Dulu dapat hadiah 1 dinar RM700. Tahun 2020 harga naik RM1200!

Dulu dapat hadiah 1 dinar RM700. Tahun 2020 harga naik RM1200!

Teringat 2 tahun lepas kami dapat 1 dinar pertama daripada leader kami di CUCKOO (2018)

Masa tu saya pun tak kenal sangat dengan ‘game’ emas ni. Tak terfikir langsung nak simpan emas sebab rasa macam tak untung jer nak beli emas…

priority dealer emas dinar public gold

Tapi lepas 2 tahun cek balik harga emas 1 dinar ni dah naik sampai RM1164/dinar (harga terkini). Dan pernah naik hingga RM1200++/dinar!

2 tahun lepas harganya hanya sekitar RM700 sahaja sekeping. Nilainya dah naik dalam RM400 lebih untuk tempoh 2 tahun ni (tak nafikan harga emas pernah stagnant, pernah naik dan turun).

Sekarang alhamdulillah saya sendiri pun dah mula menabung sebahagian simpanan dalam bentuk emas, bukan semua.

Simpan dalam bentuk emas ni bagusnya kita akan kurang ‘nafsu’ nak banyak berbelanja beli benda lain. Bahkan nafsu untuk membeli tu pun dapat dilepaskan dengan membeli ‘logam berharga’ ni.

Saya buat sharing ni kalau orang daftar pun bukan banyak sangat komisyen saya dapat. Tapi saya seronok bila kawan-kawan dan family yang daftar dapat mula menyimpan.

Gitulah. Kalau berminat nak tau pasal emas, cara menyimpan emas boleh lah PM saya okay! wa.me/60139916967

__

PS: Saya dealer di Public Gold. Kalau kita taknak pegang emas banyak-banyak, boleh jer simpan emas yang kita nak beli dengan Public Gold tu kat sana. Nanti kita akan ada akaun emas yang mana akan ditulis jumlah emas fizikal yang kita ada. Selagi tak bawak keluar, selagi tu emas tu selamat kat sana. Anytime nak bawak keluar, set appointment jer dengan Public Gold. Urusan jualbeli emas di Public Gold ni ada pengesahan patuh syariah dari Amanie Advisors.

Harga sekarang tengah drop RM274/g. Masih lagi rendah berbanding sebelum ni sekitar RM280/g

_

Minat nak menyimpan emas di Public Gold? Whatsapp Fadhil okay 😉👇

💰 wa.me/60139916967

Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.

#KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL

Apa Fungsi Emas Kepada Manusia? 14 Manfaat Simpan Emas

Apa Fungsi Emas Kepada Manusia? 14 Manfaat Simpan Emas

PELBAGAI FUNGSI EMAS KEPADA MANUSIA.

Emas mempunyai banyak fungsi.

Fungsi-fungsi ini bergantung kepada apa niat kita membeli emas dan apa matlamat akhir yang ingin kita capai.

Jika kita melihat emas daripada fungsi yang pelbagai ini, maka kita akan menjadi pembeli emas yang tenang. Kita tahu apa yang kita perlu lakukan apabila harga naik, stabil atau turun.

 

1. EMAS SEBAGAI SIMPANAN.

Emas adalah simpanan dan tabungan yang baik dari sudut ketahanannya.

Jika menyimpan dalam bentuk wang, kemungkinan besar untuk simpanan itu bocor adalah sangat tinggi. Antara cara ia bocor adalah melalui nilainya yang semakin merudum, naluri kita untuk berbelanja dan kemungkinan besar dipinjam saudara dan kenalan.

Jadi, menyimpan dalam bentuk emas boleh mengelakkan simpanan kita dari bocor.

 

2. EMAS SEBAGAI ASET.

Emas adalah aset yang paling mudah dibeli, dijaga dan dicairkan. Ia boleh dibeli sedikit demi sedikit, boleh dijual mahupun digadai.

Ke mana saja kita pergi, hatta ke seluruh dunia sekalipun, ia boleh dibawa bersama kita dengan senang sekali.

 

3. EMAS SEBAGAI HARTA.

Emas memang sebahagian daripada harta yang boleh meningkat nilainya walaupun dengan gram yang sama.

Bila harga emas meningkat, nilai kekayaan kita akan meningkat. Bila harga emas turun, kita boleh menambah harta kita dengan harga yang lebih murah.

Teknik pemurataan kos juga boleh diaplikasikan dan hasilnya, kita dapat menurunkan kos pembelian yang lebih tinggi sebelum itu.

 

4. EMAS SEBAGAI INSURAN

Emas adalah senjata di kala kesusahan. Sebab itu ia boleh menjadi apa saja bentuk insuran di waktu kecemasan yang tidak diduga.

Sebagai contoh ia boleh menjadi biaya pendidikan anak-anak, alat untuk membina rumah secara tunai dan sebagainya.

Dalam waktu negara ditimpa bencana alam, duit sudah tidak bernilai, terutamanya apabila kita terpaksa membeli sesuatu dari negara jiran.

Maka, emaslah yang boleh menjadi duit dan mengganti fungsi duit kerana ia adalah wang sebenar seluruh dunia.

 

5. EMAS SEBAGAI PELABURAN

Emas boleh jadi alat pelaburan yang sangat-sangat-sangat baik.

Sejarah membuktikan dari tahun 2000 sehingga ke tahun 2020, harga emas mengalami kenaikan lebih 400% dan ia adalah kenaikan yang berulang-ulang. Para pelabur sukakan situasi begini.

Harga segram emas pada tahun 2000 adalah sekitar RM40 saja. Tapi harga pada hari ini ialah RM272 segram.

Manakala harga paling tinggi pernah dicatat pada tahun ini ialah RM304 segram.

 

6. EMAS SEBAGAI PENGIKAT NILAI

Di waktu kejatuhan nilai RM berbanding USD, emas boleh dijadikan mekanisma pengikat nilai (hedging mechanism).

Sebelum nilai turun dengan lebih teruk, ikat nilai itu dalam bentuk berat dengan menukar wang menjadi emas. Jadi gram emas kita akan kekal.

 

7. EMAS SEBAGAI RESERVE PERBENDAHARAAN NEGARA

Cuba tengok majoriti bank pusat seluruh dunia, mereka menyimpan emas sebagai reserve.

Semakin banyak nilai emas yang mereka simpan, semakin selamat dan stabil ekonomi negara tersebut.

Ini kerana, duit kertas boleh dicetak. Tetapi emas tetap duit sebenar.

Bila berlaku krisis ekonomi, emas tersebut akan dicairkan untuk menyelamatkan negara tersebut.

 

8. EMAS SEBAGAI PENGEKAL KUASA BELI

Kuasa beli emas sangat besar.

Wang yang sama tidak mampu membeli barang yang sama pada waktu yang berlainan. Tetapi gram emas yang sama, boleh membeli barang yang sama, bahkan lebih lagi pada waktu yang berlainan.

Tak percaya? Cuba buat kira-kira sedikit dengan menggunakan apa saja barang atau makanan. Nanti anda akan tahu kebenarannya.

Saya selalu bagi contoh sebuah Myvi pada tahun 2004 dengan tahun 2020. Nanti saya cerita lebih lanjut.

 

9. EMAS UNTUK KAHWIN PERCUMA

Siapa yang ada anak perempuan atau wanita-wanita yang ingin kahwin percuma, manfaatkan simpanan emas minimum 50 gram.

InsyaAllah anda boleh kahwin percuma.

Ahaaa.. yang ni saya akan ceritakan dalam posting berasingan.

 

10. EMAS SEBAGAI PENGUBAH TABIAT BURUK

Ramai orang gagal dan sentiasa tidak mampu untuk mengasingkan sebahagian duit pendapatan sebagai simpanan. Mesti tidak cukup.

Apa kata ubah tabiat menyimpan itu kepada membeli emas, walaupun hanya dengan #1gram1bulan.

Ramai orang tanpa sedar, mula mengumpul sedikit demi sedikit. Lalu tabiat menyimpan mula menggantikan tabiat boros.

 

11. EMAS SEBAGAI MODAL PUSINGAN

Bagi peniaga, emas boleh dipajak untuk mendapat modal untuk aktiviti perniagaan.

Dengan tunai yang dipinjam bercagarkan emas dan upah simpan yang rendah, ia masih boleh menjana pendapatan dan keuntungan perniagaan yang besar.

Dengan syarat, wang untung diguna terlebih dahulu untuk menebus gadaian. Untung bersih pula sebahagiannya ditukar menjadi emas.

Hasilnya, emas sedia ada tidak hilang, emas baru bertambah dan duit juga sentiasa ada untuk kelangsungan perniagaan.

 

12. EMAS SEBAGAI ALAT PERNIAGAAN

Siapa yang ada menyimpan emas, boleh juga berniaga emas. Tidak kiralah emas kita itu sedikit atau banyak bilangannya.

Ini boleh menjana pendapatan yang sangat lumayan jika diberi fokus dan perhatian.

 

13. EMAS SEBAGAI SUMBER ZAKAT

Orang yang mengumpul dan menyimpan diam emas lebih 85 gram dalam masa setahun, diwajibkan membayar zakat emas sebanyak 2.5%.

Hebat bukan? Orang yang mengeluarkan zakat adalah mukmin yang berjaya dunia dan akhirat kata Al-Quran, Surah Al-Mukminun. Keberkatan hidup dan harta akan melimpah ruah, asbab zakat.

 

14. EMAS SUMBER PELBAGAI KEBAIKAN.

Bila emas bertambah, harta akan bertambah. Maka lebih banyak pintu kebaikan boleh diterokai.

Selain zakat, sedekah juga boleh dilipatkaligandakan. Pelbagai jariah juga boleh diterokai dengan lebih aktif.

Bagus tak?

Memang bagus. Jadi mulalah menyimpan emas sekarang!

#KAB

_

Minat nak menyimpan emas di Public Gold? Whatsapp Fadhil okay 😉👇

💰 wa.me/60139916967

Wan Ahmad Fadhil,
PG00224909,
Public Gold Priority Dealer.

#KempenHajiUsiaMuda #PublicGold #PublicGoldDealer #PublicGoldSelagor #PublicGoldKL