Select Page

Kebelakangan ini ramai yang bertanya kepada saya sama ada jika jadi ejen Cuckoo, perlukan beli 2 produk Cuckoo atau tidak?

Ini telah menjadi satu persoalan kerana sebahagian ejen yang merekrut ejen baru menjadi ejen Cuckoo mewajibkan sesiapa yang mendaftar untuk menempah 2 unit produk Cuckoo. Dan kebiasaannya adalah penapis air dan penapis udara Cuckoo.

Persoalannya, adakah ia wajib?

Baik, sebelum itu saya kongsikan beberapa senarai soalan yang kebiasaanya ditanya kepada saya berkenaan dengan isu ini.

 

1. Adakah Ejen Baru Wajib Beli Produk Cuckoo?

modal jadi ejen Cuckoo

Tidak wajib. Kerana syarikat Cuckoo tidak mensyaratkan ejen Cuckoo untuk membeli sebarang produk Cuckoo. Syarat begini kebiasaannya dibuat oleh sebahagian ejen untuk dapatkan jualan secara networking.

Bagaimana ia berlaku?

Ejen yang ingin menjadi ejen baru diwajibkan membeli 2 produk Cuckoo.

Setelah daftar dan pasang 2 unit produk tersebut, ejen tersebut perlu mencari 5 orang lagi untuk berdaftar di bawahnya untuk daftar 2 unit produk Cuckoo setiap seorang.

Dan hasilnya, dalam bulan tersebut ejen baru akan dapat 10 unit produk Cuckoo yang ‘terjual’ dengan cara networking.

Hasil 10 unit tersebut, ejen tersebut akan dapat komisyen sekitar RM754.70 + RM3000 sebagai Personal Sales Incentive (PSI)

Dan bulan seterusnya, ejen-ejen yang tempah dan berdaftar dibawahnya pula perlu mencari 5 orang prospek ejen baru setiap seorang.

Proses ini akan sentiasa berulang-ulang. Dan ini adalah strategi yang dinyatakan menjual secara networking.

Namun, hakikatnya ejen baru tersebut tidak wajib untuk tempah produk Cuckoo.

 

2. Kalau Saya Tak Bayar, Adakah Saya Akan Kena Blacklist?

Baik, jika anda sudah ‘termasuk’ ke dalam skim ini bermakna anda telah bersetuju untuk menjadi ejen Cuckoo DAN anda juga bersetuju untuk menempah 2 unit produk Cuckoo (sebagai pelanggan) melalui ejen/leader tersebut.

Anda mempunyai kontrak sewa bersama Cuckoo. Dan sebagai pelanggan, anda mempunyai kewajiban untuk membayar produk yang telah dipasang di rumah anda.

Walaupun anda tidak guna, atau anda baru guna sekejap sahaja namun anda tetap wajib untuk bayar ikut kontrak yang telah diberikan.

Sekiranya anda tidak membayar selama 6 bulan berturut-turut, produk yang dipasang tersebut berhak berhak untuk diambil semula oleh pihak Cuckoo. Dan anda juga berhak untuk disenarai hitam (blacklist) oleh pihak Cuckoo dan CCRIS.

 

3. Penapis Air & Udara Free? Program Infaq Cuckoo?

cuckoo scammer

Ada yang tanya, Cuckoo ada buat program Infaq ke? Boleh guna penapis air dan udara Cuckoo dengan percuma dan tak perlu bayar pun.

Katanya ada jutawan yang budiman nak infaq untuk pasang penapis air dan udara Cuckoo kepada individu yang berdaftar.

Namun penerima infaq diwajibkan untuk sediakan IC dan kad debit depan dan belakang.

Ada juga yang tanya saya, “Ini scam ker? Sebab Cuckoo sendiri yang pasang di rumah pelanggan tau. Bukannya orang lain. Memang yang datang pasang di rumah tu adalah staf Cuckoo.”

Jawapannya. Cuckoo tidak melaksanakan sebarang program infaq penapis air besar-besaran begini kepada pelanggan.

Bahkan, jika penapis air tersebut dipasang di rumah anda pasti ada orang lain yang membayarnya. Dan sekiranya benar produk Cuckoo tersebut ditaja oleh jutawan tersebut, mengapa mereka minta gambar kad debit depan belakang anda?

Tepuk dada, tanya hati.

 

4. Jadi Ejen Cuckoo, Tak Perlu Buat Sales?

Ini juga antara soalan yang berlegar-legar. Adakah jadi ejen Cuckoo anda tidak perlu buat sales?

Jawapannya: Tidak. Jadi ejen Cuckoo anda perlu buat jualan untuk dapatkan pendapatan.

Bahkan, anda boleh rujuk diagram di bawah ini untuk lihat bagaimana cara kiraan komisyen Cuckoo.

Jika anda tidak wajib buat jualan, kebiasaannya aktiviti yang anda perlu buat akan kembali kepada poin no 1 yang saya kongsikan di atas. Iaitu anda perlu cari orang untuk ikut skim seperti di atas.

Anda perlu cari 5 atau 10 orang untuk daftar jadi ejen Cuckoo dan pasang 10 unit Cuckoo dalam bulan tersebut. Dan orang yang anda rekrut itu juga perlu buat perkara yang sama.

 

5. Salahkah Jika Ejen Wajibkan Ejen Baru Beli Produk Cuckoo?

Pada saya, sekarang terlalu banyak rintihan yang saya dan sahabat-sahabat saya di Cuckoo dengar daripada individu yang mengikuti skim ini.

Walaupun ramai yang berkemampuan, namun di sana juga ada sebahagian yang mengikuti program ini bukanlah dari kalangan mereka yang berkemampuan yang mana termasuk mereka yang berpendapatan rendah, pelajar universiti, pelajar lepasan sekolah dan sebagainya.

Sedih bila ada sebahagian yang mengadu adiknya atau anaknya perlu bayar komitmen beberapa tahun dengan Cuckoo sedangkan dia masih belum mampu.

Namun apa yang menyebabkan mereka terjebak adalah disebabkan kesusahan mereka, atau keinginan untuk buat duit yang cepat dalam masa yang pendek. Kerana iklan dan pujuk rayu oleh ejen tersebut sangat memikat dan meyakinkan.

Saya percaya bukan semua orang mampu untuk memasang di rumah sendiri. Walaupun saya sendiri lebih suka jika ejen-ejen yang guna produk Cuckoo akan lebih mudah menjual berbanding mereka yang tidak menggunakan produk Cuckoo di rumah.

Namun itu bukanlah alasan untuk kita wajibkan mereka jadi pembeli. Biarlah mereka membeli dengan rela hati dan redha atas keputusan sendiri, bukan beli sebab itulah syaratnya untuk jadi ejen. Kerana hakikatnya ia tidak wajib pun.

 

6. Saya Dah Tak Nak Jadi Ejen, Jadi Saya Boleh Pulangkan Produk Cuckoo Yang Saya Dah Pasang?

Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, akad anda dengan Cuckoo adalah sebagai pelanggan. Anda sewa produk Cuckoo dan mempunyai kontrak sewa produk Cuckoo.

Sekiranya anda sudah tidak mahu meneruskan jadi ejen, anda masih mempunyai kontrak sewa produk dengan syarikat.

Namun saya nasihatkan anda untuk teruskan jadi ejen Cuckoo dan jual produk Cuckoo secara asli. Bukan dengan teknik di atas.

Kerana saya yakin jualan yang sebenar adalah lebih baik dan lebih berkat berbanding cara lain. Kerana apabila anda jual dengan jualan sebenar, insyaAllah anda tidak akan buat individu lain rasa tertindas kerana terpaksa memasang produk Cuckoo di rumah.

Bahkan, untuk tempoh jangka panjang ia jauh lebih menguntungkan.

Kerana di Cuckoo, anda boleh bina kerjaya yang lebih menguntungkan. Dan anda juga berpotensi untuk meningkatkan tahap kerjaya anda di Cuckoo dengan cepat, jangka panjang dan menguntungkan.

 

7. Jadi Bagitahu Saya, Sebenarnya Apa Kerja Sebenar Ejen Cuckoo Kena Buat?

Baik, untuk jadi ejen produk elektronik Cuckoo hanyalah mempromosi dan menjual produk Cuckoo.

Contoh cara kiraan komisyen Cuckoo adalah seperti di bawah:

Baca cara kiraan komisyen Cuckoo di sini http://www.cuckoonano.com/komisyen-ejen-cuckoo/

Namun jika anda ingin berjaya, anda perlu ikut pelan kerjaya di Cuckoo iaitu seperti di bawah:

a. Jual sekurang-kurangnya 5 unit setiap bulan
b. Rekrut 10 – 50 ejen baru setiap bulan
c. Latih ejen baru anda untuk buat perkara sama

Ini kerana dengan menjadi ejen Cuckoo yang berjaya anda bukan sekadar perlu menjual, bahkan anda perlu membina empayar anda supaya anda boleh maksimakan pendapatan anda dengan lebih menguntungkan.

komisyen gsi cuckoo

Di sana anda berpeluang untuk membina pendapatan dengan GSI iaitu Group Sales Incentive seperti di atas.

Sekiranya anda ingin pergi dengan lebih jauh lagi dalam kerjaya Cuckoo, anda boleh pilih untuk naik ke pangkat lebih tinggi iaitu Cuckoo Natural Manager (NM), Cuckoo Natural Chief Manager (NCM) dan Cuckoo Natural Chief Officer (NCO) yang mana menjanjikan pendapatan yang lebih besar, stabil dan kerjaya yang lebih memuaskan!

____

Berminat nak sertai pasukan jualan Cuckoo? Klik sini www.cuckoonano.com/kerjaya-cuckoo/

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: