Select Page

REVIEW HOTEL – GRAND LEXIS PD 2019

Masa pergi Umrah bulan Disember lepas, isteri saya request untuk pergi berbulan madu. Ye lah kan, sebab tahun 2019 ni dah masuk tahun ke-5 perkahwinan kami. Tapi dah berapa lama kami tak pergi dating berdua.

So, masa kat Mekah lagi saya dah dok survey kat mana nak stay untuk honeymoon. So, antara tempat yang tak terlalu jauh, selesa dan mudah untuk pergi adalah Port Dickson.

Ada banyak hotel yang saya survey pada masa tu, tapi yang menarik minat saya hanya 2 hotel iaitu Grand Lexis Port Dickson dan Avani Sepang.

Balik je dari Umrah, lepas beberapa hari lepas tu saya booking hotel di Grand Lexis, Port Dickson dan saya rasa itulah antara hotel yang okay untuk kami singgah.

Itu pun sebab sebelum ni saya pernah pergi Lexis Hotel (berbeza dengan Grand Lexis) dan saya tengok banyak review pasal Grand Lexis ni.

Yang menariknya adalah sebab ada indoor pool dalam hotel ni. Setiap bilik ada private pool tersendiri. Memang lain daripada yang lain. Inilah hotel yang pertama kali saya dengar ada private pool di setiap hotel.

Anak-anak tinggalkan kat rumah mertua, nasib juga adik-adik ipar yang baik hati sudi untuk jadi babysitter untuk jaga mereka. Hoho.

grand lexis garden pool villa

 

VIDEO REVIEW (4 minit)

 

HOTEL

Hotel Grand Lexis ni terletak di Port Dickson. Masa saya pergi dari Sungai Buloh pun rasanya sekitar 1 jam 20 minit je. Tak jauh pun.

Hotel ni memang biasa orang yang datang pasti ada 3 sebab utama je.

  1. Honeymoon
  2. Bawa keluarga bercuti / family day
  3. Event company

Dan hotel ni juga ada ramai pelawat dari seluruh dunia yang hadir untuk tujuan sama.

 

PAKEJ BILIK

Kita disediakan dengan beberapa pilihan bilik di hotel Grand Lexis PD. Harga saya letakkan di bawah berserta breakfast, berdasarkan yang diletakkan dalam laman web hotel ini grandlexispd.com/en/

Bilik pun ada pelbagai jenis, dan boleh dibahagikan kepada 3 jenis

Sky Living (Sama Bangunan Hotel)

Sky Pool Villa – RM782.40/malam

Sky Grand Pool Villa – RM1126.40/malam

Garden Living (Darat, Konsep Taman)

Garden Pool Villa – RM654.40/malam

Deluxe Suite – RM726.40/malam

Grand Garden Pool Villa – RM782.40/malam

Premier Suite – RM950.40/malam

Water Villa (Atas Laut)

Deluxe Pool Villa – RM614.40/malam

Executive Pool Villa – RM742.40/malam

Premium Pool Villa – RM830.40/malam

Grand Pool Villa – RM910.41/malam

Fuh, banyak kan? Yang kami pilih adalah Garden Pool Villa, tepi laut tapi bukan atas laut.

 

TARIKAN UTAMA

grand lexis garden pool villa

Jeng jeng! Tarikan utama hotel ini semestinya adalah kolam renang di dalam bilik. Dan bilik yang bersaiz sangat luas. Senang kata, kalau kita datang ke hotel ini bukanlah tujuan utamanya untuk kita pergi meronda luar hotel (kecuali untuk makan). Mostly yang datang sini adalah untuk stay di hotel ini hingga balik.

Dari satu sudut, memang sangat bagus bila ada private pool dalam bilik hotel yang kita tinggal. Atas dasar isu aurat dan bentuk tubuh lebih mudah kelihatan bila berenang di kolam renang awam walaupun dah tutup dengan pakaian berlapis-lapis.

Maka Grand Lexis ni menawarkan bilik yang lebih ‘Islamik’. Hoho. Mudahlah kalau nak bawa isteri dan anak-anak tanpa perlu risau mengenai isu aurat untuk anak dan isteri.

Kolam renang ni saiznya agak sederhana, boleh nak berenang dan memang sesuai untuk sebuah bilik hotel begini. Kedalamannya sekitar 4 kaki. Untuk bawa anak-anak kecil anda perlu lebih berhati-hati dan perlu ada pantauan sebab kedalamannya 4 kaki. Kalau anak-anak dah besar mungkin tak risau sangat.

grand lexis garden pool villa

Bolehlah bawa baju dan seluar renang, goggle, pelampung untuk anak dan lain-lain.

Tempat shower pun disediakan di hujung kolam renang untuk anda mandi sebelum dan selepas berenang.

Ada satu tingkap (pintu kecil) yang menghubungkan hujung kolam renang dan tandas.

 

KOLAM TERTUTUP ATAU TERBUKA?

grand lexis garden pool villa

Berdasarkan pengalaman saya tinggal di bilik Garden Pool Villa yang berada atas kawasan darat. Ini kerana Garden Pool Villa ada 2 tingkat. Upper level (tingkat atas) dan lower level (tingkat bawah)

Jika anda inginkan lebih privacy, anda boleh request daripada hotel untuk sediakan anda bilik yang ada kolam renang tertutup.

Boleh dikatakan, semua bilik yang ada di tingkat atas ada kolam renang yang terbuka. Bilik di tingkat bawah ada kolam renang tertutup semua dinding dan ada bumbung.

Bilik tingkat atas semestinya ada view yang lebih menarik, namun kolam renangnya juga kurang privacy.

Bilik tingkat bawah pula walaupun kolam renang ada privacy, namun tiada pemandangan luar yang menarik.

Pilihan di tangan anda.

Kalau ada bajet lebih, pilih je Water Villa (bilik di atas laut). Kolam renang confirm semuanya tertutup, tapi ada tingkap kecil panjang ke bawah. Kalau nak privacy taknak bagi orang yang lalu di sisi hotel nampak bilik anda, boleh letak towel di tingkap untuk cover cermin kecil tersebut.

 

GAMBAR BILIK

grand lexis garden pool villa

Gambar dari luar bilik

grand lexis garden pool villa

Wide View

grand lexis garden pool villa

Teh dan Kopi

grand lexis garden pool villa

Ruang Bilik Air

grand lexis garden pool villa

Ruang Pantry – ada microwave

grand lexis garden pool villa

Perhatian – Kolam Renang

grand lexis garden pool villa

View dari luar hotel – Wide view

grand lexis garden pool villa

Grand Lexis

grand lexis garden pool villa

Kawasan Kolam Renang – Kanak-kanak

grand lexis garden pool villa

Kolam Renang Hotel

grand lexis garden pool villa

Katil

grand lexis garden pool villa

Katil saiz King

grand lexis garden pool villa

Laluan ke bilik air. Sebelah kiri adalah kolam renang.

grand lexis garden pool villa

Katil King Size 2 Unit

grand lexis garden pool villa

Pemandangan dari dalam bilik

grand lexis garden pool villa

Toilet

grand lexis garden pool villa

Sudut berbeza

grand lexis garden pool villa

View dari luar

grand lexis garden pool villa

View dari bilik ke pantry

grand lexis garden pool villa

Shower Room

grand lexis garden pool villa

View luar bilik

grand lexis garden pool villa

View luar bilik. 2 tingkat, atas lain bawah lain

grand lexis garden pool villa

View dari dalam bilik

Berjalan di hotel di waktu malam

Pak Ustat. Hoho!

View di waktu malam

WAKTU CHECK IN – CHECK OUT

Waktu Check in bagi hotel ini adalah pada jam 3.00pm.

So kalau nak datang sini, boleh lah bergerak awal sikit. Nak gerak pagi dari KL pun tak apa. Tapi yang penting kita dah plan mana je lokasi kita nak singgah. Kalau tak plan, memang kita pun akan terkapai-kapai nak cari tempat berjalan, tempat makan dan sebagainya.

Kami sendiri singgah ke Mitsui Outlet di Sepang dalam perjalanan nak ke Grand Lexis PD ni. Sampai Grand Lexis PD pada jam 4.00pm (lebih kurang).

Waktu Check-Out pula adalah pada jam 11.00am berdasarkan laman web. Tapi waktu paling lambat nak keluar dari bilik hotel adalah pada jam 12.00pm.

 

BREAKFAST

Roselle Coffee House

Breakfast di Grand Lexis PD ni pada saya agak nice juga. Tak jauh beza dengan hotel-hotel yang lain.

Di sini, seperti biasa disediakan pelbagai sajian untuk breakfast. Dan waktu terakhir untuk breakfast adalah pada jam 10.30 pagi. Kalau nak breakfast tu, datang awal sikit.

Makanan yang disediakan antaranya, western food seperti bacon, omelette, hash brown, red beans dsb. Ada juga kawasan yang disediakan pelbagai jenis roti, buah-buahan, roti canai, nasi lemak, makanan oriental lain. Juga di sana juga disediakan pelbagai jus, kopi dan teh.

grand lexis review

Kopi!

grand lexis garden pool villa

Round 1 – Fight!

grand lexis garden pool villa

Ruang makan

grand lexis garden pool villa

Roselle Coffee House

 

 

MAKANAN DI PD

Port Dickson ni bukanlah satu kawasan pelancongan yang terkenal dengan makanan sedap. Sebab memang orang datang ke sini semata-mata untuk bercuti, bukan untuk cari makan. Hoho.

Makanan di PD ni memang agak susah nak cari yang sedap, melainkan kalau ada review daripada orang lain.

Bawah ni saya share beberapa senarai kedai makan yang dicadangkan oleh blog www.caridestinasi.com, ada 21 kedai manak yang dicadangkan.

  1. Kafe Kampung Kaw Port Dickson
  2. Mient’s Burger
  3. MHR Burger’s Port Dickson
  4. PD Famous Cendol Coconut Shake Power
  5. Double Que Thai Cuisine Port Dickson
  6. Restoren Aden (Makanan Arab)
  7. Asam Pedas Kasih Ibu
  8. Restoran Mimi Seafood Village Kampung Kemang
  9. Restoran Deen Berjaya / Kari Kepala Ikan Deen
  10. Warung Salai Port Dickson
  11. Warung Hassan Murtabak
  12. Ayam Bakar Station Port Dickson
  13. Warung Mah Mah Nasi Ayam 1
  14. King’s Char Kuey Teow
  15. Cowboy Place Nasi Kukus Ayam
  16. Restoran Seri Mesra Ikan Bakar
  17. Gerai Ayam Bakar Pasu Terlangkup
  18. Cendol Bakar Caw Teluk Kemang
  19. Restoran Kulit Kayu Manis
  20. D’Terapung
  21. Embok Village Steamboat & Seafood
  22. Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang

So, ini antara senarai kedai makan yang dicadangkan dalam blog ini. Detailnya anda boleh dapatkan di sini https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-port-dickson/

Di sana, sempat makan nasi Arab untuk dinner di Restoran Aden. Tak jauh dari hotel, sekitar 10 minit sahaja perjalanan.

grand lexis garden pool villa

 

BEZA LEXIS PD DAN GRAND LEXIS PD

Disember 2016, saya pernah pergi ke hotel Lexis PD dengan keluarga. Pada masa tu memang ikutkan nak pergi ke Grand Lexis, tapi sebab kekangan bajet memang tak jadi nak pergi.

Terpaksa turunkan sikit bajet dan pilih untuk pergi ke Lexis PD.

Lexis ni sebuah hotel yang tak jauh beza dengan Grand Lexis. Bezanya adalah Grand Lexis ada private pool, ada kolam renang dalam setiap bilik. Lexis pula hanya ada bath tub. Itu sahaja

Tapi bilik bagi kedua-dua hotel ni memang sangat besar dan luas. Namun bilik di Grand Lexis ternyata lebih luas sebab ada kolam renang.

 

BOOKING DI MANA MURAH?

Kalau nak book hotel ni, normally memang saya tak akan book melalui hotel itu directly sebab biasanya lebih mahal.

Kalau nak lebih murah, boleh booking terus melalui laman web booking hotel seperti:

  • Booking
  • Agoda
  • Trivago
  • Hotels.com
  • Traveloka
  • dan sebagainya

Lepas survey, saya pilih untuk booking dari laman web www.booking.com sebab ia tawarkan pilihan bilik yang termurah dalam internet.

grand lexis garden pool villa

Harga yang ditawarkan dalam sistem adalah RM439 sahaja, tapi bila dah masuk Tax dan Service Charge maka harganya akan jadi sekitar RM510. Tapi, masih lebih berbaloi berbanding beli direct daripada hotel sebab harganya berkemungkinan akan mencecah RM700 bagi satu malam bagi bilik yang paling basic sekalipun.

Tempah dengan harga tu pun kami masih lagi disediakan dengan makanan breakfast, bukan hotel sahaja tanpa breakfast.

 

PENDAPAT SAYA?

grand lexis review

Pengalaman daripada booking hingga balikke rumah agak baik. Sebelum booking pun memang dah survey pasal hotel Grand Lexis ni. Tempat paling nikmat untuk nak booking hotel semestinya www.tripadvisor.com sebab hampir semua hotel yang listed dalam sistem hotel booking, pasti akan ada review.

Bila dah ada knowledge mengenai hotel, maka sebelum booking saya dah call hotel awal-awal untuk tanya cara untuk dapatkan bilik Lower Level.

Katanya kalau nak bilik Lower Level, letak je dalam remarks masa tempah bilik untuk dapatkan bilik lower level. Dan normally, hotel pasti akan reply request kita. Walaupun pada masa tu saya tempah gunakan laman web www.booking.com

Masa nak check-in pun mudah. Mereka hanya minta IC dan deposit RM100 yang akan dipulangkan semula masa check-out nanti.

Dalam bilik pun disediakan kipas dan aircon. Kalau anda jenis orang yang tak gemar pakai aircon, maka anda ada pilihan untuk pakai kipas sahaja.

Kalau anda jenis perlukan suhu bilik yang sejuk, boleh guna aircon dan kipas. Huhu. Semua ikut citarasa masing-masing.

Cuma, kalau boleh masa masuk bilik tu bolehlah riki-riki sikit bantal, towel dsb pastikan semua bersih dan tak berbau busuk. Pengalaman kami, ada satu bantal yang ada bau air liur basi. Yuck! So tolong cek dulu, kalau ada yang tak kena boleh call je reception untuk minta mereka tukar bantal, towel dsb.

Haa, satu lagi. Kalau nampak orang tawarkan bilik di Lexis, Grand Lexis, Grand Lexis Hibiscus dsb yang dijual pada harga murr murr (murah murah), maka berhati-hati. Bukan semua bilik di sini adalah milik syarikat Lexis dan diselenggara oleh syarikat Lexis.

Ada sebahagian kecil bilik di sini telah dibeli oleh private owner. Maka pengurusan bilik adalah berbeza. Maka layanan yang bakal anda terima juga berbeza. Perasaannya sama macam anda tinggal di Homestay je. Hoho. Sebab saya pernah ada pengalaman tinggal di Lexis PD 2 malam.

1 malam saya tinggal di bilik Lexis. 1 malam lagi saya tinggal di bilik private owner. Memang boleh jimat dalam RM100, tapi masih lagi mahal. Dan anda tak rasa macam tinggal di hotel pun. Segala kemudahan hotel tak boleh nak dimanfaatkan sepenuhnya.

Mungkin pengalaman begini berbeza ikut individu, tapi bilik private owner memang tak rasa eksklusif untuk saya. Huhu.

Berapa bintang saya bagi untuk hotel ini? Sejujurnya, 7.8/10. Haha.

grand lexis review

 

KESIMPULAN

Bagi saya, kalau anda nak datang ke hotel ni untuk percutian memang sangat okay kalau kena dengan bajet. Tapi pasal bajet, semua tu kita boleh rancang.

Jika anda tinggal di area KL pun, nak pergi ke hotel ni tak lah jauh sangat. Tapi memang tak banyak bangunan-bangunan pencakar langit kelihatan di sini walaupun dekat je nak ke PD dari KL. Tenang sikit jiwa dan fikiran.

Hotel ni memang jadi tarikan yang sangat kuat bagi rakyat Malaysia, bukan sekadar tu malah pelancong luar negara pun ramai yang singgah ke hotel ni. Dahsyat sungguh.

Bila tengok kat komen-komen di blog lain, di FB dan sebagainya memang hotel ini akan jadi wish list bagi golongan isteri untuk ber-honeymoon di sini.

Tak membazir ke pergi hotel mahal-mahal ni? Pada saya, bergantung. Jika anda dah kerja penat siang malam, dan ada sedia bajet tahunan untuk bercuti maka apa salahnya pergi untuk tenangkan fikiran, untuk relax dan spend time bersama keluarga. Kan?

InsyaAllah pasti boleh, doalah minta kepada Allah untuk kita direzekikan untuk bercuti di sini dan moga Allah mudahkan urusan anda semua.

Kalau ada sedia bajet, cuba lah datang ke sini. InsyaAllah ia satu pengalaman yang sangat berbaloi!

 

GRAND LEXIS, PORT DICKSON

Website: http://www.grandlexispd.com/
Facebook: https://www.facebook.com/grandlexispd
Toll Free: 1 800 88 0017
Tel: (6) (06) 653 2000
Fax: (6) (06) 651 5330
E-mail: reservations@grandlexispd.com
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: