pergi. Bersih. Dan room service hotel ini adalah bagus. Setiap hari ada pekerja datang untuk bersihkan bilik, tukar towel baru, buang sampah dsb.
Bagi saya, kalau kita nak pergi umrah dengan bajet yang rendah tapi selesa maka hotel ini adalah pilihan yang bagus.
Cuma ‘kelemahannya’ pula adalah ia bukan walking distance, dan kawasan mall yang agak jauh. Kalau dah pergi mall, kemudian nak pergi bus stop area Safa Marwa ni agak jauh. Mall ni bagi saya signifikan juga sebab itulah tempat kita beli makanan, pergi tandas yang bersih, beli barang keperluan dan shopping beli cenderahati.
Hotel Elaf Bakkah, MekahLobi hotel Elaf BakkahLobi hotel Elaf Bakkah. Masa ni tengah nak check-in. Masih berihram lagi. Pemandangan bilik kamiPemandangan bilikPemandangan bilikBilik air hotel Elaf BakkahPemandangan dari tingkap bilikHotel Elaf BakkahJalan kaki nak ke Masjidil Haram dari bus stop di kawasan Safa MarwaBus stop untuk penghuni Mahbas Jin, Aziziyah dan sekitarnyaBus stop untuk penghuni Mahbas Jin, Aziziyah dan sekitarnya
Hotel Murah Area Pakistan?
Ya di Madinah ada tempat yang dipanggil kawasan Pakistan di utara Masjid Nabawi iaitu al-Masani dan selatan Masjid Nabawi iaitu masjid Bilal ibn Rabah.
Saya ada buat survey dalam group-group umrah, kawasan ini kita boleh dapat hotel pada harga yang lebih murah berbanding di kawasan-kawasan terdekat sekitar Masjid Nabawi yang biasanya jauh lebih mahal dan selalu penuh (lagi-lagi 2022 ke atas, sangat ramai jemaah datang untuk tujuan umrah dan ziarah).
Kawasan al-Masani. Masih walking distance nak ke masjid an-Nabawi
Di kawasan ‘Pakistan’ ni pun ada juga hotel-hotel lama yang kita boleh sewa dan menginap sepanjang tempoh berada di Madinah. Kosnya lebih murah sekitar SR100~250 untuk satu malam. Ada yang kata boleh walk-in sahaja kalau nak menginap di situ tanpa perlu booking siap-siap dari Malaysia.
Pengalaman peribadi, betul memang boleh. Saya sendiri menginap di hotel Diyar al-Ghaara di kawasan al-Masani secara walk-in sahaja. Tak booking siap-siap dari Malaysia. Pada asalnya saya nak cari hotel yang betul-betul dekat dengan masjid Nabawi secara walk-in, tetapi hotel kesemuanya penuh. Pilihan seterusnya, saya perlu cari hotel yang lebih jauh.
Kos saya menginap pada masa itu adalah sekitar SR 200 atau SR 250 untuk 1 malam. Tengah peak season, kos menginap di hotel juga meningkat tinggi. Saya ada dengar kos biasa di hotel tu tak sampai 200 riyal pun untuk 1 malam.
Tetapi kita sebagai orang yang bermusafir dan nak laksanakan ibadah umrah dan ziarah ni sebolehnya nak fokus lebih masa untuk ibadah; bukan habiskan masa mencari hotel murah. Sebaiknya booking sahaja hotel-hotel terdekat secara online selagi boleh. Walaupun lebih mahal, tetapi ketenangan hati dan fikiran lebih terjamin. Boleh fokus kat ibadah dan rehat.
Namun jika dah terpaksa, hotel tiba-tiba penuh dan sebagainya maka ini adalah sebuah pilihan yang ada iaitu pergi ke dua-dua kawasan ini untuk cari hotel murah dan boleh walk-in.
3. Transportation: HHR Haramain Highspeed Railway
Keretapi, atau train dalam bahasa Inggeris atau qitar dalam bahasa Arab. Hehe.
Pose di stesen keretapi
Untuk perjalanan Umrah ini saya dan isteri memilih untuk menaiki keretapi laju HHR. Keretapi ini sangat laju dan kelajuannya mencecah 300km/j. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah hanya mengambil masa kurang 2 jam walaupun jarak perjalanannya adalah agak jauh.
Dari Madinah ke Mekah pula sekitar 2.5 jam. Sangat cepat berbanding menaiki bas yang memakan masa sekitar 6-8 jam.
Tetapi, untuk yang menaiki tren untuk menunaikan Umrah dari Madinah ke Mekah perlu niat ihram di dalam keretapi. Kerana penumpang tidak akan berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqat di sana. Penumpang akan terus menaiki keretapi laju dari Madinah ke Mekah.
Inilah kelebihan bagi yang menaiki bas sebab boleh berhenti di masjid Bir Ali dan bermiqat dari sana!
→ Pengalaman peribadi saya menaiki tren dari Madinah ke Mekah memuaskan dari sudut keselesaan dan tempoh masa perjalanan. Cuma kurang ‘feel’ umrah sebab tidak bermiqat di Bir Ali. Perasaannya lebih kurang macam bermiqat di dalam kapal terbang.
Kos keretapi laju HHR yang saya bayar
Jeddah – Madinah: SAR138/orang
Madinah – Mekah: SAR179/orang
Mekah – Jeddah: SAR34.50/orang
Tapi take note ya, kos keretapi laju ini sentiasa berubah-ubah. Semakin dekat dengan tarikh perjalanan, kos akan semakin meningkat.
Saya beli tiket keretapi ini seminggu sebelum perjalanan. Sebelumnya kos keretapi tersebut adalah lebih murah. Saya dah survey siap-siap tapi tak beli lagi. Pada masa itu, kos tiket dari Jeddah ke Madinah saya dapat sekitar bawah SAR120. Madinah ke Mekah juga sekitar SAR150.
Jika beli pada hari ketibaan, harganya melambung tinggi. Jauh lebih tinggi dari harga beli awal. Bukan setakat mahal, tiket juga habis kalau nak beli on spot.
Maka saya nasihatkan, jangan beli tiket ‘last minute’. Belilah tiket lebih awal agar perjalanan lancar dan dapat jimat kos perjalanan.
Kalau nak dapat kos perjalanan yang lebih murah, boleh guna khidmat bas Saptco. Tiket boleh dibeli secara online di sini https://www.saptco.com.sa/
Dari tempat check in ke keretapi kena jalan sikit. Tak jauh, tapi tak dekat juga. Dalam perjalanan nak masuk keretapi HHR. Kalau nak guna troli, kena bayar sewa troli SR5. Tren bergerak selaju 299km/j dari airport Jeddah ke MadinahStesen keretapi laju HHR di Madinah al-MunawwarahStesen keretapi laju Madinah. Latarbelakang sebuah masjid yang terletak di sebelah stesen keretapi iniTempat meletak barangan yang agak limited. Ramai juga orang bawa barang lebih muatan. Tempat letak barang penuh. Terpaksa letak beg di luar. Rupanya sebab ada jemaah dari coach lain letak beg di coach kita. Masa ni berihram dari di Madinah. Dari tempat check in ke keretapi kena jalan sikit. Tak jauh, tapi tak dekat juga. Peta yang ada di stesen keretapi HHR MadinahBawa bekal makanan dari hotel. Nasi putih masih ada lagi boleh la buat alas perut makan dengan Tuna pedasGambar yang dilukis oleh anak sulung kami, ‘AbdurrahmanDalam perjalanan dari Madinah ke MekahNak masuk tren HHR
4. Transportation: Train Station – Hotel
Naik teksi Careem
Untuk pengangkutan dari stesen keretapi ke hotel, boleh sahaja menggunakan khidmat teksi atau Careem/Uber dsb.
Bagi saya, jika gunakan aplikasi Careem/Uber kita dapat semak harga pada kadar yang standard berbanding teksi yang kadang kala memberi harga sesuka hati.
Teksi ada kalanya memberi cas yang lebih tinggi. Tetapi ada kalanya jika berjumpa dengan pemandu yang jujur, kos pengangkutan adalah pada kadar yang lebih masuk akal dan tak jauh beza dengan Careem/Uber.
Setakat pengalaman saya pergi pada bulan 11 dan 12, kos pengangkutan dari stesen keretapi ke hotel adalah pada harga sekitar 40 hingga 50 riyal.
Pernah tanya pemandu teksi, ada yang cas hingga 100 riyal. Harga tersebut 2x ganda daripada kos menggunakan Careem.
Tetapi semasa saya berada di Mekah, ada pemandu teksi yang memberikan cas pengangkutan pada harga 50 riyal sahaja dari hotel ke stesen keretapi. Maka pada masa itu, saya memilih teksi berbanding Careem.
5. Pembelian Visa Pelancong Untuk 2 Orang E-Visa
Terdapat 2 pilihan untuk pembelian visa bagi tujuan umrah:
Visa Umrah
Visa Pelancong
Kami pilih untuk membeli visa pelancong kerana itu sahaja yang nampak lebih mudah, cepat dan praktikal. Senang kata, tak pandai nak beli visa Umrah sebab belum jumpa tutorial cara untuk beli visa umrah.
Isi maklumat anda dan siap dalam masa beberapa minit sahaja. Tapi apa pun, sebelum beli visa pastikan passport telah dibuat dan tarikh luput passport lebih 6 bulan daripada tarikh berlepas. Jika kurang 6 bulan, perlu diperbaharui di imigresen.
Kos bayaran visa pelancong adalah SR535 untuk seorang, bersamaan sekitar RM680. Jika 2 orang, maka kos visa adalah SR1070 atau sekitar RM1360.
Kos visa SR535 tersebut sudah termasuk kos insurans.
Visa pelancong ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri.
Kelebihan Visa Pelancong Arab Saudi:
Boleh digunakan untuk tujuan Umrah (untuk Haji tak boleh)
Boleh digunakan untuk melancong ke Arab Saudi
Tempoh visa adalah 1 tahun
Boleh digunakan untuk multiple entry. Kalau pergi umrah setahun 10 kali pun boleh guna visa yang sama. Untuk sekali entry, tidak boleh melebihi 90 hari.
Proses yang sangat cepat dan boleh dibuat secara online
Visa Pelancong Arab Saudi (Tourist Visa) ini tidak dikeluarkan untuk semua negara di seluruh dunia. Hanya negara-negara terpilih sahaja yang dapat mendaftar. Malaysia adalah salah satu negara yang mendapat kelebihan untuk membeli visa pelancong ke Arab Saudi.
Kelemahan Visa Pelancong Arab Saudi:
Tak boleh bawa balik air zamzam ke Malaysia (tong 5 liter yang dijual di airport) jika pulang dari Jeddah. Jika pulang ke Malaysia dari Madinah, ada yang berjaya bawa balik air zamzam.
Perlu biaya sendiri kos rawatan jika masuk hospital, dan perlu claim insurans. Tidak seperti visa Umrah yang boleh mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan.
Peluang untuk masuk Raudah sekali sahaja berbanding 2 kali jika menggunakan visa Umrah (ini berdasarkan perkongsian di FB, perlu semakan semula)
Berdasarkan perkongsian beberapa jemaah Umrah di group Facebook, saya dapati bahawa menggunakan visa Umrah nampaknya lebih selamat/secured berbanding visa pelancong kerana ada jaminan untuk kos rawatan jika jatuh sakit di Tanah Haram, begitu juga mudah nak bawa balik air zamzam ke Malaysia.
6. Aktiviti Ziarah (Luar) Mekah dan Madinah
Untuk aktiviti ziarah Mekah dan Madinah, kami tak pergi melainkan sekali sahaja semasa di Madinah bersama sahabat kami Ustaz Diey Hassan yang pada ketika itu juga sedang membawa jemaah Umrah. Kebetulan ketika kami tiba di Madinah, keesokan harinya beliau juga tiba di Madinah dan beliau mengajak kami untuk turut serta bersamanya untuk aktiviti ziarah di kota Madinah.
Tempat yang kami ikut ziarah antaranya adalah ke Masjid Quba’, Bukit Uhud. Begitu juga kami pergi ziarah sekitar Masjid Nabawi dan bersama-sama dapat mengambil ibrah kisah-kisah Nabi dan para sahabat.
Aktivit ziarah di Mekah dan Madinah boleh sahaja dibuat secara persendirian. Ada transporter di Mekah dan Madinah yang menawarkan servis tersebut. Berdasarkan perkongsian di group FB Umrah DIY, saya boleh simpulkan seperti berikut:
Ziarah Madinah
Ziarah sekitar kota Madinah boleh dibuat bersama transporter yang menyediakan servis tersebut
Boleh juga bertanya kepada mana-mana travel agency yang membenarkan kita menumpang aktiviti ziarah mereka jika ada kekosongan. Cuba quote harga juga.
Ada juga khidmat bas Hop-On Hop-Off di Madinah yang akan tour sekitar kawasan-kawasan ziarah strategik yang biasanya dilalui oleh pihak travel agency
Ziarah Mekah
Ziarah luar kota Mekah juga boleh dibuat melalui transporter
Begitu juga boleh tumpang travel agency jika ada kekosongan dan sudi menumpangkan anda
Hop-On Hop-Off tiada di kota Mekah
Ziarah Taif
Boleh dapatkan khidmat transporter untuk pergi ke Taif
Kos 1 way menggunakan bas Saptco adalah SR 38 (harga mungkin akan berubah-ubah mengikut masa)
Anda juga boleh bertanya dalam group FB Umrah DIY atau group whatsapp jika ada yang nak pergi ziarah untuk ikut tumpang sekali. Boleh kongsi kos pengangkutan untuk tujuan ziarah luar.
Untuk ziarah Badar, Hudaibiyah, Madain Soleh di al-Ula dan sebagainya saya tak buat study lagi sebab tak ada sebarang rancangan ke tempat-tempat tersebut semasa pergi Umrah baru-baru ini.
Bersama dengan sahabat kami Ustaz Diey Hassan. Tumpang jemaah beliau pergi ziarah. Berada di Madinah al-Munawwarah, berlatar belakang kubah hijauDi muzium MadinahDi muzium MadinahBersama kawan baru kenal, Sani. Beliau pun dari Malaysia juga. Student di Malaysia. Ziarah masjid QubaZiarah gunung UhudBersama Ustaz Azzahari Murad dan Ustaz Diey Hassan di Madinah al-MunawwarahZiarah luar boleh juga ikut Hop On Hop Off ni. Bayaran dia boleh semak di Google.Muzium MadinahMasjid an-Nabawi
7. Makan dan Minum
Bab makan minum ni subjektif. Sebab ada orang suka merasa banyak jenis makanan. Ada orang yang simple dan tidak terlalu cerewet mengenai pemilihan makanan.
Saya sendiri berada di pertengahan. Hehe. Bagi saya untuk suami isteri, bajet harian sekitar RM100/hari.
Disebabkan kami pergi Umrah secara DIY, maka makan minum pun tiada pilihan ‘Full Board’ melainkan kita bayar lebih kat hotel untuk sediakan makan minum pagi ke malam.
Makan minum di sana full meal (ada nasi, ayam dsb) agak costly juga, lagi-lagi disebabkan matawang kita yang lebih rendah. Maka kena pandai-pandai untuk makan minum secara berhemah dan mana boleh jimat kita jimatkan.
Untuk kami yang tinggal di sana sekitar 13 hari, memang bawa siap-siap dari Malaysia makanan berikut:
Mi segera
Tuna dalam tin
Sambal kering
Beras
Makanan ringan: coklat, kekacang dsb
Serbuk kopi
Dan lain-lain
Ada mi segera, tuna dalam tin, sambal kering, beras dsb boleh menjimatkan banyak perbelanjaan di sana. Sebab kalau tiap masa makan di kedai, memang akan banyak belanja.
Jika 1 meal suami isteri perlu belanja sekitar 30~50 riyal. Kalau dah bawa bekal sendiri maka banyak tu juga kita akan jimat.
Begitu juga makanan ringan kami bawa dari Malaysia jer. Beli di kedai 99 Speedmart adalah jauh lebih menjimatkan berbanding beli di kedai-kedai di sana seperti Bin Dawood dsb.
Boleh juga beli portable rice cooker dan portable water heater siap-siap dari Malaysia. Beli yang kecil sahaja. Kos tak tinggi pun sekitar RM40~RM50 sahaja untuk sebuah rice cooker portable yang dijual di Shopee.
Ubat-ubatan dan supplement juga sebaiknya dibawa ke sana, seperti:
Ubat batuk
Paracetamol
Vitamin C
Lozenges
Minyak panas/minyak urut
Ubat selsema
Ubat sakit perut
Eno & Pil Chi Kit Teck Aun
Minyak angin
Dan lain-lain
Makan di Madinah 1 meal kongsi 2 orangIngat nak beli al-Baik. Tengok penuh macam ni, tak jadi lah. Huhu. Kat airport Jeddah pun dah makan hari sebelum tu. AlhamdulillahMakan di Mekah. Share 2 orang. 1 meal dalam 20 ke 30 riyalMasak mi segera di hotel kalau lapar atau nak save sikitMasak mi segera guna periuk nasi mini sahaja. Beli di Shopee tak sampai RM50Masak nasi di hotelBeli makanan di Al Baik. Biasa beli set chicken nugget niMakan dalam bilikBeli aiskrim di MadinahMengopi di Barns Coffee. Ada lah beberapa kali beli di sana. Selain tu di Starbucks.Mengopi lagi di StarbucksBeli broasted chicken. Biasa masa nasi dalam bilik. Makan broasted dengan nasi putih sahaja.
8. Kursus Umrah & Ulangkaji (Persediaan Ilmu)
Untuk first timer pergi umrah, saya sangat TIDAK GALAKKAN untuk pergi umrah secara DIY. Sebab umrah ini adalah sebuah ibadah yang mempunyai tatacara, ada hukum hakam tersendiri, ada pantang larangnya dan sifatnya agak sensitif tak boleh pergi secara main-main, cuba-cuba. Suasana di Masjidil Haram tidak sama seperti masjid-masjid yang lain.
Jika pergi first time bersama keluarga atau kawan yang dah pergi, seeloknya pastikan ahli keluarga atau kawan tu ada ilmu yang mencukupi mengenai ibadah umrah sekurang-kurangnya dapat bimbing kita apa yang kita belum tahu atau mungkin terlepas pandang.
Perlu selalu ingat tujuan kita pergi menunaikan ibadah Umrah adalah untuk beribadah kepada Allah dengan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Natijah yang kita inginkan adalah ibadah kita itu diterima oleh Allah. Maka nak taknak, ilmu mengenai Umrah adalah suatu kewajiban bagi yang akan berangkat pergi Umrah.
Kursus umrah (dan haji) adalah suatu keperluan untuk mereka yang ingin menunaikan ibadah Umrah. Saya cadangkan anda untuk
Hadir kursus umrah
Tonton dan dengar video berkaitan manasik Umrah di Youtube
Baca buku berkaitan manasik Umrah
Baca fatwa-fatwa mengenai Umrah
Baca buku Sirah Nabawiyah
Baca dan dengar mengenai tazkiyatun nafs berkaitan umrah
Bagi saya, selain membaca buku berkaitan Umrah, membaca buku berkaitan sirah Nabawiyah juga adalah satu keutamaan. Agar apabila kita berada di sana, kita akan dapat overview mengenai perjalanan hidup Nabi kita yang mulia. Kita dapat jejak lokasi bersejarah yang berkat ini dengan penuh penghayatan.
Dengan ada ilmu, dengar kuliah, baca buku dan artikel, bersahabat dengan orang-orang baik, melazimi solat 5 waktu di Masjid maka kita akan pergi dan pulang dengan kesan yang jauh berbeza dengan orang yang pergi tanpa ilmu dan kesedaran ketika menunaikan ibadah umrah.
Antara video yang saya cadangkan untuk tonton
9. Persediaan Barang-Barang & Pakaian Ke Tanah Haram
Untuk ke Tanah Haram, dah pasti ada banyak barang yang perlu dibawa. Tetapi pastikan tidak terlebih, tidak terkurang. Sebab beg yang kita bawa pun ada limitasi kilogram yang boleh dibawa. Begitu juga pakaian kelak akan dibasuh semasa berada di sana. Kalau bawa banyak pakaian tebal, baju susah nak kering pula.
Saya kongsikan checklist barang yang boleh dibawa ke sana di bawah:
Baju 3-4 helai
Seluar 3-4 helai
Pakaian dalam
Pakaian spare (untuk letak dalam hand luggage jika perlu ganti pakaian semasa dalam perjalanan)
Kain Ihram 1 set (kalau perjalanan ke Madinah dulu, boleh juga beli kain Ihram semasa di Madinah)
Kopiah
Sling bag
Penimbang berat (portable)
Shaver/pencukur
Ketip kuku
Gunting
Ubat-ubatan
Passport
Tiket penerbangan
Tiket bas atau keretapi HHR
Salinan visa pelancong
Tiket hotel
Portable water heater (boleh juga dibeli di sana)
Portable rice cooker
Toileteries
Mi segera
Makanan segera
Makanan ringan
Botol air 1 liter – untuk refill air zamzam di masjidil haram dan masjid nabawi
Spray air untuk wudhu
Sweater/Jaket (untuk musim sejuk)
Wang tunai
Kad bank (pastikan aktifkan dahulu secara online untuk transaksi menggunakan debit di luar negara)
Tali nylon (boleh juga dibeli di kedai-kedai runcit di Mekah / Madinah) untuk jemur baju.
Barang-barang untuk dibawa ke sana sebaiknya disediakan seminggu sebelum berlepas ke tanah haram. Pakaian pula pastikan tidak terlalu tebal hingga menyusahkan proses nak mengeringkan baju/seluar hingga terpaksa membeli pakaian baru pula semasa berada di sana. Melainkan kalau cuci pakaian di dobi, maka nak bawa yang tebal pun tiada masalah.
Bayaran dobi di sana adalah sekitar 15~20 riyal untuk 1 kilogram pakaian. Ada juga sebahagian dobi yang meletakkan harga cucian pakain per unit pakaian.
Banyak bawa jajan sebab kat sana nak beli coklat dsb mahal. Huhu.
10. Persediaan Tinggalkan Anak-Anak Di Malaysia
Ini bukan kali pertama kami tinggalkan anak-anak untuk tempoh yang panjang. Kali pertama kami meninggalkan anak sulung dan yang kedua semasa pergi Haji pada tahun 2017 selama 45 hari. Maka kali ini kali ke-2 kami tinggalkan anak-anak, insyaAllah tak susah sangat nak uruskan lebih-lebih lagi anak bongsu sahaja yang pada masa itu dah hampir berjaya nak wean off daripada menyusu.
Masa pergi Haji pada tahun 2017, dua-dua anak masih kecil dan masih lagi menyusu.Usia mereka ketika itu 2 tahun dan yang kedua hampir berusia 1 tahun. Maka lagi banyak persediaan perlu dibuat untuk tinggalkan mereka.
Untuk umrah DIY ni kami pergi hanya 15 hari sahaja. Sebelum beli tiket pun dah bincang siap-siap dengan ahli keluarga untuk pengurusan anak-anak semasa berada di Tanah Haram. Bila keluarga dah approve, barulah kami buat keputusan untuk beli tiket ke Arab Saudi. Anak-anak tinggal di rumah mertua kami. Alhamdulillah, di rumah mertua ada ramai ahli keluarga yang boleh tengok-tengokkan anak-anak kami. Rumah mertua pun tak jauh dari rumah kami.
Ini antara senarai barang yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Antaranya:
Anak-anak di Malaysia rumah orang tua kamiCalling anak-anak yang ada kat MalaysiaCall MuadzLukisan HafsahLukisan AR
11. Pengurusan Duit Belanja Semasa Di Tanah Haram
Berapa banyak duit nak bawa, itu semua terserah masing-masing. Lagi banyak membeli, lagi banyak duit perlu dibawa.
Paling signifikan duit akan dibelanjakan untuk makan minum, membeli pakaian, hadiah, teksi dan cenderahati.
Cuma sekarang, alhamdulillah kad debit Malaysia pun boleh digunakan untuk bayaran pembelian barang-barang di Arab Saudi. Pastikan kad debit kita dah diaktifkan untuk transaksi debit secara antarabangsa sahaja. Buat online pun boleh. Saya sendiri dah buat untuk kad Maybank saya. Mudah je semasa ada di sana, boleh swipe kad bank untuk pembelian di kedai-kedai.
Wang tunai juga perlu dibawa ke sana. Sangkaan saya, pembelian secara tunai adalah lebih menjimatkan berbanding menggunakan kad debit sebab kadar tukaran wang menggunakan kad debit mungkin lebih tinggi. Wang tunai pula kita dah tukar siap-siap ikut rate yang kita dah tukar semasa di Malaysia.
Berapa banyak duit nak bawa? Bawalah kurang-kurang 1000 riyal seorang untuk berbelanja semasa berada di sana. Kalau tak cukup, boleh guna kad debit. Kalau ada baki, balik Malaysia boleh tukar balik ke dalam bentuk Ringgit Malaysia.
Kalau anda jenis yang perlu makan nasi dan protein (ayam/daging/kambing/ikan) setiap hari, perlu sediakan sekitar 25~35 riyal untuk 1 hidangan makanan. Bolehlah kongsi 2 orang makan suami isteri. Jika anda jenis yang boleh makan simple, cukup sekadar roti mungkin lagi jimat.
Untuk membeli cenderahati, pakaian dan sebagainya semasa berada di sana. Pastikan tidak beli terlebih barang-barangan sebab kalau terlebih KG, kena bayar tambahan kos yang lebih tinggi. Penting untuk sediakan penimbang digital mudah alih semasa berada di sana supaya kita boleh timbang berapa KG barang yang nak dibawa pulang semasa masih berada di hotel. Kalau hotel ada penimbang, boleh juga khidmat hotel untuk menimbang beg.
Bila pergi DIY ni tak sama macam pergi dengan pakej travel agency. Kalau dah terlebih KG, tak boleh nak kongsi dengan sesama jemaah Umrah sebab kita pergi sendiri-sendiri. Travel agency pula boleh kongsi dan puratakan timbangan beg untuk dibawa pulang.
12. Nak Beli Kurma Kat Mana Murah? Pasar Kurma? Tak semestinya!
Pasar Kurma
Biasanya jemaah Umrah akan beli kurma bila buat ziarah luar. Ada tempat yang dipanggil pasar kurma di Madinah, tempat yang biasanya orang akan shopping kurma.
Cuma bagi saya, nak beli kurma di sana adalah agak mahal sebenarnya. 1 KG kurma ajwa pun harganya biasa sekitar SR40 ~ SR60.
Ziarah pasar kurmaMakan bakso SR20 semangkuk di Pasar Kurma
Masa pergi umrah secara DIY tahun lalu, kami menginap di hotel kedua di kawasan al-Masani. Kawasan ini terletak di kawasan belakang dari Masjid Nabawi. Dekat area hotel ODST, Mc Donalds dan Dunkin Donuts tu ada satu terowong bawah tanah yang akan bawa kita seberang jalan untuk pergi ke kawasan al-Masani.
Bila dah turun dari terowong tersebut dan naik semula escalator di seberang, kita akan jumpa dengan beberapa kedai kurma sejurus sahaja kita naik dari escalator tersebut.
Harga kurma di kawasan ini adalah lebih murah. Sekitar 30 Riyal sahaja untuk 1 KG dan kurma Ajwa yang dijual juga gred yang bagus. Bukan kurma lama, kurma kering yang nak rosak. Kualiti setanding macam yang dijual di pasar kurma yang biasa dibawa oleh mutawif
Beli kurma di al-Masani lebih murah berbanding di pasar kurma
Kawasan ini juga biasa orang panggil kawasan orang Pakistan yang terletak di utara Masjid an-Nabawi (berlawanan dengan kiblat). Mungkin sebab ramai orang Pakistan menginap di sana. Dan di sana juga ada banyak kedai-kedai orang India dan Pakistan. Barang-barang yang dijual di sana juga lebih murah berbanding kawasan tumpuan lain.
Pasar karat juga terletak di kawasan al-Masani ini tempat orang ramai boleh membeli barang-barang pada harga yang lebih rendah. Mungkin sebab market di kawasan ini untuk mereka yang datang dari negara-negara berpendapatan lebih rendah. Tambahan pula pasar karat, mereka tak bayar sewa kedai. Maka mungkin itu antara sebab mereka boleh jual murah.
Ada satu lagi kawasan nak beli kurma murah iaitu di kawasan Masjid Bilal ibn Rabah. Ini pula lokasinya terletak di Selatan Masjid Nabawi (ikut arah kiblat). Masa pergi umrah tahun 2018, saya dan orang tua saya sempat pergi membeli kurma di kawasan ini. Cuma berapa kos kurma sekilo di sana, saya tak sempat nak rekod pula. Tapi seingat saya, ia adalah lebih murah berbanding di Pasar Kurma. Kualiti juga lebih baik. Kedai kurma pun ada banyak di kawasan ini.
Kawasan Masjid Bilal ni juga dikenali sebagai kawasan Pakistan sama seperti kawasan di al-Masani tadi.
13. Belanjawan Umrah DIY
Untuk pergi Umrah secara DIY, kita perlu kira kos-kos yang terlibat untuk berada di sana. Saya hanya senaraikan kos-kos utama sahaja:
Passport
Visa (tourist atau visa umrah)
Tiket penerbangan pergi dan pulang
Tiket bas atau tren HHR untuk ke Mekah, Madinah
Hotel Mekah
Hotel Madinah
Simkad dan data
Air zamzam
Teksi
Makan dan minum
Skuter untuk tawaf/sa’ie (jika perlu)
Shopping
Takaful
Ziarah luar
Ziarah Taif, Badar dsb
Selain daripada kos di atas ini, mungkin ada lagi kos-kos kecil lain yang perlu dibayar namun mungkin kurang relevan untuk dikongsikan.
Belanjawan umrah diy untuk 2 orang 13 hari 12 malam
Gambar-Gambar Di Mekah & Madinah
Bersama Abu Muhammad, saudagar buku dan al-Quran untuk tujuan wakaf di MadinahHadiah yang biasa dibeli di Haramain, sejadah yang ada tulis nama khatCuci baju dobi sini sekitar SR15/kg. Sesekali boleh lah basuh di dobi. Masjid an-NabawiHajarul AswadHalaqah Tahfiz al-Quran untuk kanak-kanak di MadinahHalaqah Tahfiz al-Quran untuk kanak-kanak di MadinahHalaqah Tahfiz al-Quran online di MadinahIftar di masjid an-Nabawi. Masa ni saya tak puasa tapi memang disediakan jeIftar di masjid an-Nabawi. Masa ni saya tak puasa tapi memang disediakan jeBerjumpa sahabat saya Dr Muaz di airport Jeddah. Berkawan dah lebih 10 tahun. Sebelum berlepas pulang ke Arab Saudi, beliau hadir dahulu ke majlis walimah perkahwinan saya dan isteri. Ka’bahSi ayah sedang tasmi’ bacaan al-Quran anaknyaMajlis ilmuDalam masjid an-NabawiPemandangan di masjid Nabawi. Kubah hijau. Maqam Rasulullah s.a.w.Dalam masjid an-Nabawi di kawasan wanitaDalam perjalanan nak masuk ke Raudah. Sekarang cara masuk Raudah dah tak macam dulu. Kena guna aplikasi Nusuk. Dulu nak masuk Raudah kena berhimpit-himpit. Sekarang tak lagi.Dah selesai tahallulSolat Jumaat di depan Ka’bahSolat Jumaat di Masjid an-Nabawi. Masuk lambat sikit, ini je tempat yang ada untuk duduk. Selesai TawafTempat ni dikatakan tempat Nabi kita lahir. Tetapi ada teks di belakang tu tulis, tiada sebarang bukti bahawa Nabi dilahirkan di sana.
__
Baik alhamdulillah, sekadar ini sahaja perkongsian saya berkenaan perjalanan Umrah DIY saya pada penghujung 2022.
Pada bulan April 2023 ni, kami baru beli iron seterika baru Philips (Amway) PerfectCare Steam Generator PSG6064 ni.
Kenapa beli iron ni?
Ceritanya, iron lama kami tu dah rosak disebabkan renjatan elektrik. Sebelum ni pun pernah terjatuh sekali. Lepas terjatuh tu, iron tu kerap terkeluar air sendiri menyebabkan pakaian lembab sikit masa iron. Nak guna pun dah tak sebaik dulu.
Iron lama kami pun jenis yang guna jenis steam tersebut juga brand Philips. Beli dulu pun tak murah, rasanya dalam RM400 juga iron tu. Tapi nak buat macam mana sebab iron tu dah rosak, kena lah ganti yang baru.
Sebelum tu lagi saya guna iron kering biasa tu sahaja. Alhamdulillah. Masih elok lagi.
Saya dah cakap siap-siap kat wife, kali ini kita jangan beli balik jenis yang sama. Dah lama juga saya rasa nak gunakan jenis Philips Steam Generator ni.
Pengalaman guna kat rumah parents saya, rumah mertua dan rumah kakak saya alhamdulillah saya memang puas hati seterika guna iron Philips Amway ni. Tapi yang mereka gunakan adalah model sebelum PSG6064 ni iaitu Philips PerfectCare Performer Steam Generator Iron GC8755.
PROSES PEMBELIAN
Nak beli iron Philips Amway PSG6064 ni tak susah, mudah sahaja. Contact sahaja ejen Amway untuk pembelian, semua ejen akan urus.
Hanya berikan nama, nombor telefon dan alamat penghantaran kepada ejen. Kemudian boleh buat pembayaran. Selepas pembayaran, Amway akan poskan iron ini kepada pelanggan.
Nak beli iron ni harganya RM1889 seunit. Tak perlu bayar kos penghantaran. Semua dah termasuk.
Kalau nak bayar secara ansuran pun boleh kalau anda ada kad kredit. Sebab boleh buat monthly payment secara EPP 5 bulan dengan kadar 0% profit rate. So tak rugilah kalau guna EPP pun.
Dalam kes saya, isteri saya sendiri adalah wakil jualan bagi Amway. So semua urus sendiri sahaja.
Set Iron Philips Amway saya sampai dalam tempoh 2 hari sahaja.
FREE GIFT – 1x Philips Ironing Board (Size XXL)
Untuk pembelian set Iron Philips Amway PSG6064 ni, pelanggan akan dapat sekali Philips Ironing Board secara percuma.
Bagi saya, bagus sangat sebab dapat sekali ironing board ni sekali.
1st sebab ia adalah jenama Philips. Maka rekabentuknya sesuai untuk kegunaan iron PSG6064 ni.
Ke-2 sebab permukaan ironing board ni luas saiz XXL. Bagi saya memang best kalau permukaan luas sebab nak iron pakaian jadi sangat mudah, cepat dan jimat masa. Kalau permukaan sempit, proses nak iron pun jadi lama sebab nak kena alihkan pakaian secara kerap.
Ke-3 sebab ironing board ni mahal. Kalau beli kat online pun harga RM189/set. Belum campur postage lagi.
Ke-4 sebab ironing board ni juga agak kukuh, rasa solid, besar dan stabil walaupun tak begitu berat. Kalau letak iron ni pun dia tak goyang. Kena take note ya iron ni kalau dah letak air dalam bekasnya, ia akan jadi berat.
Sarung / cover ironing board ni pun changeable. Anytime rasa nak tukar nanti atau bila dah nipis nanti boleh je beli kat MrDIY ker, Shopee ker.
UNBOXING
So bila unboxing apa jer yang ada?
Set Iron Philips Amway PSG6064
Ironing Tray/Container – ini digunakan untuk proses pembersihan iron
Manual book
Philips Ironing Board size XXL
Basically, pelanggan akan dapat 4 barang di atas ini sahaja. Kalau beli kat Amway ni pelanggan akan dapat jenis plug 3 pin yang biasa sesuai digunakan kat Malaysia.
PENGALAMAN GUNA IRON PHILIPS AMWAY PSG6064
Iron bukanlah benda yang baru sangat. Jenis wap macam ni pun dah bertahun saya gunakan.
Ini review saya lepas dah 1 minggu gunakannya.
Pertama sekali, cara penggunaannya adalah sedikit berbeza dengan jenis lama yang saya gunakan. Yang dulu air perlu isi dekat iron tu terus. Untuk model ni, ada tangki air yang berasingan. So kena isi air kat tangki tu dulu.
Kedua, lepas dah isi air dan dah tekan suis on di plug kena tekan button on pula pada iron ni. So ini bagi aku eloklah sebab ada safety feature. Kalau dah tekan on kat plug pun ia tak terus panas melaikan lepas tekan button on kat iron tu.
Ketiga, kena tunggu 2 minit sebelum iron tu ready untuk beroperasi. 2 minit tu adalah untuk pemanasan iron. So bila kita iron nanti, memang flawless jer.
Ke-4, iron ni tak banyak button function pelik-pelik. Ia ada 2 function asas sahaja iaitu mod booster dan mod calc (untuk pembersihan). Tak pening nak pakai.
Ke-5, masuk proses iron baju pulak. Nak seterika pakaian guna iron ni senang sangat dan flawless. Letak jer pakaian atas ironing board, lepas tu iron macam biasa. Sesekali tekan button wap tu. Memang pakaian yang berkedut tu cepat jer licin. Serius.
Ada beberapa sebab senang nak iron guna iron Philips Amway PSG6064 ni antaranya:
Iron ni cukup panas, tapi tak sampai buat pakaian terbakar. Ni memang gerenti pakaian takan terbakar ya.
Pengeluaran wap on demand, tekan kat penekan tu jer wap akan keluar dan distributed dengan baik sekali. Tak sama dengan jenis biasa-biasa yang mana wap tu sentiasa keluar.
Pressure wap hingga 8 bar lebih kuat berbanding model lama yang hanya 6.5 bar. Memang kadang-kadang rasa terangkat jugak iron tu kalau tekan button wap tu. Huhu.
Ironing board dia besar dan stabil. So memang senang nak iron pakaian bila permukaan dia besar (seperti yang saya kongsikan di atas sebelum ni)
Sebelum (berkedut)Selepas (hilang kedutan)
Ke-6, proses nak iron baju adalah lebih singkat berbanding iron-iron yang pernah saya gunakan sebelum ni. Mana taknya sebab nak iron pun senang dan cepat. Memang tak perlu banyak masa nak setelkan pakaian yang berkedut tu.
Ke-7, iron depan belakang pun licin jugak. Tak perlu nak iron dua-dua side sebab belah belakang pun akan licin sekali. Ini memang best sebab ia memudahkan sangat nak iron pakaian tu. Cuma jujurnya kalau nak lagi kemas, iron jer dua-dua side.
Ke-8, nak seterika baju memang rasa licin ‘silky smooth’ jer. Sorong jer kat pakaian senang jer nak seterika. Iron mahal memang rasa berbeza dan kenalah rasa berbeza dari yang lain.
Ke-9, guna iron ni terasa lebih ringan. Ini saya banding dengan iron saya sebelum ini begitu juga model lama GC8755. Iron lama saya tangki melekat sekali dengan iron. So iron tu memang terasa lebih berat. Begitu juga model lama GC8755 juga berat sikit berbanding yang baru ni.
APA CIRI & KELEBIHAN IRON PHILIPS AMWAY PSG6064?
Okay kat bawah ni saya share sikit apa ciri-ciri dan kelebihan iron Philips Amway terbaru ni: Pelarasan Suhu Yang Bijak (OptimalTEMP Technology)
Dengan teknologi ini, dah tak perlu lagi nak adjust suhu iron. Memang tiada setting suhu pun pada iron ni. Tahap pemanasan tu akan ikut pakaian yang ingin kita iron.
Dijamin TIDAK AKAN TERBAKAR (No Burn Guaranteed). Disebabkan iron ini ‘bijak’ dalam pengawalan suhu dan menentukan pakaian yang ingin digosok, maka ia juga akan bertindak sensitif dalam pengawalan suhu hingga tidak menyebabkan pakaian anda rosak, hangit dan terbakar
Kuasa Pelepasan Wap (PreVelocity Technology)
Wap akan dilepaskan daripada iron ini secara berterusan dan bertenaga bagi menghilangkan kedutan. Tetapi ia tidak sama dengan iron yang biasa kerana pelepasan wap iron ini sangat optimal. Maka anda tak perlu selalu top-up air ke dalam tangki air iron ini.
Wap/stim dilepaskan secara beterusan 130g/minit dan steam boost sehingga 600g/minit
Tekanan yang dapat dihasilkan daripada iron ini adalah sehingga 8 bar. Cukup kuat untuk menghilangkan kedutan pada pakaian dengan cepat. Pengalaman saya sendiri pakai iron ni sampai iron tu sedikit terangkat masa tengah iron. Huhu.
Pembersihan Mudah Untuk Mengekalkan Prestasi (Smart Calc-Clean)
Bila melibatkan air, biasanya alatan begini akan ada potensi untuk tersumbat
Fungsi Smart Calc-Clean ini dapat menyingkirkan kerak yang terhasil pada laluan paip iron ini, begitu juga fungsi pembersihannya dapat melindungi iron tersebut sekaligus mengekalkan prestasinya
Ia bagi memastikan kualiti stim yang lebih baik dan iron anda dapat bertahan lebih lama
Terdapat indikasi berlampu dan bunyi ‘beep’ memberi amaran kepada anda sekiranya pembersihan Smart Calc-Clean perlu dilakukan.
Seterika Dengan Mudah, Licin dan Sempurna (SteamGlide Advanced Soleplate)
Sebuah iron yang bagus dapat memudahkan dan mempercepatkan proses seterika pakaian.
Iron ini dibentuk dengan coating 6 lapisan (patented) dengan lapisan titanium yang advanced untuk pengalaman seterika yang licin dan mudah.
Lapisan iron tersebut juga tahan calar kerana bahan buatannya seperti poin no-2
Tapak yang digunakan adalah jenis stainless steel bagi memastikan iron ini lebih kukuh dan tahan lasak
Rekabentuk Yang Lebih Kompak & Ringan (Compact & Lightweight Design)
Design iron ini adalah lebih kompak, ringan dan minimalis berbanding model sebelumnya.
Ia lebih mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana-mana
Mempunyai tangki 1.8 liter yang boleh ditanggalkan dan dipasang semula. Lebih mudah untuk isian semula air dan menyemak baki air dalam tangki.
Kapasiti 1.8 liter tersebut boleh bertahan sehingga 1.5 jam jika digunakan secara berterusan.
Nota tambahan: Untuk tangki iron ini adalah jauh lebih efektif berbanding iron yang mempunyai tangki built-in. Lebih menjimatkan air dan jimatkan masa. Iron jenis ini jauh lebih mudah digunakan berbanding yang menggunakan tangki built-in pada iron.
Jimat Elektrik & Penggunaan Lebih Selamat (Auto-Off Function)
Wattage maksima bagi iron ini adalah 2400W sahaja dan tidak akan lebih daripada kadar tersebut
Iron ini juga mempunyai fungsi auto-off untuk tujuan keselematan.
Fungsi auto-off ini sangat praktikal dan selamat kerana jika anda TERLUPA untuk matikan iron anda, ia tetap akan dimatikan secara automatik.
Ia dapat menyelamatkan rumah anda daripada risiko kebakaran, kecederaan pada anak-anak (begitu juga dewasa) dan penggunaan tenaga elektrik berlebihan akibat tercuai.
TIPS GUNA IRON PHILIPS AMWAY AGAR TAHAN LEBIH LAMA
Saya ada survey dalam internet berkenaan iron ini, ada juga yang berkongsikan beberapa tips agar iron ini tahan lebih lama. Saya kongsikan beberapa poin di bawah:
Letakkan air (sebaiknya yang bertapis dengan air Cuckoo/Coway/JikSoo dsb) sahaja ke dalam tangki air iron Amway ini
Sebolehnya elakkan air paip digunakan pada tangki air. Sebab air paip ada risiko kotor, kuning dan berkeladak
Elakkan meletakkan bahan lain dalam tangki air seperti pewangi (perfume), pelembut, starch, sabun dan sebagainya bagi mengelakkan tangki air berlumut dan tersumbat
Cuci tangki air setiap 2 minggu (fungsi CALC)
Elak meletakkan iron di tepi tingkap yang terkena cahaya matahari direct agar tangki tidak berwap dan berlumut
Jangan tunggu tangki air kosong untuk diisi semula untuk elak risiko pam rosak
Setelah selesai menggunakan iron, buang air di dalam tangki (tips daripada Philips). Ini bagi mengelakkan kerak dihasilkan begitu juga keladak.
Letak iron di tempat yang selamat, jauh dari kanak-kanak dan risiko terjatuh dan rosak akibat terjatuh.
Tak perlu letak air dalam tangki hingga terlalu penuh
CARA BERSIHKAN IRON PHILIPS AMWAY (CALC CLEAN)
Untuk melakukan proses pembersihan dengan iron Phiips Amway ni mudah sahaja, hanya dengan menggunakan fungsi CALC-Clean.
Sekiranya amaran ‘beep’ untuk pembersihan telah dibunyikan, ia adalah petanda bahawa iron anda perlu dibersihkan dengan fungsi CALC Clean
Langkahnya adalah seperti berikut:
Ambil bekas putih (ia tersedia dalam kotak iron anda)
Letak iron di atas bekas putih tersebut
Tekan butang CALC Clean
Biarkan selama 2 minit sehingga proses pembersihan selesai dilakukan
Apabila pembersihan selesai, ‘beep’ akan dibunyikan
Pastikan anak-anak anda tidak ada berdekatan dengan iron tersebut kerana semasa proses CALC Clean, wap akan dikeluarkan daripada iron tersebut dengan kencang.
Setelah selesai proses CALC Clean, air yang ada di dalam bekas putih tersebut boleh dibuang.
BERBALOI TAK BELI IRON PHILIPS AMWAY PSG6064? SIAPA PATUT PAKAI?
Jika anda tanya kepada saya sama ada pelaburan ini adalah berbaloi atau tidak, jawapan peribadi saya: Sudah pasti ia berbaloi JIKA anda
Perlu seterika pakaian dengan kerap untuk tujuan kerja, pakaian sekolah anak, pergi masjid, pergi berjalan dan sebagainya
Suka pakaian yang nampak cantik, segak dan licin
Inginkan pengalaman seterika baju yang lebih mudah, cepat, licin dan menyeronokkan
Yang sibuk dan ingin jimatkan masa seterika pakaian. Ini sangatlah benar. Masa 30-40 minit yang diperlukan untuk iron biasa, anda hanya perlu masa sekitar 10~15 minit sahaja dengan iron Philips Amway ini
Ingin seterika yang mudah pakai dan tak banyak setting (turun naik suhu dsb)
Yang tak berapa pandai iron pakaian, guna iron ni terus jadi ‘auto pandai’ sebab senang sangat nak guna. Memang pengalaman yang JAUH BERBEZA dengan iron biasa.
Ada bajet mencukupi untuk membeli iron ini
Untuk saya sendiri sebagai seorang lelaki, guna iron berwap ni buat saya rasa lebih rajin iron baju sendiri. Sebab nak iron tu sangat cepat, jimat masa dan mudah. Huhu.
Nak pergi meeting, keluar berjalan, balik kampung, pergi masjid pun rasa lebih segak dan hensem sebab baju licin dah iron. Wife saya pun happy dapat guna iron ni atas sebab yang sama.
GAMBAR BERKAITAN
Ini gambar masa set iron ni baru tiba di rumahGambar kotak dari sudut yang berbezaGambar buku manual iron Philips AmwayGambar buku manual iron Philips AmwayGambar kotak iron dari sudut tepiGambar iron Philips Amway
BAGAIMANA NAK BELI IRON PHILIPS AMWAY PSG6064 NI?
Untuk pembelian, boleh contact sahaja ejen Amway. Kalau anda baca tulisan saya ini, sudilah untuk tempah terus daripada isteri saya yang juga merupakan wakil jualan iron Philips Amway ini.
Harganya hanyalah RM1889.00 sahaja. Boleh juga beli secara ansuran EPP (perlu ada kad kredit).
Saya merupakan seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Juga merupakan pendidik kewangan dan emas, mewakili Public Gold. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.