Select Page

Saya nak kongsikan berdasarkan pengalaman dan nasihat daripada guru-guru perniagaan dan pemasaran saya, ini adalah antara bisnes yang anda boleh mulakan tanpa mengeluarkan sebarang modal.

Kalau perlu keluarkan modal sekalipun, jumlahnya adalah sangat minimum. Jujur saya katakan, ramai yang telah membuat puluhan, ratusan ribu malah jutaan ringgit tanpa sebarang modal atau modal permulaan yang kecil.

Sekiranya anda masih lagi berkerja makan gaji, masih belajar di universiti, belum dapat kerja atau surirumah, insyaAllah idea-idea yang dikongsikan di bawah anda boleh gunakan untuk mula bina sumber kewangan anda sebagai peniaga supaya anda dapat tingkatkan lagi taraf hidup, bantu diri dan keluarga anda daripada kesempitan kewangan dan hutang.

1. Dropship

Ini adalah perniagaan yang paling famous dan senang untuk mula. Kebanyakan peniaga suka sekiranya mereka ada dropshipper untuk perniagaan mereka supaya produk mereka terjual lebih laju di pasaran.

Ia merupakan satu sistem perniagaan yang sangat mudah untuk dimulakan dan komisyen yang diberikan oleh supplier juga lumayan, bermula daripada 5% hingga 50% atau mungkin lebih lagi.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah seperti berikut
a. Cari supplier bagi produk yang anda ingin jual
b. Daftar sebagai agen dropship
c. Dapatkan maklumat dan gambar produk
d. Iklankan produk secara online atau offline
e. Bila ada pembeli, anda boleh maklumkan pada supplier untuk poskan barang tersebut ke alamat pembeli

Antara cabaran perniagaan dropship ni adalah seperti berikut

a. Kena close sale, pujuk prospek untuk beli
b. Anda tak tahu jumlah stok ada pada pembekal. Ada masa anda mungkin dah promote habis-habisan, customer dah bayar tapi supplier pula tak cukup bekalan
c. Anda kena pastikan produk betul-betul sampai kepada pembeli
d. Kena ada customer service yang bagus kalau dah ramai pembeli. Sampai satu masa, anda kena ada staf sendiri sebab letih nak urus order seorang diri.
e. Sebahagian supplier bagi KPI jualan, kalau tak capai KPI anda tak boleh jadi dropshipper mereka. Ini akan push kita untuk kerja keras lagi untuk jual produk mereka.
f. Dan lain-lain lagi

Nak jadi dropshipper paling mudah, boleh register dengan JamuMall untuk produk jamu dan BookCafe untuk jual buku. Tapi untuk kedua-dua ni, ada sedikit modal permulaan. Banyak je lagi peniaga lain yang bagi kita jadi dropshipper tanpa modal.

2. Affiliate

Perniagaan affiliate juga merupakan perniagaan tanpa modal yang menguntungkan, tapi kurang famous.

Ramai yang pandang rendah terhadap perniagaan affiliate ni, tapi ramai yang tak tahu kalau kena dengan cara memang sangat menguntungkan perniagaan affiliate ni.

Ia hampir sama dengan dropship, anda hanya perlu jadi orang tengah. Tapi bezanya anda tak perlu close sale kepada pembeli. Produk yang biasa dijadikan sebagai produk perniagaan affiliate adalah eBook, video, tiket seminar, tempahan hotel dan software. Untuk produk fizikal yang biasa orang affiliate adalah seperti di Lazada, Amazon dan sebagainya.

Sistem affiliate ni biasanya ada laman web khas yang perlu pelanggan masuk untuk beli. Anda perlu daftar sebagai agen affiliate untuk dapatkan link affiliate anda sendiri. Bila prospek peli daripada link anda, anda akan dapat komisyen daripada jualan tersebut.

Proses perniagaan affiliate akan dikongsikan nanti.

3. Web design

Upah membina laman web biasanya boleh bermula daripada RM700 – RM1500 untuk pereka laman web junior. Dan kos upah itu boleh naik hingga puluhan atau ratusan ribu ringgit berdasarkan pengalaman dan ilmu anda.

Nak belajar buat website, anda tak perlu keluarkan duit untuk pergi kursus (tapi pergi kursus adalah terbaik sebab anda boleh berkomunikasi terus bersama jurulatih). Sangat mudah, anda hanya perlu cari kursus percuma di YouTube dan Google sahaja.

Sistem yang paling mudah untuk bina laman web adalah menggunakan sistem WordPress. Anda boleh buat website menggunakan WordPress tanpa tahu sebarang kod sekalipun. Tapi sebaiknya ada sedikit ilmu mengenai coding.

Nak belajar asas coding secara online boleh layari laman web www.codecademy.com kerana short course tersebut adalah pendek, sangat praktikal untuk diikuti dan senang nak faham.

Kos yang terlibat untuk pembinaan laman web adalah seperti berikut:

1. Hosting
2. Domain
3. Theme
4. Upah web designer (upah anda atau web designer luar)

Kalau malas nak belajar buat website, anda boleh jadi broker (orang tengah) untuk web designer lain. Cari pelanggan, dan mark-up kos yang perlu dibayar kepada web designer yang anda ingin upah.

4. Graphic designer

Sekiranya anda mempunyai bakat dalam graphic design, anda boleh mula iklankan servis graphic desing anda di Facebook, Mudah.my dan lain-lain.

Mulakan dengan membina portfolio peribadi anda. Sekiranya anda ada laman web sendiri untuk kumpul portfolio maka itu adalah yang terbaik.

Modal kecil perlu dikeluarkan, serendah sekitar RM35 sebulan untuk menggunakan perisian Adobe Photoshop CC original.

Upah graphic desinger junior bermula daripada RM30 – RM100 untuk 1 design.

Sekiranya anda nak belajar graphic design, boleh belajar di YouTube dan Google sahaja.

5. Printing

Anda boleh mulakan bisnes printing anda sendiri tanpa modal hanya dengan menjadi agen kepada kilang-kilang percetakan.

Antara cetakan yang anda boleh ceburi adalah seperti berikut:

  1. Kad bisnes
  2. Flyer
  3. Poster
  4. Banner
  5. Buku
  6. Doorgift
  7. Kad kawin
  8. Kotak
  9. Banting
  10. Baju korporat
  11. Baju untuk event
  12. Button badge
  13. Dan sebagainya

Banyak kilang yang boleh tawarkan kepada anda produk-produk percetakan di atas pada harga yang rendah dan anda boleh mark-up daripada kos yang diberikan tersebut. Biasa agen akan dapat harga yang special.

6. Broker

Broker ni macam agen, anda jadi orang tengah sahaja kepada servis.

Kalau anda pernah dengar mengenai TheLorry, mereka bermula hanya sebagai broker kepada servis penghantaran lori. Founder TheLorry, Tuan Nadhir sebut pada mulanya beliau iklankan servis sewa lori dan dapatkan pembekal servis sewa lori tersebut daripada mudah.my sahaja! Beliau tiada lori, tapi boleh buat servis sewa lori. Menarik kan?

Selain daripada tu, anda boleh juga jadi broker untuk servis-servis lain yang ada di pasaran seperti graphic design, web design, software dan sebagainya.

7. Tulis eBook

Sekiranya anda ada ilmu dan kepakaran yang anda nak kongsikan, maka eBook adalah antara platform terbaik yang boleh anda ceburi. Ia sangat mudah nak dimulakan dan anda hanya perlu ada laptop dan Microsoft Word sahaja untuk mula.

Contoh kalau anda ada idea bermanfaat dan berharga, atau teknik special dalam pemasaran, pendidikan, tanaman, bisnes dan apa-apa sahaja yang orang boleh terima manfaat daripadanya, maka semua itu boleh dijadikan eBook untuk dijual.

Perniagaan eBook ini bukan sahaja lumayan, malah anda dapat membantu ramai orang untuk meningkatkan ilmu dan taraf hidup mereka.

Nak buat eBook ni tak perlu panjang sangat pun. Cukup dengan 10-20 mukasurat pun dah boleh jual.

Ramai sifu yang sangat menggalakkan untuk buat bisnes-bisnes mudah seperti di atas sebab ia akan bantu kita untuk bina foundation dan skil bisnes kita terlebih dahulu. Bila dah ada modal hasil daripada bisnes tersebut, ilmu dan pengalaman jual produk orang nanti barulah sesuai plan untuk buat produk sendiri kalau nak.

8. Jadi Ejen Penapis Air Cuckoo

Jadi ejen jual penapis air Cuckoo merupakan antara bisnes yang sangat menguntungkan tanpa memerlukan sebarang modal sekalipun. Penapis air dan udara jenama Cuckoo merupakan jenama yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jumlah jualan di seluruh Malaysia sejak ia diperkenalkan pada tahun 2014 hingga 2016 telah mencapai 200,000 dan ini bermakna produk ini mempunyai permintaan yang luar biasa.

Aktiviti yang anda perlu buat hanyalah promote produk Cuckoo. Jika ada yang berminat nak pasang, ambil maklumat pelanggan sahaja. Kemudian Cuckoo akan datang pasang di rumah pelanggan di mana-mana seluruh Malaysia. Anda tak perlu pergi pasang pun.

Cukup capai target tertentu, anda akan dapat income yang sangat lumayan. Dengan tempahan 10 nett sebulan sahaja anda boleh dapat sekitar RM4,000 tanpa perlu keluarkan modal.

Anda tidak perlu keluarkan sebarang wang untuk mulakan bisnes Cuckoo. Dalam blog ini, dikongsikan 5 kelebihan jadi ejen Cuckoo. Namun, sangat penting untuk anda pilih leader atau ketua yang dapat membimbing anda hingga berjaya. Pendaftaran sebagai ejen Cuckoo adalah percuma.

 

Semoga perkongsian di atas ini membantu!

Kredit gambar kepada: http://www.thesimpledollar.com

Saya merupaka seorang konsultan jualan penapis air dan udara jenama Cuckoo. Selain daripada itu, saya gemar menulis dan berkongsi pengalaman hidup saya dengan anda semua. Saya juga suka berkongsi mengenai bisnes dan buku yang pernah saya baca. Tahun 2017, saya pergi menunaikan ibadah Haji. Saya turut kongsikan sebahagian tips berdasarkan pengalaman saya untuk Haji di usia muda.

error: Content is protected !!