Select Page

Sapu! Sapu! Mop! Mop! (Khas untuk korang yang alergik habuk – Ini review semata-mata)

Umpama “bibik” yang ada 24 jam di rumah korang, tapi yang ini lebih kecil dan korang hanya perlu bayar sekali sahaja.

Seperti yang aku janjikan semalam. Harini aku share video unboxing DEEBOT OZMO SLIM11.

Aku share apa yang ada dalam kotak ni, dan bagaimana benda ni berfungsi?

Ini adalah Robotic Vacuum yang makin banyak digunakan oleh muda mudi zaman sekarang.

Benda ni seolah-olah satu robot yang akan merayap di atas lantai, karpet dan segala celah-celah yang ada dalam rumah korang untuk kutip habuk dan kotoran yang ada di atas lantai.

Selain itu, benda ni juga dapat tolong mop sekali lantai rumah korang.

Sooo…. Tak payahlah nak sapu dan mop lantai hari-hari. Haha. Licin berkilat jer lantai rumah korang nanti.

DAN! Tak perlu lagi korang tertonggek-tonggek nak sapu dan mop bawah katil, bawah sofa rumah korang. Letak jer Deebot ini dalam bilik dan tutup pintu. Biar dia selesaikan kerja korang.

Dan sebenarnya boleh tahan juga habuk yang boleh dikutip oleh Deebot Ozmi Slim 11 ni tau. Sebab habuk-habuk halus yang ada atas lantai semua dia sapu dan vacum. 

Kalau kita pasang mop, dia akan berfungsi juga bersihkan lantai guna mop yang disediakan dalam kotak ni. Memudahkan sangat.

Habuk yang dikutip dalam 2-3 hari sahaja. Banyak kan?

Pada aku, benda ni memang sangat memudahkan dan meringankan beban. Seronok jer kalau jalan pun tak ada rasa habuk-habuk melekat atas kaki walaupun tak sapu lantai. Serius lah.

Dan di samping itu, Deebot Ozmo Slim 11 ni juga disediakan dengan remote control jika anda nak kawal gunakan remote control yang disediakan.

Ia juga lengkap dengan aplikasi telefon bimbit (mobile app) Android yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store. 

Untuk golongan suami, ini hadiah yang bagus untuk korang beli untuk isteri-isteri korang tau. Kalau golongan isteri nak beli sendiri pun lagi bagus. Hihi.

Selamat menonton!

__

Tahniah isteriku Nurul ‘Izzah Zaidi sebab beli guna duit sendiri. Hihi :p

Klik sini untuk lihat produk ini di Lazada. 

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: