Select Page

“Bestnya kalau kerja dari rumah…”

Alhamdulillah, kerja dari rumah memang satu nikmat yang perlu disyukuri. Sekarang dah hampir 2 tahun setengah kerja sendiri dari rumah.

Namun di sana juga terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, lebih-lebih buat golongan ibubapa muda ๐Ÿ˜ Saya share dengan korang kat bawah.

1. Kerja ikut masa sendiri? Bagus ke?

Betul sangat, kita boleh kerja ikut masa sendiri bila self-employed. Tapi tanpa pengurusan masa dan tiada disiplin yang betul, hasilnya semua ‘ke laut’. Apa yang nak dicapai tak tercapai. Bahkan kita akan suffer lebih banyak jika tidak dilakukan dengan bersungguh. Time-management kena jaga betul-betul.

2. “Ayah! Abang nak….”

Bila kau kerja kat rumah, kau kena expect yang anak kau akan sentiasa nak perhatian kau. Bila kau nak fokus buat kerja, masa tu lah dia minta makan, main, atau cuci berak ๐Ÿคช So, biasanya orang kerja dari rumah ni perlu plan masa betul-betul. Masa anak-anak tidurlah waktu paling produktif. Tapi masa tu lah juga kita akan rasa mengantuk ๐Ÿ˜‚ Kau kena expect kerja rumah sebahagiannya pun kau kena buat, sebab kau ada kat rumah.

3. Mood swing

Kau buat kerja bila kau ada mood. Kau tinggalkan kerja, atau buat sambil lewa bila mood kau hilang. Hei, mood swing ni bukan orang perempuan jer ada tau ๐Ÿ™ƒ

4. Lari Fokus – Kurang Produktif

Masa kau tengah buat kerja, masa tu pula ada orang share isu best kat FB. Dah lah best, kontreversi pula tu. Jadi kau sibuk nak baca sampai habis, baca komen-komen orang dan paling teruk, kau pun sibuk nak ulas benda tu. Padahal banyak lagi kerja kau belum siap. Ini menyebabkan kau jadi kurang produktif.

5. Kau Tengah Sibuk, Anak Kau Pun Menyibuk (Gaduh, Main & Bising)

Paling mencabar adalah apabila anak kau tengah bising dan nak melekat dekat kau. Dan bila dia bergaduh, kau terus hilang fokus. Bila kau pegang pen dan buku, dia minta pen dan buku kau yang kau pakai ๐Ÿ˜‚ Mungkin untuk sebahagian orang, ini masalah kecil sahaja. Untuk sebahagian lain memang tak boleh handle ๐Ÿ˜ฑ

So kalau rasa boleh handle semua ni, teruskan kerja dari rumah. Aku sendiri boleh usaha tolerate walaupun bukan 100%

Sebab aku lebih rela ada kat rumah berbanding buat kerja kat luar, dalam keadaan aku tahu kerja yang aku buat akan datangkan hasil.

Ini adalah calculated risk yang perlu dipilih sendiri. Tepuk dada, tanya hati. Kalau rasa tak boleh tolerate, better buat kerja kat luar. Kat ofis, kedai kopi, library dsb.

Nak kerja sendiri dari rumah, ia memerlukan time-management yang okay, gerak kerja yang efektif dan kawalan emosi yang baik. Tak perlu perfect, tapi perlu ada disiplin.

Tak kena cara, sebenarnya kita dalam proses untuk “bunuh diri” dan letakkan diri dan keluarga pada risiko yang sangat tinggi.

Mana lagi bagus, kerja dari rumah atau kerja luar rumah? Fikirkan sendiri dan pilih mana yang paling baik untuk diri kita. Dua-dua ada pro and cons.

Coretan di petang Jumaat ๐Ÿ˜

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: