Pergi Haji Usia Muda. Bolehkah? Mulakan Simpan Duit Untuk Pergi Haji

Pergi Haji Usia Muda. Bolehkah? Mulakan Simpan Duit Untuk Pergi Haji

Masa tu simpanan saya ada sekitar RM15,000.
 
Tahun 2017.
 
Duit yang saya simpan hasil kerja dan bisnes part-time yang saya buat.
 
Dengan simpanan itu, masa tu saya terfikir 1 je.
 
Iaitu impian saya untuk pergi Haji sebelum 30 tahun.
 
Ya Tuan-Tuan.
 
Pergi Haji sebelum 30 tahun. Pergi Haji pada usia muda bukanlah sesuatu untuk dibanggakan.
 
Namun perlu selalu diingat bahawa Haji adalah sebahagian dari rukun Islam (bagi yang mampu).
 
Sebenarnya saya dah lama rasa rindu nak ke Tanah Haram walaupun belum pernah ke sana.
 
Tahun itu, saya terfikir nak gunakan duit itu untuk 3 benda. Sama ada:
 
1. Pergi Umrah – kawan-kawan saya ada buat servis umrah. At least, lepas rasa rindu ke sana
2. Beli rumah – kumpul duit sikit lagi dah boleh bayar deposit beli rumah murah
3. Pergi Haji – walaupun ini belum confirm lagi. Awal tahun 2017 tu saya try hantar surat rayuan Haji.
Pilihan 1 dan pilihan 2 saya tak pilih.
 
Nak beli rumah, rasa macam berat sikit masa tu.
 
Walaupun rasa hampir-hampir dah nak gi Umrah.
 
Tapi fikir balik.
 
Daripada spend RM6000 gi umrah, baik kumpul sikit lagi cukup RM10,000 dah boleh gi Haji.
 
Itu lojik saya la. Tak setuju tak apa.
 
So duit tu memang saya tak buat apa-apa.
 
Hari raya 2017 saya beraya di Brunei. (kampung mak kat sana)
 
Balik dari Brunei, mak cakap
 
“Ada surat tawaran Haji ni Dil. Kena confirmkan dalam masa 2 hari lagi”
 
Masa ni sangat banyak drama berlaku. Sebab terpaksa tinggalkan anak kecil 2 orang di Malaysia.
 
Seorang 9 bulan. Seorang lagi baru 2 tahun.
 
Sebab saya nak bawa isteri saya Nurul ‘Izzah Zaidi gi Haji sekali.
 
Cerita Haji saya boleh baca sini ➡️ http://www.fadhilk.com/pengalaman-haji-muda-part-1/
 
Nak dijadikan cerita, alhamdulillah dengan izin Allah saya gi Haji tahun tersebut.
 
Cuma nak share di sini.
 
Nak pergi Haji ni bukanlah untuk orang kaya. Bukan juga untuk orang tua.
 
Pergi Haji juga bukan untuk orang baik, soleh dan alim.
 
Pergi Haji ni untuk orang Islam.
 
Ya. Sebab ia termasuk rukun Islam yang ke 5 kita.
 
Saya seru sahabat-sahabat yang membaca status ini.
 
Mulakanlah menabung untuk pergi Haji dari sekarang, pasang niat sungguh-sungguh untuk pergi Haji selagi masih bernyawa.
 
Simpanlah RM50 sebulan, RM100 sebulan atau lebih lagi. Ikut kemampuan.
 
Nenek saudara saya yang sudah cukup tua, simpan duit Haji bertahun-tahun hanya dengan jual aiskrim Malaysia harga RM0.10 sebatang.
 
Kita yang masih muda pasti boleh lebih lagi.
 
Bagi kita yang dah ada duit, simpanan dalam akaun yang cukup.
 
Especially yang terlibat dalam sales (jual penapis air, insurans dsb) yang ada kebebasan masa.
 
Pergilah.
 
Tinggalkan sebentar dunia bisnes sebab anda pun ada income secara pasif masuk setiap bulan.
 
Plan untuk pergi Haji dalam masa terdekat. Tahun ini, tahun depan atau seterusnya.
 
Plan agar masa pergi itu kita dalam keadaan cukup bersedia untuk tinggalkan keluarga.
 
Percayalah, Allah akan ganti semula perbelanjaan kita.
 
Allah akan jaga keluarga kita di Malaysia.
 
Allah akan jaga perniagaan yang kita tinggalkan.
 
Pergilah agar kita tidak dipersoalkan oleh Allah akan harta kita yang kita kumpul, tapi tak digunakan untuk tunaikan kewajiban Haji kita.
 
Mari sama-sama kita mulakan menyimpan duit. Buat bisnes atau kerja part-time untuk kumpul duit kalau nak pergi lebih segera.
 
Banyakkan berdoa. Especially pada masa mustajab.
 
Semoga Allah mudahkan urusan kita semua untuk jadi seorang Muslim yang taat kepada perintahNya.
 
Wan Ahmad Fadhil,
Rindu Haramain.
 
___
 
Siapa add saya jadi friend, boleh add saya Wan Ahmad Fadhil atau follow FB saya. Terima kasih!
Checklist Senarai Barang Bawa Pergi Haji & Umrah 2023

Checklist Senarai Barang Bawa Pergi Haji & Umrah 2023

Apa Senarai Checklist Barang Yang Perlu Dibawa Untuk Haji & Umrah?

Kalau kita teliti dalam Google dan pelbagai blog, sangat banyak barang yang dicadangkan untuk dibawa ke Tanah Haram. Namun, saya sendiri ada cadangan tersendiri apa barang yang boleh dibawa untuk pergi Haji & Umrah.

Antaranya:

Lelaki

  • T-Shirt – 3 atau 4 helai
  • Baju dalam – 2 atau 3 helai
  • Kain Ihram – 2 set (umrah 1 set)
  • Towel Kecil – 2
  • Kopiah
  • Tower Besar – 1 (saya guna brand Decalthon, cepat kering)
  • Jubah – 1 (Di Mekah dan Madinah boleh beli lagi)
  • Seluar – 2
  • Seluar Dalam – 5 atau 6
  • Kain Pelikat – 2 atau 3 helai
  • Hangar – 5 ke 10 batang (boleh juga beli di sana)
  • Sabun mandi
  • Berus & Ubat Gigi – 1 set (Haji 2 set)
  • Pencuci Muka & Toileteries – Secukupnya
  • Pisau Cukur – Beberapa batang
  • Extension Cable – 1
  • Universal Plug – 1
  • Charger Telefon – 1
  • Power Bank – 1
  • Selipar – 1
  • Beg Ikea – 1 (mudah nak angkat baju cucian)
  • Gunting Kecil – 1
  • Cable Tie – Sedikit
  • Uncang Kasut – 1
  • Mesin Rambut – 1 (kalau nak shave sendiri)
  • Stokin – 1
  • Yoga Mat – 1 (Tak wajib beli. Kami guna di Arafah, Muzdalifah dan Mina Boleh beli di Decalthon yang ringan. Guna semasa Haji untuk duduk lebih selesa)
  • Tali Pinggang Ihram – 1 (saya tak pakai)
  • Sleeping Bag – (Tak wajib beli. Selesa untuk tidur di hotel dan di Arafah, Muzdalifah & Mina)
  • Ubat-Ubatan
  • Minyak Angin Cap Kapak – 1
  • Minyak Urut – 1
  • Ketip Kuku – 1
  • Sejadah Kecil – 1
  • Pen Marker – 1
  • Botol Air – 1
  • Spray Wudhu – 1
  • Buku Nota & Pen – 1
  • Buku Doa – 1
  • Al-Quran – 1
  • Nescafe – 1 Pek (ikut keperluan)
  • Senarai Doa (Tulis sebelum berangkat ke Mekah)
  • Buku Panduan Haji – 1
  • Makanan Tambahan – Terserah ikut keperluan (Seperti Sambal kering, serunding, sos cili dan sebagainya)
  • Penimbang berat (portable)
  • Wang tunai Saudi Riyal (SR)
  • Kad bank (Malaysia) – Boleh withdraw duit dan bayar guna kad bank Malaysia
  • Portable rice cooker (jika nak masak sendiri)
  • Portable water heater (untuk buat air panas, kopi, mi segera dsb)
  • Sweater/Jaket (untuk musim sejuk)
  • Tiket penerbangan
  • Tiket keretapi/bas (untuk yang pergi DIY)
  • Salinan visa
  • Salinan booking hotel (untuk yang pergi DIY)
  • Passport
  • Tali nylon – untuk jemur pakaian
  • Simkad Umrah – Boleh beli di Malaysia, CELCOM ada buat simkad Umrah. Atau beli di Arab Saudi sahaja (Mobily, Zain dsb)

*Saya bawa sambal kering untuk hilangkan muak makanan di sana masa musim Haji.

Wanita

Hampir sama seperti di atas. Tambahan seperti berikut:

  • Telekung – 2 set
  • Tudung – 3 Pasang
  • Anak Tudung – 4 helai
  • Losyen dan Rawatan Kulit – Secukupnya
  • Baju Dalam Wanita – 6 helai
  • Jubah – 3 helai
  • Abaya – 3 helai
  • Kain Dalam – 4 helai
  • Stokin – 5 pasang
  • Lampin Wanita – Secukupnya
  • Sarung Tangan – 3 helai
    Kain Batik – 2 helai
  • Bag Pack – Saiz sederhana (Jangan bawa yang besar, tak boleh bawa masuk masjid)
  • Pam Susu – 1 (untuk ibu yang menyusukan anak)
  • Plastik Milk Storage – Secukupnya untuk, haji 45 hari atau umrah sekitar 10 hari (untuk ibu yang menyusukan anak)
  • Ice Pack – 1 atau 2 (untuk ibu yang menyusukan anak)

Jumlah Wang Perlu Dibawa Ke Tanah Suci.

Umrah

Bawa wang ikut keperluan. Sekitar SR1000 juga memadai untuk makan dan membeli belah. Jika ada kemampuan untuk bawa lebih, digalakkan bawa lebih.

Haji

Untuk jemaah Haji Muassasah Tabung Haji, anda tak perlu bawa terlalu banyak wang ke Mekah & Madinah. Sekitar SR2000 hingga SR3000 mencukupi. Kalau boleh bawa lebih juga tiada masalah.

Namun, sebaiknya simpan duit anda dalam akaun Tabung Haji yang selebihnya jika perlu untuk dibelanjakan di Tanah Suci.

Ini kerana di Mekah dan Madinah, terdapat pusat-pusat Maktab yang mana kita boleh keluarkan duit kita dari akaun Tabung Haji di sana.

Buku Tabung Haji tak diperlukan untuk keluarkan duit. Hanya gunakan tag nama yang diberikan oleh pihak Tabung Haji sahaja untuk keluarkan wang di pusat Maktab Tabung Haji di sana. Mudah sahaja.

Download Checklist Barang Haji & Umrah Di Bawah (Updated!)

[contact-form-7 id=”625″ title=”Checklist Senarai Barang Bawa Pergi Haji & Umrah 2019″]