Select Page

Jadi Ejen Cuckoo Tak Susah, Tak Mudah, Tapi Berbaloi

Masa mula-mula jadi ejen Cuckoo dulu, aku tak pernah jual penapis air lebih daripada 5 unit.

6 bulan pertama, aku berjaya jual paling banyak pun dalam 5 unit sahaja.

Untuk aku, perjalanan awal jadi ejen Cuckoo bukanlah benda yang mudah seperti yang digembar-gemburkan oleh media. Hoho.

Sebab aku mula buat dulu, aku tahu kesusahannya. Aku tahu ramai pesaing dalam permainan ejen ni.

Tapi aku juga tahu, ramai orang yang buat betul-betul bisnes Cuckoo ni dapat bina pendapatan hingga 5 angka sebulan.

Orang yang dapat gaji RM20 ribu ke atas tu perkara normal dalam Cuckoo, dan alhamdulillah kini setiap minggu aku pergi meeting Cuckoo aku yakin di sekeliling aku orang-orang yang buat income besar dalam Cuckoo.

Aku je yang masih baru nak ‘join the club’.

Bila sekarang ni aku tengok ramai ejen dah boleh jual 10 unit lepas sebulan dua jadi ejen, aku rasa gembira.

Gembira sebab aku sendiri nak capai target tersebut bukan main susah lagi.

Dan aku faham kalau ada yang susah nak buat sekalipun 1 jualan.

Sebab aku pernah berada di sana. Pada masa tu aku baru lepas berhenti kerja.

Menangis sebab susah nak dapat pelanggan di peringkat awal. Kerja siang malam, cuba buat macam-macam benda tapi kurang menjadi. Tengok orang lain nampak ‘senang’ je diorang boleh dapat customer.

Tapi, sebab aku nampak diri aku yang satu hari nanti aku akan jadi orang berjaya dalam Cuckoo. Aku yakin satu hari nanti aku akan jadi individu yang dapat pendapatan 5 angka sebulan dengan Cuckoo.

Itu yang buat aku rasa aku mesti go on.

Aku mesti buat kerja 10x ganda lagi hebat daripada orang lain. Aku mesti bagi manfaat 10x ganda lagi bagus dari ejen-ejen lain. Aku mesti ikut je apa yang leader-leader aku ajar (selagi tidak berdosa).

Itu perkara yang aku pegang. 6 bulan ‘menderita’, bulan ke 7 dan bulan ke 8 aku baru merasa ‘manisnya’ kemenangan bila aku berjaya sentuh 10 net jualan yang pertama.

Januari 2018, duit dalam simpanan aku boleh aku katakan hampir capai RM0.00.

Namun bila masuk bulan ke 8 aku bersama Cuckoo, aku dapat merasa pendapatan 5 angka yang pertama dalam hidup aku. Segala hutang-hutang aku, aku cepat-cepat langsaikan.

Alhamdulillah bermula waktu itu juga, aku dah boleh bagi duit kat mak dan ayah aku secara konsisten. (Sebelum ni, aku yang berharap pada mereka.)

Betapa manisnya sabar selama 6 bulan hingga aku boleh dapat result yang aku nak.

Aku tahu, mungkin orang akan perli atau mungkin tak selesa bila aku beli kereta baru, bila nampak aku seolah-olah ‘show off’ result aku di media sosial.

Tapi itu menjadi kebanggaan aku. Usaha aku, titik peluh aku, kesusahan aku selama ni menjadi satu usaha yang berbaloi. Alhamdulillah.

Itu juga sebabnya aku selalu cuba motivate ejen-ejen yang bersama dengan aku untuk banyakkan bersabar, buat lebih daripada apa yang leader suruh, dan yang penting gandakan usaha.

Jangan buat benda yang sama kalau kita tahu cara itu tak berkesan untuk kita. Sentiasa cari cara baru, sentiasa improve diri sendiri dan sentiasa konsisten.

Pastikan bila kita jumpa cara yang sesuai untuk diri kita, terus leveraj dan full swing dengan kaedah yang telah kita kuasai tersebut tersebut. Lain orang lain cara yang sesuai untuk diri masing-masing.

Yang penting, mentoring daripada leader. Mereka akan sentiasa usaha untuk bantu kita berjaya dalam Cuckoo. Serius!

Inilah cerita aku dengan Cuckoo. Huhu.

#Cuckoo #NoMondayBlues

~Dalam gambar ni, big boss aku Tuan Wan Mustafa Wan Ali dari Kuala Terengganu

Fadhil,
Natural Manager Cuckoo International Sdn. Bhd.

 

Bagaimana Nak Jadi Ejen Cuckoo?

Nak jadi ejen Cuckoo mudah sahaja. Tak perlu nak bayar apa-apa pun.

Call atau whatsapp sahaja saya di 0139916967.

Atau boleh juga terus daftar di sini secara online. Cara ini lebih pantas.

Terima kasih!

Saya merupakan seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.

error: Content is protected !!