Select Page

Kita tahu apa perlu dibuat, tapi kenapa masih tak buat?

Ini antara kebuntuan dalam fikiran yang sebenarnya sudah ada jawapannya.

Sebenarnya hanya 10 minit di awal pagi atau sebelum tidur yang kita perlukan untuk susun segala aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari.

Jika tak dibuat, maka percayalah banyak masa akan disia-siakan tanpa perancangan.

Kita rasa kita dah cukup sibuk, rasa macam dah banyak benda kita buat, tapi tak banyak hasil yang kita dapat. Pernah rasa macam ni kan?

Ya, mungkin kita dah tahu apa yang perlu dilakukan setiap hari. Namun kenapa kita masih tak tulis walaupun kita tahu kita perlu tulis aktiviti harian kita?

Takut.

Takut tak buat. Takut tak siap. Takut gagal. Takut tak jadi. Takut kena ejek. Takut bagi komitmen. Takut terlepas peluang yang lain.

Dan pelbagai jenis ketakutan yang mungkin ada dalam jiwa seseorang.

Membuatkan kita gagal menulis jadual, tidak merancang aktiviti harian dan takut merancang masa depan.

Apabila ini berlaku, ia menyebabkan kita mula buat aktiviti-aktiviti kurang signifikan yang hanya mendatangkan hasil yang kecil sahaja tapi banyak memakan masa.

Pentingnya kekuatan dalam jiwa kita untuk atasi rasa takut tersebut. Kerana apabila ia diatasi, kita akan mula merancang dengan baik kehidupan kita.

Beranikan diri untuk menulis aktiviti harian, beranikan diri untuk merancang kehidupan, think long term.

Jika kita rasa hari kita kurang produktif, mulakan menulis.

Sempena cuti MaulidurRasul ini, ambil masa 10 minit untuk berfikir. Mulakan dengan mengambil sebatang pen dan kertas.

Tulis.

Fadhil,
Tak nak buang masa

Saya merupakan seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.

error: Content is protected !!