Select Page

Saya Fadhil, sekarang berkerja sebagai seorang pengurus operasi di sebuah syarikat pengurusan event di Kuala Lumpur. Merupakan seorang graduan ijazah sarjana muda daripada UIA dalam bidang Pentadbiran Perniagaan minor Pengurusan Sistem Informasi. Mula perniagaan dropship sejak 2014. Berpengalaman menjual produk pada harga RM10 hingga RM8000 secara online. Sangat suka membaca dan belajar ilmu-ilmu bisnes. Percaya semua idea adalah tidak berguna tanpa tindakan.

Dalam ilmu perniagaan, saya cenderung kepada topik berikut:

  1. Pemasaran
  2. Strategi perniagaan
  3. Affiliate
  4. Dropship
  5. Self improvement
  6. Copywriting
  7. Psikologi jualan

Tujuan utama blog ini dibuat adalah untuk saya simpan semua nota apa yang saya dah belajar daripada kelas-kelas bisnes yang saya sudah hadir dan buku-buku yang saya sudah baca ke dalam blog ini supaya boleh refer semula dan anda boleh baca.

Bersama CEO Al Ikhsan Sports, Tuan Haji Ali bin Hassan. Al Ikhsan Sports merupakan sebuah syarikat sukan antara yang termaju di Malaysia.

Bersama Tuan Aqif Azizan, sifu hebat dalam copywriting. Saya banyak belajar daripada beliau. Banyak syarikat2 besar yang consult beliau untuk buat ayat2 iklan termasuk Maxis. Selain itu, beliau juga buat sales market luar negara.

Bersama tokoh usahawan muda berjaya, Tuan Abdul Basit. Kepakaran beliau adalah dalam ilmu pengurusan syarikat. Memang power!

Bersama Tuan Hasbul ‘Aqill dari Majalah Niaga, program MBK (Marketing Bisnes Kecil, Ogos 2016)

Hadir ke program Millionaire Marketing Mastery selama 3 hari pada 31 Mac – 2 April 2017 yang dianjurkan oleh Richworks. Belajar bersama mentor marketing Azizan Osman.

error: Content is protected !!