7 Langkah Mudah & Berkesan Atasi Sikap Suka Bertangguh

Antara sebab ramai yang kecundang dalam dunia belajar, pekerjaan mahupun bisnes kebanyakannya disebabkan pengurusan masa yang tidak bagus.

Seringkali kita bertangguh dengan membuat kerja-kerja kecil dan kurang penting, maka akhirnya kerja utama kita tak siap-siap.

Berdasarkan satu artikel di laman web Forbes, ada 7 strategi untuk kita atasi tabiat suka bertangguh. Antaranya:

1. Ambil sehelai kertas. Tulis matlamat kita, buat senarai kerja yang perlu dilakukan dan pastikan ada deadline – Tanpa letak bila tarikh tamat boleh menyebabkan banyak kerja tertangguh

2. Pecahkan tugas besar kita kepada tugasan-tugasan yang kecil – Tugas besar biasanya akan buat kita rasa teruja hingga rasa malas nak bermula. Bila ia sudah dipecahkan kepada tugasan kecil maka lebih mudah dan cepat untuk kita mula buat kerja.

3. Bayangkan kita sudah berjaya capai hasil yang kita inginkan – Bila kita bayangkan kejayaan di depan mata, emosi kita akan berubah jadi lebih positif, semangat tinggi dan buat kita bertindak dengan lebih proaktif

4. Fikirkan kesan jika kita tidak bertindak – Tulis dan senaraikan apa kesan bila kita lambat, bertangguh atau tak buat apa-apa. Apa kesannya jika kita bertangguh seminggu, sebulan, atau setahun? Pasti sangat merugikan!

5. Dapatkan bantuan daripada tim anda – Bila ada seseorang yang boleh bantu untuk ingatkan kita tugasan kita, untuk push kita, ia akan buat kita rasa ‘terpaksa’, lebih fokus untuk siapkan juga kerja yang patut dilakukan.

6. Reward diri – Raikan setiap kejayaan besar atau kecil, kerana setiap kejayaan yang kita capai adalah istimewa. Kejayaan kecil kita membawa kepada kejayaan yang lebih besar!

7. Sentiasa usaha untuk keluar dari zon selesa. Fokus untuk berikan komitmen untuk capai kejayaan yang diingini dan matlamat yang nak dicapai. Zon selesa akan sentiasa buat kita rasa malas dan bertangguh. Mulakan langkah pertama anda sekarang!

 

Fadhil,

Tak nak bertangguh

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: