Select Page

Bila kita makan di rumah sendiri, restoran, kenduri atau majlis usaha makan sampai habis.

Sikap selalu makan tak habis ini adalah tabiat yang perlu kita jauhi sebab sudah tentu ia adalah satu bentuk pembaziran yang nyata.

Kalau kita pergi ke kenduri yang mana makanan dihidang secara buffet, ambillah sekadar yang boleh kita habiskan.

Jangan ambil lebih dari yang sepatutnya kalau kita tahu kita tak habis makan.

Tak kisah makanan itu adalah percuma atau kita beli. Ambil dah habiskan apa yang ada di pinggan. Tambah jika mahu. Tapi jangan hingga membazir.

Pembuangan sisa makanan domestik negara kita mencecah 16,650 tan setiap hari menurut Felo Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Renung semula di kala kita ‘buang’ makanan yang tak habis, di luar sana ramai yang masih perlukan secebis roti atau sesuap nasi. Tapi tak mampu.

Nabi kita pernah sebut, antara nikmat paling besar yang dinikmati oleh manusia adalah makanan yang mencukupi. Maka janganlah seolah-olah ‘buang’ nikmat makanan yang dikurniakan kepada kita.

Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda

مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِي سِرْبِهِ، مُعَافًى فِي جَسَدِهِ، عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ، فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا

“Barangsiapa yang rasa keamanan atas keluarganya, sehat badannya, ada sesuatu yang dimakan pada harinya maka seolah-olah dunia menjadi miliknya.” (HR. At Tirmidzi no. 2346)

Usaha didiklah diri, pasangan, anak-anak dan keluarga sikap untuk makan hingga habis dan tidak membazir makanan.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: