Aku Beli Adjustable Dumbbell 40KG Sepasang Ala-Ala Bowflex

Aku Beli Adjustable Dumbbell 40KG Sepasang Ala-Ala Bowflex

Nak fit balik punya pasal. Dalam banyak2 exercise, susah nak letgo main besi. Sebab dulu dah pernah workout dan menjadi dan nampak result. Huhu.

Dulu pernah beli beskal lipat, konon nak buat hobi baru. Tak jadi, jual jugak akhirnya sebab tak minat + malu nak pakai (last year trend foldable bike xcukup strong lagi). Ada satu beskal lipat tu aku beli RM1000, jual balik seken hand RM1600 sebab model tu market price dalam RM2K. Dalam 1 jam lebih jer iklan dah ada orang angkut. So anggap jer lah duit jual beskal tu, aku ganti beli dumbbell ni.

Besi2 yang beli dulu sejak zaman sekolah masa mak ayah pergi Haji lagi tu, aku dah jual kat sahabatku semua sekali. Total dekat 60kg gak rasanya termasuk 2 batang besi dumbbell dan 1 batang besi curl bar. Aku rasa memang murah betul dah jual masa tu xsampai RM200 dapat plates dekat 60kg, batang dumbbell 2pcs, curl bar 1 batang, bench sebuah. Masa tu jual sebab anak2 main besi kat rumah sebab besi2 tu jenis seketul seketul, terpisah-pisah. Bahaya budak buat main. Pastu bila besi terpisah-pisah, memang akan makan banyak space. Wife pulak tak suka tengok besi sepah2 ni. Hoho.

review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Dumbbell ni dulu satu set semua aku jual kata sahabat baikku. Set ni aku beli sikit-sikit sejak zaman sekolah hingga zaman belajar di Kolej Shahputra (sekarang namanya Kolej Universiti Widad) dapat duit MARA tiap bulan buat beli weights. Hoho. Banyak kenangan betul dengan weight plates aku ni.

Dulu jadi kekangan malas workout kat rumah sebab leceh nak tukar2 weights la. Nak kena cabut 4 batang nat dia tu, pastu pasang balik.

Jenis adjustable ni pulak kelebihannya, besi dia dok setempat tu jer. Besi memang tak bersepah la. Dulu.

Nak tukar berat pun senang jer. Letak jer dumbbell tu dekat tempat dia. Pulas2 jer dial dia tu untuk pilih berat, setel. Xyah nak cabut pasang weights baru.

Moga2 kali ni istiqamahlah. Huhu. Badan dah membelon kena lah mula bersenam balik. Aku masih tahu teknik yang betul untuk weight lifting, walaupun dah lupa sikit2. Tapi basic tu insyaAllah masih ada jer.

Angkut adjustable Dumbbell 40kg sepasang = total 80kg dan bench sekali. Total dalam RM1435. Beli kat seller Shopee jer.

  • Dumbbell seketul RM570
  • Bench RM295

Ini link Shopee dia: https://shopee.com.my/40KG-Adjustable-Dumbbell-(READY-STOCK)-i.238576420.8325347196?position=10

Ini link kedai Shopee dia: https://shopee.com.my/tmyfong

Self pickup kat Pandan Indah jer. Jimat RM100 lebih duit postage. Tapi habis jugak savingku. Hoho.

Actually harga pun okay jer la bagi aku sebab market price weight plates pun RM12.20/kg kat Fitness Concept, belum campur batang dumbbell dia lagi. Kalau 80kg, dah dekat RM1K gak belum campur batang dia.

Perlu Ke Beli Sampai 40KG?

Sebenarnya tak perlu pun sampai 40KG especially untuk beginner la yang baru nak belajar main besi. Sebab 40KG ni berat gila tau.

Kalau baru nak start main dumbbell, tak perlu pun beli sampai 40kg sebuah. Beli dalam 20 lebih kg pun dah cukup bagus dah.

Cuma dalam kes aku, aku dah pernah main besi sejak tahun 2008 lagi. Dan alhamdulillah dapatlah juga latihan daripada kawan-kawan yang memang dah terlatih dalam weight lifting sejak kolej lagi. Kawan-kawan di Kolej Shahputra dulu ramai jugak yang belajar dalam bidang Sains Sukan / Sports Sciences. So diorang lah yang banyak mengajar aku teknik-teknik yang betul, disamping aku banyak mengaji kat YouTube la dulu.

Antaranya adalah Hakim Ismail (FB https://www.facebook.com/hakimismaill) (IG https://www.instagram.com/hakimismaill/) dulu aku banyak belajar dari dia. Alhamdulillah.

Masa zaman gila-gila main weight lifting dulu, maksimum dah tu dalam 100 pounds dumbbell aku guna untuk DB Benchpress. Itulah yang buat aku jadikan benchmark dan buat keputusan untuk ambil 40KG terus alang-alang, sebab aku pernah angkat berat macam tu.

Dan 40KG ni pun aku rasa sesuai dah untuk buat DB deadlift, squats, lunges dsb kat rumah jer.

review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Besar gila saiz dumbbell ni. Tengok la gambar ni. Ini yang 40kg sebuah.
review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Ini gambar kotak dia. Dalam
Ini gambar dalam kotak. Dia siap letak polistrin lagi so kalau korang beli pakai postage pun tak perlu nak risau dumbbell korang rosak. Sebab packaging pun mantap gila
review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Letak dalam kereta pun makan ruang jugak
review adjustable dumbbell ala bowflex 40kg beli shopee
Latihan pertama guna adjustable dumbbell. Hoho

Video

Ini video cara nak ejas berat pada adjustable dumbbell ni

Apa pun, done kena marah dengan bini. Haha. Tapi aku berjaya yakinkan dia bahawa dumbbell ni tak bersepah macam yang dulu-dulu, insyaAllah.

Kerjaya Terakhirku. Pentingnya Pengalaman Berkerja Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

Kerjaya Terakhirku. Pentingnya Pengalaman Berkerja Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri

Antara nikmat besar dalam kehidupanku adalah dapat berkerja selama 2 tahun lebih dalam dua buat syarikat kecil sederhana dalam industri event management, yang mana dalam tempoh tersebut terlalu banyak perkara yang saya belajar, bahkan skil, ilmu, cara kerja di tempat kerja tersebut saya masih gunakan hingga ke hari ini.

Sebelum berkecimpung dalam pekerjaan tersebut, sepanjang 4 tahun belajar di UIA pun dah terlibat membantu sebagai volunteer. Pengalaman menjadi volunteer bagi saya membantu saya dalam menjalani kehidupan saya sebagai seorang pekerja. Kerana ada skil dan cara yang telah saya perolehi sejak zaman volunteer dibawa ke alam pekerjaan.

Sepanjang saya berkerja di kedua-dua syarikat event tersebut juga, sambil berkerja saya juga ambil kesempatan menghadiri kelas-kelas dan seminar-seminar yang kami anjurkan. Termasuklah belajar leadership, ilmu saham, database (sales) management, website, graphic design dan banyak lagi. Saya sempat mengikuti kursus Web Dev bersama MaGIC di Cyberjaya semasa masih berkerja. Begitu juga ilmu-ilmu keagamaan juga banyak dipelajari di sana kerana fokus seminar dan kelas yang dianjurkan adalah berkaitan agama.

Sepanjang berkerja juga, saya agak rajin pergi ke kursus-kursus berkaitan bisnes dan skil seperti kelas FB ads, Marketing Mastery, copywriting, web development dan lain-lain untuk improve skil saya dalam bidang jualan (dan pernah terjebak juga dalam kelas Datuk Wira Azizan Osman) . Begitu juga ada hadir kelas saham untuk nak belajar kaedah pelaburan dan trading saham, namun sampai hari ini masih tak dapat jadi investor dan trader saham seperti kawan-kawan saya yang lain. Pada mulanya rasa agak stres dan kecewa jugak, tapi lama kelamaan saya redha sebab yakin mungkin rezeki saya kat tempat lain. Tujuan masuk kelas-kelas ini tak lain tak bukan untuk improve skil supaya dapat tambah pendapatan bulanan.

Hadir Seminar Millionaire Marketing Mastery bersama Datuk Azizan Osman pada 2017

Salah seorang sekerja saya di pejabat dahulu, juga banyak berkongsi ilmu dan pengalamannya dalam bidang grafik design, branding, networking, sales dan saham sangat membuka mata saya terhadap peluang-peluang yang boleh diceburi pada masa akan datang.

Begitu juga senior saya di pejabat juga telah banyak turunkan pengalaman dan ‘blueprint’ beliau terhadap cara untuk mengurus seminar dan kelas. Maka, saya hanya perlu follow sahaja blueprint yang telah diberikan. Mudah kerja.

Majikan-majikan saya dahulu kedua-duanya adalah majikan yang sangat saya hormati. Mereka tegas, berdisiplin dan kritikal dalam pengurusan masa. Saya dapati bagi mereka, tiada compromise dalam pengurusan masa. Masa mereka adalah emas. Masa saya masa tu mungkin hanyalah perak atau gangsa sahaja. Maka kalau saya tak siapkan kerja on time, cuai terhadap tugas sudah pasti akan dipertanggungjawabkan.

Saya belajar dengan majikan-majikan saya bagaimana cara mereka delegasi tugas kepada staf dan bagaimana cara untuk saya terima dan execute tugasan yang diberikan. Saya juga aplikasikan bagaimana caranya untuk saya merekrut, menguruskan volunteer yang akan membantu kami semasa seminar, bagaimana cara menghargai para volunteer dan bagaimana memberi tugasan kepada mereka.

Di sini juga, saya sempat berurusan dengan ramai asatizah dan tokoh-tokoh besar negara termasuklah asatizah MURSHID, Mufti Pulau Pinang SS Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Selangor SS Dato’ Dr Haji Anhar bin Haji Opir, Ketua Hakim Syarie YAA Prof Adjung Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan lain-lain lagi. Pengalaman ini takkan saya lupakan, termasuklah pernah ditegur (rasa macam kena marah 😅) kerana ke-tidak-profesionalan saya ketika itu, tersilap menulis ejaan nama seorang tokoh besar negara oleh tokoh tersebut.

Oleh itu sehingga ke hari ini, sudah 4 tahun lebih saya tinggalkan dunia pekerjaan dan tak sempat nak masuk dunia korporat seperti yang diimpikan. Bahkan saya ceburi bidang yang paling saya TAK NAK masuk sejak saya belajar di peringkat Diploma dulu iaitu saya tak nak masuk bidang sales. Namun, semua ini perancangan dari Allah, Dia-lah yang membuka pintu hati saya untuk terlibat dalam karir ini.

Apa yang saya pelajari, apa sahaja pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan kita adalah pengalaman yang unik dan perlu dihargai. Kerana orang lain tak mungkin mempunyai pengalaman yang sama seperti kita. Ambil dan syukuri segala kebaikan yang ada. Ambil pengajaran daripada pengalaman yang kurang baik agar tidak diulangi lagi kelak.

Walaupun kini berkerjaya dalam bidang jualan langsung, segala skil dan pengalaman yang saya belajar daripada majikan-majikan, senior-senior, asatizah, cikgu-cikgu bisnes sepanjang tempoh 2 tahun lebih itulah yang saya praktikkan sehingga ke hari ini. Kebaikan para majikan saya, kesabaran mereka dan sifat pemaaf mereka dalam menguruskan saya sebagai seorang staf (yang kurang matang) sangatlah saya hargai. Semoga para majikan saya dahulu dimudahkan urusan dan diberkati kehidupan mereka. JazaahumAllahu khairal Jazaa’.

__

Meja kerjaku di ofis dulu
Meja kerja dulu
Gambarku semasa meeting, bersama Dr Zaharuddin Ab Rahman
Gambarku bersama Dr. Zaharuddin Ab Rahman, sedang meeting bersama pihak Mercy Mission
Dr. Zaharuddin Ab Rahman sedang menyampaikan ilmu di seminar
Keadaan di dewan seminar
Keadaan di dewan seminar
Gambarku bersama Prof Madya Dr. Basri Ibrahim
Kursus di pejabat K Fiqh. Pembentangan dibuat oleh Dr. Zaharuddin Ab Rahman merangkap ex boss saya dahulu
Gambarku bersama Aiman Azlan semasa di seminar terakhir bersama K Fiqh, Seminar Fiqh Wanita 2017

Gambar tahun 2017 bersama Aiman Azlan, pengalaman uruskan seminar terakhir sebelum resign.

Apa Saya Baru Tahu Mengenai Al Quran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman?

Apa Saya Baru Tahu Mengenai Al Quran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman?

Sebelum ni baca Tafsir Pimpinan ar-Rahman kat handphone jer, dan terjemahan al-Quran yang biasa.

Harini terdetik nak bukak Tafsir Pimpinan ar-Rahman ni, baru aku tahu rupanya yang ada dalam mobile app dan dalam buku ni tak sama.

Yang dalam mobile app tu hanyalah terjemahan sahaja. Yang dalam buku berbeza sikit sebab ada ditulis muqoddimah kepada surah, dan dijelaskan tafsir ringkas bagi ayat-ayat yang diletakkan nombor rujukan bagi menjelaskan ayat tersebut.

Dalam muqoddimah ada disebut, sengaja dibuat tafsir ini seringkas-ringkasnya yang boleh difahami (oleh orang awam) . So bila baca footnote tafsiran tu memang simple, ringkas dan agak mudah faham. Saya belum jumpa versi Android dan iOS untuk versi terjemahan + Tafsir Pimpinan ar-Rahman ini. Yang ada hanyalah versi terjemahan sahaja.

Tafsir pimpinan ar-Rahman ini ditulis oleh Syeikh Abdullah Basmeih siap dicetak pada tahun 1968, iaitu 53 tahun yang lalu. Sehingga hari ini, inilah terjemahan dalam Bahasa Melayu yang digunakan oleh rakyat Malaysia.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman ni juga telah dibuat dengan teliti, dengan merujuk kitab-kitab tafsir yang muktabar, kitab-kitab hadis nabawi, kamus-kamus Arab, kamus-kamus Melayu. Dan ia tidak ditafsirkan, diterjemah mengikut mana-mana aliran. Diusahakan untuk dijadikan tafsir ini berada dalam aliran pertengahan agar dapat diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Kata-kata aluan Tafsir ni dibuat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1983 (Dr. Mahathir jadi PM pada tahun 1981).

Baca muqoddimah bagi surah-surah yang ada dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman ni pun dah best, dapat lah kita nampak secara umum apa kandungan Surah. Lebih kurang macam Tafsir Al Azhar oleh Prof HAMKA jugak, ada muqoddimah surah sebelum masuk kepada terjemahan dan tafsiran ayat-ayat al-Quran.

Bila nak baca tafsir atau terjemahan al-Quran, kita baca introduction kepada sesuatu surah itu, ia dapat bagi kita satu pengalaman dan kefahaman yang berbeza berbanding kita buka al-Quran dan baca jer terus terjemahan mana-mana ayat yang ingin kita baca. Sebab kita nampak konteks yang baru semasa baca muqoddimah tersebut.

tafsir pimpinan ar-rahman terjemahan al Quran bahasa melayu malaysia
Pengenalan Surah
tafsir pimpinan ar-rahman terjemahan al Quran bahasa melayu malaysia
Ayat al Quran belah kanan, terjemahan di sebelah kiri. Tafsir ayat al Quran di bawah. Tafsir begini TIDAK WUJUD pada terjemahan al Quran Bahasa Malaysia di Mobile App (setakat hari ini 5 September 2021 saya belum jumpa lagi)
tafsir pimpinan ar-rahman terjemahan al Quran bahasa melayu malaysia
Rujukan untuk membuat kitab ini, Tafsir Pimpinan ar Rahman oleh Syeikh Abdullah Basmeih

_

Kat bawah ni saya share sikit kata pengantar yang agak deep buat diri saya apabila membacanya, oleh Ustaz Haji Muhammad Nur bin Haji Ibrahim:

Kemunduran dan kelemahan umat Muslimin pada zaman-zaman belakangan ini ialah rupa akibat kecuaian mereka dalam mengamalkan prinsip-prinsip hidup maju dan mulia yang dianjurkan oleh al-Quran; kecuaian yang disebabkan oleh kelemahan iman mereka terhadap maksud kandungan al-Quran; bahkan umat muslimin pada zaman Zaman ini tidak memberi ketulusan hati dan penghormatan yang semesti dan sepatutnya kepada al-Quran; maka mereka seolah-olah tidak lagi memandang sebagai sebuah perlembagaan hidup yang diturunkan oleh Rabb al-‘Alamin yang wajib diamalkan, malah sebuah kitab yang hanya dibaca dan didendang dengan lagu-lagu yang diada-adakan dan dengan suara yang lemak manis semata-mata untuk segera mendapatkan nama, pangkat dan harta benda dalam alam ini sahaja.

Jika kita ingin – dan sewajibnya ingin – mengembalikan keadaan zaman gemilang kita yang lampau maka perlulah kita kembali kepada al-Quran, kembali memahami, mengaji dan seterusnya mengamalkan isi-isi pengajarannya yang mulia dan tinggi tarafnya; dan jalan yang wajar untuk mempelajari maksud kandungan al-Quran ialah memahami akan makna-makna ayatnya; maka disinilah terletaknya kepentingan adanya terjemahan al- Quran dengan gaya bahasa yang dapat difahami oleh orang ramai kita Islam”

(sanggup salin balik sebab tak jumpa pengantar dia kat Google 😅)

Selama ni pernah tengok Tafsir Pimpinan ar-Rahman ni kat kampung jer masa kecik-kecik, kat rumah atuk saya. Tapi memang tak sentuh pun, tak baca pun. Ruginya tak pernah tahu bahawa tafsir Pimpinan ar Rahman ni pun bagus isinya, versi buku ni.

_

Alhamdulillah dengarnya Datuk Dr. Mohamad Zulkifli al Bakri pun dah usahakan terjemahan al-Quran yang terkini, terjemahan al-Quran al-Bayan semasa beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Agama. Looking forward nak baca isi kandungannya kelak. Semoga Allah berkati usaha beliau.

Ada satu lagi yang terjemahan al-Quran dalam Bahasa Melayu yang diusahakan oleh kerajaan Arab Saudi dibuat dengan kerjasama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Versi keluaran Kerajaan Arab Saudi ni pun limited. Moga-moga satu hari nanti dapatlah saya miliki kedua-dua versi ini.

Dan besar harapan saya agar dua versi terbaru ini dapat dikeluarkan dalam versi android dan iOS agar dapat dapat kita baca terjemahan al-Quran tersebut bila-bila masa dan di mana jua.

Sebagai orang awam biasa yang tiada kemahiran dalam bahasa Arab, usaha-usaha penterjemahan moden ini sangat diperlukan supaya dapatlah kita dapat memahami al-Quran dengan terjemahan dan bahasa yang mudah difahami. Setiap penterjemahan, kadangkala kita akan jumpa sudut pandang, perspektif yang berbeza pada satu ayat yang sama. Semakin manis dan ‘enak’ lah pengalaman membaca tersebut.

_

Satu perkara saya terfikir, sebelum terjemahan oleh Syeikh Abdullah Basmeih pada tahun 1968, umat Islam di Tanah Melayu gunakan terjemahan dan tafsiran mana untuk faham isi kandungan al-Quran? 🤔

Saya Beli OXITECH Pulse Oximeter – Covid19…..

Saya Beli OXITECH Pulse Oximeter – Covid19…..

Assalamu’alaikum wbt semua. Rasa lama dah tak menulis kat blog saya ni. Harini saya nak share sikit pengalaman saya beli OXITECH Pulse Oximeter ni. Bawah saya intro sikit okay!

Kita dah lalui masa lebih dari tempoh 1 tahun bersama pandemic Covid19 sekarang. Manakala kes harian di negara kita sekarang dah mencecah melebihi 20,000 kes sehari. Semua ni buat kita risau. Lagi-lagi dengan varian-varian terbaru Covid19 termasuk varian Delta, Lambda dan sebagainya yang semakin mengganas.

So itulah sebabnya saya decide untuk beli Oximeter ni sebuah. Tapi kenapa? Kat bawah ni saya share sikit sumber dari KKM berkenaan gejala Covid19 dan kaitan Covid19 dengan beli oximeter.

Antara gejala atau tanda Covid19 menurut KKM / Ministry of Health Malaysia termasuklah

  • Demam berpanjangan
  • Kelesuan bertambah teruk
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit dada
  • Bibir atau jari kebiruan
  • Tak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut
  • Batuk, muntah atau cirit-birit yang semakin teruk serta kencing kurang

*Sekiranya anda mempunyai masalah di atas, segera hubungi 999

Menurut KKM juga, terdapat satu fenomena dalam kalangan pesakit Covid19 yang disebut dengan ‘Hyper Hypoxia’.

Happy hypoxia di kalangan pesakit COVID-19 bukan merupakan satu entiti penyakit. Ia adalah keadaan di mana pesakit COVID-19 dalam Kategori 4 (pesakit mengalami pneumonia/radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) tidak menyedari mereka mempunyai kadar oksigen yang rendah dalam badan.

Sumber: https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/happy-hypoxia-di-kalangan-pesakit-covid-19

Dikatakan dalam infografik yang disediakan oleh KKM bahawa biasanya orang yang mengalami oksigen rendah dalam badan akan mengalami simptom SUSAH BERNAFAS.

Tapi BERBEZA dengan pesakit Covid19 yang mengalaminya pada tahap 4 / stage 4 (tahap teruk) perlukan bantuan oksigen, namun mereka hanya mengalami rasa lesu TANPA RASA SUSAH BERNAFAS.

Kenapa Saya Cari Pulse Oximeter?

Sebab apa saya cari benda ni? Tujuannya tak lain tak bukan supaya dalam keadaan kecemasan, saya dapat semak tahap oksigen dalam badan saya, isteri dan anak-anak.

Dengan kadar Covid19 lebih 20,000 sehari, rakyat Malaysia secara umumnya semakin terdedah dengan Covid19. Namun semoga kita semua dijauhkan daripada menghidap Covid19 ini, amiin.

Pulse Oximeter ini apa benda?

Pulse Oximiter ini adalah satu alat untuk semak secara tepat kadar kepekatan oksigen dalam darah dan untuk cek kadar nadi denyutan jantung kita. Secara umumnya, informasi ini dapat membantu untuk kita semak kondisi diri kita semasa sedang bersenam, apa-apa sahaja aktiviti harian atau semasa dalam penerbangan.

Sekarang sebab ‘Happy Hypoxia’ ni pulak, kita kena lebih berhati-hati. Kena cek tahap oksigen dalam darah kita sebab termasuk gejalanya adalah hanya rasa lesu tapi tak rasa sesak nafas. Tengok infografik di bawah.

 

Cara Guna Pulse Oximeter – Dr Sakinah Sulong

Dr. Sakinah Sulong – Faktor Bacaan Tak Tepat & Tip Berkaitan Penggunaan Pulse Oximeter

  1. Saiz – model ini untuk adult. Untuk kanak-kanak kena guna saiz lain
  2. Jari mesti kering
  3. Aliran darah (normal) – Tahap hemoglobin rendah boleh bagi effect pada bacaan
  4. Bila ambil tekanan darah belah kiri, pastikan cek SpO2 di tangan kanan
  5. Pastikan pesakit / orang yang sedang ambil ujian SpO2 ini tidak bergerak. Banyak pergerakan akan ganggu bacaan
  6. Seelok-eloknya disukat (device ini diletakkan) pada paras dada
  7. Bacaan oksigen bawah 95%, sila dapatkan bantuan daripada doktor

 

Kenapa OXITECH Pulse Oximeter?

Jawapan senang saya terima daripada review-review orang di internet, satu jer. Sebab yang ni trusted dan lebih accurate. Huhu.

Ada sebahagian jenis yang murah-murah ada dijual di pasaran, walaupun harganya murah tapi dikatakan kiraannya tak accurate. Bahkan bila letak pensel pada Oximeter tu pun, Oximeter tu boleh detect ada denyutan nadi 😂

Itu sebabnya saya terpaksa berhati-hati untuk beli Oximeter ni dan saya tengok review dulu orang-orang yang dah beli. Benchmark yang biasa saya dapat adalah, beli yang harga sekitar RM100 dan ke atas.

Saya beli Oxitech Pulse Oximeter ni di Shopee jer pada harga RM110. Cuma dah habis stok lak harini. Korang try la klik lagi link ni kot-kot masih ada stok lagi –> https://shopee.com.my/Oxitech-Oximeter-Fingertip-Pulse-Oximeter-SPO2-monitor-MDA-Approved-1-Year-Warranty-Blood-Oxygen-Monitor-Oxymeter-i.243491182.8468585719

Oxitech Pulse Oximeter Features:

1) Can measure SpO2 and (Pulse Rate/Heart Rate) accurately
2) SpO2 and (Pulse Rate/Heart Rate) display, bar graph display
3) Battery voltage low indication
4) Shut off automatically when no signal

Kat bawah ni saya share la sikit gambar Oxitech Pulse Oximeter yang baru sampai ni ya. Hehe

Kena letak jari kat sini, bagi kena lampu infrared merah ni

Kiraan oksigen dalam yang nombor 98 tu atau disebut SpO2, BPM / PR tu pulak kiraan nadi kita. PI tu maksudnya Perfusion Index.

Dalam infografik kat atas ada sebut, SpO2 tu kena 95% dan ke atas. Kalau bawah 95% dah kena hati-hati. Apa-apa pun, rujuklah pada yang pakar.

Ni dalam kotak. Siap dapat bateri, manual dan tali gantung.

Saya dah try dekat pensel macam yang disebut oleh Netizen, memang tak jadi. Hehe. Buat kat jari jer menjadi. So alhamdulillah, so far rasa okay dengan pembelian ni.

InsyaAllah jumpa dalam next post guys!

error: Content is protected !!