Koleksi Doa-Doa Sahih Terpilih Menurut al-Quran dan as-Sunnah | المختار من صحيح الأدعية

Muqaddimah

Segala puji bagi Allah yang tidak menjadikan antara-Nya dan antara hamba-hamba-Nya sebarang perantara dalam berdoa. Dan Dialah yang berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.” (Surah al-Baqarah: 186)

Dan Dia juga yang berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir: 60)

Selawat dan salam ke atas Rasul-Nya yang amanah, yang bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah.” [Riwayat Ahmad dan selainnya]

Dan Baginda juga bersabda:

مَنْ لَمْ يَسْأَلِ اللَّهَ يَغْضَبْ عَلَيْهِ

“Sesiapa yang tidak meminta kepada Allah, maka Allah akan murka kepadanya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Amma ba‘d: Sesungguhnya berdoa kepada Allah dan bersungguh-sungguh memohon kepada-Nya adalah jalan (amalan tetap) Nabi kita Muhammad ﷺ, jalan para nabi sebelum Baginda, dan jalan orang-orang soleh. Dan tiada satu urusan pun dari urusan dunia mahupun akhirat, melainkan Allah ‘Azza wa Jalla telah menjadikan kunci untuk meraih dan mencapainya adalah doa.

Dan Allah mencintai orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa, serta mengabulkan doa orang-orang yang berada dalam keadaan terdesak, sebagaimana firman-Nya:

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ

“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya,” (Surah an-Naml: 62)

Dan sebaik-baik doa dan zikir adalah apa yang diambil daripada kalam Tuhan kita Tabaraka wa Ta‘ala, dan daripada sunnah Nabi kita Muhammad ﷺ.

Dan dalam rangka saling tolong-menolong dalam kebaikan dan takwa, serta sebagai kemudahan kepada saudara-saudara Muslimku – khususnya bagi mereka yang tidak menghafal doa-doa – maka Allah telah memudahkan pengumpulan doa-doa ini daripada al-Kitab dan as-Sunnah yang sahih.

Aku mengharap pahala daripada Allah, dan agar Allah memberi manfaat kepadaku dengan himpunan ini serta kepada saudara-saudara Muslimku.

Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah ke atas Nabi kita Muhammad ﷺ, ke atas ahli keluarga Baginda, serta para sahabat Baginda seluruhnya.

Yang mendoakan kebaikan untuk kamu,

Abu Muhammad

Galakan Memperbanyakkan Doa dan Hadis-Hadis yang Menyebutkan Tentang Keutamaannya

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ اللهَ يَقُولُ : أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا دَعَانِي

“Sesungguhnya Allah berfirman: Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia berdoa kepada-Ku.” [Riwayat Muslim]

Dan daripada Nu‘man bin Basyir رضي الله عنهما, daripada Nabi ﷺ, Baginda bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Do’a itu adalah ibadah.”

Kemudian Baginda membaca firman Allah Ta‘ala:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghafir: 60)

Dan daripada beliau رضي الله عنه juga, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta‘ala daripada doa.”

(Hasan, riwayat at-Tirmizi)

Dan daripada Anas bin Malik رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي؛ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي

“Allah Ta‘ala berfirman: Wahai anak Adam, sesungguhnya selama engkau berdoa kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu, apa pun yang ada padamu, dan Aku tidak peduli.”

(Hasan lighairihi, riwayat at-Tirmizi)

Dan daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ – لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ – إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا يُعَجِّلُ لَهُ دَعْوَتَهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا

“Tidaklah seorang Muslim berdoa dengan satu doa – yang tidak mengandungi dosa atau pemutusan silaturahim – melainkan Allah akan memberinya salah satu daripada tiga perkara: sama ada Allah mempercepatkan terkabulnya doa itu untuknya, atau Allah menyimpannya untuknya di akhirat, atau Allah memalingkan daripadanya keburukan yang setara dengannya.”

Para sahabat bertanya: “Kalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa.”

Baginda ﷺ bersabda:

اللَّهُ أَكْثَرُ

“Allah lebih banyak (pemberiannya).”

(Hasan sahih, riwayat Ahmad)

Dan daripada Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

الدُّعَاءُ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ، فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِالدُّعَاءِ

“Doa itu bermanfaat terhadap apa yang telah turun dan apa yang belum turun. Maka hendaklah kamu wahai hamba-hamba Allah berdoa.”

(Hasan lighairihi, riwayat at-Tirmizi)

Dan daripada Salman al-Farisi رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ اللهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ، يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

“Sesungguhnya Allah Maha Pemalu lagi Maha Mulia. Dia malu apabila seseorang lelaki mengangkat kedua tangannya kepada-Nya, lalu Dia mengembalikannya dalam keadaan kosong dan hampa.”

(Sahih, riwayat Abu Dawud dan selainnya)

Dan daripada Thawban رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

لَا يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلَّا الدُّعَاءُ، وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمُرِ إِلَّا الْبِرُّ

“Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa, dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali kebaikan (berbuat baik).”

Hasan, riwayat Ibnu Hibban dan selainnya.

Antara Adab Berdoa dan Sebab-sebab Terkabulnya

1. Ikhlas kepada Allah Ta‘ala semata-mata kerana-Nya.

2. Menjaga perintah-perintah Allah, menjauhi larangan-larangan-Nya, serta memperbanyakkan amalan-amalan ibadah sunat.

3. Bertaubat kepada Allah Ta‘ala daripada segala dosa.

4. Menampakkan puncak ketundukan dan rasa sangat berhajat kepada Allah Ta‘ala.

5. Hendaklah makananmu, minumanmu, dan pakaianmu daripada yang halal.

6. Mengambil peluang pada waktu-waktu yang mulia dan tempat-tempat yang dimuliakan.

7. Mendahulukan pujian kepada Allah serta sanjungan kepada-Nya, dan diiringi dengan selawat serta salam ke atas Rasul-Nya sebelum berdoa.

8. Berdoa kepada Allah dengan menyebut dan memuji-Nya melalui nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang sempurna (al-Asma’ al-Husna).

9. Bersungguh-sungguh dalam berdoa, dan meyakini doa akan diperkenankan.

10. Mengulang-ulang doa dan merayu-rayu di dalamnya, kerana sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang tidak jemu-jemu meminta & merayu dalam berdoa. (1)

Doa-Doa dan Zikir

Pujian kepada Allah dan Sanjungan terhadap-Nya, serta Selawat dan Salam ke atas Rasul-Nya

1.

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).” (al-Fatihah: 1-3)

2.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ

“Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang.” (al-An’aam: 1)

3.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي الْآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

“Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.” (Saba’: 1)

4.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ

“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya).” (al-A’raaf: 43)

5.

الْحَمْدُ لِلَّهِ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا، مُبَارَكًا فِيهِ

“Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang baik lagi penuh keberkatan.”
 (Riwayat at-Ṭabarani dan al-Baihaqi, dengan sanad sahih)

6.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Di tangan-Nya segala kebaikan, dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

(Riwayat Ahmad dan selainnya, dengan sanad hasan)

7.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

“Tiada tuhan melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung. Tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan langit dan Tuhan bumi, serta Tuhan ‘Arasy yang mulia.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

8.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Tiada tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah.”

(Riwayat al-Bukhari)

9.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْأَحَدُ الصَّمَدُ، الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan kesaksian bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah, tiada tuhan melainkan Engkau, Yang Maha Esa lagi Maha Bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

(Riwayat Abu Dawud dan selainnya, dengan sanad hasan)

10.

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ ﷺ حَقٌّ

Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya langit dan bumi serta segala isinya. Bagi-Mu segala pujian. Engkaulah pemelihara langit dan bumi serta segala isinya. Bagi-Mu segala pujian, Engkaulah al-Haqq (Yang Maha Benar), janji-Mu pasti benar, firman-Mu pasti benar, pertemuan dengan-Mu pasti benar, syurga itu benar, neraka itu benar, hari kiamat itu benar, para nabi adalah benar, dan Muhammad ﷺ adalah benar.

(Riwayat ad-Darimi, dengan sanad sahih)

11.

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala puji, sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa sahaja yang Engkau kehendaki selepas itu. Engkaulah yang berhak menerima segala pujian dan kemuliaan. Ucapan yang paling layak diucapkan oleh seorang hamba, dan kami semua adalah hamba-Mu. Ya Allah, tiada yang dapat menghalang apa yang Engkau beri, dan tiada yang dapat memberi apa yang Engkau halang. Dan kekayaan pemilik kekayaan tidak dapat memberi manfaat kepada dirinya berbanding diri-Mu.

[Riwayat Muslim]

12.

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.”

[Riwayat Muslim]

13.

سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ

Maha Suci, Maha Quddus, Tuhan kepada seluruh Malaikat dan al-Ruh (Jibril).

(Riwayat Muslim)

14.

سُبْحَانَ ذِي الْجَبَرُوتِ وَالْمَلَكُوتِ وَالْكِبْرِيَاءِ وَالْعَظَمَةِ

“Maha Suci Allah yang memiliki keperkasaan, kerajaan, keagungan dan kebesaran.”

(Riwayat an-Nasa’i dan Abu Dawud, dengan sanad sahih)

15.

اللَّهُ، اللَّهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

“Allah, Allah Tuhanku, aku tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.”

(Riwayat Abu Dawud dan selainnya, dengan sanad sahih)

16.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

“Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, limpahkanlah keberkatan ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan keberkatan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Memohon Keampunan Dan Rahmat

17)

رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah – apalah jua kiranya – akan dosaku.” (al-Qasas: 16)

18)

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!” (al-Mu’minun: 118)

19)

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” (al-A’raaf: 23)

20)

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا

“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami.” (ali-Imraan: 147)

21)

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.” (al-Mu’minun 109)

22)

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman.” (al-Hasyr: 10)

23)

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” (ali-Imran: 16)

24)

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا، رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ‘Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu’, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti.” (ali-Imran: 193)

25)

أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ

“Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.” (al-A’raaf: 155)

26)

سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

“Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.” (al-Baqarah: 285)

27)

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami” (al-Kahf: 10)

28)

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu. Aku berpegang kepada perjanjian dan janji-Mu semampuku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku, dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.”

(Riwayat al-Bukhari)

29)

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak, dan tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan dari sisi-Mu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

30)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, wahai Allah, Yang Maha Esa, Tempat bergantung segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Riwayat Abu Dawud, sanad sahih)

31)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَعَافِنِي

“Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, dan sejahterakanlah aku.”

(Riwayat Muslim)

32)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ

Ya Allah, ampunilah seluruh dosaku, yang kecil mahupun yang besar, yang awal mahupun yang akhir, yang jelas mahupun yang tersembunyi.

(Riwayat Muslim)

33)

اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي مِنَ الذُّنُوبِ وَالْخَطَايَا، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْهَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ طَهِّرْنِي بِالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَالْمَاءِ الْبَارِدِ

Ya Allah, sucikanlah aku daripada dosa dan kesalahan. Ya Allah, bersihkanlah aku daripadanya sebagaimana pakaian putih dibersihkan daripada kotoran. Ya Allah, sucikanlah aku dengan salji, ais, dan air yang sejuk.

(Riwayat Muslim)

34)

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku.”

(Riwayat Abu Dawud & lain-lain, sanad sahih)

35)

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah, rahmat-Mu yang aku harapkan, maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata. Perbaikilah untukku seluruh urusanku. Tiada tuhan melainkan Engkau.”

(Riwayat Ahmad & lain-lain, sanad hasan)

36)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي

“Tiada tuhan melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Allah Maha Besar dengan sebenar-benar kebesaran. Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak. Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, tunjukilah aku, dan rezekikanlah aku.”

(Riwayat Muslim)

37)

رَبِّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُورُ

“Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengampun.”

(Riwayat Abu Dawud & lain-lain, sanad sahih)

38)

رَبِّ اغْفِرْ لِي خَطِيئَتِي، وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي كُلِّهِ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي خَطَايَايَ، وَعَمْدِي، وَجَهْلِي، وَهَزْلِي، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, dan keterlaluan aku dalam seluruh urusanku, serta apa yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesalahanku, dosaku yang disengajakan, kejahilanku, gurauanku, dan semua adalah kesalahanku. Ya Allah, ampunilah dosaku sama ada yang telah lalu atau yang akan datang, dosa yang aku lakukan secara sembunyi atau secara terang-terangan. Engkaulah yang paling terdahulu dan Engkaulah yang paling terakhir, dan Engkaulah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

39)

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، الْحَيَّ الْقَيُّومَ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya.”

(Riwayat al-Tirmizi, sanad sahih)

40)

اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا

“Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah.”

(Riwayat Ahmad & lain-lain, sanad jayyid)

Bertawakkal Kepada Allah

41.

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ. رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (al-Mumtahanah: 4-5)

42.

هُوَ الرَّحْمَـٰنُ ءَامَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا

“Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri.” (al-Mulk: 29)

43.

عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا

“Kepada Allah jualah kami bertawakkal.” (al-A’raaf: 89)

44.

حَسْبِيَ اللهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar” (at-Taubah: 129)

45.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)” (ali-Imran: 173)

46.

حَسْبِيَ اللهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ

“Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri” (az-Zumar: 38)

Memohon Hidayah dan Keteguhan di atas Agama

47.

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (al-Fatihah: 6-7)

48.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Ali-Imran: 8)

49.

فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.” (Yusuf: 101)

50.

اللَّهُمَّ رَبَّ جَبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ، اهْدِنِي لِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ، إِنَّكَ تَهْدِي مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

“Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail dan Israfil, Pencipta langit dan bumi, Yang Mengetahui perkara ghaib dan nyata, Engkaulah yang menghukum di antara hamba-hamba-Mu dalam apa yang mereka perselisihkan. Tunjukilah aku kepada kebenaran dalam perkara yang diperselisihkan dengan izin-Mu, sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki kepada jalan yang lurus.”

(Riwayat Muslim)

51.

اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ – لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ – أَنْ تُضِلَّنِي، أَنْتَ الْحَيُّ الَّذِي لَا يَمُوتُ، وَالْجِنُّ وَالْإِنْسُ يَمُوتُونَ

“Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakkal, kepada-Mu aku kembali, dan dengan-Mu aku berdebat. Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan-Mu, tiada Tuhan selain Engkau, agar Engkau tidak menyesatkanku. Engkaulah Yang Maha Hidup, yang tidak mati, sedangkan jin dan manusia akan mati.”

(Riwayat Muslim)

52.

اللَّهُمَّ اهْدِنِي وَسَدِّدْنِي، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالسَّدَادَ

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku petunjuk dan teguhkanlah aku di jalan-Mu. Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk dan keteguhan.

(Riwayat Muslim)

53.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتَّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu hidayah, ketakwaan, kehormatan diri dan kecukupan.”

(Riwayat Muslim)

54.

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci lagi yang Maha Tinggi

(Riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

55.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي الْأَمْرِ، وَالْعَزِيمَةَ عَلَى الرُّشْدِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keteguhan dalam urusan agama, dan kemantapan untuk tetap berada di atas kebenaran.”

(Riwayat at-Tabarani dalam al-Kabir dengan sanad hasan)

56.

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ، صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu.”

(Riwayat Muslim)

57.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

(Riwayat Ahmad dan selainnya dengan sanad sahih)

Kebaikan Agama, Dunia dan Akhirat

58.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka” (al-Baqarah: 201)

59.

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ

Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang menjadi penjaga urusanku, dan perbaikilah untukku duniaku yang merupakan tempat kehidupanku, dan perbaikilah untukku akhiratku yang merupakan tempat aku dikembalikan, dan jadikanlah kehidupan ini pertambahan bagiku bagi setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian itu kerehatan bagiku dari setiap keburukan.

(Riwayat Muslim)

60.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، وَاحْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan keselamatan pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutuplah keaibanku, tenangkanlah ketakutanku, peliharalah aku dari hadapanku, dari belakangku, dari kananku, dari kiriku dan dari atasku. Dan aku berlindung dengan keagungan-Mu daripada aku dibinasakan dari bawahku.”

(Riwayat Abu Daud dan lainnya, dengan sanad sahih)

61.

اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ، وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ، أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي، وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي،

Ya Allah, dengan ilmu-Mu terhadap perkara ghaib dan kekuasaan-Mu ke atas makhluk, hidupkanlah aku selama Engkau mengetahui hidup itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika Engkau mengetahui kematian itu lebih baik untukku.

اللَّهُمَّ وَأَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْفَقْرِ وَالْغِنَى،

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu rasa takut kepada-Mu baik ketika bersendirian (tidak dilihat orang) mahupun ketika di hadapan manusia. Aku memohon kepada-Mu kata-kata yang benar dalam keadaan redha dan marah, dan aku memohon kepada-Mu sikap bersederhana ketika miskin mahupun kaya,

وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لَا تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَاءَ بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ،

Aku memohon kepada-Mu nikmat yang tidak lenyap. Aku memohon kepada-Mu penyejuk mata (ketenangan jiwa) yang tidak akan terputus. Aku memohon kepada-Mu keredhaan selepas (berlakunya) taqdir. Aku memohon kepada-Mu kesejukan hidup (ketenangan & kedamaian) selepas mati,

وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ، وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ، فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ، وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْإِيمَانِ، وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ

Aku memohon kepada-Mu kenikmatan memandang wajah-Mu, dan kerinduan untuk bertemu dengan-Mu, tanpa kesusahan yang memudaratkan dan tanpa fitnah (ujian) yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan keimanan, dan jadikanlah kami orang-orang yang mendapat petunjuk dan memberi petunjuk.

Riwayat An-Nasa’i, dengan sanad hasan

62.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَسْأَلَةِ، وَخَيْرَ الدُّعَاءِ، وَخَيْرَ النَّجَاحِ، وَخَيْرَ الْعَمَلِ، وَخَيْرَ الثَّوَابِ، وَخَيْرَ الْحَيَاةِ، وَخَيْرَ الْمَمَاتِ، وَثَبِّتْنِي، وَثَقَّلْ مَوَازِينِي، وَحَقَّقْ إِيمَانِي، وَارْفَعْ دَرَجَاتِي، وَتَقَبَّلْ صَلَاتِي، وَاغْفِرْ خَطِيئَتِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik amalan, sebaik-baik balasan, sebaik-baik kehidupan, dan sebaik-baik kematian. Tetapkanlah aku, beratkanlah timbangan amalanku, sempurnakanlah imanku, angkatlah darjatku, terimalah solatku, ampunilah kesalahanku, dan aku memohon kepada-Mu syurga yang paling tinggi.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فَوَاتِحَ الْخَيْرِ، وَخَوَاتِمَهُ، وَجَوَامِعَهُ، وَأَوَّلَهُ، وَظَاهِرَهُ وَبَاطِنَهُ، وَالدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ، آمِينَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا آتِي وَخَيْرَ مَا أَفْعَلُ، وَخَيْرَ مَا أَعْمَلُ، وَخَيْرَ مَا بَطَنَ، وَخَيْرَ مَا ظَهَرَ، وَالدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ، آمِينَ.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu permulaan kebaikan, penutupnya, segala bentuk kebaikannya, permulaannya, yang zahir dan yang batin, dan syurga yang paling tinggi, amin.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan dari apa yang aku berikan, apa yang aku lakukan, apa yang aku kerjakan, kebaikan yang tersembunyi dan kebaikan yang nyata, dan syurga yang paling tinggi, amin.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تَرْفَعَ ذِكْرِي، وَتَضَعَ وِزْرِي، وَتُصْلِحَ أَمْرِي، وَتُطَهِّرَ قَلْبِي، وَتُحَصِّنَ فَرْجِي، وَتُنَوِّرَ لِي قَلْبِي، وَتَغْفِرَ لِي ذَنْبِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ، آمِينَ.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau mengangkat sebutanku, menghapuskan dosaku, memperbaiki urusanku, menyucikan hatiku, menjaga kehormatanku, menerangi hatiku, mengampuni dosaku, dan aku memohon kepada-Mu syurga yang paling tinggi, amin.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنْ تُبَارِكَ لِي فِي نَفْسِي، وَفِي سَمْعِي، وَفِي بَصَرِي، وَفِي رُوحِي، وَفِي خَلْقِي، وَفِي خُلُقِي، وَفِي أَهْلِي، وَفِي مَحْيَايَ، وَفِي مَمَاتِي، وَفِي عَمَلِي، فَتَقَبَّلْ حَسَنَاتِي، وَأَسْأَلُكَ الدَّرَجَاتِ الْعُلَى مِنَ الْجَنَّةِ، آمِينَ

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau memberkati diriku, pendengaranku, penglihatanku, rohaniku, kejadianku, akhlakku, keluargaku, kehidupanku, kematianku, dan amalanku. Terimalah kebaikan-kebaikanku, dan aku memohon kepada-Mu syurga yang paling tinggi, amin.”

(Riwayat Al-Hakim, dengan sanad sahih)

63.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ ضِيقِ الدُّنْيَا، وَضِيقِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesempitan dunia dan kesempitan pada hari kiamat.”

(Riwayat Abu Daud, dengan sanad hasan)

64.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ، فَإِنَّهُ لَا يَمْلِكُهَا إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu daripada kurnia-Mu dan rahmat-Mu, kerana tiada yang memiliki keduanya melainkan Engkau.”

(Riwayat At-Tabarani, dengan sanad sahih)

65.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ لِي فِي رِزْقِي

 “Ya Allah, ampunilah dosaku, lapangkanlah rumahku untukku, dan berkatilah rezekiku.”

(Riwayat An-Nasa’i, dengan sanad sahih)

66.

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ الدُّنْيَا، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا، وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَرْحَمُنَا.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami bahagian rasa takut kepada-Mu yang dapat menghalang kami berbuat maksiat kepadaMu, dan ketaatan yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan keyakinan yang menjadikan kami merasa ringan dengan musibah-musibah dunia, dan jadikanlah kami dapat menikmati pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selama kami masih hidup, jadikanlah semua itu kekal hingga kami mati. Kenakanlah balasan kami hanya ke atas orang yang menzalimi kami, dan tolonglah kami terhadap sesiapa yang memusuhi kami, dan jangan Engkau jadikan musibah kami terhadap agama kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia sebagai keinginan terbesar hidup kami dan puncak ilmu pengetahuan kami, dan jangan Engkau jadikan sesiapa yang tidak mengasihi kami menguasai kami.

(Riwayat At-Tirmizi, dengan sanad sahih)

67.

اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ

“Ya Allah, perbaikilah kesudahan urusan kami dalam semua perkara, dan lindungilah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.”

(Riwayat Ahmad)

68.

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ، اللَّهُمَّ لَا قَابِضَ لِمَا بَسَطْتَ، وَلَا بَاسِطَ لِمَا قَبَضْتَ، وَلَا هَادِيَ لِمَا أَضْلَلْتَ، وَلَا مُضِلَّ لِمَنْ هَدَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُقَرِّبَ لِمَا بَاعَدْتَ، وَلَا مُبَاعِدَ لِمَا قَرَّبْتَ.

Ya Allah, bagi-Mu segala puji semuanya. Ya Allah, tiada yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan, tiada yang dapat kurniakan apa yang Engkau halangi, tiada yang dapat memberi hidayah kepada siapa yang Engkau sesatkan, tiada yang dapat menyesatkan siapa yang Engkau beri hidayah, tiada yang dapat memberi apa yang Engkau larang, tiada yang dapat menghalang apa yang Engkau beri, tiada yang dapat mendekatkan apa yang Engkau jauhkan, dan tiada yang dapat menjauhkan apa yang Engkau dekatkan.

اللَّهُمَّ ابْسُطْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتِكَ وَفَضْلِكَ وَرِزْقِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ الْمُقِيمَ الَّذِي لَا يَحُولُ وَلَا يَزُولُ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ يَوْمَ الْعَيْلَةِ، وَالْأَمْنَ يَوْمَ الْخَوْفِ، اللَّهُمَّ إِنِّي عَائِذٌ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أَعْطَيْتَنَا، وَشَرِّ مَا مَنَعْتَ.

Ya Allah, limpahkanlah ke atas kami daripada keberkatan-Mu, rahmat-Mu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang kekal yang tidak hilang dan tidak lenyap. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kenikmatan pada hari kesempitan rezeki, dan keamanan pada hari ketakutan. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan apa yang Engkau berikan kepada kami, dan kejahatan apa yang Engkau tahan.

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ، وَزَيَّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ. اللَّهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ، وَأَحْيِنَا مُسْلِمِينَ، وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِينَ، غَيْرَ خَزَايَا وَلَا مَفْتُونِينَ.

Ya Allah, jadikanlah iman itu sesuatu yang dicintai pada diri kami, hiaskanlah ia di dalam hati kami, dan jadikanlah kami benci kepada kekufuran, kefasiqan dan maksiat, serta jadikanlah kami daripada golongan yang mendapat petunjuk. Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan Muslim, hidupkanlah kami sebagai Muslim, dan masukkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang soleh, tanpa kehinaan dan tanpa fitnah.

اللَّهُمَّ قَاتِلِ الْكَفَرَةَ، الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ، وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ، وَاجْعَلْ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ. اللَّهُمَّ قَاتِلِ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَـٰهَ الْحَقِّ

Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mendustakan rasul-rasul-Mu, yang menghalangi daripada jalan-Mu, dan timpakanlah ke atas mereka kemurkaan dan azab-Mu. Ya Allah, perangilah orang-orang kafir dari kalangan ahli kitab, wahai Tuhan yang benar.

(Riwayat Ahmad, dengan sanad sahih)

Memohon Syurga Dan Berlindung Daripada Azab Neraka

69.

رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga.” (at-Tahrim: 11)

70.

رَبِّ أَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ، وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ، وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.” (asy-Syu’araa’: 83-85)

71.

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

“Wahai Tuhan kami! Palingkanlah azab neraka jahannam daripada kami, sesungguhnya azabnya itu adalah satu kebinasaan yang kekal.” (al-Furqan: 65)

72.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، الْمَنَّانُ، يَا بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, dengan bahawa bagi-Mu segala pujian. Tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkau sahaja, tiada sekutu bagi-Mu. (Engkau) Maha Pemberi nikmat, wahai Yang menciptakan langit dan bumi tanpa contoh sebelumnya, wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan, wahai Yang Maha Hidup, wahai Yang Maha Berdiri dengan sendiri-Nya. Aku memohon kepada-Mu syurga, dan aku berlindung dengan-Mu daripada neraka.”

Riwayat Ahmad dan selainnya, dengan sanad sahih

73.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan apa sahaja yang dapat mendekatkanku kepadanya sama ada melalui ucapan atau perbuatan. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan apa sahaja yang dapat mendekatkanku kepadanya sama ada melalui ucapan atau perbuatan.

Riwayat Ibn Majah, dengan sanad sahih

74.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لَا يَرْتَدُّ، وَنَعِيمًا لَا يَنْفَدُ، وَمُرَافَقَةَ مُحَمَّدٍ ﷺ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu iman yang tidak berpaling, nikmat yang tidak putus, dan dapat menemani Nabi Muhammad ﷺ di syurga tertinggi yang kekal abadi.

Riwayat Ahmad, dengan sanad hasan

75.

اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَرَبَّ إِسْرَافِيلَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ حَرِّ النَّارِ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

“Ya Allah, Tuhan bagi Jibril, Mikail dan Tuhan bagi Israfil, aku berlindung dengan-Mu daripada panasnya api neraka, dan daripada azab kubur.”

Riwayat An-Nasai, dengan sanad sahih

76.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka Jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah Al-Masih Ad-Dajjal, dan daripada fitnah hidup dan mati.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

77.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu perkara-perkara yang menjadikan kami dapat rahmat-Mu, keinginan untuk mendapatkan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, mendapat keuntungan daripada segala kebaikan, mendapat kejayaan dengan masuk syurga dan keselamatan daripada api neraka.

Riwayat Al-Hakim dan selainnya, dengan sanad hasan

78.

اللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ

“Ya Allah, peliharalah aku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.”

Riwayat Abu Daud dan selainnya, dengan sanad sahih

Berlindung Daripada Kejahatan Syaitan, Nafsu dan Makhluk

79.

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

“Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” (al-Mu’minun: 97-98)

80.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ؛ مِنْ غَضَبِهِ، وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ، وَأَنْ يَحْضُرُونِ

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, daripada azab-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada godaan syaitan dan daripada mereka mendekatiku.”

Riwayat Ahmad dan selainnya, dengan sanad hasan

81.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي، وَأَخْسِئْ شَيْطَانِي، وَفُكَّ رِهَانِي، وَاجْعَلْنِي فِي النَّدِي الْأَعْلَى

Ya Allah, ampunilah dosaku, hinakanlah syaitan yang menghasutku, lepaskanlah belengguku, dan tempatkanlah aku di tingkat yang tertinggi.

Riwayat Abu Daud dan selainnya, dengan sanad sahih

82.

اللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي، وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

“Ya Allah, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Raja segala yang ada. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku, dan kejahatan syaitan serta syiriknya.”

Riwayat At-Tirmizi dan selainnya, dengan sanad sahih

83.

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي

“Ya Allah, ilhamkanlah aku dengan petunjukku, dan lindungilah aku daripada kejahatan diriku.”

Riwayat Ahmad dan selainnya, dengan sanad sahih

84.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ، وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan yang belum aku lakukan.”

Riwayat Muslim

85.

اللَّهُمَّ قِنِي شَرَّ نَفْسِي، وَاعْزِمْ لِي عَلَى أَرْشَدِ أَمْرِي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَخْطَأْتُ وَمَا عَمَدْتُ، وَمَا عَلِمْتُ، وَمَا جَهِلْتُ

Ya Allah, lindungilah aku daripada keburukan diriku sendiri dan tetapkanlah hatiku di atas petunjuk yang paling lurus dalam urusanku. Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku zahirkan, atas kesilapanku dan apa yang aku sengajakan, serta atas apa yang aku ketahui dan apa yang aku tidak ketahui.

Riwayat Ahmad dan selainnya, dengan sanad sahih

86.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَؤُلَاءِ الْأَرْبَعِ

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, nafsu yang tidak puas, dan ilmu yang tidak memberi manfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada keempat-empat perkara ini.

Riwayat Abu Daud dan selainnya, dengan sanad sahih

87.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَعَمَلٍ لَا يُرْفَعُ، وَقَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَقَوْلٍ لَا يُسْمَعُ

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, amalan yang tidak diterima, hati yang tidak khusyuk, dan ucapan yang tidak didengar.”

Riwayat Ibn Hibban, dengan sanad sahih

88.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي، وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي، وَمِنْ شَرِّ مَنِيِّي

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan pendengaranku, daripada kejahatan penglihatanku, daripada kejahatan lidahku, daripada kejahatan hatiku, dan daripada kejahatan syahwatku.

Riwayat Abu Daud dan selainnya, dengan sanad sahih

89.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ، مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ وَذَرَأَ وَبَرَأَ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ، إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَـٰنُ

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, yang tiada dilampaui oleh orang soleh atau orang fasik, daripada kejahatan yang diciptakan, ditaburkan, dan dibentuk, daripada kejahatan yang turun dari langit, daripada kejahatan yang naik ke langit, daripada kejahatan yang ditabur di bumi, daripada kejahatan yang keluar daripadanya, daripada kejahatan fitnah malam dan siang, dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai ar-Rahman.

Riwayat Ahmad dan selainnya, dengan sanad hasan

90.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ كُلِّهِنَّ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan semua kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan yang diciptakan.”

Riwayat Ahmad dan selainnya, dengan sanad sahih

91.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan yang diciptakan.”

Riwayat Muslim

92.

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيعًا، اللَّهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ وَأَحْذَرُ، وَأَعُوذُ بِاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى الْأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِهِ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ (فُلَانٍ)، وَجُنُودِهِ وَأَتْبَاعِهِ وَأَشْيَاعِهِ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ، اللَّهُمَّ كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِّهِمْ. جَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَعَزَّ جَارُكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَلَا إِلَـٰهَ غَيْرُكَ

“Allah Maha Besar, Allah lebih mulia daripada seluruh makhluk-Nya, Allah lebih mulia daripada apa yang aku takutkan dan khuatirkan. Aku berlindung dengan Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang memegang langit tujuh supaya tidak jatuh ke bumi kecuali dengan izin-Nya, daripada kejahatan hamba-Mu (sebut nama), dan tenteranya, dan para pengikutnya dari jin dan manusia. Ya Allah, jadilah Engkau pelindungku daripada kejahatan mereka. Maha Agung pujian-Mu, Maha Mulia perlindungan-Mu, dan Maha Suci nama-Mu, tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Riwayat Ibn Abi Syaibah dan Al-Baihaqi, dengan sanad sahih

93.

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، كُنْ لِي جَارًا مِنْ (فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ) وَأَحْزَابِهِ مِنْ خَلَائِقِكَ، أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنْهُمْ أَوْ يَطْغَى، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah, Tuhan langit tujuh, dan Tuhan Arasy yang agung, jadilah Engkau pelindung bagiku daripada (si fulan bin fulan – sebut namanya) dan sekutu-sekutunya daripada kalangan makhluk-Mu, supaya tidak seorang pun daripada mereka melampaui batas atau menzalimi, Maha Mulia perlindungan-Mu, dan Maha Agung pujian-Mu. Tiada Tuhan melainkan Engkau.”

Riwayat Ibn Abi Syaibah, dengan sanad sahih

94.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ، اللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنِّي شَرَّ (فُلَانٍ)

 “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyabar, tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi, dan Tuhan Arasy yang mulia. Ya Allah, jauhkanlah kejahatan (sebut nama) daripadaku.”

Riwayat At-Tabarani, dengan sanad sahih

Doa Memohon Ilmu dan Akhlak Yang Baik

95.

رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Ta-Ha: 114)

96.

اللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي، وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي، وَزِدْنِي عِلْمًا

Ya Allah, berilah manfaat kepadaku ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku ilmu yang bermanfaat kepadaku, serta tambahkanlah ilmuku.

Riwayat At-Tirmidzi dan lain-lain, dengan sanad sahih

97.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amal yang diterima.”

Riwayat Ibn Majah dan lain-lain, dengan sanad sahih

98.

اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا ، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ، لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا، لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ،

Ya Allah, Engkaulah Raja, tiada Tuhan melainkan Engkau, Engkaulah Tuhanku, dan aku hamba-Mu, aku menzalimi diriku sendiri dan mengakui dosaku, maka ampunilah semua dosaku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Tunjukkanlah aku akhlak yang paling baik, tiada yang menunjukkan akhlak terbaik kecuali Engkau, dan jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk, tiada yang menjauhkan akhlak buruk kecuali Engkau.

لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Aku memenuhi panggilan-Mu, semua kebaikan ada di tangan-Mu, dan keburukan tidak disandarkan kepada-Mu. Aku bergantung kepada-Mu dan kepada-Mu aku kembali. Maha Suci dan Maha Tinggi Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.

Riwayat Muslim

99.

اللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ، وَالْأَعْمَالِ، وَالْأَهْوَاءِ، وَالْأَدْوَاءِ

“Ya Allah, jauhkanlah aku dari kemungkaran akhlak, perbuatan, hawa nafsu, dan penyakit-penyakit.”

Riwayat Al-Hakim, dengan sanad sahih

Doa-Doa Berkaitan Ibubapa, Pasangan Dan Zuriat

100.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku.” (Surah Nuh: 28)

101.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.” (Surah An-Naml: 19)

102.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَى وَعَلَى وَلِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)” (Surah Al-Ahqaf: 15)

103.

رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Isra: 24)

104.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim: 40-41)

105.

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali ‘Imran: 38)

106.

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّلِحِينَ

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (Surah as-Saffaat: 100)

107.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah Al-Furqan: 74)

Doa-Doa Umum & Menyeluruh

108.

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا  ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ  ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (Surah Al-Baqarah: 286)

109.

رَبَّنَآ ءَامَنَّا بِمَآ أَنزَلْتَ وَٱتَّبَعْنَا ٱلرَّسُولَ فَٱكْتُبْنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ

“Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu).” (Surah Ali ‘Imran: 53)

110.

رَبِّ ٱشْرَحْ لِى صَدْرِى. وَيَسِّرْ لِىٓ أَمْرِى

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku” (Surah Ta-Ha: 25–26)

111.

أَنتَ وَلِىِّۦ فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْـَٔاخِرَةِ  ۖ تَوَفَّنِى مُسْلِمًۭا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ

“Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.” (Surah Yusuf: 101)

112.

رَّبِّ أَدْخِلْنِى مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِى مُخْرَجَ صِدْقٍ وَٱجْعَل لِّى مِن لَّدُنكَ سُلْطَـٰنًا نَّصِيرًا

“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.” (Surah Al-Israa’: 80)

113.

رَبِّ ٱنصُرْنِى عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْمُفْسِدِينَ

“Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka).” (Surah Al-’Ankabut: 30)

114.

رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ. وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ. وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ

“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.” (Surah Al-Syu’araa’: 83-85)

115.

رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).” (Surah Al-A’raf: 126)

116.

رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah Al-Baqarah: 250)

117.

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir.” (Surah Yunus: 85-86)

118.

لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَـٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Al-Anbiyaa’: 87)

119.

رَبِّ أَعِنِّي، وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ، وَانْصُرْنِي، وَلَا تَنْصُرْ عَلَيَّ، وَامْكُرْ لِي، وَلَا تَمْكُرْ عَلَيَّ، وَاهْدِنِي، وَيَسِّرْ الْهُدَى لِي، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ، رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا، لَكَ ذَكَّارًا، لَكَ رَهَّابًا، لَكَ مِطْوَاعًا، لَكَ مُخْبِتًا، إِلَيْكَ أَوَّاهَا مُنِيبًا، رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي، وَاغْسِلْ حَوْبَتِي، وَأَجِبْ دَعْوَتِي، وَثَبِّتْ حُجَّتِي، وَسَدِّدْ لِسَانِي، وَاهْدِ قَلْبِي، وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ صَدْرِي

Ya Tuhanku, tolonglah aku dan janganlah Engkau biarkan aku, menangkanlah aku dan janganlah Engkau menangkan musuh atasku, rancanglah kebaikan untukku dan janganlah Engkau rancang keburukan terhadapku, berilah aku hidayah dan mudahkanlah hidayah itu untukku, serta berilah aku kemenangan terhadap orang yang menzalimiku. Ya Tuhanku, jadikanlah aku hamba-Mu yang banyak bersyukur, banyak berzikir, takut kepada-Mu, taat kepada-Mu, tunduk kepada-Mu, dan kembali kepada-Mu dengan sepenuh hati. Ya Tuhanku, terimalah taubatku, sucikanlah dosaku, kabulkanlah doaku, teguhkanlah hujahku, luruskanlah lidahku, tunjukilah hatiku, dan singkirkanlah kebencian dari dadaku.

Riwayat At-Tirmidzi, dengan sanad sahih

120.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ، وَأَنْ تَغْفِرَ لِي، وَتَرْحَمَنِي، وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةَ قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي غَيْرَ مَفْتُونِ، وَأَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu melakukan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, mencintai orang-orang miskin, agar Engkau mengampuni aku dan merahmati aku, dan jika Engkau menakdirkan ujian bagi suatu kaum, wafatkanlah aku tanpa terkena fitnah. Dan aku memohon kepada-Mu cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta amalan yang mendekatkan aku kepada cinta-Mu.”

Riwayat Ahmad dan lainnya, dengan sanad sahih

121.

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجِلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي

“Ya Allah, sesungguhnya aku hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak perempuan hamba-Mu. Ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu telah berlaku atas diriku, adil hukum-Mu atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang menjadi milik-Mu yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada mana-mana makhluk-Mu, atau yang Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, agar Engkau jadikan al-Qur’an sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesedihanku, dan penghilang kegelisahanku.”

Riwayat Ahmad dan lainnya, dengan sanad hasan

122.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ، لَا يَخْلِطُهُ شَيْءٌ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang tidak bercampur dengan apa pun (yakni kejahatan yang betul-betul jahat).

Riwayat Ibn Asakir, dengan sanad sahih

123.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ، عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ، عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ،

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan seluruhnya, baik yang segera mahupun yang akan datang, apa yang aku ketahui darinya dan apa yang tidak aku ketahui, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan seluruhnya, baik yang segera mahupun yang akan datang, apa yang aku ketahui darinya dan apa yang tidak aku ketahui. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan yang dimohon hamba-Mu dan Nabi-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang dijauhi hamba-Mu dan Nabi-Mu.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرًا

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu syurga dan segala yang mendekatkannya dengan perkataan atau amalan, dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan segala yang mendekatkannya dengan perkataan atau amalan. Dan aku memohon kepada-Mu agar setiap ketentuan yang Engkau tetapkan untukku menjadi kebaikan.”

Riwayat Ibn Majah, dengan sanad sahih

124.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا أَعْلَمُ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu agar tidak mempersekutukan-Mu sedangkan aku mengetahuinya, dan aku memohon ampunan-Mu untuk hal-hal yang tidak aku ketahui.”

Riwayat Abu Ya’la, dengan sanad sahih

125.

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَائِمًا، وَاحْفَظْنِي بِالإِسْلَامِ قَاعِدًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ رَاقِدًا، وَلَا تُشْمِتْ بِي عَدُوًّا وَلَا حَاسِدًا، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ كُلِّ خَيْرٍ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ شَرٍّ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ

“Ya Allah, peliharalah aku dengan Islam ketika berdiri, peliharalah aku dengan Islam ketika duduk, dan peliharalah aku dengan Islam ketika berbaring. Janganlah Engkau biarkan musuh atau orang yang dengki bergembira terhadapku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan yang perbendaharaannya ada di tangan-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan yang perbendaharaannya ada di tangan-Mu.”

Riwayat Al-Hakim, dengan sanad hasan

126.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْمُعَافَاةَ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan dan kesejahteraan.

Riwayat Ahmad dan lainnya, dengan sanad sahih

127.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan di akhirat.”
 Riwayat Ibn Majah, dengan sanad sahih

128.

رَبِّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ

“Ya Tuhanku, lindungilah aku dari azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu.”

Riwayat Muslim

129.

يَا بَدِيعَ السَّمَاوَاتِ، يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ إِنِّي أَسْأَلُكَ …

“Ya Pencipta yang Maha Menakjubkan langit-langit, ya Yang Hidup, ya Yang Maha Berdiri Sendiri, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu … (pemohon menyebut keperluannya).”

Riwayat Ahmad dan lainnya, dengan sanad sahih

130.

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يَنْفَعُنِي حُبُّهُ عِنْدَكَ، اللَّهُمَّ مَا رَزَقْتَنِي مِمَّا أُحِبُّ؛ فَاجْعَلْهُ قُوَّةً لِي فِيمَا تُحِبُّ اللَّهُمَّ وَمَا زَوَيْتَ عَنِّي مِمَّا أُحِبُّ؛ فَاجْعَلْهُ فَرَاغًا لِي فِيمَا تُحِبُّ

“Ya Allah, anugerahkanlah kepadaku cinta-Mu dan cinta orang-orang yang manfaat cintanya di sisi-Mu, Ya Allah, apa yang Engkau beri kepadaku dari apa yang aku sukai, jadikanlah itu kekuatan bagiku dalam hal-hal yang Engkau cintai. Dan apa yang Engkau jauhkan dariku dari apa yang aku sukai, jadikanlah itu kelapangan bagiku dalam hal-hal yang Engkau cintai.”

Riwayat At-Tirmidzi, dengan sanad sahih

131.

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا

“Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau menghendakinya.”

Riwayat Ibn Hibban dan lainnya, dengan sanad sahih

132.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ لِي فِي قَلْبِي نُورًا، وَفِي لِسَانِي نُورًا، وَفِي سَمْعِي نُورًا، وَفِي بَصَرِي نُورًا، وَمِنْ فَوْقِي نُورًا، وَمِنْ تَحْتِي نُورًا، وَعَنْ يَمِينِي نُورًا، وَعَنْ شِمَالِي نُورًا، وَمِنْ بَيْنِ يَدَيَّ نُورًا، وَمِنْ خَلْفِي نُورًا، وَاجْعَلْ فِي نَفْسِي نُورًا، وَأَعْظِمْ لِي نُورًا

“Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam lisanku cahaya, dalam pendengaranku cahaya, dalam penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari sebelah kananku cahaya, dari sebelah kiriku cahaya, dari depanku cahaya, dari belakangku cahaya, jadikanlah dalam diriku cahaya, dan sempurnakanlah bagiku cahaya.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

133.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي الْأَمْرِ، وَالْعَزِيمَةَ عَلَى الرُّشْدِ، وَأَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ، وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ قَلْبًا سَلِيمًا، وَلِسَانًا صَادِقًا، وَأَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَمُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keteguhan dalam urusan, tekad untuk kebenaran, aku memohon kepada-Mu sebab-sebab yang mendatangkan rahmat-Mu, serta keteguhan untuk memperoleh keampunan-Mu, aku memohon kepada-Mu agar bersyukur atas nikmat-Mu, dan memperelok ibadah kepada-Mu, aku memohon kepada-Mu hati yang sejahtera, kata-kata yang jujur, aku memohon kepada-Mu kebaikan dari apa yang Engkau ketahui, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu untuk apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui perkara ghaib.

Riwayat At-Tabarani, dengan sanad hasan

134.

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ، وَرَبَّ الْأَرْضِ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ، اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ، وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Ya Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi, Tuhan ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan), yang menurunkan kitab Taurat, Injil, dan Furqan, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau pegang di ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkaulah Yang Awal, tiada sesuatu pun sebelum-Mu, Engkaulah Yang Akhir, tiada sesuatu pun sesudah-Mu, Engkaulah Yang Zahir, tiada sesuatu pun di atas-Mu, dan Engkaulah zat yang Batin, maka tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada-Mu. Selesaikanlah hutang kami, dan kayakanlah kami (berikanlah kecukupan) dari kefakiran.

Riwayat Muslim

135.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dengan keridhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan keselamatan-Mu dari azab-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari diri-Mu sendiri. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadap-Mu; Engkaulah sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.”

Riwayat Muslim

136.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmat-Mu, berubahnya keselamatan-Mu, datangnya azab-Mu secara tiba-tiba, dan seluruh kemurkaan-Mu.”

Riwayat Muslim

137.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَالْهَرَمِ، وَالْمَأْثَمِ، وَالْمَغْرَمِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ النَّارِ، وَعَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْفَقْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ،

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat malas, dari umur tua yang lemah, dari dosa dan hutang. Aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah kubur dan azab kubur, daripada fitnah dan azab api neraka, daripada kejahatan fitnah kekayaan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah kemiskinan, serta aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal.

اللَّهُمَّ اغْسِلْ عَنِّي خَطَايَايَ بِمَاءِ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ

Ya Allah, basuhlah dosa-dosaku dengan air, salji, dan embun, sucikanlah hatiku daripada dosa sebagaimana Engkau telah menyucikan pakaian putih daripada kotoran, dan jauhkanlah aku daripada dosa-dosaku sebagaimana Engkau telah menjauhkan antara timur dan barat.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

138.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ، وَالْبُخْلِ، وَالْهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ،

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat penakut dan kedekut, daripada usia tua yang lemah, serta daripada azab kubur.

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا،

Ya Allah, kurniakanlah kepada jiwaku ketakwaannya, sucikanlah ia, Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya; Engkaulah pelindungnya dan penolongnya.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah puas, dan daripada doa yang tidak diperkenankan.

Riwayat Muslim.

139.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat bakhil, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut, aku berlindung kepada-Mu daripada dikembalikan kepada usia yang paling buruk, dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah dunia serta daripada azab kubur.

Riwayat al-Bukhari.

140.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُوعِ، فَإِنَّهُ بِئْسَ الضَّجِيعُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخِيَانَةِ، فَإِنَّهَا بِئْسَتِ الْبِطَانَةُ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelaparan, kerana sesungguhnya ia seburuk-buruk teman tidur; dan aku berlindung kepada-Mu daripada pengkhianatan, kerana sesungguhnya ia seburuk-buruk teman.

Riwayat Abu Dawud, dengan sanad sahih.

141.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ujian yang berat, daripada ditimpa musibah kesengsaraan, daripada takdir yang buruk, dan daripada kegembiraan musuh atas penderitaanku.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

142.

اللَّهُمَّ قَنَّعْنِي بِمَا رَزَقْتَنِي، وَبَارِكْ لِي فِيهِ، وَاخْلُفْ عَلَيَّ كُلَّ غَائِبَةٍ لِي بِخَيْرٍ

Ya Allah, jadikanlah aku merasa cukup dengan rezeki yang Engkau telah kurniakan kepadaku, berkatilah rezeki itu untukku, dan gantikanlah untukku setiap perkara yang hilang daripadaku dengan sesuatu yang lebih baik.

Riwayat al-Hakim dan lainnya, dengan sanad hasan.

143.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ صَلَاةٍ لَا تَنْفَعُ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada solat yang tidak memberi manfaat.

Riwayat Abu Dawud, dengan sanad sahih.

144.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَرَمِ، وَالتَّرَدِّي، وَالْهَدْمِ، وَالْغَمِّ، وَالْغَرَقِ، وَالْحَرَقِ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada menjadi tua (yang melemahkan & menyusahkan), jatuh dari tempat tinggi, runtuhan bangunan, kesedihan, mati lemas, dan mati terbakar. Aku juga berlindung kepada-Mu daripada diganggu syaitan ketika hampir mati, dan aku berlindung kepada-Mu daripada mati di jalan-Mu dalam keadaan melarikan diri daripada peperangan, serta aku berlindung kepada-Mu daripada mati kerana sengatan (haiwan/serangga berbisa).

Riwayat Abu Dawud dan lainnya, dengan sanad sahih.

145.

اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ، وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ، وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ، وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ، بِيَدِكَ الْخَيْرُ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ،

Ya Allah, Pemilik segala kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan-Mu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

رَحْمَـٰنُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَرَحِيمُهُمَا، تُعْطِيهُمَا مَنْ تَشَاءُ، وَتَمْنَعُ مِنْهُمَا مَنْ تَشَاءُ، ارْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِينِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

Yang Maha Pengasih di dunia dan di akhirat, Engkau memberi kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Kasihanilah aku dengan rahmat yang mencukupiku daripada mengharap rahmat selain-Mu.

Riwayat al-Tabarani dalam al-Saghir, dengan sanad yang baik.

146.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dukacita dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat bakhil dan pengecut, daripada beban hutang yang berat, serta daripada dikuasai oleh orang lain.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

147.

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan (rezeki) yang halal daripada-Mu daripada (mengambil) yang haram, dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.

Riwayat at-Tirmizi, dengan isnad hasan.

148.

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan sebaik-baiknya.

Riwayat Abu Dawud, dengan isnad sahih.

149.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ يَوْمِ السُّوءِ، وَمِنْ لَيْلَةِ السُّوءِ، وَمِنْ سَاعَةِ السُّوءِ، وَمِنْ صَاحِبِ السُّوءِ، وَمِنْ جَارِ السُّوءِ فِي دَارِ الْمُقَامَةِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hari yang buruk, malam yang buruk, waktu yang buruk, teman yang buruk, dan jiran yang buruk di tempat tinggal menetap.

Riwayat at-Tabarani, dengan isnad hasan.

150.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ، عَيْنُهُ تَرَانِي، وَقَلْبُهُ يَرْعَانِي؛ إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada jiran yang jahat, dan daripada isteri yang membuat aku beruban sebelum waktunya, dan daripada anak yang menguasaiku, dan daripada harta yang menyusahkan diriku, dan daripada sahabat yang licik (berpura-pura baik tetapi berniat jahat), matanya memandangku, tetapi hatinya mengintipku (dengan niat tersembunyi); jika dia melihat kebaikan, dia menyembunyikannya, dan jika dia melihat keburukan, dia menyebarkannya.

Riwayat at-Tabarani, dengan isnad jayyid.

151.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الْعَدُوِّ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dibebani oleh hutang, daripada dikalahkan oleh musuh, dan daripada menjadi bahan ejekan musuh.

Riwayat Ahmad dan lainnya, dengan sanad sahih.

152.

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku. Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku. Tiada tuhan melainkan Engkau. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur. Tiada tuhan melainkan Engkau.

Riwayat Abu Dawud, dengan sanad hasan.

153.

اللَّهُمَّ مَتَّعْنِي بِسَمْعِي وَبَصَرِي، وَاجْعَلْهُمَا الْوَارِثَ مِنِّي، وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ يَظْلِمُنِي، وَخُذْ مِنْهُ بِثَأْرِي

Ya Allah, berilah aku nikmat dengan pendengaran dan penglihatanku, dan jadikanlah kedua-duanya kekal bersamaku hingga akhir hayatku. Tolonglah aku terhadap orang yang menzalimi aku, dan balaskanlah untukku terhadap orang itu.

Riwayat al-Tirmizi dan lainnya, dengan sanad hasan.

154.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الْأَسْقَامِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta, dan daripada segala penyakit yang buruk.

Riwayat Ahmad dan lainnya, dengan sanad sahih.

155.

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي، وَعَافِنِي، أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Ya Allah, ampunilah aku, berilah aku petunjuk, rezekikanlah aku, dan sihatkanlah aku. Aku berlindung kepada Allah daripada kesempitan tempat berdiri pada hari kiamat.

Riwayat an-Nasa’i dan lainnya, dengan sanad hasan.

156.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ، وَالْقِلَّةِ، وَالذَّلَّةِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kefakiran, kekurangan, dan kehinaan. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada menzalimi atau dizalimi.

Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i, dengan sanad sahih.

157.

اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلَامِ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا، وَأَبْصَارِنَا، وَقُلُوبِنَا، وَأَزْوَاجِنَا، وَذُرِّيَّاتِنَا

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami, perbaikilah hubungan antara kami, tunjukilah kami jalan keselamatan, selamatkanlah kami daripada kegelapan menuju cahaya, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji sama ada yang zahir mahupun yang tersembunyi. Berkatilah untuk kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, isteri-isteri kami, dan zuriat kami.

وَتُبْ عَلَيْنَا، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ، وَاجْعَلْنَا شَاكِرِينَ لِنِعْمَتِكَ، مُثْنِينَ بِهَا عَلَيْكَ، قَابِلِينَ لَهَا، وَأَتْمِمْهَا عَلَيْنَا

Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami orang yang bersyukur atas nikmat-Mu, memuji-Mu dengannya, menerimanya, dan sempurnakanlah nikmat itu ke atas kami.

Riwayat Abu Dawud dan lainnya, dengan sanad sahih.

158.

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Ya Allah, tambahkanlah (nikmat) kepada kami dan jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami, berilah kami dan jangan Engkau haramkan kami, pilihlah kami (untuk kebaikan) dan jangan Engkau utamakan orang lain atas kami, redakanlah kami dan redailah kami.

Riwayat at-Tirmizi, dengan sanad hasan.

159.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، سُبْحَانَكَ، إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim.

Riwayat at-Tirmizi dan lainnya, dengan sanad sahih.

160.

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (mengurus makhluk-Nya), dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah segala urusanku, dan jangan Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walau sekelip mata pun.

Riwayat an-Nasa’i dalam al-Kubra, dengan sanad hasan.

161.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

(Surah al-Baqarah: Ayat 127)

162.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ  اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah melimpahkan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Doa Ketika Angin dan Guruh

163.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada padanya, dan kebaikan tujuan ia diutuskan. Dan kami berlindung kepada-Mu daripada kejahatan angin ini, kejahatan yang ada padanya, dan kejahatan tujuan ia diutuskan.

Riwayat Ahmad dan lainnya, dengan sanad sahih.

164.

سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ

Maha Suci Tuhan yang guruh bertasbih dengan memuji-Nya, dan para malaikat pun (bertaḥmid dan bertasbih) kerana takut kepada-Nya.

Riwayat Ahmad dan lainnya, dengan sanad sahih.

Doa Istikharah (Memohon Petunjuk dalam Suatu Urusan)

165.

Apabila seseorang di antara kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu urusan, maka hendaklah dia mendirikan solat dua rakaat (solat sunat), kemudian dia hendaklah berdoa dengan berkata:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ، وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ،

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk pilihan daripada-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku memohon ketentuan dengan kekuasaan-Mu, serta aku memohon kepada-Mu daripada kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau berkuasa, sedangkan aku tidak berkuasa; Engkau mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib.

 اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي، وَمَعَاشِي، وَعَاقِبَةِ أَمْرِي  (أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) فَاقْدُرْهُ لِي،

Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa urusan ini baik untukku pada agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku (atau baginda bersabda: pada urusan dunia dan akhiratku) maka tetapkanlah ia untukku.

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي، وَمَعَاشِي، وَعَاقِبَةِ – أَوْ قَالَ: عَاجِلِ – أَمْرِي وَآجِلِهِ؛ فَاصْرِفْهُ عَنِّي، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ،  وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ، ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ (وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ)

Dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk untukku pada agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku – atau baginda bersabda: pada urusan dunia dan akhiratku – maka jauhkanlah ia daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya.

Dan tetapkanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku reda dengannya.” (Dan hendaklah dia menyebutkan hajatnya(

Riwayat al-Bukhari.

Peringatan Penting untuk Para Jemaah Haji dan Umrah

Adakah bagi tawaf atau sa‘i itu doa-doa tertentu?

Dan apakah hukum membaca doa dalam umrah daripada buku-buku kecil doa?

Al-Fadhil al-Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaymin رحمه الله berkata:

“Penanya itu merujuk kepada buku kecil yang dibawa oleh para jemaah haji dan umrah, yang di dalamnya tertulis doa bagi setiap pusingan (tawaf) — doa untuk pusingan pertama, doa untuk pusingan kedua, doa untuk pusingan ketiga, dan seterusnya hingga akhir.

Maka ini adalah bid‘ah menurut kesepakatan para fuqaha’. Ia adalah satu amalan baru dalam agama yang tidak akan mendekatkan kamu kepada Allah, bahkan hanya akan menjauhkanmu daripada-Nya.

Kerana sabda Nabi ﷺ:

إِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ، وَكُلُّ ضَلَالَةٍ فِي النَّارِ

“Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), sesungguhnya setiap perkara baru dalam agama itu adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di dalam neraka.”

Riwayat al-Nasa’i. (1)

Dan beliau رحمه الله juga berkata:

“Jika seseorang itu tidak mengetahui doa yang ma’thur (yang datang daripada Nabi ﷺ) dan dia ingin menulis doa-doa ma’thur untuk dibawa bersamanya agar dia boleh membacanya — maka tidak mengapa.” (2)

(1) Rujuk: Al-Liqa’ al-Shahri (6/7)
(2) Rujuk: Jalasat al-Hajj, halaman 91.

Zikir dan Doa-Doa yang Sabit dalam Sunnah yang Disunatkan Diamalkan Ketika Tawaf dan Sa‘i

Zikir dan Doa-Doa yang Disunatkan Ketika Tawaf

Ketika menyentuh Hajarul Aswad dan menciumnya, atau ketika memberi isyarat kepadanya, ucapkanlah

الله أكبر

“Allahu Akbar (Allah Maha Besar)”

Doa di antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad:

رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْـَٔاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

“Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

(Surah al-Baqarah: 201)

Zikir yang disunatkan di sisi Maqam Ibrahim.

Membaca firman Allah Ta‘ala:

وَٱتَّخِذُوا۟ مِن مَّقَامِ إِبْرَٰهِـۧمَ مُصَلًّى ۖ

“dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang” ketika menuju ke Maqam tersebut.
(Surah al-Baqarah: 125)

Zikir dan doa-doa yang disunatkan di atas Bukit Ṣafā.

Disunatkan ketika mendekati Ṣafā membaca firman Allah Ta‘ala:

إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِ  ۖ فَمَنْ حَجَّ ٱلْبَيْتَ أَوِ ٱعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا  ۚ وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ ٱللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

“Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui.”

(Surah al-Baqarah: 158)

Dan membaca:

أَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللهُ بِهِ

“Aku mulakan dengan apa yang Allah telah mulakan.”

Disunatkan menghadap kiblat di atas Ṣafā, mengangkat kedua tangan, dan mengucapkan:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ، أَنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, Dia telah menunaikan janji-Nya, menolong hamba-Nya, dan mengalahkan golongan musuh dengan sendiri-Nya.”

Kemudian berdoa dengan apa yang mudah, lalu mengulangi zikir tadi, kemudian berdoa lagi dengan apa yang mudah, dan mengulangi zikir tadi; dan tidak berdoa selepas itu.

Zikir dan doa-doa yang disunatkan di atas Bukit Marwah.

Dibaca dan dilakukan di atas Marwah sebagaimana yang dibaca dan dilakukan di atas Ṣafā, kecuali membaca firman Allah Ta‘ala:

إِنَّ ٱلصَّفَا وَٱلْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ ٱللَّهِ

“Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah;”

(Surah al-Baqarah: 158)

Peringatan: Zikir dan doa di atas Ṣafā dan Marwah dilakukan pada semua tujuh pusingan sa‘i.

Isi Kandungan
Scroll to Top