Select Page
Sumpah! Tak pernah aku rasa jadi bangga dan bergaya berkerjaya sebagai usahawan jalanan melainkan selepas dimentor oleh Tuan Aaron Naeem.
 
Hari ini kami turun di lapangan. Berjumpa seorang demi seorang, face to face untuk ‘menjual diri’ meyakinkan prospek untuk membeli daripada kita.
 
Dulu masa berniaga pasar tani dan pasar malam, biasanya aku duduk booth je. Kalau orang datang maka ada lah sales. Kali ni, tugas kami adalah pergi menyerang prospek pula. Bukan duduk diam.
 
Rezeki hari ini juga dapat berjumpa dan mendapat nasihat daripada orang lama dalam bidang ini, iaitu Tuan Ade Azhar dan Tuan Wandy. Fuhh memang berasap betul dan makin bersemangat. Memang nampak jelas perjalanan sebagai usahawan jalanan ni bukanlah bisnes cap ayam.
 
Walaupun aku ada degree, jadi Sales Manager di Cuckoo, namun hari ini aku pilih untuk sanggup diajar oleh (salah seorang team) usahawan jalanan yang jauh lebih muda daripada aku berumur 21 tahun.
 
Semasa sesi ini, umur, pengalaman dan pangkat semua aku letak tepi. Aku datang kosong, semata-mata untuk improve diri aku dan pergi ke level yang berbeza.
 
Aku ditunjuk bagaimana caranya nak approach orang yang aku tak pernah kenal menggunakan 23 sistem yang proven success untuk mencapai jualan Face to Face.
 
Dan aku nampak betapa benarnya sistem ini dapat menghasilkan lebih ramai usahawan jalanan yang cukup handal, sebab terbukti produk dapat terjual dengan mudah dan bersistem.
 
Bahkan sistem ini juga dapat di-copy paste kepada usahawan-usahawan lain, janji ada usaha dan komitmen berterusan.
 
“Kau dah pandai bisnes online. Kenapa tak fokus situ je?”
 
Jawabnya. Aku rasa aku masih muda lagi. Huhu. Dan aku rasa banyak lagi perkara dalam hidup ni aku kena belajar, ambil manfaat dan pengalaman. Dan sebagai Sales Manager (NM) Cuckoo, kami diwajibkan untuk ada kiosk kami sendiri untuk jual secara offline.
 
Letih nak sambung menulis, dah mengantuk. Huhu. Nanti sambung lagi.
 
Fadhil,
Suka Bisnes
 
—-
 
Program ni bukan jual Cuckoo

Saya merupakan seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.

error: Content is protected !!