Select Page
Telefon Hilang! Bagaimana Google Selamatkan Saya?
Minggu lepas telefon baru saya hilang. 
 
Salah saya sebab saya tercicir dekat kedai makan. 1 minit je saya tinggalkan, terus lesap. Bila balik rumah cuba nak call semula dah tak dapat.
 
Sah-sah kemungkinan budak-budak muda yang lepak di kedai makan tu ‘ter-ambil’ kemudian terus off handphone saya tu.
 
Padahal handphone tu baru je beli bulan Febuari yang lepas. Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun. Terpaksalah saya beli handphone baru.
 
Sayangnya banyak gambar-gambar saya ada dalam handphone tu. Kenangan saya pergi Haji tahun lepas pun semua ada dalam phone saya. Nombor telefon pun sama banyak ada dalam tu. Paling sedih sebab nombor telefon customer saya banyak dalam phone tu.
 
Tapi alhamdulillah, kebanyakan gambar dan contacts saya dalam phone tu masih lagi selamat sampai sekarang.
 
Macam mana saya boleh selamatkan semua data saya daripada handphone lama saya?
Telefon Hilang

Search di Google: Find Your Phone

1. Gambar – Google Photos

 Jeng jeng jeng. Saya gunakan Google Photos sahaja.
 
Bukak je Google Photos di telefon bimbit kita kemudian sync dan upload semua gambar-gambar kita dalam Google Photos. Begitu sahaja.
 
Jangan risau, orang lain tak akan dapat tengok gambar-gambar peribadi kita sebab ia disimpan dalam simpanan khas untuk kita sahaja.
 
Klik je sini untuk tengok caranya: https://www.youtube.com/watch?v=QjzttXdWRbU

Tapi kalau boleh, bila nak upload tu pergilah ke tempat yang ada UniFi untuk upload tu. Kalau tak nanti habis pulak data kita.
 
Dulu saya ingat kita hanya boleh save contacts je dalam Google. Rupanya gambar pun boleh. Kita boleh save tanpa had (tapi jangan pilih original size masa upload tu).
 
Bila kita buat macam ni nanti phone kita pun akan jadi lebih ringan sebab dah tak perlu save semua gambar dan video dalam handphone kita. Semua dah di-upload ke dalam Google. Senang kan?

2. Save Contact – Google

telefon hilang

Zaman teknologi sekarang ni, semua benda kita boleh save di Google tau. Termasuklah contacts kita.

Kalau kita guna smartphone, sah-sah Google akan terus save nombor telefon kita dalam emel.

Maka jangan risau kalau telefon kita hilang atau rosak, tak perlu kita nak susah payah copy paste contact-contact lama kita.

Sync je guna emel kita, siap semua dah ada balik dalam telefon bimbit kita.

Semudah itu sahaja.

Ingat! Jika kita tak pernah save nombor telefon kita dalam emel, anda wajib buat bermula hari ini.

 

3. WhatsApp Messages – Back Up

Telefon Hilang

WhatsApp ni kebiasaannya akan auto back up segala mak nenek data dalam WhatsApp kita ke dalam Google Drive kita. Dan kebiasaannya ia hanya akan back up bila ada Wi Fi sahaja.

So, jangan risau bila telefon kita hilang atau rosak. Apa yang anda perlu buat hanyalah masukkan simkad, install WhatsApp kemudian sync balik data-data lama yang ada dalam Google Drive.

Pastikan anda gunakan nombor telefon yang sama dan emel yang sama dengan handphone yang anda guna sebelum ini. Kalau anda beli nombor telefon baru atau guna emel lain, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada mesej-mesej lama dalam WhatsApp.

Sebaiknya pergi tempat yang ada Wi Fi untuk download balik semua data lama kita.

Jadikan aktiviti back up ini satu rutin. Kalau rumah kita tak ada Wi Fi, bila kita di ofis cuba back up data kita sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sayanglah kalau data kita hilang semuanya. Lebih-lebih lagi jika kita adalah seorang peniaga, maka banyak nombor telefon pelanggan dan prospek kita akan hilang begitu sahaja. Bahkan ia bermaksud peluang anda untuk dapatkan hasil jualan ribuan ribu ringgit itu melayang begitu sahaja.

Jangan ambil ringan back up data WhatsApp tau!

 

4. Di Mana Telefon Saya Sekarang?

Telefon Hilang

Masa telefon bimbit saya hilang, saya baru tahu rupanya ada fungsi Google yang mana ia boleh buat 2 perkara ini:

  1. Cari telefon kita yang hilang
  2. Delete segala data yang ada dalam telefon bimbit kita (poin seterusnya)

Kalau telefon kita hilang atas kecuaian kita. Mungkin hilang dalam rumah sahaja, gunakan sahaja fungsi Google Find Your Phone ini.

Fungsi ini dapat bantu anda cari semula telefon bimbit anda dengan 3 cara.

  1. Bunyi – Mengeluarkan bunyi pada telefon bimbit anda. Kalau telefon tu hilang dalam rumah sahaja, tunggu telefon kita berbunyi. Sama konsep kita cuba call balik telefon kita bila tak jumpa.
  2. GPS – Fungsi kedua yang pada saya agak bergaya jugak adalah kita boleh cari phone kita yang hilang guna GPS. Google akan tunjukkan di mana lokasi terakhir telefon bimbit anda berada. Namun, kalau telefon tersebut tak disambungkan pada internet maka lokasi terakhir berhenti di sana sahaja.
  3. Mesej – Barangkali ada orang baik yang terjumpa telefon bimbit anda. Sebenarnya kita boleh tinggalkan mesej pada telefon tersebut. Bila orang yang terjumpa telefon itu buka skrin sahaja, mesej anda akan terkeluar. Boleh je letak nombor telefon lain untuk dihubungi.

 

5. Bagaimana Nak Delete Data Di Telefon Lama?

Telefon Hilang

Perkara paling menakutkan bila telefon kita hilang sebab dicuri adalah bila data-data dalam telefon tersebut disalahgunakan, apabila mesej-mesej penting kita disalahgunakan dan gambar-gambar peribadi kita digunakan untuk tujuan yang salah.

Maka, Google mampu menyelamatkan telefon bimbit anda dengan menghapuskan segala data yang terdapat pada telefon tersebut.

Hanya dengan satu klik sahaja, anda boleh ‘erase’, buang semua data dalam telefon tersebut. Jika telefon tersebut masih ada talian internet, maka segala data akan dihapuskan bagi menjaga keselamatan dan privasi anda.

Sama seperti poin sebelum ini, anda hanya perlu masuk link ini sahaja untuk melakukan proses tersebut Google Find Your Phone.

 

6. Nombor Telefon Lama?

Bila telefon bimbit kita hilang, hubungi syarikat telco sim kad lama kita. Tak perlu pun kita beli sim kad dan nombor telefon baru. Nombor telefon lama kita masih boleh digunakan.

Contoh seperti saya menggunakan perkhidmatan UMobile. Semasa telefon saya hilang baru ni, apa yang saya buat adalah saya terus contact UMobile untuk maklumkan yang telefon saya dah hilang.

Bila UMobile tahu yang telefon kita hilang, mereka potong terus line telefon bimbit kita. Kiranya kalau ada orang yang ambil telefon tu dah tak boleh nak salah gunakan telefon bimbit kita.

Kemudian saya tanya operator UMobile, di mana saya boleh dapatkan simkad gantian untuk nombor telefon lama saya?

Katanya: “Di KL, ada beberapa tempat yang encik boleh pergi. Antaranya di One Utama, ….”

Maka keesokan harinya, saya terus pergi ke One Utama untuk beli simkad baru bagi menggantikan simkad lama saya yang sudah hilang.

Jangan risau, kebanyakan syarikat telco ni buka sampai malam ikut waktu berkerja di mall. Maka, lepas waktu berkerja pun kita masih boleh ke sana untuk ambil simkad.

Kredit gambar ke: www.androidpolice.com

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: