22 Nasihat Persediaan Ramadhan – Dr. Ibrahim Nuhu

22 NASIHAT PERSEDIAAN RAMADHAN – DR. IBRAHIM NUHU
 
1. Jika kita ingin maqam yang tinggi di sisi Allah, kita perlu berkerja keras
 
2. Keberkatan bulan Ramadhan ini: buat sedikit, Allah beri banyak. Maka Ramadhan adalah peluang untuk kita gandakan amalan.
 
3. Syaitan dan Jin yang jahat dibelenggu pada bulan Ramadhan
 
4. Banyakkan perbuatan baik dan kurangkan perbuatan buruk
 
إذا كان أول ليلة من شهر رمضان صفدة الشياطين و مردة الجن، وغلقت أبواب النار فلم يفتح منها باب، وفتحت أبواب الجنة فلم يغلق منها باب، وينادي مناد: يا باغي الخير أقبل، يا باغي الشر أقصر، والله عتقاء من النار وذلك كل ليلة
 
“Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikat para setan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu -pintu neraka, tidak ada satu pintupun yang dibuka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintupun yang tertutup, berseru seorang penyeru: Wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah, wahai orang yang ingin kejelekan kurangilah. Dan bagi Allah membebaskan sejumlah orang dari neraka. Hal itu terjadi pada setiap malam.” (HR. Tirmidzi)
 
5. Kerugian besar bagi orang yang masuk bulan Ramadhan namun dosanya tidak diampunkan
 
أرغم الله أنف عبد أو بَعُدَ دخل رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين
 
“Malaikat Jibril berkata kepadaku: Semoga Allah mencelakakan seorang hamba atau menjauhkannya, (yaitu) orang yang mendapatkan bulan Ramadan, tetapi dirinya tidak mendapatkan ampunan. Maka aku pun berkata: “Amin.” (HR. Ibnu Khuzaimah, 1888. Lafaz hadits berasal darinya, dan Tirmizi, no. 3545, Ahmad, 7444, Ibnu Majah, 908. Sila lihat Sahih Al-Jami, 3510)
 
6. Setiap malam bulan Ramadhan adalah rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka.
 
7. Ini adalah bulan yang sepatutnya kita KURANG TIDUR (dan perbanyakkan amalan).
 
8. Nikmat orang berpuasa adalah ketika berbuka puasa.
 
9. Nikmat orang berpuasa adalah ketika berjumpa dengan Tuhannya.
 
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
 
Bagi orang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan; Gembira ketika berbuka dan gembira dengan puasanya ketika bertemu dengan Tuhannya.” (HR. Bukhari, no. 1771)
 
Pertemuan yang terbaik bagi seorang Hamba adalah ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Apabila kita bertemu dengan Allah dan kita rasa gembira dengan ibadah puasa yang telah kita lakukan.
 
10. Puasa Ibadah yang tiada tandingannya
 
عليك بالصَّومِ فإنَّه لا مثلَ له
 
“…hendaknya engkau berpuasa kerana puasa itu ibadah yang tidak ada tandingannya…” (HR. An Nasa-i no. 2220. Disahihkan Al-Albani dalam Sahih An-Nasa-i)
 
11. Jangan makan terlalu banyak
 
Antara perkara yang dapat merosakkan puasa kita adalah makan yang berlebihan. Lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa, makan sedikit dahulu kerana perut kita belum bersedia untuk terima makanan yang berat.
 
Sahur juga dalam kuantiti yang sederhana, apa gunanya berpuasa jika perut kita dalam keadaan kenyang sepanjang hari.
 
12. Jaga percakapan. Jangan sebut apa-apa perkataan yang tidak mendekatkan kita dengan Allah.
 
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ وَالْجَهْلَ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
 
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan zur (perkataan dusta), mengamalkannya, atau tindakan bodoh, maka Allah tidak berhajat atas usahanya dalam menahan rasa lapar dan dahaga (berpuasa)” (HR. Bukhari no.1903).
 
13. Jaga pandangan daripada perkara yang diharamkan
 
14. Banyakkan membaca al-Quran
 
Bulan puasa adalah bulan diturunkan al-Quran. Dan bulan puasa jugalah Rasulullah mempelajari al-Quran bersama malaikat Jibril dan ini nyata bermaksud pentingnya perbanyakkan baca al-Quran pada bulan Ramadhan.
 
Sebolehnya, khatamkan al-Quran sekurang-kurangnya 3 kali dalam bulan Ramadhan.
 
15. Kurangkan bersosial
 
Tinggalkan perbualan dan perbincangan yang tidak perlu atau tidak penting. Kalau perlu tinggalkan group WhatsApp dsb, maka tinggalkan sementara waktu. Sambung semula selepas Ramadhan.
 
16. Jangan tinggalkan solat wajib di Masjid setiap masa.
 
17. Jangan tinggalkan solat malam (tarawih) di Masjid setiap malam.
 
Solatlah bersama imam jika kita tahu kita sendiri susah nak solat tarawih bersendirian di rumah.
 
Solat malam adalah antara solat yang sangat berharga buat seorang mukmin.
 
شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ
 
Kemuliaan seorang mukmin terletak pada solatnya pada waktu malam (tahajjud). (Al-Hâkim rahimahullah meriwayatkannya dalam Mustadrak, no. 7921)
 
18. Perbanyakkan bersedekah – Allah akan mengembangkannya untuk kita
 
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 
مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ وَلاَ يَقْبَلُ اللهُ إِلاَّ الطَّيِّبَ فَإِنَّ اللهَ يَقْبَلُهَا بِيَمِيْنِهِ ثُمَّ يُرَبِّيْهَا لِصَاحِبِهِ كَمَا يُرَبِّيْ أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ، حَتَّى تَكُوْنَ مِثْلَ الْجَبَلِ.
 
“Barangsiapa yang bersedekah dengan sesuatu yang senilai dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, sedangkan Allah tidaklah menerima kecuali yang thayyib (yang baik), maka Allah akan menerima sedekahnya dengan tangan kanan-Nya kemudian mengembangkannya untuk pemiliknya seperti seorang di antara kalian membesarkan kuda kecilnya hingga sedekah tersebut menjadi besar seperti gunung.” (HR. Bukhari, no. 1410 dan Muslim, no. 1014)
 
19. Iktikaf di Masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan
 
Elakkan dari banyak lepak dengan kawan semasa iktikaf. Buku-buku Islamik juga tak perlu dibaca pada waktu ini. Sibukkan 10 hari terakhir Ramadhan ini untuk kita bersama Allah.
 
Iktikaf adalah waktu untuk kita
a. Membaca al-Quran
b. Solat
c. Zikir
d. Doa
e. Tidur
 
20. Kejar Lailatul Qadr
 
Usahakan pada setiap hari pada 10 hari terakhir Ramadhan untuk gandakan amalan. Tak perlu mencari-cari tanda lailatul Qadr kerana jika kita jumpa sekalipun, kebanyakan tanda lailatul Qadr kelihatan selepas malam itu ia berlalu.
 
21. Beribadah seolah-olah ini Ramadhan terakhir untuk kita
 
Apa yang buat kita fikir kita akan jumpa Ramadhan lagi tahun depan? Betapa ramai orang yang sempat jumpa Ramadhan tahun lepas dan tak sempat jumpa lagi tahun ini?
 
22. “Do not miss it. Make the best of it!”
 
http://www.fadhilk.com/19-nasihat-persediaan-ramadhan-dr-ibrahim-nuhu/

 

Oleh: Wan Ahmad Fadhil

15 Mei 2018 Saya kongsikan 19 nasihat sempena menyambut Ramadhan yang telah dikongsikan oleh Dr. Ibrahim Nuhu pada kuliah baru ini. Semoga para pembaca beroleh manfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
Scroll to Top
%d bloggers like this: