Select Page

Hujung tahun adalah antara waktu paling ‘sakit’ sebab banyak perbelanjaan.

Waktu ni banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan antaranya:

1. Daftar sekolah anak
2. Beli uniform dan kelengkapan sekolah
3. Bawa keluarga bercuti & balik kampung – Ini waktu terbaik
4. Beli barang keperluan – ambil peluang harga murah
5. Setelkan bayaran takaful dan kad medikal
6. Selesaikan bayaran zakat
7. Sagu hati kepada ibubapa
8. Dan lain-lain lagi

Perbelanjaan antara yang terbesar sudah pasti untuk uruskan persekolahan anak.

Ia bermula ratusan dan boleh mencecah ribuan ringgit untuk seorang anak, ikut atas kemampuan parents.

Kalau ada 2 orang, 3 orang, 4 orang anak yang nak sekolah maka perbelanjaan pasti akan meningkat berkali-kali berganda.

Kalau kos yuran hantar anak preschool RM1000 seorang, maka kalau hantar 2 orang kena belanja RM2000 hujung tahun. Itu pun kalau di Lembah Klang ni rata-rata yuran daftar seorang anak sekitar RM1500 seorang. Belum masuk kos-kos lain.

Bahkan angka perbelanjaan hujung tahun boleh meningkat atas sebab-sebab selain di atas. (Macam aku, nak tanggung kelahiran anak di hospital swasta, aqiqah dsb).

Banyak mana pun gaji seseorang, biasanya hujung tahun sudah pasti kewangan akan terkesan.

Sebagai anak muda, sewajarnya untuk kita bersedia dan urus perbelanjaan yang ada sejak awal atau pertengahan tahun lagi bagi mengelakkan masalah kewangan, tak cukup duit bila dah sampai hujung tahun. #WanAhmadFadhil

Dan sekiranya kita ‘terlambat’ menabung, maka usahakanlah untuk cari peluang-peluang untuk jana pendapatan tambahan agar perbelanjaan itu dapat ditanggung.

Tahun depan kena usaha siapkan kewangan dari awal.

Zaman sekarang terlalu banyak peluang bisnes tanpa modal yang ada, termasuklah dropship, jadi ejen produk dan sebagainya. Dalam kesempitan, maka elakkan bisnes yang perlu keluar modal ribuan ringgit.

Carilah peluang bisnes part time yang mudah dan murah (atau free) untuk bermula, namun dapat berikan pulangan yang lebih besar berbanding yang lain agar dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Prinsip aku mudah jer. Usahakan agar kita sentiasa utamakan keperluan sebelum kehendak.

Nak belanja banyak ke sikit untuk diri sendiri, isteri, anak-anak dsb belanjalah. Nak hantar anak sekolah mana sekalipun, nak pergi bercuti hotel mahal sekalipun pergilah, nak shopping barang mahal mana sekalipun. Terserah.

Belanja ikut kemampuan. Jangan beli/bayar sesuatu yang kita tak mampu. Pada masa sama, jangan kedekut sangat dan JANGAN boros sangat.

Cuma jangan sampai keputusan kita dalam perbelanjaan itu akhirnya menyusahkan sendiri dan orang lain. (Na’uzubillah min zaalik)

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: