Beli Emas Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) Lagi Murah?

Beli Emas Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) Lagi Murah?

Untuk pembelian emas simpanan, antara company yang reliable dan jual emas pada harga murah adalah Maybank.

Maybank ada MIGA-i Maybank Investment Gold Account Islamic yang mana simpanan emas di MIGA-i ini based on physical gold juga.

Sekadar yang saya perasan, harga per gram memang lagi murah dari Public Gold dan lain-lain, mungkin sebab harga jualan adalah spot price (ni saya x ingat baca kat mana).

Harga untuk withdraw keluarkan emas jer yang mahal sikit berbanding pesaing cuma bila calculate balik, ikutkan masih banyak jimat.

Simpan RM10 beli emas pun boleh kat MIGA-i ni.

Saya x pernah beli lagi guna MIGA-i ni. Tapi adalah pembeli lain sebut proses pembelian dan secure pembelian dalam sistem tu cepat. Ini penting sebab ada sebahagian syarikat, proses bayar hingga update gram emas dalam sistem mengambil masa lama.

Ni musim ekonomi tak menentu ni, rasanya ramai akan mula nak menyimpan emas pula kan. Boleh la try riki MIGA-i ni

__

Nak daftar MIGA-i ni, masuk jer Maybank2u.com.my dan login guna web (bukan app). Tekan WEALTH dan apply MIGA-i.

emas gold maybank islamic gold account miga-i emas public gold quantum metal murah
Harga emas di Public Gold dan Quantum Metal ketika screenshot ini diambil adalah sekitar RM280/gram

emas gold maybank islamic gold account miga-i emas public gold quantum metal murah
Kos premium untuk pengeluaran emas fizikal lebih tinggi berbanding jenama Public Gold. Namun jika banding kos keseluruhan, nampaknya emas Maybank lebih murah.

Nak Beli MIGA-i atau Public Gold/Quantum Metal/KAB?

Untuk pembelian emas simpanan, sudah tentu kita perlu kenalpasti beberapa perkara dan kenapa kita pilih syarikat tersebut?

Apa yang menjadi sebab dan keselesaan anda apabila membeli emas?

  • Harga per gram lebih murah?
  • Latar belakang syarikat yang kukuh?
  • Status patuh syariah syarikat tersebut?
  • Tahap kesediaan emas fizikal?
  • Tempoh menunggu emas fizikal cepat/lambat?
  • Sistem pembelian pantas & dipercayai?
  • Kaedah pembelian dan penebusan pantas?
  • Bagaimana anda lihat syarikat itu bagi jangka panjang? (Banyak syarikat emas lingkup!)
  • Permintaan gold bar jenama tersebut?
  • Mesra ar-Rahnu?

Bagi saya, jika nak pilih di MIGA-i adalah atas beberapa sebab seperti di bawah

  • Harga per gram lebih murah
  • Latar belakang syarikat sangat kukuh, Maybank
  • Status patuh syarikat yang dipercayai (Maybank mempunyai tim syariah sendiri)
  • Emas fizikal tersedia, tetapi masih perlu buat appointment untuk ambil emas
  • Sistem pembelian pantas & cepat update dalam Maybank2u (pengalaman pembeli MIGA-i), tak risau kalau dah beli tapi tak update dalam sistem. Masalah ini berlaku pada syarikat lain.
  • Goldbar yang dikeluarkan jenama IGR
  • Jualan semula kepada Maybank adalah mudah
Sumber gambar: https://www.facebook.com/baha.lacky/posts/4892021814170122

Apa pun, untuk simpanan emas ini yang paling penting adalah ada simpanan emas. Pilih yang paling anda yakini dari sudut halal & kemudahan untuk diri anda sendiri.

error: Content is protected !!